11 May 2012

KCS & GolF

05 Mei 2012
Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha

'Selamat Sejahtera'


Sebahagian gambar-gambar kenangan
sewaktu saya aktif bermain golf dulu...


 Hari ini saya menghadiri  majls 'Santapan Tengahari' di Cinta Sayang Golf Club & Resort, Sungai Petani. Urusetia jemput maka saya tentunya datang kalau tidak ada urusan lain yang lebih penting.  Ia sempena 'Pertandingan Golf Piala Keputeraan' yang diadakan setiap tahun sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan KBDYMM Tunku Sultan Kedah. Kebawah DYMM Tunku Sultan Kedah  dan Tunku Sultanah turut berangkat mencemar dulu bermain golf di pertandingan ini. Pendek kata memang hebat sungguh dengan orang-orang kenamaan ramai yang terlibat. Apatah lagi DYMM Tunku Sultan Kedah sekarang ini telah menjadi SPB Yang DiPertuan Agong. 

Seronok tengok rakan-rakan dapat pelbagai hadiah dan boleh dikatakan semua yang ambil bahagian dapat hadiah. Hadiah-hadiahnya boleh tahan juga hebatnya... pendekata seronoklah sapa yang main golf..

Yang peliknya saya ni.. bukan tak main.. dulu memang main sungguh-sungguh. Sewaktu jadi Setiausaha MPSPK. .tapi lama-lama kui 'slow'..tukar ke Yan main balik sebab ramai orang Yan juga yang main dan DO waktu itu Dato' Hj Bashiruddin rajin dok atur pertandingan golf.. jadi sayapun tumpang sekaki juga.. takkan nak biar anak buah aje main.  Lepas tukar dari Yan dah mula 'slow'  dan akhirnya dah bertahun tak pegang batang golf tersebut.... tak tau fasal apa...  mungkin tak karan 'kut'... atau tak ada geng setaraf 'pandai' saya kut....

Nampaknya nak kena main balik ni... takkan nak biar depa saja yang dok kutip hadiah.. ada setengah tu tiap-tiap kali pertandingan .. muka tu aje yang terima hadiah... Hadiah besar pula tu... TV LCD 32 inci, handphone, rantai emas, wang tunai, penginapan pelancungan, baucar tunai, set golf, dan segala macam lagilah..... 

Jadi Golf sekarang sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan KCS... Dulu lain... Banyak yang main tenis.. Kiranya tenis tu memang mainan elit juga ketika itu. Boleh kata setiap pejabat daerah ada gelanggang tenis, kat Wisma Darul Aman pun ada gelanggang tenis, Wisma Negeri pun ada gelanggang tenis.. Tapi sekarang ini, banyak sudah gelanggang tenis tinggal nama dan tapak sahaja.. habis sudah jadi projek lain... Itulah permainan tenis.. Saya pun main  tenis juga  masa kat Pejabat Tanah dan Daerah Kubang Pasu dulu.. Selalu dok lawan dengan DO waktu tu iaitu Dato' Syed Zain Syed Abdullah, dan juga dengan Dato' Hj. Ismail Hj. Shafie.. Namun saya tak pernah menangpun main dengan depa.. memang cekap depa main.. Dato' Hj Syed Zain dalam penat-penat diapun memang hebat juga main tenis ni...  sekarang ni sudah tinggal nostalgia... sayapun tak taulah dah jadi pada gelanggang tenis itu.

Ok.. selamat maju jaya dan main sungguh-sungguh dalam permainan golf ini.. biar bila bertindak bermain sebagai satu pasukan KCS Kedah boleh tunjuk hebat lagi ..terutama bila pertandingan antara Pegawai PTN Terengganu, PTN Kelantan, PTN Johor dan PTN Kedah. Bila hebat dalam golf tentunya hebat juga dalam kerja seharian..tak gitu... jangan pula nanti orang dok perli pula .. 'time' kerja bos dok kat padang golf ......ini tentunya akan menjejaskan imej KCS itu sendiri....... Ok.. jumpa lagi...... Nanti kita jumpa kat Padang Golf...  tapi tak jadi ahli mana-mana kelab lagi...

asredha
teratak kasih
alor setar

01 May 2012

360 DEGREE LEADER

Adakah yang berucap itu seorang '360 Degree Leader'?

INSPIN: Asri Redha: 26 Mei 2009

Hari ini saya menghadiri satu kursus bertajuk 'Leadership Skills For High Performance'. Penceramah yang dijemput ialah Dr Hj Ramli Saad dari Advanced Leadership Academy. Beliau seorang pakar perubatan radiologi tetapi lebih cenderung kepada 'leadership training'. Satu bidang yang memang jauh dari kelayakan akademiknya tetapi minatnya yang mendalam membuatkan ia lebih berjaya dalam bidang tersebut selain terlibat dalam bidang korporat. Agak sedih kerana tidak ramai rakan KCS yang mengambil peluang hadir mengikut kursus yang amat berguna ini.

Satu bab yang menarik untuk dikongsi bersama dalam kursus ini ialah bertajuk '360 degree LEADERSHIP' Konsep Kepimpinan 360 degree ini dipelopori oleh John C Maxwell seorang pakar kepimpinan, penceramah dan pengarang yang bertaraf antarabangsa yang telah menjual lebih 13 juta buku karangannya. Bukunya 'The 360 Degree Leader' menjadi bahan bacaan utama kepada pemimpin ternama baik dalam organisasi, korporat, negara dan sebagainya. Buku The 360 Degree Leader telah menyelesaikan persoalan mengenai 'Bagaimana saya boleh mengaplikasikan prinsip kepimpinan sekiranya saya bukan seorang boss'.

Konsep kepimpinan ini adalah hasil kajiannya selama lebih 20 tahun dengan mengambil contoh-contoh kepemimpinan pemimpin terpilih dan terhormat dari pelbagai cabang politik, usahawan, fahaman agama, institusi, syarikat dan negara selain juga mengambil contoh terbaik dari pengarang dan guru-guru kepemimpinan diseluruh dunia.

John Maxwell menceritakan dalam bukunya 'The 360 degree Leader' berkenaan pemimpin yang boleh memimpin dari mana-mana tempat atau peringkat dalam sesebuah organisasi.

Satu perkara penting yang saya pelajari dalam konsep ini ialah faktor pengaruh (influence). Kita boleh membina pengaruh kita untuk memimpin dimana-mana peringkat organisasi. Kita tidak perlu jadi pemimpin untuk mempengaruhi seseorang.

Sebelum ini saya percaya dan kebanyakan orang percaya bahawa bila menjadi pemimpin barulah dia boleh mempengaruhi seseorang untuk mengikuti kepimpinannya dan mengembangkan kepimpinannya. Sebenarnya ini banyak mengundang masalah yang menyebabkan kebanyakan pemimpin gagal dalam kepimpinannya. Sebenarnya kita tidak perlu menjadi pemimpin untuk mempraktiskan kepimpinan. Kalau kita selalu mempraktiskan ciri-ciri kepimpinan walaupun kita bukan seorang pemimpin dalam artikata sebenarnya, maka ianya akan lebih memudahkan kita untuk menangani apa saja situasi yang ada dan yang akan datang. Bila kita sentiasa menyediakan diri kita dengan ciri-ciri kepemimpinan dan pengaruh yang bersesuaian maka itu adalah lebih dan kita tidak tidak tahu bila peluang menjadi pemimpin akan datang, tapi bersiap sedialah..

Ada 5 Peringkat Kepimpinan yang diketengahkan oleh John Maxwell iaitu:

i. Kedudukan Jawatan - Hak :Orang ikut kita sebab mereka kena ikut. Pengaruh kita hanya dalam lingkungan organisasi saja dan tidak akan melepasi sempadan deskripsi tugas. Bila anda berjumpa seseorang yang baru, alasan mereka ikut dan percaya kepada anda ialah kedudukan dan jawatan yang ada pegang. Tetapi ini hanya bertahan dalam masa yang singkat sahaja. Lagi lama anda kekal cara begitni lama-lama moral anda akan menurun.

ii. Kerana Perhubungan: Orang akan mengikut gaya kepimpinan kita untuk peringkat pertama, kerana hubungan yang anda bina dengannya. Mereka terus mengikut kamu kerana mereka mahu ikut

iii.Penghasilan Kerja ( Because of Results): Orang akan mengikut kamu kerana keputusan dan kejayaan yang telah ditunjukkan pada masa yang lepas. Itu sebab mereka mengikut kepimpinan kita kerana mereka percaya kita berkemampuan. Orang ikut kita kerana apa yang telah kita lakukan pada organisasi

iv: Apa yang telah kita buat kepada mereka: Sekiranya kita membantu sesama insan dengan ikhlas tanpa apa-apa niat disebaliknya maka ini membina pengaruh tersendiri dikalangan masyarakat dan akhirnya mereka merasakan patut ikut kita. Orang ikut kita kerana apa yang telah kita lakukan kepada mereka.

v. Kerana Penghormatan (personhood): Ini adalah jenis pemimpin dimana setiap orang mahu ikut gaya kepimpinan kita. Mereka mungkin tidak bekerja dengan kita dan malahan mungkin tidak pernah berjumpa kita tetapi tindakan dan apa yang kita buat itu menyebabkan mereka mahu kita jadi pemimpin. Orang ikut kita kerana diri kita dan apa yang kita wakili.Peringkat ini agak sedikit yang mampu sampai. Peringkat ini adalah bagi pemimpin yang telah bertahun membangunkan insan dan organisasi


Satu perkara yang menarik dalam gaya kepimpinan 360 degree ini ialah mengkategorikan pemimpin itu kepada 3 bidang atau kawasan iaitu:-

MEMIMPIN KE ATAS : Bila kita memimpin dikalangan yang lebih senior. Antara cara yang boleh dilakukan dalam membina pengaruh dibawah area ini ialah kita memimpin diri kita dengan terbaik, ringankan beban bos, rela laksana kerja yang orang lain tidak mahu lakukan,, jadi pemimpin serba boleh, tahu bila perlu desan dan bila perlu berundur, menjadi pemain yang serba boleh, hati-hati bila ambil masa bos, pandai ambil hati bos dalam perhubungan peribadi yang sewajarnya.

MEMIMPIN SE ARAS : Bila kita memimpin dikalangan rakan-rakan setaraf. Kita memahami, mengamalkan dan melengkapkan kitaran kepimpinan seperti menyempurnakan keperluan rakan-rakan sekerja kita untuk memperolehi kejayaan, menjadi sahabat sejati, jangan mengaku anda adalah paling terbaik dan sebagainya. Banyak ciri-ciri lain yang perlu ada dalam hubungan rakan sekerja ini kerana ianya melibatkan persaingan. Walaupun usahakan agar persaingan tersebut adalah persaingan yang sihat.

MEMIMPIN KE BAWAH: Pemimpin 360* sebenarnya tidak berkedudukan (jawatan). Mereka memimpin melalui pengaruh , tanpa kedudukan, kuasa atau autoriti.. Sebagai pemimpin 360* bilamana anda memimpin ke bawah anda bukan sahaja membuat orang bawah anda melakukan sesuatu, tetapi anda mengetahui siapa mereka anda bantu mereka menerokai dan mencapai potensi mereka, anda menjadi model idola mereka, anda membuatkan mereka merasai sebahagian daripada yang lebih besar dan anda memberikan penghargaan kepada sumbangan mereka.

Jadi dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip kepimpinan yang diketengahkan oleh John Maxwell's kita boleh mengembangkan pengaruh kita dikalangan rakan setaraf kita, dikalangan pegawai atasan kita dan subordinat kita serta menjadikan diri kita lebih berguna atau bernilai dikalangan rakan sepasukan kita.

ok.. jumpa lagi

asriredha
teratak kasih
alor setar
There was an error in this gadget