10 February 2009

Ketua Kampong

Pada tanggal 8 February 2009, bertempat di Sik Inn, Sik telah berlangsung satu Majlis Taklimat dan Penyerahan Elaun kepada Ketua Kampong dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Setelah sekian lama menunggu maka akhirnya dapatlah juga Ketua-Ketua Kampong yang dilantik Kerajaan Negeri elaun yang dinanti-nantikan dimana setiap Ketua Kampong menerima RM300.00 sebulan dan jumlah yang mereka terima termasuk tunggakan ialah RM900.00. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Adzmi b. Din, Pegawai Daerah Sik dan juga dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Sik serta lain-lain orang kenamaan daerah.

Walaupun saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam pengurusan Ketua Kampong di daerah Sik ini tetapi ianya perlu diambil tahu juga kerana sebagai pegawai KCS tidak dapat tidak sememangnya pada akhirnya pasti akan ada hubungan dengan Ketua-Ketua Kampong ini. Sebenarnya saya juga terlibat secara langsung dengan pelantikan Ketua Kampong semasa pegang jawatan KPPD (Pembangunan0 Langkawi sebelum bertugas kat Daerah Sik ini.

Dulu dibawah kerajaan Barisan Nasional, saya sentiasa berhubungan dengan Pengerusi JKKK, tapi sekarang ni dah tak boleh lagi kerana BN sudah jadi pembangkang di negeri Kedah ini. Walau bagaimanapun bagi saya apa yang penting ialah rakyat jangan dipinggirkan. Mereka ini perlu dibantu dimana perlu, apatah lagi di daerah Sik ini agak banyak kekurangan baik dari segi fizikal dan juga pembangunan insan.

Ketua Kampong ini ibarat tapak rumah. Kalau tapak rumah tidak kukuh dan longgar serta senget seinci, maka yang diatasnya nanti pasti akan senget lebih banyak lagi. Itulah intipati ucapan tuan Pegawai Daerah Sik, yang membawa maksud Ketua-Ketua Kampong perlu ada kekuatan dalam memastikan kampong masing-masing berada dalam keadaan kesejahteraan, aman dan proaktif agar rakyat mendapat perkhidmatan setimpal dari mereka dan mengujudkan suatu suasana yang menyenangkan dan menggembirakan rakyat.

asriredha
teratak kasih
alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.