06 December 2016

Barcelona Spain ... Kotaraya Warisan Klasik

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh...24 November 2016.

Assalaamualaikum wrt . . Selamat Siang...

Naik bas ini boleh ronda 
keseluruhan Kota Barcelona
ini dgn hentiannya di
tempat2 menarik yg sering
dikunjungi Pelancong
Spain atau lebih dikenali sebagai Sepanyol adalah sebuah negara yang selalu kita dengar kerana kehebatan mereka dalam pelayaran laut dalam sejak sekian lama. Spain yang terletak di Eropah ini tidak pernah saya lawati, hanya dengar dan lihat serta baca saja dalam media pelbagai ini.. Teringin juga hendak pergi melawat negara tersebut apatah lagi Sepanyol. Pernah dengar Columbus.. Saya sempat juga melawat Tugu Mirador de Colum yang  menceritakan sejarah tokoh pelayar terkenal dari Barcelona antaranya Christopher Columbus (1452-1506) Kita pernah juga baca cerita-cerita berkenaan pelayaran Christopher Columbus ini. Di sinilah tempatnya bermula.

Bagaimana cara untuk melawat tempat-tempat menarik di Kotaraya Barcelona ini

Banyak masa dihabiskan juga melawat sekitar Stadium Camp Nou . Sebab itu tidak banyak tempat lain yang dapat saya lawati, hanya melihat dari jauh tempat2 tersebut dari atas bas tidak berbumbung itu. Saya mencadangkan sekurang-kurangnya 3 hari mencukupi diluangkan masa untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar kota Barcelona ini.

http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/apa-yang-menariknya-stadium-di-barcelona.html
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/smart-city-expo-world-congress.html


Di Barcelona ini terlalu banyak muzium-muziumnya yang setiap satunya mengkhusus kepada sesuatu konsep atau sesuatu sejarah yang bersamaan. Ada muzium lukisan, muzium maritim, muzium sex atau muzium erotika, muzium kenderaan dan berpuluh-puluh lagi muzium yang mempunyai identiti yang tersendiri. Pilih saja yang mana minat nak pergi melawat.. Semua muzium itu ada ramai pula  peminatnya dan sentiasa ramai pengunjungnya. Bukannya sunyi sepi sebagai muzium. Sebab itu muzium di Barcelona ini boleh hidup dan aktif. Nak masuk kena bayar juga.. Saya berkesempatan melawat sebuah istana lama yang tersergam besar indah dan dijadikan muzium juga. Ramai juga pelawat datang dan masuk melawat walaupun tiket masuk hampir RM100 duit kita.

Kalau berminat untuk melawat semua tempat menarik di Barcelona saya cadangkan beli sahaja 'Barcelona Card' yang harganya mengikut hari  . Kalau beli untuk 3 hari satu kad berharga 45 Euro. Dengan kad ini boleh masuk semua muzium dengan percuma, menaiki 'public transpot' dengan percuma dan boleh mendapat diskaun yang lumayan lagi  di 85 tempat-tempat shopping tertentu dan tempat-tempat lawatan lainnya.



Cabaran hidup mencari rezeki di kota Barcelona

Kadang-kadang rasa kasihan tengok peniaga jalanan ini 
mencari rezeki...  hampar.. angkat, hampar angkat. Saya 
rasa dalam 2  atau 3 jam mereka berniaga kat situ 5 atau
6 kali mereka buat macam itu.. Polis tu saja lalu-lalu kat
situ ronda-ronda.. lepas polis lalu buka hampar pula jual
beg-beg tiruan pelbagai jenama dan lain-lain jualan 
cenderamata yang agak murah juga berbanding beli 
dikedai yang ada disekitar tempat itu.




Hidup dikota besar seperti ini memang mencabar, apatah lagi dengan kos hidup yang tinggi. Memang tinggi kalau dikira duit kita.. Sekali makan  tengahari sahaja sudah lebih RM50.00 . Malam dan pagi lagi. Namun begitu saya dapati tidaklah begitu susah sangat penduduknya.. Ada juga peminta sedekah tapi tak banyak... itupun saya lihat bukan macam orang Eropah saja. Cumanya gambar yang saya paparkan   disebelah ini hanya apa yang saya lihat sahaja.

Cari makan cara itupun boleh buat duit.  Itupun saya lihat seperti bukan rakyat tempatannya..  semuanya gelap-gelap dan kemerahan belaka.. Mungkin juga rakyat mereka. Kat Eropah ni kita sukar sikit nak tahu mereka rakyat negara mana, sebab kita boleh pergi kemana sahaja dalam negara Eropah yang guna Euro ini hanya dengan satu pintu masuk sahaja dimana-mana negara. Langkah sempadan tidak perlu passport lagi..  senangkan begitu..

Saya lihat cara orang-orang ini berniaga macam tak illegal saja.. polis lalu dia angkat barang jualannya.. polis dah jauh..  dia hampar balik barang jualannya.. untuk memudahkan angkat dan hampar , itu dia guna tali tu.. macam tangkul.. senang .. saya asyik juga tengok telatah mereka ini.. macam tu lah depa buat berkali-kali.. polis tak kacau sangat tapi mereka respect polis tu.. tiap-tiap malam dok tengok mereka berniaga sebab hotel penginapan saya duduk dekat situ saja.. kawasan tempat penginapan saya ialah di La Ramla..  memang setiap hari amat sibuk dengan penduduk tempatan dan pelancong datang bertandang.

Agak2 nak buka pondok stesen minyak macam ni kat bandar kita, boleh
lulus tak.. Ini pemandangan yang menarik untuk kita renong dan fikir.
Kiosk minyak ini amat praktikal.. Kecil sahaja pondok ini ,  tapi ia 
menggunakan sepenuhnya ruang yg ada disimpanan jalan untuk
jual minyak dan juga keperluan ringan .......... Yang menariknya semua 
dalam kiosk itu sahaja. Tidak ada kerusi meja luar dari kiosk itu serta 
bersih. Saya amat berminat dengan konsep ini, tapi isunya gaya hidup
dan kesedaran rakyat kita belum mencapai tahap kita membenarkan
buat kiosk jualan seperti itu, kerana kalau dibenarkan, saya pasti
sekeliling kiosk itu akan dibubuh meja atau kerusi atau segala
macam barang-barang berniaganya akhirya tempat itu akan menjadi
tidak menarik lagi.
Yang jadi macam patung tu biasa la.. kat mana-mana bandar besar mesti ada orang yang cari makan macam tu.. tak apa lah..  yang penting dia tak minta sedekah.. Bukan senang nak duduk berdiri kaku begitu lama dengan pakaian-pakaian yang pelbagai reka bentok.


Merayau-rayau sekitar La Ramla bersama sahabat saya ni
Serata lorong kami teroka melihat-lihat persekitaran kawasan
yang menjadi tumpuan pelancong ini, terutama untuk membeli
belah barangan berjenama & pembelian cenderamata.
Tempat saya menginap adalah satu tempat yang paling sibuk dan menjadi tumpuan warga kota Barcelona ini dan juga pelancong..Nama tempat ialah La Rambla dan nama hotel saya menginap Hotel 1898 .. Hotel nampak klasik didalamnya dan memang nampak mewah. tapi kalau tengok dari luar tak nampak macam hotel 5* kerana  terletak dideretan bangunan-bangunan . tempat 'La Rambla' sentiasa 'happening' kat sini. Segala-galanya ada disini. Di sini ada dataran yang luas yang menjadi tempat tumpuan orang ramai dan  ada laluan pejalan kaki dan basikal yang luas yang menuju ke pelabuhan yang besar dan luas menghadap Laut Mediterranean..

Sempat juga saya dan sahabat menaiki ' boat cruise' di Pelabuhan Barcelona untuk melihat pemandangan kota Barcelona dari laut yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Memang panjang pelabuhannya.


Vandalisme dan krisis moral di Kota Barcelona..

Lukisan tulisan grafiti yang ok , memang nampak cantik. 

Tapi kalau conteng macam yang dibawah tu ... memang

menyakitkan mata.. 
Gambar yang saya paparkan ini nak kata vandalisme atau tidak. Ada setengah tempat nampak cantek pula tulisan lukisan seperti ini. Saya lihat merata ada contengan lukisan-lukisan grafiti seperti ini tak kiralah dimana didinding kedai, digerabak keretapi, di kereta pun ada , dinding tembok lebohraya pun ada dan merata-rata.. Mungkin ia memberi makna-makna tertentu luahan perasaan pelukisnya.  Ia nampak semacam tidak terkawal.  atau ianya memang dibenarkan oleh pemerentahnya.. Tapi itulah yang saya nampak.. Tapi bila dah banyak sangat macam, nampak macam cantek pula.. canteklah kalau dilukis elok-elok dan susunan huruf dan makna yang baik-baik. Tapi kalau makna dok mencarut, mengata itu ini.. tak bagus pula.. Saya rasa ada kemungkin tuan dinding itu yang lukis dari pelukis jalanan lukis atau mungkin sebaliknya.. Keadaan seperti ini pernah juga saya tengok di Istanbul satu ketika dulu sewaktu saya melawat disana. Tapi di Istanbul nampak cantik bila dinding-dinding usang dan lorong sunyi dilukis begitu menarik hingga menjadi tempat santai-santai pula.. Kalau kita di Malaysia dinding-dinding terbiar kita dipenuhi dengan iklan-iklan segala macam..  paling banyak iklan along atau iklan ubat kuat.

Satu lagi perkara yang amat
Macam tu la telatah remaja kat belakang saya tu.. 
bila suka sama suka.. romantis habis... Macam mana
tak perasan masa saya  dok selfie. Ini waktu saya
naik ' boat  cruise ' di pelabohan Barcelona yg
luas itu.
mengejutkan saya ialah gaya hidup orang Eropah yang terlalu bebas. Dimana saja saya pergi pasti terjumpa kalangan Gay.. lelaki suka sama lelaki.. kalau takat suka gitu-gitu saja tak apa juga.. ini macam sepasang kekasih. Sikit-sikit cium pipi.. sikit-sikit cium mulut.. raba tak nampakla pula. depan khalayak ramai pula tu.. yang dok bersebelahan biasa saja, macam tak ada apa-apa.. saya ni tak sangka punya gelisah dah..  sempat juga terambil gambar pasangan macam tu masa naik 'boat cruise'.. Masa balik dari Barcelona pun terjumpa lagi pasangan yang seumpama itu, dalam flight duduk depan kerusi hadapan saya..  6 jam perjalanan dalam flight tu tak taulah berapa kali depa dok bercium... tapi nampak mereka ni cukup romantik dan lawa-lawa belaka..  ha.. haa.. haa ..  Rupanya begitu  banyak orang-orang semacam ini kat sana.. sebab kita nampak secara terbuka. Di Malaysia saya pasti ada juga macam itu  tapi tak begitu tertonjol sangat.. depa buat senyap-senyap. Tak taulah .. dunia sudah sampai akhir zaman .. macam-macam boleh berlaku... kerajaan mereka pula seolah-olah merestui golongan-golongan seperti itu. Disebalik kehebatan dan kemajuan teknologi mereka pada akhirnya mereka terleka kepada perkara-perkara yang amat dilaknat oleh Allah SWT..


Susun atur perancangan kotaraya Barcelona.. 


Saya tertarik dengan perancangan bandar Kotaraya
Barcelona ini. Kalau dilihat dalam peta Kotaraya Barcelona ini saya nampak sesuatu yang unik tentang perancangan bandar ini dimana saya lihat susunan jalan berkotak-berkotak yang lebih kurang sama sahaja. Saya tidak pasti bila waktu nya dirancang buat seperti itu, mungkin sudah lama, tapi pihak berkuasa perancang bandarnya sudah memikirkan bentok perancangan seperti itu sejak sekia lama.. Bangunannya dibina begitu seolah tidak ada belakang, semuanya dianggap hadapan. Lorong belakang yang sunyi dan penoh segala barang-barang yang kurang guna  seperti di Malaysia  tiada. Jadi segala ruang digunakan sepenuhnya dan menarik .  Boleh dikatakan semua bagunan yang ada dalam kota ini, mempunyai seni bina yang menarik dan ada ukiran-ukiran yang unik serta nampak klasik. Saya rasa kos pembinaan bangunan seperti ni memang tinggi berbanding hanya sekadar membina bangunan bentok moden sahaja sebab ia memerlukan kepakaran tukang yang tertentu sahaja boleh membuatnya.
Laluan basikal yang disediakan.  Tak ada kenderaaan
lain yang boleh kacau laluan itu. Kalau tempat yg agak
agak bahaya disediakan kun penampan . Semua pengguna
jalan raya patuh kepada peraturan penggunaan jalan dan
laluan basikal.... Untuk menggunakan basikal tidak ada
masalah walaupun tidak ada basikal kerana ia boleh di
sewa dengan mudah yang ada diserata tempat
Jalan-jalan utamanya memang luas dan sepertimana saya dapat maklumat dalam kongress dan lawatan sekitar kota ini, Barcelona ini memang bandar yang mesra pejalan kaki dan mesra basikal. Jalan basikalnya  disediakan oleh PBTnya  sepanjang 150 km. Kita boleh berbasikal dengan bebas tanpa ada rasa was-was dan selamat menunggang basikal dalam bandar. Memang banyak basikal disediakan yang boleh dibeli, disewa dan sebagainya. Saya melihat pergerakan atau mobiliti dalam bandarnya tidak sukar dan kurang berlaku kesesakan jalan raya. Ini kerana rakyatnya lebih gemarkan menggunakan pengangkutan
mencuba perkhidmatan keretapi bawah tanah yg
efisien ini yg saya rasa amat praktikal utk 
 mobiliti penduduk bandarnya

.
awamnya yang cekap seperti keretapi bawah tanahnya, perkhidmatan teksi dan bas bandar yang selamat disamping menggunakan basikal dan motosikal skuter. Dengan penduduknya berjumlah 3.5 juta orang sudah tentu mobiliti penduduknya akan menghadapi masalah kesesakan, tetapi dengan perancangan yang strategik dan teliti oleh pihak berkuasanya ianya berjaya mengatasi isu-isu perbandaran terbesar dikebanyakan kota-kota besar. Pendekatan seperti ini sebenarnya boleh diamalkan di Malaysia, cuma gaya hidup penduduk kota perlu berubah.. Kadang-kadang naik basikal ke pejabat jadi bahan sindiran  rakan sekerja pula. Infrastuktur jalan basikal boleh dibuat tapi apakah pengguna jalan raya lain boleh menggunakannya sebaiknya atau hanya digunakan untuk parking kereta pula dilaluan basikal.. itulah yang saya nampak setakat ini kat Bandaraya Alor Setar, sebab setiap minggu saya berbasikal sekitar bandar ini.

Oklah rasanya cukup setakat ini saja coretan saya berkenaan Kota Barcelona ini. Sebenarnya lawatan ke Spain ini akan lebih menarik kalau kita dapat melawat diluar dari Kota ini terutama untuk melihat peninggalan tamaddun Islam yang biasa bertapak kukuh di Sepanyol ini. Apakan daya tidak ada kesempatan untuk itu. Walaubagaimanapun saya harap catatan saya ini akan memberi informasi berguna untuk diri saya dan pembaca-pembaca yang berminat.. Sampai ketemu lagi..



Catatan hadhiri : Smart City World Expo and Conggress.. di Barcelona.. Klik saja di bawah..
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/smart-city-expo-world-congress.html

Catatan lawatan Stadium FC Barcelona  : Klik saja dibawah ..
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/apa-yang-menariknya-stadium-di-barcelona.html


Kebanyakan bangunan disini , lorong belakang dan lorong depan
sama saja..  semuanya nampak mcm lorong depan sahaja..  dan kita
bebas santai berjalan-jalan jamu mata dan bershoping dikedai-kedai
yang berlambak ada kat sepanjang lorong-lorong tersebut.

Menu ikan salmon seperti ini merupakan

salah satu makanan kegemaran saya.. 

Kena macam ni, tak makan nasi pun 

tidak mengapa.

Tong-tong sampah dan tong kitar semua yang banyak terdapat. Dibuat 

dari Plastik ..tapi nampak macam tahan lama juga.. Mungkin

rakyat nya kurang kacau tong-tong macam ni ..kalau tidak ni

terbakar habis kalau buang puntung rokok dalamnya.

Nak makan makanan halal di Barcelona ini tidaklah
bermasalah sangat. Banyak restoran-restoren yang
dijual orang orang Islam seperti dari Turki dan Arab
di kota ini. Cumanya nak cari macam makanan di
negara kita susahlah sikit..  Ini saya bersama rakan2
makan disebuah restoren kepunyaan orang Arab .
Jamuan ini ditaja oleh Kulim Technology Park Corp

Pemegang tikit bas ini boleh tunggu disini untuk naik bas tersebut

ronda-ronda melihat dan melawat tempat-tempat menarik di 

sekitar kota Barcelona ini.. Naiklah berapa kali pun atau berapa

tempatpun dalam sehari itu. bayar sekali sahaja


Teknik pengurusan penyelenggaraan jalan-jalan raya 

di Barcelona.. 

Jarang berjumpa dengan bangunan-bangunan di kota

ini yang biasa-biasa saja seperti bentuk 4 segi sahaja . 

Boleh dikatakan semua bangunan mereka ada seni

pertukangan yang tinggi. Semacam satu kemestian pula

Disamping itu tidak banyak bangunan-bangunan 
tinggi dikota ini. Certia setengah orang tempatan, ini
kerana mereka tidak mahu bangunan itu melebih
gereja-gereja mereka.. Entah betul atau tidak..

Pemandangan sebahagian kota Barcelona yang diambil dari sebuah bukit peranginan .

Hanya inilah sahaja papan tanda nama hotel yang saya diami ini. Jenoh cari

kalau tak betul-betul pasti duduk dimana..  Tapi dekorasi dalamannya memang

menarik dan nampak klasik, tapi peralatan moden.. 


Pamplet perkhidmatan sewa basikal dikota Barcelona ini.






Catatan lawatan ke Stadium FCBarcelona :
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/apa-yang-menariknya-stadium-di-barcelona.html
.



asriredha teratak kasih alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.

There was an error in this gadget