04 September 2012

Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam


Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 September 2012

Salam Sejahtera Pembaca maya sekalian...

Moga berada dalam keadaan sihat walfiat.. Kelmarin dan hari  ni saya mencuri sedikit ruang masa kerja yang yang tidak berkesudahan dengan mengikuti 'Seminar Pemantapan Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam' yang diadakan selama 2 hari dari hari ini hingga 4 September 2012. Tempat seminar ialah di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.. Temanya menarik juga iaitu 'Inovasi Pemangkin Transformasi'
Hari pertama dimulakan dengan ceramah berkenaan 'Integriti Penjawat Awam..Kenapa DiPersoalkan' oleh Dr Abu Bakar Sarpon- Timbalan Presiden Institute Integriti Malaysia.... Integriti adalah kualiti unggul yang ujud dalam diri seseorang yang dilihat dari perspektif akhlak , moral, nilai dan etika.

Saya sendiri sebenarnya kerap juga mengikuti pelbagai seminar dan kursus berkenaan integriti. Seminar integriti sebelum ini saya turut hadir dan laporan panjang lebar ada saya  ada saya catatkan dalam blog sebelum ini.. seperti link dibawah.. Klik saja kat situ..

http://beritakcs.blogspot.com/2011/09/mari-kita-berubah-seminar-pemantapan.html?utm_source=BP_recent

Namun saya tetap juga menghadiri seminar ini atas dasar untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahun saya disamping menerapkan lebih mendalam lagi akan tahap integriti dalam diri yang serba lemah ini.

Saya sedar sebagai manusia yang serba kekurangan tahap ketahanana diri seseorang tidak sama. Kadang-kadang lama-lama kita leka dan lupa akan tanggungjawab hakiki yang patut dilakukan. Kita hanyut dengan kemewahan dan kuasa yang kita ada dan miliki dan kita lupa janji kita pada rakyat dan kerajaan serta kepada Allah SWT yang satu itu, Maka pada akhirnya manusia akan  terjebak masuk dalam isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah demi kepentingan diri sendiri..

Inilah yang saya amat2 takut kalau2 terjadi pada diri saya dan sahabat2. Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya yang berterusan pada diri ini yang serba kekurangan  dengan segala macam kelemahan yang ada.

Sebab itu saya kena selalu memperingati diri saya sendiri dan juga mengikuti kursus dan apa-apa latihan, seminar dan sebagainya agar dapat mengembalikan perjalanan hidup ini ke landasan yang betul jika ianya cuba  tersasar jauh.

Berdasarkan ceramah yang diberikan itu saya tertarik tentang fakta yang diberikan  oleh beliau iaitu kenapa Jepun dan Switzerland menjadi negara yang amat maju dan terkenal dalam pelbagai bidang serta menjadi negara yang paling dipercayai... Fakta tersebut ialah seperti berikut:-

a. Akhlak, adab, amalan hidup mereka yang begitu menakjubkan
b. Penduduknya berintegriti
c. Bertanggungjawab
d. Keluhuran undang2 dan peraturan dan mereka amat menghormatinya.
e. Menghormati hak majoriti
f.  Menghormati autoriti
g. Kebrahian bekerja (The passion of works)
h. Berusaha untuk berjimat dan melabur
i. Kesungguhan untuk lebih produktif
j. Ketepatan MASA

Fakta ini adalah merupakan hasil dari kajian ilmiah yang dibuat oleh pakar akademik seluruh dunia. ..Jadi macam mana saudara-saudari semua... mampukah kita ikut sepertimana fakta yang sebutkan diatas tadi. Realitinya sekarang ini saya  tidak nampak peratusan yang  tinggi untuk mencapai seperti mana fakta tersebut... Lihat sahajalah akhlak orang-orang kita memandu dijalan raya, lihatlah juga perangai sebahagian rakyat negara ini yang buang sampah ikut suka saja tanpa ada perasaan bersalah pada jiran, lihat sahaja penipuan yang dilakukan oleh penjual terhadap pelanggannya, lihat sahajalah sikap orang kita yang tidak mengikut peraturan lalulintas jalan raya, lihatlah juga cara orang kita bekerja yang banyak menghabiskan masa untuk tujuan lain, itu tidak tengok lagi janji-janji kita yang tidak menepati masa.., rasuah, tidak mempercayai keputusan majoriti, tidak menghormati dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasanya dan segala macam lagilah perkara-perkara negatif yang tidak perlu saya ceritakan disini. Kerana  adanya perkara-perkara negatif yang dibuat oleh sebilangan kecil rakyat kita inilah yang  telah menenggelamkan kebaikan dan perkara positif yang dibuat oleh sebahagian besar  rakyat Malaysia.

Saya amat mengharapkan satu gelombang secara besar-besaran akan berlaku seperti fakta  diatas.. maka barulah kita dapat tunjukkan hasilnya yang pada akhirnya memberi kebaikan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia ini. Inilah transformasi yang kita mahukan...


Datuk Bandar MBAS turut menandatangani surat 
akujanji integriti korporat sebagai komitmen
dan kesungguhan MBAS untuk meningkatkan
tahap integriti dikalangan warga MBAS
 Tertarik saya dengan ceramah oleh Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak atas tajuk 'Transformasi Pengurusan Ke Arah Kecemerlangan Organisasi'.... Menariknya ialah sebarang perubahan transformasi kearah yang lebih baik terletak kepada sumber manusia. Kakitangan yang ada perlu ada pemikiran yang sihat dan mempunyai persepsi yang positif serta peribadi kelakuan yang berhemah.  Semua ini bergantung kepada hati manusia itu sendiri atau kalbu yang mana terletaknya  akal,  tempat dimana bersemayamnya roh, yang memandu perjalanan dan hala tuju pemikiran dan tingkah laku  individu. Memandangkan kalbu sebagai tempat  dimana terletaknya roh maka sebarang kerosakan kepada kalbu akan memberi kesan yang menggugat kestabilan seseorang individu itu. Bila roh tidak tenteram ianya memberi kesan kepada jasad dan jasad yang rosak akan memberikan  pelbagai kesan keresahan , kebimbangan,  kemurungan dan sebagainya. Bila ini berlaku maka bagaimana mungkin kita boleh mentransformasikan pengurusan organisasi  kearah lebih cemerlang. Oleh itu amat wajar setiap individu itu dibimbing kearah pengukuhan kerohanian dan spritual agar setiap orang itu menjadi lebih kukuh dan mantap.

Ada juga tajuk ceramah berkenaan 'Blue Oceon Strategy' . Yang ini saya tidak mahu ulas panjang kerana konsep dan pemahamannya telah saya cerita dalam blog sebelum ini seperti mana link dibawah ini. Kalau berminat klik kat situ...... :

http://beritakcs.blogspot.com/2012/05/blue-ocean-strategy-satu-pendekatan.html

'Budaya Transformasi Prasyarat Kecemerlangan Perkhidmatan Awam' satu tajuk yang juga menarik disampaikan oleh Prof Madya Dr Idris bin Md Noor dari UNIMAP...    saya setuju benar dengan tajuk ini. Budaya-budaya transformasi kena sentiasa dijadikan kebiasaan dalam urusan pekerjaan harian. budaya 'hired and fired' kena dimulakan tanpa pilih kasih dan belas kasihan. Orang yang produktif tiada masalah dengan segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan, tapi tentunya orang tidak produktif ada masalah besar kalau hendak kekal dengan sikap dan perangai lamanya, kerana dalam budaya transformasi adalah budaya kerja cemerlang, budaya kerja positif, berinovasi, kreatif, proaktif dan perubahan sikap yang lebih positif dalam segala aspek dan mempunyai peribadi yang mulia. Kalau kebiasaan lama penyegan, berkira, ponteng kerja, kerja tidak 'tera' mana, suka pertikai arahan ketua dan sebagainya tentunya sukar mencapai kecemerlangan dalam organisasi perkhidmatan awam. Ketegasan amatlah penting kalau mahu berjaya.

Ok jumpa lagi...... salaaam.

Teratak Kasih
Asredha.............................





asriredha teratak kasih alor setar

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan,artikel tuan bertjuk “Susah Sangatkah Memohon Kerja Dan Menghadapi Temuduga” telah banyak membantu saya dalam mendapatkan pekerjaan..Di sini,sekali lagi saya ingin meminta tips dan nasihat dalam menghadapi peperiksaan khas SPA Kedah bertarikh 20 Sept nti. Saya sukar mendapatkan panduan khususnya bagi peperiksaan khas N41 SPA Kedah,mungkin kerana ia masih boleh dikatakan baru..adakah ianya menyamai peperiksaan khas M41?Jazakallah Khairan Khatira.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.