Showing posts with label ulasan. Show all posts
Showing posts with label ulasan. Show all posts

06 December 2014

LAW OF UNIVERSAL ATTRACTION: MAGNET INTEGRITI DAN PRODUKTIVITI

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh : 01 Disember 2014

Assalamualaikum WRT.... Selamat Sejahtera ....
Buat sahabat-sahabat yang amat mulia disisi Allah SWT.. dan selamat pagi buat rakan-rakan lainnya..

Hari ini kita sudah melangkah ke bulan terakhir tahun 2014..  Begitu cepatnya masa berlalu... sedar tak sedar.. sudah menghampiri penghujungnya... maka bertambah lagilah umur kita.. Namun begitu dalam mengejar ilmu tidak mengenal batas waktu dan usia.

Kelmarin dan hari ini saya berkesempatan lagi mengikuti kursus ... 'Program Pembangunan Prestasi : Law Of Universal Attraction.. Magnet Integriti dan Produktiviti.  Sewaktu mendapat pamplet kursus ini dan tajuknya , saya tidak bertangguh lagi untuk mohon kerana ada keunikan dan kelainan kursus ini. Bukannya mohon kerana hendak mencukupkan jumlah hari kursus. Kalau tujuan itu saya sudah cukup harinya malahan dan terlebih  kursus pula sampai 15 hari. Sepatutnya 7 hari sahaja sudah mencukupi.. Sebab itu ada pegawai  yang sudah cukup bilangan hari berkursus sudah tak mau lagi dah pergi kursus.. Jadi niat dan matlamat sudah lain.. Pandangan ini kena ubah kerana pergi kursus adalah untuk belajar dan mendapatkan ilmu pengetahuan dari orang yang pakar dan banyak ilmu berbanding dengan diri sendiri yang amat kekurangan ilmu ini walaupun dah masuk umur 5 series ni ... tak rugi kan kalau kita lebih belajar...

Memetik kata-kata  dalam buku kerja program ini Menghadiri  kursus atau mengikuti Majlis Ilmu yang merupakan Taman Taman Syurga Dunia. Selangkah kita ke majlis ilmu mendekatkan kita satu langkah  dengan syurga NYA. Ramai insan yang punya banyak masa dan wang berbanding kita  Namun Allah SWT masih melimpahkan kasih sayang NYA dengan memilih kita untuk mendalami ilmu ini. Apakah sebabnya... Kerana Allah SWT masih sayangkan  kita. Antara tanda-tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambanya ialah DIA memberikan ilmu sebagai penyuluh kehidupan agar kita bukan sahaja berjaya didunia , malahan bahagia hingga ke SYurGa



Oklah.. berkenaan kursus saya pada hari ini yang menariknya penceramahnya adalah seorang penulis buku. Bukunya telah menjadi 'Best Seller' jualannya iaitu Buku LAW of UNIVERSAL ATTRACTION .. Magnet KebahagiaN.. Pengarangnya saudara Zuhairi Nopiah dan Amin Idris. Jadi yang datang memberi ceramah ialah Saudara Zuhairi Nopiah.

Sebenarnya saya masih terawang-awang akan isi kandungan  buku ini, tapi saya tetap hendak ikuti kursus ini kerana hendak ketahui intipati buku ini dari pengarangnya sendiri. Sepanjang saya kerja ni tak pula pernah dengar berkenaan Law Of Universal Attraction (LUA) ini dalam mana-mana kursus yang saya hadiri. Yang dok dengar ialah Law Of Attraction (LOA). Itupun saya belum pernah ikuti kursus seperti itu . Lekeh sungguh pengetahuan saya ini.  Rupanya LOA ini sudah berlegar lama dalam kehidupan kita tanpa kita menyedarinya dan Law Of Attraction (LOA) ini sebenarnya menjadi kajian yang menarik dikalangan pengamal-pengamal barat dan pengarangnya . Cumanya konsep 'Law Of Attraction' yang mereka hasilkan itu tidak menjurus kepada yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT. Jadi menariknya saya dapat satu ilmu yang rasanya pertama kali saya ikuti ini memberikan teknik-teknik LUA dengan satu pendekatan  yang tidak melanggari syariat dan hukum agama. Ini bermakna ianya dikaji dari perspektif agama juga. Teknik LOA yang dikemukakan oleh Barat , perkara-perkara ini tidak ada dalam perhatian mereka. Jadi tidak perlulah lagi saya nak kaji tengok teknik-teknik Hukum Tarikan ciptaan barat itu.. Memadai dengan menimba ilmu yang penulis dan pengamal tempatan yang ada didepan mata.  Sebab itu penulis ini memperkenalkannya sebagai 'Law Of Universal Attraction' ringkasnya LUA berbanding pengamal barat  memperkenalkan teknik Law Of Attraction atau ringkasnya LOA. Perkataan Universal itu yang membezakan kerana pengarangnya berpendapat apa-apa teknik yang diberikan ianya perlu bersandarkan kepada yang Maha Esa iaitu Allah SWT.

Kadang-kadang kita beli buku tersebut dan membacanya ... agak sukar untuk memahami jika tidak ditunjukkan cara dan jalannya menggunakan buku ini oleh pengarangnya sendiri.

Samalah seperti saya megikuti Kursus 'ESQ Way 165..Emotional Spiritual Quotient'  Bukunya memang saya ada dan agak tebal.. nak bacapun boleh baca saja, tapi penghayatannya agak kurang kerana agak teknikal juga buku tersebut dan tebal pula. Tapi bila pengarangnya sendiri Dr Ari Ginanjar Agustian yang datang memberi ceramah dan panduan tanpa ragu-ragu lagi saya  pergi mengikuti kursusnya.. Catatan kursus tersebut ada saya coretkan dalam blog seperti alamat dibawah:

Catatan Kursus ESQ yang saya hadiri .. Klik saja kat sini.

Begitu juga bila ada kursus Muslim Super oleh Dr Daniel Zainal Abidin saya terus mohon untuk ikuti kursus ini kerana Dr Daniel juga menerbitkan buku karynya 'MINDA MUSLIM SUPER' . Catatan kursus ini ada saya coretkan dalam blog seperti alamat dibawah:

Catatan saya berkenaan kursus ' MusliM Super Oleh Dr Danial Zainal Abidin. klik saja kat sini..

Saya juga pernah mengikut kurus berkenaan Pemimpin 360'.. Ada buku dipasaran iaitu  Buku 'The 360' Leadear' / Pemimpin 360' Edisi Melayu.. Karya John C Maxwell.  Walaupun penceramahnya bukan pengarang buku ini tapi penceramahnya memang pakar dalam bidang ini. Catatan saya seperti dibawah.. klik saja kat bawah tu...

http://semangatjati.blogspot.com/2009/05/360-degree-leader.html

Oklah, berbalik kepada kursus ini saya memang teruja untuk mengikutinya kerana banyak manfaat yang saya dan peserta kursus boleh dapat. Sekurang-kurang ia dapat memecah dan merungkai pelbagai masalah yang saya hadapi seharian dalam tugasan harian. Saya juga sedang mencari kebahagian....

Saya baru terperasan tentang Hukum Tarikan ini bila penceramah menerangkannya.. sebenarnya ia berlaku tanpa kita sedari.. Perasan tak ada ketika-ketikanya kita teringat akan seseorang, walaupun lama kita tidak berjumpa, tiba-tiba tidak lama kemudian kita terima panggilan dari orang kita teringatkan itu. Siapa yang bagi dia suruh telefon. Begitu kita rasa patut dapat sesuatu pada hari ini, walaupun sudah lama kita menunggu tapi tiba-tiba tidak berapa lama kita terima apa yang kita harapkan. Kadang-kadang kita teringat saudara mara kita tertentu, tiba-tiba pada petangnya satu rombongan saudara kita datang melawat kita..   Jadi ada banyak gelombang-gelombang positif dan negatif yang kita tidak nampak disekeliling kita yang mempengaruhi kita seharian.

Prinsip yang mudah untuk memahami akan prinsip Hukum Tarikan ialah suatu cetusan fikiran akan menarik cetusan fikiran lain yang sama dengannya. 'Fikiran Menjadi Kenyataan' .. Kita selalu menggunakan fikiran untuk berfikir tentang apa saja. Macam-macam cetusan fikiran dihasilkan. Kajian sains mendapati otak boleh mampu mencetuskan 60,000 cetusan fikiran sehari. Setiap cetusan fikiran itu ada gelombang tersendiri setiap kali manusia berfikir dan frekuensi ini mempunyai isyarat magnet yang sangat kuat.

Kita tidak akan dapat lihat frekuensi ini seperti mana kita dapat menelefon seseorang tanpa sebarang wayar .. hanya melalui gelombang radio sahaja. Kalau telefon kita ada tuju kepada sesiapa yang kita mahu. Tapi kalau otak kemana gelombang-gelombang yang dihasilkan itu hendak dituju. Frekuensi yang dihasilkan oleh otak kita ini akan terpancar ke seluruh alam ini dan akan menarik tenaga yang ada dipersekitaran dan dipantulkan balik kepada kita . Jenis tenaga yang ditarik ini adalah bergantung kepada jenis-jenis frekuensi yang dihantar. Kalau Frekuensi positif yang dihantar maka yang positiflah  akan diterima balik begitulah sebaliknya.


Kalau kita berfikir yang membuat kita rasa bahagia, maka ini bermakna otak kita sedang menghantarkan frekuensi yang positif. Kalau kita fikirkan perkara yang negatif seperti risau, sedih, marah dan sebagainya maka bermakna otak kita sedang menghantarkan frekuensi negatif.

Jadi frekuensi ini mempunyai isyarat magnetik yang kuat, akan mencari tenaga-tenaga yang berkeliaran dialam semesta  yang sama samada  yang positif atau negatif kemudian tenaga ini akan ditarik dan dipantulkan semula kepada orang yang berfikir tadi.

Jadi...dalam kehidupan kita seharian kita sering tidak sedar apakah fikiran kita telah mengeluarkan frekuensi positif atau negatif. Jadi ceramah  pada kali ini memberikan tip-tipnya bagaimana cara kita memandu fikiran kita agar memikirkan yang positif sahaja. Kerana kata penceramah Lebih banyak kita bersyukur, memberi, menghargai (positif) maka lebih banyak pula kita aka memperolehi kebahagian, kesejahteraan, penghargaan, nikmat, keseronakan dan segala macam yang baik-baik belaka.

Sebaliknya kalau lebih banyak yang kita tidak puashati atau rungutkan maka lebih banyak pula perkara lain yang datang kepada untuk kita tidak berpuashati atau rungutkan... jadi cuba elakkan terus dari fikiran kita.. ada nak boleh buat macam tu...

Kalau ikut kata penceramah ini ilmu LUA ini boleh digunakan untuk kita mendpatkan kejayaan-kejayaan dalam segala bidang yang kita mahu sama dalam rumah tangga kita, dalam kerjaya kita, dalam perniagaann kita, dalam kehidupan kita keseluruhannya. Malahan kalau anak-anak ketegar tak mau dengar cakap pun boleh guna teknik LUA ini..  Kejayaan-kejayaan ini yang membawa KEBAHAGIAAN kita. Ya.. memang menarik, tapi sebenarnya untuk mengamalkan teknik-teknik itu berterusan yang kita selalu rasa susah dan kadang-kadang ada rasa ketidakyakinan diri. Satu petua menarik penceramah ialah 'Tak Percaya Tak Apa , Buat Saja'

Saya tak nak cerita sangat fasal teknik-teknik LUA ini kerana kalau ceritapun panjang jadinya.. Ni kena pi kursus atau beli buku tersebut.. Kandungan buku tersebutpun mudah difahami dan tidak berat-berat kepala sangat... Kalau tak faham kita boleh berhubung terus dengan pengarangnya sendiri melalui FB nya atau melalui emelnya sendiri. Cumanya bila ikuti kursus ini banyak dapat kata-kata atau madah-madah bermakna yang menarik dan terkesan dihati kita.. Jadi kita 'fokus kepada yang kita suka, jangan fokus kepada perkara yang kita tidak suka, kerana kalau kita fokus kepada yang kita tidak suka maka yang itulah yang akan datang kepada kita' kerana ada gelombang yang kita tidak nampak akan menarik perkara tersebut kepada kita.

Mengapa doa kita tidak diterima atau tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.   Punca utama ialah masih ada unsur-unsur negatif dalam diri kita .. Kita masih mendendam dengan sesama insan.mahu Sikap tidak mahu memaafkan kesalahan orang masih ada dalam diri kita.. masih berprasangka buruk terhadap seseorang..  Apa salahnya kita memaafkan segala kesalahan orang kepada kita walaupun orang tersebut tidak mahu memaafkan kita. ... tak apa,  yang penting kita bersihkan hati dan diri kita dengan perasaan dendam  dan ego kita yang tidak berkesudahan itu. Amat bahagialah rasanya jika kita dapat memaafkan orang lain. Kita perlu Bersangka Baik Dengan Semua Orang... Bahagianya diri kita ini.. Mari kita amalkan.

Setiap impian, cita-cita dan angan-angan kita sebenarnya boleh dicapai. Teknik LUA ada caranya. Yang penting kita rekodkan dalam bentuk Visualisasi atau Membayangkan dalam bentuk gambar apa yang ingin kita mahukan.. apa impian kita ...Selepas itu kita tetapkan matlamat yang mahu dicapai, maklumat impian kita itu, sentiasakan bayangkan impian kita itu seolah-olah kita telah dapat... Untuk itu teknik LUA memperkenalkan Vision Board atau Papan Visi.. yang tujuan utama untuk mengekalkan tarikan minda separa sedar kita supaya dapat menarik kejayaan yang diimpikan itu. Kita boleh fokus pada yang diimpikan itu. Impian-impian kita selalunya ada 4 kategori yang boleh kita tentukan  iaitu impian bentuk fizikal, impian bentuk intelektual, impian bentuk emotional dan impian bentuk spiritual.
Saya kena jelas step ini iaitu berkenaan
'Asking the Universe' & 'trust the Universe'
.. Iaitu kita kena percaya pada Allah SWT
yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Kita kena percaya akan impian kita boleh menjadi kenyataan.. Kita percaya sebelum melihat sesuatu dan bekerja kearah apa yang kita percaya. Seperti mana kita berdoa kepada Allah SWT walaupun kita tidak pernah melihat  Allah SWT. Kita minta, kita percaya dan kita akan dapatnya.

Jadi kita perlu membuat perubahan diri  kearah yang lebih baik dan positif. Perubahan Bukan Satu Pilihan Tapi Satu Kemestian

Walau apapun impian kita yang hendak kita cari dan capai, kita janganlah tinggalkan Allah SWT... sentiasa berdoa dan berzikir dan sentiasa mengalunkan Zikir Asmaul Husna.. akan memberi kesan mendalam pada jiwa kita dan gelombang-gelombang positif akan sentiasa mendekati kita yang membawa kebahagiaan kepada kita. 

Oklah .. ini adalah sebahagian catatan berkenaan kursus LUA yang saya ikuti itu. Banyak lagi magnet-magnet kebahagian yang boleh kita capai dengan teknik LUA yang diperkenalkan itu yang saya tidak ceritakan disini, tapi yang penting saya amat gembira dengan kursus ini kerana ia memberi kesan yang positif pada diri saya ini.. 

Saya selalu bercakap mengenai BAHAGIA dan Impian Kejayaan.. Dalam ucapan-ucapan pada rakan-rakan fb saya juga selalu saya sebut bahagia.. Saya juga sedang mencari kebahagian.. semua orang mahu bahagia.. Namun tak semua bahagia.

Satu perkara penting yang perlu kita amalkan ialah kita perlu berfikiran positif dalam kehidupan kita, dalam pekerjaan kita, dalam segala aspek aktiviti kita dan bersangka baik dengan semua orang.. Jadikan amalan ini sebagai tabiat kita maka pada akhirnya kita akan dapat capai kejayaan dan KEBAHAGIAAN. Betulkan cara berfikir , nescaya perasaan kita juga turut menjadi positif. Apabila kita memilih mahu berfikiran positif dan berperasaan positif , Insya Allah segala tindakan kita akan menjadi positif . Allah SWT akan sentiasa memberi apa yang dimohon oleh hambanya... waduh.. macam berfalsafah pula tulisan saya kali ini.. takut nanti orang kata berfalsampah pula... tak apalah nak kata apa pun katalah .. terima seadanya , saya tulis ini untuk diri saya sahaja, kalau nak tumpang baca dan hayati ok saja.. dapat juga pahala...

Oklah .. bercakap memang mudah, nak laksanakan itu yang berat.. termasuk saya juga.. tapi kita kena berusaha juga... mari kita pakat berusaha berfikir perkara positif sahaja selepas ini... amannya dunia kalau semua begitu caranya berfikir...... Ketemu lagi..






asriredha teratak kasih alor setar

05 November 2013

Kekalutan di Aeroport Paris-Charles De Gaulle, Paris

Selamat Sejahtera semua
Catatan... Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh : 03 Nov.2013

Apa khabar saudara semua pembaca-pembaca blog saya.. kalau ada yang nak bacalah.. ataupun kerana terpaksa membaca, ataupun memang nak baca... apa2 sahajalah... Rasanya lama juga tak menulis... tak ada kesempatan, asyik dok kursus dan melawat sana sini...

Pada waktu saya menulis catatan ini saya berada kat Aeroport Paris-Charles De Gaulle, Paris ,  iaitu kira-kira 50 minit perjalanan dari Kota Paris..  Sementara nak naik flight saya balik ke KLIA, jam 12.00 waktu Perancis,  ada masa sikit patuk-patuk keyboard ni buat cerita maka saya pun mulalah bagi otak kanan dan kiri  saya dok fikir sikit  apa nak cerita.. Saya ada banyak cerita sepanjang berada di Kota Paris.. Jadi saya nak cerita satu persatu…

Kelmarin saya sebenarnya sudah datang ke airport ini dengan semangat berkobar kobar untuk balik ke negara tercinta dan berazam untuk balik mengundi di PRK Sg Limau kerana saya adalah pengundi kat situ . Namun begitu saya gagal untuk dapatkan penerbangan terus ke KLIA/Alor Setar  gara-gara kesilapan tempahan tiket penerbangan balik dari Airport ini ke KLIA / Alor Setar.. Di Paris ni kalau nak ke airport kena keluar awal, kerana saya dapati kesesakan lalu lintas amat ketara jalan menghala ke airport ni.. Jadi kena datang awal. Orang Perancis pula mereka ni buat kerja ‘slow’ sikit  dan bersahaja saja.. dia tak kira orang tu mau cepat ka atau tidak. Kena ikut giliran juga. Style depa kut. Pemeriksaan keselamatan juga amat ketat, saya sendiri dibuat pemeriksaan terperinci, sampai kasutpun kena buka masuk mesin scanner.. seluruh badan habis dia raba..  waduh susah sungguh..

Dihotel inilah saya terpaksa tinggal satu malam lagi kat 
Paris ni.. letak dekat dengan Airport CDG dan boleh
ulangalik ke airport dengan bus shuttle yg disediakan
setiap 30 minit.
Bayangkan dalam pada kami datang awal 4 jam sebelum berlepas dan ‘check in’  dengan penuh yakin, tiba-tiba gadis Perancis yang cantik molek kat kaunter maklum bahawa tempahan tiket saya telah dibatalkan dan pihak syarikat telah 'refund' balik duit kat travel agency. Ayo…yo apa sudah jadi ni … bukan ada sapa kat Kota Paris yang saya kenal.. Lebih-lebih lagilah kat  airport ni.  Dah la tak pakai talian telefon lagi… Telefon hilang di Kota Paris, tak taulah samada tercicir atau diambil oleh penyelok saku… waduuh.. banyak cabaran ni… Nak harap talian internet kat airport ni sukar diperolehi .. dah lah semua tulisan dalam bahasa Perancis, dia keluar kat internet entah apa-apa .. bahasa Perancis sepenuhnya.. tak ada langsung bahasa Inggeris.. Orang Perancis ni memang taksub sungguh dgn bahasa mereka… dalam TV pun semuanya diterjemah kedalam bahasa Perancis...   
Masa ada cuma 2 jam sahaja lagi untuk berlepas…    Anak buah yang turut bersama saya, dah tak boleh nak buat apa dah...Tel kat Malaysia , travel agency yang urus tempahan tiket itu macam  buat tak kisah aje, dan tak terasa nak tolongpun untuk buat tempahan balik tiket tersebut dengan segera atas alasan dah habis waktu pejabat.. atau mungkin pejabat tak buka hari tersebut…

En Khirrul .. Penyelia MAS kat Airport CDG yang telah
membantu saya menyelesaikan masalah saya berkenaan

tempahan tiket kapalterbang tersebut..........................
waduuh.. apa punya syarikat macam ini.. kalau ada apa-apa perubahan bagi taulah balik pada pelanggan…Kita dah bayar tunai pada mereka bukan pakai LO.  Adakah dia fikir apa yang dia buat kat ofis tu semuanya ditanggung beres…. Nah ianya terjadi pada saya sendiri, yang jarang berjalan keluar negara seperti kali ini. .. Takat KLIA tak apa la.. ni di Kota Paris…. Negeri orang.  Masa semakin suntuk. Anak buah saya pula tak balik satu flight dengan saya , kerana mereka balik ke Istanbul dulu dan esoknya ke Singapore dan balik terus ke Penang… Saya punya ialah flight MAS dari  Aeroport Paris Charles De Gaullle ini terus ke KLIA dan terus sambung perjalanan ke Alor Setar.. Nak buat macam mana ni…… jangan panic…

Makanya pilah cari siapa penyelia kat situ… lega rasanya bila tengok penyelia itu orang Malaysia…..  dialah yang tolong  macam mana nak buat…  nak beli tiket lain kat kaunter hari ini pula cuti.. tak ada tempat untuk beli tiket… beliau cuba bantu saya sehabis mungkin, tapi masa dah semakin suntuk , kerana untuk membuat tempahan kat KL mengambil masa pengesahan, jadi terlepaslah saya penerbangan pada hari itu…..  Namun begitu saya dapatlah juga penerbangan untuk keesokan harinya… Dapat naik kapalterbang yang terbesar dalam sirinya iaitu Airbus 380.. kapal terbang dua tingkat dan boleh memuatkan hamper 500 penumpang termasuk krewnya.  Nasib baiklah ada kad kredit. Kena belanja dulu secara online. Kalau tidak nak cari kat mana disini RM5000.00  bayar tambang balik tu..

Airbus 380.. Setiap hari ada satu penerbangan dari 
Paris - KLIA dan sebaliknya.........  

Selepas itu terpaksalah  pula cari tempat tidor kat hotel berdekatan.. Hasrat hati nak tidor kat airport sahaja, malas nak keluar dari kawasan airport, tapi malu pula bila dah kawan baru saya ni tolong booking hotel melalui ‘local booking’  dan tolong bawa tunjuk naik shuttle train airport dan shuttle bus  dan hantar ke hotel.  Hotel yang agak murah berdekatan airport ni. dapatlah sebuah.. satu malam 80.43 Euro sahaja.. murahkan.. tapi dharab dengan duit kita RM4 ++..dekat RM400.00 juga semalam…  itulah standard di sana.. Jadi berjalan dinegara Eropah ni memang tinggi kosnya.. Oleh kerana tempahan tempatan tak kenalah ‘City Tax’ . Tapi masa duduk kat Hotel Luxemburg Paris, kena bayar ‘City Tax’ lagi selain bayar sewa hotel. Tak berkesempatan nak tanya adakah ‘City Tax’ ini untuk PBT mereka.. Kalau macam tu tentunya berjuta euro juga PBT mereka dapat dari City Tax ni sebab pelancong yang datang ke Kota Raya Paris ini berjuta juta orang setiap tahun. Kalau di Alor Setar dibuat City Tax macam ni pada pelancong, agak-agak boleh diterima tak…

Terima kasih en Khirrul Station Manager Cawangan MAS kat airport ni.. Harap-harap boleh jumpa dia lagi..  Ini merupakan pengajaran kepada saya dan sapa-sapa yang nak keluar negara terutama yang jarang keluar negara.. Yang selalu keluar tu tak apalah.  Dah tahu macam mana nak selesai. Syarikat yang menguruskan hal-hal tiket-tiket penerbangan ini kena cekap dan profesional, walaupun duduk di tempatan.. Kalau setakat nak jual tiket kapalterbang sahaja sapa pun boleh tapi bagaimana mereka nak pastikan apa yang diuruskan itu berjalan lancar, dan kalau ada masalah apa tindakan yang perlu diambil.

Kita tidak boleh mengharapkan sangat 100% apa yang dibuat disyarikat mereka , makanya kita tak ada masalah bila berada diluar Negara… Saya ni sebenarnya amat bernasib sangat sebab berjumpa dengan kawan baru saya ni..  Kalau ikut saya dah tenggelam  punca.. maklumlah selama ini berlagak sangat, semua urusan agen atau orang lain yang uruskan.. baik passport, visa, tiket penerbangan dan sebagainya.. ya lah ikut rombongan.. bila jadi macam  ni baru tau langit tinggi rendah.

Kita juga kena selalu dapat maklumat terkini akan flight yang kita akan naiki itu… macam-macam boleh jadi… mungkin juga kesilapan teknikal … Jadi berhati-hatilah….

Ok.. pengumuman dah dibuat untuk masuk dalam kapalterbang.. ni nak duduk dalam flight selama 11   jam..Jarak perjalanan ke KLIA lebih kurang 11,000 km. Sapa nak jadi teman tidur saya malam ni tak tahulah… Harap-harap saya jangan mengeruhh .. he- he ... Ok kita jumpa lagi…. Di Malaysia yang ku rindui… lama sangat berjalan di tiga negara, jumpa macam-macam bangsa, budaya, bahasa, agama.. Makan pun dah tak ketahuan dah. Makan bermacam-macam jenis makanan.. hanya bertawakkal kepada Allah sahaja kehalalannya. Asal ada tulis halal sahaja kira ok lah…. Tapi ada juga kesangsiannya . fahaman mereka tentang halal itu agak merisaukan saya, kerana pada masa yang sama arak dijual sebebasnya. Kalau was-was hanya sekadar makan roti, telor, air kopi, serta salad… sebelah ada daging babi sebelah ada telor, dan salad.. kira oklah tu.. kalau kat Malaysia mengkelan la nak makan….   sembahyangpun ringkas-ringkas sahaja… Jumaatpun dah tertinggal 2 kali…dah rindu kat masjid lagi....  Segala-galanya menimbulkan kerinduan kat Malaysia…..

Nanti saya cerita lagi pengalaman saya semasa berada kat Yeosu Korea Selatan, Istanbul Turki dan Paris Perancis…mengapa saya ke sana dan  banyak cerita , pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat…  tunggu dalam blog ini saya akan paparkan….. kalu mahu baca lah...  tak boleh nak memaksa baca....bye..


Assalamualaikum WRT…..



asriredha teratak kasih alor setar

04 September 2012

Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam


Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 September 2012

Salam Sejahtera Pembaca maya sekalian...

Moga berada dalam keadaan sihat walfiat.. Kelmarin dan hari  ni saya mencuri sedikit ruang masa kerja yang yang tidak berkesudahan dengan mengikuti 'Seminar Pemantapan Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam' yang diadakan selama 2 hari dari hari ini hingga 4 September 2012. Tempat seminar ialah di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.. Temanya menarik juga iaitu 'Inovasi Pemangkin Transformasi'
Hari pertama dimulakan dengan ceramah berkenaan 'Integriti Penjawat Awam..Kenapa DiPersoalkan' oleh Dr Abu Bakar Sarpon- Timbalan Presiden Institute Integriti Malaysia.... Integriti adalah kualiti unggul yang ujud dalam diri seseorang yang dilihat dari perspektif akhlak , moral, nilai dan etika.

Saya sendiri sebenarnya kerap juga mengikuti pelbagai seminar dan kursus berkenaan integriti. Seminar integriti sebelum ini saya turut hadir dan laporan panjang lebar ada saya  ada saya catatkan dalam blog sebelum ini.. seperti link dibawah.. Klik saja kat situ..

http://beritakcs.blogspot.com/2011/09/mari-kita-berubah-seminar-pemantapan.html?utm_source=BP_recent

Namun saya tetap juga menghadiri seminar ini atas dasar untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahun saya disamping menerapkan lebih mendalam lagi akan tahap integriti dalam diri yang serba lemah ini.

Saya sedar sebagai manusia yang serba kekurangan tahap ketahanana diri seseorang tidak sama. Kadang-kadang lama-lama kita leka dan lupa akan tanggungjawab hakiki yang patut dilakukan. Kita hanyut dengan kemewahan dan kuasa yang kita ada dan miliki dan kita lupa janji kita pada rakyat dan kerajaan serta kepada Allah SWT yang satu itu, Maka pada akhirnya manusia akan  terjebak masuk dalam isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah demi kepentingan diri sendiri..

Inilah yang saya amat2 takut kalau2 terjadi pada diri saya dan sahabat2. Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya yang berterusan pada diri ini yang serba kekurangan  dengan segala macam kelemahan yang ada.

Sebab itu saya kena selalu memperingati diri saya sendiri dan juga mengikuti kursus dan apa-apa latihan, seminar dan sebagainya agar dapat mengembalikan perjalanan hidup ini ke landasan yang betul jika ianya cuba  tersasar jauh.

Berdasarkan ceramah yang diberikan itu saya tertarik tentang fakta yang diberikan  oleh beliau iaitu kenapa Jepun dan Switzerland menjadi negara yang amat maju dan terkenal dalam pelbagai bidang serta menjadi negara yang paling dipercayai... Fakta tersebut ialah seperti berikut:-

a. Akhlak, adab, amalan hidup mereka yang begitu menakjubkan
b. Penduduknya berintegriti
c. Bertanggungjawab
d. Keluhuran undang2 dan peraturan dan mereka amat menghormatinya.
e. Menghormati hak majoriti
f.  Menghormati autoriti
g. Kebrahian bekerja (The passion of works)
h. Berusaha untuk berjimat dan melabur
i. Kesungguhan untuk lebih produktif
j. Ketepatan MASA

Fakta ini adalah merupakan hasil dari kajian ilmiah yang dibuat oleh pakar akademik seluruh dunia. ..Jadi macam mana saudara-saudari semua... mampukah kita ikut sepertimana fakta yang sebutkan diatas tadi. Realitinya sekarang ini saya  tidak nampak peratusan yang  tinggi untuk mencapai seperti mana fakta tersebut... Lihat sahajalah akhlak orang-orang kita memandu dijalan raya, lihatlah juga perangai sebahagian rakyat negara ini yang buang sampah ikut suka saja tanpa ada perasaan bersalah pada jiran, lihat sahaja penipuan yang dilakukan oleh penjual terhadap pelanggannya, lihat sahajalah sikap orang kita yang tidak mengikut peraturan lalulintas jalan raya, lihatlah juga cara orang kita bekerja yang banyak menghabiskan masa untuk tujuan lain, itu tidak tengok lagi janji-janji kita yang tidak menepati masa.., rasuah, tidak mempercayai keputusan majoriti, tidak menghormati dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasanya dan segala macam lagilah perkara-perkara negatif yang tidak perlu saya ceritakan disini. Kerana  adanya perkara-perkara negatif yang dibuat oleh sebilangan kecil rakyat kita inilah yang  telah menenggelamkan kebaikan dan perkara positif yang dibuat oleh sebahagian besar  rakyat Malaysia.

Saya amat mengharapkan satu gelombang secara besar-besaran akan berlaku seperti fakta  diatas.. maka barulah kita dapat tunjukkan hasilnya yang pada akhirnya memberi kebaikan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia ini. Inilah transformasi yang kita mahukan...


Datuk Bandar MBAS turut menandatangani surat 
akujanji integriti korporat sebagai komitmen
dan kesungguhan MBAS untuk meningkatkan
tahap integriti dikalangan warga MBAS
 Tertarik saya dengan ceramah oleh Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak atas tajuk 'Transformasi Pengurusan Ke Arah Kecemerlangan Organisasi'.... Menariknya ialah sebarang perubahan transformasi kearah yang lebih baik terletak kepada sumber manusia. Kakitangan yang ada perlu ada pemikiran yang sihat dan mempunyai persepsi yang positif serta peribadi kelakuan yang berhemah.  Semua ini bergantung kepada hati manusia itu sendiri atau kalbu yang mana terletaknya  akal,  tempat dimana bersemayamnya roh, yang memandu perjalanan dan hala tuju pemikiran dan tingkah laku  individu. Memandangkan kalbu sebagai tempat  dimana terletaknya roh maka sebarang kerosakan kepada kalbu akan memberi kesan yang menggugat kestabilan seseorang individu itu. Bila roh tidak tenteram ianya memberi kesan kepada jasad dan jasad yang rosak akan memberikan  pelbagai kesan keresahan , kebimbangan,  kemurungan dan sebagainya. Bila ini berlaku maka bagaimana mungkin kita boleh mentransformasikan pengurusan organisasi  kearah lebih cemerlang. Oleh itu amat wajar setiap individu itu dibimbing kearah pengukuhan kerohanian dan spritual agar setiap orang itu menjadi lebih kukuh dan mantap.

Ada juga tajuk ceramah berkenaan 'Blue Oceon Strategy' . Yang ini saya tidak mahu ulas panjang kerana konsep dan pemahamannya telah saya cerita dalam blog sebelum ini seperti mana link dibawah ini. Kalau berminat klik kat situ...... :

http://beritakcs.blogspot.com/2012/05/blue-ocean-strategy-satu-pendekatan.html

'Budaya Transformasi Prasyarat Kecemerlangan Perkhidmatan Awam' satu tajuk yang juga menarik disampaikan oleh Prof Madya Dr Idris bin Md Noor dari UNIMAP...    saya setuju benar dengan tajuk ini. Budaya-budaya transformasi kena sentiasa dijadikan kebiasaan dalam urusan pekerjaan harian. budaya 'hired and fired' kena dimulakan tanpa pilih kasih dan belas kasihan. Orang yang produktif tiada masalah dengan segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan, tapi tentunya orang tidak produktif ada masalah besar kalau hendak kekal dengan sikap dan perangai lamanya, kerana dalam budaya transformasi adalah budaya kerja cemerlang, budaya kerja positif, berinovasi, kreatif, proaktif dan perubahan sikap yang lebih positif dalam segala aspek dan mempunyai peribadi yang mulia. Kalau kebiasaan lama penyegan, berkira, ponteng kerja, kerja tidak 'tera' mana, suka pertikai arahan ketua dan sebagainya tentunya sukar mencapai kecemerlangan dalam organisasi perkhidmatan awam. Ketegasan amatlah penting kalau mahu berjaya.

Ok jumpa lagi...... salaaam.

Teratak Kasih
Asredha.............................





asriredha teratak kasih alor setar

01 May 2012

360 DEGREE LEADER

Adakah yang berucap itu seorang '360 Degree Leader'?

INSPIN: Asri Redha: 26 Mei 2009

Hari ini saya menghadiri satu kursus bertajuk 'Leadership Skills For High Performance'. Penceramah yang dijemput ialah Dr Hj Ramli Saad dari Advanced Leadership Academy. Beliau seorang pakar perubatan radiologi tetapi lebih cenderung kepada 'leadership training'. Satu bidang yang memang jauh dari kelayakan akademiknya tetapi minatnya yang mendalam membuatkan ia lebih berjaya dalam bidang tersebut selain terlibat dalam bidang korporat. Agak sedih kerana tidak ramai rakan KCS yang mengambil peluang hadir mengikut kursus yang amat berguna ini.

Satu bab yang menarik untuk dikongsi bersama dalam kursus ini ialah bertajuk '360 degree LEADERSHIP' Konsep Kepimpinan 360 degree ini dipelopori oleh John C Maxwell seorang pakar kepimpinan, penceramah dan pengarang yang bertaraf antarabangsa yang telah menjual lebih 13 juta buku karangannya. Bukunya 'The 360 Degree Leader' menjadi bahan bacaan utama kepada pemimpin ternama baik dalam organisasi, korporat, negara dan sebagainya. Buku The 360 Degree Leader telah menyelesaikan persoalan mengenai 'Bagaimana saya boleh mengaplikasikan prinsip kepimpinan sekiranya saya bukan seorang boss'.

Konsep kepimpinan ini adalah hasil kajiannya selama lebih 20 tahun dengan mengambil contoh-contoh kepemimpinan pemimpin terpilih dan terhormat dari pelbagai cabang politik, usahawan, fahaman agama, institusi, syarikat dan negara selain juga mengambil contoh terbaik dari pengarang dan guru-guru kepemimpinan diseluruh dunia.

John Maxwell menceritakan dalam bukunya 'The 360 degree Leader' berkenaan pemimpin yang boleh memimpin dari mana-mana tempat atau peringkat dalam sesebuah organisasi.

Satu perkara penting yang saya pelajari dalam konsep ini ialah faktor pengaruh (influence). Kita boleh membina pengaruh kita untuk memimpin dimana-mana peringkat organisasi. Kita tidak perlu jadi pemimpin untuk mempengaruhi seseorang.

Sebelum ini saya percaya dan kebanyakan orang percaya bahawa bila menjadi pemimpin barulah dia boleh mempengaruhi seseorang untuk mengikuti kepimpinannya dan mengembangkan kepimpinannya. Sebenarnya ini banyak mengundang masalah yang menyebabkan kebanyakan pemimpin gagal dalam kepimpinannya. Sebenarnya kita tidak perlu menjadi pemimpin untuk mempraktiskan kepimpinan. Kalau kita selalu mempraktiskan ciri-ciri kepimpinan walaupun kita bukan seorang pemimpin dalam artikata sebenarnya, maka ianya akan lebih memudahkan kita untuk menangani apa saja situasi yang ada dan yang akan datang. Bila kita sentiasa menyediakan diri kita dengan ciri-ciri kepemimpinan dan pengaruh yang bersesuaian maka itu adalah lebih dan kita tidak tidak tahu bila peluang menjadi pemimpin akan datang, tapi bersiap sedialah..

Ada 5 Peringkat Kepimpinan yang diketengahkan oleh John Maxwell iaitu:

i. Kedudukan Jawatan - Hak :Orang ikut kita sebab mereka kena ikut. Pengaruh kita hanya dalam lingkungan organisasi saja dan tidak akan melepasi sempadan deskripsi tugas. Bila anda berjumpa seseorang yang baru, alasan mereka ikut dan percaya kepada anda ialah kedudukan dan jawatan yang ada pegang. Tetapi ini hanya bertahan dalam masa yang singkat sahaja. Lagi lama anda kekal cara begitni lama-lama moral anda akan menurun.

ii. Kerana Perhubungan: Orang akan mengikut gaya kepimpinan kita untuk peringkat pertama, kerana hubungan yang anda bina dengannya. Mereka terus mengikut kamu kerana mereka mahu ikut

iii.Penghasilan Kerja ( Because of Results): Orang akan mengikut kamu kerana keputusan dan kejayaan yang telah ditunjukkan pada masa yang lepas. Itu sebab mereka mengikut kepimpinan kita kerana mereka percaya kita berkemampuan. Orang ikut kita kerana apa yang telah kita lakukan pada organisasi

iv: Apa yang telah kita buat kepada mereka: Sekiranya kita membantu sesama insan dengan ikhlas tanpa apa-apa niat disebaliknya maka ini membina pengaruh tersendiri dikalangan masyarakat dan akhirnya mereka merasakan patut ikut kita. Orang ikut kita kerana apa yang telah kita lakukan kepada mereka.

v. Kerana Penghormatan (personhood): Ini adalah jenis pemimpin dimana setiap orang mahu ikut gaya kepimpinan kita. Mereka mungkin tidak bekerja dengan kita dan malahan mungkin tidak pernah berjumpa kita tetapi tindakan dan apa yang kita buat itu menyebabkan mereka mahu kita jadi pemimpin. Orang ikut kita kerana diri kita dan apa yang kita wakili.Peringkat ini agak sedikit yang mampu sampai. Peringkat ini adalah bagi pemimpin yang telah bertahun membangunkan insan dan organisasi


Satu perkara yang menarik dalam gaya kepimpinan 360 degree ini ialah mengkategorikan pemimpin itu kepada 3 bidang atau kawasan iaitu:-

MEMIMPIN KE ATAS : Bila kita memimpin dikalangan yang lebih senior. Antara cara yang boleh dilakukan dalam membina pengaruh dibawah area ini ialah kita memimpin diri kita dengan terbaik, ringankan beban bos, rela laksana kerja yang orang lain tidak mahu lakukan,, jadi pemimpin serba boleh, tahu bila perlu desan dan bila perlu berundur, menjadi pemain yang serba boleh, hati-hati bila ambil masa bos, pandai ambil hati bos dalam perhubungan peribadi yang sewajarnya.

MEMIMPIN SE ARAS : Bila kita memimpin dikalangan rakan-rakan setaraf. Kita memahami, mengamalkan dan melengkapkan kitaran kepimpinan seperti menyempurnakan keperluan rakan-rakan sekerja kita untuk memperolehi kejayaan, menjadi sahabat sejati, jangan mengaku anda adalah paling terbaik dan sebagainya. Banyak ciri-ciri lain yang perlu ada dalam hubungan rakan sekerja ini kerana ianya melibatkan persaingan. Walaupun usahakan agar persaingan tersebut adalah persaingan yang sihat.

MEMIMPIN KE BAWAH: Pemimpin 360* sebenarnya tidak berkedudukan (jawatan). Mereka memimpin melalui pengaruh , tanpa kedudukan, kuasa atau autoriti.. Sebagai pemimpin 360* bilamana anda memimpin ke bawah anda bukan sahaja membuat orang bawah anda melakukan sesuatu, tetapi anda mengetahui siapa mereka anda bantu mereka menerokai dan mencapai potensi mereka, anda menjadi model idola mereka, anda membuatkan mereka merasai sebahagian daripada yang lebih besar dan anda memberikan penghargaan kepada sumbangan mereka.

Jadi dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip kepimpinan yang diketengahkan oleh John Maxwell's kita boleh mengembangkan pengaruh kita dikalangan rakan setaraf kita, dikalangan pegawai atasan kita dan subordinat kita serta menjadikan diri kita lebih berguna atau bernilai dikalangan rakan sepasukan kita.

ok.. jumpa lagi

asriredha
teratak kasih
alor setar