31 October 2009

KeMbArA LaTa LeMbU EmAs

Kalau selalu berada dan bekerja di ofis, kadang-kadang 'tension' juga..Ya lah asyik memikirkan fasal kerja aje, apa nak dibuat, apa yang diarah, apa yang kena arah, apa yang kena peringatkan, apa yang kena diselesaikan dan macam-macam lagi....Kita sentiasa diburu dengan tugas yang sentiasa `menanti dan masa yang terhad..namun serajin mana kita berusaha, kerja yang menanti tidak akan selesai...


Sebagai alternatif untuk menenangkan fikiran dan sekaligus untuk kesihatan diri juga maka saya telah berpakat dengan beberapa orang anak buah untuk masuk satu pertandingan yang dinamakan 'Kembara Lata Lembu Emas' di Bendang Man, Daerah Sik pada 31 Oktober 2009. Program ini anjuran Pejabat Daerah Sik, Pejabat Belia Dan Sukan, Jabatan Hutan dan beberapa jabatan lagi yang terlibat. Bagus juga ada anak-anak buah mau ikut serta aktiviti gila-gila sikit ni.

Memang mencabar laluan kembara ini sepanjang 12 KM yang melibatkan para peserta terpaksa mendaki bukit melalui denai-denai sempit dan merbahaya dan seterusnya terpaksa pula menuruni bukit yang terlalu amat curam dengan hanya berpegang kepada akar-akar dan pokok menjalar sahaja untuk berpaut. Silap berpaut boleh terjun ke dalam jurang yang dalam... Apatah lagi sehari sebelum itu hujan amat lebat menjadikan laluan terlalu amat becak, hinggakan ada yang terlekat kaki dan kasut kedalam 'kelebor' yang dalam..Pacat apa lagi khenduri sakan, rezeki datang menggolek. Tidak hairanlah dalam pasukan saya, ada yang habis rosak tapak kasut yang baru dibeli pula...Sayapun tidak menjangka keadaan laluan sebegitu teruk, kerana 8 tahun sebelum itu saya pernah mengikut program ini, tapi tidaklah seteruk pada hari ini. Ada pasukan yang ahlinya yang pitam dan ada yang mengalami kemalangan..Masanya yang diambil hampir 5 jam. Sesungguhnya bukan kemenangan yang diburu tetapi kepuasan hakiki yang dicari.

Sesungguhnya mengikuti program seperti ini amatlah disukai oleh saya berbanding main golf kerana ia benar-benar memberi kepuasan diri walaupun terpaksa berhadapan dengan keletihan, bahaya kemalangan dan binatang liar..Kita hanya memikirkan bagaimana nak 'survival' dalam hutan dara ini..Lupa segalanya kepada dunia luar...lupa fasal kerja..

CAtatan Oleh:
mohd asriredha
teratak kasih
alor setar : catatan ini akan dipindahkan dalam blog saya yang lain  http://www.beritasri.blogspot.com/ bila cukup  tempohnya..layarilah dan dapatkan berita-berita aktiviti saya disana...byee  TQ

21 October 2009

Saya terasa hendak berdiskusi dengan saudara-saudara semua berkenaan dengan semangat kemerdekaan ini. Bukannya ada apa cuma kadang-kadang tu rasa kerisauan juga bila melihat dan mendengar pelbagai isu yang berkaitan perkembangan semasa seperti isu perlembagaan, isu perkauman, isu politik semasa dan sebagainya.Sudah kedengaran disana sini sebahagian kecil rakyat Malaysia yang meminta supaya perlembagaan Malaysia di pinda secara total keseluruhannya, begitu isu kedudukan raja-raja melayu telah mula dipertikaikan, isu kuota melayu telah mula juga disindir-sindir dan diperlecehkan dan sebagainya. Perjuangan orang dahulu samada orang Melayu, India dan China dalam menuntut kemerdekaan telah tidak dihargai lagi oleh mereka. Mereka telah mula lupa tentang kerjasama dan akujanji antara kaum yang telah dipersetujui bersama dulu dalam menuntut kemerdekaan sehinggalah kepada penyediaan perlembagaan Malaysia yang masih kita gunapakai sehingga hari ini...semua ini gara-gara kurangnya maklumat dan pengetahuan berkenaan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia itu sendiri.Saya menyedari perkara ini jika dibiarkan berterusan tanpa ditangani dengan bijaksana oleh kerajaan dan rakyat yang tulin ianya akan menjahanamkan negara Malaysia yang tercinta ini. Kita harus ingat, negara ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum, ugama, bangsa, budaya, adat, bahasa dan pelbagai perbedaan lagi. Bila-bila masa sahaja boleh mencetuskan percikan api perbalahan antara satu sama lain. Sedangkan negara yang mempunyai bangsa dan agama yang samapun asyik berbunuhan antara satu sama akibat perbedaan pendapat, inikan pula negara seperti Malaysia. Tetapi Alhamdulillah syukur setelah 52 tahun kita merdeka tidak banyak isu-isu besar itu kita hadapi. Kalau adapun hanyalah secara kecil-kecilan dan kerajaan cepat bertindak dengan peruntukan undang-undang yang ada seperti ISA dan sebagainya.Generasi baru selepas 20 tahun merdeka kebanyakannya kurang memberi perhatian lagi tentang kemerdekaan negara. Kehidupan mereka sekarang ini segala-galanya mudah, senang dan dilingkungi oleh kemewahan yang pelbagai hasil daripada kemerdekaan yang kita capai...Semua ini membuatkan mereka lupa asal usul dan akhirnya akan menuntut pelbagai tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah atas nama kebebasan, atas nama kesamarataan, atas nama merit, atas nama hak asasi manusia dan sebagainya yang akhirnya tidak disenangi oleh pihak lain. Semua ini akan menjurus kepada ketegangan yang boleh menjahanamkan negara ini. Generasi baru sudah lupa akan persetujuan bersama antara kaum semasa menuntut kemerdekaan dan merangka perlembagaan. Dalam perlembagaan Malaysia walaupun dirangka lebih 45 tahun yan lalu namun ianya masih tetap relevan sehingga kini kerana didalamnya mengandungi pelbagai perkara yang mempunyai falsafah yang tersendiril. Terima kasih kepada penggubal perlembagaan tersebut. Kerana berpegang kepada perlembagaan tersebutlah negara kita Malaysia tetap aman makmur sehingga kini. Nah, kalau sudah terbukti begitu mengapa kita terbawa-bawa dengan puak-puak yang memang mengambil kesempatan untuk menjahanamkan Malaysia ini. Kadang-kadang orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan kuota melayu, institusi kesultanan dan lain-lain sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka sudah mula lupa keintelektualan dan kekayaan yang mereka perolehi tersebut adalah hasil dari dasar-dasar yang diterjemahkan dari Perlembagaan Malaysia..mereka lupa segalanya disebabkan mereka sudah berjaya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan status mereka dan menganggap mereka sudah mampu menghadapi persaingan dalam dunia yang terbuka luas ini. Mereka lupa segala-galanya. Mereka lupa bahawasanya ramai orang melayu yang merempat dinegara sendiri, mereka lupa orang melayu yang ketinggalan jauh dalam pendidikan , mereka kira mereka sahaja. Inilah orang yang tidak mengenang budi dan jasa negara kepada mereka.Saya adalah anak merdeka yang lahir setelah 4 tahun negara merdeka. Namun saya masih tetap merasai akan kesusahan yang dihadapi pada awal-awal 15 tahun merdeka. Bagi rakan-rakan yang seangkatan dengan saya pasti boleh terkenang kembali akan apa yang akan saya cerita kan ini berkenaan zaman silam kita dulu...Saya masih teringat lagi persekolahan saya semasa di sekolah rendah yang terletak 1.5 km dari rumah saya di Kg Kabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. waktu itu mana ada lagi bekalan elektrik. Belajar hanya menggunakan pelita minyak gas, kadang-kadang pelita chimney dan sekali-sekala orang tua saya pasang pelita gasolin. Sekarang ini susah nak cari pelita chimney dan gasolin. Kalau ada pun sudah jadi barang antik kegunaan orang-orang kaya...Tapi saya memang pakar bab pasang pelita gasolin..terangnya sama dengan lampu elektrik 100 wat.Berbanding dengan sekarang ini anak-anak saya mudah saja belajar, petik saja sudah boleh baca buku dan sebagainya.Begitu juga nak seterika baju pakai seterika besi yang dibubuh arang yang dibakar. ambil masa dekat sejam dulu baru boleh guna sterika tersebut. Silap-silap seterika hancur pakaian tersebut kerana terlalu panas atau arang tersembur keluar atas baju. Nak bagi kurang panas dan licin seterika tersebut, tonyoh atas daun pisang, barulah ok.... Itulah pengalaman manis yang anak-anak saya tidak akan merasainya lagi. Nak cari TV tidak adalah lagi waktu tersebut. Bapa saya ada juga beli dynamo elektrik pakai engin kubota yang diguna untuk tenggala bendang. Bunyi dengan satu kampong punya kuat.Tapi tidaklah dipasang selalu cuma sekali-sekala sahaja untuk tengok cerita melayu dan perlawanan tinju waktu itu Muhamad Ali memang cukup terkenal. kerja saya kutip duit kat orang kampong sapa yang nak tengok. Kutip sekupang sahaja. TV waktu itu hanyalah hitam putih sahaja.... Satu lagi cerita yang menarik yang masih lagi dalam ingat ialah cerita koboi 'High Chapparal'Infrastruktur waktu itu memang terok sekali. Mana ada jalan mini tar lagi, Jalan besarpun tidak ada lagi. nak cari kereta waktu tu jauh sekali, kerana jalan tidak ada. Kalau nak pergi ke Simpang Tiga kena lalu tepi jalan sungai sahajalah. Kalau hujan habis kelebor dan becak. Kalau kesekolah hanya berkaki ayam sahaja berjalan kaki 1.5 km. kalau pakaipun tidak ada gunanya..Ada satu ketika saya hanya pakai kasut putih plastik ke sekolah dan stokinpun guna yang lama-lama dan untuk elak stokin turun kebawah saya pakai getah untuk ikat diatasnya. kerana getah yang ada kat stokin dah kendor. Bukan senang nak beli baru...Masih segar dalam ingatan saya lagi waktu tersebut tidak ada lagi bekalan air paip. Saya dan keluarga masih guna telaga yang letaknya lebihkurang 50 meter dari rumah. Paling takut waktu pagi, sudahlah sejok , jauh pula dari rumah dan telaga itu duduk tepi hutan belukar, silap-silap haribulan boleh terpijak ular khatam tebu atau ular kapak yang banyak sekali waktu itu. Nak cari lampu suluh bukan senang waktu itu. cuma bawa pelita minyak gas sahaja ke telaga untuk mandi. Untuk buang air besar pula saya kena pergi kat jamban yang dibuat diatas parit kecik sempadan tanah. Di bawah jamban itu sudah menunggu dengn setia ikan puyu dan kura-kura untuk menjamu selera dengan najis yang kita akan buang. Kadang-kadang air parit terpercik sampai ke muka disebabkan besarnya buang benda itu. Paling takut kalau nak terberak waktu malam.... sebab jamban bukan duduk dalam rumah seperti sekarang ini.Dari segi permainan yang saya terlibat masa itu memang banyak dan kadang-kadang memang merbahaya sekali. salah satu permainan yang memberi kesan kepada saya sehingga sekarang ialah main perang bersama rakan-rakan. habis satu kampung riuh rendah dengan perang yang kami aturkan. Malangnya main perang ini telah meninggalkan kenangan pahit kepada saya. Main perang ini menggunakan senapang kayu guna peluru bemban dan buah baru. Salah satu peluru bemban kawan saya telah hinggap di mata kanan saya. Kelam dan gelap serta merta dan keadaan itulah yang saya alami dan deritai sehinggalah ke hari ini. Saya telah mengalami cacat penglihatan....segala-galanya hancur. macam-macam difikirkan waktu itu...namun untuk apa dikesalkan atas perbuatan diri sendiri yang tidak mendengar cakap dan nasihat ibu bapa....kecacatan inilah kadang-kadang menimbulkan rasa rendah diri saya yang teramat sangat dan kadang-kadang menjadi murung...Namun kehidupan perlu diteruskan.... Kecacatan inilah juga yang menjadikan saya lebih tabah dan cuba berusaha untuk membaiki diri saya. Saya bukanlah seorang yang pandai disekolah. Kalau disekolah rendah biasanya dalam peperiksaan tahun duduk dalam nombor 30 ke 40 lah...sapapun tidak pandang saya malahan ibu dan bapapun tidak mengharapkan apa-apa dari saya..Memang tidak pandai. Hanya disekolah menengah sahaja saya mula berubah sedikit bila dapat kemalangan itu pada tingkatan 1. Barulah ada kesedaran sikit, walaupun suasana disekolah menengah ketika itu tidak begitu memberangsangkan dan tidak ada saingan maka pencapaian saya tidaklah memberangsangkan walaupun SRP dapat 10 unit tapi tidak pergi kemana, kerana tidak tahu nak pergi ke mana, tidak ada sapa yang tolong guide waktu tu, maka duduklah di SMY itu juga. Jadi masa SPM hanya mampu dapat gred 2 sahaja. Itupun dikira murid terbaik juga ketika itu di SMY.. lawak juga..Banyak lagi permainan yang ada waktu itu yang mana semuanya reka sendiri aje..kotak rokok kosong boleh buat mainan, buluh boleh buat cak plong, pokok jambu biasa dipotong untuk ambil kayu buat gasing besar, dan hampir putus jari telunjuk kiri saya akibat terkena pisau masa buat gasing, buah gorah, buah getah semuanya boleh jadi kerja. Daun nipah boleh buat macam seperti anak panah... seronok sungguh waktu itu main macam-macam. Itu tidak kira lagi permainan bahaya lain seperti main meriam buluh, meriam tanah dan mercun besar...mainan ini silap-silap haribulan boleh cacat lagi badan kalau tidak bernasib baik...pernah saya korek peluru senapang patah yang masih lagi hidup untuk ambil biji kacang besi yang ada dalam peluru tersebut. nasib baiklah peluru tersebut tidak meletup, kalau tidak tak tahulah jadi macam mana..Kiranya saya ni memang buas jugalah kat kampong..buas cara kamponglah...jangan salah sangka lain pula.Saya juga teringin nak cerita zaman itu cukup seronok dapat tangkap ikan dengan macam-macama cara dan itu semua dialami sendiri seperti tahan taut, pakai tangkul, timba parit cari ikan dan belut, merelau waktu malam pancing ikan haruan besar, pakai serkap dan sebagainya. Semuanya itu payah nak cari lagi zaman ini. Lagi seronok bila dapat buru burung puyuh dipadang selepas waktu mengerat padi, tangkap burung ruak-ruak guna perangkap dibuat daripada buluh.Ada satu lagi permainan yang ada waktu itu ialah main wau..ada wau ketek, wau bulan, wau kangkang dan sebagainya...cantik nampak suasana langit bila waktu main wau. Sejuk telinga dengar dengongan dari wau yang dibuat dari daun mengkuang. semuanya hanya menggunakan peralatan yang ada dipersekitaran kampong sahaja. gam pun buat sendiri pakai tepong ubi, pokoknya segala-galanya mengajar kita lebih kreatif.Saya pernah bekerja dibendang, memukul padi, mengerat padi, cabut anak semaian, menguroi dan sebagainya. Pokoknya apa saja kerja bendang memang saya telah alami dan buat sendiri. Betapa seronoknya dapat bela kerbau yang digunakan untuk tarik anor untuk bawa guni padi ketepi sungai. Dari sungai pula bawa guni padi tersebut naik tongkang ke kilang padi yang terletak tepi sungai di pekan Sungai Limau. Kalau tongkang buruk saya pasti akan cari paku yang ada kat tongkang tersebut untuk buat paku gasing. Memang kuat dan tahan gasing tersebut. Sekarang sudah tidak ada lagi kerja-kerja seperti itu, semuanya pakai mesin dan terus bawa naik lori masuk ke kilang.Malangnya kerbau yang saya bela itu telah disembelih oleh bapa saya pada waktu dekat nak raya. Bapa jual daging kerbau di pekan khamis, sayapun kadang-kadang tumpang juga jual daging kerbau pakai kati waktu itu. Agak sedih juga mengenangkan kerbau yang jadi rakan baik saya waktu itu, apatah lagi bila teringat duduk atas belakang kerbau bawa pergi makan rumput dipadang. Kerbau itu jinak benar.Oklah saya pun banyak sangat cerita fasal kisah lampau selepas merdeka. Bukannya ada apa seronok dan sedih juga bila teringat zaman waktu itu. Saya tidak pandai untuk merakam semua itu dalam bentok gambar sepertimana katunis Lat buat dalam cerita Lat di Kampong Boynya...waktu itu juga mana nak cari kamera untuk rakamkan itu semua. Kalau ada senanglah nak cerita kat anak-anak. Ini anak-anak tidak berapa nak percaya bila saya cerita bab-bab itu. Mereka tidak berapa faham akan apa yang saya alami sendiri waktu zaman kanak-kanak dan remaja.Saya amat bersyukur berada dalam 2 zaman yang 'totally different' Satu zaman yang betul-betul dhaif dan satu zaman moden yang berasaskan sains dan teknologi. Saya boleh menilai antara keduanya dan dapat merasainya. Namun saya rasa 25 tahun selepas merdeka dan seterusnya perubahan yang berlaku tidak begitu ketara sangat. Kemudahan-kemudahan sudah ada pada waktu dan samalah seperti sekarang cuma ianya lebih canggih dan moden sesuai dengan perkembangan semasa.Anak-anak zaman sekarng ini amat beruntung kecil-kecil lagi sudah boleh tidor dan makan dihotel 5 bintang seperti anak-anak saya. Seingat saya waktu bekerja baru rasai duduk nginap dihotel seperti itu. Masuk KFC pun semasa duduk di Universiti, baru tau nikmatnya ayam goreng KFC berlainan goreng ayam yang kita selalu makan. Anak-anak sekarang umur 2 tahun dah masuk KFC....Permainan semua canggih tapi kena beli semuanya. Kesekolah pula dengan kereta. kalau tidak ada keretapun dikampong boleh dikatakan 80 peratus pergi kesekolah menaiki motosikal...tengoklah digaraj-garaj sekolah bersusun motosikal yang baru-baru pula tu...rasanya sebahagian besarnya tidak ada lesen memandu, tapi itulah keadaannya di kampong-kampong. Lewat ambil anak sikit kat sekolah mereka sudah pandai merungut pada ibu bapa mereka berbanding dengan saya dulu pukul 4 petang baru sampai rumah, naik bas dan berjalan kaki pula. Pi sekolah petang, pukul 10.00 pagi sudah keluar rumah untuk ke sekolah.Saya cerita kesenangan yang dikecapi oleh anak-anak zaman sekarang ini agar mereka kena menghargai apa yang ada dan menghargai kesusahan orang-orang terdahulu yang membuatkan mereka menikmati kesenangan pada hari ini...jangan lupa itu...sentiasa kena diperingatkan selalu kepada mereka agar mereka tidak membuat sesuatu yang merosakkan agama, bangsa dan negara kita.Sebab itu saya merasa amat sedih sangat bila pembangunan sosial dan ekonomi semakin pesat berlaku sekarang ini kita hendak hancorkan dengan mempertikaikan apa yang telahpun ujud sejak merdeka. Anak-anak muda sekarang tidak lagi menghargai sejarah negara, golongan pejuang kemerdekaan Malaysia tidak lagi dihargai. Ada setengah cuba mengubah sejarah yang memang telah nyata dan berfakta lagi...Inilah yang berlaku sekarang bukan setakat anak-anak muda sekarang malahan generasi terdahulu yang sebaya sayapun ada yang cuba bertindak demikian disebabkan ketidakpuasan hati yang sayapun tidak tahu apa sebabnya. Nak kata duduk di Malaysia tidak boleh cari makan tidak juga, tidak selamat tidak juga, kebebasan dihalang tidak juga, tidak ada kuasa tidak juga....pokoknya tinggal di Malaysia ini cukup bebas, cukup makmur, cukup selesa, cukup segala-galanya cuma kena rajin dan kreatif sedikit Insya Allah tidak akan merempat duduk di Malaysia ini....Nak berpolitik, masuklah mana-mana parti politikpun tidak kisah. tidak ada siapa yang halang untuk terlibat dalam politik asalkan bukan fahaman komunis...pokoknya kalau nak berpolitik kenalah terima hakikat kekalahan dan kemenangan.Oleh itu kita sebagai ibubapa kenalah setakat yang termampu didik anak-anak supaya menghargai erti kemerdekaan itu. Sekurang-kurang setahun sekali, kerajaan anjur pasang bendera dikereta dan dipremis rumah maka pasanglah , apa yang susahnya. Bagi anak-anak tengok apa yang kalut sangat bapa mereka dok pasang bendera, bila anak tanya ceritalah kepada mereka fasal kemerdekaan. Ini apa yang saya dapati bila waktu saya buat kempen pasang bendera di kereta ada tidak bagi pasang takut calar cat atau cermin kereta mereka. Itu nak bagi free. Kalau kena beli tau-tau sahajalah. Begitu juga pasang bendera dirumah , puas kerajaan berkempen dalam media minta pasang bendera, itupun berapa kerat sangat yang benar-benar prihatin. Yang lain tunggu bendera free diberi kepada mereka..Macam inikah sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang kita kata kita sayang ini. Itu baru fasal pasang bendera..tidak kira yang lain-lain lagi..Jadi kerajaan habis berjuta RM untuk tujuan kempen mengingati kemerdekaan ini agar rakyat tidak lupa betapa berertinya kita merdeka. Bukan senang hendak merdeka dan bila merdeka belum tentu sesebuah negara boleh maju. Berapa banyak negara yang merdeka tetapi pembangunan masih macam zaman sebelum dan awal merdeka seperti yang saya cerita tadi..

wah..sudah lewat pula nampaknya, kurang lebih jam 2.00 pagi ni. saya rasa baik saya berhenti sahaja dulu celoteh saya kat sini. Walaupun saya kurang mengantuk lagi mungkin kerana tadi saya ada minum kopi 5 in 1 ada tongkat ali lagi, itu yang buat mata kurang letih. Saya tidak boleh layan sangat rasa kurang mengantuk ini sebab nanti saya mahu bangun sahor lagi. Nasib baik masuk hari Jumaat, cuti bolehlah lanjutkan tidor nanti selepas syolat subuh. so saya undur diri dulu, selamat tidor....harap dalam mimpi nanti dapat idea lain untuk cari tajuk apa lagi ya yang ndak dikupasi.

asriredha
teratak kasih
alor setar

19 October 2009

Raya-Raya 2009

Kalau berminat nak buat macam ni , muat turun software percuma ini di: http://www.vincentcheung.ca/shapecollage/features.html
asriredha
teratak kasih
alor setar

15 October 2009

KEMAHIRAN BERFIKIR ISLAMI

Hari ini saya berkesempatan mengikuti satu bengkel yang amat menarik dan amat jarang diperolehi dibandar ini . Bengkel tersebut ialah 'Bengkel Kemahiran Berfikir Islami'..Bengkel selama 2 hari ini diadakan di Hotel Regency Alor Setar. Penceramah dan juga fasilitator program ini ialah Prof Dr. Sidek Baba, seorang intelektual Islam yang terkemuka yang juga seorang pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Apa yang menarik melalui bengkel ini saya telah didedahkan betapa selama ini kita sentiasa didedahkan kaedah-kaedah berfikir berasaskan dari barat. Pemikiran secara barat banyak menghubungkan akal atau minda dengan asas-asas yang rasional, logik, kritikal, analitis dan strategik. Ramai intelektual melayu yang terbawa-bawa dengan pemikiran barat ini. Ianya tidak menghubungkan pemikiran itu terhadap Yang Maha Esa.


Penulis sedang menjamu selera bersama dengan Prof Dr Sidek Baba sambil mengambil kesempatan mengetahui lebih lanjut akan pengalaman penceramah yang penuh warna warni kehidupan ini dan pernah ditahan dibawah ISA atas asas hubungan baiknya dengan DS Anwar Ibrahim pada ketika itu.

Sebagai seorang Islam , nilai-nilai Islam merupakan sandaran berfikir yang utama untuk menghubungkan pemikiran dengan keupayaan akal berasaskan AL Quran sebagai petunjuk. Bengkel ini telah memberikan pendedahan dan latihan mengenai berfikir secara Islami. Akal yang dipandu dari sumber Al Quran akan menghasilkan ilmu yang membuktikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Berfikir bukan sahaja suatu kegiatan akal tetapi ianya boleh dibentuk sebagai suatu kemahiran. Kemahiran berfikir tidak datang begitu sahaja, tetapi memerlukan latihan dan juga persiapan. Berfikir sekadar berfikir dan melihat sesuatu seadanya tidak akan mendatangkan apa-apa kemahiran. Tetapi, apabila sesuatu itu ditanggapi berasaskan perspektif tertentu, maka kemahiran berfikir mula tercetus.

Berfikir secara tadabbur (memerhati dengan kecenderungan untuk mengetahui, mengkaji, dan menyelidik) tidak melihat sesuatu secara zahiriah sahaja atau gambaran luar sahaja, tetapi membimbing manusia bertanya disebalik adanya sesuatu, tentu adanya proses penciptaan. Sesuatu itu tidak dicipta atau dijadikan atau wujud dengan begitu sahaja tetapi mempunyai sebab-sebab tertentu. Walaupun keupayaan berfikir tidak mungkin mampu menjawab semua persoalan, tetapi ada pedoman asas yang membolehkan seseorang menghubungkan faktor kewujudan dengan faktor penciptaan dan faktor penciptaan sebagai sumber hikmah..Sebagai orang Islam kita perlu kaitkan segala kejadian dan penciptaan dengan Allah SWT.

Saya selalu menggalakkan anak-anak buah saya supaya berfikir dan bertindak secara kreatif dan proaktif. Berfikir secara kreatif akan menghasilkan idea-idea baru dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang berbangkit. Kreativiti akan menghasilkan keindahan dan keseronokan dalam kehidupan kita apatah lagi ...Setiap aktiviti kehidupan kita jika betul niatnya akan menjadi ibadat dan mendapat keredzaan Allah SWT. Proaktif akan membuatkan kita bertindak tanpa disuruh-suruh. Pegawai atasan pasti suka dan amat menghargai jika setiap daripada kita ada pemikiran kreatif dan proaktif.

Oklah terlalu akademik sangat cerita kali ini..elok pematikan perbualan kita setakat ini sahaja. Cukup sekadar intisari apa yang saya perolehi sepanjang kursus ini.. Walaubagaimana pun saya amat bertuah dapat mengikuti bengkel ini..sekurang-kurangnya ianya memberi pemikiran baru dalam berfikir yang diberi panduan oleh penceramah yang berkaliber...selama ini apa yang diamalkan tidak diberi petunjuk yang sistematik hanya sekadar pembacaan sahaja.

asriredha
teratak kasih
alor setar

10 October 2009

AdAKaH ini KebeTuLaN ?????

Gempa Bumi di Padang, Indonesia mula berlaku pada jam 17.16 petang, Gempa Bumi kedua di Padang berikutnya pada jam 17.58 petang. Keesokan harinya terjadi pula gempa bumi di Jambi, Indonesia pada jam 08.52 pagi.

Banding dan lihatlah ayat-ayat dalam kitab suci al-Quran al Karim (Surah 17, al Israk, ayat 16) yang bermaksud:- " Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Juga ayat al Quran al Karim (Surah 17, al-Israk ayat 58) yang bermaksud:- " Tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknyaa), melainkan kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz)."

Juga ayat al Quran al Karim (Surah 8, al-Anfal ayat 52) yang bermaksud:- "(Keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan Nya."..


Peristiwa ini perlulah kita renungi dan ambil iktibar ....negara kita juga bila-bila masa sahaja Allah S.W.T boleh melenyapkannya dari muka bumi ini.....jika manusia dibumi Malaysia ini engkar akan perintahnya...

idea dan bahan dari BH bertarikh 10.10.09.


asriredha
teratak kasih
alor setar

08 October 2009

KeBeRsiHaN 2

Hari ini saya bersama semua kakitangan membuat gotong royong pembersihan keseluruhan pejabat. Nampaknya penglibatan kakitangan ok juga..seronok juga tengok anak buah buat kerja dan sayapun tidak sampai hati tengok depa saja buat kerja, jadi sayapun tumpanglah sekaki. Bab-bab buat kerja macam ini memang menjadi kesukaan saya..tidak rugi apapun, letih biasalah tapi keluar juga peloh...anggap ini sebagai senaman...kerana kalau nak pergi joging kat taman cukup membosankan...Walaupun kerja bertambun kat bilik, apatah lagi kena fikir yang bermacam-macam tapi sekali-sekala kena turun ke padang tengok apa yang berlaku...saya pernah dimaklumkan oleh anak buah ada bos yang tidak pernah jeng0kpun bilik fail, bilik geran, bilik hasil dan sebagainya..

Anak buah yang buat kerja biasa-biasa tu ada juga...mungkin tidak pernah kena buat kerja terok-terok kut maka tidak berapa nak serious...tidak apalah itu perkara biasa... dalam sebakul buah takkan semuanya elok , tak gitu ..


Tengoklah kertas dan dokumen-dokumen lama yang setengah tu tidak patut simpanpun masih tidak dibuat keputusan hendak dibuang atau hendak disimpan diarkib. Akibatnya bertimbun-timbun jadinya dan memang sukar nak cari balik jika diperlukan.


Sebelum ini saya memang telah tulis sedikit berkenaan kebersihan dalam blog ini.. Macam-macam saya tulis dari kebersihan dirumah, kebersihan dipejabat, kebersihan di persekitaran kita.. dan lain-lain lagi. Jadi cakap kenalah serupa bikin. Hari ini baru saya dapat buat untuk keseluruhannya bagi jabatan saya. Rupanya tidak pernahpun pentadbiran sebelum ini mengadakan gotong royong seperti ini..Sebab itu banyak perkara yang kena ditengok dan kena dibuat dan kena dibersihkan serta kena dibuang. Dalam bilik stor, sampai nak masukpun tidak boleh penuh dengan peralatan dan fail-fail lama yang dihumban begitu sahaja...tidak ada siapa yang tengok dan nak dibuat apa dengan benda-benda itu dan stor tersebut.

Itupun nampaknya masih lagi ada yang belum beres lagi yang mungkin pada anak buah dan ok , tapi pada saya bila periksa balik ada lagi tempat-tempat yang tidak ok. Tapi tidak apalah , itu boleh diaturkan kemudian.

Sebenarnya saya tidak boleh tengok benda-benda macam ni dibiarkan begitu sahaja...saya perlu buat sesuatu walaupun orang tidak mahu buat..sekarang ni dah oklah , cuma nak tengoklah lepas ni ada tak anak buah yang berkenaan jaga tempat yang dibersihkan itu bagi bersih selalu dan ditambahkan lagi dengan apa-apa bagi nampak cantik dan kemas..



ok itu saja celoteh saya hari ini..sampai ketemu lagi...



asriredha
teratak kasih
alor setar
There was an error in this gadget