03 December 2009

DisipLiN DaLaM BeKerJa

Kota Kinabalu, Sabah
03 Disember 2009

Tak ada angin, tak ada ributpun...tiba-tiba saya dikejutkan dengan SMS staf memaklumkan saya adalah salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2007 bagi kategori KCS gred N48...terkejut juga terima berita itu..dah 2 tahun lebih berlalu. Dan tidak pernah ambil tahupun, kerana ini tidak ada langsung dalam agenda kerja saya seharian..

Walau bagaimanapun saya amat bersyukur banyak kepada ALLAH SWT yang menganugerah APC ini dan juga kepada bos-bos saya terdahulu yang telah memberi penilaian terhadap saya..tentunya nilai terbaik kut..kalau tidak takkan panel nak bagi APC...Terima kasihlah kepada bos lama saya yang dah pencen Dato' Mansor Ismail dan bos-bos lain yang telah memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menjalankan tugas-tugas yang diarah tanpa berbelah bagi...Kepercayaan yang mereka berikan itu sebenarnya membuatkan saya menjadi lebih berkeyakinan dan berusaha sekadar kemampuan untuk kesejahteraan rakyat.

Untuk mendapat kepercayaan ketua jabatan sepenuhnya bukan suatu perkara yang mudah..Kalau kita membina tahap disiplin yang buruk sejak awal, menonjolkan peribadi yang kurang elok, salah laku yang terlampau dan lain-lain perkara negatif sudah tentu sukar untuk kita mendapat kepercayaan bos atau ketua jabatan..Inilah yang saya cuba elakkan sekadar boleh.. Bagi saya mudah sahaja untuk mendapat kepercayaan ketua kita dan kita tidak perlu bodek dan menonjol-nonjolkan diri bahawa ini kita buat itu kita buat, itu kita yang rancang dan sebagainya..

Contoh yang paling mudah ialah kalau ada sesuatu majlis, bila sahaja tau bos atas yang berkuasa seperti MB atau SUK hanya hantar wakil sahaja untuk hadir rasmi sesuatu majlis, maka secara tiba-tiba sahaja terus batalkan kehadiran ke majlis tersebut...Bagi saya tidak kiralah siapa yang hadir rasmi, kita hadir juga kalau ada kelapangan dan tidak ada keperluan mendesak tugas rasmi kita. Mengapa kita tidak hadir kalau kita tau bos kita tidak dapat hadir sedangkan naiat awal hendak hadir...tepok dada tanya selera...Kalau ada aktiviti apa-apa duduk didepan atau tonjol-tonjolkan diri untuk perhatian bos kita...Bab ni saya 'surender' awal-awal lagi, tidak boleh program diri macam tu..duduk kut jauh aje...kalau diperlukan baru mampir...

Begitu juga disiplin diri..kalau guna kad perakam waktu tu gunalah sepenuhnya..guna waktu kerja sepenuhnya. Jangan guna waktu kerja separuh sahaja, separuh lagi tidak guna kerana pergi main golf ka atau sebagainya yang merugikan wang rakyat. Kalau terlebih guna masa rasmi untuk personal, gantilah dengan kerja lebih masa sikit, atau hari-hari cuti yang lapang pilah buat kerja yang banyak berlambak kat opis...Setiap aktiviti kerja harian perlu dilaporkan kepada ketua jabatan secara bersuratpun tidak apa. Tidak semestinya kita jumpa selalu bos kita. Biar ketua kita tahu apa yang kita buat..Apa-apa yang ketua atur kita ikut jangan dok belaga angin dengan ketua kita..lagipun bukan teruk mana pun....hadir dalam majlis pun sudah merupakan satu penghargaan terhdap aktiviti yang dibuat...sebenarnya banyak lagilah caranya bagaimana untuk mendapatkan kepercayaan ketua jabatan.. Ini semua memerlukan kreativiti seseorang.

Pegawai-pegawai yang baru kerja kena belajar ini semua. Ianya tidak diajari masa kat Universiti. Ada setengah pegawai-pegawai baru angin sangat tinggi.. Cakap dengan anak-anak buah macam cakap dengan kawan. Cakap hang aku begitu sahaja dengan mereka. Sedangkan ada setengah Pembantu Tadbir sama umur dengan bapa pegawai berkenaan. Begitu juga setengah tu cakap dengan Pegawai KCS yang lebih senior cakap tidak hormat langsung, pakai rodong hang aku sahaja. Tidak heran langsung. kalau yang senior tu cakap aku atau hang dengan kita ..tak apalah biar dia cakap macam tu tapi kita yang junior ni kena berbahasa yang hormat sikit.. Saya sendiri tidak tergamak nak bercakap dengan senior banyak dengan saya dengan berbahasakan hang aku walaupun mereka bercakap begitu. Habis sangat cakap I atau You sahaja... Itupun rasanya macam nak kasar juga..

Setengah tu cakap kasar dan memedihkan kakitangan seolah-olah kita sahaja yang betul..Ingat kita ini adalah manusia, tidak ada sapa yang boleh mengaku betul semua apa yang dia buat. Belajarlah menerima pandangan anak buah asalkan baik dan berkesan apa salahnya kita terima pandangan mereka.

Kesombongan setengah pegawai itu terbawa-bawa hinggakan anak buah nak telefon pun tidak bagi kalau waktu rehat, waktu cuti rehat, cuti awam dan sebagainya walaupun tujuan untuk telefon itu ialah untuk urusan rasmi meminta pandangan, nasihat, tunjuk ajar dan seumpamanya. Apatah lagi kalau nak suruh tuan mai opis waktu cuti disebabkan urgent sangat..Silap-silap kena jerkah lagi kakitangan yang dok telefon tu....Seingat saya sejak 23 tahun bekerja, tidak pernah lagilah dok buat perangai macam itu.. Seboleh mungkin tolonglah apa yang patut, walaupun waktu rehat atau waktu cuti...bagilah rakyat rasa senang sikit hasil dari pengorbanan kita itu..

Semua yang saya sebut ini adalah rentetan pengalaman yang saya kutip sepanjang lebih 20 tahun bekerja...elok sangatlah perkara-perkara tersebut jangan diamalkan lagi. Memanglah sesama pegawai itu tarafnya sama sahaja cuma gred berbeda tapi perbedaan umur juga perlu diambil kira. Tidak salahkan berbahasa abang, kak, Pak Long, Pak Ngah dan sebagainya...Ianya akan meningkatkan kemesraan lagi dalam hubungan kakitangan asalkan disiplin tetap di beri perhatian utama.

Kebanyakan kerja saya hanya di luar daerah...buat kerja teruk manapun rasanya bukan ada orang tengok..Saja seronok seorang diri sahaja buat kerja. Asal dapat gaji macam la ni rasanya sudah lebih dari mencukupi..

Alhamdulillah..ada juga orang dok tengok apa yang saya buat...telah terbukti apa yang saya buat selama ini rasanya ok jugalah...masa gred N41 pernah dapat anjakan gaji menegak, begitu juga masa gred N44 juga dapat anjakan gaji melintang dan masa gred N48 cuma dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, disebabkan kursus dapat tahap 3 sahaja...maklumlah dah tua-tua meregon ni otak tidak berapa nak boleh mengapai...tak apalah walau tidak dapat gaji melintang.

Oklah...dok bersembang kes ini panjang-panjang nanti orang kata dok sombong diri pula.....masuk bakul angkat sendiri. Tapi itulah saya ni bukan pandai sangat buat kerja, cuma ikut arahan dan peraturan sahaja dimana boleh, itu sahaja...Kalau bijak dan pandai serta ada ilmu tinggi maka itu satu kelebihan yang amat diperlukan bila ditempatkan ditempat-tempat strategik tertentu seperti di UPENK , GLC dan lain-lain tempat kerja yang bersifat nasional dan internasional. Saya sendiri mengakui tidak mampu untuk duduk ditempat-tempat sebegini..tempat sebegini lebih mencabar. Lebih baik mengaku awal-awal dan beri pada orang lain walaupun gred dan gaji yang lebih tinggi. Malahan kalau ada junior lagi yang mampu dan berdisiplin apa salahnya kalau mereka pegang jawatan tersebut..Dalam hal ini saya tidak kisah sangat soal-soal kenaikan pangkat ini dan langkau kawan-kawan, asalkan jangan diturunkan pangkat dan turunkan gaji sudahlah...Takat nak duduk tempat kerja yang gred lebih tinggi tapi tak mampu nak buat apa-apa yang lebih baik dari apa yang sedia ada, lebih baik tidak payah...

boleh pakai ke cadangan saya ni...sebab tu saya rasa jangan dok pakai sangat cara saya ni..banyak orang tidak boleh terima

OK jumpa lagi......masa dok menaip ni dok kat Hotel Le Meredian, Kota Kinabalu mengikuti rombongan Ahli Majlis Daerah Sik membuat lawatan sambil belajar ke Majlis Bandaraya Kota Kinabalu.....Aktiviti lawatan ini ada saya masukkan dalam blog http://www.beritasri.blogspot.com/

asriredha
teratak kasih
alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.