10 December 2013

ISTANBUL... Kota Pertembungan 2 Budaya..

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 00 Oktober 2013
Ataturk Havalimani Airport...


Istanbul.. mendengar nama itu sahaja sudah cukup mengujakan kepada sesiapa yang belum pernah ke Istanbul, sekadar hanya mendengar dan melihat dalam media-media sahaja. Maka sudah tentuya minat untuk menjejak kaki di kota yang penuh dengan tamadun Islam ini sangat-sangat tinggi menggunung.


Lukisan2 grafiti &  spt ini ada di merata tempat.
Tempat yg tak elok nampak cantik pula.. boleh pi
bergambar lagi kat lorong ini... Terfikir nak
buat mcm ni juga kat Alor Setar , tp siapa yg 
boleh membuatnya....

Masjid2 yg ada di Istanbul memang tinggi mutu
senibinanya. Contohnya masjid dibelakang saya itu
terletak bersebelahan hotel Hamidiye...........
tempat penginapan saya...cantik kan..


Bergambar di kawasan ' Blue Mosque'
Saya berkesempatan berkunjung selama 3 hari di Kota Istanbul, Turki dibawah program jabatan di Paris, jadi dalam perjalanan ke Paris, singgah sebentar kat Kota Istanbul Turki ini untuk bersama-sama rakan-rakan kakitangan MBAS yang pada masa yang sama telah berada dikota pertembungan 2 tamaddun terbesar ini iaitu Tamadun Islam dan Tamaddun Barat/Kristian. Walaupun majoriti penduduk adalah berugama Islam, tetapi jangan terkejut melihat orangnya kerana style dan gaya hidup sebahagian besar penduduknya adalah banyak kebaratan. Inilah yang telah diterapkan oleh pemimpin agong Turki yang telah membawa pembaharuan pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat  iaitu Mustapha Kamal Attaturk.. Itulah yang saya lihat setiap hari sepanjang berada di Kota Istanbul ini. Mungkin keadaannya berbeda rasanya kalau berada diluar kota ini... tapi saya tidak berkesempatan untuk keluar jauh sikit dari kota ini melihat cara dan suasana kehidupan masyarakat Turki di luar kota ini diatas faktor masa yang agak singkat di sini. Namun begitu saya banyak belajar dan mengambil pengetahuan akan Kota Raya Istanbul ini yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai cerok negara diserata dunia... Industri pelancongannya memang hebat sekali. Maklumat yang saya dapat Turki khususnya Istanbul merupakan negara ke 7  paling ramai dikunjungi oleh pelancong.

Di Kota Istanbul ini memang banyak sekali peninggalan-peningalan sejarah terutama bangunan-bangunan bersejarah , istana-istana lama, kubu-kubu dan juga tempat yang menarik dan indah terutama jika bersantai-santai sambil menikmati makanan di tepi selat Bhosphorus iaitu satu-satunya laluan laut yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Mati. Sebab itu di Istanbul ini ada aktiviti menarik jika menyusuri selat ini dengan bot atau feri . Dari bot/feri ini pelancong akan dapat melihat pemandangan indah Kota Istanbul ini seperti Istana Sariyer, Dolmabahce dan kubu Romeli. Pengunjung juga akan dapat melintasi jambatan terbesar yang menghubungkan Benua Asia dan Benua Eropah iaitu Jambatan Bhosphorus dan Jambatan Sultan Mehmat Fatih. Saya difahamkan terowong  keretapi bawah laut telahpun siap sepanjang 14 km. Tidak pastilah lagi samaada boleh diguna atau tidak.. Ini merupakan satu lagi kemudahan untuk pelancong terutama dari Eropah untuk melancong ke Turki ini.

Cantik hiasan perabot jalan mereka dari segi......
susunan, tanaman pokok bunga, landskapnya
dan kebersihannya. Jln.pun luas, tp bkn 
semua tempat.. Ada yg terlalu sempit
Saya sebenarnya lebih berminat untuk melawat tinggalan sejarah Islam di Kota ini memandangkan kota ini dulunya pernah dikuasai oleh orang Kristian sejak berkurun lamanya dan akhirnya dikuasai semula oleh orang Islam. Jadi banyak masjid-masjid lama disini yang masih digunakan.

Disamping itu pengaruh barat dan kristian juga kuat di Istanbul ini. Sebab itu saya katakan Kota Istanbul ini adalah KotA Pertembungan Budaya Timor Dan Barat. Pertembongan ini menjadikan Turki seolah -olah masih mencari identiti diri  kearah mana mereka sebenarya..Jadi tidak menghairankan kadang kita lihat Turki ini terlalu kebaratan dan kadang-kadang lebih ketimoran dalam banyak aspek..

Menariknya masjid disini  besar-besar belaka, berukiran seni ISlam dan masih kukuh. Ada juga pengaruh Kristian bagi setengah2 masjid seperti masjid Aya Sofya. Tentunya teknologi pembinaannya begitu canggih sejak dulu lagi. Memang banyak sungguh masjid di Kota Istanbul ini. Cumanya pengisiannya saja saya nampak agak kurang. Kehebatan masjidnya tidak disusuli dengan kehebatan warganya menjalani ibadat di masjid yang tersergam indah itu.

Masjid yang paling popular dilawati ialah Masjid Biru... atau sebenarnya Masjid Sultan Ahmad. Dinamakan Masjid Biru kerana dinding sebelah dalam masjid ini dilapisi seramik yang berwarna biru. Strukturnya masih kukuh hingga kini walaupun dibina sejak tahun 1609 lagi. Bayangkan betapa hebatnya arkitek Islam waktu itu yang namanya Sedefkar Mehmed Aga.

Satu lagi masjid yang berdekatan Masjid Biru ini ialah Masjid Aya Sofya. Kita boleh berjalan kaki sahaja dari Masjid Biru ke masjid ini. Masjid ini asalnya adalah sebuah gereja. Apabila Islam kembali memerentah Constantinople (Nama asal Istanbul) gereja ini telah dijadikan masjid. Walau bagaimanapun masa pentadbiran Mustapha Kamal Atartuk, ianya telah dijadikan Muzium yang boleh dikunjungi oleh orang ramai. Tapi hendak masuk melihat keindahan senibinanya dan lain-lain perlu bayar . Saya tidak sempat masuk kerana terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket dan masuk, menunjukkan betapa ramainya pelancong datang ke sini. Kalau tidak silap saya bayarannya TL 25.. kira-kira RM43. Jangan salah sangka kalau lihat dari luar dan dalam ada juga terdapat unsur-unsur Keristian dan unsur barat dalam senibina ini yang dikekalkan.

Kawan saya tu dok terlior tengok 
macam2 manisan yang dijual kat
Spice Bazaar... namapun manisan
tentu manis2 gila. Makanan seperti
ini merupakan salah satu identiti ke
pelbagaian jenis makanan mereka..
Saya beli satu set.. sampai rumah 
nak makan tak selera.. lembik habis..

Pemerentah Islam  yang telah  berjaya menguasai Constantinople setelah sekian lama dikuasai oleh barat  ialah Sultan Muhammad Al-Fatih. Beliaulah yang telah meletakkan asas Islam kembali di Constantinople ini dan mengubah Gereja yang dibina pada zaman kegemilangan Rom dulu dan dikatakan yang terbesar itu menjadi Masjid Aya Sofya pada tahun 1453 M.

Sebenar saya ingin sekali menjelajah maklumat lebih lanjut berkenaan kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih kerana saya pernah menulis dalam blog  berkenaan kehebatan sultan ini . Kehebatan sultan ini pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kira-kira 800 tahun yang lalu dan kemunculannya memang benar.  Saya tak mahu cerita panjang fasal ini kerana pernah tulis mengenainya dan boleh dilayari dalam catatan blog saya seperti dibawah..  klik saja.  

http://semangatjati.blogspot.com/2012/04/muslim-super.html

Cuma tak kesampaian untuk melihat tempat  laluan dimana Sultan Muhammad Al Fatih mendaratkan 72 kapal lautnya melalui jalan darat dan menyerang musuh dari sebelah belakang yang tidak dijangka sama sekali oleh musuh. Bayangkan bagaimana 72 buah  kapal laut dibawa melalui jalan darat dalam masa satu malam sahaja... Ini semua adalah kuasa Allah SWT dan ketakwaan Sultan Muhammad Al Fatih.. hingga Allah SWT memberi pertolongan NYA ..

Saya berada di pintu masuk ke Istana Topkapi. 
Perhatikan begitu ramai pelancong yang hendak 
memasuki kedalam istana tersebut, melihat
 keindahan dankesenian senibina Islam
Satu lagi lokasi menarik yang tidak patut ditinggalkan kalau melawat Istanbul ialah Istana Topkapi. Istana ini memang besar , luas dan kukuh diatas tempat yang agak tinggi ditebing Sungai/Selat Boshporus. Istana ini menjadi kediaman pemerentah Islam Khalifah Uthmaniyah  di Istanbul sejak lebih 400 tahun. Istana ini telah diistiharkan sebagai Muzium oleh pemerentah dan antara bahan pameran yang menjadi tarikan ialah Pedang Rasulullah. Untuk sampai ke Istana Induk terpaksa melalui beberapa lapisan tembok yang dibina kukuh.. mungkin untuk tujuan keselamatan khalifah pada waktu itu. Waktu saya melawat , terlalu ramai orang beratur untuk membeli tiket masuk.... Begitulah hebatnya tarikan tempat-tempat bersejarah di Istanbul ini.. sukar untuk kita gambaran seperti ini di negara kita.

Nampak berminat beli kat pasar mlm ni..
Muka pelancong ni spt. orang Malaysia. 
Takkan mai Istanbul beli barang 
secondhand' kut....  he. hee
Satu lagi tempat yang saya amat minat untuk lawat tapi tidak kesempatan ialah Istana Dolmabahce. Bukannya fasal  sejarahnya sangat tapi nak tengok istana yang dikatakan termahal dan terlalu mewah. Berdasarkan buku fasal Istanbul yang saya beli kat Istana Topkapi lebih 35 tan emas digunakan untuk ukiran-ukiran dinding dan lain peralatan... Wah mewah-mewah juga  pemerentah Islam waktu itu.. tentunya jauh beda dengan Sultan Muhammad Al Fatih yang amat sederhana tapi bertakwa.
Pasar Malam yg hidup... pakai berniaga mcm ini shj
macam2........ ada setengah tu kalau kat rmah kita

dibuang sahaja seperti bateri handphone terpakai..

barang-barang lama, barang antik, segala alat ganti

peralatan elektrik dan segalanya.. kalau nak berjalan

tengok semua sampai tengah malam tak habis..

seronok sungguh tengok depa berniaga. Yang ini
rasanya kita boleh tiru.. Tapi nak ujud jadi macam
ni tentunya mengambil masa.. Peniaga2 kita tak 
sabar dl hal2 spt ini.. ok.. kita akan cuba depan UtC


Tak apalah lain kali kalau datang Istanbul, nak kena pi tengok juga Istana ini dan tempat Sultan Muhammad Al Fatih mendaratkan bala tentera dan kapal lautnya melalui jalan darat.

Oklah.. melawat tempat yang biasa orang melawat dah melawat.. nak kemana lagi.. tentunya ronda-ronda sekitar kota Istanbul ini.. Kota ini memang luas sebenarnya dan dipecahkan kepada beberapa zon. Dengan penduduk melebihi 17 juta orang, sudah tentunya perlu kehebatan dalam menguruskan bandaraya ini baik dari segi pengurusan kerajaan tempatannya, pengurusan industri pelancongannya dan pengurusan ekonominya. Kalau ini dijadikan sebagai standard untuk diikuti rasanya jauh sangat. Walau bagaimanapun sebenarnya banyak yang kita boleh belajar disini, terutama dalam konteks industri pelancongannya dan program-program PBTnya.
Saya amat teruja dgn sistem pengangkutan awamnya..
pengalaman naik tram mereka,, tengah bandar. amat
berguna sekali tram ini bagi bandaraya yang ramai
penghuninya..  Penggunaan kenderaan persendirian
dapat dikurangkan. dengan syarat sistem nya kena
cekap, cepat, tambang berpatutan & mudah sampai

Sistem pengangkutannya memang cekap terutama penggunaan kenderaan tram dan bas dalam bandar.. Kalau nak ronda-ronda dalam bandar Istanbul, naik saja tram atau bas yang banyak di sini.

Inilah......... Grand Bazaar... selamat berbelanja... tp
kena  ingat had berat muatan flight hanya 30 kg saja
Dua tempat membeli belah yang popular dikalangan pelancong ialah Grand Bazaar. Bazar yang tertua sekali ujud . Sekarang ini ada lebih kurang 3500 buah kedai yang mempamerkan dan menjual pelbagai barang-barang keluaran tempatan dan luar Turki, termasuk juga cenderamata.. Kalau nak ronda seluruh kedai yang ada saya rasa tak cukup satu hari.. Tapi kebanyakan barangan yang ada lebih kurang sama . Dari segi bahasa tak ada masalah, ramai juga yang saya jumpa kat bazar tersebut boleh berbahasa melayu. Pandai-pandailah tawar menawar.. Banyak pelancong yang datang ke sini membeli permaidani buatan tangan orang Turki.

River Cruise di Selat Bhosporus memang popular
dikalangan pelancong. Rugi kalau tak ambil pakej
ini. Ditepi pelabuhan tu. Kita boleh santai2 sambil
menikmati makanan direstoran yang ada kat situ.
Harganya memang mahal gila,..  
Ada satu lagi bazar yang juga besar iaitu Spice Bazaar.. mengambil sempena kebanyakan kedai yang ada menjual segala macam rempah ratus dan segala macam manisan yang menjadi identiti Kota Istanbul ini juga.


Satu lagi yang saya boleh puji ialah restoran yang ada dan gerai makanan bergerak yang ada yang saya jumpa elok2 belaka. Tak jumpa lagi yg selekeh2 dan guna kerusi buruk dan peralatan buruk spt yg kita selalu jumpa kat Alir Setar.Bersih, banyak stok barangan makanan disediakan dan nampak cantik serta kemas termasuk orangnya. Alangkah bagusnya kalau peniaga dan penjaja makanan di Bandaraya Alor Setar ini berbuat macam itu. Cantik, indah , elok, jaga kebersihan diri, gerai dan sekitar kawasan niaganya, selamat dan kemas serta dengar cakap dan arahan pihak berkuasa. Susah sungguh nak buat bagi elok2 macam di Istanbul atau di Armsterdam... Tapi itulah cabaran saya bila berada di PBT..  Untuk mengubah sikap ini sebenarnya tak guna belanja apapun tapi paling cukup susah untuk dibuat.. Sebenarnya saranan2 kepada PBT supaya buat penerangan dan atur itu ini dulu bagi peniaga sedar bagi saya hanya membazir masa dan wang ringgit. Pokoknya mahu atau tak mahu sahaja untuk berubah...

Ok.. sudahlah kut ..panjang dah nih.... kita jumpa lagi.. nanti ssya cerita fasal London pula....


asriredha teratak kasih alor setar

04 December 2013

Amsterdam Kota Raya Terusan... Kota Raya Seni dan Budaya.. Menawarkan Pelbagai Kenangan Manis..

24.11.13
Amsterdam.. Netherland.....
Catatan: Mohd Asri Redha..

Hari ini bermulalah pula perjalanan dari Kota London ke Amsterdam..   Naik bas ekspress 'Megabus'.. dengar mega macam besar sangat.. ya memang panjang kerana boleh muat hampir 60 orang tapi sempit gila. Tambang lebih kurang £33 paun... bas akan menaiki feri  lbh kurang 2 jam.. jumlah masa diambil lebih kurang 10 jam dari London ke
Amsterdam. Rasanya Bas Ekspress kat Malaysia lebih baik terutama kusyennya. Dalam bas ada kemudahan wifi.. Bas kat Malaysia patut sediakan kemudahan wifi ini .. baru orang suka terutama anak-anak muda . Sekarang kan telefon  canggih2 belaka.Untuk naik bas kena 'check inn' mcm naik kapalterbang.  Bas menyeberangi  Selat Inggeris  dengan menaiki feri di pelabuhan Dover. Ingatkan bas masuk terowong bawah laut menyeberangi Selat Inggeris.

Menariknya feri ini memang besar .. Berpuluh lori trailer dan bas boleh dimuatkannya.
Bergambar di belakang feri yang akan
dinaiki menyeberangi Selat Inggeris.
Pelabuhan Dover adalah salah satu
pelabuhan yang terbesar dan sibuk
di England

Dalam feri ada mcm2 kemudahan seperti restoran. AtM teller, penggurup wang.. kedai cenderamata, kedai jual minyak wangi, mini casino, game dan sebagainya..  jadi duit £ yang ada baki lagi tu boleh dihabiskan kat atas feri ini. Yang tidak tahannya.. ada goyangnya ... pening kepala dibuatnya. Lebih kurang 2 jam belayar atas feri ini..

Sepanjang perjalanan tak nampak apa, sebab bergerak waktu malam dan yang tak seronoknya R & R nya tak ada macam di Malaysia. Cuma berhenti dikedai-kedai makan biasa sahaja. Yang ini kita yang terbaik dari segi kemudahan pengguna lebuhraya yang disediakan. Nak makan memang susah nak cari yang halal. Makan roti sahajalah dengan kopi panas.

Sampai kat Amsterdam..kami diturun kat sebuah stesen tram  di pinggir bandar Amsterdam  . Rupanya bas ekspress dll bas tidak boleh masuk dalam bandar... Macam tidak percaya kami diturunkan kat stesen keretapi tram tersebut kerana sangkaan kami tentunya kami akan dibawa ke stesen bas yang besar, maklumlah nak masuk bandar Amsterdam.

Kalau nak mengembara cara saya ni.. macam nilah.. kena 

heret beg,sana sini naik bas, naik tram, naik keretapi .
naik feri,  naik kapal terbang .. kalau shopping sakan
 jenoh bawa..... Lawatan saya  
kali ini bukan ada bas 

khas dok tunggu kat depan hotel..Bas  MegaBus dari

London meninggalkan kami kat stesen inilah,. Lepas 

itu ambil tiket pula untuk naik tram biru itu untuk 

masuk ke Kota Amsterdam...
Kena tukar naik tram  ke Amsterdam Cental Station. Tambang tram   7.50 Euro. Tambang ni utk sehari atau 24 jam dan boleh guna sepanjang hari naik tram dan bas GVB.. dua2 tram dan bas tu warna biru.Tram dan bas.. bersimpang sior.. bagus sistem pengangkutan mereka.. tepat masa,  laju serta selesa.  Basikal banyak gila... waktu mana mereka guna tak taula.. Daripada 800,000 orang yang tinggal di Amsterdam ini dianggarkan lebih 600,000 orang daripada mereka memiliki basikal .Sebab itu kota ini telah dinobatkan sebagai 'Kota Ramah Basikal' di dunia dengan laluan basikal dibina berasingan diatas kebanyakan jalan raya utamanya.
Suasana malam kat Kota Amsterdam ini 
memang meriah dan ramai orang. Banyak
Pub dan restoran dibuka. Ada juga gerai
terbuka yang menjual pelbagai cenderamata
Bayar 30 Euro naik bas ni dan mana-mana bas yang macam
ini sehari suntuk, dia akan  bawa ketempat-tempat yang
menarik dan bersejarah disekitar Kota Amsterdam


Yang tak elok perangai orang Belanda ni ialah lantai lawa2 mereka penoh ludahan 'chewing gum'.. rasanya depa ni suka sungguh kunyah gula2 'chewing gum' ni....Nak ronda kat Amsterdam tidak ada masalah.. Bas persiaran tak nampak dlm pusat bandar.. Mungkin tak dibenarkan kot. Tapi tidak ada masalah, kami beli saja tiket khas bayar Euro 30 seorang.. boleh naik bas City Sight Seeing Hop On And  Hop Off.. warna merah  ...  dia bawa kita melawat tempat yg menarik dan bersejarah..  lepas tu dgn tiket itu juga kita boleh pula naik feri panjang untuk 'river  cruise'    ..melihat keindahan Kota Amsterdam melalui terusan sungainya yg indah dan bersejarah serta  bangunan yang unik /klasik... Banyak bangunan muzium, galeri seni, bangunan maritime, 'historical building' , 'Large Green Building ' dan tempat menarik ada di sekitar 'Laluan Cruise' tersebut... Hampir semua tempat tarikan utama di Amsterdam ini terletak berhampiran antara satu sama lain. Sebab sesuai untuk melawat kota Amsterdam ini dengan basikal, naik tram malahan berjalan kaki sahaja.
Seronok sungguh tengok basikal begitu
banyak kat Kota Amsterdam ni.. Bersusun
susun basikal kat pelabuhan Amsterdam..


Belanda mengeksploitasi sepenuhnya terusan2 yang ada di Amsterdam untuk sektor pelancungan. Pembinaan terusan tersebut telah mengujudkan berpuluh puluh pulau kecil yang unik dan dgn pelbagai binaan klasik dan besar2 pula yang dibina sejak beratus tahun lagi. Terdapat lebih kurang 1,500 jambatan merentasi sungai dan terusan yang panjangnya lebih kurang 100 km sekitar Amsterdam ini. Sebab itu Kota Amsterdam ini dirujuk juga sebagai Venice Of The North'. Muzium2nya yang terkenal terletak berdekatan seperti Muzium Lukisan Van Gogh

Jadi janganlah pula kita berangan nak suruh buat macam depa kat tempat kita kerana infrastruktur yg sedia ada sebenarnya sudah ada sejak tahun 1850 lagi. Setiap hari beribu-ribu pelancong datang.. Jadi industri pelancongannya memang meriah dan menguntungkan.

Menyusuri terusan dengan menaiki........ 
Bot Panjang berbumbung. Kalau baru
kahwin bagus ni berbulan madu kat
sini..
Saya tak mau cakap fasal belanja makan kat sana... Memang mahal kalau ditukar nilai Ringgit Malaysia. Sekali makan paling murah €10.00.. Lebih kurang RM43.00.  Kalu dok berkira mcm tu tidak payah  mai lawat kenegara2 maju spt ini... termasuklah juga makan di London dan Paris.

Yang terkilan sikit ialah saya tak dapat bergambar kat kawasan yang kita boleh nampak kapal belayar  atas daripada tempat kita berdiri dekat tembok air laut buatan manusia dan lihat tempat pam air pakai kincir angin besar. Sepertimana kita ketahui sebahagian besar daratan Netherland terletak dibawah paras air laut. Kalau nak lihat kincir angin tersebut kena keluar dari kota Amsterdam baru boleh jumpa. Walau bagaimanapun  dlm bandar Amsterdam jumpa juga . Tapi rasanya tak berfungsi dah.. jadi bahan sejarah sahaja utk pelancong datang melawat.. Yang banyak terjumpa diserata tempat  ialah kincir angin moden yang diguna untuk menjana tenaga elektrik...

Ok.. saya pematikan cerita saya di Amsterdam ni... kerana nak 'pack' barang2 utk bertolak pula ke Kota Paris, French dengan menaiki bas ekspres juga.. tapi berhenti-henti dibeberapa bandar besar sepanjang perjalanannya. Antaranya ialah Bandar Brussels, di Belgium. Bas itu namanya Bas EURO LiNE..

gambar-gambar lawatan boleh di layari disini..  klik saja
https://www.facebook.com/asredha/media_set?set=a.717840608232230.1073741837.100000188912921&type=3




Panduan Untuk Melancong ke Europe.. bagus juga blog dibawah ni....
http://hairanazitis.blogspot.com/2013/06/18-days-trip-to-europe-full-itenary-and.html

28 November 2013

PARIS, KOTA RAYA CinTA, KOTA RaYA KuRAnG AJAR, KOTA RAYA TIDAK SELAMAT..


Saya tidak ingat tempat ini di jln
mana tapi, sepanjang jalan ini 
penuh dengan kedai sex shop &
kedai seumpama itu.. banyak 
sungguh.. Kalau  bawa keluarga
tak sesuai , takut susah ibu bapa
nak jawab kalau anak-anak tanya.
macam-macam ada....
.
28 November 2013
Dlm Flight Airbus 380.. Paris - KLiA
Catatan..Mohd Asri Redha

Salam Sejahtera semua sahabat-sahabat ku sekalian...


Stesen Bas Euro Line ini terletak di pinggir bandar Amsterdam................
Dari sini kami bertolak ke Paris. 
Hari ini saya terasa sangat nak sambung kembali cerita2 saya melancong ke luar negara iaitu London, Amsterdam, Brussels dan Paris.. Cerita fasal London dan Amsterdam dah saya cerita... yang nak cerita banyak kali ini adalah fasal lawatan kali kedua saya ke French dalam tempoh tak sampai sebulan.. Sebenarnya saya dah tulis banyak dalam blog saya sebelum ini berkenaan lawatan ke Paris ni, tapi hari ini saya nak tulis lagi sebab ada banyak benda nak cerita yang boleh menjafi ikhtibar kepada dan mungkin juga pada sahabat yang membacaTidak ada ungkapan tajuk yg lebih baik lagi untuk saya berikan untuk cerita saya kali ini seperti tajuk diatas iaitu Kota Kurang Ajar...kenapa ya..tunggu cerita selanjutnya.Dari stesen bas Euro-Lines Amsterdam kami bertolak ke Paris jam 8.30 pagi .. Walau bagaimanapun dari hotel ke Stesen Bas EuroLine tersebut kami terpaksa naik bas panjang 10 tayar ke situ  Perjalanan mengambil masa 10 jam.... kena beli tiket bas €44.00. Bas selesa sikit. Sepanjang perjalanan bas memasuki bandar2 besar.. Jadi saya berpeluang menikmati pemandangan suasana persekitaran yg sukar diperolehi jika naik train laju atau kapalterbang. Lebih kurang 5 jam perjalanan baru sampai Brussels, Belgium.. tapi kat Brussels tidak melawat ke mana .. sekadar lalu Bandar itu sahaja... Lagi pun jarang kita dengar pelancung melawat Belgium kecuali utk konferens dan yg berkaitan urusan perniagaan sahaja.
Cara polis Frence ini membiarkan anjing ini
masuk kedlm bas dan buat pengesanan
barangan terlarang memang kurang ajar betul.
Dilepas bebas begitu sahaja...


Kalau perjalanan jauh sebegini rasanya di Malaysia adalah terbaik.. Orang putih tak terfikir nak buat macam kita.. Iaitu tempat R & R nya.. kita adalah terbaik.. dan amat selesa.. Di sini sepanjang satu hari perjalanan ada la jumpa satu dua tempat bas berhenti.. tapi tak macam kita kemudahan yang disediakan... Nak buang air pun susah pula.. dan kena bayar pula lbh kurang €0.50... Saya tidak pasti tol kena atau tidak.. Mungkin kebaikan dari segi itu kot kalau tol tidak kena.. Mungkin kerana kerajaannya kaya tak ada masalah utk buat jln yg terbaik utk rakyatnya.. Tp itulah.. rasanya kemalangan jalanraya amat jarang berlaku... tak terjumpa pula kemalangan sepanjang dari London ke Amsterdam dan dari Amsterdam ke Paris... Mungkin kerana disiplin kepatuhan kepada undang2 jalanraya mereka..

Lebih kurang 1/2 jam perjalanan melepasi sempadan France, satu peristiwa yang tidak pernah dialami sepanjang perjalanan di luar negara dan dlm negara kami alami disini.. Bas yg kami naiki ditahan oleh Polis French..  Bawa anjing pula tu.. Habis dihidu semua tempat dalam bas.. 4 kali anjing pengesan tu ulang alik atas bas seolah-olah ada sesuatu yg tak kena.  4 kali itu jugalah ekor anjing libas paha dan kaki saya.. Lorong dlm bas kan sempit.. Nasib baik dia tak terpa naik atas riba.. kalau tidak mana nak cari tanah nak samak nanti..  waduuh.. berat kes ni.. dah la ada saki baki sambal ikan bilis ..kut2 anjing x tau benda apa tu. Syak bukan2 pula... apatah lagi anjing pengesan itu dibiarkan lepas bebas oleh penjaganya.. Kira serah 100% pada anjing itulah nak buat apapun..Lepas tu dalam banyak2 beg yg ada tu anjing tu pilih 3 beg kat bawah tempat simpan barang... salah satu tu beg saya pula.. beli beg karong  kat Amsterdam..ada cop Holland.. ya la nak 'habaq' kata mai  Holland, habis dibuka satu2 apa yg ada dalam beg itu.. cuma kasut bally beli kat London dan seluar dalam  terpakai saja yang ada...pakai perosok dalam tu semua... (Kasut Bally memang murah banyak kat London .. ada 'sale'.. memang tak termampu beli kat Malaysia.. nanti anak isteri juga pakai kasut Bally ...he..hee). 

Sambung cerita tadi...agaknya anjing tu bau seluar dalam saya kut sampai berkenaan kat beg saya tu... Yang merisaukan saya waktu tu, beg karong yg saya beli tu .. agak terbuka.. ikat dgn tali sahaja.. sapa2 boleh perosok masuk benda2 haram kat dlm beg itu.  Sepanjang perjalanan dr Amsterdam ke Paris lebih kurang 5 tempat bas ini berhenti ambil dan turunkan penumpang.. termasuklah kat Brussels. Kita bukan tengok  dah apa yang jadi kat beg kita kat bawah tu waktu penumpang baru masuk naik disetiap stesen yang disinggahi. Waktu tu orang boleh buat macam-macam...  Apatah lagi penumpang yg naik tu macam-macam bangsa ada terutama orang kulit hitam.  Itu yg risau sgt sebab beg saya tu dipunggah habis.. Memang 'tension' waktu tu...  Kalau ada sungguh benda2 haram tu kat beg saya... pakai tak balik Malaysialah jawabnya..  'tera' nak selesai... itupun kalau boleh selesai.. Namun pada akhirnya segalanya selesai..  Tak dak sapapun  yang ditahan... saja buat kecoh... macam2 jadi perjalanan kami ni.. 

Tapi itulah yang dikatakan pengalaman.  Pesan saya kalau melancong cara macam saya ni beg kita kena kunci elok2 sebelum masuk ke kabin bawah bas tesebut. Kalau mudah dibuka segala kenungkinan boleh berlaku.. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha....


Ok.. sekarang kami sampai kat Paris.. bas Euro Line berhenti dan lepaskan kami kat Central Station yang memang saya dah sampai sebelum ini.. tapi kami naik keretapi Metro bawah tanahnya yang popular tu utk ke hotel penginapan.(Hotel Mercure) . Puas  juga tengok peta cari stesen keretapi metro bawah tanahhya yang berhenti terdekat dgn hotel. Celah2 tu datang seorang tolong beli tiket melalui machine namanya Ali.. dia kata nama dia Ali.. hentam sajalah.... Akhirnya  Ali ni lah kami guna utk bawa kemana-mana tempat yang kami mahu.. Rasanya Ali ni memang dok cari makan cara ni kut.. Dia tengok rombongan macam kami yang tak ada 'guide' kat sini terus 'offer' untuk tolong .. ok juga.... senang sikit urusan kami kat sini. Kena bayar juga kat dia €10.00 seorang sepanjang hari beliau bersama kami. Maka berjalan-jalanlah kami kat sana .turun naik turun naik setiap Stesen Metro.. utk ke destinasi seperti ke tempat membeli belah, Eiffel Tower serta lain-lain tempat yang kami mahu..


Paris.. Kota Raya Cinta.. boleh la kut.....he.. he..
Tentunya Eiffel Tower menjadi kemestian setiap pelancong yang datang ke Paris.. Saya tak mau cerita fasal apa ada kat Kota Paris ni kerana sebelum ini saya dah cerita panjang dlm blog..  http://www.semangatjati.blogspot.com/2013/11/warna-warni-kota-raya-paris-kota-seni.html

Cuma saya nak bercerita akan beberapa insiden yang berlaku selain diperiksa oleh anjing sehingga saya menggelarkan Kota Paris ni Kota Raya Kurang Ajar Dan Tidak Selamat. 

Lebih kurang 3 minggu yang lepas saya telah datang ke Kota Paris ini untuk menghadhiri satu seminar. 6 hari saya berada di sini . Habis segala cerok  kami ronda.. Antara insiden yang berlaku waktu itu saya kehilangan 'handphone' samsung kesayangan saya.. Habis hilang segala data yang disimpan didalamnya termasuk gambar2 peristiwa penting yang dirakamkan.. Tentunya beribu gambar ada dalam memory card tersebut..  

Jadi beringatlah lepas ni kena sentiasa dibuat salinan.. Kadang-kadang kita rasa perkara kehilangan benda seperti ini tak akan berlaku pada kita hanya berlaku pada orang lain sahaja . Kita rasa kita dah terbaik jaga  termasuk saya. Mulanya saya menyangka kehilangan itu disebabkan tercicir.. Tapi apa yang berlaku pada saya kali kedua melawat kota Paris menguatkan kepercayaan saya bahawa kehilangan itu sebenarnya oleh perbuatan penyelok2 saku yang berkeliaran di sekitar tempat tumpuan pelancong di Kota Paris ini.

Pada saya Kota Paris ini kurang ajar betul. Oleh kerana saya pernah datang kesini .. sayalah yang telah mengingatkan rakan2 semua agar berhati-hati bila berada di Kota Paris ini.  Sepanjang hidup saya dimana tempat saya pergi samada dalam negara atau luar negara soal keselamatan seperti ini memang saya amat peduli... Namun begitu saya akhirnya tertewas juga kepedulian tertinggi saya di Kota Paris ini.  Kali pertama saya terkena pada lawatan pertama dulu... Lawatan kali ini juga saya terkena lagi termasuk 3 orang lagi saudara ahli rombongan yang kehilangan duit dan dokumen. Beberapa orang lagi rakan sempat menyedari ada cubaan untuk mengambil duit dan barangan berharga dgn cara yang amat keji. Kalau sedikit alpa rasanya mereka juga akan terkena.

Saya cerita perihal yang berlaku pada saya  bukanlah untuk simpati apa-apaan, tetapi sekadar ingatan yang berterusan pada diri saya dan pada rakan2 saya sebagai panduan... bukankah nasihat menasihati sesama manusia itu amat dituntut dalam Islam..

Sebenarnya saya terkena lagi di Kota Paris ini dengan kehilangan sejumlah duit euro yang nilainya lebih RM1k juga.. 2 orang rakan yang lain juga kehilangan banyak RM juga...selain dokumen penting. Sebelum ini saya tidak pernah terasa kehilangan duit dgn cara diseluk saku tersebut .. Bila terkena baru terasa kecewa dan kegeraman teramat sangat..


Pelancong akan terjumpa anak2 gadis ini berkeliaran
samada berkumpulan dan bersendirian & akan datang
kepada mereka untuk minta sumbangan dengan bubuh
nama &  tandatangan pelancong. Kalau  sudah  t//tgn 
dia akan paksa kita bayar.. Lagi cekap dalam kita tolak tak
mahu bayar, tgn nya sekilas pantas akan copet duit dlm
poket . Itu yang berlaku pada saya..  Ini banyak ada di
sekitar Eiffel Tower.
Memang hebat cara mereka menyeluk saku pelancong sehingga kita tidak sedar langsung. Kelicikan mereka memang hebat. Bagi sesiapa yang ada rancangan untuk melancong ke Paris, berhati-hatilah bila berada dikawasan terminal keretapi sentralnya, di stesen keretapi bawah tanahnya, dalam keretapi metronya, di sekitar Eiffel Tower, dan tempat-tempat awam yang ramai orang. 

Insiden yang berlaku pada saya ialah di kawasan Eiffel Tower.. Ada ramai wanita-wanita muda yang comel-comel juga.. ada yang bertudung dan ada yang tidak ..kelihatan baik2 belaka bagi yang kali pertama tengok... nampak saja pelancong datang.. mereka akan datang berjumpa pelancong dengan membawa satu borang.. dimana tercatat ruangan untuk bubuh nama dan tanda tangan sebagai satu sokongan kepada program bantuan anak yatim dan sebagainya.. Bagi yang baru datang ke Kota Paris ni... kira bagus la.. lalu tandatangan.. akhirnya dia paksa kita bayar  beberapa euro...tak bayar dia kata kita dah tandatangan untk sumbang.

Tidak mengapalah juga kalau setakat minta derma saja.. tapi yang lagi cekap . Kita tak layan depa.. depa mai dekat rapat kat kita rayu juga minta sumbangan  dan tandatangan borang itu. Dalam kita tolak2 tak mau tangannya secepat kilat telah buka zip poket baju saya..dan terus ambil wang yang ada tanpa saya sedar langsung kerana kalau nak buka zip yang agak kecil dan ketat sikit memang akan kita rasa pergerakan itu... mungkin depa dah baca bila kita pakai baju tebal2 berlapis memang kita tak terasa sungguh... Saya hanya sedar beberapa minit selepas itu.. Tapi apa yang boleh dibuat.. meratap sorang2 la.. itupun amat bersyukur sangat dia selok poket sebelah kiri hanya wang sahaja. Kalau dia selok sebelah kanan hilang segala paspot dan dokumen penting lainnya... ta ke haru ..... panjang cerita jadinya.Hebat.. memang hebat...


Ikut kawan pergi Hard Rock
Cafe... akhirnya terbeli juga
T-Shirt & jam Hard Rock 
Saya teruja dengan kehebatan anak2 gadis ni mencopet saku orang yang leka. Sebenarnya kutipan derma tu pembohong besar... Ada berpuluh2 anak2 gadis ni buat kerja mcm tu kat situ dan dibeberapa  tempat lain.  Minta derma apa.. hari2 ada kat situ. Sesama mereka juga ada geng... boleh nampak mereka berkelahi sesama mereka berebut kawasan dan sekali sekala nampak anggota keselamatan French menghalau mereka...tapi nampaknya macam tidak ada kesungguhan oleh pihak berkuasa mereka untuk membanteras sepenuhnya kegiatan itu.. Agaknya sudah berapa ramai yang terkena seperti saya ini...Sebab itulah saya kata Kota ini kurang ajar..

Lebih kurang ajar lagi saya terjumpa beberapa kali oang Perancis kencing ditempat awam tanpa rasa segan silu. Ada kencing depan restoren yang begitu elok dilaluan awam... saya lihat depan mata.. Sayangnya saya tidak sempat ambil gambar. Bayangkan dengan berpakaian begitu 'smart', dengan bertopi 'barreta'nya.. selamba aje buka anunya kencing depan restoren dan masuk balik ke dalam restoren tersebut...meleleh air kencingnya diatas laluan jalan.  Apa punya manusia... Seterok-terok orang merempatpun  dia tahu malu juga... dia sorok2 juga ... memang kurang ajar betul . 

Selain mereka tidak rasa sensitif akan agama orang lain dengan membiarkan anjing membuat sepenuhnya pengesanan benda terlarang terhadap manusia tanpa kawalan seperti yang telah saya cerita sebelum ini. .

Begitu juga kalau sesiapa yang datang tiba2 nak tolong kita berhati hatilah.. apatah lagi kalau keseorangan. Rakan saya seorang lagi terkena juga kat Stesen Keretapi Utama Gare Nu Nod...  Buat2 nak tukar duit.. dia bawa lari terus duit yang bagi tukar.. Seorang lagi rakan puak penyangak tu pakai uniform anggota keselamatan dan buat-buat nak periksa duit kita untuk semak kalau-kalau ada wang palsu.. Kelicikan mereka menyebabkan wang dikembalikan itu sudah berkurangan berpuluh-puluh Euro. 

Dalam blog yang saya tulis sebelum ini juga saya ada menulis berkenaan penipuan pemainan teka piring yang dirancang dan dilakon dengan begitu rapi sehingga ramai pelancong terpengaruh untuk turut main tikam sama.. dan pada akhirnya saya lihat pelancong  terkena juga.. harapkan nak dapat untung dari judi teka tersebut akhirnya merana tak kesudah.... .. Ini juga ada kat sekitar kawasan Eiffel Tower tersebut...

Jadi pada saya yang mengalami sendiri peristiwa kecurian tersebut dan rakan-rakan lain yang mengalami insiden seperti saya,  satu kesimpulan yang boleh saya buat ialah Kota Paris tidak selamat dan orangnya  memang kurang  ajar betul. 

Namun begitu musibah yang berlaku terhadap diri saya ini membuatkan saya menilai kembali diri saya ini.. kata orang bermuhasabah diri. Bagi saya apa apa yang berlaku pada diri saya tentu ada sebab musababnya.. kita tidak seharusnya menyalahkan orang lain seratus peratus. Mungkin peratusan yang terbesar terletak pada diri kita... Apa yang berlaku itu bukan rezeki saya..rezeki orang lain. Mungkin ada sesuatu yang tidak betul dan tidak kena pada diri saya  yg saya tidak sedari dan mungkin juga saya sedari.


Apalah sangat dengan kehilangan sebuah handphone samsung yang canggih dan wang yang tidak seberapa berbanding dengan hamba Allah lain yang lebih hebat bebanan yang ditanggung seperti kematian, kesakitan yang berterusan, kebakaran harta dan kemusnahan harta, bencana alam, dirompak, dan sebagainya. Mereka lebih hebat kerugian dan kesengsaraan yang ditanggung. 

Apa yang dialami ini  hanyalah secebis dugaan Allah pada hambanya... sekurang-kurangnya menyedarkan saya supaya tidak alpa terhadap Suruhan NYA dan Arahan NYA... Alhamdulillah saya terima ujian ini dengan berlapang dada. Saya bersyukur apa yang berlaku kerana ini hanya ujian kecil sahaja yang diturunkan...   Setiap yang berlaku itu mesti ada sebab dan musababnya...  

Ok .. terlalu amat panjang cerita saya pada kali ini... bukannya ada apa sekadar luahan rasa disebabkan kegeraman yang terlampau untuk jadi pengajaran pada saya dan pembaca blog saya.. 

saja  yang ini saya cerita awal insiden di Kota Paris ini ...  Saya ada cerita lagi lawatan saya dan isteri ke London dan Amsterdam sebelum ini.. .. Sedang proses edit. Nanti tunggu ceritanya.. agak mencabar sikit lawatan  saya kali ini...

Sebenarnya bercerita melalui tulisan seperti saya ini bukannya mudah. Hendak mendapat idea satu hal, hendak menyusun ayat2pun satu kerja juga, kadang-kadang terlintas idea mai sepantas kilat, nak kena sambar cepat, kalau tidak terlepas begitu, daya ingatan kita bukan kuat sangat. Menyusun ayat dalam bentuk tulisan agak sukar berbanding hanya bercakap ..  Nasib baiklah ada note book yang comel ini , boleh cepat-cepat taip bila terlintas.. dan saya boleh edit, tambah, potong, perbetul dimana yang patut dan sesuai.

Jumpa lagi..  

18 November 2013

Warna Warni Kota Raya Paris .. Kota Seni dan Budaya....

Catatan: Mohd Asri Redha
07 November 2013

Assalamualaikum.. WRT..

Terjumpa iklan pelancongan Pulau Langkawi
di Stesen Keretapi Bawah Tanah Metro...  
jauh juga promosi oleh LADA, MAS, Tourism
 dll...........
Saya nak sambung cerita lagi berkenaan Kota Paris ini, tapi tak mahulah cerita fasal konferens -TRIZ  saya hadiri itu kerana dah cerita panjang fasal itu. Bila sudah melawat negara orang tu kenalah juga tengok  dan belajar akan apa yang ada di Kota Paris ini. Sebetulnya di Kota Paris , kalau nak cari tempat-tempat menarik dan indah indah tu .. rasanya taklah cantik sangat. Selalunya tarikan tempat pelancungan orang-orang biasa macam kita ni ialah ke Menara Eiffel lah... satu-satunya tarikan utama yang agak unik kat Kota Paris ni.. Selain itu ada juga Taman Tema Disneyland... itu biasa sahaja...

Tapi kota Paris ini sebenarnya kota kebudayaan dan kesenian.. kerana terlalu banyak galeri dan muzium yang pelbagai,. Bangunannya juga semua berukiran dan seni-seni yang indah-indah dan besar-besar tapi tidak tinggi.. Banyak sungguh.. Kota ini menjadi tumpuan kepada peminat-peminat seni lukis, teater dan nyanyian opera serta pertunjukkan 'The Most Famous Cabaret in THe World'. Banyak pertunjukan kabaret di Paris ini..

Banyak galeri lukisan di Kota Raya Paris ini.. jualan lukisan
ditempat seperti inipun banyak , dan harganya agak 

berpatutan.. Nak belipun dan tak dak tempat nak

gantung gambar-gambar tersebut..
kat rumah...

Ia juga menjadi tempat membeli belah barangan berjenama... Setiap hari ada-ada sahaja aktiviti seperti ini dimerata tempat di kota Paris ini.... Sebab itu pelancong  yang melawat ke Kota Paris ni ada style sikit.. sesuai untuk orang-orang kaya bercuti disini.

Dinding-dinding bangunan ini nampak cantik pula 
bila dilukis sebegitu dan jadi tempat santai-

santai dilorongnya sambil menjamu selera..Rue Denoyez,

di Belleville. ini adalah satu contoh terbaik betapa lukisan

jalanan amat penting di Paris..
Satu yang menarik pada saya ialah dari segi pengangkutan awamnya amat efisien. Sistem pengangkutan awamnya seperti basnya,  tram, teksi serta paling best keretapi bawah tanah dalam kota raya ini amat berguna . Semua tempat menarik di sekitar kota Paris ini ada stesen keretapi metro nya .. Berpuluh stesen keretapi metro ada sekitar tempat menarik dan tumpuan di Paris ini. Saya dan anak buah juga menggunakan sepenuhnya kemudahan keretapi metro ini dengan membeli tiket untuk 5 hari dengan harga 32 Euro seorang. Tiket ini boleh digunakan tanpa had disekitar Kota Paris ini untuk guna keretapi metro, bus dan tram yang ada . Keretapi nya selang 3  atau 4 minit sahaja akan datang , dan laju pula tu..  sentiasa sahaja penuh keretapi bawah tanah tu.. memang boleh buat duit operator keretapi ni.  Sebab itulah saya rasa kesesakan kenderaan agak kurang berlaku didalam kota Paris kerana sebahagian besar warganya menggunakan kemudahan pengangkutan awamnya yang cekap. Disamping itu penggunaan basikal juga jadi perkara biasa saja di kota ini..

Tapi kalau nak pergi ke airport  Aeroports De Paris CDG kena pergi awal 4 jam atau 5 jam lebih awal sebelum penerbangan kerana memang sesak teruk kat jalan menuju ke airport tersebut...

Stesen Keretapi Antara Negara. Gare Du Nord ..Disinilah 
terletak stesen keretapi laju yang menghubungkan negara

negara Eropah.....  
Ada tempat 'shoping' barangan berjenama 
terutama pakaian,beg tangan, & wangian
.. bermacam jenama terkenal ada kat sini
... siap duit sahaja.... hanya beberapa  
puluh meter sahaja dari stesen
keretapi Metro 

Perangai orang Perancis agak berbeda dengan perangai orang Korea Selatan yang bersopan sikit , tapi orang Perancis ni nampak berlagak sikit.. Mereka tidak kisah sangat dengan pelancong-pelancong.. Saya tak tahulah samada mereka boleh atau tidak berbahasa inggeris, tapi selalunya mereka gunakan bahasa ibunda mereka... cukup fanatik dengan bahasa mereka, apatah lagi kebanyakan negera-negara luar yang pernah dijajah oleh mereka seperti banyak negara di Afrika menggunakan bahasa Perancis..

Kalau nak ke Menara Eifel .. datang dengan keretapi
metro dan turun distesen inilah...mudah sangat.. tapi
kena berjalanlah sikit ...
Sebagai sebuah negara yang bebas dari dijajah orang Perancis terasa depa ni hebat sangat...tak apalah.. biarlah mereka dengan labu-labunya.. Saya sekadar melawat dan melihat-lihat negara orang yang berbeda dengan kita dari segi budaya, agama, bahasa, dan cuaca juga... Segala yang diperhatikan, didengar dan dirasa boleh dijadikan pengalaman yang menarik untuk saya bawa pulang ke negara kita yang lebih menarik... ada yang boleh dijadikan sebagai contoh dan idea yang menarik yang mungkin satu hari nanti kita boleh laksanakan dinegara kita seperti sistem keretapi bawah tanahnya, penggunaan basikal dalam bandar, sistem keretapi lajunya, pengurusan  kawasan pelancongannya.

Satu cara cari duit oleh penyangak jalanan.. jaga-jaga jangan 
 terperangkap dengan taktik mereka ini.. kerana ia ada unsur
tikam atau pertaruhan duit..nampak senang menang tapi 
sebenarnya ia dirancang dengan begitu baik untuk mem-
perdayakan pelancong... sindiket sindiket in saya jumpa
di sekitar Menara Eifiel... sekadar ingatan kerana  ramai
pelancong yang terperangkap dengan cara mereka....  
Cara mereka berpakat memang berkesan... hingga 
pelancong yang lalu kat situ akan teruja untuk berhenti
dan joint sama dengan mereka.......
Satu lagi yang amat menarik minat saya
.. tandas awam ni tak ada siapa jaga.. 
ianya tandas awam elektronik.masuk percuma.
tp setiap seorang masuk kena tunggu sat kerana
tandas akn proses automatik..  Tak ada tanda-
tanda dirosakkan oleh pihak tak bertanggung
jawab.. itu yang bagusnya.. tahap disiplin mereka
begitu tinggi dalam hal ini. sebab itu boleh buat 
tandas sperti ini tengah-tengah bandar Paris
...  Cuba bayangkan kat Malaysia, dalam kita 
jaga tandas itupun masih lagi kotor, busuk 
dan diconteng sana sini...
Ada juga yang langsung kita tak boleh pakai iaitu kebebasan seks yang diamalkan, bebas sebebasnya walaupun TVnya tak tunjuk tapi dalam kami dok 'melilau' sekeling kota Paris , terjumpa banyak sungguh 'Sex Shop' dan kedai-kedai yang seumpamanya.... tapi tak nampak banyak orang masuk pun.. mungkin siang kut.. Agak-agaknya kalau buka kat Malaysia .. jadi lagu mana noo... nak tunjuk gambar tak kesampaiaan kerana handphone saya telah hilang kat kota Paris ini. Dalam hp tu banyak lagi gambar-gambar yang saya ambil termasuk di Yeosu Korea, Istanbul Turki dan di Paris. Nasib baik ada backup dari kamera lain dan kamera anak buah...


Bas yang disediakan ini sesuai untuk bersiar-siar sekitar
kota raya Paris ini.. duduk diatas tu tempat terbuka, 
cukup selesa dan luas pandangan, tapi kalau tak 
tahan sejuk jangan cuba-cuba....ada berpuluh-puluh
pakej lawatan disediakan mengikut kesesuaian masa 
dan minat pelancong....




Kutipan sampah dilakukan pada waktu malam... jadi pada
siang harinya tak kan jumpa lori-lori seperti ini beroperasi.






Menara Eiffel .. satu-satunya yg menjadi
tumpuan pelancong. Untuk naik ke atas

perlu bayar dan pada waktu saya 

lawat kena tunggu sampai 2 jam baru

boleh dapat naik keatas.. Kalau atas

sekali harga lain pula dan lebih tinggi

Kalau puncak bayar 14.5 Euro, Tengah
bayar 8.5 euro.. Kalau sanggup naik 
tangga murah sikit.

Saya amat berminat dengan sistem pengangkutan di Kota
Paris ini. Kaedah ini sama sepertimana yang saya jumpa 
di Kota Yeosu, Korea Selatan.. Basikal ini kepunyaan
syarikat. Sesiapa yang hendak guna basikal ini hanya
bayar dengan kad debit yang dimiliki dan ambil. dan  
tak perlu dikembalikan ditempat asal. Dimana ada
tempat seperti ini boleh diletakkan basikal itu...  
Persoalannya .. tak ada orang nak curikah basikal ni..
Kalau di Malaysia macamana agaknya kalau macam 
 ni.. habis dirongkah buat besi buruk dan dijual

15 November 2013

8th Mayor Silk Road Forum Yeosu 2013 Korea Selatan.... Alor Setar Terletak Di Laluan Sutera


Incheon International Airport, Republic Of South Korea
Catatan: Mod Asri Redha
Tarikh: 25 Oktober 2013


En Izham.. anak buah yang 
turut bersama saya dalam
forum tersebut.. 
Salam sejahtera buat saudara pembaca blog saya. Hari ini banyak bahan untuk menulis untuk blog saya ini. Sewaktu saya menulis blog ini saya berada di Incheon International Airport,  Korea Selatan. Saya ada masa lebih kurang 5 jam kat airport ini sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Istanbul , Turki untuk satu lagi urusan rasmi yang belum lagi beres. Jadi ada masa banyak , setelah 'cemuih' ronda-ronda kat dalam airport yang besar ini, elok buka notebook saya ni tulis apa yang patut sepanjang saya berada di Korea Selatan dari 21 Oktober 2013 hingga 25 Oktober 2013.

Sebenarnya saya sudah 6 hari berada di Korea Selatan, khususnya Kota Yeosu di selatan Korea Selatan. Kotaraya Yeosu ini mempunyai penduduk lebih kurang 300,000 orang sahaja dan mempunyai 365 pulau. Kota Yeosu ini sebenarnya jarang menjadi tempat lawatan pelancong Malaysia, mungkin kerana terletak jauh di selatan Korea.. Namun kota ini sebenarnya lebih dikenali sebagai pusat marine dan mempunyai tempat yang menarik untuk tujuan sukan, pelancongan marin, leisure, pendidikan dan kebudayaan. Nanti saya cerita kenapa saya ke sini...

Perjalanan saya dari KLIA ke Incheon International Airport mengambil masa lebih kurang 6 jam. Namun destinasi saya bukan di Seoul. Dari Incheon International Airport saya naik pula limousine bus ke Gimpo Airport… lebih kurang 20 minit perjalanan. Agaknya airport ini adalah untuk penerbangan tempatan kut sepertimana di Lapangan Terbang Subang.

Dari situ saya menaiki pula penerbangan tempatan Korea Airlines menuju ke Yeosu Airport yang mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Nama Bandaraya Alor Setar terpahat ditugu peringatan
WongChoon Park .. iaitu satu pusat pelancongan yang

sedang dibangunkan..
Jadi letih jugalah perjalanan nak sampai ke situ… Hasrat  untuk menghadiri 8th Mayor Silk Road Forum Yeosu 2013 di kotaraya Yeosu  ini. Nampaknya perjalanan saya berjalan lancar sejak tiba di Incheon lagi kerana pihak urusetia telah atur segala dari Airport Incheon lagi..

Saya tidak begitu pasti bagaimana Majlis Bandaraya Alor Setar boleh berada dalam senarai ahli  laluan Silk Road ini hingga dijemput oleh jawatankuasa induk tersebut dengan segala perbelanjaan mayor yang hadir dalam forum  ini ditaja oleh Kerajaan Korea Selatan.  Walau bagaimanapun rasanya kerana kedudukan 'geography'  Kedah khususnya Alor Setar itu sendiri di katakan masih dalam laluan sutera disebelah selatan walaupun kebanyakan bandar-bandar yang terlibat ialah di utara bumi.  MBAS juga mula dikenali diperingkat antarabangsa melalui pencapaiaan anugerah-anugerah berprestij seperti yang diperolehi oleh Datuk Bandar MBAS di Swiss baru-baru ini.

Sepanjang Forum dok kat sinilah sambil dengar pelbagai
bahasa yang disampaikan.. tapi ada terjemahan 
kepada bahasa inggeris.
Selesai sudah majlis tandatangangan MOU antara
saya yang mewakili MBAS dengan Mayor Yeoshu City..
Inisiatif mengadakan ‘Silk Road Mayors Forum’  telah  dimulakan oleh  PBB pada tahun 2006 dalam usaha untuk mengujudkan kerjasama dan promosi  ekonomi,  pertukaran kebudayaan dan pembangunan pelancongan antara bandar-bandar sepanjang Laluan Sutera. Inisiatif terbaru yang diperkenalkan ialah untuk bekerjasama membasmi kemiskinan dengan meningkatkan kerjasama ekonomi,  sector pelancongan, pelaburan dan perdagangan. Dalam forum ini banyak diskusi telah dibuat dan pembentangan dari pakar-pakar yang datang dari pelbagai negara yang terlibat membincangkan dan membuat resolusi yang bersesuaian dengan kerjasama antara Bandar-bandar disepanjang laluan sutera.

Di akhir forum di Yeosu ini satu deklarasi bersama telah dikeluarkan yang dinamakan ‘Declaration Of Yeosu The 8th Silk Road Mayors Forum 2013’  Asas kepada deklarasi ini adalah berdasarkan thema ‘ Harmony Of Global Civilization And Roles Of The New Silk Road’

MBAS juga telah mengadakan MOU untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang yang memberi kebaikan bersama dengan Kotaraya Yeoshu, dimana satu majlis menanda tangani MOU antara Mayor Yeosu City dengan MBAS yang diwakili oleh saya.
MOU yang ditandatangani antara 
Saya mewakili MBAS dan Mayor 

Yeosu City. Mr Kim Chung Seog

Sempat berkenalan dan menyampaikan cenderamata 
kepada Dr Kwaak Young Hoon, Presiden WCO
(The World Citizens Organization)  Orang
yang memainkan peranan penting dalam 
menjayakan forum ini...mesra orangnya.





















Nama Bandaraya Alor Setar juga telah terpahat di Batu Peringatan di Woongchun Park… satu tempat pelancungan yang baru sedang dibangunkan.                                                                                                                            
Kotaraya yang pernah mengadakan forum ini sebelum ini ialah Tashkent Uzbekistan, LanZhou China, Almathy Kazakhstan, PyeongTaek Korea Selatan, Shiraz Iran, Grozny Chechnya  dan Gaziantep Turki .

Tahun hadapan telah diputuskan pula Bandar Urumqi , di  China..Bandaraya ini khabarnya majoritinya orang Islam..   Dengar namapun pelik-pelik. Rasanya jarang orang kita pergi melancong kat tempat-tempat ini .. tapi bila tengok 'slide' dan video promosi mereka nampak cantik dan indah pemandangan belaka dan bangunan-bangunan tinggi memang banyak kat situ….  Selama ini kalau buat lawatan pun hanya tempat2 yang biasa dilawati sahaja. Rupanya kita kurang pendedahan  ada lagi bandar-bandar yang amat jarang dilawati dan mempunyai pelbagai tarikan dan keunikan yang tersendiri yang belum pernah kita lihat…

Persembahan kebudayaan Korea 
banyak melibatkan gendang-gendang
yang pelbagai dari sekecilnya hingga
begitu besar.. begitu harmoni bila di
mainkan oleh anggotanyanya
Orang kata sudah datang ketempat seperti ini, saya ambil kesempatan juga melawat tengok beberapa tempat di sekitar Yeoshu ini. Cumanya urusetia tak bawa kami melawat tempat membeli belah mereka… saya pun dok tengok juga kat mana boleh ‘ shoping’ macam kita pi kat China dan Vietnam.. Tak dak tempat macam tu kat Yeoshu ni… frust juga…. Rasanya kena tukar balik lah duit Korea tu… mungkin di Bandaraya Seoul ada kut, tapi saya tidak berkesempatan untuk melawat
Seoul … hanya
Telah disahkan bahawa Alor Setar telah dimasukkan salah 
sebuah bandar yang berada di Laluan Sutera.. walau
 terletakagak ke bawah sedikit dari Laluan 
Sutera utama disebelah utara..
















sekadar lalu dipinggiran Bandar sahaja.. jadi terlepas peluang lawatan ke Seoul.

Anak buah  saya yang bersama saya ke Yeoshu telah tambah masa satu hari lagi kat Seoul untuk melawat sekitar tempat menarik di Seoul dengan bantuan tourist tempatan. Saya terpaksa berlepas ke Istanbul untuk mengikuti satu lagi program yang ada kaitan dengan program kualiti. Nanti saya akan cerita fasal program tu bila dah tahu apa itu TRIZZ. Jadi bukan pi makan angin juga lah saya… kena masuk seminar juga.  La nak cerita tak tau apa lagi… ni nak dengar bahasa apa pula tak taulah… rasanya bahasa France  pula kut sebab kursus tu di Paris. Kat Istanbul tu transit 2 malam sahaja. Sempat juga kut untuk tengok Bandar yang amat bersejarah dalam tamadun Islam ini. Harap2 begitulah…

Mengambil kesempatan promosi
kan Kedah & Alor Setar dengan

mengedarkan risalah-risalah 

berkenaan di kaunter 

pendaftaran Forum..
Berbalik kepada kotaraya Yeosu ini ianya sepertimana yang saya cerita pada awal pengenalan cerita ini memang sebuah bandaraya yang begitu pesat membangun. Apabila melawat luar Negara yang begitu berbeda dengan budaya kita,  saya suka sangat melihat , memerhati, mendengar dan merasai sendiri cara kehidupan bangsa Korea ni khususnya di Yeoshu… Kerana dari situ baru kita tahu bagaimana mereka boleh maju, boleh moden, boleh kaya, boleh tinggi tahap disiplin, boleh memahami teknologi tinggi, boleh segalanya… Ianya terletak kepada budaya yang diamalkan oleh sesuatu bangsa itu sendiri sejak turun temurun… Sebab itu kita jangan heran kalau sesebuah Negara itu kaya dengan segala hasil mahsyulnya baik dalam bumi, atas darat, atas udara tetapi Negara itu masih lagi tidak maju maju , masih miskin, rakyat porak peranda, dan segala macam yang lemah lemah belaka yang ada, harta yang mereka dikaut oleh orang luar. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah budaya yang diamalkan rakyatnya dan ditanamkan oleh pemerentah dulu dulu.

Forum ini disebarkan secara meluas di
akhbar utama Korea Selatan seperti

The Korea Herald..
Sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia menyedari awal akan hakikat ini dan mengadakan 'Polisi Pandang Ke Timor'. Walaupun mereka bukan beragama Islam, tapi pada hakikatnya dari segi tingkah laku, kejujuran mereka, keilmuan mereka, kebaikan mereka memang menepati kehendak agama Islam… jadi yang mana baik dan tidak bertentangan dengan agama kita apa salahnya kita jadikan contoh dan amalan ikut mana yang bersesuaian.

Saya teringat semasa majlis menandatangani MOU sedang berlangsung antara saya dengan Mayor Yeosu City berlangsung, terdapat kesilapan dokumen yang diberikan untuk ditandatangani…  namun majlis itu berjalan juga, tetapi selepas itu saya didatangi oleh beberapa orang pegawai Yeoshu City yang saya rasanya pegawai2 kanannya.. berulang kali silih berganti memohon maaf, sampai saya naik rasa serba salah dibuatnya… Kalau kita cakap takat sekali cukuplah. Di sana tidak begitu, waktu lunch pula ada pula seorang pegawai kanan Yeoushu City yang cepat datang duduk sebelah saya dan sambil makan2 tu minta maaf lagi… waduh… sampai begitu sekali… Adakah ia kerana dimarahi oleh Mayornya atau memang merasa bila ada buat silap maka semuanya merasa bertanggungjawab hinggakan seorang demi seorang datang minta maaf….  Semasa tandatangan semula MOU itu dibilik khas  minta maaf lagi… Jadi tak tau nak kata apalah saya…

 Itulah antara budaya yang diamalkan  yang dari situ saja saya terasa amat kerdilnya diri saya dan orang orang kita bila berada dalam situasi sebegitu. Mereka tidak mahu langsung kita terkilan akan perbuatan mereka. Jadi sememangnya layanan mereka memang terbaik bagi saya bahasa yang mesra dan lembut walaupun cakap inggeris lebih kurang saya juga tunggang terbalik, tapi  masih nak bercakap dan boleh gelak bersama pula tu…..  kelembutan anak gadis mereka tu boleh bikin tersangkut hati juga tu kalau lama-lama dok bergaul dengan mereka.. Jadi jangan hairanlah artis Jehan Miskin boleh tersangkut kat gadis Korea walaupun kalau tengok wajah tu tak tera mana…. Eh.. pi kut tu pula.

Tahap disiplin mereka memang tidak dinafikan ketinggiannya. Disiplin mereka ini diterjemahkan melalui cara bawa kenderaan mereka, masa yang tepat, sampah tidak dibuang merata, tidak ada contengan disana sini setiap perabot jalan atau dinding, patuh kepada setiap undang-undang dan peraturan sehingga sepanjang saya berada di sini, terlalu amat kurang kelibat polis saya terlihat.  Bilik air awam , bilik air hotel dan tempat pelancungan dan dalam bandar sentiasa dalam keadaan elok dan berfungsi walaupun ianya kebanyakannya berteknologi tinggi, tapi tidak disalah gunakan dengan dirosakkan dan diconteng sana sini.  Mereka juga sentiasa tunduk bila nak berdepan dan bercakap dengan orang awam atau bersalam,  taksub dengan bahasa mereka walaupun tahu berbahasa inggeris mereka masih cakap bahasa Korea.. Cara mereka bekerja bila diberi tanggungjawab.. Semasa forum ini berlangsung, mereka sentiasa ada bersama kita, tak tinggal termasuk Mayornya yang saya rasa tak boleh langsung bercakap Inggeris tapi. Sampaikan tiap kali naik bas untuk balik ke hotel pun mereka beratur ditepi jalan untuk bye bye kat peserta seminar… Jadi itulah orang Korea yang saya rasa patut dicontohi.

Satu perkara menarik yang saya dapat belajar ialah melihat kepada penggunaan teknologi tinggi dalam segala bidang khususnya penggunan teknologi maklumat. Saya hairan juga kenapa kedai nampak banyak (kebanyakan lebar kedai tak sampai 3 depa} tapi tak nampak pelanggan masuk pi mai pi mai. Hari hari macam tu. Macam mana mereka nak untung. Rupanya kebanyakan penduduknya guna teknologi  it sahaja, order barang melalui internet sahaja. Sebab itu saya dapati ‘internet broadband’ mereka ada dimerata tempat, dan percuma sahaja. Telefon pilihan mereka tentunya Samsung dan LG. Saya sempat juga dibawa melawat dan mendengar taklimat di Kilang LG terbesar di Yeoshu. Saya tidak tahu samada kerajaan yang tanggung atau memang setiap premis perniagaan diberi insentif untuk sedia internet percuma…Di kedua dua hotel yang saya menginap pun internat wifi dan sambungan internet ada disetiap bilik tanpa ada masalah untuk digunakan. Berbeda sangat dengan kita di Malaysia.. Walaupun syarikat telekomunikasi di Malaysia untung berbilion Ringgit Malaysia tapi masih dikenakan kadar harga yang agak membebankan pengguna. Penggunaan internet dalam urusan harian penduduk memberi perubahan besar pada setiap aktiviti penduduk dimana kesesakan jalan raya kurang terjadi dan pergerakan wang tunai hanya berlaku dalam system sahaja. Disamping itu disebabkan tahap kejujuran yang tinggi dikalangan rakyatnya membolehkan system perniagaan melalui internet ini berjalan lancar .

Melalui system IT yang terkini dan tersebar luas baik dikalangan rakyatnya yang berbilang usia , yang tua pun cekap guna it maka saya tertarik satu cara urusan niaga yang dijalankan dengan mengunakan kad … dipanggil kad 'T-Money Card'. Kad ini lebih kurang kad Touch N Go.. tapi penggunaan kad Touch N GO ini tidak meluas penggunaannya, jadi ada setengah tempat boleh guna dan ada setengah tempat tak boleh guna.. Ini menimbulkan masalah juga . Tapi  di Korea Selatan dengan penggunaan kad ini, dimana mana sahaja tempat kedai ada kemudahan bayaran menggunakan kad ini. Kalau tidak ada kemudahan ini kemungkinan orang tak masuk kedai tersebut. Pengguna boleh tambahkan duit pada kad itu ditempat yang ditetapkan disubway stations yang mempamerkan loga kad T Money Card.. Kad  ini membolehkan digunakan untuk tambang bas, subways, parking, tol, masuk tempat pelancongan yang berbayar. Pelancong wajar gunakan kad ini kerana kalau tidak habis belanjapun ianya boleh dituntut balik. Saya rasa kita di Malaysia boleh laksanakan ini kerana kita sudah ada kad Touch N Go… mungkin syarikat lain boleh ditambahkan lagi. Cumanya kemungkinan kedai kedai tidak mahu ambil bahagian dalam menyediakan kemudahan seperti ini mungkin kerana bayaran penyediaan peralatan dan kemudahan talian yang agak masih mahal menjadi penghalang kepada penggunaan secara lebih menyeluruh dan meluas . Sebab itu untuk kemudahan bayaran melalui kad kredit pun ada masalah kos yang agak tinggi menyebabkan kedai-kedai kecil tidak mahu membukanya. Rakyat Malaysia pula bukan semua ada kad debit atau kad kredit, walaupun berpendidikan tinggi atau sederhana… tak taulah fasal apa.. alasan utama takut tak boleh kawal penggunaannya atau takut terlajak membeli belah… kalau itu isunya.. itu hanya masalah sikap dan tabiat diri seseorang sahaja… Ini susah mahu diajar… sendiri fikirlah..

Satu lagi kad yang diperkenalkan khas untuk pelancong sahaja ialah 'Seoul City Pass Card'. Kad ini membolehkan pelancong menggunakan tanpa had untuk seluruh kawasan kawasan bagi digunakan menaiki Seoul City Tour Bus dan naik mana-mana bus dan subways yang ada di Seoul. Harganya lebih murah berbanding dengan belian setiap kali hendak guna kemudahan awam tersebut. Kad ini memang berbaloi untuk dibeli kerana memang murah dan menyenangkan Pelancong boleh membeli kad ini di Airport dan 'convenient stor' yang ada disekitar bandar dan pusat penerangan pelanconngan Korea Selatan.  Penduduk tempatan tidak boleh memiliki kad ini kerana ia khusus untuk pelancong luar negara  sahaja kerana terdapat diskaun yang agak banyak apabila memiliki kad ini.

Negara yang kaya dan rakyatnya kaya dan tahap pengangguran yang rendah selalunya tidak mengundang kepada risiko keselamatan kepada rakyat dan pelancong yang datang . Negara akan selamat sebab semua rakyat ada kerja. Yang jadi masalah kalau tidak ada kerja yang cukup itu yang menyebabkan kes jenayah berlaku dengan berleluasa. Jadi Malaysia dan warga dikawasan Majlis Bandaraya Alor Setar kena maju dan ada duit yang mencukupi untuk berbelanja  baru hidup aman sentosa. Kalau adapun itu hanya sekadar isu isu terpinggir sahaja yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu dalam politik tidak kira negara kaya atau tidak perebutan untuk menjadi pemerentah memang berlaku..  cuma caranya atau pendekatan yang berbeda. Bagi Negara Maju seperti Korea dan Jepun.. kalau gagal dan berlaku sesuatu yang tidak dapat diselesaikan dibawah kawalan pemerentah.. ketuanya bertanggung jawab dan letak jawatan tanpa dipaksa, di Malaysia bolehkah begitu…. Satu persoalan yang sukar dijawab bila melihat kepada realiti.....

Ok rasanya cukup takat sini saja cerita saya... dah nak berlepas ke Istanbul... Naik fligt Korean Airlines..... rasanya lebih kurang 10 jam juga penerbangan ke Istanbul... Lepas ni saya cerita pula kisah-kisah di Istanbul, Bandaraya Pertembungan Asia dan Eropah.. tentu menarik kan....

asriredha \,teratak kasih...
There was an error in this gadget