27 January 2009

TERIMA BINTANG AHLI MAHKOTA KEDAH (AMK)


Tanggal 22 Januari 2009 aku menerima bintang Ahli Mahkota Kedah di Istana Anak Bukit. Syukur Allhamdulillah kehadzrat ALLAH SWT yang telah menganugerahkan darjah kebesaran kerajaan negeri Kedah sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tunku Sultan Kedah yang ke 81. Terima kasih kepada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang telah mencalunkan aku untuk penganugerahan bintang tersebut. Bintang ini bukan aku minta dan harapkan terlalu sangat, sekadar dapat bekerja dengan seronok dan gajinya yang diperolehi dapat menampong kehidupan aku sekeluarga sudah lebih daripada mencukupi pada diriku ini. Insya Allah, dengan penganugerahan bintang ini akan menambahkan lagi semangat aku untuk bekerja dengan lebih gigih lagi demi kerana Allah Taala dan untuk rakyat seluruhnya. Ya ALLAH Ya Tuhanku, janganlah engkau jadikan diriku ini berkeadaan riak, sombong, angkuh dan kaharum.. amiiin.

asriredha
teratak kasih
alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.