22 March 2011

bakat pdl4 Videos - Pakistan Tube - Watch Free Videos Online

Vietnam ....menggamit pelancong.

22 Mac 2011
Tan Son Nhat International Air Port ,
Vietnam
Catatan: Mohd Asri Redha

Saya dihdpn bngunan War Remnants
Museum..Diluarnya dipenuhi dgn
meriam, kereta kebal, jet pejuang &
helikopter yg ditinggalkan oleh te
ntera Amerika Syarikat yg tidak sem-
pat dimusnahkan.
Salam sejahtera ..ketemu lagi dalam blog saya. Lama tidak menulis.. Hari ini ada masa terluang bolehlah pagut huruf-huruf kat keyboard ini menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami oleh kalian.  Saya sebenarnya sedang  menunggu kapalterbang di airport ini untuk berangkat pulang ke KLIA Malaysia. Air port ini hanya 7 km sahaja dari kotaraya Ho Chin Minh yang dulunya dikenali sebagai Saigon. Sambil pekena kopi robusta yang enak rasanya di kafe airport rasa segar sikit badan dan minda..bolehlah menulis disini kerana ada wifi percuma kat airport ni...Oh ya Vietnam adalah pengeluar kopi kedua terbesar di dunia selepas  negara Brazil. Jadi kalau mai ke Vietnam mesti rasa kopi mereka yang bermacam-macam rasa dan bawa balik kopi sebagai bahan buah tangan.

Sebenarnya  saya bersama rombongan lawatan sambil belajar Majlis Daerah Sik ke Vietnam selama  4 hari bermula dari 18 hingga 21 Mac 2011. Terima kasih kepada Majlis Daerah Sik erana masih menjemput saya mengikuti rombongan ini walaupun sudah tidak berkhidmat lagi sebagai Ahli Majlis Daerah Sik.memang dah lama dok mengidam sangat nak pi lawat Vietnam yang terkenal dengan Peperangan Amerika yang mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harga benda. Amerika Syarikat yang begitu canggih dengan segala kelengkapan tentera akhirnya kecundang dengan perjuangan semangat rakyat Vietnam. ini.

Setiap hari di kota raya ini beginilah
motosikal dimana-mana. Anehnya 
tak pula mereka berlaga sesama 
mereka 
 Vietnam sekarang sudah amat jauh berbeda. Pakar ekonomi meramalkan Vietnam akan menjadi kuasa ekonomi yang disegani di Asia ini. Dengan penduduknya melebihi lebih 50 juta orang dan di bandar Ho Chi Minh sahaja lebih 8 juta penduduk, memang tidak dapat dinafikan ramalan tersebut menjadi kenyataan.

Banyak tempat menarik telah dibawa melawat. Antara tempat yang menjadi tarikan  kepada  pelancung ialah melawat Chu Chi Tunnel. Rangkaian terowong bawah tanah yang dibina awal tahun 1940 an telah ditambah panjangkan lagi oleh Gerila Viet Cong sepanjang Perang Amerika-Vietnam. Jarak perjalanannya lebih kurang 70 km dari Kota Saigon. Terowong yang dibina dengan sebegitu rupa adalah merupakan kebanggaan rakyat Vietnam menentang penjajah Amerika. Di dalam terowong ini telah disediakan segala kemudahan untuk 'survival' masa perang dan juga melancarkan serangan hendap terhadap musuh. Terowong ini memang unik dan begitu panjang hingga berpuluh-puluh km bersimpang sior dibawah tanah. Saya  cuba masuk tapi sekerat sahaja terpaksa undur balik..naik seram pula takut tidak boleh keluar. Anehnya ada setengah-setengah tempat terowong itu hanya muat untuk seorang yang berat badannya hanya 40 kg sahaja. Tentera Amerika kecundang untuk menembusi kawasan ini dan banyak tenteranya terkorban di daerah Cu Chi ini.

Berat mata memandang berat lagi
bahu memikul.....
Untuk hidup dikota raya yang padat
dengan penduduk ini mereka sangg-
up berbuat apa sahaja hatta sisa ma-
kananpun boleh dibuat duit
 Tidak sah rasanya kalau datang ke Vietnam tidak tengok kesan-kesan peninggalan Peperangan Amerika Vietnam. Tempat paling sesuai ialah melawat 'War Remnants Museum' Di sini segalanya ditunjukkan dengan jelas akan perjuangan rakyat Vietnam menentang Amerika. Bagaimana kesan-kesan peperangan yang menyebabkan banyak rakyat Vietnam merana sepanjang hidup akibat penggunaan senjata-senjata kimia yang digunakan oleh Amerika akibat kegagalan mereka menentang tentera Vietcong secara adil.

Menyusuri sungai  dan singgah di
sebuah pulau ditengah-tengah
Sungai Mekong. Disinilah aktivia
secara pakej diadakan
 Kami juga dibawa menyusuri Sungai Mekong yang dulunya hanya dipelajari dlm subjek Geographi..Hari ini menjadi kenyataan. Sungai ini yang terpanjang di Vietnam dan luas sekali. Ianya banyak mempengaruhi kehidupan sosial dan ekonomi penduduk Vietnam sejak sekian lama. Sehingga kini ia masih menjadi jalan pengangkutan utama. Tidak banyak tempat menarik disepanjang sungai ini. Kami dibawa menyusuri sungai ini dengan bot panjang dan singgah di pulau-pulau yang ada. Di sebuah pulau aktiviti diatur berjalan kaki ke tempat industri kecil dan kraftangan mereka , masuk ke perkampungan mereka menaiki kereta kuda padi, menikmati buahan tempatan seperti di Malaysia juga, mendengar lagu dan alat muzik klasik mereka serta menyusuri sungai nipah dengan menaiki sampan. Suasananya sama seperti di Malaysia cuma menariknya ialah semua aktiviti ini dijadikan dalam satu pakej pelancungan yang disusun sebegitu rupa dan sentiasa menerima kedatangan pelancung berterusan dari seluruh negara. Ini boleh dijadikan contoh yang menarik untuk diikuti.

Saya dapat merasakan sebahagian ahli rombongan yang datang ke sini ialah untuk membeli belah. Dengan nilai RM yang lebih tinggi dan barangannya yang jauh lebih murah menjadi tarikan utama dan kegilaan pelancung yang datang ke Vietnam. Jadi tidak hairanlah kalau ada setengah pelancung datang kembali melawat Vietnam ini. Hari pertama lawatan sudah dibawa melawat pasar malam sekitar hotel penginapan. Hotel disini 3 atau 4 bintang.. kira ok juga. cuma breakfast agak masalah kerana ia bercampur dengan makanan tidak halal. Kena berhati-hati memilih makanan yang sesuai. Untuk mendapatkan makanan yang halal disini tidak ada masalah kerana banyak restoran-restoran yang menyediakan makanan halal yang diiktiraf badan yang berkuasa di sini. Difahamkan disini terdapat lebih 15 masjid. Ini menunjukkan ramai juga rakyatnya yang beragama di negara komunis. Sebahagian besarnya penduduknya tidak ada agama..

Penulis bergambar dengan tentera
Vietcong di  kubu Cu Chi Tunnel
Tempat yang menjadi tumpuan rombongan ialah di Ben Than Market. Di sini...macam-macam ada dari barangan kraftangan, kain baju, malahan kain telekong dan segala macam barangan ada dijual disini. Peniaganya pula ada yang boleh berbahasa Melayu dan boleh terima RM  dan USD selain Dong Vietnam..mesra pula tu.  Harganya gila-gila..murah sungguh kalau dibandingkan dengan di Malaysia.Kena pandai tawar sungguh-sungguh. Kebanyakan ahli rombongan akan pergi balik ke market ini keesokannya kerana tidak puas berbelanja di situ. Tidak hairanlah datang sebuah beg balik jadi dua atau tiga beg.

Sepanjang  4 hari berada di sini saya lihat banyak keunikan di sini yang sukar dilihat di negara kita. Kereta persendirian  amat kurang di kota raya. Motosikal menjadi pengangkutan utama. berjuta motosikal berkeliaran di jalan dan lorong kota raya ini. Mungkin harga kereta terlalu mahal dan tidak banyak orangkaya di sini atau mungkin kerajaannya mengenakan sekatan memandangkan negara ini negara komunis dimana semua sama rata dan tidak ada yang terlalu kaya..dimana-mana sahaja ada motosikal dan perkhidmatan parking motosikal berbayar sudah menjadi kebiasaan. Kalau ada keretapun susah juga kerana kemudahan parking motokar tidak banyak dan jalan dan lorong-lorong kecil sahaja. Oleh itu tidak ada 'traffin jam' di kota raya ini walaupun penduduknya lebih 8 juta orang. Sepanjang berada di kota raya sekalipun tidak terjumpa kemalangan motosikal.. Ini yang uniknya berbanding di Malaysia, kemalangan motosikal lebih tinggi.

Kebanyakan rumah kediaman dan ruang niaga rakyatnya adalah kecil sahaja. Kebanyakan lebar rumah antara 15 kaki ke 20 kaki sahaja. memang kecil sungguh. Mungkin ini polisi kerajaannya yang berkehendakkan semua rakyatnya mempunyai rumah..  Jarang terjumpa rumah-rumah yang mewah-mewah. Dalam perjalanan ke Cu Chi Tunnel melalui perkampongan orang2 Vietnam saya melihat satu keanehan juga iaitu kubur mereka atas tanah masing-masing...Kubur itu letak ditengah-tengah bendang mereka tiap keluarga ada kubur sendiri.. Jadi senanglah kalau gitu....tak payah dok gaduh nak sedia tapak kubur lagi...  tapi rasanya budaya dan agama kita tidak sesuai langsung.. banyak masalah dan implikasinya nanti,

Oklah kedengarannya penumpang untuk ke KLIA telah dipanggil masuk ke kapal terbang...Jadi terpaksalah
saya stop kat sini dulu...tengoklah nanti kalau dapat apa-apa maklumat baru saya akan tambah lagi.. Gambar yang saya masuk kat sini menggambarkan segala-galanya..

'Heng Gap Lai'
Selamat Berjumpa lagi.

Teratak Kasih
Alor Setar
                  

12 March 2011

PenuliSan SuraT RasMi

Berminat untuk tau pengalaman saya dalam penulisan surat-surat rasmi...mungkin berguna utk kerja seharian..... klik di bawah ini

http://semangatjatiptkm.blogspot.com/2011/03/semangat-jati-ptkm-penulisan-surat_11.html

selamat membaca..


asriredha
teratak kasih alor setar
11 Mac 2011
There was an error in this gadget