01 March 2009

PROGRAM PETASIK

28 Mac 2009
Kelab Cinta Sayang Sungai Petani

Masa berlalu begitu cepat. Sedar tidak sedar umur semakin meningkat. Tenaga makin kurang, dulu kayuh perahu panjang, sekarang ni dah tak ambil bahagian lagi...Itulah keadaanya sifat manusia dan setiap kehidupan yang bertapak dialam dunia ini..makin lama makin matang tapi lama-lama jadi mandom dan akhirnya kembali mengadap penciptanya. Begitulah pusingan hidup manusia.



Sebenarnya yang nak dicerita disini bukannya ada apa sangat cuma nak cerita pada 28 Mac 2009 yang lalu anak-anak buah aku di Pejabat Tanah Sik telah berganding bahu samada wang ringgit dan tenaga untuk menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam bagi meraikan pertukaran beberapa orang kakitangan Pejabat Sik yang bertukar ke Jabatan luar. Majlis ini diadakan di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani.

Kagum juga tengok anak buah berpakat sesama mereka untuk menganjurkan aktiviti seperti ini bagi meraikan rakan-rakan yang bertukar jabatan. Harapan ku agar kerjasama mereka sebegini akan berterusan dalam kerja seharian. Memang aku tidak campurtangan dalam pengurusan aktiviti seperti ini, cuma sepertimana aku tegaskan masa perjumpaan pertama kali dengan kakitangan dulu supaya kelab yang nampaknya tidak berapa nak bergerak lancar diperkemaskan pengurusannya dan aktiviti dirancang dengan lebih sistematik. Aktiviti kelab yang aktif sebenarnya banyak membantu dalam pekerjaan seharian. Dalam mana-mana jabatan, perhubungan yang baik sesama kakitangan amatlah penting dalam memastikan operasi jabatan berjalan lancar dan prestasi yang semakin baik.

Tidak dapat dinafikan dalam banyak-banyak ahli yang ada pasti ada juga peratusan yang kecil yang kurang memberi perhatian dan kerjasama kepada aktiviti sosial jabatan seperti ini. Tak apalah manusia memang tidak serupa, kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk mengikut kehendak kita atau kehendak ramai kerana manusiapun ada ego masing-masing yang bergantung kepada bagaimana kita mengawalnya. Apa yang penting diingat ialah kita buat semua ini adalah untuk kebaikan semua.



Majlis Makan Malam ini adalah meraikan pertukaran Tuan Haji Ismail Said, bekas Pentadbir Tanah Daerah Sik yang bertukar ke Lembaga Pembangunan Langkawi sebagai Timbalan Pengurus Besar , Puan Norhafiza bt Mat Dali Pembantu Tadbir yang bertukar ke Mahkamah Syariah Sik. Majlis diserikan dengan nyanyian karaoke oleh ahli PETASIK dan cabutan nombor bertuah.

asriredha
teratak kasih
alor setar
There was an error in this gadget