28 July 2009

Menikmati Keindahan Alam Sambil Bekerja

24 Julai 2009...Bukit Tinggi

Lama juga tidak pergi melancong dan berjalan-jalan dalam negeri. Nak harap melawat luar negara kurang sangatlah saya ni berbanding kawan-kawan junior yang lain. Tidak ada sapa yang sudi jemput ikut sekali. Mungkin fasal saya kerja banyak tempat di daerah saja kut. Dok teringin nak pi Eropah, Amerika Syarikat dan negara Timor Tengah..tapi tak kesampaian lagi sampai hari ini. Dah 23 tahun kerja.

Kali ini dapat peluang keluar dari negeri Kedah. Sekali-sekala dapat keluar dari Kedah ni rasa lega sikit. Bukan ada apa cuma kadang-kadang tu rasa tertekan juga duduk kat pejabat aje dengan seribu satu masalah yang tidak berkesudahan. Habis satu masalah, mai masalah lain pula, memang caca merba jadinya kerja di Pejabat Tanah. Apatah lagi kebanyakan masalah ini adalah kes-kes lama yang mana kalau ditangani dari awal rasanya senang saja penyelesaiannya, tapi bila sudah dibiarkan lama-lama jadi bertambah teroklah masalah tu..dengan pertukaran kakitangan, kecuaian, kehilangan fail-fail dan sebagainya .


Lawatan ini adalah mengambil kesempatan kunjungan rasmi Pasukan 'Task Force' Pegawai Kewangan Negeri Kedah ke Pejabat Kewangan Negeri Selangor DE, Shah Alam Selangor untuk meninjau tentang pengurusan kewangan negeri Selangor yang dikatakan salah satu negeri yang agak makmur juga dari segi sumber kewangannya. Saya turut dijemput sama untuk dengar dan lihat sendiri akan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor terutama dari segi hasil-hasil kewangannya dan pengurusan kewangannya. Apatah lagi Selangor sekarang diperintah oleh Pakatan Rakyat dimana MBnya adalah seorang bekas tokoh koperat yang berjaya terutama dalam menggalakkan orang Melayu terlibat dalam pelaburan saham amanah melalui Amanah Saham Nasional/Bumiputera.



Bila mendengar taklimat mereka yang memaparkan segalanya, betullah seperti apa yang dijangka, memang Selangor hebat. Belanjawan Negerinya sahaja melebihi RM1.5 billion. Kemungkinan besar negeri ini sejak awal lagi telah membangun berbanding dengan negeri lain. Tumpuan pembangunan telah sejak awal lagi bertumpu di Lembah Kelang ini dan pembangunannya semakin rancak. Negeri ini juga mendapat pampasan yang banyak hasil dari penyerahan Kuala Lumpur yang dijadikan Wilayah Persekutuan disamping mendapat sumbangan yang besar hasil dari pembangunan Putrajaya dan Cyber Jaya..Pengurusan kewangannya mendapat Sijil Bersih selama 7 tahun berturut-turut.Ada banyak perkara-perkara baru yang boleh dipelajari oleh pasukan kami terutama dalam mendapatkan idea-idea baru sumber kewangan negeri.

Antara yang menarik dan wajar dipertimbangkan ialah dari segi pengurusan kutipan royalti bahan batuannya yang diswastakan kepada anak syarikat kerajaan negeri, memberi diskaun premium menggalakkan tuan tanah ubah jenis/syarat tanah disamping pertingkatkan penguatkuasaan langgar syarat kegunaan tanah, GLC diwajibkan membayar sejumlah peruntukan kewangan kepada kerajaan negeri, penubuhan pasukan penguatkuasa khas untuk menguatkuasakan lesen-lesen hiburan yang dipusatkan di Pejabat Kewangan Negeri, mengenakan denda-denda tambahan bagi kes-kes kelewatan membayar premium tanah, mengenakan bayaran permit khas bagi tanah-tanah yang digunakan bukan maksud yang dinyatakan, GLC dikehendaki beroperasi seperti syarikat perniagaan sepenuhnya tanpa ada apa-apa pengecualian dari segi cukai/premium tanah dan banyak lagi perkara-perkara baru yang boleh dijadikan panduan. Ini memerlukan forum lain untuk mengkaji dengan lebih mendalam.

Layanan mesra oleh kakitangan Pejabat Kewangan Negeri Selangor yang diketuai oleh Dato' Pegawai Kewangan Negerinya membolehkan majlis perjumpaan ini berjalan lancar dan YB Dato' Hj. Mohd Puat Ali Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang mengetuai pasukan task force ini amat menghargainya dan menjemput pula pegawai-pegawai dari Pejabat Kewangan negeri Selangor untuk bertandang ke negeri Kedah ini.

Selesai di Shah Alam, saya bertolak ke Bukit Tinggi, Pahang bersama keluarga. Saya dan keluarga tinggal di Hotel Colmar Tropical kepunyaan Syarikat Berjaya Group. Memang indah dan cantik hotel tersebut yang berkonsepkan suasana di Perancis. Tidak dapat pergi Perancis mai ke sinipun jadilah. Ditambah pula dengan alam persekitaran yang dingin dan hutan yang menghijau dengan pelbagai spesis hidupan.

Di sana ada satu lagi misi rasmi yang perlu dilaksanakan iaitu Mesyuarat Pentadbir Tanah Negeri Kedah. Sengaja diator oleh urusetia mengadakan mesyuarat tersebut di Pusat Peranginan ini yang jauh dari kecelaruan alam yang membosankan dan hiruk pikuk kota untuk berbincang sesama pegawai bagaimana lagi untuk mempertingkatkan prestasi pentadbiran tanah dinegeri Kedah. Sekali-kala berbincang ditempat-tempat seperti ini minda kita lebih lapang dan terbuka untuk menyuarakan apa-apa idea dan pandangan.

Waktu menulis coretan inipun masa duduk kat hotel tersebut. Saya tidak mahu panjang-panjang lagi nanti habis masa duduk dalam bilik hotel aje. Banyak benda nak buat lagi ni untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini.

kalau begitu saya mohon permisi dulu...nanti bila syehnya mai, saya akan pagut balik keyboard ni...





alor setar

20 July 2009

KeBeRsiHaN ?

Bangun pagi-pagi ni rasa segar sikit. Hari ini cuti umum Israk-Mikraj. Seperti biasalah macam-macam aktiviti keagamaan diadakan diseluruh pelusuk kampong, pekan dan bandar. Tiap-tiap tahun macam tulah dianjurkan. Hasil dan kesannya tidak tahulah macammana. Kisah Rasulullah SWT diperjalankan dari Mekah ke Masjid Al Aqsa dan seterusnya diperjalankan ke langit ditafsir dan diulas oleh para penceramah dan ulamak dalam pelbagai cara dan makna. Saya sendiri tidak berkemampuan untuk mengulas berkenaan Israk-Mikraj ini kerana ini bukan bidang pengetahuan saya secara mendalam. Maka biarkanlah orang yang arif berkenaannya bercakap.

Apa yang saya nak bercakap dan bersembang kali ini adalah berkenaan kebersihan. Ini ada kaitan juga dengna Israk Mikraj ini kerana Rasullullah SWT diangkat oleh Allah SWT untuk disucikan seluruh dirinya lahir dan batin.

Dalam kontek kita sebagai manusia saya cuma nak sentuh aspek-aspek kebersihan yang berada disekeliling kita sahaja.. Nampak mudah aje tapi kadang- kadang manusia tidak berapa ambil kisah akan soal-soala kebersihan, kecantikan, keindahan dan kekemasan. Semua ini ada berkaitan antara satu sama lain yang mana jika ini diberi perhatian sepenuhnya tidak akan ada lagi masalah-masalah pencemaran, masalah alam sekitar, masalah penguatkuasaan dan sebagainya.

Apa makna kebersihan pada setengah-setengah orang....

Banyak contoh-contoh yang akan saya sentuh berkenaan kebersihan berdasarkan kepada pemerhatian saya sendiri. Kemungkinan apa yang akan saya sentuh nanti akan memberi kesan negatif kepada setengah orang maklumlah terkena batang hidung sendiri. Tapi itulah perkara-perkara seperti ini kita kena cerita juga... Kadang-kadang orang tidak begitu faham maksud kebersihan ini dan langsung tidak dikaitkan dengan akidah dan pegangan agama. Sebab itu kadang-kadang kita tengok kat cermin kereta tu terpampang tulis ' ikut cara Islam' tetapi perbuatan dan kelakuan mereka tidak melambangkan apa yang dilaungkan...

Saya pernah melihat mengekori sebuah kereta yang saya rasa seorang yang beragama juga berdasarkan kepada cara pakaiannya dan slogan ' Mari Bersama Islam' dicermin belakang keretanya. Tetapi alangkah terkejutnya saya bila selamba sahaja pemandu kenderaan tersebut buka tingkap keretanya dan melemparkan sebungkus kulit rambutan dan lain-lain sampah jatuh terburai plastik dan berselerakan atas jalan raya.. Terkejut besar saya....Inikah yang dikatakan mengamalkan cara kehidupan Islam.. Kalau orang bukan Islam tengok macam ni cara gayanya mereka pasti memandang serong akan Islam itu sendiri. Adakah perbuatan buang sampah merata-rata hinggakan menyusahkan orang ramai tidak dianggap sebagai dosa. Adakah Islam itu pada fahamannya melaksanakan sembahyang, mengerjakan Haji, mengucapkan 2 kalimah syahdat, menunaikan zakat dan berpuasa. yang lain-lain itu tidak termasuk dalam kontek amalan Islam.

Bayangkanlah kalau perbuatan tersebut diperhatikan oleh anaknya, maka itulah yang akan difahami oleh anaknya bahawa buang sampah merata-rata, lempar ikut suka sahaja dan akhirnya anaknya akan anggap perbuatan tersebut tidak bersalah. Akhirnya seorang lagi akan berperangai buruk seperti bapanya juga.

Dalam hal ini saya amat mementingkan anak-anak. Merekalah yang akan mewarisi apa yang kita amalkan sekarang ini. Kecil-kecil lagi kita kena asuh dan ajar mereka agar mementingkan kebersihan. Ajar dan tegor mereka masa mereka masih kecil. Anak saya sendiri pun kadang-kadang terlupa juga dan buat perangai macam yang pemandu tadi..Tapi kita kena peringatkan dan tegur selalu sampai satu tahap mereka faham apa makna kebersihan hingga sanggup simpan sampah dalam poket atau beg dan buang bila jumpa tong sampah. Bila sampai peringkat itu, Insya Allah mereka ini bila besar tidak akan menimbulkan masalah. Orang Jepun dan orang Eropah walaupun bukan berugama Islam tetapi mereka amat mementingkan hal-hal berkaitan kebersihan ini. Hinggakan kalau buang puntung rokok pun akan dipandang serong oleh masyarakat sekitarnya. Kita yang berugama Islam ini sudah jelas dalam Al Quran dan AL Hadis yang amat mementingkan kebersihan tetapi tidaka mengamalkan sepenuhnya. Mengapakah perkara ini boleh berlaku..

Satu lagi contoh tidak elok yang saya tengok ialah kesukaan orang kita buang sampah tepi sungai. Tak tahulah fasal apa? ..Sepanjang perjalanan saya nak pergi ke tempat kerja dari Alor Setar ke Air Hitam, Jerlun waktu kerja kat situ, saya akan melalui beberapa batang sungai yang elok airnya. Malangya boleh dikatakan sebahagian besar rumah-rumah ditepi sungai tersebut ada melonggokkan sampah ditebing sungai. Bila air sungaii naik akan dibawa hanyut sekali sampah-sampah tersebut dan dibawa ke laut dan akhirnya laut jadi mangsa dimana disitulah juga punca rezeki nelayan-nelayan kita. Bayangkanlah kalau sungai tercemar dan pergi ke laut juga tercemar dan ikan dan sgala kehidup laut akan terjejas teruk. Adakah mereka ini sedar akan perbuatan mereka ini yang suka buang sampah ke dalam sungai. Susah sangatkah untuk melupuskan sampah-sampah tersebut. Adakah sungai dianggap sebagai tempat melonggokkan sampah..? Sepatutnya sungai dijadiikan tempat rekreasi untuk menghilangkan tekanan perasaan dengan melihat kejernihan airnya, mendengar deruan airnya dan merasai kesejukan airnya. Sungai juga menjadi tempat mencari rezeki selain laut. Bayangkan berapa banyak implikasi negatif yang ditimbulkan akibat pembuangan sampah-sampah ke dalam sungai. Yang terlibat itu bukan orang sebarangan, ada yang tok-tok guru, pak haji, pak lebai, orang alim, orang berpendidikan tinggi dan sebagainya tetapi perangai buang sampah cara ni langsung tidak boleh pakai dan tidak menggambarkan peribdi mereka yang dipandang tinggi disisi masyarakat.

Tidak bolehkah sampah-sampah itu dibuang dalam lubang, atau dibakar sahaja dibelakang rumah atau dibungkus elok-elok dan diobaa ke tong sampah yang berdekatan yang dibawa ketapak pelupusan sampah. Bukan tidak ada tempat yang hendak dibuang, banyak tanah belakang rumah penuh dengan semak-semak sahaja tanpa terurus. Fahaman mereka biarlah bersih keliling rumah kita , yang luar kawasan rumah kita biarpi apa nak jadi, ysng penting rumah kita bersih....boleh pakai ke orang seperti ini?

Ini hal-hal kebersihan yang jika tidak diamalkan dengan betul akan memberi kesan kepada orang lain. Orang lain yang akan mendapat sengsaranya.

Dalam rumah juga perlu diberi perhatiaan juga. Bilik air, dapur, sekitar dalam rumah, sekitar kawasan rumah dan luar kawasan rumah perlu diberi perhatian sepenuhnya dalam menjaga kebersihan.... Setengah-setengah orang tidak berapa ambil kisah sangat kebersihan bilik air dimana mangkuk tandas dibiarkan berdaki, tapi gamak boleh letak punggung dan berak, lantai dan dinding dibiarkan berlendir penuh dengan rambut dan sisa-sisa mandi dan sebagainya. Ini kena ada sifat ringan tulang. Biasakan diri ambil masa 2 atau 3 minat sahaja untuk cuci tempat-tempat dalam tandas tersebut. Sambil-sambil mandi boleh buat kerja tersebut. Antara mahu atau tidak mahu sahaja. Saya memang tidak boleh terima tandas-tandas yang busuk tidak terurus tersebut. Anak-anak kena dilatih selalu supaya belajar cuci bilik air sendiri dan bilik air dalam rumah, saya sendiri puas ajar juga anak-anak saya untuk membolehkan mereka memahami apa yang dimaksudkana. Itupun kadang-kadang puas bersuruh juga baru buat. Saya tidak akan berputus asa sehingga mereka memahami apa maksud kebersihan dalam konteks keagamaan. Maklumlah anak-anak ni kadang-kadang mereka berkira sesama adik beradik, biasalah. Akhirnya bapa atau maknya juga yang buat. Bagi saya tu sepatutnya tempat yang elok dan biar kita tenang bila ada dalam bilik, bukan tempat untuk buang najis sahaja... Saya kalau ada duit lebih nanti, pasti akan buat lain bagi elok sikit bilik air itu, jadi kita boleh duduk lama-lama dalam bilik air rumah.

Pernah selalu saya cuci sendiri bilik air pejabat yang pernah saya kerja, tapi buat waktu luar pejabat saja, nanti orang tengok kata wayar putus pula...tidak pernah-pernah orang buat, saya pi buat. Bagi saya ini tidak kisah sangat asalkan pejabat kita bersih dan kawasan persekitaran kita bersih. Tapi nak bagi orang faham maksud bersih..inilah yang susah. Itulah nampaknya pejabat tidak dapat bagi elok dan bersih serta kemas sepenuhnya kerana ini memerlukan kerajinan sikit dan peka dengan keadaan sekeliling. Begitu juga di masjid-masjid. Tempat kita beribadat dan rumah Allah, tapi pergilah tinjau-tinjau tandas yang ada, memang sebahagian besar agak teruk tidak terurus. Bukanlah minta yang mahal-mahal nak buat bagi bersih, cukup sekadar cuci dan jaga bagi bersih. .. Itu sahaja, apa yang susah sangat.

Persekitaran rumah juga perlu diberi perhatian dari segi kebersihanl. Sampah-sampah jangan dibiarkan merata-rata. Tidak kiralah samada rumah kampong yang tanahnya luas atau taman perumahan yang tanahnya agak kecil. yang pentingnya kebersihan kena jaga.
Bagi saya kebersihan tidak ada kaitan dengan kemiskinan. Ada banyak orang beranggapan rumah terok kerana ia miskin. Ini pendapat yang tidak boleh terima.
Saya pernah pergi melawat rumah-rumah orang miskin untuk dipertimbangkan diberi bantuan rumah baru atau baiki rumah.



Cubalah tengok rumah orang kurang berkemampuan. Minta bantuan rumah. Orangnya muda lagi dan isterinyapun muda juga dan mempunyai anak seorang. Tengoklah keadaan sekeliling rumahnya...macam tempat buang sampah..apa pandangan pembaca sekalian..Susah sangatkah untuk bersihkan kawasan rumah sekelilingnya dan dalam rumah juga. Kalau lihat dalam rumah lagi terok keadaannya..




Sedih tengok dengan keadaan rumah tersebut. Bukan sedih kerana tengok rumah yang dhaif tetapi sedih kerana mereka langsung tidak mengamalkan kebersihan. Mengamalkan kebersihan tidak memerlukan duit belanja. Bayangkan rumput dibiarkan berkeliaran sekitar rumah yang hampir sama tinggi dengan tingkap rumah, hanya ada laluan lorong masuk kerumah sahaja tidak berumput, itupun sebab dok lalu selalu. Sampah-sampah berselerakan dalam rumah dan diluar rumah. Amat kotor dan menjijikkan. Hanya satu sahaja yang saya boleh katakan kepada tuan rumah dan isterinya iaitu memang 'penyegan' Bukanlah susah sangat nak cuci potong rumput sekitar rumah, kemas dan cuci dalam rumahpun tidak perlu pelajaran tinggi dan duit pun, tapi tidak buat. Mereka ni bukannya tua dan cacat anggota. Inilah mentaliti kebanyakan pemohon bantuan kerajaan. Boleh dikatakan semuanya begitu. Lebih 17 tahun berurusan dengan orang-orang kampong, saya boleh berani katakan begitu.

Itu tidak apa lagi, lepas kita bagi bantuan rumah baru, setahun atau dua tahun lagi kita pergi melawat semula boleh dikatakan rumah itupun sudah nampak usaang, macam rumah lama yang dulu juga, kotor dan tidak terurus, sampai anai-anai naik kesiling pun tidak terasa nak dimusnahkan..

Berbalik kepada kebersihan pejabat pula...Inipun nak kena cerita juga. Lebih 10 pejabat saya bekerja..Macam-macam perangai dan kelakuan dapat dilihat. Kadang-kadang tu anak buah tidak berapa faham apa itu kebersihan dan apa itu keindahan. Betullah sepertimana kata tuan DO Sik, Tn Hj Azmi kadang-kadang fahaman seseorang itu berkenaan kebersihan adalah berlainan dengan orang lain. Kalau budaya dirumahnya tidak berapa kisah sangat berkenaan kebersihan maka tabiat ini akan terbawa-bawa ke pejabat atau ketempat kerja. Kalau dirumahnya sawang-sawang labah penuh kat dinding dan siling maka dipejabatpun macam tu juga. Dia tidak akan kisah sangat untuk cuci atau sapu sawang. Begitu juga dengan cermin-cermin tingkap pejabat , lantai pejabat, bilik-bilik setor yang berabok dan berselerak, bilik air yang berbau busuk dan sebagainya. Baginya itu semua tidak beri apa-apa makna kepadanya.. Baginya biasa aje. Dia masih lagi selesa bekerja dalam keadaan tempat kerja yang semak, berabuk, kotor, berbau, kertas-kertas buruk dan lama bawah meja dan sebagainya.. Tegorpilah berapa kalipun, macam tulah. Bila buat gotong royong, tolonglah sekejap dan eloklah sekejap lepas tu balik asal.. Takkan nak tunggu gotong royong atau ketua arah baru nak buat.. Pakat-pakatlah kita buat sebagai satu pasukan dalam jabatan kita.

Dulu-dulu kalau ofis boy tu memang tau kerja mereka, tolong buat macam-macam, dahlah mai awal, sapu lantai, cuci bilik air, tengok apa yang patut dalam bilik bos nak vacuum ke, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Tetapi sejak kebelakangan ini dah tidak jadi macam itu lagi. Walaupun dalam senarai tugas ada dinyatakan, tapi tidak dibuat semua. Nak kena tegor dan nak kena suruh barulah dibuat.. Itulah yang berlaku dalam mana-mana pejabatpun.

Begitu jugalah dengan penjagaan kereta jabatan. Ada yang rajin dan ada yang tidak berapa nak kisah fasal kebersihan kenderaan jabatan. Kadang-kadang sedih tengok kereta atau lori masih baru lagi tapi kerana perangai penyegan pemandu maka nampak terok sangat kenderaan tersebut. Bukan tidak ada masa nak cuci tapi memang dah macam tu. Kadang-kadang tu seminggu berapa kali sangat keluar guna kenderaan. Hari-hari lain tu duduk berehat kat pejabat aje. Itupun kira bagus juga duduk kat pejabat. Ada setengah-setengah tu ghaib hilang begitu aje.Pernah satu ketika waktu kerja kat sebuah pihak berkuasa tempatan saya buat pemereksaan mengejut lori sampah. Lori tu baru lagi tapi kalau tengok tempat driver dan kalendannya tempat letak kaki dibawahnya dah dekat 3 inci tebal dengan sampah kertas, tin dan sebagainya. Mentang-mentanglah lori sampah tapi takkanlah sampai lori itu nak dijadikan sampah. Tapi itulaha keadaannya mereka tidak kisah bekerja dalam suasana begitu.. Boleh jadi mereka fikir itu bukan harta mereka, jadi nak gaduh apa... Sedangkan dia tidak sedar bahawa itulah satu-satunya pekerjaannya yang memberikannya pendapatan dan untuk belanja keluarganya. Bagi saya kenderaan yang kita jaga kena selalu bersih. Petang-petang sebelum balik rumah, cuci dulu apa yang patut. tidak susah manapun, tak payahlah nak tunggu beli pam penyembur air baru nak cuci. Itupun setengah-tengah tu hebat lagi bawa pergi bengkel cuci kereta dan balik 'claim' kat ofis...cubalah anggap cuci kereta tu sebagai senaman, bukan kah ok...keluar juga peloh masin dan masam kita.

Kebersihan dan kekemasan kena ada dalam bekerja. Ianya sebenarnya kena datang dari hati sendiri, laratkah nak kena tegor dan berleter selalu minta buat itu dan ini untuk kebaikan kita. Kadang-kadang itu saya tengok kertas fail dah 'relah' atau carik, rosak terok , lusuh fasal lama sangat, itu pun duduk gagah guna juga arak sana arak sini sebab fail itu aktif. Tidak bolehkah ringankan tangan tukar kulit fail dan tulis apa yang patut bagi elok nampak macam baru.. Duduk atas meja kerja kita tidaklah semak sangat. Kadang-kadang tengok fail buruk dan lusuh atas meja naik susah hati juga kita..Meja tu herot petot, lama tidak disusun bagi elok.. pun nak kena tegor juga...

kita kena bagi ceria setiap hari. Jangan bagi ada 'tension' dalam kehidupan harian kita...buat apa-apapun kena fikir panjang jangan bagi timbul masalah kepada diri sendiri dan orang lain... Kadang-kadang tu terfikir juga kenapa jadi begitu...rasanya kita ni dok berkira sangat kut. Berkira fasal tenaga, wang ringgit, berkira fasal orang lain tidak ada kerja banyak, berkira fasal orang lain kerja mudah, berkira fasal orang lain gaji lebih kerja kurang, berkira fasal macam-macam lagi ....Akhirnya tidak mahu buat apa-apa dan kadang-kadang dia terlupa kerja tu tersebut adalah memang tugas hakikinya.

Apa lagi nak cerita ya fasal kebersihan yang berada dipersekitaran kita.... ya baru teringat.. lama dah nak cerita dan nak celoteh fasal kebersihan kedai makan...kedai makan ada macam-macam seperti restoren, gerai tolak, gerai tepi jalan, gerai biasa, pub, cafe dan macam-macam nama lagi. Yang penting semua itu tempat kita pergi makan-makan. Jadi kalau benda makan maka ianya kenalah bersih segala-galanya baik dari segi tuan tubuh penyedia dan pelayan makanan itu sendiri peralatan makanan, kebersihan kedai dan sebagainya.

Ada setengah kedai makan begitu mengabaikan kebersihan walaupun makanannya sedap.. belanjalah sikit untuk kebersihan. Saya amat prihatin tentang fasal makan kat luar rumah ni.. Kalau tidak kerana terdesak sangat saya tidak akan masuk kedai-kedai makan yang pengotor. Antara kedai yang tidak jaga kebersihan bolehlah saya senaraikan disini iaitu:-

Pegang makanan dengan tangan.. Ini kat kedai mamak nasi kandar kerap jadi macam tu. Ada setengah tu guna juga sarung tangan plastik..kira oklah juga.. Ini tidak.. tangan itulah yang dia guna untuk ambil makanan dan lauk pauk, tangan itu jugalah kira duit, tangan itulah juga garu sana garu sini, lepas tu bersembang rioh rendah dengan pekerja-pekerja hingga tersembur air lior ke dalam lauk pauk yang ada dihadapan.. Tidak percaya pergilah tengok sendiri.. Naik 'mengkelan' tengok..Itupun orang masih beratur panjang untuk makan nasi kandar mamak tersebut. Ada juga yang jual/buat popia pakai 'sauk' dengan tangan sahaja untuk banda-benda makan yang hendak dimasuk dalam popia tersebut. ..'tersentot' selera walaupun orang kata popia itu sedap sangat. Ini semua ada kat kedai mamak, kedai melayu, kedai cina dan kedai india...

Satu lagi yang saya tengok ialah kebersihan tempat kedai itu sendiri samada diluar dan dalam kedai makan. Kalau gerai tepi jalan lagilah terok. Kadang-kadang jualan bukan tidak lakum tapi tabiat orang kita tidak mahu belanja langsung untuk beli peralatan yang elok sikit. Ini kalau kata gerai tepi jalan tu, cuma pakai kerusi buruk dan mejapun berlumut dan guna seadanya sahaja. Boleh tengok meja tu hitam dan kotor. Nak letak tanganpun tidak tergamak. Mula-mula pakai kereta tolak. Pagi tolak pi tempat berniaga dan petang/malamnya tolak balik kerumah. Tapi lama-lama perangai penyegannya mula mai. Apatahlagi penguatkuasa bandaran tidak pernah mai tegor, maka dia mula tinggalkan kereta tolaknya kat situ dan lama-lama roda kereta tolaktupun tenggelam kat situ...Peniaga yang macam inilah yang menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa tempatan...Mereka inilah yang mencemarkan pemandangan ditepi jalan raya dan kadang-kadang duduk ditempat yang merbahaya.

Kadang-kadang orang bandaran bukanlah zalim sangat tidak mahu bagi orang berniaga, lebih-lebih lagi dizaman gawat ini., tapi kelakuan dan sikap pengotor setengah-setengah peniaga memang mengundang kemarahan orang ramai. Cubalah amalkan kebersihan sikit, cuci dan bersih kawasan tempat berniaga dan kawsan persekitarannya, jangan bagi ada sikitpun sampah sarap kat situ. Apa yang saya nampak kalau dia cuci bersihpun hanya dalam kedai/gerainya sahaja yang disebelah luar tu tidak ambil kisahnya...memang tabiat orang kita macam tu...berkira sangat...Cubalah dia amalkan kebersihan 100% luar dan dalan dan buat bagi nampak cantik sikit, dan duduk ditepi jalan yang agak tidak membahayakan keselamatan orang ramai saya rasa orang bandaranpun tidak tergamak nak halau begitu sahaja kalau tidak perlu sangat..Dalam bangunan restoranpun samalah juga. Cubalah pergi tengok bilik air mereka..bau busuk hapak..letak pula didapur..Disitulah tempat cuci segala barang untuk memasak, disitulah tempat untuk mamasak dan sebagainya...bayangkanlah...nak tau taukeh tidak kisah atau tidak restorannya tengoklah kepala paip air kat sink basuk tangah...Nampak berdaki hitam dan berlendir saja kepala paip air tersebut, apatah lagi sinki tersebut...berlumut dan berdaki tidak pernah dicuci... Sayang sekali kerana ada setengah restoran atau kedai makan tersebut memang sedap makanannya dan memang ada ramai pelanggan, tetapi akan lebih elok dan baik lagi kalau ditambah mengutamakan kebersihan.


Ok....ada lagi nak taip , tapi saya henti kat sini dulu, ada urusan lain yang perlu dibereskan

Sebelum berundur baca pilah keratan akhbar yang dilampirkan ini. Semoga menjadi panduan dan ingatan kita..Susah juga nak ikut kalau pemikiran tidak mahu berubah....



Cabutan komen saya dalam akhbar Berita Harian



asriredha
teratak kasih
alor setar

14 July 2009

SUKHAT

14 julai: Makmal IT ,WDA

Agak pelik juga dengar tajuk ni...Memang tidak ada dalam kamus. Ianya adalah singkatan kepada Sistem Pengurusan Kutipan Hasil Tanah. Inilah sistem yang digunapakai diseluruh Pejabat Tanah di Negeri Kedah ni. Hari ini dah dua hari saya mengikuti kursus membiasakan dengan diri dengan sistem SUKHAT ini.. Memang ini kalau ikut modiul bukan perlu sangat ketua jabatan hadir, tetapi saya hadir ni untuk mengetahui juga sedikt sebanyak bagaimana SUKHAT ini beroperasi dan berfungsi. Kena tahu juga kerana pada akhirnya yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ialah Ketua Jabatan juga. Jangan nanti bagi tahu tidak tahu pula. Tengok yang hadir tu nampaknya saya seorang sahaja yang senior sikit dalam kalangan yang hadir. Bagi saya ini adalah program ilmu. Ilmu bukan kira sapa, sapa hendak kenalah pi cari , tidak ada lagilah ilmu itu pergi cari kita.

Melalui sistem SUKHAT ini sebenarnya banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk operasi pejabat tanah. Kalau tidak datang kursus ini kita tidak tahulah. Larat ka nak belajar melalui kerja buat harian di pejabat. Kita kena tahu fungsi setiap kemudahan yang ada dalam system itu. Semuanya adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan kita membuat kerja. Pada akhirnya sistem penyampaian jabatan kita kan lebih cekap dan akhirnya rakyat yang mendapat manfaatnya.

Peranan pegawai pengawal dan lain-lain kakitangan ditentukan dengan jelas. Ini adalah untuk memastikan tidak akan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan. Maklumlah nak te rima duit.. Lama-lama boleh gelap mata. Sudah dua tiga kes berlaku dalam pentadbiran tanah dimana kerana terlalu menyerah bulat-bulat kepada pegawai bawahan buat kerja tanpa pengawasan sewajarnya maka kerajaan kerugian beratus ribu ringgit disebabkan penyelewengan tersebut.

Sebab itu setiap pegawai diberi kata laluan yang berasingan dan diberi kebenaran masuk dalam satu-satu sektor yang tertentu dan untuk kesektor yang lain pula kena ada pegawai lain pula yang menguasainya.. Semua ini dibuat ada sebab dan tujuannyanya. Bukan saja-saja dibuat begitu. ia adalah untuk tujuan pemantauan dan 'check and balance'

Apa yang telah berlaku dan ada juga masih berlaku sekarang ini ialah ada pegawai yang bertanggungjawab dalam sektornya memberikan katalaluannya itu kepada pegawai bawahannya untuk pegawai bawahannya itu buat kerja bagi pihak pegawainya. Ini yang aku nampak kerap berlaku dalam kebanyakan pentadbiran. Pegawai langsung tidak ambil tahu sedangkan itu adalah tanggungjawabnya, dan jika berlaku apa-apa pegawai itu yang akan dipersalahkan. kalau anak buah amanah dan cekap tidak apalah juga. Apa kata kalau anak buah itu nak buat nanya kat bosnya. Atau ambil kesempatan untuk kepentingan dirinya. Maka siaplah jawab nanti.

Sebab itu dalam hal-hal kewangan kenalah jaga betu-betul. Kita kena ikut prosedur dan peraturan yang ditetapkanl. kalau ikut semua Insya Allah semua akan selamat dan semua orang akan senang hati. Tidakkah begitu saudara-saudara ku semua....?



asriredha
teratak kasih
alor setar

05 July 2009

Kuari Oh Kuari

05 Julai 2009
Sik

Selamat pagi bung...bahasa indon pula..Selamat sejahtera. Apa khabar semua. Adakah yang masih dok menyambung baca blog saya ni...kalau sapa baca sampai disini makanya saudara masih teruskan membaca. Ok biar saya godam lagi punat-punat ni... walaupun mata masih mengantuk benar tapi takut idea hilang maka baik tulis juga apa yang terlintas dikepala.


Tahan dan periksa lori dijalan raya. Memang berisiko tinggi..apa-apa boleh terjadi, tapi kerja kena buat juga.

Pagi tadi tepat 6.00 pg lepas saja subuh, saya terus memandu dari rumah ke Jeniang Sik...Harapan cuma satu untuk buat pemeriksaan mengejut operasi kuari di Sungai Muda. Banyak sangat saya dengar fasal operasi kuari waktu yang tidak dibenarkan..Ada bayar royalti atau tidak tak tahulah saya.. Kurang sangat laporan yang saya terima berkenaan operasi kuari ni. Jadi pagi ni saya nak siasat sendiri betulkah apa yang saya dengar dan apa yang lihat setiap hari,, berderet-deret lori pasir berada diatas jalan raya Jeniang-Gurun.


Memeriksa resit royalti di pondok kuari.

Jadi pagi ni saya macam polis juga..terhendap-hendap kat kuari yang dibawah permit sebelah Sik...dalam samar-samar pagi saya terhendap-hendap dgn anak buah. Habis kulit digigit nyamok..Harap-harap jangan nyamok yg bawa Chikukunnyaa. La ni tengah dook mengamuk kat Sik. Nasib baiklah ular tengah dok tidor lagikut... kalau tidak lagi'nanya' kami.. tapi itulah demi tugas terpaksalah saya bersusah-susah pi juga bersama dengan anak buah yang prihatin... nak ajak anak buahpun, bukan semua boleh.. macam-macam alasan... saya tidak mahulah susah-susah anak buah sangat.. biar pi dengan sukarela, sebab ini luar waktu pejabat...lepas ni saya nak cuba ajak mana-mana lagi staf yang berminat tidak kira apa unit sekalipun asalkan ada kemahuan untuk membantu dan tolong menolong tanpa mengira tugas hakiki. Kalau dapat macamni alangkah bagusnya...kalau boleh pakat elok-elok banyak masalah dapat diselesaikan.
Buat kerja jangan 'tension' Biar seronok buat kerja, baru hidup didunia ini penuh kedamaian...ok tak...

Ok.. balik pada tujuan asal...memang betol bagai dijangka...memang ada pengusaha kuari yang buat kerja 'loglaq' ni. Sudahlah keluar bukan waktu yang dibenarkan, tak bayar royalti pula. Itu baru sekali periksa...tak taulah sebelum ni berapa ratus malah ribu lori mereka lari dari bayar cukai royalti yang dikenakan. Yang seronok 4 hari sebelum tu saya sudah pergi ke kuari tersebut dan jumpa taukehnya supaya buat kerja elok-elok, ikut aturan dan peraturan, jangan langgar syarat dan yang paling utama setiap lori yang keluar kena bayar royalti bahan batu yang ditetapkan. Saya kata kalau jumpa kesalahan tu saya akan tutup. Rupanya mereka ingat saya main-main sedangkan 3 hari sebelum tu saya sudah tutup satu kuari pasir juga kerana jenis langgar syarat lulus tang lain, korek tang lain... tupun dah buat kerja ni dah lama juga, tak tahulah berapa banyak mereka 'pelari' cukai royalti tidak tahulah saya...
So.. keputusannya kuari tu ditutup serta merta dan notis tu saya hantar sendiri ke tapak kuari pada sebelah petangnya jam 6.30 ptg....tapi nampaknya petang tu mereka memang dah tak beroperasi setelah diberi amaran....Tengoklah lepas ni apa tindakan mereka...Biasalah alasan yang diberi macam-macamlah.. dengar sajalah..jangan kata apa..tindakan yang diputuskan diteruskan...

Saya cerita ni kerana moralnya, kerajaan dah beri segala peluang dan kemudahan untuk orang cari makan. Maka carilah elok-elok, ikut peraturan dan bayar apa yang patut dibayar...senangkan... Yang pergi 'pelari' royalti fasal apa...bukannya untung apa sangat..bila dah tutup kan masalah...sayapun bukan suka-suka sangat sat tutup dan buka kuari tapi kita bertanggungjawab kepada negeri, negara dan yang paling penting bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. Saya biasa dengar dari seorang pemohon kuari pasir ini bahawa katanya tidak ada apa-apa dosa ambil pasir atas tanah / sungai kerajaan walaupun tak bayar royalti... Sayapun tak tau nak kata apa lagi kalau dia dah kata macam tu.. bertengkarpun tidak guna. Nampak orangnya alim juga.
Inilah keadaan-keadaan yang berlaku dalam masyarakat kita...yang terpaksa kita hadapi setiap hari terutama macam saya yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai...

Nah..biarlah saya matikan perbualan saya setakat ini saja. Jam pun sudah bersusun jarum dipuncak..Ayam serama yang anak-anak bela kat belakang tiba-tiba berkokok pula...tengah-tengah malam buta ni. dia ingat dah pagi kut..Saya rasa dia pening fasal pagi tadi anak-anak bawa ayam serama tu pi pejabat haiwan kat Jln Telok Kumbar, periksa kesihatan fasal nampak tak berapa sihat...

Selamat malam dan selamat tidor....

asriredha
teratak kasih
alor setar

03 July 2009

PERKASAKAN INSTITUSI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KEDAH


2 Julai 2009
Wisma Darul Aman

Hi, salam sejahtera.. jumpa lagi sapa-sapa saja yang layari blog ini. Hari ini ada kesempatan sikit untuk ketok keyboard ini jadi huruf-huruf yang membawa seribu makna.

Pagi tadi saya menghadiri Majlis Perjumpaan YB Dato' Seraja Setia Hj Rasli b. Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dengan seluruh anggota Pegawai Tadbir Negeri Kedah DA. Hampir sebulan rasanya beliau telah menjawat jawatan tersebut, inilah kali pertama beliau dapat berjumpa dengan semua PTN untuk menjelaskan beberapa harapannya dan halatuju pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang diterajuinya.

Dalam ucapan ulung beliau ini banyak perkara telah diketengahkan dan beberapa perubahan dari segi pentadbiran akan dilaksanakan oleh beliau. Antara perkara yang menjadi tumpuan utama beliau ialah Pembangunan Modal Insan, Penstrukturan Semula Peranan Pejabat SUK, Memperkasakan Institusi Pentadbiran Daerah, Kebajikan PTN, Memperkukuhkan Aspek Pentadbiran dan Pemantapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan.

Saya tertarik berkenaan perbincangan dan soal jawab yang diadakan dimana banyak disentoh berkenaan dengan pembangunan sumber manusia dan antara yang banyak ditekankan ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu pegawai KCS melalui pengajian ijazah lanjutan, kursus-kursus diluar negara, penempatan pegawai KCS disektor swasta/GLC dan sebagainya

Saya akui perkara-perkara itu penting dalam usaha KCS akan terus bertahan dan terus relevan pada masa akan datang yang penuh dengan perubahan persekitaran dan cabaran-cabaran yang semakin rumit serta global. Namun saya rasa semua itu bukan faktor utama yang dapat menentukan bahawa seorang PTN itu berguna sepenuhnya kepada pentadbiran negeri Kedah.

Saya amat berminat dengan 9 nilai bersama yang diketengahkan oleh YB SUK dalam usaha untuk memperkasakan institusi KCS itu sendiri. Antara nilai-nilai bersama tersebut ialah :- mengamalkan semangat persaudaraan , berkhidmat dengan taat dan setia, mengamalkan budaya integriti, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, melaksanakan tugas dengan penuh komited, mengamalkan disiplin yang tinggi, memupuk perasaan hormat menghormati dan yang akhirnya mengutamakan perkhidmatan berkualiti.

Saya rasa inilah perkara pokok yang penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Tidak ada gunanya mempunyai pegawai dan kakitangan yang berpendidikan tinggi tetapi perangai dan kelakuan masih lagi ditakuk lama. Berapa banyak pegawai yang tidak berdisiplin, ada setengah yang langsung tidak memberi perhatian berat terhadap jabatannya, tidak berdisiplin datang ke pejabat ikut suka hatinya sahaja. Peratoran yang ditetapkan melalui pekeliling tidak dipatuhi sepenuhnya samaada peraturan kewangan dan peraturan pentadbiran, tidak berintegriti, kuasa yang sepatutnya digunakan diserahkan kepada orang lain yang tidak layak terutama dalam hal-hal kewangan dan sebagainya.

Ada juga yang tidak menghormati pegawai atasannya dan pegawai bawahannya.Bercakap ikut sedap mulut sahaja, tidak ada nilai-nilai budibahasa langsung. Pegawai-pegawai baru atau junior bercakap 'hang aku' sahaja dengan pegawai atasan/senior yang kadang-kadang tu perbedaan umur antara keduanya boleh dikatakan anak dengan bapa.

Kesalahan disiplin anak-anak buah tidak pernah diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada. Nak ambil tindakan macammana, diri sendiripun tidak berdisiplin, nanti balik kat batang hidong sendiri. Kadang-kadang tu anakbuah ada banyak maklumat berkenaan diri bosnya. Ini lagi masalah dan menyebabkan mereka terikat dan diamkan sahaja perkara-perkara tidak elok yang berlaku dalam jabatan.

Majlis-Majlis yang diadakan dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri jarang dihadiri oleh pegawai yang dijemput. Semuanya ini amat memalukan dan merugikan kerajaan. Jemputpun masalah, tidak jemputpun masalah. Kadang-kadang tu kesian juga tengok rakan-rakan yang menganjurkan sesuatu majlis tetapi jemputan yang hadir hanya sebilangan kecil sahaja. Perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu majlis bukannya murah, tapi kita buat mudah sahaja tidak hadir. kalau ada urusan rasmi lain yang penting, tak apalah tapi, kadang-kadang tu sengaja tidak mahu hadir. Bayangkan apa rasanya kita bila kita anjurkan sesuatu program kalau yang hadir tu hanya 25 % sahaja. Sedih tau.. Sebab tu saya cuba sedaya upaya hadir juga majlis-majlis yang diadakan. Tapi itulah asyik-asyik muka tu sahaja yang ada kat majlis rasmi yang diadakan. Nanti orang kata asyik dok ligan(cari) 'mileage' pula. Tak apalah walau dimana saya duduk walau dekat sekalipun dengan rumah, jika tidak ada apa-apa hal-hal yang menghalang saya tetap hadir juga..Insya Allah.

Kursus yang dianjurkan itupun kena tengok juga. Kadang-kadang tu hari pertama sahaja ada kat tempat kursus hari lain, entah lesap ke mana? Anak-anak buah yang hadir sama diminta duduk kat kursus dan dia hilang entah kemana. Kalau balik ke ofis tidak apa juga. Semua ini adalah realiti dan tidak perlu disembunyikan. Semua orang dah tahu apatah lagi anak-anak buah kita.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketengahkan disini berasaskan 9 perkara yang disebutkan oleh YB SUK. Saya tidak menafikan bukan semua berperangai sebegitu. Ada yang memang saya respect betul dari segi komitmen disiplin mereka dalam tugas harian. Orang-orang seperti ini kalau nak bagi apa ganjaran dan kenaikan pangkatpun saya rasa wajar walaupun kadang terpaksa langkau kawan-kawan yang lebih senior. Biasalah tu...Jangan dok kira seniority sahaja dalam pemberian kenaikan pangkat..Saya sendiri akui kelemahan saya..saya tidak kisah sangat bab-bab tu, asal jangan potong gaji sudahlah...Pentadbiran tertinggi jangan dok kira sangat nak jaga hati anak-buah. Kalau tidak mampu jangan 'dok tebiang' nak bagi juga nanti bawa masalah yang lebih terok. Banyak lagi yang mampu untuk laksanakan sesuatu tugas penting. Saya sendiri pernah minta ditukarkan dari jawatan yang diberikan kerana dari awal lagi saya tidak mampu..Bukan semua PTN boleh ditempatkan pada satu-satu post tertentu. Ada yang memerlukan ilmu dan kemahiran yang tertentu yang perlu diambilkira. Mungkin pegawai tertentu tidak mampu ditempat tertentu tapi boleh 'excellent' ditempat lain.

Kerajaan Negeri sekarang menuntut komitmen sepenuhnya dari Pegawai Tadbir Negeri. Dengan kekangan kewangan dan pentadbiran dibawah kerajaan pembangkang diperingkat nasional banyak harapan diberikan kepada PTN untuk membuktikan bahawa negeri Kedah tidak ketinggalan dari segi kewangan dan pembangunan serta sistem penyampaian yang terbaik.

Saya sendiri tidak mampu untuk berbincang dan menguruskan berkenaan perkara-perkara nasional dan global bagi pihak negeri Kedah. Ada rakan-rakan yang mampu, berilmu dan berkelayakan untuk perkara tersebut. Maka berilah kepada mereka yang layak. Disinilah peluang diberikan kepada mereka yang banyak mempunyai sarjana dalam pelbagai disiplin untuk menunjukkan bakatm kepakaran dan kebolehan mereka.

Saya hanyalah insan kerdil yang amat bernasib baik dapat bekerja sebagai PTN, dan amat bersyukur dengan apa yang ada. Apa yang ada ini rasanya sudah lebih dari mencukupi jika dibandingkan dengan rakan-rakan seangkatan yang diluar dari PTN dan rakan-rakan yang tidak bernasib baik seperti saya.

Oklahlah , saya ni dah mula celotah yang bukan-bukan.. bukan nak mengata sapa-sapa hanya sekadar nak mengingatkan diri saya juga agar apa-apa perkara-perkara yang 'do
and don't' diambil perhatian yang sewajarnya. Jangan jadi kata tak serupa bikin.


asriredha
teratak kasih
alor setar

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sik


Sila klik digambar untuk mendapat berita penuh
Terima kasih kerana melayari blog ini.

asriredha
teratak kasih
alor setar

01 July 2009

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat

18 Jun 2009
Sik.


Sebagai jabatan yang terlibat secara langsung dengan rakyat maka Pejabat Tanah Sik telah sama-sama mengambil bahagian dalam pameran jabatan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Khidmat nasihat berkenaan urusan tanah dan perundangan tanah telah diberikan kepada pelawat yang datang. Ini mendekatkan lagi hubungan antara rakyat dan jabatan kerajaan.



bawah:Penulis b'sma YAB Menteri Besar Kedah dan Tuan Pegawai Daerah Sik di Majlis Perlawanan Bolasepak antara Pilihan Sik dengan Pilihan ADUN di padang Depoh Tahanan Imigresen, Belantik

atas:Pentadbir Tanah Daerah Sik turut memberi khidmat kepada pelanggan di kaunter pameran Pejabat Tanah Sik

kiri: YAB Menteri Besar Kedah sedang menyampaikan geran tanah kepada pemohon yang berjaya

Kata-Kata YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan b. Abd Razak, Menteri Besar Kedah DA di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada 18 Jun 2009 di Dewan Serbaguna Sik.
‘Sebagai pemimpin kita tidak mahu rakyat ditindas, kita tidak mahu rakyat dizalimi. Oleh itu kita lupakan perbedaan anutan politik dan kita sama-sama bekerja . Sekarang kita tidak kaya tetapi kita tidak juga miskin’


asriredha
teratak kasih
alor setar
There was an error in this gadget