14 December 2016

APA YANG MENARIKNYA STADIUM DI BARCELONA

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 20 November 2016

Pintu masuk ke Kelab ini dan seterusnya ke Stadium.  Lorong
menghala ke pintu masuk stadium, banyak ada kedai-kedai


menjual cenderamata, dan bergambar dengan replika piala, 

restoran dan lain-lain lagi.. Itu belum masuk ke dalam 

Stadium lagi,
Assalaamualaikum WRT.. Salam Bahagia buat semua sahabat2 saya sekalian.. Sapa yang baca catatan blog saya ni saya kira sahabat saya.. boleh gitu..

Waktu sekarang pukul 2.00 pagi waktu Dubai.. sebenarnya saya baru sampai ke Airport Dubai dalam perjalanan dari Barcelona Spain ke KLIA. Selalunya macam tu la, bila naik pesawat Emirates mereka akan ikhtiarkan juga supaya mendarat transit di airport Dubai ini... 3 atau 4 jam kemudian baru berlepas ke destinasi lainnya.. Saya dah banyak kali transit kat Airport Dubai ini, tapi malangnya masa yang ada tidak mencukupi untuk saya keluar dari Airport Dubai untuk meronda-ronda tengok Kota Dubai yang dikatakan amat moden ini... Rugi juga ya... Dah sampai dah ke Dubai , tapi tak ambil kesempatan melawat Dubai. Lagipun Dubai saya tak pernah melawat lagi. Jadi hanya ronda-ronda dalam airport ini sahaja sambil jamu mata tengok barang-barang kat kedai yang banyak ada kat sini.. Cadang tu jamu mata saja, tapi akhirnya berbelanja juga sikit.. Mungkin itu juga penyebab mengapa mereka transit kat airport mereka, supaya kita berbelanja juga kat airport yang mana ini menyumbang kepada kemajuan airport mereka ini..

Sudah habis ronda-ronda ada masa sikit lagi ni.. nak buat apa.. dari duduk melengong begitu saja,  apa kata saya ketok-ketok punat laptop saya ni, supaya menjadi huruf2 yang boleh difahami dan disusun supaya menjadi ayat yang senang dibaca dan membawa maksudnya.. ok .. Bolehlah saya cerita sikit akan pengalaman-pengalaman saya semasa saya berada di Kotaraya Barcelona, Spain itu. Banyak cerita yang boleh saya tuliskan. Sebelum ini saya  telahpun tuliskan catatan saya menghadiri Smart City Expo World Conggress di Fira de Barcelona (Grand Via Venue) Barcelona, Spain. Boleh ikuti catatannya seperti di link berikut.. klik saja kat situ:

http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/smart-city-expo-world-congress.html


Ini adalah salah satu tempat duduk yang amat strategik
harga yang dikenakan memang amat tinggi. 
Masa terluang sehari sebelum berangkat pulang , saya bersama rakan mengambil kesempatan meronda-ronda sekitar kota Barcelona ini. Banyak cara untuk meronda sekitar kota Barcelona yang luas lebih kurang 635 km persegi ini.. Ada banyak pengangkutan awak kat kota ini yang amat mudah dicapai. Kami mengambil kesempatan hanya menaiki bas 'Barcelona Bus Turistic' .. Mudah dan tak gadoh nak cari tourist guide lagi. Dengan membayar 28Euro untuk sehari , saya rasa separuh dari kota raya Barcelona telah diliputi dengan bas tersebut akan melalui semua tempat2 yang menjadi tarikan pelancong. Senang kan. Terpulang kepada kita untuk turun melawat ke mana.. ke tempat shopping , ke muzium, palace, ke zoo dan sebagainya.. saya kira lebih 30 tempat menarik bas-bas tersebut melaluinya.
Antara bahan-bahan pameran yang ditunjukkan dalam ruang khas dalam Stadium ini. Itu semua interaktif.
kita sentoh saja screen itu untuk melihat gambar dan cerita fasal aktiviti kelab, sejarah kelab, bintang
bintang bolasepak mereka , sejarah bolasepak sepanyol, pertandingan-pertandingan yang disertai
oleh kelab , jaringan2 terbaik yang dihasilkan oleh bintang-bintang bolasepak kelab ini dan
segala piala2 yang dimenangi sejak awal lagi boleh dilihat di sini.. Memang hebat dan
jadi leka kita dibuatnya bila berada disini.

 Antara tempat yang saya sempat turun dari bas turistic tersebut dan melawat ialah Stadium terkenal di Barcelona iaitu yang dipunyai oleh Kelab FCBarcelona. Sepanjang perjalanan saya ke luar negara, tidak pernah lagi la melawat stadium.. entah macamana tergerak hati hendak melawat stadium. Awalnya rasa macam melawat stadium biasa sahaja.. Cuma kadang-kadang kita selalu tengok kat TV tentang liga bolasepak Sepanyol yang terkenal dengan pemain-pemain bolasepak nya yang ternama seperti Messi dan sebagainya. Itu saja yang saya rasa biasa saja. Tapi ada sahabat-sahabat sarankan pergi dulu tengok stadium tu apa ada..

Rupanya nak masuk tengok stadium kosong itupun kena bayar juga. Ingatkan waktu ada perlawanan sahaja kena bayar. Dah datang masuk juga.. kena bayar tiket masuk 23Euro (dekat RM100.00 juga).   Bila masuk baru saya tahu didalam stadium tu bukan setakat stadium sahaja tetapi ada muzium bolasepak yang begitu canggih dan menarik menceritakan sejarah boleh sepak kelab FC Barcelona. Memang menarik cara pamiran dan persembahan bahan2 muziumnya. Penggunaan media elektroniknya, audio visualnya memang canggih. Saya tak pernah lagi tengok stadium lain tapi saya rasa Stadium ini memang canggih dan berinformatif dengan sejarah2 bolasepaknya... tak perlu ada jurutunjuk pun. Semua maklumat dipaparkan dengan lengkap. Persembahan ada yang secara interaktif dengan pengguna.. Itu yang menariknya.

Memang cantek sungguh padang bolasepak ini..  rumput yang ditrim 
rapi.. Rumput inipun dipotong-potongkecil bubuh dalam bekas yang
 menarik untuk dijual sebagai cenderamata. Itu pun laku juga dijual.

FC Barcelona ini memang mempunyai  sejarah bolasepaknya yg menarik.. semuanya ada direkodkan.. disitulah Messi dari Argentina, Suarez dari Uruguay, Neymar dari Brazil dan ramai lagi pemain-pemain terhebat dunia menunjukkan kepintaran mereka bermain bola sepak. Koleksi piala-piala yang dimiliki oleh Kelab Gergasi Sepanyol Barcelona FC, dapat ditatap didalam muzium yang ada dalam Stadium ini. Bukan setakat piala-piala tapi segala-gala yang berkaitan bola sepak ada dipamirkan.. begitu interaktif cara pamiran dan keterangan yang diberikan.



Antara bintang-bintang legenda bola sepak kelab ini
Saya tertarik dengan program bolasepak mereka.. ramai bintang2 bolasepak mereka lahir selepas beberapa lama bersama Kelab ini dan mengikuti program latihan sejak awal remaja lagi.. Jadi tak semudah itu utk melahirkan bintang bola sepak bertaraf internasional dan profesional. Saya berpeluang melawat semua tempat2 dlm Stadium tersebut termasuk tempat persalinan pemain2 bertaraf jutawan itu, tempat rehat depa, tempat bertafakur mereka, tempat VVIP, tempat wartawan dan padang yg cantik terjaga itu sendiri.. Jadi nanti kalau tengok kat TV ada pertandingan bolasepak kat stadium tu saya boleh bayangkan la dok tang mana.. Stadium ini mempunyai 99,354 tempat duduk.. Hampir 100k.. Memang besar luas dan tinggi. Kalau duduk diatas sekali nampak sayup saja ke bawah, tapi memang nampak clear sekali.

Kerusi tersusun elok  & kemas serta warna warni dan semuanya dlm keadaan
baik. Boleh memuatkan hampir 100 ribu penonton. Cantik memandang
Berbalik kepada pengurusan stadium ini, saya amat tertarik dgn pengurusan stadium ini. Mereka pandai 'menjual' stadium mereka  untuk memperolehi pendapatan. Kalu di Malaysia . . Stadium kita akan dpt hasil besar bila ada pertandingan bola Sepak.. tapi Stadium kelab ini hari2 boleh buat duit.. Bayangkan sehari lebih kurang 1000 orang datang melawat dgn tiket masuk 23Euro... berjuta Euro dpt dikutip hanya jualan tiket masuk.. Sebab itu Stadium ini terjaga rapi dan penyelenggaraan yg terbaik.. segala2 yg ada dalam stadium ini boleh duit lagi dengan jualan segala macam  cenderamata. Jualan pakaian Sukan berjenama kelab FB Barcelona di kedai cenderamata yg luas dlm Stadium ini... Harga T Shirt Bolasepak FB Barcelona  paling murah pun dlm 40 Euro. . rumput padang bolasepak pun dibuat cenderamata dan laku pula tu.

Satu perkara yang boleh diambil sebagai contoh oleh pengurusan stadium tempatan kita iaitu mengenakan tiket masuk yg berbeda harga mengikut zone dalam stadium. . Kita di sini buat juga tapi dlm 2 atau 3 zone sahaja yg berbeda harga.. Tapi di Stadium FC Barcelona ni.. saya lihat berbelas zone yg dikenakan harga tiket yg berbeda-beda. Sudah tentu tempat duduk yg paling strategik dikenakan harga yg amat tinggi.. ada yang sampai 500 euro pun ada.. dan selalunya penoh juga tempat itu walaupun mahal gila..

Kita di Malaysia tempat duduk strategik diberi pada VVIP atau VIP duduk .. percuma pula tu.. VIP pula punya banyak tak sangka. Free pula.  Habis tu macam mana laa Stadium hendak buat duit.. Kadang2 tu saya kasihan tengok pengurusan stadium yg dikehendaki menguruskan stadium dgn baik dan sempurna dgn segala kekurangan dana tp pada masa yg sama terpaksa juga menyediakan kemudahan pada orang berkepentingan dengan percuma. Sebab itu saya lihat banyak stadium yang ada di Malaysia ini tidak begitu baik penyelenggaraannya disebabkan kekurangan dana sedangkan sebenarnya jika dibuat secara komersial dan strategik memang boleh menghasilkan pendapatan yang mencukupi untuk menguruskan sesebuah stadium.  Banyak sangat yang percuma. Sedangkan perbelanjaan yang besar diperlukan untuk menyelenggarakan padang bola, ruang tempat duduk yang banyak rosak, perbelanjaan perlampuan dan lain-lain lagi.

Saya mencadangkan kalu dah terpaksa juga sediakan tempat duduk percuma pada orang tertentu . . letakkan ditempat yg kurang strategik sikit.. Tak berapa selesa sikit pun tak apa.. masuk pun percuma padan la.... Tempat strategik tadi jual tiket pada harga yg lbh tinggi.. terutama bila dah masuk suku akhir , separuh akhir , apatah lagi kalu ada pertandingan akhir .. Waktu-waktu begini peminat2 akan mula membanjiri stadium dan saya lihat nak beli tiket pun sanggup datang pagi-pagi malahan ada yang tidur kat pekarangan stadium semata-mata untuk mendapat tiket masuk. Dengan cara tu baru lah Stadium boleh buat duit sikit. Akan ada org kaya2 yg mahu membeli nya utk keselesaan mereka. Perbanyakkan zon2 tempat duduk dengan mengenakan harga tiket berbeda..
Dalam Stadium ini ada 3 tingkat kedai menjual cenderamata dan
pakaian/peralatan sukan berjenama kelab ini. Dah datang 
beli la juga walaupun mahal gila..  Kawan pesan pun tak
berani nak beli takut, depa terkejut dengan harga tu..



Sudah sampai masanya stadium bolasepak di Malaysia ini mengorak langkah menguruskan stadium dengan lebih profesional dan komersial sikit. Memang untuk buat seperti mana Stadium Camp Nou, kepunyaan Kelab Barcelona FC ini agak mustahil, tapi ianya kena dimulakan. Banyak rekod-rekod lama dan sejarah-sejarah lama bolasepak tempatan tidak disimpan dengan sempurna. Ini kena dimulakan agar ianya menjadi bahan sejarah dan boleh dipaparkan dalam Stadium yang boleh dibuat Muzium Bolasepak . Banyak ruang-ruang dalam Stadium yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti komersial yang boleh menjadi menjana wang..

Ok.. panjang pula bercerita fasal stadium ini.. Memang sesiapa sahaja yang datang ke Barcelona ini sebahagian besarnya mesti akan datang melawat stadium ini sebab hendak melihat sendiri kehebatan stadium ini selari dengan kehebatan pemain-pemain bolasepak profesionalnya bermain.. Ini pengalaman yang amat menarik dan berguna kepada saya dan kepada pengurusan stadium di Malaysia ini jika berminat.


Banyak masa dihabiskan juga melawat sekitar Stadium ini.. Sebab itu tidak banyak tempat lain yang dapat saya lawati, hanya melihat dari jauh tempat2 tersebut dari atas bas tidak berbumbung itu. Di Barcelona ini terlalu banyak muzium-muziumnya yang setiap satunya mengkhusus kepada sesuatu konsep atau sesuatu sejarah yang bersamaan. Sebab itu banyak muziumnya dan ramai pula pengunjungnya. Bukannya sunyi sepi sebagai muzium. Sebab itu muzium di Barcelona ini boleh hidup dan aktif. Nak masuk kena bayar juga.. Saya berkesempatan melawat sebuah istana lama yang tersergam besar indah dan dijadikan muzium juga. Ramai juga pelawat datang dan masuk melawat walaupun tiket masuk hampir RM100 duit kita. Kalau berminat untuk melawat semua tempat menarik di Barcelona saya cadangkan beli sahaja 'Barcelona Card' yang harganya mengikut hari. Kalau beli untuk 3 hari satu kad berharga 45 Euro. Dengan kad ini boleh masuk semua muzium dengan percuma, menaiki public transpot dengan percuma dan boleh mendapat diskaun yang lumayan di 85 tempat-tempat shopping tertentu dan tempat-tempat lawatan lainnya.



Catatan lawatan Kota Barcelona:..klik saja dibawah..
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/barcelona-spain-kotaraya-warisan-klasik.html

.


asriredha teratak kasih alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.