15 December 2010

NIKMAT KESIHATAN .........hindari kemurungan


24.01.2011
Sungai Petani..
Mohd Asri Redha

Kali ini saya hendak bersembang berkenaan dengan hal-hal berkaitan kesihatan dan perubatan. Sebenarnya dah termaklum saya ni bukannya seorang orang perubatan..tapi  pengetahuan banyak melalui bacaan dan pengalaman yang dilalui sahaja....Kadang-kadang apa yang kita alami sendiri lebih merupakan satu maklumat  yang tidak ternilai....Kalau kita tidak mengalami sendiri akan sesuatu memang sukar untuk kita bercerita berkenaan sesuatu jenis penyakit...

Fakta: 1:5 rakyat Malaysia berisiko jadi gila. Tahun 2009, seramai 26,186 kes masalaah mental mendapatkan rawatan mental di hospital. 14.4 peratus golongan muda berumur 16 - 19 tahun mengalami masalah mental. Kesihatan Mental lebih kepada hubungan dan komunikasi yang membabitkan tahap keyakinan diri seseorang serta ada peluang sembuh dengan hanya berjumpa pakar kaunseling     Kalau lambat dirawat lebih 2 minggu menghadapi tekanan berterusan berisiko mendapat penyakit mental...

Saya amat berminat dengan kisah hidup seorang wartawan yang ada kolumnya sendiri  di akhbar dimana beliau mengalami penyakit yang begitu kronik tapi ketabahan beliau menghadapi dugaan Tuhan  ini amat menarik minat saya untuk mengikuti cerita-cerita berkenaan penyakitnya dan bagaimana beliau berhadapan..Beliau ialah oooooo     .....

Sakit boleh dikategorikan oleh dua jenis. Pertama Sakit Fizikal...dan kedua Sakit Mental. Yang pertama kalau dapat trace penyakit..boleh cari penawarnya manakala yang kedua ni susah sikit kerana penyakit yang berkaitan otak dan pemikiran....asalnya ialah dari 'stress' . Mengawal stress ini memerlukan panduan dan pengetahuan bagaimana untuk atasinya melalui tingkah laku kita seharian. Kadang-kadang stress yang kita hadapi yang kita rasa amat sukar untuk diubati boleh hilang dalam sekelip mata sahaja bila sesuatu yang terlalu kita fikirkan selesai. Kemurungan yang kita alami boleh menjadi kegembiraan dalam sekelip mata.

Mengikut jangkaan Kementerian Kesihatan menjelang 2020 salah satu gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung. Mengikut rekod kementerian juga pada tahun 2010 sebanyak 400,227 pesakit mental telah menjalani rawatan di hospital.  Iaitu ianya meningkat sebanyak 15.6 % dari tahun2 sebelumnya. Ini satu angka yang menggerunkan jika dikaji dari segi kesan-kesannya kepada masyarakat. Kajian Dr Sabitha Marican menyatakan mereka yang menghadapi masalah stress ini dikaitkan dengan masalah kekeluargaan dan ketidakpuasan ditempat kerja

Jadi apa itu penyakit kemurungan atau tekanan perasaan...Ini yang saya rasa amat berminat untuk memperkatakan...Penyakit ini juga pernah berlaku pada saya beberapa kali...Jadi sedikit sebanyak saya tahu kenapa ia terjadi, dan cara mengatasinya bergantung kepada kekuatan jiwa dan fizikal kita menghadapinya. Kadang-kadang saya sendiri gagal mengatasinya dan mengambil masa yang lama untuk memulihkannya.  Berapa banyak orang yang tidak gembira hidup didunia ini...ada yang lebih suka kehidupannya didunia yang fana ini berakhir dengan segera kerana masalah-masalah yang dihadapinya yang gagal ditangani dengan sebaiknya..

Jadi jangan kita buat main-main dengan masalah kemurungan dan tekanan perasaan ini...'Stress' yang ringan memang perlu kepada kita...Adanya stress ringan ianya akan mendorong kita untuk membuat sesuatu dengan lebih baik. Kita akan berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita akan berusaha untuk mencari sesuatu cara dan pendekatan untuk mengatasinya...Ini akan menggalakkan inovasi, kerajinan, kreativiti, keramahan, kelebihan berusaha dan sebagainya yang membawa kebaikan kepada diri kita ,  keluarga kita, masyarakat kita, negeri kita dan negara kita. Oleh itu jangan bimbang kalau ada sikit-sikit 'stress' dalam diri kita.

Saya rasa semua orang mengalaminya..cuma tahap tingkat kemurungan itu berbeda. Ada setengah orang itu kemurungan atau tekanan perasaannya terlalu tinggi hinggakan mereka boleh berfikir untuk membunuh diri merupakan jalan paling baik untuk menamatkan beban yang tidak tertanggung. Jadi jangan hairan kalau kita dapati banyak orang membunuh diri atas faktor-faktor menghadapi masalah-masalah kesihatan, kewangan yang pada pandangan mereka sudah tidak ada lagi jalan penyelesaiannya. Kita sebagai orang Islam..jangan terbawa-bawa dengan cara sebegitu..amat dilarang sama sekali oleh agama kita.

Macam mana kita nak tahu yang kita menghadapi stress atau kemurungan...Saya sendiri pada waktu-waktu terjadi stress memang tidak tahu bahawa sebenarnya apa yang dialami itu ialah stress hinggalah bila kita bertemu doktor dan menbaca artikel-artikel berkenaan stress barulah diketahui bahawa itu adalah stress.
Sebab itu pada peringkat awal selalu rasa sakit perut, perut berangin, jantung berdenyut kencang tanpa sebab, letih tidak bermaya, bernafas tidak puas dan penat, bila mandi rasa sejuk amat sangat hingga menggeletar, makan tidak lalu malahan kalau dalam bulan puasa pun rasanya boleh berpuasa tanpa makan 2 atau tiga hari, sakit urat, tidor tidak nyenyak dan kerap bermimpi dan terjaga tengah malam dan kadang seperti rasa di 'tindih hantu' (sedar tapi tidak boleh gerak badan)

Bila ini berlaku kitapun pergilah jumpa doktor suruh tengok penyakit kita kut2 ada sakit jantung ka, darah tinggi, sakit perut atau lain-lain penyakit biasa yang ada. Saya sendiri berhabis banyak juga RM pi ECG, periksa darah, jumpa bomoh, jumpa dr homoepati dan sebagainya.. Keputusannya tidak ada penyakit fizikal apapun... so apa sebenarnya... maka itulah yang kita dikatakan menghadapi penyakit tekanan perasaan yang agak terok .....hingga sampai kepada peringkat  'kemurungan'

Bila kita murung segala-galanya rasa tidak bermakna dalam hidup ini tengok anak isteri rasa sayu amat sangat Hubungan suami isteri tidak sehebat seperti sebelumnya ...nampak diri elok saja tapi fikiran dan hati bercelaru...macam-macam benda mai dalam fikiran untuk diminta fikirkan. Kadang-kadang fikir yang bukan-bukan. Perkara yang belum berlaku lagi pun difikirkan dan disedihkan dulu lebih awal...memang pelik bagi sesiapa yang tidak pernah merasainya. Jantung sentiasa berdegup cepat hingga t idak senang duduk. Selalunya kalau kita buat 'exercise' barulah jantung kita berdenyut cepat.. tapi ini duduk saja2 jantung mengepam dengan cepat.. Sebab itulah kalau ikut kata doktor kalau stress ini dibiarkan tanpa rawatan segera pada akhirnya ia akan membawa kepada penyakit-penyakit fizikal lain seperti sakit jantung, penyakit darah tinggi, sengal-sengal badan, sakit tulang belakang dan pinggang dan sebagainya.

Bila datang kemurungan dan kita tahu puncanya pula  contohnya dari sebab tekanan dan bebanan ditempat kerja ..maka pada waktu itu kita rasa sanggup berhenti kerja yang sedemikian dan sanggup buat kerja-kerja yang hanya guna tenaga fizikal sahaja dari kerja yang menggunakan akal fikiran....semata-mata untuk tidak mahu lagi memikirkan hal-hal bebanan ditempat kerja..sampai begitu sekali... kalau hiris isi badan dengan pisau boleh menghilangkan kemurungan dan dari memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan  saya rasa sanggup berbuat demikian. Sakit begitu boleh dihadapi lagi berbanding sakit fikiran...Sebab itu kita jangan hairan kalau manusia yang menghadapi kemurungan dan tekanan perasaan yang melampau sanggup mencederakan diri dan paling tragik sanggup membunuh diri....jadi fikirkanlah ....berapa banyak orang yang tidak seronok hidup didunia  yang fana ini...

Saya sendiri antara sebab saya menjadi 'stress' ialah hanya berkisar di tempat kerja saja dan ada berkenaan kesihatan diri..Ada tempat-tempat kerja yang kita tidak stress langsung dan ada tempat-tempat yang kita kadang-kadang menghadapi stess yang amat sangat. Saya percaya dikalangan kakitangan dan anakbuah saya sendiri banyak yang menghadapi 'kemurungan' cuma kadang-kadang tanda kemurungan itu jarang dapat dikesan cuma yang empunya diri sahaja yang mengetahuinya. Sebab itu saya sedia berkongsi mag salah dengan anak-anak buah yang seperti itu dan pakat-pakat  cuba menyelesaikannya dimana yang boleh...sebab saya sendiri bisa mengalaminya dan saya tahu betapa berat diri menanggung beban tersebut. Kadang-kadang stress itu datang bila kita kekurangan ilmu dan pengalaman. Sebab itu stress yang saya hadapi kerap berlaku pada waktu-waktu awal bekerja dulu....sekrang ni kalau berlaku stress pun sekadar stress yang sederhana saja...biasalah berlaku sekali sekali...ya lah ..kadang-kadang pelanggan kita yang tidak puas hati masuk bilik..cerita masalah dan kalau dia dah geram terus tumbok meja dan mengeluarkan perkataan-perkataan tidak sewajarnya..tentunya saya terasa dan terfikirkannya...itu satu..kemudian datang isu dan masalah lain pula ...dan seterusnya... jadi kalau macam-macam masalah datang bertimpa-timpa nak minta saya selesaikan.. maka mana boleh tahan....Penyelesaian tu kadang-kadang agak sukar untk dibuat dengan isu-isu perundangan dan peraturan yang ada yang menghalangnya, disamping masalah yang berbangkit itu adalah kecuaian anak-anak buah dan pegawai-pegawai yang terdahulu disamping dokumen2 untuk rujukan telah hilang entah ke mana...bila keputusan tidak boleh dibuat maka tiada penyelesaian dan kesannya kepada orang awam yang terbabit akan tidak berpuashati.....

Selepas ini saya nak cerita macamana untuk kita mengatasi masalah ini..yang ini saya tidak berapa arif sangat kerana saya sendiri kadang-kadang gagal mengatasi sepenuhnya..tidak tahulah fasal apa...kadang-kadang kalau terlalu mahu yang terbaik sangat dalam setiap usaha kita... maka itu yang membuat kita rasa tertekan sangat hingga t erbawa-bawa dalam kehidupan seharian...apatah lagi apa yang kita hendak  tidak berlaku seperti yang dihajati ...nanti saya cerita


Ok..saya terpaksa berhenti dulu.. tak boleh mengadap skrin komputer lama-lama kerana ada masalah mata...nanti bila  mai idea lagi saya sambung tulis lagi..ok kita jumpa lagi

Hotel De Art
Shah Alam..09.02.2011

Hari ini saya  ada kat hotel ini kat Shah Alam...kerana besok bersama isteri menghadiri Majlis Mini Konvo. Anak di UM yang akan melanjutkan study di Jepun..Jadi ada masa sikit untuk tulis-tulis kat blog ini yang tidak sempat saya habiskan....

Ok berbalik kepada cara nak atasi kemurungan ni..sebenarnya hanya pakar sahaja berhak memberikan nasihat dan caranya...macam saya ni silap2 haribulan boleh  jadi makin teruk pula.. Tapi tak apalah..saya hanya sekadar beri pandangan panduan berasaskan kepada pengalaman yang cetek ini.

Paling mudah kalau stress atau kemurungan itu berlaku disebabkan oleh tekanan ditempat kerja ialah ..tukar pekerjaan itu atau cari kerja lain...Tentunya sukar kalau nak cari kerja lain..bukan senang nak cari kerja baru  dalam keadaan persaingan yang begitu hebat ini. Saya sendiri biasa berlaku stress yang amat sangat pada awal bekerja hinggakan akhirnya saya terpaksa menulis surat kepada ketua pentadbiran saya iaitu SUK waktu itu mohon ditukarkan tempat kerja dan jawatan lain yang bersesuaian. Walaupun terpaksa merendah diri dan mengakui kekurangan diri serta sanggup menghadapi situasi  disenarai hitamkan oleh pentadbiran, saya telah sanggup melakukannya atas faktor sudah tidak tahan lagi menghadapi tekanan tersebut..

Alhamdulillah walaupun saya terpaksa berhadapan dengan SUK didalam bilik yang saya tidak pernah masuk dan pada waktu itu masih lagi dalam percubaan dan dikata bermacam-macam. SUK  dulu memang orang takut dan segan nak jumpa...terutama bagi pegawai baru macam saya..naik gerun tengok..tak macam la ni..pegawai-pegawai muda tidak kisahpun jumpa dengan SUK..apatahlagi kalau dengan ketua jabatan mereka.  Tapi SUK pada masa itu walaupun nampak gerun dan hebat tapi masih lagi seorang yang bertimbang rasa.

Akhirnya saya ditukarkan ke Pejabat Tanah Kubang Pasu sebagai Penolong Pentadbir Tanah.  Di sana saya tidak menghampakan harapan SUK. saya telah bekerja dengan sepenuh hati semata-mata untuk membuktikan yang saya memang boleh buat kerja....Sehingga sekarang bos saya tersebut menjadi kawan baik saya walaupun telah bersara lama dah...Sampai sekarang beliau masih mengenali dan mengingati saya disebabkan kes saya dijemput berjumpanya kira-kira 22 tahun yang lalu...Katanya hanya saya seorang sahaja yang sanggup buat surat sebegitu dan menceritakan masalah peribadi kepadanya secara berterus terang... Sehingga kini saya amat hormat kepada beliau kerana beliau tidak terus menghentam pegawainya malahan beliau cuba selesai masalah anak buahnya dengan kuasa yang beliau ada. Bila bertukarnya saya dari jawatan sebelum ini,  secara tidak sedar saya rasa hilang segala bebanan yang amat tidak tertanggung itu...keadaan kembali ceria dan kehidupan bertambah semangat semula.

Untuk 'stress' yang sederhana dan tidak melampau memadai dengan cara kita kembali kepada ajaran agama kita. Sembahyang jangan tinggal. Selepas sembahyang wirid dan berzikirlah bagi panjang sikit dan berdoalah dengan sepenuh hati....selalunya kalau orang yang menghadapi stress ini kalau dia ikut cara ajaran Islam.. dia akan selamat dunia akhirat. Sembahyang kita akan makin bertambah khusuk...Jangan kita lari dari ajaran agama kita. Selalunya orang yang dalam kemurungan dan stress tidak boleh tidor lelap disebabkan terfikir perkara-perkara yang kita tidak mahu fikir dan selalu terjaga ditengah malam...maka gagahkan diri ambil air sembahyang dan sembahyang sunat Tahajjud.. Kalau sebelum ini jarang sangat membaca Al Quran..inilah waktunya kita mempertingkatkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran...semuanya ini akan memberi ketenangan kepada kita. Waktu kita stress kadang-kadang kita tidak lalu makan..pengalaman saya memang tidak selera langsung untuk menjamah makanan...maka ambil kesempatan itu untuk kita berpuasa sunat...kan bagus tu..

Bila kita dalam keadaan kemurungan..kita perlukan orang untuk kita meluahkan perasaan atau untuk bersembang-sembang dan bercerita.. maka carilah sahabat-sahabat yang boleh dipercayai untuk kita sembang-sembang dan cerita hal-hal keluarga yang menyeronokkan. ...fasal anak-anak, fasal kejayaan anak-anak..fasal hobi.. fasal macam-macam yang baik2.

Banyakkan berziarah kaum keluarga dan sahabat-sahabat. Ini sedikit sebanyak akan menghilangkan  bebanan tekanan perasaan yang ditanggung. Jangan duduk terperap di rumah membiarkan bebanan itu bertambah berat. Banyak bercampur dengan kawan dan sebaiknya sembahyang waktu pergilah ke surau atau masjid berdekatan...jadi bila ditempat-tempat seperti ini kita rasa tenang dan aman sedikit, kerana kita tahu Allah SWT ada melindungi kita...

Pada waktu-waktu seperti ini sokongan suami atau isteri amat penting....jangan pula bila suami dalam keadaan emosi terganggu maka isteri pun terikut-ikut sama..begitu juga sebaliknya... berilah sokongan dan bantu dimana perlu untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh suami atau isteri. Jangan pula menambahkan lagi bebanan tekanan dengan hal-hal keluarga dirumah...kadang-kadang rumahtangga porak peranda boleh berlaku bila salah seorangnya menghadapi 'stress' yang teruk... yang seorang lagi pula tidak memahami akan situasi dan menambahkan lagi dengan masalah-masalah dalam rumah tangga... itulah jadinya kecelaruan itu.

Saya biasa juga jumpa doktor bila hadapi 'stress' tapi kaunseling biasa sajalah dan kadang-kdang diberi ubat....ubat ini bila dimakan kita akan rasa lali sikit....hilanglah rasa tekanan.. kita tidak sangat fikir yang bukan-bukan..tapi bila dos ubat itu habis...dia mai fikir balik dalam otak kita...  Tapi saya dapat petua kalau rasa ada stress.. saya makan Vitamin B kompleks .. Dengan makan vitamin ini kadar penyerapan oksigan lebih tinggi...jadi kuranglah sikit degupan jantung yang tidak fasal-fasal berdegup lebih.  Selalunya kalau dalam kemurangan dan stess kita akan rasa penat dan bernafas tidak puas. Ini kerana kandungan oksigen yang kita sedut tidak sampai tahap yang diperlukan disebabkan  masalah-masalah dalam badan kita yang terlalu kompleks ini bila ada 'stress' . Otak kita akan tafsir macam-macam isyarat pelik  dan dihantar ke seluruh badan kita ....itu sebab kita rasa lemah badan..jantung mengepam cepat, bernafas tidak puas, tidor tidak lena, mandi rasa sejuk sangat, tidak lalu makan, kembong perut, nafsu seks turun dengan ketara dan macam-macam lagi yang nampak macam kita ada penyakit-penyakit fizikal yang kritikal...tapi sebenarnya semua itu dia datang dari stress yang kita alami.......

Ok saya mahu berhenti dulu....disini.. dah letih ..dari pagi tadi memandu dari AS ke Shah Alam tanpa henti...
jumpa lagi..















asriredha teratak kasih alor setar

14 November 2010

PTK

14.06.2009
Pantai Merdeka

Hai, berjumpa lagi. Lama juga saya tidak menulis dalam blog ini. Bukannya ada apa mood tak mai lagi... Nak menulis ni kena ada mood dan juga kelapangan masa. kalau tidak syehnya tak mai. maka idea pun tak mau mai juga.

Awal tahun ni ni, rioh rendah juga kakitangan kerajaan Malaysia kerana ura-ura CUEPACS nak adakan piket hujung tahun ini membantah pelaksanaan PTK terutama yang melibatkan penilaian melalui peperiksaan. CUEPACS memaklumkan mereka menyampaikan suara hasrat hati sebahagian besar kakitangan kerajaan samada peringkat pekerja pengurusan tertinggi hingga ke peringkat paling bawah yang tidak berpuas hati dengan cara penilaian PTK. Mereka tidak dapat menerima hakikat menilai prestasi kerja seseorang kakitangan melalui peperiksaan. JPA tetap dengan pendirian akan meneruskan juga sistem penilaian seperti yang sedia ada dengan beberapa penambahbaikan yang dicadangkan dan memberi amaran kepada CUEPACS agar tidak meneruskan hasrat tersebut. Saya harap JPA tidak mengambil mudah akan pandangan dari pihak CUEPACS kerana implikasinya amat besar kerana jika benar berlaku tunjuk perasaan berkenaan perkara tersebut ianya akan memberi imej yang tidak baik kepada perkhidmatan awam di Malaysia. Saya juga salah seorang kakitangan kerajaan yang tidak boleh menerima cara penilaian yang sedemikian... Yalah orang macam saya ni dah lebih 20 tahun bekerja, otakpun dah tak berapa nak kuat lagi untuk ingat dan hafal menghafal ni. Walaupun pernah dapat anjakan gaji tetapi tetap menyatakan cara penilaian seperti yang sedang berjalan sekarang perlu diperbetulkan ke landasan yang betul dan adil kepada semua pihak.

Apa yang saya bincangkan1 1/2 tahun yang
lalu dalam blog ini memang  ada benarnya berdasarkan
rencana yang
dalam Akhbar Berita Minggu pada 12.12.2010
Kita tengoklah nanti bentuk macam mana pula Penilaian
prestasi yang akan dibuat oleh JPA..

 

                            


  
Cuba bayangkanlah seorang yang malas buat kerja tapi otak pandai dan dapat cemerlang dalam kursus dan peperiksaan PTK, senang-senang sahaja dia boleh dapat anjakan gaji dan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah jika ketua jabatan berkenan berbanding dengan kawannya yang tidak berapa cekap dalam peperiksaan tapi dari segi kerjanya cukup cemerlang. Yang mana satu sepatutnya kita hendak pilih...

Adalah tidak adil mengenepikan seorang pekerja yang tidak dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PTK sedangkan pada masa yang sama beliau adalah seorang pegawai yang cemerlang, berdedikasi, patuh kepada segala aturan dan peraturan pegawai awam, sentiasa berusaha untuk meningkatkan kerjaya diri dalam kontek bidang tugasnya dan sebagainya. Cumanya ia tidak berminat dan tidak mampu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PTK. itu sahaja...

Sistem peperiksaan yang dilaksanakan itupun kadang-kadang tidak relevan langsung dengan kerja yang sedang dilaksanakan seharian...Ianya lebih banyak menguntungkan pegawai-pegawai yang cerdik sedikit otaknya...Pada pandangan saya kursus yang dilaksanakan untuk tujuan peperiksaan PTK ini amat tinggi belanjanya..Terlalu amat tinggi kosnya yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan berbanding hasil manfaat yang diperolehi dari kursus yang bertujuan nak bagi lulus peperiksaan sahaja. Sudahlah kerja terpaksa ditinggalkan yang menyebabkan kerja terbengkalai. Kursus PTK ini tidak ada banyak faedahnya kepada perkembangan prestasi kakitangan kerana kebanyakan yang mai kursus cuma nak bagi lulus periksa sahaja. Itulah tumpuan utama sebahagian besar kakitangan yang pergi kursus PTK. Saya mengesyorkan supaya kalau kursus untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bekerja, maka lebih baik sijil kehadiran kursus diambil kira dalam ssebahagian penilaian prestasi PTK . Apa yang perlu dibuat oleh pihak JPA atau Bahagia Sumber Manusia ialah mengenalpasti kursus-kursus yang disediakan oleh pelbagai instutusi latihan yang ada dan tetapkan grednya atau tarafnya supaya memudahkan pengiraan bilangan kursus yang dihadiri dalam sesuatu tahun. Ini lebih bermanafaat dan lebih praktikal dan kakitangan kerajaan tidaklah tertekan dengan kursus PTK yang lebih mementingkan peperiksaan ini....

Kalau tanya pandangan saya maka jawabnya saya memang tidak setuju sistem penilaian berasaskan peperiksaan ini. Satu pendekatan lain perlu diadakan untuk menilai prestasi kakitangan dalam menentukan anjakan gaji ataupun kenaikan pangkat. Penentuan cara ini bukan bidang kuasa saya tapi yang pentingnya jangan nilai melalui peperiksaan. Kalau mula-mula nak masuk kerja dulu tidak mengapalah bagi ujian bertulis dan sebagainya.

Oklah rasanya cukuplah dulu cerita fasal PTK ini...nanti saya masuk bab lain pula untuk celoteh yang tidak berkesudahan.



asriredha
teratak kasih
alor setar

10 November 2010

Kemerdekaan - Apa Ertinya

31 Ogos 2010 genaplah usia kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 53. Secara kebetulan pula pada tarikh tersebut jatuh dalam bulan Ramadan . Bermakna sambutan dalam puasa.Saya rasa pada tahun ini agak tidak terasa kemeriahannya sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Saya rasa bulan puasa bukan penyebabnya...........nantilah saya akan sambung lagi kenapa dan apa penyebabnya......... cuma nak intro saja dulu Saya terasa hendak berdiskusi dengan saudara-saudara semua berkenaan dengan semangat kemerdekaan ini. Bukannya ada apa cuma kadang-kadang tu rasa kerisauan juga bila melihat dan mendengar pelbagai isu yang berkaitan perkembangan semasa seperti isu perlembagaan, isu perkauman, isu politik semasa dan sebagainya.Sudah kedengaran disana sini sebahagian kecil rakyat Malaysia yang meminta supaya perlembagaan Malaysia di pinda secara total keseluruhannya, begitu isu kedudukan raja-raja melayu telah mula dipertikaikan, isu kuota melayu telah mula juga disindir-sindir dan diperlecehkan dan sebagainya. Perjuangan orang dahulu samada orang Melayu, India dan China dalam menuntut kemerdekaan telah tidak dihargai lagi oleh mereka. Mereka telah mula lupa tentang kerjasama dan akujanji antara kaum yang telah dipersetujui bersama dulu dalam menuntut kemerdekaan sehinggalah kepada penyediaan perlembagaan Malaysia yang masih kita gunapakai sehingga hari ini...semua ini gara-gara kurangnya maklumat dan pengetahuan berkenaan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia itu sendiri.

Saya menyedari perkara ini jika dibiarkan berterusan tanpa ditangani dengan bijaksana oleh kerajaan dan rakyat yang tulin ianya akan menjahanamkan negara Malaysia yang tercinta ini. Kita harus ingat, negara ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum, ugama, bangsa, budaya, adat, bahasa dan pelbagai perbedaan lagi. Bila-bila masa sahaja boleh mencetuskan percikan api perbalahan antara satu sama lain. Sedangkan negara yang mempunyai bangsa dan agama yang samapun asyik berbunuhan antara satu sama akibat perbedaan pendapat, inikan pula negara seperti Malaysia. Tetapi Alhamdulillah syukur setelah 52 tahun kita merdeka tidak banyak isu-isu besar itu kita hadapi. Kalau adapun hanyalah secara kecil-kecilan dan kerajaan cepat bertindak dengan peruntukan undang-undang yang ada seperti ISA dan sebagainya.

Generasi baru selepas 20 tahun merdeka kebanyakannya kurang memberi perhatian lagi tentang kemerdekaan negara. Kehidupan mereka sekarang ini segala-galanya mudah, senang dan dilingkungi oleh kemewahan yang pelbagai hasil daripada kemerdekaan yang kita capai...Semua ini membuatkan mereka lupa asal usul dan akhirnya akan menuntut pelbagai tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah atas nama kebebasan, atas nama kesamarataan, atas nama merit, atas nama hak asasi manusia dan sebagainya yang akhirnya tidak disenangi oleh pihak lain. Semua ini akan menjurus kepada ketegangan yang boleh menjahanamkan negara ini. Generasi baru sudah lupa akan persetujuan bersama antara kaum semasa menuntut kemerdekaan dan merangka perlembagaan. Dalam perlembagaan Malaysia walaupun dirangka lebih 50 tahun yan lalu namun ianya masih tetap relevan sehingga kini kerana didalamnya mengandungi pelbagai perkara yang mempunyai falsafah yang tersendiril. Terima kasih kepada penggubal perlembagaan tersebut. Kerana berpegang kepada perlembagaan tersebutlah negara kita Malaysia tetap aman makmur sehingga kini.

Nah, kalau sudah terbukti begitu mengapa kita terbawa-bawa dengan puak-puak yang memang mengambil kesempatan untuk menjahanamkan Malaysia ini. Kadang-kadang orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan kuota melayu, institusi kesultanan dan lain-lain sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka sudah mula lupa keintelektualan dan kekayaan yang mereka perolehi tersebut adalah hasil dari dasar-dasar yang diterjemahkan dari Perlembagaan Malaysia..mereka lupa segalanya disebabkan mereka sudah berjaya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan status mereka dan menganggap mereka sudah mampu menghadapi persaingan dalam dunia yang terbuka luas ini. Mereka lupa segala-galanya. Mereka lupa bahawasanya ramai orang melayu yang merempat dinegara sendiri, mereka lupa orang melayu yang ketinggalan jauh dalam pendidikan , mereka kira mereka sahaja. Inilah orang yang tidak mengenang budi dan jasa negara kepada mereka. Kalau oang Melayu sendiri sudah begitu sikapnya maka jangan hairan dan jangan gundah gulana jika orang bukan melayu lebih-lebih lagi sikapnya

Penulis bersama dengan Prof Dr. Teo Kok Seong dari UKM..di Mentaloon selepas memberi syarahan khas berkenaan Bahasa Melayu.  Penulis sempat bertukar pandangan dengan Prof ini semasa jamuan tengahari. Alangkah bagusnya jika semua rakyat malaysia tidak kira kaum mempunyai pandangan dan fikiran seperti beliau berkenaan dengan isu bahasa, isu raja2 Melayu, isu keistimewaan orang Melayu, dan isu-isu perlembagaan.  Kalau baca kolum Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Prof Tan Sri Khoo Kay Kim  alam akhbar tempatan,  juga memberikan kita satu kefahaman yang jelas tentang sejarah negara dan banyak persamaan dengan pandangan Prof Dr Teo Kok Seong.


Saya telah berkesempatan mendengar satu syarahan oleh Prof Dr. Teo Kok Seong dan UKM dalam satu program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kerajaan Negeri Kedah. Iaitu program Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Pkt Negeri Kedah. Tajuk syarahan beliau ialah 'Bahasa Jiwa Bangsa'.  Saya amat terpegun sekali dengan pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh tokoh ilmuan ini. Terutama berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu, Perlembagaan Pesekutuan dan Hak-Hak Keistimewaan ORang Melayu. Kalau beliau bukan seorang kaum Tionghua sudah tentu ianya dianggap perkauman. Tetapi beliau adalah orang Cina tulin.Beliau fasih berbahasa melayu. Bagi beliau tidak ada apa-apa masalah dalam mengasilimasikan budaya dan cara hidup masyarakat melayu di Malaysia. Bagi beliau bahasa Melayu perlu dipertahankan sebagai bahasa perhubungan semua kaum, bahasa untuk perpaduan, bahasa untuk akademik dan sebagainya. Saya melihat ada 2 tokoh ilmuan bukan melayu lagi yang berpandangan serupa seperti Dr Teo ini. Mereka ialah Dr. Ridhuan Tee Abdullah dari Uni Pertahanan Nasional, dan Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim.  Saya dimaklumkan oleh Dr Teo.. akhbar berbahasa Cina sendiri telah ada kenyataan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan kaum Cina sudah memberi kenyataan bahawa apa-apa pandangan ketiga-tiga tokoh ilmuan tadi tidak mewakili kaum Cina. Sampai begitu sekali keadaannya.Menurut Prof Dr Khoo Kay Kim..punca sebenar mengapa sejak akhir-akhir initerdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu, Keistimewaan penggunaan bahasa melayu, Perlembagaan Malaysia, hak Islam dan Raja-Raja Melayu adalah kerana mereka 'buta sejarah'. Maka tidak hairanlah sepertimana kata Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam kolum mingguannya dalama Mingguan Malaysia kita lihat orang bukan Melayu yang memahami sejarah seperti mereka damat berbeda sekali pandangan mereka  berbanding bukan melayu yang lain. Rakyat yang memahami sejarah sikap mereka lebih lunak dan tidak terlampau dalam memberikan pandangan dan tindakan. Kejahilan sejarah akan menjadikan mereka itu bongkak, angkuh dan tidak sedar diri

Saya adalah anak merdeka yang lahir setelah 4 tahun negara merdeka. Namun saya masih tetap merasai akan kesusahan yang dihadapi pada awal-awal 15 tahun merdeka. Bagi rakan-rakan yang seangkatan dengan saya pasti boleh terkenang kembali akan apa yang akan saya cerita kan ini berkenaan zaman silam kita dulu...Saya masih teringat lagi persekolahan saya semasa di sekolah rendah yang terletak 1.5 km dari rumah saya di Kg Kabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. waktu itu mana ada lagi bekalan elektrik. Belajar hanya menggunakan pelita minyak gas, kadang-kadang pelita chimney dan sekali-sekala orang tua saya pasang pelita gasolin. Sekarang ini susah nak cari pelita chimney dan gasolin. Kalau ada pun sudah jadi barang antik kegunaan orang-orang kaya...Tapi saya memang pakar bab pasang pelita gasolin..terangnya sama dengan lampu elektrik 100 wat.Berbanding dengan sekarang ini anak-anak saya mudah saja belajar, petik saja sudah boleh baca buku dan sebagainya.Begitu juga nak seterika baju pakai seterika besi yang dibubuh arang yang dibakar. ambil masa dekat sejam dulu baru boleh guna sterika tersebut. Silap-silap seterika hancur pakaian tersebut kerana terlalu panas atau arang tersembur keluar atas baju. Nak bagi kurang panas dan licin seterika tersebut, tonyoh atas daun pisang, barulah ok.... Itulah pengalaman manis yang anak-anak saya tidak akan merasainya lagi. Nak cari TV tidak adalah lagi waktu tersebut. Bapa saya ada juga beli dynamo elektrik pakai engin kubota yang diguna untuk tenggala bendang. Bunyi dengan satu kampong punya kuat.Tapi tidaklah dipasang selalu cuma sekali-sekala sahaja untuk tengok cerita melayu dan perlawanan tinju waktu itu Muhamad Ali memang cukup terkenal. kerja saya kutip duit kat orang kampong sapa yang nak tengok. Kutip sekupang sahaja. TV waktu itu hanyalah hitam putih sahaja....

Satu lagi cerita yang menarik yang masih lagi dalam ingat ialah cerita koboi 'High Chapparal' Infrastruktur waktu itu memang terok sekali. Mana ada jalan mini tar lagi, Jalan besarpun tidak ada lagi. nak cari kereta waktu tu jauh sekali, kerana jalan tidak ada. Kalau nak pergi ke Simpang Tiga kena lalu tepi jalan sungai sahajalah. Kalau hujan habis kelebor dan becak. Kalau kesekolah hanya berkaki ayam sahaja berjalan kaki 1.5 km. kalau pakaipun tidak ada gunanya..Ada satu ketika saya hanya pakai kasut putih plastik ke sekolah dan stokinpun guna yang lama-lama dan untuk elak stokin turun kebawah saya pakai getah untuk ikat diatasnya. kerana getah yang ada kat stokin dah kendor. Bukan senang nak beli baru... Masih segar dalam ingatan saya lagi waktu tersebut tidak ada lagi bekalan air paip. Saya dan keluarga masih guna telaga yang letaknya lebihkurang 50 meter dari rumah. Paling takut waktu pagi, sudahlah sejok , jauh pula dari rumah dan telaga itu duduk tepi hutan belukar, silap-silap haribulan boleh terpijak ular khatam tebu atau ular kapak yang banyak sekali waktu itu. Nak cari lampu suluh bukan senang waktu itu. cuma bawa pelita minyak gas sahaja ke telaga untuk mandi. Untuk buang air besar pula saya kena pergi kat jamban yang dibuat diatas parit kecik sempadan tanah. Di bawah jamban itu sudah menunggu dengn setia ikan puyu dan kura-kura untuk menjamu selera dengan najis yang kita akan buang. Kadang-kadang air parit terpercik sampai ke muka disebabkan besarnya buang benda itu. Paling takut kalau nak terberak waktu malam.... sebab jamban bukan duduk dalam rumah seperti sekarang ini.

Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul apa
tah lagi memandang sebelah mata...Ini adalah insan-insan yang
senasib dengan diriku....Memang dengan menggunakan
sebelah mata memang menyeksakan apatah lagi kalau
baru terjadi dan  pada usia  remaja...tak taulah berapa
banyak air mata bercucuran mengenangkan nasib diri..
hanya yang mengalaminya sendiri bisa mengerti siksa
dunia ini...bagi yang mempunyai selengkapnya  hargailah
sewajarnya anugerah Tuhan itu.....
 



Dari segi permainan yang saya terlibat masa itu memang banyak dan kadang-kadang memang merbahaya sekali. salah satu permainan yang memberi kesan kepada saya sehingga sekarang ialah main perang bersama rakan-rakan. habis satu kampung riuh rendah dengan perang yang kami aturkan. Malangnya main perang ini telah meninggalkan kenangan pahit kepada saya. Main perang ini menggunakan senapang kayu guna peluru bemban dan buah baru. Salah satu peluru bemban kawan saya telah hinggap di mata kanan saya. Kelam dan gelap serta merta dan keadaan itulah yang saya alami dan deritai sehinggalah ke hari ini. Saya telah mengalami cacat penglihatan....segala-galanya hancur. macam-macam difikirkan waktu itu...namun untuk apa dikesalkan atas perbuatan diri sendiri yang tidak mendengar cakap dan nasihat ibu bapa....kecacatan inilah kadang-kadang menimbulkan rasa rendah diri saya yang teramat sangat dan kadang-kadang menjadi murung...Namun kehidupan perlu diteruskan.... Kecacatan inilah juga yang menjadikan saya lebih tabah dan cuba berusaha untuk membaiki diri saya.

Saya bukanlah seorang yang pandai disekolah. Kalau disekolah rendah biasanya dalam peperiksaan tahun duduk dalam nombor 30 ke 40 lah...sapapun tidak pandang saya malahan ibu dan bapapun tidak mengharapkan apa-apa dari saya..Memang tidak pandai. Hanya disekolah menengah sahaja saya mula berubah sedikit bila dapat kemalangan itu pada tingkatan 1. Barulah ada kesedaran sikit, walaupun suasana disekolah menengah ketika itu tidak begitu memberangsangkan dan tidak ada saingan maka pencapaian saya tidaklah memberangsangkan walaupun SRP dapat 10 unit tapi tidak pergi kemana, kerana tidak tahu nak pergi ke mana, tidak ada sapa yang tolong 'guide' waktu tu, maka duduklah di SMY itu juga. Jadi masa SPM hanya mampu dapat gred 2 sahaja. Itupun dikira murid terbaik juga ketika itu di SMY.. lawak juga..

Banyak lagi permainan yang ada waktu itu yang mana semuanya reka sendiri aje..kotak rokok kosong boleh buat mainan, buluh boleh buat cak plong, pokok jambu biasa dipotong untuk ambil kayu buat gasing besar, dan hampir putus jari telunjuk kiri saya akibat terkena pisau masa buat gasing, buah gorah, buah getah semuanya boleh jadi kerja. Daun nipah boleh buat macam seperti anak panah... seronok sungguh waktu itu main macam-macam. Itu tidak kira lagi permainan bahaya lain seperti main meriam buluh, meriam tanah dan mercun besar...mainan ini silap-silap haribulan boleh cacat lagi badan kalau tidak bernasib baik...pernah saya korek peluru senapang patah yang masih lagi hidup untuk ambil biji kacang besi yang ada dalam peluru tersebut. nasib baiklah peluru tersebut tidak meletup, kalau tidak tak tahulah jadi macam mana..Kiranya saya ni memang buas jugalah kat kampong..buas cara kamponglah...jangan salah sangka lain pula. Saya juga teringin nak cerita zaman itu cukup seronok dapat tangkap ikan dengan macam-macama cara dan itu semua dialami sendiri seperti tahan taut, pakai tangkul, timba parit cari ikan dan belut, merelau waktu malam pancing ikan haruan besar, pakai serkap dan sebagainya. Semuanya itu payah nak cari lagi zaman ini. Lagi seronok bila dapat buru burung puyuh dipadang selepas waktu mengerat padi, tangkap burung ruak-ruak guna perangkap dibuat daripada buluh.

Ada satu lagi permainan yang ada waktu itu ialah main wau..ada wau ketek, wau bulan, wau kangkang dan sebagainya...cantik nampak suasana langit bila waktu main wau. Sejuk telinga dengar dengongan dari wau yang dibuat dari daun mengkuang. semuanya hanya menggunakan peralatan yang ada dipersekitaran kampong sahaja. gam pun buat sendiri pakai tepong ubi, pokoknya segala-galanya mengajar kita lebih kreatif. Saya pernah bekerja dibendang, memukul padi, mengerat padi, cabut anak semaian, menguroi dan sebagainya. Pokoknya apa saja kerja bendang memang saya telah alami dan buat sendiri. Betapa seronoknya dapat bela kerbau yang digunakan untuk tarik anor untuk bawa guni padi ketepi sungai. Dari sungai pula bawa guni padi tersebut naik tongkang ke kilang padi yang terletak tepi sungai di pekan Sungai Limau. Kalau tongkang buruk saya pasti akan cari paku yang ada kat tongkang tersebut untuk buat paku gasing. Memang kuat dan tahan gasing tersebut. Sekarang sudah tidak ada lagi kerja-kerja seperti itu, semuanya pakai mesin dan terus bawa naik lori masuk ke kilang.Malangnya kerbau yang saya bela itu telah disembelih oleh bapa saya pada waktu dekat nak raya. Bapa jual daging kerbau di pekan khamis, sayapun kadang-kadang tumpang juga jual daging kerbau pakai kati waktu itu. Agak sedih juga mengenangkan kerbau yang jadi rakan baik saya waktu itu, apatah lagi bila teringat duduk atas belakang kerbau bawa pergi makan rumput dipadang. Kerbau itu jinak benar.

Oklah saya pun banyak sangat cerita fasal kisah lampau selepas merdeka. Bukannya ada apa seronok dan sedih juga bila teringat zaman waktu itu. Saya tidak pandai untuk merakam semua itu dalam bentok gambar sepertimana katunis Lat buat dalam cerita Lat di Kampong Boy nya...waktu itu juga mana nak cari kamera untuk rakamkan itu semua. Kalau ada senanglah nak cerita kat anak-anak. Ini anak-anak tidak berapa nak percaya bila saya cerita bab-bab itu. Mereka tidak berapa faham akan apa yang saya alami sendiri waktu zaman kanak-kanak dan remaja. Saya amat bersyukur berada dalam 2 zaman yang 'totally different' Satu zaman yang betul-betul dhaif dan satu zaman moden yang berasaskan sains dan teknologi. Saya boleh menilai antara keduanya dan dapat merasainya. Namun saya rasa 25 tahun selepas merdeka dan seterusnya perubahan yang berlaku tidak begitu ketara sangat. Kemudahan-kemudahan sudah ada pada waktu dan samalah seperti sekarang cuma ianya lebih canggih dan moden sesuai dengan perkembangan semasa.Anak-anak zaman sekarng ini amat beruntung kecil-kecil lagi sudah boleh tidor dan makan dihotel 5 bintang seperti anak-anak saya. Seingat saya waktu bekerja baru rasai duduk nginap dihotel seperti itu. Masuk KFC pun semasa duduk di Universiti, baru tau nikmatnya ayam goreng KFC berlainan goreng ayam yang kita selalu makan. Anak-anak sekarang umur 2 tahun dah masuk KFC....Permainan semua canggih tapi kena beli semuanya. Kesekolah pula dengan kereta. kalau tidak ada keretapun dikampong boleh dikatakan 80 peratus pergi kesekolah menaiki motosikal...tengoklah digaraj-garaj sekolah bersusun motosikal yang baru-baru pula tu...rasanya sebahagian besarnya tidak ada lesen memandu, tapi itulah keadaannya di kampong-kampong. Lewat ambil anak sikit kat sekolah mereka sudah pandai merungut pada ibu bapa mereka berbanding dengan saya dulu pukul 4 petang baru sampai rumah, naik bas dan berjalan kaki pula. Pi sekolah petang, pukul 10.00 pagi sudah keluar rumah untuk ke sekolah.

Saya cerita kesenangan yang dikecapi oleh anak-anak zaman sekarang ini agar mereka kena menghargai apa yang ada dan menghargai kesusahan orang-orang terdahulu yang membuatkan mereka menikmati kesenangan pada hari ini...jangan lupa itu...sentiasa kena diperingatkan selalu kepada mereka agar mereka tidak membuat sesuatu yang merosakkan agama, bangsa dan negara kita.Sebab itu saya merasa amat sedih sangat bila pembangunan sosial dan ekonomi semakin pesat berlaku sekarang ini kita hendak hancorkan dengan mempertikaikan apa yang telahpun ujud sejak merdeka. Anak-anak muda sekarang tidak lagi menghargai sejarah negara, golongan pejuang kemerdekaan Malaysia tidak lagi dihargai. Ada setengah cuba mengubah sejarah yang memang telah nyata dan berfakta lagi...Inilah yang berlaku sekarang bukan setakat anak-anak muda sekarang malahan generasi terdahulu yang sebaya sayapun ada yang cuba bertindak demikian disebabkan ketidakpuasan hati yang sayapun tidak tahu apa sebabnya. Nak kata duduk di Malaysia tidak boleh cari makan tidak juga, tidak selamat tidak juga, kebebasan dihalang tidak juga, tidak ada kuasa tidak juga....pokoknya tinggal di Malaysia ini cukup bebas, cukup makmur, cukup selesa, cukup segala-galanya cuma kena rajin dan kreatif sedikit Insya Allah tidak akan merempat duduk di Malaysia ini....

Nak berpolitik, masuklah mana-mana parti politikpun tidak kisah. tidak ada siapa yang halang untuk terlibat dalam politik asalkan bukan fahaman komunis...pokoknya kalau nak berpolitik kenalah terima hakikat kekalahan dan kemenangan. Oleh itu kita sebagai ibubapa kenalah setakat yang termampu didik anak-anak supaya menghargai erti kemerdekaan itu. Sekurang-kurang setahun sekali, kerajaan anjur pasang bendera dikereta dan dipremis rumah maka pasanglah , apa yang susahnya. Bagi anak-anak tengok apa yang kalut sangat bapa mereka dok pasang bendera, bila anak tanya ceritalah kepada mereka fasal kemerdekaan. Ini apa yang saya dapati bila waktu saya buat kempen pasang bendera di kereta ada tidak bagi pasang takut calar cat atau cermin kereta mereka. Itu nak bagi free. Kalau kena beli tau-tau sahajalah. Begitu juga pasang bendera dirumah , puas kerajaan berkempen dalam media minta pasang bendera, itupun berapa kerat sangat yang benar-benar prihatin. Yang lain tunggu bendera free diberi kepada mereka..Macam inikah sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang kita kata kita sayang ini. Itu baru fasal pasang bendera..tidak kira yang lain-lain lagi..Jadi kerajaan habis berjuta RM untuk tujuan kempen mengingati kemerdekaan ini agar rakyat tidak lupa betapa berertinya kita merdeka. Bukan senang hendak merdeka dan bila merdeka belum tentu sesebuah negara boleh maju. Berapa banyak negara yang merdeka tetapi pembangunan masih macam zaman sebelum dan awal merdeka seperti yang saya cerita tadi..

wah..sudah lewat pula nampaknya, kurang lebih jam 2.00 pagi ni. saya rasa baik saya berhenti sahaja dulu celoteh saya kat sini. Walaupun saya kurang mengantuk lagi mungkin kerana tadi saya ada minum kopi 5 in 1 ada tongkat ali lagi, itu yang buat mata kurang letih. Saya tidak boleh layan sangat rasa kurang mengantuk ini sebab nanti saya mahu bangun sahor lagi. Nasib baik masuk hari Jumaat, cuti bolehlah lanjutkan tidor nanti selepas syolat subuh. so saya undur diri dulu, selamat tidor....harap dalam mimpi nanti dapat idea lain untuk cari tajuk apa lagi ya yang ndak dikupasi. asriredha teratak kasih alor setar

07 November 2010

KCS : Antara Sukan Dan Maruah

Hotel Riverview
Kota Bharu

Ada sedikit ruang waktu dalam aktiviti yang begitu padat...yalah saya berada di sini untuk mengambil bahagian dalam Program Peningkatan Kerjaya Pegawai Tadbir Negeri dan Sukan Antara Pegawai Tadbir Negeri Kedah, PTN Kelantan, PTN Terengganu dan PTN Johor. Program ini berlangsung selama 6 hari yang dipenuhi dengan aktiviti perasmian program oleh YAB Menteri Besar Kedah, aktiviti pertandingan sukan golf, pingpong, tenpin boling,  bolasepak dan badminton serta bola tampar. Saya sendiri dalam umur yang setahun lagi mencecah 50 tahun ini, bermain tiga jenis sukan iaitu, bola tampar, pingpong dan tenpin boling..


Bersama anak-anak di Majlis Penutup Program
Peningkatan Kerjaya PTN dan Penyampaian Hadiah
  Nantilah saya cerita fasal apa terpaksa ambil main sampai 3 'game'..Banyak saya nak cerita dan memberi sedikit komen dan pandangan berkenaan Sukan KCS ini...ada sesuatu yang tidak kena rasanya. Antara 4 negeri yang terlibat...KCS Kedah duduk tempat tercorot sekali....nak letak muka kat mana....

Sudah lebih 25 tahun saya kerja sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah.....Setiap kali ada Sukan Pegawai Tadbir Negeri 4 Negeri, saya mesti ambil bahagian tidak pernah ketinggalan...Sekurangnya saya akan ambil bahagian secara aktif dan serious paling banyak 4 jenis sukan iaitu Bola Tampar, Pingpong, Boling Padang dan Tenpin Boling.  Tahun ini saya hanya main 3 jenis sukan aje kerana boling padang tidak disenaraikan.Satu lagu sukan tradisi yang saya tidak pernah miss ialah Kayuh Perahu Panjang yang diadakan setiap tahun sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah...


Sukan Pingpong adalah antara sukan kegemaran saya..
tapi payah nak dapat partner untuk main bersama bila
kelapangan
 Saya memang amat minat bersukan dan beriadah... Selain menyihatkan badan ianya dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik sesama rakan dan sahabat taulan, disamping membantu menjayakan setiap acara dan program yang disediakan oleh penganjur..Sebab itu dimana ada masa dan kesempatan saya pasti akan mengikuti program-program riadah dan sukan yang dianjurkan oleh sesiapa sahaja.... Kalau nak dilihat dari kesihatan diri...bukan berapa boleh sangat dah la ni ..kerana maklumlah semakin berumur dan macam-macam cacat cela yang ada pada diri ini. Oleh itu kalau nak mendapatkan penglibatan saya dalam aktiviti seperti ini , tak ada masalah...habaq sahaja.. kalau tidak terganggu dengan program penting lain, saya pasti ambil bahagian... Bukannya ada masalah apapun.....ni kadang-kadang setengah-tengah itu berat sungguh nak ambil bahagian...macam alasan dan segala macam masalah dibangkitkan....Banyak yang suka jadi penonton saja...lepas itu kutuk pula....

Sukan Bola Tampar adalah sukan yang paling saya minati...
Tapi masalahnya nak main permainan ini kena ada 12 orang.
Itu sebab sukar untuk boleh bermain selalu. Kena semua ada
baru jadi
Masalahnya sekarang saya lihat agak kurang KCS yang berminat dengan sukan, terutama sukan-sukan yang tidak sebegitu elit dikatakan seperti sukan pingpong, bola tampar , boling padang, tenis, sepak takraw dan seumpanya.Nampak banyak yang beri tumpuan kepada golf dan bola sepak. Tidak apalah kalau dah ramai sangat yang nak pergi tumpu kepada 2 sukan tersebut asalkan terlibat bersungguh-sungguh dan berlatih bersungguh hingga boleh membawa kemenangan. Malangnya 2 jenis sukan elit inipun tak 'tera' manapun....masih dapat keputusan yang tercorot dibawah.


Untung juga main Tenpin Boling..Dapat juga
hadiah besar ni...yang lain tu habok pun
tak ada
 Memang ada kesan pada imej KCS...susah sangatkah untuk mendapat johan keseluruhan...kalau dilihat dari prestasi dan kekuatan pasukan TCS, KelCS dan JCS rasanya lebih kurang aje dengan KCS....Cumanya saya rasa komitmen dan kesungguhan ahli itu sendiri yang boleh membedakan siapa yang benar-benar layak menjadi juara. Kalau dah tahu diri tidak cekap dan mahir dalam sesuatu 'game' giatkanlah berusaha berlatih dengan bersungguh-sungguh. Tidak ada guna juga kalau hanya seorang atau dua orang sahaja yang benar-benar boleh bermain, tapi yang lain tu bagi cukup syarat aje...kerana kebanyakan permainan sukan adalah secara berkumpulan... Kekuatan bergantung kepada semua ahli....

Berhubung dengan program ini , mungkin satu peraturan baru perlu ditetapkan oleh Persatuan iaitu..hanya yang mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti program sahaja diberi kebenaran untuk mengikuti program t tersebut terutama yang melibatkan program diluar negeri Kedah seperti di Kota Bharu, Kuala Terengganu atau Johor Baharu. Pada saya kekuatan sesuatu pasukan juga bergantung juga kepada semangat. Semangat akan datang jika ada penyokong kuat diluar gelanggang yang tidak letih-letih memberi sokongan. Tapi ini tidak berlaku pada team KCS.  Merekalah pemain dan merekalah penyokong. Yang tidak mengambil bahagian dalam apa-apa sukan, hilang ghaib entah kemana...mungkin ambil kesempatan bersama keluarga bercuti dalam rasmi...boleh juga  dapat tidor kat hotel 4 atu 5 bintang.. 4 atau 5 malam. Untuk kedepan ni janganlah lagi dok buat macam tu....kalau nak pi juga ke program itu , maka itulah sepenuhnya program dan aktiviti yang diatur..kalau tidak tok sah pi..tidak ada sapa yang nak paksa...Begitu juga penggunaan kenderaan jabatan terlalu banyak rasanya digunakan.. elok rasanya disusun atur betul agar tidak nampak membazir sangat...

Begitu juga waktu  Majlis Penutup Program Peningkatan Kerjaya PTN dan Penyampaian Hadiah, hanya berapa  kerat sahaja yang ada...Rasanya yang ada adalah pemain-pemain dan AJK juga.. Yang lain tu tidak tahulah pergi kemana...balik dah kot. Kalau balik awal baguslah bolehlah ke pejabat, tapi takut kat opis pun tidak pergi , kat KB pun ghaib...rugilah kalau macam tu.. Tentunya pihak penganjur akan terasa terkilan kerana majlis yang diatur dengan begitu eksklusif tapi tidak ramai yang hadir. Bayangkan nanti kalau kita pula yang jadi 'host'nya, jadi seperti itu juga....


ok...berhenti dulu...saya pun tidak mahu memanjang-manjangkan cerita lagi...nanti ramai kawan-kawan yang mula meluat kat saya. Terutama yang makan cili... kalau tidak makan maka tidak terasalah pedasnya..tak gitu kawan-kawan semua...


asriredha teratak kasih alor setar

06 November 2010

BaNjiR BeSaR : Antara MusiBah dan KeinSafan

06 November 2010
Alor Setar.

Sejak 04.11.2010 lagi sebahagian besar daerah Kota Setar, Padang Terap dan Kubang Pasu lumpuh aktiviti harian akibat banjir yang agak luarbiasa berlaku dalam tempoh 10 tahun.

Kelmarin dan hari ini..bandar Alor Setar lumpuh terutama disebelah utara kerana paras air yang meningkat hingga menenggelamkan rumah dan kedai-kedai yang kedudukannya agak rendah. Tinjauan saya hari ini mendapati sebahagian besar kedai dan pasaraya telah menutup operasi perniagaan masing-masing....kerana habis kedai dibanjiri air.. dan kerja-kerja pembersihan terpaksa dilakukan.


Beginilah keadaan banjir tahun ini. Ini jalan masuk ke kediaman saya yang hanya 100 meter sahaja dari rumah. Rumah sekelilingnya sudah tenggelam habis. Memang menderita, berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Saya bukan nak cerita sangat fasal banjir besar ini tetapi apakah pengajaran yang boleh kita perolehi dari musibah yang diturunkan oleh Allah SWT ini. Sejauhmanakah penerimaan kita terhadap dugaan dari Allah SWT...

Banjir ini juga menjadi isu politik...masing-masing cuba menonjolkan diri atau pertubuhan masing-masing bahawa merekalah yang amat prihatin terhadap mangsa masing-masing dan memperlekehkan usaha-usaha orang atau organisasi yang lain... Mengapakah perkara-perkara seperti ini berlaku..

Bahagian Utara Bandaraya Alor Setar lumpuh. Sebahagian besar gedong-gedong perniagaan menutup perniagaan mereka, kerana banjir luarbiasa ini telah membanjiri lantai kedai mereka hingga ada yang telah mengalami kerugian kerosakan barang jualan. Memang hobi saya suka meninjau sekitar bandaraya Alor Setar ini dengan berbasikal melihat akan persekitaran kejadian banjir ini yang saya rasa pada kali ini adalah yang paling terok sekali.

Kedua-dua isu inilah yang akan saya kupaskan untuk menjadi renungan kita semua, sama ada apakah yang kita buat semua ini dan apa yang berlaku semua musibah adalah akibat dari perbuatan kita sendiri dan juga apakah kita ikhlas dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa yang menghadapi musibah yang tidak diduga ini.

Nanti.. kita jumpa lagi..saya mahu berbasikal keluar dari rumah untuk mengambil gambar-gambar sekitar banjir yang berlaku.. Sebenarnya saya sendiri adalah mangsa banjir.. tidak dapat keluar dari rumah kerana semua jalan telah ditutup..Harap-harap janganlah air meningkat lagi. Kalau meningkat lagi lebih kurang satu kaki lagi maka habislah saya....kereta sudah tidak boleh keluar dari halaman rumah, perabot2 rumah semuanya letak atas lantai ...mana mau lari...

Saya amat bersimpati bila melihat begitu ramai insan yang terlibat  secara langsung dengan musibah banjir. Sepanjang masa saya berbasikal melihat suasana banjir di sekitar bandaraya ini saya teramat sedih bila melihat penderitaan kehilangan harta benda. Bayangkan kenderaan yang baru dibeli, perabot rumah yang mahal-mahal hasil simpanan sedikit-sedikit tetapi akhirnya musnah dalam sekelip mata tanpa dapat diselamatkan. Bayangkanlah pula yang kehilangan nyawa yang tersayang...tak dapat saya bayangkan...Ada yang rumahnya hanyut dibawa arus hilang entah kemana. Tanaman padi yang hampir membuahkan hasil, musnah begitu sahaja, sia-sia sahaja mengusaha dan menunggu masa untuk dituai sahaja tetapi akhirnya hancur lebur...Saya doakan semoga mereka yang menghadapi musibah ini banyak-banyaklah bersabar, kita terima sahajalah dugaan Tuhan ini dan pada masa yang sama kita bermuhasabah diri dan melihat balik kepada diri kita.

Apakah selama ini kita alpa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kita kepada negara dan kepada Tuhan Yang Esa.. Adakah kita pernah menganiaya orang,  bilakah kali terakhir kita membayar zakat , sembahyangkah kita secukupnya, adakah kita pernah menipu orang, apakah pernah kita menerima rasuah, apakah kita tidak pernah bersyukur akan nikmat yang kita perolehi selama ini , adakah hubungan kita se sama ini sentiasa baik, adakah kita selama ini sentiasa berperasangka buruk terhadap insan lain, adakah selama ini kita suka memfitnah orang dan bermacam-macam perkara negatif yang kita lakukan.  Mungkin pada setengah orang apa yang saya bangkitkan ini tidak ada kaitan langsung dengan musibah yang kita hadapi. Tapi saya tetap berpandangan ianya ada kaitan...sedar atau tidak ianya memang berlaku balik musibah kepada kita cumanya mungkin Tuhan tidak membalasnya pada waktu itu tetapi mungkin pada waktu yang lain yang kadang-kadang kitapun sudah mulai lupa apa perkara yang kita lakukan dulu..Kalau benar ada perkara itu yang kita telah buat, maka baliklah kita ke pangkal jalan dan perbaikilah diri kita. Masih belum terlambat.


Kawasan perumahan ini terjejas teruk, terletak bersebelahan projek pembinaan landasan berkembar keretapi. Kata orang punca utama banjir besar di Bandaraya Alor Setar ini adalah kerana ujudnya landasan ini. Kalau dilihat gambar ini betul juga, tempat lain air sudah mulai surut tetapi kawasan perumahan ini airnya seolah-olah bertakung dan tidak bergerak. Kedalam airnya hampir separas dada.

Tidak dapat dinafikan juga ada insan yang memang tidak buat kerja-kerja macam tu.. mereka memang insan yang bertakwa dan insan yang baik segala-galanya tetapi kenapa Tuhan tetap memberikan musibah yang maha hebat itu. Ingatlah itu semua adalah dugaan dan ujian Tuhan kepada kita. Setiap orang pernah diuji, dan saya sendiri pernah diuji dengan begitu hebat, hampir-hampir hilang pertimbangan dan putus asa...

Kalau kita rasa musibah yang kita hadapi ini terok sangat, cubalah kita beralih sikit meninjau negara jiran kita di Indonesia..Lagi hebat penderitaan yang mereka hadapi...Penangan Gunung Merapi yang meletus lahar panas melebihi 1000 Celcius, boleh meleburkan apa sahaja yang disentuhnya..Ada yang cacat seumur hidup dan kematian yang berlaku memang menyedihkan sekali. Ditambah pula dengan Tsunami yang berterusan berlaku juga mengakibatkan kemusnahan harta sepenuhnya disamping ratusan orang telah meninggal dunia dan cacat. Nak meratap dan merayu kepada siapa. Kerajaannya sendiri sudah tidak mampu lagi untuk memberi bantuan sewajarnya hanya sekadar patut padan sahaja kerana Indonesia negara yang amat besar dan ianya bukan sebuah negara maju. Pandai-pandailah selesai masalah mereka sendiri.

Cumanya saya rasa sedih sedikit bila melihat masyarakat kita terlalu sangat bersenang lenang. Sedikit sahaja kesusahan yang dialami sudah dianggap terlalu serious dan besar sangat. Bila banjir besar berlaku biasalah rutin kebiasaan hidup kita  akan terganggu. Memang akan terganggu punya,walaupun bagi sebuah negara maju.  Masalah mula berlaku bila hari itu kita tidak dapat menonton TV kegemaran kita, penghawa dingin kat rumah tidak lagi berfungsi, peti sejuk tidak lagi sejok dan barang mentah mula membusuk bila dah lama dalam peti yang tidak sejuk, nak basuh baju sudah tidak boleh lagi kerana selalu basuh guna mesin. dan lain-lain lagi. Ini semua gara-gara bekalan elektrik terputus. Bekalan air paip pula tidak dapat dibekalkan ..maka timbul lagi satu masalah besar.. nak mandi dan basuh pakaian sudah tidak boleh lagi, nak buang air besarpun jadi masalah...Jalan pula terputus kerana air banjir dan macam-macam lagilah masalah yang berlaku.  Kita sudah tidak boleh menerima hakikat rutin kehidupan harian kita telah terganggu.

Bila ini semua berlaku ke atas diri kita, kita mula gelabah dan mula salahkah orang itu orang ini, kerajaan itu, kerajaan ini dan macam-macamlah 'complaint' yang dibuat yang menyalahkan orang lain. Kalau kena pindah ke pusat penempatan mangsa banjir lagilah hebat 'komplen' mereka..bagi makan sardin saja, beraspun tidak bermutu, pengurusan banjir yang lemah dan lembab, makanan tidak sedap, lambat sangat beri  bantuan, dan macam-macam lagilah. Saya sendiri pernah beberapa kali terlibat dalam pengurusan bencana alam seperti ini, memang karenah orang yang tidak berpuas hati apa sahaja yang dibuat memang ramai...

Kadang-kadang saya rasa sedih melihat rakan-rakan saya yang menguruskan pusat bencana alam yang sanggup bersengkang mata dan tenaga malahan wang ringgit untuk terlibat menguruskan kebajikan mangsa-mangsa banjir malahan adakalanya mereka sendiri adalah mangsa banjir dan rumah ditenggelami air banjir. Namun demi tugas kepada orang ramai maka terpaksalah beliau berkorban apa sahaja.

Kadang-kadang tu yang 'komplen' tu bukan mangsa sahaja tetapi oleh orang yang berkepentingan diri dan berkepentingan politik, apatah lagi Kedah adalah negeri Pakatan Rakyat . Kalau dah datang untuk membantu mangsa banjir..bantulah sahaja kenapa asyik menyalahkan orang lain seolah-olah orang lain tidak  buat kerja dan tengok sahaja. Kadang-kadang yang datang 'komplen' tidak pergipun ke Bilik Gerakan Banjir Daerah ataur Bilik Gerakan Banjir Negeri untuk dengar taklimat operasi  dan tengok apa yang sedang dan telah dilakukan oleh Bilik Gerakan Bajir Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah.. alih-alih bagi tau kat akhbar atau  TV, kata kerajaan negeri tidak buat apa, atau Pejabat Daerah tidak buat apa. mana mereka tahu  Pegawai Daerah tidak buat kerja.

Hari kedua banjir di Kota Setar saya sendiri berbasikal ke Bilik Gerakan Banjir Daerah di Wisma Negeri untuk meninjau operasi yang dilaksanakan dalam membantu mangsa banjir. Saya dapati operasi berjalan lancar, semua jabatan ada untuk memberi bantuan, sama jabatan persekutuan dan negeri bekerjasama seperti Jab Bomba dan  Penyelamat, JKR, JPS, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis, TNB, MPSPK, MBAS, NGO seperti PBSM, MAGNA dan pelbagai agensi telah sama-sama tampil untuk membantu dengan diselaraskan oleh Pegawai Daerah Kota Setar. Mereka ini profesional dan tahu tanggungjawab mereka bila berlaku bencana, berbanding dengan setengah jabatan yang tidak mahu bekerja sama dengan Jawatankuasa Bencana  Daerah Kota Setar yang di pengerusikan oleh Pegawai Daerah Kota Setar. Mereka ini lebih suka mengikut dan mengekor YB untuk memberi bantuan.  Dimana kata yang Pejabat Daerah/Kerajaan Negeri tidak ambil apa-apa tindakan. Yalah kalau nak bagi setiap mangsa banjir wang ringgit melimpah ruah memanglah tidak mampu untuk dibuat oleh Kerajaan Negeri. Semua orang tahu itu. Kerajaan Persekutuan atau YB BN boleh  atur bantuan seperti kerana mereka mempunyai pelbagai sumber untuk kerja-kerja membantu mangsa  banjir. So kalau sudah ada peruntukan, maka turunlah ke padang dan bantulah dimana perlu, tapi janganlah dok mengata kat orang lain tidak buat kerja.

Saya tertarik seperti komen Awang Selamat dalam ruangan pojoknya di Utusan Malaysia pada 07.11.2010 seperti keratan disebelah.. Kalau beliau seorang pengarang yang kita tahu kadang-kadang komennya memang menikam kalbu juga lebih-lebih lagi kepada Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi dalam hal ini beliau akui akan peranan peenting Pegawai Daerah dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah ini. Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan KCS yang secara kebetulan adalah  Pegawai Daerah.

Saya juga hormat akan pandangan YAB Perdana Menteri sendiri yang mana beliau mengarahkan supaya bantuan sewajarnya diberikan segera kepada semua mangsa banjir tanpa mengira apa-apa fahaman dan pegangan politik. Inilah sepatutnya yang dicakapkan. Yang lain-lain tu saya rasa cara dan pendekatan mereka dalam membantu mangsa banjir tidak begitu berhemah.. Tanpa mendapat penerangan yang jelas akan operasi berserta apa masalah yang dihadapi oleh Jawatankuasa Bencana Daerah tiba-tiba terus membuat komen yang boleh menghilangkan semangat para sukarelawan banjir. Kadang-kadang Menteri-Menteri sendiri terbawa-bawa akan cara mengutuk seperti ini..Ini kerana hanya mendapat maklumat dari sebelah pihak saja yang berkepentingan. Sepatutnya mereka kena profesional. Tidak payahlah mengatakan Kerajaan Persekutuan berkemampuan membantu mangsa banjir.. memangpun mampu tidak dapat dinafikanpun.. semua orang tahu..Duit itupun kena belanja pada rakyat juga. Takkan nak belanja kat negeri Johor, Melaka, N9, Perak, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak saja. Sumber pendapatan Kerajaan Persekutuan datang dari semua negeri.. Kena ingat itu..Kalau nak belanja tu janganlah pula belanja kat kroni, rakan taulan , sahabat karib dan yang senasib dengan mereka sahaja...semua orang berhak akan hasil yang dikutip oleh  kerajaan.

Berita terbaru (07.11.2010) YAB Timbalan Perdana Menteri telah melawat Kedah dan mengumumkan bantuan kepada semua mangsa yang terlibat. Urusan bancian mangsa akan diuruskan melalui UMNO Negeri dan Bahagian UMNO bersama jabatan persekutuan. Taak apalah.. sapapun yang nak pastikan mangsa banjir tidak kisahlah asalkan yang benar mangsa diberi perhatian tanpa kira fahaman parti.. Jangan pula nanti yang bukan kroni dipinggirkan..

Peliknya lawatan beliau adalah ke pusat-pusat penempatan mangsa banjir yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau secara amnya adalah Kerajaan Negeri Kedah....Katanya urusan pengurusan bantuan bencana berjalan lancar...jadi sapa yang bagi lancar..yang mana sebelum ini dikatakan operasi menyelamat dan memberi bantuan oleh Jawatankuasa Bencana Daerah tidak berjalan lancar...Tentunya Pegawai Daerah kita memainkan peranan dalam melancarkan operasi bantuan bencana banjir...kekurangan sedikit sebanyak tu biasalah.. keadaan terdesak, kadang-kadang orang boleh hilang sabar.

Jangan jadikan bantuan banjir ini sebagai wayang poilitik.. nak bagi kena  ada TV  dan orang surat khabar untuk tunjuk kata kita buat kerja...Lepas tu suruh pula temuramah penerima bantuan suruh kutuk pihak yang satu lagi kerana tidak datang bagi bantuan.  Ikhlaskah pemberian bantuan itu. Pemberian bantuan itu bukannya pula datang dari kocek sendiri. Ianya boleh jadi datang dari para korporat yang pernah dibantu sampai berjaya sekarang ini, ataupun dari peruntukan kerajaan.. Inilah yang berlaku sekarang ini....tak caya tengoklah TV dua tiga hari ini....Apa yang sebenarnya mereka hendak Pejabat Daerah/Kerajaan Negeri buat.. nak suruh belanja macam yang mereka buat..tentulah tidak boleh...

Oklah saya mohon permisi dulu bung2 semua...cumanya ingin saya nyatakan disini bahawasanya suasana kesenangan dan kemewahan yang kita semua rasai dan alami hari ini sejak sekian lama, hidup aman makmur rupa-rupanya lama kelamaan kita mula lupa diri  bahawa kehidupan didunia yang fana ini tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Ia menjadikan kita mula rasa yang terlalu amat selesa sangat. Kata orang dalam 'zon selesa'. Jadi bila bencana dan musibah datang sedikit sahaja kita telah menjadi panik amat sangat, cemas tidak tentu hala  dan segala macam perkara tidak puas hati diluahkan.

jumpa lagi...


asriredha teratak kasih alor setar

29 October 2010

2nd ICUDM 2010 : "Towards Sustainable Green Cities"

26.10.2010
PWTC, Kuala Lumpur

Hari ini saya menghadiri satu 'conference' peringkat internasional yang dikendalikan oleh INSPIN dengan kerjasama UTM. Bukan senang untuk menganjurkan persidangan besar seperti ini. Ianya memerlukan komitmen dan kesungguhan pihak penganjur untuk mengelolakan persidangan ini apatah lagi ianya bertaraf internasional. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan AJK yang terlibat terutama sebahagian besarnya pegawai-pegawai KCS yang diketuai oleh YB Dato' Hj Mohd Puat b Mohd Ali, Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan persidangan ini.

Ini membuktikan ada kalangan pegawai KCS yang benar-benar berkemampuan menguruskan sesuatu program peringkat nasional dan internasional. Program tersebut ialah ialah ' International Conference On Urban Development And Management 2010 (ICUDM 2010) yang diadakan selama 2 hari bermula dari 26.10.2010 hingga 27.10.2010 di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Saya hadir sebagai peserta sahaja. Cumanya rakan-rakan KCS yang dijemput hadir agak kurang, walaupun segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Sepatutnya perlu hadir ke persidangan ini dalam usaha menambahkan lagi ilmu dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan dan contoh dimana perlu di jabatan masing-masing disamping memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bersusah payah mengelolakan persidangan ini.

Pelbagai topik dibincangkan yang merangkumi isu-isu dan contoh-contoh terbaik dalam menguruskan pembangunan tanah dan pembangunan fizikal di Malaysia dengan mengambil contoh-contoh dari dalam dan luar negara. Antara topik-topik yang dibincangkan ialah berkenaan isu-isu tanah, pembangunan hartanah, pembangunan luar bandar, pengurusan dan pentadbiran tanah, isu-isu alam sekitar, perancangan pembangunan tanah, perancangan PBT, penilaian tanah, perundangan tanah dan PBT dan lain-lain yang berkaitan. Semua perbincangan dan cadangan adalah kearah 'Towards Sustainable Green City'. Bukan setakat pembangunan tanah sahaja dibincangkan tetapi pelbagai topik yang melibatkan apa-apa pembangunan perlu mengambil kira akan alam sekitar dan mesra alam.

Mengapakah isu-isu seperti ini amat diberi perhatian oleh ramai orang. Manusia sekarang ini semakin terdesak. Pembangunan berlaku dengan begitu pesat. Manusia semakin rakus dengan pelbagai aktiviti hingga mengabaikan pembangunan yang mapan...mengabaikan alam sekitar, mengabaikan kesejahteraan alam..Jenayah terlalu banyak sekarang ini. Sudah ada tanda-tanda mala petaka buruk yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Bumi sudah tidak lagi tenteram seperti dulu. Ais semakin cair dikhutub utara dan selatan, banjir tiba-tiba sahaja berlaku, gempa bumi berlaku dengan kerap sekali, ribut dan taufan kerap sangat melanda, tsunami menjadi ancaman bagi kawasan tanah rendah, hidupan laut semakin berkurangan, tanaman kurang menjadi, kebuluran merata tempat, sungai tidak lagi jernih seperti dulu, penyakit yang bermacam-macam semakin timbul dan segala macam perkara yang menakutkan berlaku sekarang ini. Semua ini memerlukan perhatian yang bersungguh-sungguh dari semua pihak untuk mengambil peranan masing untuk memastikan bumi yang kita duduki ini tidak meradang lagi. Allah S.W.T telah menjadikan bumi ini dalam keadaan yang baik.. Kehancuran dan kemusnahan bumi yang berlaku dan akan berlaku adalah disebabkan oleh manusia itu sendiri.

Saya terasa untuk memberi sedikit pandangan bila mengikuti sessi terakhir persidangan ini dimana diadakan pula 'Technical Session' dimana panel yang berwibawa dijemput untuk membincangkan tajuk " A Review Of National Land Code 1965 - Agenda For Reform". Pengerusi Sessi Teknikal ini ialah Dato' Hjh Che Barni Hj Mohd Noor...Rasanya hebat-hebat juga KCS ini dalam mengulas dan menganalis hal-hal teknikal seperti ini dipersada nasional dan international....

Saya berpandangan sudah sampai masanya mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran tanah diberi nafas baru dan diiktiraf sebagai satu profesion yang tersendiri. Malahan boleh dianggap profesional. Ini adalah kerana dalam pentadbiran dan pengurusan tanah ianya merangkumi pelbagai disiplin ilmu yang perlu diketahui. Dalam pentadbiran tanah ada hal berkaitan undang-undang. Berpuluh-puluh akta, undang-undang , pekeliling , garis panduan dan keputusan exco ada dalam menguruskan tanah yang perlu difahami sepenuhnya. Kesilapan memahami dan mentafsirkankan setiap undang-undang tanah boleh memberi kesan negatif kepada negeri. Dalam menguruskan tanah juga ada unsur-unsur penilaian tanah, perancangan bandar dan desa, pengukuran tanah, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan penguatkuasaan.

Semua ini memerlukan pegawai-pegawai yang benar-benar tahu dan mahir dalam menguruskan hal-hal tanah. Kalau sekadar ditempat setahun dua dalam jawatan sebagai pentadbir atau penolong pentadbir tanah belum tentu kita mendapat ilmu sepenuhnya dalam menguruskannya. Adalah bertepatan sekali pihak UTM telah menyediakan ruang yang cukup untuk melatih graduannya dalam bidang pentadbiran tanah. Seperti mana yang dipraktikkan di Malaysia pentadbiran tanah biasanya mempunyai 4 fungsi utama iaitu pemilikan tanah, penilaian tanah, penggunaan tanah dan pembangunan tanah. Keempat-empat fungsi ini memerlukan pelbagai kemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu seperti yang saya sebutkan tadi iaitu perancangan bandar dan desa, penilaian hartanah, pengukuran tanah, teknologi maklumat, perakaunan kewangan, perundangan dan pengurusan sumber manusia.

Seorang yang memegang jawatan Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah seharusnya ada semua disiplin ilmu tersebut sekurang-kurangnya secara asasnya dan mereka perlu profesional dalam tugas mereka. Lagi lama mereka bertugas dalam jawatan-jawatan sedemikian, lagi tinggi kemahiran dan pengalaman mereka dalam menguruskan tanah. Para ahli panel berpendapat bahawa sudah sampai waktunya jawatan-jawatan seperti ini diberi nafas baru. Pengurusan tanah pada masa kini dan akan datang semakin bertambah kompleks ditambah dengan penggunaan teknologi maklumat terkini. Mungkin pegawai-pegawai tadbir yang ada sekarang ini dikekalkan dalam pentadbiran tanah sepanjang kerjaya mereka.. Tidak ada masalah dari segi peluang kerjaya kerana dalam pentadbiran tanah juga terdapat peluang-peluang kenaikan pangkat yang luas, cumanya mereka perlu duduk didalam pentadbiran tanah secara berterusan. Dengan cara ini barulah pegawai tersebut mahir sepenuhnya dalam pelbagai kompleksiti pentadbiran tanah yang semakin mencabar.

Saya akui sendiri sebenarnya pada masa ini tidak ada sesiapa yang benar-benar mahir dalam setiap aspek pentadbiran tanah kerana pegawai-pegawai yang ada silih berganti dengan jawatan yang kadang-kadang tidak berkenaan dengan tanah langsung. Ilmu yang diperolehi sepanjang dua atau tiga tahun dalam pentadbiran tanah tidakdapat dimanafaat dan dikembangkan sepenuhnya bila bertukar dan pegawai itu kembali ketinggalan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pentadbiran tanah.

Saya sendiri 25 tahun yang lalu pernah bertugas di pejabat tanah selama 6 tahun, tapi bila masuk balik dalam pentadbiran tanah bermula tahun 2009, sudah ketinggalan banyak perkara, dan terpaksa belajar balik dari awal. Hendak merujuk kepada siapa sayapun tidak tahu, kerana semuanya lebih kurang sama sahaja ilmua. Tidak ada yang betul-betul pakar dan mahir dalam pentadbiran tanah.

Satu perkara lagi yang dibahaskan ialah berkenaan dengan Kanun Tanah Negara. Adakah ianya masih releven dengan perubahan-perubahan yang berlaku sekarang ini... Banyak perubahan perlu dibuat terhadap KTN. Tidak dinafikan memang ada pindaan-pindaan telah dibuat terhadap KTN tapi ianya perlu lebih menyeluruh agar ianya lebih praktikal.. Itu pandangan ahli akademik. Apa pandangan ahli politik pula....ini tentunya menimbulkan sedikit polemik tentang keperluan pindaan KTN dalam bab-bab yang tertentu... Soalnya saya rasa pihak KPTG perlu input dan cadangan dari pelbagai sumber dalam merangka bidang-bidang dan bahagian-bahagian yang perlu dibuat pindaan. Kalau setakat bercakap sahaja tanpa tampil memberi cadangan dan maklum balas secara lebih terperinci tidak ada maknanya....

Ok..rasanya itu sahaja komen saya, cakap banyak-banyak nanti melelong kelain tempat pula...saya ni bukannya orang akademik.. tidak ada ilmu yang tinggi apatah lagi ijazah sarjana sepertimana kawan-kawan yang lain yang ada 'masters' dalam bidang pengurusan tanah.....mengaji setakat cukup makan aje...

asriredha teratak kasih alor setar

09 October 2010

DILEMA PENGUATKUASA DALAM MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG

Monday, September 27, 2010

Hari ini Pejabat Tanah, Majlis Daerah Sik dan JKR serta lain2 jabatan sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan meroboh binaan diatas rizab jalan Jeniang Sik.....Anak-anak buah saya sedang bertungkus lumus melaksanakan operasi ini bersama jabatan-jabatan lain untuk memastikan segala proses dan tindakan adalah mengikut undang-undang. Bukan senang untuk melaksanakan operasi-operasi seperti ini.

Kalau tanya hati kecil saya sendiri....tentunya sayapun tidak suka nak pergi runtuh rumah atau bangunan tempat orang berlindung dan jadi tempat cari nafkah pula...sapa yang mahu... tentunya kalau boleh cuba nak elakkan... Inilah dilema-dilema pegawai-pegawai yang berada dijabatan-jabatan yang ada sedikit sebanyak peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan.. Macam saya ini terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang tanah... banyak peruntukan dalam KTN yang memberi kuasa kepada PTD untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan.....hanya mahu atau tidak sahaja untuk melaksanakannya.

Saya boleh menjangkakan kata-kata kecaman dan maki hamun terhadap pegawai penguatkuasa seperti ini akan timbul seperti pegawai bertindak zalim, pilih kasih, berat sebelah, terima rasuah, anti melayu, anti cina, nak cari makan susah, orang lain fasal apa tak ambil, orang dulu tidak ambil pun awat la kalut sangat, notis tidak pernah bagipun, tidak ada hati perut dan macam-macam lagilah...Pengalaman duduk di Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran telah menyebabkan saya telah lali dengan kata-kata kecaman dan sindiran seperti ini....tapi kita nak buat macam mana. Di satu pihak mahu dilaksanakan tindakan undang-undang , manakala disatu pihak lagi supaya diberi kelonggaran dan jangan diambil tindakan undang-undang. Buat salah tak buat salah... yang mana satu nak pakai ni..yang nak jawab saya juga......campur tangan nak membantu yang terlibat memang banyaklah.. semuanya nak tunjuk juara sebagai pembela bangsa dan rakyat..sedangkan pada hakikatnya.. salah tetap salah.... Kadang-kadang kalau terlalu diperbesarkan oleh media yang prihatin dan tidak mendapat maklumat yang tepat, jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan pula yang dituduh tidak betul.... jadi dimana nak letak muka kita yang berkerutu ni....

Nak membatalkan sesuatu operasi bukan mudah. Banyak masa dan tenaga serta kos dihabiskan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan. Banyak jabatan terlibat. Sebab itu sebelum tindakan penguatkuasaan diambil..masa secukupnya diberi kepada yang terlibat. Notis berulangkali dikeluarkan untuk mengambil tindakan segera. Sampailah lama sangat dan sampailah orang kata dan report kata Pejabat Tanah gagal menjalankan tugas.. itupun masih bersabar lagi......tekanan-tekanan yang jabatan terima sememangnya kebanyakan orang tidak tahu....so akhirnya kita laksanakan juga....ikut keperluan dan kepentingan. Untuk makluman pembaca... semasa buat operasi ini sebuah jentera 'back hoe' yang digunakan telah terbalik menunjukkan betapa terok dan tinggi risikonya melaksanakan operasi-operasi seperti ini. Nasib baiklah tidak melibatkan apa-apa kecederaan dan kematian petugas.

Selepas ini saya dan pegawai-pegawai saya pasti akan dituduh macam-macam lagilah....memang saya sudah bersedia untuk menghadapi semua ini...tidak apa ...sabar-sabar sahajalah...kita kena buat tidak kisah sahaja sudahlah.. jangan duduk ambil kisah sangat....dan jangan dok berkelahi dengan mereka..cakap dan bincang elok-elok. Jabatan hanya menjalankan tugas yang diarah..itu sahaja...Itu yang saya selalu peringatkan kepada anak-anak buah saya.

Selepas ini akan ada lagi operasi penguatkuasaan yang akan dibuat dan mungkin lebih hebat lagi....kita beri notis secukupnya supaya semua yang terlibat termaklum dan diberi masa secukupnya untuk memindahkan dan meroboh apa yang patut. Selepas itu kalau dah lama sangat dah tidak ada apa-apa tindakan dari notis
yang diberi barulah kita jalankan tanggungjawab kita...Sebenarnya tidak ada yang teraniaya dalam operasi seperti ini kerana mereka diberi pilihan dan pampasan secukupnya. Cuma bila orang ingat kerajaan, maka itu yang membuatkan mereka tidak kisah, lebih-lebih lagi ada orang-orang yang membela dibelakang mereka.

Bukan setakat membuang binaan sahaja tetapi juga penguatkuasaan operasi pemindahan bahan batuan secara haram, penerokaan tanah kerajaan secara haram dan sebagaimya adalah tindakan-tindakan berterusan yang diambil dari masa ke semasa untuk memastikan hasil mahsul kerajaan negeri tidak bocor dan meningkatkan hasil pendapatan kepada kerajaan negeri.

Sampai satu peringkat hingga semua orang tidak suka, maka tukarlah hamba yang kerdil ini dari daerah yang begitu aman tenteram ini. Tempat lain rasanya mungkin lebih hebat lagi cabarannya... hadapilah semua ini sementara belum pencen.

Benar bagai diduga..di Berita Utama TV jam 8.00 mlm besoknyai...diberita dan diulas panjang lebar berkenaan operasi meroboh buang binaan-binaan tersebut. Seperti biasa jika operasi ini dipolitikkan maka ia akan menjadi lebih menarik lagi. Maka timbullah cakapan rasa tidak puas hati yang terlibat dan perkataan kezaliman pasti terucap. Satu Malaya sudah tahu operasi ini... maka yang akhirnya dituduh salah ialah jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan itu pula...sekiranya tidak diketahui akan maklumat yang jelas. Jadi anggapan yang tidak benar itu lama-lama akan nampak jadi benar pula...Kerajaan Negeri pula telah dituduh zalim... sedangkan sebenarnya negara dan negeri kita ada undang-undang dan peraturan. Kalau undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pemerentah tidak patuhi susahlah.. setiap orang nak buat undang-undang sendiri.. huru hara jadinya negara kita... Itupun sebenarnya tidak semuanya undang-undang dikuatkuasakan sepenuhnya. Terlalu banyak kelonggaran yang diberi semata-mata untuk memuaskan setengah-setengah pihak yang agak liat untuk mengikut sepenuhnya undang-undang yang dicipta.

asriredha, teratak kasih, alor setar

06 October 2010

YahOO ,,,,Anugerah Kualiti Dan Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Hotel Holiday Villa

Alor Setar
02 Oktober 2010

Yahoo tu ialah perkataan popular bagi peminat internet...Yahoo ialah enjin carian internet yang begitu popular...Apa yang saya maksudkan Yahoo.. ialah tanda kegembiraan..jadi kalau sapa-sapa suka dia suka kata 'yahoooo' tak tahu fasal apa keluar perkataan itu...

Oklah dipendekkan cerita ...Malam ini saya hadiri Majlis Makan Malam Anugerah Kualiti dan Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah...Tidak dijangka langsung..secara tiba-tiba Pejabat Tanah Sik di anugerahkan Kualiti SUK Tahun 2010 bagi kategori Pejabat Tanah dan Daerah. Sayapun tidak tahu atas kriteria apa pemilihan ini dibuat. Kerana pada saya belum sampai tahap yang sepatutnya lagi untuk mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan atau anugerah yang diadakan.

Bukan tidak boleh ...kita boleh kalau mau..pokoknya kena usaha lebih sikit lagi..untuk jabatan mencapai kecemerlangan bukan boleh dibuat sorang-sorang ..Kena berkumpulan, bersatu hati, bercita-cita tinggi, semua kakitangan kena main peranan yang sebenarnya. Tengok ni..nampak ceriapun bergambar pakai baju raya pula tu....

PTG ada bertanya untuk mencalunkan PTS masuk anugerah kualiti sebelum ini. Sayapun tidak tanyalah anugerah kualiti apa, tapi saya bagitau kat CC supaya tidak payahlah kita masuk.. rasanya tidak sampai tahap yang benar-benar memuaskan hati saya. Terlalu banyak sangat kekurangan disana sini. Mungkin selepas berjaya melaksanakan Sistem 5S kat opis nanti baru saya bersungguh-sungguh nak suruh anak buah atur masuk apa-apa sahaja anugerah-anugerah kualiti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun diucapkan terima kasih kepada Dato' PTG yang tetap mencalunkan Pejabat Tanah Sik untuk anugerah tersebut walaupun tuan yang empunya diri belum lagi yakin. Sekurang-kurangnya dengan anugerah ini ianya akan memberi semangat yang lebih hebat lagi kepada semua kakitangan PTS yang saya nampak dan rasa sudah ada perubahan-perubahan yang begitu positif untuk menjadikan Pejabat Tanah Sik lebih cemerlang. Anugerah ini adalah untuk semua kakitangan yang bertungkus lumus bekerja untuk rakyat dan bertanggungjawab kepada kerajaan negeri.

Sebenarnya ini bukan kali pertama jabatan yang saya duduk bekerja mendapat anugerah cemerlang. Ketika saya bertugas di Pejabat Daerah Kubang Pasu sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kubang Pasu, saya terlibat secara langsung dalam pengurusan projek kecil luar bandar. Hasilnya dari sistem dan cara pengurusan yang saya amal dan laksanakan disitu maka Pejabat Daerah Kubang Pasu telah dianugerahkan Anugerah Pengurusan Projek Kecil Luar Bandar Terbaik Seluruh Malaysia Kategori Pejabat Daerah yang dianugerahkan oleh MAMPU. Bukan senang untuk mendapat anugerah ini, walaupun bukan wang tunai menjadi hadiahnya tetapi pengiktirafan ini merupakan satu kejayaan cukup besar kepada jabatan dan kerajaan negeri Kedah sepatutnya. Malangnya hanya itu sahaja yang diterima tanpa ada apa-apa kata-kata sokongan dan tahniah dari pihak kerajaan negeri sendiri. Yang paling sedihnya ialah pengurusan projek yang terbaik yang diiktiraf oleh MAMPU sendiri tidak dipakai lagi selepas itu malah dironyeh habis oleh boss yang mengambil alih tugas selepas itu semata-mata untuk menyesuaikan dengan kepentingan peribadi. Sistem yang diatur sebelum ini memang telus, mudah, cepat dan senang dibuat pemantauan...tapi langsung tidak diambil kira.. maka akhirnya balik asal juga....jadi tidak ada maknanya juga anugerah tersebut.

Di Pejabat Tanah Sik ini peranan saya sebagai ketua jabatan hanya kecil sahaja. Sekadar memimpin dan mengurus . Selepas ini mungkin saya akan bertukar ke jabatan lain pula. Namun usaha-usaha kearah penambaikan dan kecemerlangan perlu diteruskan oleh kakitangan yang ada. Itulah harapan saya. Biarlah apa yang kita buat itu atas keikhlasan dan kesedaran sendiri tanpa disuruh dan dipaksa. Jadi kalau siapa yang datang mentadbir, kerja tetap berjalan dengan pantas dan lancar malahan lebih hebat lagi...

Ingatlah...bukan anugerah yang kita buru tetapi yang penting ialah perkhidmatan kita kepada rakyat dan tanggungjawab kita yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan... Kita dibayar upah untuk bekerja. Anugerah itu biarlah orang lain yang menilai kita....Bila sudah mendapat anugerah.. satu cabaran pula kepada jabatan kerana orang akan melihat apa yang hebat sangat Pejabat Tanah Sik tu.. ini yang merisaukan juga...takut harapan orang kepada PTS terlalu tinggi..Itu sebab saya tidak berminat untuk masuk pencalunan apa-apa anugerah..Tidak apa yang dapat dibanggakan dan ditonjolkan sangat .Tapi pihak luar nampak apa yang kita buat..

Yang menariknya anugerah ini ialah kerajaan negeri menghadiahkan sejumlah RM20,000.00 untuk jabatan melaksanakan apa-apa projek yang sesuai untuk kakitangan. Satu jumlah yang saya kira sangat lumayan sekali. Itu yang saya jerit YahOO tu.. tak taulah anak buah nak jerit YahOO tak? Saya tidak pasti lagi apa yang boleh dibuat dengan peruntukan sebanyak itu. Kalau bebas guna apa sahaja, maka perkara ini biarlah anak-anak buah memikirkannya sendiri apa yang patut dibuat..mana yang baik dan memberi keadilan kepada semua kakitangan....saya rasa mereka yang berhak menerimanya...

Tahniah kepada semua kakitangan di atas usaha anda semua... tingkatkanlah lagi usaha-usaha anda semua supaya lebih lagi cemerlang..pada masa akan datang. Mana-mana unit yang terasa kurang sumbangan maka usahakan supaya tingkatkan sumbangan seperti cepatkan proses, buat segera, ada sistem dan seni krreatif dan inovasi dalam kerja harian. Saya rasa setiap kakitangan tau sejauh mana sumbangan masing-masing dalam kecemerlangan sesebuah jabatan. Saya perlu semua unit bertindak segera. Kita kena bermula dari sekarang....jangan leka dan, jangan lalai dan jangan main-main nanti jabatan lain akan potong ...


asriredha teratak kasih alor setar
There was an error in this gadget