Catatan: Mohd Asri Redha
07 November 2013
Assalamualaikum.. WRT..
Saya nak sambung cerita lagi berkenaan Kota Paris ini, tapi tak mahulah cerita fasal konferens -TRIZ saya hadiri itu kerana dah cerita panjang fasal itu. Bila sudah melawat negara orang tu kenalah juga tengok dan belajar akan apa yang ada di Kota Paris ini. Sebetulnya di Kota Paris , kalau nak cari tempat-tempat menarik dan indah indah tu .. rasanya taklah cantik sangat. Selalunya tarikan tempat pelancungan orang-orang biasa macam kita ni ialah ke Menara Eiffel lah... satu-satunya tarikan utama yang agak unik kat Kota Paris ni.. Selain itu ada juga Taman Tema Disneyland... itu biasa sahaja...
Tapi kota Paris ini sebenarnya kota kebudayaan dan kesenian.. kerana terlalu banyak galeri dan muzium yang pelbagai,. Bangunannya juga semua berukiran dan seni-seni yang indah-indah dan besar-besar tapi tidak tinggi.. Banyak sungguh.. Kota ini menjadi tumpuan kepada peminat-peminat seni lukis, teater dan nyanyian opera serta pertunjukkan 'The Most Famous Cabaret in THe World'. Banyak pertunjukan kabaret di Paris ini..
Ia juga menjadi tempat membeli belah barangan berjenama... Setiap hari ada-ada sahaja aktiviti seperti ini dimerata tempat di kota Paris ini.... Sebab itu pelancong yang melawat ke Kota Paris ni ada style sikit.. sesuai untuk orang-orang kaya bercuti disini.
Tapi kalau nak pergi ke airport Aeroports De Paris CDG kena pergi awal 4 jam atau 5 jam lebih awal sebelum penerbangan kerana memang sesak teruk kat jalan menuju ke airport tersebut...
Sebagai sebuah negara yang bebas dari dijajah orang Perancis terasa depa ni hebat sangat...tak apalah.. biarlah mereka dengan labu-labunya.. Saya sekadar melawat dan melihat-lihat negara orang yang berbeda dengan kita dari segi budaya, agama, bahasa, dan cuaca juga... Segala yang diperhatikan, didengar dan dirasa boleh dijadikan pengalaman yang menarik untuk saya bawa pulang ke negara kita yang lebih menarik... ada yang boleh dijadikan sebagai contoh dan idea yang menarik yang mungkin satu hari nanti kita boleh laksanakan dinegara kita seperti sistem keretapi bawah tanahnya, penggunaan basikal dalam bandar, sistem keretapi lajunya, pengurusan kawasan pelancongannya.
07 November 2013
Assalamualaikum.. WRT..
Terjumpa iklan pelancongan Pulau Langkawi
di Stesen Keretapi Bawah Tanah Metro... jauh juga promosi oleh LADA, MAS, Tourism dll........... |
Tapi kota Paris ini sebenarnya kota kebudayaan dan kesenian.. kerana terlalu banyak galeri dan muzium yang pelbagai,. Bangunannya juga semua berukiran dan seni-seni yang indah-indah dan besar-besar tapi tidak tinggi.. Banyak sungguh.. Kota ini menjadi tumpuan kepada peminat-peminat seni lukis, teater dan nyanyian opera serta pertunjukkan 'The Most Famous Cabaret in THe World'. Banyak pertunjukan kabaret di Paris ini..
Ia juga menjadi tempat membeli belah barangan berjenama... Setiap hari ada-ada sahaja aktiviti seperti ini dimerata tempat di kota Paris ini.... Sebab itu pelancong yang melawat ke Kota Paris ni ada style sikit.. sesuai untuk orang-orang kaya bercuti disini.
Tapi kalau nak pergi ke airport Aeroports De Paris CDG kena pergi awal 4 jam atau 5 jam lebih awal sebelum penerbangan kerana memang sesak teruk kat jalan menuju ke airport tersebut...
Stesen Keretapi Antara Negara. Gare Du Nord ..Disinilah
terletak stesen keretapi laju yang menghubungkan negara
negara Eropah.....
|
Kalau nak ke Menara Eifel .. datang dengan keretapi
metro dan turun distesen inilah...mudah sangat.. tapi
kena berjalanlah sikit ... |
Kutipan sampah dilakukan pada waktu malam... jadi pada siang harinya tak kan jumpa lori-lori seperti ini beroperasi. |
Saya suka Paris
ReplyDeleteGreaat read
ReplyDelete