03 November 2012

TaBiaT BuRuK OrAnG KiTa Di AtAs JaLaN RaYa

Cerita lama diperbaharui semula
Catatan: Mohd Asri Redha
03 November 2012

Salam Sejahtera buat pembaca blog hamba ini... entah sapa baca sayapun tidak tahu....Orang tidak bacapun tidak apa asalkan hati ini puas dapat merakamkan isi hati saya yang tidak tahu nak bawa pi kemana. Sekurang-kurangnya tua-tua nanti dapat baca balik apa yang kita luahkan...buat kenang-kenangan.

Lama juga berhenti menulis blog ini....sibok yang tidak berkesudahan. Malam ni baru syeh dia mai sikit dengan idea-idea yang macam-macam nak tulis. Kita tulis satu persatu tajuk perkara biar susun elok-elok jadi cerita... Mai syeh nak tengok balik tajuk tulisan saya sebelum ini yang ada kaitan dengan Kemalangan Jalan Raya dan isu AES yang tak sangka punya hebat polemiknya dan akhirnya menjadi pertimbangan politik segalanya dalam menentukan nyawa yang tidak berdosa.

Saya baru saja balik dari  khenduri kahwin.. banyak tempat juga pergi .. waduh capek sekali..... esok banyak lagi kerja sedang  menunggu...Memang letih dan mengantuk juga tapi nak kena pagut juga huruf-huruf kat keyboard ini nanti dia lupa...

Tajuk cerita saya pada malam ini ialah Tabiat Buruk Orang Kita Atas Jalan Raya..Menarik juga tajuk. Dah lama dok terfikir nak bersembang berkenaan perkara ini kerana ia terkena kepada semua orang...

Setiap hari pasti ada saja berita mengenai kemalangan jalan raya di Malaysia. Disebalik kemalangan itu ada saja cerita sedih yang kita dengar. Akan ada kematian, kecederaan ringan dan parah, kehilangan keluarga tersayang, kehilangan tempat bergantung, kehilangan mata pencarian dan macam-macam cerita sedih yang kita dengar..Namun keadaan begitu terus berlaku dan semakin bertambah pula jadinya...

Kempen-kempen keselamatan jalanraya tidak sangkalah punya banyak sekali dan berhabisan Jutaan Ringgit Malaysia..Macam-macam langkah dibuat baik dari segi kempennya dan juga memperbaiki infrastruktur jalan raya agar lebih baik lagi..namun kemalangan tetap berlaku dengan banyak dan dahsyat sekali...Kita pernah dengan orang berikrar berjanji memandu dengan lebih selamat, berikrar akan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya, berikrar untuk menjadi pemandu yang lebih berhemah, berjanji tidak akan memandu secara berbahaya, berikrar tidak akan ber SMS ketika memandu, berjanji tidak akan memandu ketika berada dibawah pengaruh alkohol dan macam-macam lagi ikrar yang baik-baik belaka. Pokoknya kalau semua pengguna jalan raya menepati janji yang dibuat seperti diatas rasanya kalau tidak dapat 0% kemalangan pun sekurangnya-kurangnya ada peningkatan dari segi % pengurangan kemalangan.

Mengapakah kemalangan tetap meningkat? Ini yang saya suka nak cerita. Kalau terkena batang hidung sapa-sapa saya mohon maaf ajelah....demi kebaikan kena juga saya cerita. Saya adalah seorang pemerhati sosial yang yang suka memerhati gelagat sosial manusia. Tapi saya tidak pandai untuk bercakap dan bersyarah. Bidang saya adalah bidang ekonomi tetapi sejak akhir-akhir ini saya suka beri perhatian hal-hal yang berkaitan manusia itu sendiri dan masyarakat..macam ahli sosiologi pula jadinya...Keratan akhbar ini saja saya masukkan..nanti saya cerita fasal apa. Ada lagi keratan-keratan yang akan saya masukkan untuk menerangkan tabiat buruk orang Malaysia bila berada atas jalan raya.




Oklah.. malampun agak larut juga ni.. besok kena bangun awal pula....silap-silap hari tidak terjaga...bukan takat anak-anak yang dikesiankan, paknya juga pun terok......Biar saya berhenti disini dulu malam ini. Tak bagus juga kalau tengah letih dan mengantuk masih menaip nanti dia jadi merapu....bye selamat malam dan jangan lupa niat puasa esok hari...

Seperti yang dijanjikan ini saya nak mula kan tajuk isu ini dengan tabiat pertama iaitu:-

Tabiat buruk bila berhadapan dengan lampu isyarat trafik

Sepanjang saya memandu kenderaan dari Alor Setar ke Pekan Sik, semasa saya bertugas di PejabatTanah Sik saya akan melalui lebih kurang 20 'trafik light'. Bayangkan masa habis dekat lampu isyarat sahaja hampir 15 minit. Kalau waktu tiba dekat trafik light tersebut hijau sentiasa ok lah juga, tapi ada ketikanya tiap-tiap kali sampai dekat trafik light merah sentiasa....Apa yang saya nak cerita ni ialah berkenaan tabiat dan sikap sebahagian kecil pemandu kita bila sampai ke persimpangan trafik light.

Ini mesti bawa laju ni..ataupun nak lari dari PTD yang buat pemeriksaan lori bahan batuan...silap 'corner' terus terbalik. Saya sempat ambil gambar ini dijalan Jeniang - Sik.

Antara pekan Gurun ke Sik, ada banyak juga lampu trafik yang dipasang dan sememangnya berfungsi elok. Tetapi ia agak diluar bandar sedikit, maka aliran trafik tersebut agak berkurangan tidak seperti jalan Alor Setar ke Gurun. Walau macamanapun lampu isyarat trafik tetap lampu isyarat trafik, tidak ada bedanya sama ada dibandar atau diluar bandar, ada kenderaan melintasinya atau tidak. Merah tetap kena berhenti. Inilah yang sepatutnya. Apa yang saya perhatikan dan selalu perhatikan, banyak kenderaan telah melanggari peraturan lampu isyarat yang telah ditetapkan. Merah tetapi masih berjalan juga , laju pula tu. Dijalan Gurun ke Sik ada 3 tempat lampu isyarat yang selalu tidak dipatuhi oleh sebahagian besar pengguna jalan raya, dan kerap juga berlaku kemalangan ditempat tersebut. Tetapi kerana kurangnya aliran trafik disitu, banyak pemandu tidak ambil kisah dan terus juga memandu walaupun warna merah.  Kadang-kadang jadi bahaya pula kepada pemandu yang ikut peraturan seperti saya ni takut kenderaan langgar dari belakang.yalah kita ni betul bendul kut, nampak macam kita pula terhegeh-hegeh ikut peraturan.   . Sebab itu kerap berlaku kemalangan walaupun aliran trafik tidaklah banyak, tetapi kealpaan dan kecuaian yang dilakukan menyebabkan pemandu yang tidak bersalah menjadi mangsa....

Tabiat pemandu bila menghadapi kesesakan jalan ( queu panjang)

Inipun biasa saya perhatikan pemandu-pemandu di Malaysia ramai yang tidak sabar dan suka potong giliran. Kalau semua pemandu sabar saya rasa masalah kesesakan akan dapat diatasi dengan lebih baik dan lancar. Kita selalu melihat kenderaan-kenderaan potong sebelah kiri dan kadang-kadang sanggup meredah tepi jalan sebelah kiri semata-mata hendak sampai dahulu kedestinasi yang hendak ditujui. Sakit hati juga bila melihat tingkah laku pemandu-pemandu seperti ini. Akhirnya kita yang ikut peraturan diasak ketepi dan ketengah dan nampak kita pula yang bermasalah. Kalau iapun bersabarlah...ikutlah kenderaan yang dihadapan kita. Semua orang hendak cepat, tapi apakan daya keadaan menjadikannya begitu. Dalam hal ini saya nampak pemandu-pemandu di Malaysia tidak profesional lagi dalam menggunakan jalan raya.

Tabiat pemandu bila ada pemandu dari jalan susur hendak masuk jalan utama


Saya selalu terjumpa dan kadang-kadang saya sendiri mengalami peristiwa tidak dapat masuk ke jalan utama dari jalan susur disebabkan keengganan pemandu jalan utama memberi laluan kepada kenderaan jalan susur masuk.... Kadang-kadang kasihan tengok begitu lama mereka menunggu untuk dapat keluar , angkat tangan bagi isyarat dan bagi signal, tapi pemandu jalan utama buat-buat tidak tahu aje. Susah sangatkan untuk memberi laluan sebuah atau dua buah kenderaan masuk bila kita tahu mereka memerlukan ruang untuk masuk ke jalan utama. Bukannya ambil masa lama manapun...Tidak sampaipun 30 saat. Kita perlu ingat, kadang-kadang kitapun perlukan ruang seperti mana mereka juga. Dan sudah pasti kita mahu pemandu dijalan utama memberi sedikit laluan dan kelegaan kepada kita untuk masuk keluar ke jalan utama. Jadi kenalah kita bertolak ansur. Jangan kita sahaja yang hendak minta tapi bila kita duduk dalam keadaan sebaliknya langsung tidak mahu memberi peluang. Sekali lagi saya nampak dalam hal ini pemandu kita tidak profesional bila berada di atas jalan raya.

Kadang-kadang saya yang betul sangat ni tunggulah berhenti bila lampu merah dan kereta belakang selamba sahaja memotong dan pintas jalan tersebut tanpa ada rasa bersalah. Kadang-kadang orang yang ikut peraturan pula menjadi lebih bahaya disebabkan perangai dan kelakuan buruk pemandu-pemandu yang tidak sedar diri seperti itu.

Tabiar buruk pemandu kita bila memotong di lebuh raya.

Sebenarnya banyak tabiat buruk pemandu kita yang saya selalu perhatikan sewaktu memandu di lebuh raya. Antaranya ialah pemandu kita memandu kenderaan dengan sombong. Saya sebut sombong atau memandu dengan penuh kesombongan ialah kerana pemandu kita tidak sabar bila berada diatas jalan raya. Ini juga banyak menyumbang kepada peningkatan berlakunya kemalangan jalan raya...Saya biasa sangat mengalami pengalaman yang akan diceritakan ini malah saudara-saudara sendiripun saya rasa pasti telah mengalaminya. Selalunya bila kite memotong kenderaan dilebuhraya kita akan bagi signal ke kanan dan mulalah memotong dengan kadar kelajuan yang sesuai. Malangnya pada masa yang sama ada kenderaan yang laju dari belakang kita akan turut sama memotong kenderaan dan tidak sabar-sabar tanpa memperlahankan kenderaan sehingga kadang-kadang terlalu hampir dengan bumper belakang kereta kita..sambil tu pula siap dengan memberi lampu lagi seolah mereka sahaja yang laju dan nak menggunakan laluan tersebut...Kalau ya pun sabarlah dulu berilah kereta hadapan memotong dahulu dan tunggu ia kekiri balik, kemudian barulah potong..Susah sangatkan untuk pemandu dibelakang kita itu kurangkan sedikit kelajuan kenderaan sementra menunggu kereta dihadapan memotong dan mengambil tempat disebelah kiri. Wahai pemandu-pemandu seperti ini janganlah sombong dan berlagak ketika memandu kereta...sabarlah sedikit, kerana kesabaran kita itu akan mencegah dari berlakunya kemalangan.

Bayangkanlah kalau kenderaan dihadapan itu tekan berat mengejut...tentu sahaja kemalangan teruk pasti berlaku.

Saya berkesempatan baru-baru ini mengikuti lawatan sambil belajar ke Sydney/Canberra Australia. Apa yang saya perhatikan berdisiplin sungguh pemandu dan pengguna jalan raya di AUstralia ini. Had laju dipatuhi sepenuhnya.  Tidak berani langsung untuk langgar peraturan jalan raya kerana penguatkuasaannya yang ketat dan dendan yang tinggi. Mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain semasa menggunakan jalan raya, Sukar untuk berjumpa kemalangan ngeri di Australia disebabkan tahap disiplin pemanduan yang tinggi dikalangan rakyatnya.. Dikatakan setiap masa ada kenderaan khas yang sambil berjalan diatas jalan raya akan merakam segala pergerakan kenderaan diatas jalan raya sama ada mereka mengikut peraturan atau tidak. atau membawa kenderaan melebisia hi had laju atau tidak.. Kalau kena siaplah.. bayar saja denda yang amat tinggi.  Tap tak lah pula saya dengar heboh sangat seperti yang di satu Malaysia sedang heboh   sekarang ini.. Kerana dipolitikkan maka begitulah jadinya.

Bayangkan lah... politik  punya fasal.. saya
rasa lepas ni tak boleh laksana lagilah sistem
AES ini.....  bagi saya tak ada cara lain lagi..
untuk mendisiplinkan pemandu2 Malaysia
yang tak mahu faham2 cara memandu berhemah..
Dah letih rasanya kerajaan dan ngo buat program
mendidik pada pemandu2.. tapi dok macam
tu juga...  kerana politik.. sanggup tanggung
risiko akan terima lebih ramai lagi yang
menghadapi kemalangan jalan raya...
lagi menjadi mangsa kemalangan jalan raya
Tabiat ibu bapa membiarkan anak-anak tidak mempunyak lesen memandu kenderaan

Banyak sangat dah diserata cerok rantau bercambah budak-budak tidak cukup umur menunggang motosikal..baru pula tu. Tidak tahulah samada memang sengaja ibu bapa beli kenderaan itu kepada anak-anak kesayangannya atau tidak. Tapi memang ramai sangatlah ..malahan dipekan-pekan kecil pun mereka begitu berleluasa menunggang tanpa peralatan keselamatan secukupnya. Kita harus ingat bila ada motor budak-budak ni kakinya jadi makin panjang.. rata tempat dia boleh pergi dan boleh ponteng sekolah lagi.. dah jelas dan nyata.

kalau tidak ada lesen memandu memang sah mereka ini tidak cukup ilmu dan pengalaman memandu, walaupun tunggangannya lebih hebat.  Keseronokan menunggang dan memandu kenderaan waktu2 muda memang amat mengujakan...jadi kalau boleh bawa laju potong sana potong sini.. perkara biasa saja kita lihat di atas jalan raya.. Polispun tidak larat lagi nak buat penguatkuasaan...Ibu bapa diamkan saja.. malah menggalakkan lagi pula anak-anak mereka walaupun tidak ada lesen. Kalau berlaku kemalangan kadang-kadang ibubapa bukan nak salahkan anak sendiri , disalahkan pula penguatkuasa yang menjalankan tugas  atau pemandu lain yang terlibat dengan anak mereka... Ini yang jadi peliknya.. Wahai ibu bapa sekalian , janganlah sekali-kali beri anak kita menunggang dan memandu kenderaan diatas jalan raya tanpa lesen memandu dan peralatan keselamatan yang sewajarnya. Anak-anak sekarang bukan boleh ditegor..silap-silap haribulan orang yang tegor itu menerima padahnya yang terok dibelasah...

Kesimpulannya tidak hairanlah dengan kelakuan dan perangai pemandu-pemandu Malaysia seperti yang saya ceritakan tadi maka setiap tahun kemalangan yang berlaku semakin meningkat. OPS Sikap yang dilancarkan oleh PDRM tahun ini sempena Perayaan Aidil Fitri telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara dari segi kematian jiwa akibat kemalangan berbanding tahun2 sebelumnya.......fikir-fikirlah kita semua....sebenarnya tidak ada cara lain lagi nak kurangkan kemalangan melainkan sikap dan perangai pemandu itu sendiri pelu berubah...Infrastruktur jalan kita adalah yang terbaik..Jangan salah lampu isyarat kalau tidak mahu ikut aturannya, janganlah salahkan jalan yang terlalu elok sampai bawa laju2, janganlah salahkan polis kalau buat perangkap kelajuan dan jangan salahkan orang lain kalau berlaku apa-apa pada kita bila kita sendiri cuai.

ok.. nanti sambung lagi.

asriredha
teratak kasih, alor setar

1 comment:

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.