21 September 2009

Selamat hari Raya Aidil Fitri



Abu Zareem, Norasimah, Nur Fatihin, Nur Zalika, Saya dan Abu Hurairah...gambar terkini pada pagi hari raya 20.09.2009 (Ahad) bersamaan dengan ulangtahun kelahiran saya yang ke 48 tahun. Tahun ini sambut hari jadi saya dengan hari raya aidil fitri sekali...Anak-anak nak makan kek aiskrim...dah beli dah...


Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan rakan yang mengikuti blog saya ini. Sekiranya ada perkataan dan tingkah laku yang menyinggong dan melukakan hati sanubari saudara semua kami memohon ampun dan maaf........

Satu perkara yang biasa diamalkan oleh orang-orang kita semasa hari raya ialah ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat taulan...dengan harapan dengan ziarah menziarahi ini akan meningkatkan lagi tali silaturrahim dan persaudaraan sesama keluarga dan sahabat..kalau nak fikirkan fasal makan memang tidak berbaloi jika terpaksa membuat perjalanan yang jauh tetapi kita perlu fikirkan kan maksud sebenar ialah untuk mempereratkan lagi hubungan kasih saang sesama insan. Wang boleh dicari, tetapi hubungan kasih sayang perlu dipupuk sampai bila-bila. Kaya sekalipun jika tana kasih sayang hidup ini menjadi kosong dan kontang. Bila dah berjumpa tu bolehlah bersembang fasal kenangan waktu kecil atau kanak2, kisah kebuasan kita waktu kanak2 dan sebagainya. Lepas tu boleh bual fasal keluarga dan anak-anak masing-masing. Berapa ramai anak, berapa yang dah sekolah, berapa yang dah kahwin, berapa yang dah masuk U dsbgnya. Habis sangat kalau tidak tau apa nak bersembang , ceritalah fasal perkerjaan, fasal kesihatan masing-masing, maklumlah kita ni macam enjin juga, lama-lama rosak sana sini...pakat-pakat nasihat menasihati menjaga kesihatan masingp-masing.

Sayapun kerap juga buat lawatan ke rumah saudara mara dan sahabat handai..Malangnya kadang-kadang itu tidak seronok juga asyik saya saja yang pergi melawat dia orang...Ada setengah rumah tu, saya saja yang asyik kerumah mereka bersama keluarga, tiap-tiap kali raya pi, tetapi saudara / sahabat yang kita hormati itu tidak teringatpun nak mai rumah saya...kalau tidak hari rayapun, hari lainpun tidak apa juga..Adakah mereka fikir mereka yang utama, jadi yang lain kena mai rumah mereka. Ini yang tak berapa nak seronok sikit...Adakah kedatangan kita dialu-alukan atau tidak. Suka ke tak suka ke. Kita yang terhegeh-hegeh pergi rumah depa beraya rumah dia orang. Hari raya tahun berikutnya saya tunggu juga kalau-kalau mereka datang..tidak mai-mai juga. Jadi maknanya depa tidak ingatlah kat kita orang...tidak gitu.

Saya berpegang kepada kita kena mula dulu...makanya faham-fahamlah lepas itu mailah pula ke rumah kita orang..baru hubungan lebih erat terjalin. Lepas tu tidak apa juga kalau kita orang dan keluarga pergi ziarah mereka dan begitulah sebaliknya... Tidak gitu saudara-saudara ku sekalian.

Prinsip saya mudah saja...Kalau sapa beraya atau ziarah rumah saya Insya Allah saya wajib dan pasti akan lawat balas...kerana saya faham kehendak tersebut..Saya akan berterima kasih yang amat sangat kalau orang mai rumah kita itu bermakna dihati nurani mereka telah terselit rasa ingatan mendalam mereka terhadap kita. Kalau tidak ada perasaan itu, macam mana dia boleh mai rumah kita..Itu namanya keikhlasan dalam bersahabat atau bersaudara. Rumah saya sentiasa terbuka dan tidak ada pantang larangnya dan apa-apa protokol untuk mai bertandang.

Ok..berundurlah dulu. Dok nampak ketupat terhidang depan mata...air lior dok meleleh pula.. tidak boleh jadi ni..nak pekena ketupat dulu dengan serunding ayam..bagi lepas gian dulu...Ok jumpa lagi, Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf Zahir Dan Batin.

asriredha
teratak kasih
alor setar
There was an error in this gadget