10 February 2009

Pejabat Tanah Sik Turun Padang



07 Februari 2009
Pekan Belantik, Sik

Pejabat Tanah Sik mengambil langkah proaktif dengan turun sendiri ke padang untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Antara pendekatan yang diambil ialah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pelbagai jabatan dan NGO.

Untuk itu pada 7 Februari 2009 , Pejabat Tanah Daerah Sik telah mengambil bahagian dalam Program Karnival Islam Itu Indah yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Sik yang diadakan di Masjid Belantik, Mukim Sok, Sik. Pejabat Tanah Daerah Sik telah mengambil bahagian dalam pamiran yang diadakan. Dalam pamiran tersebut masyarakat didedahkan dengan struktur organisasi pejabat tanah, jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan, peralatan-peralatan ukur yang digunakan dan juga jenis-jenis surat hakmilik yang terdapat di Pejabat Tanah Daerah Sik.

Dalam Pamiran tersebut juga orang ramai yang mengunjungi pamiran tersebut diberi khidmat nasihat oleh kakitangan Pejabat Tanah yang bertugas. Banyak masalah-masalah yang dibangkitkan diselesaikan pada waktu tersebut dan dimana yang tidak dapat diselesai pada waktu tersebut, jabatan akan mengambil tindakan di pejabat, kerana memerlukan rujukan kepada pelbagai maklumat dan dokumen. Saya turut sama hadir pada program ini dan berharap lebih banyak lagi aktiviti yang diadakan, dan dengan ini bolehlah Pejabat Tanah Sik mengambil bahagian dengan lebih aktif dan lebih baik lagi.

asriredha
teratak kasih
alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.