09 April 2016

Teruja Dengan Negara Matahari Terbit ... Dimana terbitnya matahari kat Jepun ni ?

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 09 April 2016

Assalaamualaimum WRT.. dan Selamat Sejahtera buat sahabat-sahabat ku yang amat baik sekalian. Moga kalian bertambah sihat sejahtera dan baik segalanya..

Hari ini saya kembali muncul balik dengan catatan blog saya yang terkini.. sekadar penceritaan peristiwa semasa yang saya alami dan pelajari. Cerita saya kali ini fasal lawatan saya ke Jepun.. Khususnya ke Fukuchiyama Shi, Yamanashi , Osaka, Kobe dan Kyoto serta Tokyo.. Sebenarnya saya tidak pernah  lagi melawat ke negara Matahari Terbit ini . Dok tunggu lama sangat dah  ..kut-kut dapat lawatan percuma samada yang diatorkan oleh Kerajaan Negeri atau PBT.. Tapi nasib tidak menyebelahi saya. Sampai keakhirnya, tak dapat-dapatmjuga. Mau tak mau saya nak kena pergi juga negara Jepun ini. Selama ini segala hal cerita dan pengetahuan berkenaan  Jepun ini hanya melalui majallah dan media elektronik serta cerita-cerita dari sahabat dan anak yang belajar dan bekerja disana. Boleh bayangkan saja la, tapi tak merasainya sendiri.

Lawatan bercuti inipun setelah mengambil kira anak  dan menantu saya bekerja di Jepun. Kalau tidak pakai tidak kesampaian juga..  Jarang ada pakej lawatan ke Jepun, kerana kosnya memang tinggi. Ada keluarga atau sahabat disana senang sikit terutama untuk berhubungan dengan orang Jepun. bukan ramai yang boleh bercakap bahasa lain walau yang mudah-mudah. Memang fanatik sungguh orang Jepun dengan budaya mereka. Kita ikut sahaja la...

Saya nak cerita apa ya...  bolehlah cerita akan tempat2 yang kita pergi lawat itu secara ringkas. Kalau nak dapat yang detail, cari dalam internet, berlambak  ada maklumat berkeanaan tempat-tempat menarik samada yang berkaitan sejarah, membeli belah dan lain2 lagi. Saya lebih suka melihat akan teknologi terkini mereka, cara dan budaya hidup mereka, amalan-amalan mereka dan seumpama itu.. Sebab saya lihat mereka ini mempunyai tahap disiplin yang amat baik terutama dari segi integriti dan kepatuhan kepada peraturan dan peradaban mereka . Saya amat respect terhadap mereka ini dalam aspek2 seperti itu, walaupun sebahagian besarnya rakyat Jepun ini kurang mempercayai agama.  Yang mana yang baik kita boleh jadikannya sebagai panduan dan pengajaran dan ada juga yang tidak baik yang boleh kita jadikan sempadan. Sebab itu masa zaman Mantan PM Tun Dr Mahathir beliau telah melihat aspek disiplin yang tinggi dikalangan rakyat Jepun yang menjadi pencetus utama kepada kehebatan pembangunan negara Matahari Terbit ini dan melancarkan Dasar Pandang Ke Timor. Kerana adanya dasar inilah maka  anak saya dapat peluang belajar di  Tohuku University , Sendai Jepun dan seterusnya dapat bekerja di Jepun Terima kasih rakyat Malaysia yang sedikit sebanyak membiayai perbelanjaan pengajian anak saya di Jepun.. Kosnya bukan murah belajar di Jepun.

Dah sampai ke Kansai International Airpot.
System kemasukan melalui pintu imigeresen
agak leceh sikit. lebih 30 minit kena tunggu
baru dapat cop pasport. Piagam pelanggan
yang tertulis tidak lebih 30 minit menunggu
dah tak boleh pakai lagi. Sepatutnya bagi se
buah negara yg berteknologi tinggi sebegini
perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku.
Perjalanan ke Jepun kena rancang betul-betul.. Jadi saya ambil tiket secara online saja untuk  2 orang dari Alor Setar Airport terus sampai ke Kansai International Airport. Saya lebih senang menggunakan perkhidmatan MAS kerana mudah sikit. Naik fligt dari Alor Setar terus ke KLIA dan dari KLIA naik MAS juga terus ke Kansai Int Airport. Beg terus 'check in' kat Alor Setar dan ambil terus di Kansai International Airport. Perjalanan mengambil masa 5 jam 45 minit. Selesa perjalanan.. Masa saya naik flight MAS tu, penoh kerusinya... maknanya memang berbaloi la perkhidmatan MAS ke Jepun ini...  dan perlu dipertahankan laluan ini kerana menguntungkan.


Bunga Sakura

Tempat ini secara kebetulan sahaja , bila saya pi melawat

Kofu Castle di Urban Park Maizuru-Jo Park.
Orang kata kalau datang ke Jepun tak tengok bunga sakura berkembang macam tak sah.. Sebab itu kalau nak atur pergi ke Jepun kena tahu betul-betul tarikh yang sesuai, kalau tidak takkan berjumpa dengan bunga Sakura yang berkembang. Bunga Sakura atau 'cherry blossom' bolehlah dilambangkan sebagai simbol kepada musim bunga. Musim bunga sakura ini agak pendek. Waktu saya datang ini bukan tengah rancak bunga ini berkembang. Kerana kebiasaannya ia berkembang mekar pada hujung bulan Mac dan awal bulan April. Tak lama ia berkembang lebih kurang 5 hari ke 7 hari sahaja.  Kalau cuaca sejok terlampau bunga sakura ini akan lambat berbunga tapi kalau cuaca agak panas lebih cepat bunga sakura akan berbunga.  Bunga Sakura yag sangat terkenal namanya Somei Yoshina yang berwarna putih. Ia berbunga tanpa daun. Ada banyak lagi jenis bunga yang pelbagai warna. Masa saya dok rehat kat penginapan saya tengok rancangan khas di TV berkenaan musim bunga sakura ini muncul. Memang orang Jepun amat teruja menanti kedatangan kemunculan bunga sakura berkembang. Bukan teruja biasa-biasa... tapi teruja gila... ada yang tunggu semalaman untuk menunggu sekuntum atau 2 kuntum bunga sakura ini berkembang dulu.. dan ambil gambar. Agak-agak saya kalau bunga sakura ini tak mahu berkembang rasanya ramai yang boleh sakit jiwa... depa teruja sungguh... Di kilang tempat anak saya kerja, pengurusan kilang mengatorkan satu hari khas untuk pekerjanya ke Osaka bagi melihat dan meraikan ketibaan Bunga Sakura ini muncul. Kat Kedah pun ada juga macam di Jepun ni iaitu kemunculan pokok bunga tecoma berkembang.. colourful juga.. tapi orang kita tak ramai yang suka menikmati hal-hal alam semulajadi seperti ini.. bagi setengah orang biasa-biasa sahaja.


Hutan Buluh

Di pinggir Barat Daya  Kyoto ini ada satu tempat yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong tempatan tapi juga pelancong luar negeri . Tempat tersebut bernama Arashiyama.  Saya tak naik keretapi untuk ke situ.. naik kereta sahaja. Tapi ramai yang datang ke situ dengan menaiki keretapi dan turun di Arashiyama Station. Dari situ berjalan kaki sahaja ke Sagona Bamboo Grove.. kena lalui lorong-lorong jalan yang tak berapa luas melalui rumah-rumah dan kedai-kedai cenderamata dan restoran.. Tempat ini memang menjadi tumpuan pelancong disebabkan adanya Bamboo Grove. Bamboo Grove ini dulu katanya tempat raja-raja Jepun datang beristirehat . Luas kawasan ini lebih kurang 16 km persegi..

Kat belakang tu ada kubur Jepun dalam ladang 
buluh ni.. Ada orang kata ada sebuah kubur org
Islam Malaysia kat situ yg ditanam disebabkan 
masalah tertentu yg tak dapat dibawa balik
ke Malaysia.. Tak dpt  masuk ke situ.. kalau tak
boleh cari dan baca sedekah Al Fatihah.. Baca
kat luar saja....  Di Jepun kalau mati sekurang2
kena ada RM10K untuk proses simpan mayat..
Di dalamnya ada kubur, ada kuil2 lama, ada kedai , gerai2 teh Jepun , ada sungai, ada tasek kecil , ada perumahan, stesen keretapi dan segala macam yang melengkapi sebagai sebuah tempat yang boleh menarik pelancong datang bersantai-santai kat situ dengan pelbagai tujuan. Tapi yang besar kawasannya ialah Bamboo Grove inilah.

Sudah tentu ada juga pokok sakura sepanjang sungai yang berdekatan yang pasti menjadi tumpuan pelancong untuk bersantai dan menikmati kemunculan bunga sakura tersebut . Malangnya waktu saya lawat .. tak nampak lagi bunga sakura tersebut.. Tu pun saya tengok ada 2 pokok yang dah ada sikit bunga sakura berkembang, berkerumun orang pi tengok dan bergambar...

Redup saja didalam ladang Bambo ini tapi sejok tetap sejok gila..  Pokok buluh ini saya tengok sama saja jenisnya dan tinggi-tinggi sampai 150 kaki dan lurus.. jadi bila dah banyak , nampak cantik juga Bayangkan macam mana boleh orang minat mai nak tengok buluh semata-mata... Kita kat Malaysiaa pun memang  banyak juga buluh, tapi buluh kita tak macam

buluh di sini. Kalau adapun ianya tak sebanyak ini untuk setempat dan seragam .. Ujud sekadar bertumpuk sana sini.. Jadi tak menarik. Kata orang Hutan Buluh ini adalah yang paling cantik didunia.. tak taulah bagi saya biasa saja.. ianya jadi menarik kerana luasnya dan banyak buluh .. lepas itu dia buat pula lorong-lorong pejalan kaki untuk pelawat ronda-ronda. Kalau tak larat boleh naik beca yang ditarik oleh manusia.. Memang kuat sungguh pemuda-pemuda yang dok tarik beca roda 2 ini.. Saya tak pasti berapa sewanya..

Waktu saya sampai angin tak berapa kuat.. Kata orang tempatan kalau angin agak kuat kita akan dapat mendengar alunan muzik semulajadi yang dihasilkan oleh pergerakan buluh. Bagi orang berseni,  desiran ini benar-benar membuatkan kita merasakan kedamaian...  macam-macam cerita depa reka. Kalau kita buat satu kat mana-mana tanah lapang yang tak digunakan lebih kurang 10 ekar ke 20 ekar .. agak-agak ada orang nak mai datang melawat tak....

Kat Kyoto ini boleh dikatakan kota lama,, dulu pernah menjadi ibu negara Jepun.. Kota ini memang luas.  Akhirnya Tokyo mengambil alih sebagai ibu negara Jepun ..Jadi suasana klasik kat Kyoto ini masih kedapatan lagi.. Sebab itu saya hendak merasai sendiri suasana itu dengan merasai salah satu budaya tradisional yang terkenal iaitu berpakaian kimono dan pakaian tradisional lelaki Jepun.. Rupanya mahal baju ini. Kalau nak beli hampir RM2,000.00 duit kita.. Jadi ada kedai yang menyewakan pakaian-pakaian ini.  Susah juga nak pakai baju ni.. Saya dan isteripun pakai jugalah walau dalam kesejukan yang amat sangat. Meronda sakanlah saya dan isteri disekitar kota Kyoto ini sambil shoping2.. orang sekeliling tak kisah sangat kerana ramai yang berpakaian macam tu.. Masalahnya peniaga Jepun dok bercakap Jepun dengan saya.. dia ingat saya tau kot... Itulah salah satu pengalaman menarik yang saya dapat kat Kota Kyoto ini..

Bandar Raya Kobe

Kota Kobe sebenarnya merupakan bandar pelabohan.. Memang besar dan luas sungguh pelabuhannya.. Seingat saya berkereta 30 minit masih dok melalui kawasan pelabuhannya.. Bandar pelabuhannya disekalikan dengan kawasan pelancongan, bukan sekadar pelabuhan semata-mata tapi menjadi tarikan pelancong. Ianya Bandaraya ke 6 terbesar di Jepun dan merupakan ibunegeri  Hyogo Prefecture ..  Kotaraya  Kobe ini pernah hancur musnah pada tahun 1995 dilanda gempa bumi..   Semangat Jepun memang tinggi. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja mereka kembali membina dan membangunkan kota ini dengan lebih hebat lagi sepertimana yang ada sekarang ni. Dikhabarkan 100 tahun lagi akan berulang lagi gempa bumi seperti yang diramalkan oleh pakar gempa bumi mereka.  Ramalan pakar gempa bumi mereka memang terbaik..  sebab itu bila berlaku gempa bumi tidak ramai yang tercedera dan maut kerana mereka sudah bersedia hasil dari ramalan awal oleh pihak pakar-pakar gempa bumi mereka.

Dekat Kobe  ini saya hanya melawat Masjid Kobe dan Kobe Harborland sahaja. Kat Port Kobe saya hanya sekadar meronda-ronda melihat suasana pelabuhan yang juga pelancongan serta melihat kehidupan masyarakat Jepun.
Kobe Harbourland ... segalanya ada disini..
Tentunya Port Kobe Tower menjadi latarbelakang bergambar kebanyakan pelancong.. Memang meriah sungguh kat kawasan ini dengan pelbagai aktiviti .. Tapi saya rasa kalau bawa kanak-kanak ke sini pasti mereka tak nak balik punya, kerana ada tempat khas untuk kanak-kanak melepak.. Kalau nak mudah ronda pelabuhan ini boleh naik bas loop line sightseing. Ada 17 tempat hentian menarik sepanjang pelabuhan yang panjang itu.Tapi hati2 nak naik bas ada tertibnya.. bukan ikut suka kita sahaja.. kena naik pintu tengah.. Di Kobe Harborland ini merupakan kawasan pantai pelabuhan Kobe, menawarkan banyak kafe, restoren, kedai2 dan hiburan lain. Ada 2 kompleks membeli belah terbesar iaitu  Mosaic dan Canal Garden. Taman hiburan kecil dengan roda ferris terdapat dihujung Mosaic. Kalau teringin nak tinjau pelabuhan ini dari arah laut boleh melayari feri yang sedia memberikan perkhidmatan disitu...

Lawatan saya kali ini tidak mengikut lawatan biasa2 yang dibuat oleh agensi pelancongan. Kalau lawatan biasa yang selalu diatur oleh agensi pelancongan selalunya ke tempat2 yang selalu dikunjungi seperti theme park, aquarium, pusat hiburan, pusat membeli belah yang utama dan sebagainya.. Itu dah biasa sangat. Jadi ia terlalu terikat. Tapi saya melawat dengan kenderaan biasa sahaja. Jadi bebas untuk saya dan isteri melawat dimana sahaja yang sesuai terutama untuk meninjau aspek kehidupan orang Jepun secara lebih mendalam, juga melihat tentang budaya dan adat mereka serta juga untuk melihat aspek perkembangan Islam disana.  Saya juga suka ingin melihat bagaimana orang Malaysia disana boleh hidup disana samada pelajar Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang banyak juga bekerja disana. Saya telah dapat menghayati sendiri suasana kehidupan mereka walau hanya seketika dan bagaimana mereka boleh mampu untuk tinggal ditempat yang seperti itu yang amat berlainan dengan budaya, agama, cara hidup dan juga disiplin mereka.

Berada dalam dewan konvo untuk melihat majlis penganugerah
ijazah Universiti Yamanashi.. Sebelah saya itu adalah pelajar
junior yang turut sama meraikan rakan-rakan senior mereka
yang menerima ijazah... Hubungan mereka sesama senior
dgn junior memang rapat & mereka saling bergantungan
untuk hidup dikota yang amat mencabar ini  
Majlis Penganugerahan Ijazah

Secara kebetulan kehadiran saya ke Jepun ini telah memberi kesempatan untuk saya menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Yamanashi     kerana menantu saya menerima ijazah kejuruteraannya disini. ,, Semasa anak saya menerima Ijazah Kejuruteraan nya dari Universiti Tohuku Sendai, saya tidak dapat meraikannya...Yang menantu terima boleh pula...  tak apalah sama aje,, Ya laa sibuk segalanya..

Saya ingatkan majlis penganugerahan ijazah ini macam yang kita buat di Malaysia... Rupanya tak ada apa-apa yang menarikpun dari segi majlis ini.. Ianya cuma macam majlis yang biasa-biasa sahaja dan dibuat didewan biasa sahaja. Itupun bukan dewan universiti tapi disewa Dewan Bandaran yang berdekatan. Memang biasa-biasa sangat. tak ada sambutan vvip pun.. Backdrop pun tak dak tulis apa-apa.. tu dia punya senang. Rasanya belanjapun tak banyak mana... Jubah-jubah pun tak ada. Hanya seorang wakil pelajar sahaja yang naik ambil skrol ijazah tersebut mengikut jabatan akademik masing-masing.. Yang beri pun adalah  Ketua Universiti tersebut sahaja. Jamuan-jamuan pun tak ada. Namun begitu nilai ijazah mereka amat tinggi.  Kalau di Malaysia terlalu jauh bedanya yang penoh dengan adat istiadat. Bagi kita menerima ijazah itu amat besar nilainya . Sebab itu kita buat majlis yang gilang gemilang.. Belanjapun gilang gemilang juga ya.. Bolehkah kita buat begitu di Malaysia.... Rasanya tak kut... Kalau buat macam tu persepsi orang pula nilai ijazah tu lebih kurang macam tu la jugaa... tak percaya cuba universiti buat macam tu tengok..  apa orang nak komen..

Integriti, Berdisiplin dan Selamat

Di Jepun ini sebenarnya Islam masuk berkembang agak lambat dan sukar juga. Sayapun hairan juga orang Jepun ini ugama apa. Kata orang sebahagian besar orang Jepun tak ada ugama.. sebab itu kita tak berapa nampak lambang-lambang agama kat rumah-rumah mereka.. tapi depa ada kepercayaan yang tinggi kepada maharaja mereka. Fahaman mereka tidak ada lagi kehidupan selepas kematian. Peliknya walaupun mereka ini tidak berapa ambil berat hal ugama, tapi saya lihat kejujuran dan ketertiban mereka amat tinggi. Mereka amat mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan mereka. Kurang sangat  mereka yang suka melanggar undang-undang dan peraturan. Apa2 sahaja peraturan yang ditetapkan baik lalulintas, adab membeli, pembuangan sampah dan kitar semula, barangan tiruan dan lain-lain. Ada juga yang bukan ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan tapi mereka buat seolah-oleh seperti peraturan dan semua orang kena mematuhinya seperti waktu kita menaiki eskalator. Di Kotaraya Osaka kalau naik eskalator kena  berdiri sebelah kiri. Kecuali kalau nak berjalan naik sama. Tapi bila di Tokyo pula kalau naik eskalator kena berdiri sebelah kanan pula..  Sapa atur tak taulah saya.. tapi semua orang ikut ....

Hanya itu sahaja yang ada kat tempat parking
 berbayar ini... orang jaga tak ada.Tapi parking
tetap dibayar  oleh pengguna dgn masukkan
wang kedalam kotak yang disediakan
Saya tertarik akan tahap integriti mereka itu.. memang mereka jujur.. sebab itu dalam satu tempat peranginan persekitaran Gunung Fuji saya lihat tempat parking berbayar  tapi tak ada mesin kutipan atau orang yang menjaga tempat parking itu. Cuma ada catatan kena bayar berapa Yen Jepun dalm tempoh tertentu.. dan kira sendirilah berapa kena bayar dan masukkan dalam tong yang ada kat situ.. Saya tunggu lama juga tengok.. kut-kut  ada orang tak bayar dan buat tak kisah.. tak nampak yang tak bayar, semua pengguna tapak itu bayar.. Nak kata lagu mana lagi... saya tak mahu bandingkanlah dengan kita di Malaysia ni....

Mesin Minuman Automatik dan Mesin Rokok Automatik
Mesin minuman ini  canggih....
Ia akan tengok fizikal & muka 
kita & buat penilaian status 
kesihatan akan diri penguna
 & seterusnya mencadangkan
minuman yg sesuai untuk 
pelanggannya minum.
memang terlalu banyak,  ada di segala cerok tempat kat Jepun ni.. Kalau kita di Malaysia ada juga tapi tak sebanyak di Jepun dan letakpun ditempat awam yang ada ramai orang dan selamat. Kat Jepun merata ada.. di belakang bangunan pun ada.. Kat tempat yang sunyi dan jauh dari pandangan orang pun ada.. pendek kata letak rata ... tak kisah pun dari segi keselamatan.. Tak ada sapa nak kacau korek duit yang ada dalam mesin itu atau pecahkan ambil kotak atau tin minuman  tersebut. Itu yang syoknya bila tengok keadaan seperti itu kat Jepun... Ini menunjukkan majoriti orang Jepun boleh dipercayai..  Kita dalam kedai pun orang boleh korek mesin ATM yang sikit punya susah untuk diangkut. Itu tempat yang ada kawalan..

Berpeluang bersalaman dengan imam masjid
Tokyo ini.. Lihat ukiran khatnya begitu cantik

dan berseni sepertimana di masjid2 di Turki..  
Islam di Jepun

Perkembangan Islam di Jepun agak terlambat sikit berbanding dengan Kristian. Masjid memang banyak terdapat di Kota Raya Metropolitan Tokyo. Saya berpeluang bersembahyang Jumaat di Masjid Tokyo yang diselenggarakan dan dibiayai pembinaannya oleh Kerajaan Turki. Cantik masjid ini... Sekali pandang ukiran dalamannya seperti Masjid Biru di Istanbul yang pernah saya lawati satu ketika dulu.. Pelbagai bangsa dari serata dunia saya jumpa di sini... Semuanya bergerak dalam satu gerakan untuk mengadap dan menyembah Allah SWT. Di Yamanashi Prefecture saya berpeluang mengikuti perbincangan beberapa orang pelajar Malaysia disitu dan orang Islam dari negara-negara lain sedang berbincang untuk mengadakan sebuah Masjid di Bandar ini. Bandar ini tidak ada lagi masjid, menunjukkan kurangnya orang Islam di bandar ini.

Disurau yg disewa inilah para pelajar
pelajar Malaysia & beberapa orang
dr lain negara berkumpul & bersem
bahyang jemaah serta merancangkan
 akt. keagamaan & mengembangkan
Islam di sana serta membangunkan
masjid disana.
Tempat: Yamanashi City
Saya kagum dengan inisiatif pelajar-pelajar Malaysia yang belajar dikota ini bersama dengan beberapa orang Islam dari negara Islam lain untuk mengembangkan syiar Islam di sana. Halangan dan cabaran memang banyak.. Tapi mereka tetap berusaha. Orang Jepun masih lagi ada rasa curiga dengan Islam berdasarkan perkembangan keganasan yang berlaku dinegara Islam dan bukan Islam yang dikatakan dilakukan oleh  orang Islam sendiri. Mereka hanya memerlukan tapak yang boleh diluluskan oleh Kerajaan Jepun atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan tersebut. Sumber kewangan bukan masalah besar, ramai dermawan Islam dari serata negara yang sudi menyumbang untuk membina masjid , tapi itulah, tapak yang penting. dan sehingga kini mereka tetap berusaha .. Tapak asal yang sudah dibeli oleh mereka akhirnya mendapat tentangan penduduk setempat dan terpaksa dicari tapak lain yang sesuai.  Sama-sama kita berdoa agar usaha murni mereka semua itu menjadi kenyataan.


Saya amat berbangga melihat orang
Malaysia yang bekerja disana secara 
sukarela datang berkhidmat di Masjid


Kobe ini menjalankan kerja2 dakwah.

Kat belakang saya tu.. Pelawat Jepun
yang diberi penerangan berkenaan 

Islam oleh sahabat kita dr Malaysia


Masjid Kobe
Kalau datang ke Kobe , satu destinasi yang perlu dilawati ialah Masjid Kobe. Ada juga saya dengar berkenaan Masjid Kobe ini dalam beberapa artikel yang saya baca.. nah.. sekarang dah ada depan mata. Masjid ini agak ke dalam sikit .. Sekitar kawasan luar masjid ini kita akan berjumpa beberapa kedai makanan halal dan juga kedai2 yang jual barang-barang halal. Jadi tak ada masalah untu untuk cari restoran makanan halal kat sini.. Masjid Kobe ini merupakan masjid yang mula-mula didirikan di Jepun. Menariknya dalam sekeping gambar yang digantung  kat dinding masjid Kobe ini, masjid ini kekal berdiri kukuh walaupun  bangunan disekeliling masjid rebah telah runtuh semasa gempa bumi dalam tahun 1995.. 


surau yang lengkap di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kansai... Ini menunjukkan sudah ramai orang Islam yang
datang ke Jepun melalui Lapangan Terbang Antara Bangsa
Kansai ini.. Pihak Berkuasa Jepun sudah boleh bertolak ansur
dengan keperluan orang Islam di Jepun










Disurau yang disewa inilah para
pelajar Malaysia & beberapa
orang dr lain negara berkumpul
& bersembahyang jemaah serta
merancangkan aktiviti keagamaan
& mengembangkan Islam di sana
serta membangunkan masjid disana.
Tempat: Yamanashi City
Makanan


Kerajaan Jepun sudah menunjukkan minat terhadap keperluan orang Islam disana. Sebab itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ... sudah disediakan surau yang lengkap dan sempurna.. sesuatu yang amat menggembirakan orang Islam yang mengunjungi ke sana. Begitu juga  restoran kat airport ini sudah ada Restoran Halal yang saya lihat disitu ada sijil halal yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Islam di sana. 

Suatu yang pada mulanya saya rasa was-was ialah walaupun ianya restoran halal, ada juga disatu sudut kaunter  jualan arak. Itu adalah dasar kerajaan Jepun, semua restoran sama restoran makanan halal atau tidak, dikehendaki jual juga arak jika ada keperluan untuk orang yang bukan berugama Islam makan minum kat situ.. Kalau tidak mahu maka lesen perniagaan tidak akan dikeluarkan.. begitu kiranya. Nak cari restoran yang benar-benar halal sepenuhnya tentunya agak sukar, tapi bagi pelajar dan orang yang bekerja disana , mereka tahu mana restoran yang sesuai untuk dimakan.. Ada setengah restoran cuma memisahkan ruang memasak sahaja untuk menyediakan makanan yang halal dengan yang haram... dulunya orang Jepun agak ragu-ragu sikit untuk makanan yang disembelih ini kerana mereka menyangka bila makan ayam sembelih dll akan menyebabkan mereka akan dipengaruhi untuk masuk Islam... Sejak kebelakangan ini keraguan itu sudah beransur-ansur hilang.


Nak makan kat Jepun ini kena pandai2 lah bawa diri. Mudahnya di Jepun setiap ingredient dalam bahan makanan ditulis sepenuhnya.. Jadi kena baca pembalutnya dulu.. tapi bahasa Jepun la.. jadi kena ada orang yg boleh berbahasa Jepun. Saya sendiri mati akai kalau mai sorang-sorang tanpa orang  yang berpengalaman dan tahu bahasa Jepun.. Kat stesen keretapi sajapun dah mula celaru dah... nak ambil tiket kena pakai mesin semua.. berpuluh laluan ada .. dan bertingkat-tingkat pula stesennya... memeningkan.. mesin pula keluar tulisan Jepun saja.... Kos perbelanjaan makan kat Jepun memang tinggi.. purata saya makan kat restoren lebih kurang RM100 ke RM170.00 sehari.. Memang mahal bagi kita di Malaysia, tapi bagi orang yang bekerja di Jepun biasa la tu.

Adalah rugi sekali kalau sesiapa yang datang melawat Jepun tidak menikmati daging salai lembu Wagyu.... daging lembu ini memang special dan amat sedap.. saya tidak pernah rasa daging salai wagyu sebelum ini.. org kata 'perak' la sikit.. bila dah rasa memang sedap dan lazat..bila saya search dlm internet. .. Lembu Wagyu ni memang rumit pembelaannya.. dan ada di Jepun shj.. dengar cerita badan lembu ni pun kena diurut selalu.. sebab itu daging nya amat baik utk kesihatan dan kurang lemak jahat. .. Daging tu dipotong2 dan terus di panggang saja tanpa masukkan gaul apa2 rempah.. tp bila di masak bakar minyak yg keluar dan rasanya memang ada rasa enak. .. Harganya memang amat mahal tp berbaloi utk merasainya... dah mai sini try juga la.. Dulu tidak dihidangkan pada org Islam.. sekarang ni kat Tokyo dah ada 3 restoren yg jual daging bakar wagyu yg halal dan ada sijil halal lagi... Makan biasa2 saja daging ini lbh kurang RM100.00 ++ utk seorang.. mahal kan.. itulah Tokyo. .. salah satu Kota Metropolitan paling mahal didunia... Ingatan saya... wajib kena makan. . kalu tidak menyesal..



Kehidupan Orang Malaysia dan Pelajar Malaysia kat Jepun

Saya berpeluang meninjau aktiviti orang-orang Malaysia yang duduk belajar dan bekerja disana. Kalau nak cari orang Malaysia yang duduk dekat tempat anak saya bekerja memang boleh bilang dengan jari dan orang pun tak mai melawat.. kerana ia dianggap kawasan pendalaman, walaupun pekannya lebih besar dari Bandaraya Alor Setar. Anak saya bekerja jauh dari Osaka dan dari Tokyo lagilah jauh. Tapi kilang memang banyak kat situ.. Ia macam satu kawasan perindustrian yang besar. Di Kobe, Osaka dan Tokyo  saya berjumpa ramai juga pelancong dari Malaysia yang melawat beberapa tempat pelancongan yang menarik. Namun saya lebih berminat meninjau tentang pelajar Malaysia dan orang Malaysia yang tinggal belajar dan bekerja disana.. Saya rasa orang yang mau
duduk bekerja disana memang suka cabaran. Ya la... bukan ada sapa kat sana lebih2 lagi adik beradik.. Kalau ada orang Malaysia pun bukan duduk dekat2.... dunia orang Jepun ialah kerja-kerja.. kerja.. malam depa balik rumah dok senyap-sunyi kat rumah. Hiburan mereka habis opis mereka pergi ke pub2 yang ada dimerata tempat dalam kawasan kejiranan mereka.. minum2 dan makan-makan... lepas tu balik rumah. Kalau yang suka hiburan lain ada banyak rumah perjudian yang kalau tak silap saya ditulis 'Pacinko' .. ianya lebih canggih dan perjudian elektronik ... hiburan juga tu main game komputer disitu dan ada unsur perjudian yang dibenarkan oleh pemerintah. Tapi tinjauan saya tak ada la pula budak-budak bawah umur yang melepak kat dalam pacinko tersebut... Semasa dok menulis cerita ini terbaca satu rencana menarik kat STAR .... berkenaan orang Jepun yang gila kerja ni.. sampai macam tu sekali..

Sesiapa orang Malaysia yang bekerja dan belajar disana memang kena ikut budaya kerja dan budaya belajar orang Jepun sepenuhnya.. Kalau tidak ia tidak menepati standard tinggi yang diamalkan oleh pekerja Jepun terutama dari segi disiplinnya, menepati masa, berintegriti, kawalan pengurusan atasan yang begitu ketat, dasar buruh mereka yang begitu ketat dan sebagainya.. Tapi saya lihat orang-orang kita disana boleh buat dan ikut sebijik macam orang Jepun. Ini yang sama amat bangga sekali... Saya rasa semua pelajar yang keluar dari Universiti mereka boleh dikatakan ada kerja.. Satu kelainan yang amat ketara antara Malaysia dan Jepun ialah dari segi pengambilan kakitangan. Di Jepun selalunya  ditahun akhir pengajian kat universiti, pensyarah mereka akan kalut tanya mahasiswanya samada telah cari kerja tak lagi..  dan kilang-kilang disana boleh menerima keputusan semester mereka sebelumnya dan selalunya pensyarah akan beri sokongan dgn jaminan yang pelajarnya layak untuk terima ijazahnya walaupun tak periksa akhir tahun lagi.. itulah yang hebatnya.. Sebab itu sebahagian besar pelajar nya sudah ada kerja menanti mereka sebaik sahaja mereka mendapat ijazah dari Universiti.. Berbeda benar dengan kita di Malaysia.

Sebab itu pelajar2 seperti anak saya dan menantu saya tu .. sebelum dapat degree lagi depa dah dapat tawaran bekerja .. bukan satu jawatan.. kadang-kadang ada 2 atau 3 offer diterima.. kerana itu kut saya tengok ramai juga pelajar-pelajar Malaysia yang bila tamat belajar kat Universiti kalau tidak terikat dengan perjanjian penaja akan bekerja di Jepun.. Ya la .. bila ke Malaysia belum tentu kerja lagi.. lagipun kebanyakan kilang dan GLC dan agensi kerajaan lebih mementingkan pengalaman kerja.. Di Jepun tidak begitu , mereka lebih suka ambil yang 'fresh' dari universiti.. Mungkin juga yang berpengalaman kurang memohon sebab orang Jepun bila sudah bermula kerja dengan kilang tersebut, kesetiaan mereka begitu tinggi terhadap syarikat tempat mereka bekerja. Jarang sangat mereka nak lompat kerja ketempat lain.

Mesin Minuman seperti ini
ada diserata tempat.. dan
terjaga elok, walaupun x
ada orang jaga.
Bagi saya satu kerugian amat besar  kepada Malaysia kerana tidak mengambil 'graduate' Malaysia dari Jepun ini untuk bekerja di Malaysia.... Mereka ini telah diasuh dengan disiplin dan kejujuran yang amat tinggi sesuai dengan budaya orang Jepun itu sendiri. Saya rasa mereka amat mampu untuk bekerja dimana-mana syarikat atau agensi kerajaan serta swasta. Kalau mereka mampu bekerja dengan majikan Jepun yang amat mementingkan disiplin, kualiti, kesegeraan, kejujuran dan mencabar minda.. apalah sangat di Malaysia... Tapi itu tidak berlaku di Malaysia..

Sayangnya.. Kita berbelanja beratus ribu RM setiap seorang  untuk menghantar mereka belajar di Jepun tapi kerajaan  membiarkan mereka begitu sahaja dan tidak mengambil mereka untuk bekerja di Malaysia... Pada akhirnya kilang di Jepun juga yang beruntung kerana menggunakan tenaga pekerja dari Malaysia ini yang memang berkualiti tinggi. Harus diingat untuk masuk kerja ke sektor industri di Jepun, tapisannya amat ketat.. beberapa proses temuduga dan ujian dibuat oleh pengurusan atasan sesebuah kilang dan memang mencabar proses-proses tersebut, tapi itu semua boleh dilalui oleh sebahagian besar pelajar kita yang belajar di Jepun...

Duduk tinggal di kota besar, bandar dan luar bandar Jepun adalah selamat. tahap jenayahnya terlalu kurang. Masing-masing saling hormat menghormati adab dan budaya. So janganlah dok pandai-pandai tunjuk hero dan langgar peraturan. Saya dan isteri pernah menginap disebuah kediaman seorang gadis Malaysia di Kota Tokyo yang habis belajar disana, terus kerja disana. Duduk seorang diri di sebuah rumah comel sebesar kontena.. dikelilingi oleh masyarakat Jepun.. pagi2 keluar ketempat kerja dengan menaiki keretapi kotaraya yang efisien perkhidmatannya. Balik malam2 berjalan kaki dari stesen keretapi seorang diri melalui lorong-lorong yang sunyi dan penoh kesejokan pula.. Tapi ia tetap selamat tanpa ada apa-apa masalah.. Tapi bila saya tengok rutin cara hidup mereka, rasanya bosan yang teramat sangat.. Bila tanya sigadis ini, dia kata suka duduk disana .. tak tau nak kata apa lagi..

Lumayan tau kalau kerja buruh angkat sampai
dengan lori sampah ini.. Nampak tu lori sampah
mereka.. Bersih sungguh.. berkilat-kilat walau
pun dah lama.. Pemandu tu anggap lori itu mcm
harta dia juga .. itu sebab dia jaga begitu elok.
Ada juga saya jumpa pelajar Malaysia yang sanggup menyambung pengajian keperingkat Sarjana atau Doktor Falsafah dengan perbelanjaan sendiri dengan bekerja sambilan disana.. Seorang pelajar yang saya jumpa buat PhD terpaksa bekerja menghantar surat khabar dari  rumah kerumah setiap hari bagi menampong perbelanjaan yang tinggi disana. Ada juga yang kurang layak diberi biasiswa oleh penaja disebab gred agak kurang sikit dari yang ditetapkan penaja, tapi mereka sanggup menyambung pengajian dengan perbelanjaan sendiri. Minat mereka ini untuk belajar dinegara Jepun amat membanggakan saya. Menunjukkan mereka sanggup berjuang untuk hidup dikotaraya yang begitu tinggi taraf kualiti pendidikannya tapi tinggi juga kos hidupnya..

Sebab itu saya terjumpa juga pelajar Malaysia yang bekerja dengan syarikat pelupusan sampah dengan menaiki lori sampah mengutip sampah dilorong-lorong kota raya Tokyo ini..  Pengurusan sampah di Jepun tidak menjadi satu masalah sangat disebabkan sikap pembersih rakyat Jepun dimana program Kitar Semula amat dititik beratkan dan pembuangan sampah dimerata tempat amat kuat kawalannya,

Satu perkara yang menarik, gaji pekerja rencam seperti ini memang tinggi berbanding kerja perkeranian di opis.. Malahan pengawal keselamatan yang sentiasa tunduk hormat bila kita lalu tu,, gaji mereka memang tinggi.. dan orang Jepun sahaja yang buat kerja tu. Begitu juga kerja-kerja pertukangan saya lihat orang Jepun sahaja.. Jarang jumpa pun orang luar negara sepertimana kita di Malaysia... Mungkin kerana gaji nya tinggi kut yang menyebabkan orang Jepun banyak berkerja kat sektor ini.

Apartment yang disediakan oleh syarikat yg
anak saya bekerja ini  Fukuchiyama Shi ini
dikira macam kawasan kampong sahaja di
Jepun.. tapi pekannya rasa lebih besar dari
Alor Setar.. Bila saya tengok bilik.. nak 
tergelak... macam bilik budak-budak.. semua
kecik2 belaka... Dok tingkat 5 pakai tangga
sahaja..Pintu masuk sama tinggi dengan 
orang sahaja.. Tapi peralatan dalam semua
lengkap...  
Ini adalah antara bilik2 air dan tandas yang saya gunakan
sepanjang lawatan saya. Memang bersih dan canggih 
walaupun kegunaan awam. Tak ada contengan dinding, 
stok tisu yang ada tak diambil .. tandas yang mesra kpd
OKU, dan menjimatkan air, menggunakan ruang
yang kecil sahaja dan ada pemanas lagi.
Penginapan

Lawatan saya di Jepun tidak sekadar menginap di hotel, tapi saya juga menginap di apartment comel anak saya kat Fukuchiyama-Shi , juga tumpang tidor dirumah pelajar kita di Yamanashi, Jepun serta menginap di rumah orang Malaysia yang bekerja di tengah2 Kotaraya Metropolitan Tokyo serta menginap di apartment yang dibuat sebagai homestay di Kota Metropolitan Tokyo. Seronok juga dapat pengalaman seperti itu. Tapi semuanya kecik2 saja baik bilik atau rumah. Biasanya bilik air hanya satu sahaja... Begitu jugalah dengan hotel  dan apartment yang saya diami. Ada bilik air dibuat macam dalam kapalterbang , comey tapi lengkap segala peralatan walaupun ruang sempit. Bawah mangkuk tandas  ada carpet lagi dan bersih. Punya berhati-hati kalau sapa nak buang air besar atau air kecil.. jangan dok bagi meleleh merata.. kalau tidak jenoh basuh karpet tu...

Di Kotaraya Metropolitan Tokyo memang tinggi kos penginapan hotelnya.. Boleh juga dapat yang agak murah tapi kena pandai2 cari dalam internet. Kat Tokyo saya tidak tinggal di hotel.. kami 04 orang .. nak kena booking 2 bilik.. Jadi salah satu cara yang lebih menguntungkan ialah cari apartment yang dijadikan homestay oleh tuan punya rumah tersebut. Carian dalam internet melalui agensi AIRBNB sahaja.. Agensi ini yang mempunyai banyak rekod apartment yang hendak disewakan kepada orang dikebanyakan bandar-bandar besar di Jepun dan katanya diluar Jepun pun ada. Saya dapat satu malam lebih kurang 10000 Yen Jepun duit Malaysia lebih kurang RM350.00 gitu.  Urusan tempahan dan bayaran melalui online sahaja. Saya dapat sebuah apartment 2 bilik ditengah-tengah kota Tokyo di tingkat 8. Ok juga yang boleh muat 06 orang dengan selesa dengan segala kemudahan memasak disediakan, ada mesin basuh, diberi kemudahan wifi , peti air, tuala dan bahan penjagaan diri , TV, air panas, dll. Urusan tempahan dan ambil kunci pun tak gaduh jumpa sapa-sapa.  Cuma ambil kunci kat peti surat yang diberi no kod kunci peti surat tersebut. Nak 'check out', tinggalkan kunci tersebut kat peti surat kat bawah itu sahaja. Mudah sungguh. Tapi sebenarnya itu semua kerana tahap kejujuran yang tinggi dikalangan rakyatnya. Tak akan hilang peralatan dan segala macam benda berharga ada dalam apartment itu.. ya memang sebuah rumah yang lengkap .. Orang Jepun nak bawa pi mana barang2 tu .. memang depa tinggalkan kat apartment tu,,so bolehlah bagi penyewa guna dengan berhemah.

Shopping

Tak sah melawat negara orang kalau tak pergi shopping.. tak kira negara itu kos hidupnya terlalu tinggi atau nilai mata wang mereka terlalu tinggi berbanding kita.... Kat  Jepun ini mungkin orang anggap nak shopping apa kat Jepun ni.. kos hidupnya terlalu tinggi.. Tapi percayalah.. bila saya ronda-ronda tengok dibeberapa tempat membeli belah mereka,  beberapa barangan yang sama di sana berbanding di Malaysia rupanya ada juga yang lebih rendah harganya terutama barang-barang keluaran mereka. Banyak shopping mall kat kota-kota besar seperti di Tokyo, Kobe, Kyoto dan Osaka.. Search dalam internet jumpa la ... jadi tak payah cerita kat sini.

Cuma dari pemerhatian saya barangan seperti minyak wangi, jam tangan keluaran Jepun, peralatan golf, pakaian dan lain-lain lagi rasanya berbaloi juga kalau kita beli, kerana ada harganya itu begitu murah... Anak saya selalunya bila balik dari Jepun pasti sahabat2 dan keluarga pesan beli minyak wangi, jam tangan , pakaian dan sebagainya. Beli barang disana kita rasa 'confident' kerana amat jarang jumpa barangan tiruan sebab sistem undang-undang perdagangan mereka begitu ketat disamping kejujuran peniaga-peniaganya.

Cuma satu yang saya lihat , jurujual jepun, depa bercakap tak berhenti-henti depan pelanggan depa... kita tak bercakap pun depa bercakap juga.. rupanya semua mereka ini diberikan teks dialog yang kena bercakap macam tu.. maknanya mereka kena hafal ungkapan itu dan bercakap macam tu... orang faham ka tak faham ka.. depa bercakap dialog yang sama.. dan kena senyum...

Jadi jangan lupa sediakan pulus secukupnya utk berbelanja.. kalau tidak menyesal nanti.....

Keretapi Laju...



Akhirnya dapat naik juga bullet train Jepun walaupun
jaraknya tak jauh...  bagi rasa saja..
Memang dari awal lagi saya kata kat anak saya.. apa jadipun saya kena naik juga dan merasai sendiri naik keretapi laju yang amat terkenal di Jepun. Kelajuannya lebih 350 km sejam.. Walaupun jarak pendek jadilah.... Memang laju. Namun sejak kebelakangan ini keretapi  laju negara China telah mengatasi kelajuan keretapi lajunya..  Teknologi semakin lama semakin berkembang... ini kali pertama saya melawat Jepun. . tentu saya teruja nak tengok dan naik 'bullet train' ni... atau Shinkansen.. Dok tengok dlm TV dan dengar org cerita aje... takkan tidak  mau merasainya naik keretapi laju ni.. akhirnya dpt juga naik.. Rupanya  ramai orang berulang alik bekerja dari Tokyo dan lain bandar seperti Osaka.. Mungkin gaji mereka memang tinggi, atau syarikat mereka menyediakan kemudahan tersebut. Maklumlah untuk tinggal dikota Tokyo ini begitu tinggi kosnya. Disamping jarak masa singkat  sahaja dengan bullet train ini  walau beribu batu jauhnya.  Tengok penumpang dalam keretapi smart2 belaka,  lounge suit  hitam  dengan beg kerja.. Di Jepun kot warna gelap  menjadi kegilaan lelaki disana... jarang jumpa pakai baju kot warna cerah-cerah.. Lain2 keretapi letrik pun saya naik juga utk mengelilingi Kota Metropolitan Tokyo..

Pengguna keretapi memang terlalu ramai.. Landasan bawah tanah nya sampai 5 tingkat jauh dibawah tanah... Dah jadi bandar bawah tanah pula... memang luas Bayangkan lah kalau jadi gempa bumi.. memang tak sempat untuk naik ke atas.. beribu orang berada dibawah tu.... situ lah kubur nya. .. Namun begitu saya rasa rakyatnya begitu 'confident' dengan teknologi yang mereka ada , sedikit gegaran pakar gempa bumi mereka sudah boleh membuat ramalan kejadian gempa bumi lebih awal  dan mengambil tindakan segera pemakluman melalui sistem komunikasi mereka yang canggih terutama melalui smartphone .. Tua muda boleh kata semua pakai smartphone.. Tapi nak cari orang Jepun  pakai jenis Samsong atau OPPO tak jumpa pula.. Marah sungguh mereka kat Korea Selatan atau China.. tapi banyak barang mereka dibuat di China dan dijenamakan semula di Jepun.. Banyak orang Jepun guna Smartphone jenis Iphone atau Fujitsu..

Mulanya dalam perjalanan balik Tokyo ke Kansai International Airport saya bercadang untuk guna 'bullet train'  juga.. Tapi memandangkan kosnya agak tinggi (seorang lebih kurang RM700.00) dan kami berempat orang, alternatif terbaik naik kereta juga.. Memang jauh jaraknya.. makan masa hampiri 8 jam berkereta melalui Lebuhraya mereka yg blh dikatakan baik juga. Tapi ada setengah laluan tu sengaha dibuat hanya satu laluan shj. Ada jarak nya tu jauh juga sampai berpuluh km jln satu lorong shj .. kalu ikut belakang lori berat jenoh bosan dan mengantuk .. Tp org Jepun dia tertib sikit.. depa sabar la ikut. L/raya ni kira buat cukup2 lebar sahaja.. tidak mcm negara kita yg rizab jln begitu luas dan ada lanskap lagi.. Tang tu kita menang. Saya kira lebih 20 terowong dilalui sepanjang Lebuhraya ni.. Jepun memang kaya dgn terowong nya. . ada terowong yg dilalui lebih 10 km.. Lekeh sikit bila ambil ticket flight dua hala ni.. kena ambil point yg sama utk departure dan arrival.. R n R tidak sebanyak mcm kita.. tp bilik air nya 'first class'.. memang terbaik.. Tak banyak kereta rosak tepi jln atau tak terjumpa pula 'accident' waktu sepanjang perjalanan ini.. Mungkin kereta mereka dlm kondisi terbaik belaka sebab Kerajaan Jepun mensyaratkan kena periksa kereta 2 th sekali...
Harga parking kereta memang amat mahal di kota besar
Jepun. Sistem parking mereka memang canggih. Segalanya
elektronik. walau hanya petak yang tidak banyak. Tak bayar
pakai tak keluar lah dari petak tu.. Petak pula kecik-kecik..
Sebab tu orang Jepun tak suka pakai kereta besar..  Saya juga
pernah guna kereta naik lift.. tuan punya tunggu dibawah shj..
Kat Malaysia tidak banyak lagi guna sistem ini.. Kalau buat
macam ni kos parking mungkin tinggi.. Itu masalahnya bagi
orang kita



Memiliki Kereta



Bangunan belakang tu ialah Tempat
Parking Bertingkat naik guna lift
Harga kereta terpakai di Jepun memang murah.. Kereta Honda Jazz yang saya naiki lebih kurang 1,000 km sepanjang lawatan ni baru berharga RM3,000.00 tapi kondisinya masih baik.. tak ada masalah sepanjang perjalanan.  Cumanya isu utama memiliki kereta di kota-kota besar seperti Tokyo dan Osaka ialah masalah parking. Memang kawasan parking di kota besar Tokyo ada kawasan parking, tapi kadarnya memang tinggi.. Kalau hendak membeli kenderaan perkara utama sebagai syarat untuk kelulusan beli ialah ada surat pengesahan bahawa parking telah ada...Kalau kat Malaysia hanya nak beli lori atau dapat permit lori sahaja ditanya fasal parking ... Sebab itu bila saya beli kenderaan di Jepun menggunakan AP anak saya, saya terpaksa bayar lebih daripada RM300 sebulan untuk sewa tapak parking kenderaan saya itu disana sebelum cukup tempoh untuk dibawa balik ke Malaysia.. Memandangkan kota Tokyo dan Osaka sistem pengangkutan awamnya memang cekap dan tepat seperti keretapi, bas dan teksi serta bot dan kekurangan tapak parking dikota besar serta kos simpanan kenderaan yang begitu membebankan,  sebahagian besar warga kotanya menggunakan kenderaan awam untuk urusan seharian mereka.

Tapi bagi wilayah-wilayah yang agak pendalaman sikit, kereta persendirian amat diperlukan , kerana sistem pengangkutan awamnya agak kurang diluar bandar. Tempat anak saya berkerja dan menantu saya pernah belajar, kereta amat penting.. Sebab itu boleh dikatakan pelajar Malaysia di Universiti Yamaguci mempunyai kereta mereka sendiri atau disyer sesama mereka. dikawasan pendalaman seperti ini tidak begitu bermasalah dari segi tapak parking. Tapi peraturan tetap ada iaitu setiap kenderaan yang ada dalam wilayah atau tempat tertentu mesti ada rekod tapak parkingnya sama


Pembentukan Peribadi Mulia di Zaman Kanak2

Satu perkara lagi yang saya dapat belajar ialah bagaimana kerajaan Jepun dapat membentuk peribadi yang baik pada rakyatnya selain sejarah lama yang ditanamkan oleh pemerintah atau maharajanya. Semasa saya meronda-ronda sekitar kotaraya metropolitan Tokyo ini saya terjumpa banyak kumpulan-kumpulan kanak-kanak tadika yang berjalan-jalan sekitar lorong dan jalan di kota ini. Saya ingatkan mereka buat lawatan atau baru keluar dari tadika untuk menuju ke sesuatu tempat. Sebenarnya itu adalah merupakan salah satu dari modiul pembelajaran anak-anak orang Jepun yang diterapkan semasa masih kanak-kanak lagi. 

Rupanya mereka sengaja dibawa berjalan-jalan sekitar kota ini sambil cik gu mereka menerangkan satu persatu apa yang mereka jumpa. Bila jumpa tong sampah, cik gu akan cerita satu persatu apa patut buat.. termasuk kitar semula. Begitu juga bila jumpa trafik light, cik gu akan terangkan satu persatu apa patut buat, apa yang tak boleh buat, bila berada diatas jalan raya apa yang boleh dan apa yang tak boleh... dan banyak lagi peraturan-peraturan yang ada depan mata mereka diterangkan dengan jelas secara praktikal.. sampai begitu sekali mereka asuh anak-anak didik mereka.. Saya rasa cara ini bagus juga diamalkan di Tadika kita.. Bukannya belanja besar sangat pun.. cuma nak bawa tunjuk jalan2 dan cerita apa yang patut.. Boleh cerita dari segi kebersihan, keselamatan,  pengurusan masa, adab berjumpa orang,  ajar apa yang boleh dilakukan dan apa yang tak boleh dilakukan dan segala macam yang boleh diajari sepanjang lawatan macam tu.. kanak-kanak ini kalau dah selalu dibawa keluar melawat dan diterangkan berulang-ulang lama-kelamaan mereka akan terikut dengan apa yang ditentukan itu.. Jadi barulah mereka ada rasa tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakatnya, kotarayanya dan sebagainya..

Oklah rasanya terlalu panjang benar tulisan saya ini.. sebenarnya banyak lagi cerita-cerita yang saya boleh tulis terutama bila berbual dengan pelajar dan anak saya saya duduk lebih 5 tahun kat Jepun ni.. Banyak budaya dan cara hidup mereka yang kita tidak tahu lagi kecuali bila kita bergaul dengan mereka baru boleh nampak .. Tak apalah ini  baru mai seminggu sahaja , dah tulis macam-macam...  kalau duduk 5 tahun macamana pula agaknya yaa,,,

Ok itu sahaja catatan-catatan saya kali ini.... yang mana budaya baik2 dan amalan2 mereka yang baik tu boleh kita jadikan sebagai satu pengajaran dan panduan... tak salah kan kalau kejujuran yang mereka amalkan itu kita jadikan panduan dan amalan, . Begitu juga kepatuhan  kepada segala peraturan dan undang-undang yang ada juga boleh kita amalkan dan sepatutnya begitu ..... Apatah lagi budaya kerja mereka.. ketaatan kepada organisasi tempat mereka bekerja patut menjadi satu kemestian kepada pekerja kita.

GAMBAR2  LAWATAN SAYA INI ADA SAYA PAPARKAN DALAM FB SAYA SEPERTI LINK DIBAWAH INI :-

https://www.facebook.com/asredha/media_set?set=a.1299850780031207.1073741894.100000188912921&type=3


Jumpa lagi...  Nanti saya cerita fasal lawatan ke Shanghai pula..... Insya Allah kalau tidak ada aral apa-apa...  


Kalau pergi ke Tokyo kena mai melawat kat Shibuya 
Crossing .. Lintasan pejalan kaki yg paling sibuk di dunia
Keluar sahaja dari Stesen Keretapi Shibuya kita akan ketemu
lintasan ini..  Memang sibuk sungguh.. Di sini juga ada byk
pusat shopping . di penjuru lintasan jln ini ada satu tempat
bersejarah yang menjadi tumpuan ramai orang iaitu ..
Tugu Chuken Hachiko..  patong  seekor anjing yg menjadi 
lagenda Jepun dimana diceritakan anjing ini menunggu
dengan setia tuannya disitu yg telah meninggal dunia
Anjing itu tidak tahu yg tuannya telah meninggal dunia..
Setiap hari ia kesitu sehinggalah ia meningal dunia. Tuannya
adalah seorang Seorang Prof Univ Tokyo. Kejadian ini di
sedari orang sekitar itu dan akhirnya dibina sebuah tugu atau
patung khas yang diberi nama Hachiko... Ia menjadi simbol
Kesetian Rakyat Jepun kepada Emperornya..


Hajat hati nak tengok Gunung Fuji yang 

diselaputi salji dipuncaknya. Sanggup berkereta 

lebih kurang 100 km dari Tokyo.. Malangnya

cuaca tak mengizinkan.. Gunung yg ketinggian

nya 3.7 km itu tu tak nampak... Kalau tidak
duduk kat sini sudah boleh nampak gunung
yang menjadi Simbol Jepun itu . Katanya
masih aktif gunung berapi ini. Kali terakhir
meletus pada tahun1707... Memang cantik bila
lihat gunung Fuji tersebut dan setiap tahun beribu
orang akan mendaki ke puncak gunung tersebut.



Berkesempatan menziarahi saudara Islam Bangsa Jepun.
Namanya Osman. Tak ramai orang Jepun yang memelok 


Islam.. Tapi beliau ini terlibat kemalangan dan tidak dpt

bekerja dengan sempurna.. Pelajar kita kat Yamanashi 

kerap membantu beliau... menghadapi kehidupan sbg
seorang Muslim kerana sedikit sebanyak beliau agak ter
sisih dari masyarakatnya.







There was an error in this gadget