30 December 2011

Mauritius - Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Catatan:Mohd Asri Redha
Tempat:Port Louis, Mauritius
Lawatan saya ke luar negara sebenarnya tidaklah banyak terutama pada awal-awal perkhidmatan saya dengan kerajaan negeri Kedah.. Namun begitu saya ada mencoretkan sedikit pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan iaitu lawatan saya ke Negara Mauritius yang terletak di Indian Oceon, Selatan Benua Afrika dan Timor Kepulauan Madagascar.… Kalau  perjalanan udara dari Singapura mengambil masa melebihi  7 jam..
Saya nak cerita pengalaman ini bukan kerana apa, cuma nak cerita pengalaman kali pertama ke luar negara seorang diri tanpa melalui ‘travel agency’  … apatah lagi melawat kepulauan yang tidak ada kedutaan kita di sana… Penerbangan MAS pun tidak ada disana. Sebelum ni kalau keluar negara hanya ikut rombongan ramai-ramai. Semuanya 'travel agency' yang ator baik dari urusan visa, pasport, tempahan kapalterbang, tempahan hotel, lawatan , pengangkutan, makan dan segala macam urusan... bila kena buat sendiri  semua tu baru tau langit tinggi rendah..
Kereta Proton Saga dihotel tempat saya menginap:
Hotel Le Saint Georges 
Memang tidak selesa langsung bila melawat luar negara keseorangan .. tapi hati memberanikan diri juga mengikuti  Kongres IULA ke 38 di Port Louis, Republic Of Mauritius  pada tahun 1997. Kongress ini  berkaitan pengurusan dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan bertaraf antarabangsa di Bandar Pelabuhan Port Louis, iaitu ibu negara Mauritius.  Kongres ini banyak fokus kepada isu-isu alam sekitar.  Dengan segala kekurangan dan kelemahan berbahasa yang ada maka berserah sajalah kepada Allah SwT apa akan berlaku nanti disana…
Bermula dengan menaiki kapalterbang Singapore International Airlines (SIA) di Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang dan transit 8 jam di Cangi Airport Singapore dan menaiki kapalterbang SIA terus ke Republic Of Maritius…  Dekat Air Port Cangi sahaja sudah terasa kekok.. maklumlah tidak pernahpun singgah kat ‘airport’  ini….  Bagi saya punyalah besar dan panjang bangunan’ airport’ ini…. ‘perak’ sungguh saya ni rupanya…
Berkesempatan melawat University
of Mauritius bersama kawan saya 
dari Ghana ini.....
Akhirnya sampai juga ke S.Seewoosagur Ram. International  Airport , Mauritius.. Kecil sahaja airport tersebut mungkin lebih kurang sama dengan Air Port Padang Mat Sirat Langkawi.. Mauritius adalah sebuah kepulauan yang berkeluasan hanya 2000 km persegi  dengan penduduk lebih kurang 1.3 juta  sahaja.  Keliling pantainya  177 km. Kebanyakan penduduknya berbahasa Perancis dan English serta ‘Creole’ (bahasa tempatan mereka).. Penduduknya pelbagai bangsa dan ugama   tapi kebanyakan mereka mirip seperti orang India atau kacukan India.   Mungkin dulu waktu Inggeris dan Perancis datang menjajah pulau  ini mereka bawa sama orang India datang bekerja di ladang tebu yang luas dipulau ini. Dengan kedudukannya itu maka tidak hairanlah negara tersebut menjadi tumpuan pelancong yang ingin menikmati keindahan pantai dan pulaunya yang indah… …
Memang  saya tidak kenal sesiapa kat pulau ini. Yang ada kat tangan saya hanyalah  alamat hotel penginapan yang telah ditempah melalui email iaitu Les Saint Georges Hotel ….  Sampai pula pukul 2 pagi waktu tempatan…. Punyalah gelabah sebab waktu tu tidak ada sesiapa wakil urusetia ‘Congress IULA’  yang menunggu peserta pada waktu itu sebab saya sampai terawal sikit.. Maklumlah nak dapat kapalterbang ke sana bukan mudah. Dapat flight SIA pun yang transit sebentar ke situ dan terus terbang ke London.  Kalau terlepas satu penerbangan kena tunggu 3 hari pula baru dapat penerbangan ke pulau tersebut.  Nasib baiklah nampak sebuah teksi sebijik macam Proton Saga.. ya memang Proton Saga.. Terus tunjuk alamat hotel tersebut kpada pemandunya dan dibawa ke hotel tersebut….harap-harap nama saya ada kat hotel tersebut.. Lega rasanya .. nama saya ada. Boleh dikatakan hotel ini penuh dengan orang kulit gelap.. kerana banyak peserta dari  benua Afrika menempah hotel ini... mungkin agak murah tapi murah-murahpun RM350.00 nilai wang Malaysia satu malam.. Rupanya kereta nasional kitapun  sudah dieksport ke negara tersebut… dan hari-hari tersebut berkongreslah saya selama 7 hari disana dengan berulang alik dari hotel ke dewan congress berdekatan Istana Presiden Mauritius.  Seterusnya saya terpaksa tambah 3 hari lagi berada dipulau tersebut untuk tunggu jadual penerbangan SIA yang datang dari London untuk ke Singapura. Singgah transit di air port Mauritius untuk ambil penumpang seperti saya ini. Punyalah ‘ boring’ tak tau nak habaq… Satu pulau sudah habis pusing… tak banyak tempat bersejarah dan unik  untuk dilawati.. Mauritius hanya mempromosikan keindahan pantai-pantai dan pulau-pulaunya untuk tarikan pelancong.  Pusat membelibelahnya tidaklah besar sangat… maklumlah bilangan penduduknya hanya lebih kurang penduduk Kedah saja. Oh ya.. maklumat yang baru saya dapat Timbalan Perdana Menterinya adalah seorang yang beragama Islam iaitu Dr Ahmed Rashid Beebeejaun. dan beberapa orang menterinya ada juga yang berugama Islam..
....Bersantai dan minum petang bersama rakan peserta di 
pantai yang nyaman dan indah .... semuanya kulit gelap.. 
Kira saya ni cerah sikit daripada mereka... 
Itulah pengalaman pertama saya menghadiri kongress peringkat ‘ international’  secara berseorangan pula.. banyak pengalaman saya perolehi  disana, terutama melihat negara orang yang pelbagai ragam dan bangsa serta agama itu. Walaupun  bahasa inggeris saya tunggang langgang namun bolehlah juga kawan dengan orang-orang Afrika yang banyak menghadiri kongres tersebut. Saya juga berpeluang mengikuti lawatan-lawatan yang diator oleh urusetia kongres ke tempat-tempat menarik terutama pantainya yang indah itu.



I
I.U.L.A 33rd World Congress .. 1997 
di Mauritius.."Local Government 
For The 3 rd Millenium
Cuma saya kurang selesa berjalan-jalan keluar negara berseorangan.  Memanglah kurang menyeronokkan..  Sungguhpun pulau ini selamat untuk berjalan-jalan  dan aman sentiasa namun.. kadang-kadang naik takut juga jalan berseorangan… Yalah manalah tau kalau sakit, atau kena rompak atau apa-apaan nanti,  kat mana saya nak tuju dan mengadu…  Sudahlah tidak ada kedutaan kita kat sana… memang tak ‘ happy’  langsung… ada juga saya ikut keluar dengan geng peserta dari benua Afrika  yang menginap satu hotel dengan saya. Keluar ronda-ronda.  Berjalan dengan mereka kita ‘confident’ sungguh sebab 'body' depa besar… Namun yang tak tahan bila depa pi Pub . Mesti pekena ‘beer’ atau arak… bukan segelas  tapi sebotol.. Nasib baik tahan daulat juga….  Namun begitu mereka ini memang ‘friendly’ .. saya suka berkawan dengan mereka… Kalau  mereka cerita fasal negara mereka di sana (kawan saya tu dari Ghana dan Uganda) memang dhaif sungguh pegawai kerajaan negara mereka….  Jadi sebelum balik ke Malaysia saya sempat hadiahkan baju-baju T Shirt yang saya bawa serta tali leher yang saya pakai untuk kenangan… Seronok sungguh mereka…..  Bila kita bagi tau kita ada computer peribadi dirumah, kereta  dan rumah sendiri … memang mereka rasa kagum dengan kemewahan dan kemudahan yang kita ada berbanding dengan negara mereka…… Syukur amat sangat kita yang bekerja dan duduk di Malaysia ini..... 


ok.. itu saja coretan santai saya kali ini...... nanti dapat  lawatan mana-mana pula saya coretkan lagi untuk pengetahuan kita semua...
asriredha
teratak kasih
alor setar
There was an error in this gadget