Showing posts with label lawatan. Show all posts
Showing posts with label lawatan. Show all posts

05 July 2019

Hadhirku sebagai duyufurrahmaan... Realiti Kehidupan Jemaah Haji di Kota Suci

Catatan : Mohd Asri Redha



 Assalaamualaikum WBT.. buat semua sahabat-sahabat yang mengikuti catatan blog saya ini . Semoga semuanya diRahmati Allah SWT pada setiap masa dan ketika. Selamat Siang buat sahabat-sahabat lainnya.. 

Terima kasih kerana masih mau ikuti catatan-catatan saya dlm blog ini... Sebenarnya lama benar saya tidak menulis dalam blog saya ini... sejak saya pergi menunaikan Haji di Mekah dan Madinah bermula dari 20 Ogos 2017 hingga 30 September 2017 .. Memang waktu tu tak ada mood nak menulis , cuma sekadar saya merekodkan sikit-sikit cerita-cerita yang berlaku sepanjang saya berada di Kota Suci itu dalam FB sahaja.. Time tu kita nak buat ibadat sahaja, tak mahu fikir2 fasal lain.. tapi tang gambar-gambar tu ambil juga bila kelapangan untuk rekod bila saya mula menulis nanti.

Bukan senang menulis ,  idea nak mai tu kadang-kadang tak menjadi, mood dan syeh tu tak mau nak mai..  Inipun saya masih bercuti lagi, sebab dok rasa keletihan dan sisa-sisa batok2 dari Tanah Suci masih  ada lagi... tak mahu hilang betul-betul lagi... itulah salah satu penangan dan cabaran dalam mengerjakan Haji dan Umrah di Mekah.. Kalau siapa tidak dijangkiti batuk-batuk berkahak tu kira hebat dan memang kuat ketahanan badannya.

Sebenarnya inilah intro saya diatas yang saya buat beberapa minggu selepas balik dari Mekah... lepas tu terhenti begitu sahaja hingga lah hari ini baru saja terasa nak tulis balik...Entah kenapa menjadi penyegan yang sebegitu...  dah hampir 2 tahun berlalu.. Bila

Inipun bila tersedar sekarang ramai sahabat taulan dan adik beradik yang dapat menunaikan Haji tahun ini... sekarang ini sudah nak mula musim Haji, setiap hari akan ada saja penerbangan ke Mekah atau ke Madinah sehinggalah sampai ke waktu kepuncaknya... baru terasa nak tulis balik. Dengar khabarnya kuota Haji sama macam tahun lepas ....

Oklah.. nak cerita apa ya.. sudah tentu cerita pengalaman saya menunaikan Haji dan Umrah di Kota Mekah dan Kota Madinah... tapi nak cerita macam mana.. kalau nak cerita fasal step-step nak buat haji dan umrah tu dah banyak orang tulis dalam blog dan internet.. macam-macam..

Saya juga pernah tulis blog berkenaan  lawatan mengerjakan umrah saya di Mekah dan Madinah beberapa tahun yang lalu yang boleh diikut melalui pautan seperti dibawah ini:


https://semangatjati.blogspot.com/2014/12/umrah-kasih-sayang-perjalanan-mencari.html?m=1




gambar-gambar pun ada saya paparkan yang boleh dilihat melalui pautan dibawah ini:


 Disamping itu saya juga pernah menunaikan Haji dan Umrah kali pertama pada tahun 2002 yang lalu.. Gambar-gambar pun saya simpan lagi untuk rekod, tapi tak banyak sebab waktu ambil gambar masih lagi pakai film dan kamera optikal sahaja.. Gambar-gambar itu boleh ditengok melalui pautan di bawah :

https://www.facebook.com/album. haji pertamaku



Saya sengaja memilih tajuk 'Realiti Kehidupan Jemaah Haji'  kerana itulah yang saya suka perhatikan dan rekodkan serta memberi ulasan.. Banyak cerita-cerita yang saya dapat yang boleh dishare bersama rakan2 sekadar cerita santai dan juga ada pengajarannya yang boleh diambil ikhtibar,'

Sebelum saya nak melanjutkan catatan ini, nak kena perbetulkan niat dulu.. kerana tujuan saya menulis ini bukan nya nak menunjuk-nunjuk kata saya boleh pi Mekah atau nak tunjuk hebat apa-apa..  Tidak ada sedikitpun terlintas dihati untuk maksud tersebut , apatah lagi ini melibatkan ibadat rukun Islam yang ke 5. Rugi amat sangat kalau nak menunjuk-nunjuk bangga, hebat, riak berkenaan bab-bab ibadat ni. Catatan-catatan saya ini hanya sekadar catatan pengalaman mengerjakan Haji dan Umrah dan ianya akan menjadi sejarah hidup saya. Rugi sangat kalau saya tidak rekodkan peristiwa amat penting dalam hidup saya ini sebagai sebagai seorang Muslim.. Disamping itu ianya boleh menjadi panduan pada sahabat-sahabat yang berminat dan akan pergi menunaikan Haji nanti.. Banyak perkara-perkara yang akan saya ceritakan ini boleh dijadikan panduan dan pengajaran ..

Pergi menunaikan Haji bukan sekadar itu, tetapi pergi kesana membawa segala kelakuan kita , imej kita , ego, status kita, kehebatan kita, kemewahan kita dan sebagainya. Adakah kita mampu menghadapinya di Tanah Suci Makkah dan Madinah itu.  Ini yang saya nak cerita banyak terutama berkaitan dengan hubungan sesama insan ... Nak cerita fasal cara nak buat haji dan umrah tu saya rasa banyak sangat dah kita baca dan dengar.




Saya amat bersyukur sangat-sangat kerana ditawarkan untuk menunaikan Ibadah Haji kali  ini. Bukan senang untuk mendapat peluang keemasan seperti ini . Tapi memandangkan isteri dapat tawaran tahun ini dan tiada mahram yang ikut serta, maka saya membuat rayuan dan akhirnya diterima.. Walaupun saya terpaksa membayar kos penuh tanpa subsidi Tabong Haji berjumlah  melebihi RM20K dan ditambah lagi visa fees yang dikenakan oleh Saudi Arabia sebanyak 2,000 Riyal lagi, saya tidak kisah sangat, kerana mendapat peluang itu lebih teramat penting memandang senarai menunggu yang terlalu amat lama untuk sampai giliran menunaikan Haji di Mekah. Tahun ini secara kebetulan Kerajaan Arab Saudi telah menaikkan kuota Jemaah Malaysia dari 30K kepada 40K...  jadi ada pertambahan jemaah Haji Malaysia ke Mekah



Dalam catatan perjalanan umrah yang telah saya coretkan sebelum ini hanya bercerita berkenaan umrah semata-mata, tapi kali ini ada cerita-cerita menarik di Arafah, Mudzalifah dan di Mina.. yang ni hanya buat haji saja terlibat. Kalau umrah tidak adalah ceritanya.



Selalu kita dengar bila datang ke ke Mekah dan Madinah mengerjakan haji adalah datang sebagai tetamu Allah SWT dan datang untuk mensucikan diri agar dosa dosa-dosa lalu diampunkan Allah SWT.. kita kembali ke tanah air dalam keadaan kita putih bersih dan suci rohani dan jasmani.. Lepas daripada tu kita dah tak mahu buat lagi dah perkara-perkara yang membawa kepada dosa sama dosa kecik apatah lagi dosa besar. Disamping itu kita pulang dengan semangat untuk mempertingkatkan lagi ibadat-ibadat wajib dan sunat dan memperbanyakkan lagi sedekah-sedekah pada yang memerlukan... sepatutnya begitu lah yaa.. Tapi apakah itu menjadi realiti... tengok dan lihat sendiri dan fikirkan ... saya tidak mahu buat ulasan lanjut.. kerana saya sendiripun tidaklah  tahu apa akan jadi selepas ini,  kerana masa depan itu tidak menentu, tapi tekadnya begitulah untuk menjadi kearah yang lebih baik lagi..  persekitaran kita yang selalu membuat kita alpa dan terbawa-bawa dan akhirnya balik macam asal. Contoh paling mudah, bila di Mekah atau Madinah,  kita boleh pun bersembahyang jemaah sepenuhnya setiap waktu dan menunggu-nunggu untuk sembahyang selanjutnya... Sanggup berjalan kaki melebihi 500 meter dari masjid untuk ke masjid.. bolehpun, tapi bila ke tempat asal, dia nak balik macam asal, lama-lama terbawa-bawa, pergi sembahyang waktu di masjid pun sekali sekala sahaja, atau pilih-pilih waktu sahaja ke masjid dan kadang-kadang melewat-lewatkan sembahyang waktu dengan leka kerja-kerja dunia yang tidak berkesudahan serta tengok rancangan2 hiboran.



Saya nak cerita fasal di Mekah dan Madinah sahaja.. mungkin realitinya cerita saya ini tidak sama dan mungkin tidak dirasai kalau yang datang menunaikan Haji dengan Pakej Berbayar yang lebih mahal.  Saya hanya datang bersama isteri dengan khidmat Muasasah. Pakej mengerjakan Haji yang ditawarkan oleh swasta paling kurang RM40K..  dan paling tinggi mencecah Ratusan Ribu RM.. Namun begitu saya lihat kalau pakej RM40K tu diArafah, Mina dan Mudzalifah lebih kurang sama saja dengan Muasasah Tabong Haji. Yang mahal tu mungkin duduk hotel di Mekah tu agak selesa sikit  , samada satu bilik 2  orang dan dekat dengan Masjidil Haram.. Kat Madinah tak berapa ada beda antara jarak ke masjid Nabawi kerana tak jauh sangat hotel2 nya walaupun  dengan Muasasah Tabong Haji.. 5 minit berjalan kaki sahaja.. cuma Pakej Swasta tu biliknya lebih selesa berbanding muaasah Tabong Haji yang  sebilik  diisi 6 orang atau 7 orang sebilik.



Ok.. Kat mana saya nak mulakan dulu cerita saya ni... Sepertimana yang saya telah cadangkan sebelum, saya banyak akan menumpukan kepada  cerita-cerita tentang perhubungan sesama insan disana.. Menarik juga kerana banyak cerita-cerita yang boleh kita jadikan sebagai satu pengajaran,  pengetahuan, untuk penambahbaikan dan sebagainya. Semua ini adalah realiti yang saya dapat lihat, dengar dan alami bersama. Maklumlah bila duduk sampai 47 hari, macam-macam cerita saya dapat disana dan ada juga saya sempat rekod sikit-sikit untuk catatan dalam blog saya kali ini.



Seperti saya ini bila dapat tawaran mengerjakan haji kali ini tidak berpakat dengan sapa-sapa untuk pergi.  Hanya saya dan isteri sahaja yang ada.  Pengaturan group jemaah diaturkan oleh Tabung Haji. Jadi memang saya tidak kenal sapa-sapa yang akan bersama dengan kumpulan saya.. Ada juga yang kenal-kenal sahabat-sahabat yang pergi menunaikan Haji tahun ini tapi , tidaklah berpakat untuk duduk sekali dalam satu maktab, atau dalam satu flight atau dalam satu khemah atau dalam satu bilik.. Semuanya dibiarkan kepada pihak Tabong Haji sahaja yang mengaturkan. Senang kan begitu.. Jadi tentunya suspen juga siapa la yang akan jadi kawan baru kita nanti di Mekah dan di Madinah serta di Arafah dan Mina.



Pergi mengerjakan Haji dengan menggunakan khidmat Muasassah ini agak perit sedikit, kerana ianya tidak sesenang kalau pergi dengan pakej haji berbayar yang lebih mahal. Segalanya kemudahan sekadar minima  sahaja.  Kalau sebilik hotel biasa dari 2 katil dibubuh 6 katil... Kalau di khemah Arafah dan Mini lagi mencabar hanya diberi ruang cukup2 untuk lunjur kaki sahaja.. Punya la sempit.. Nanti saya cerita .. Kalau nak buat macam biasa kena bayar mahal la.. bukan senang lama tu nak kena duduk di Mekah dan Madinah.. Kalau Tabong Haji tidak bagi subsidi macam saya nipun cara duduk dan tinggal macam tu sudah mencecah lebih RM20,000.00 apatah lagi kalau buat macam duduk dirumah biasa... tentulah lagi tinggi. Kalau tinggi sangat mungkin ramai yang tak dapat pergi menunaikan Haji, kerana kebanyakannya orang biasa-biasa dan berpendapatan sederhana sahaja. Jadi antara kos RM10 K tu saya rasa masih lagi dalam kadar kemampuan ramai yang majoriti..



Kawan Baru.



Sudah tentu bila kita datang mengerjakan Haji ini yang pastinya kita akan dapat kawan baru.. Itu yang bagusnya.. Kita pun tidak tahu latarbelakang kawan-kawan baru kita ni.. samada kawan sebilik, kawan semaktab, kawan sekhemah, atau kawan setingkat dan sebagainya. Seronok juga bila dapat berkenalan kawan baru ni.. Di Mekah,  Maktab 78 ditempatkan di Hotel Janadriyah yang terletak lebih kurang 700 meter dari Masjidil Haram. Satu bilik ditempatkan 7 orang jemaah. Group saya semua berumur 60 ke atas, saya seorang sahaja 50 an..



Saya perasan dalam ceramah-ceramah kursus Haji yang saya ikuti di Malaysia, jarang sangat saya dengar penceramah beri gambaran sedikit berkenaan tatacara atau macam mana nak bergaul sesama jemaah di Mekah dan Madinah yang sewajar nya agar ianya menjadi satu pengalaman yang menarik, bukannya satu pengalaman yang buruk kepada sebahagian jemaah yang lain. Apa yang ditekankan oleh penceramah ialah tentang macamana nak buat Ibadat Haji dan Umrah dengan  sempurna.. Jadi selepas ini Tabong Haji  kena aturkan adakan  satu slot khas untuk ceramah berkenaan tata cara berhubung sesama jemaah. Bagi saya ini penting kerana saya lihat dan mendengar pelbagai masalah hingga menimbulkan persengketaan, berkelahi, tidak bertegor sapa sesama jemaah.. Bayangkan kita pergi ke Mekah dan Madinah untuk beribadat dan mensucikan diri tapi yang kita dapat sebaliknya... Kedatangan kita ke Mekah tidak membawa apa-apa kesan kepada keinsafan diri.



Kebanyakan jemaah yang datang mempunyai latarbelakang yang berbeda, ada yang dah berpencen, ada yang datang kampong dan tidak pernah keluar negara pun, ada yang muda, ada budak-budak, ada yang sedang bekerja, ada orang kaya, ada kerabat raja, ada orang yang datang cukup-cukup perbelanjaan sahaja, ada yang terlalu tua, ada yang cacat, ada yang ego, ada yang kedekut dan segala macam sifat-sifat manusia yang pernah kita tengok dan dengar.. semuanya ada disini.



Jadi bila  sudah lama duduk disini, lama-lama jadilah macam-macam cerita yang tidak berapa enak didengar.  Sebenarnya dalam kehidupan bersama seperti ini sikap atau sifat bekerjasama, ambil berat, prihatin, ambil kira perasaan kawan, ringan tulang kena ada pada setiap anggota.

Saya rasa pada siapa yang pernah datang mengerjakan Haji mesti pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang tersendiri yang mana ianya tetap menjadi ingatan yang tidak dapat dilupakan.

Bayangkan dalam sebuah bilik yang diduduki sehingga 6 atau 7 orang.. setiap hari pula tu..  Pakat-pakat kena fahamlah bila tinggal sebilik ni, dengan keadaan bilik yang pada sebegitu, bilik air hanya sebuah , sudah tentu kena pakat betul-betul.. Kalau tidak boleh berkelahi sesama sendiri.



Sikap Penyegan


Satu perkara yang saya nak berpesan bila datang menunaikan Haji/Umrah ialah jangan terlalu ambil hati sangat kalau rakan sebilik tak pernah buang sampah ke tong besar , tak pernah mau cuci bilik air dan jamban,  bersikap tidak pembersih, mementingkan diri sendirinya sahaja dan sebagainya. Kalau dok layan kelaku teman sebilik macam tu , boleh sakit jiwa dibuatnya. Lebih baik kita bersikap terbuka,  terima seadanya, berlapang dada . Niatkan diri dengan ikhlas, kalau teman sebilik tak kisah bilik air kotor, kita sendiri pi cuci dengan sukarela.. bukan terok tera manapun, sambil-sambil mandi saja boleh kita buat, ambil masa dua tiga minit selesai la..  sekurang-kurangnya kita dah dapat pahala.. jangan bersikap jelous pada yang penyegan, biar pi lah dia dengan sikap dan kelakunya... Orang macam tu tak boleh nak buat apa dah.. mereka dah macam tu sejak dulu.. so terima seadanya... teman sebilik yang akan bersama kita lebih 40 hari itu. Tapi sebaiknya dan seeloknya sapa yang baca catatan saya ini, bila dapat pergi menunaikan haji atau umrah, ringan-ringankan tulang tu.. tak terok mana pun... terletak pada diri sendiri untuk mau buat atau tak mau buat..



Perokok Tegar


Tetapi satu perkara yang saya lihat dan amat tidak berkenan ialah ada kalangan jemaah yang suka merokok dalam bilik.. Yang ni kalau berlaku kat saya memang sakit jiwa dibuatnya. Nasib baik dalam bilik saya tidak ada teman jemaah saya yang macam tu.. Tapi saya lihat ada di bilik jemaah lain.. Saya tak tahulah macam mana perasaan teman sebilik yang tidak menghisap rokok tu.. bolehkah dia duduk dalam keadaan selesa kalau teman sebilik menghisap rokok. Amat tidak wajar peminat rokok ni berkelakuan seperti itu , ia tidak langsung menghormati teman2 sebilik.. Bukan setakat  dalam bilik sahaja tidak wajar menghisap rokok, malahan diluar bilik tapi masih dalam hotel  juga tidak wajar merokok. Kalau nak merokok, carilah tempat diluar hotel, dan hisaplah sepuas-puasnya dan tak ganggu sesiapa. Ada setengah jemaah tak boleh ditegor, kalau ditegor maka akan bermasam mukalah sesama teman sebilik sedangkan kita pergi ke Mekah/Madinah  untuk menyucikan diri, tak mahu bermasam muka  dan berkelahi dengan sesiapa... kalau pergi ke sana menambahkan musuh, tak ada maknanya kita pergi menunaikan Haji dan Umrah.




Pengabaian Waris / Jemaah


Satu perkara yang saya hendak pesan kepada jemaah yang pergi menunaikan haji , jangan lah kita mengaku untuk jaga sapa-sapa jemaah lain yang bersama kita..  Kadang-kadang diri sendiri tidak berkemampuan , inikan pula kepada untuk menjaga jemaah lain.. Selalu kita dengar masa nak pi hantar jemaah kat airport.. keluarga jemaah haji dok pesan kepada adik beradik yang turut serta supaya tolong jaga ya mak atau ayah kami ni elok-elok..  Jangan lah dok jawab jangan bimbang , kami akan jaga dia elok-elok..  Takat tengok-tengok tu bolehlah .. kita tidak tahu apa akan berlaku di Mekah dan Madinah nanti.. lebih-lebih lagi yang tidak pernah pergi ke Kota Suci Mekah dan Madinah itu..



Kadang-kadang kita berpakat di kampong yang mak saudara ni atau sapa-sapa saja yang dikenali, kemungkinan  dah tua , tapi tak ada anak yang menemani, jadi waris bergantung kepada jiran, anak saudara ka, atau sapa-sapa saja untuk tolong jaga dan tengok2 ibu bapa mereka.. sikit-sikit boleh tengok, tapi bila melibatkan tenaga kudrat dan kerajinan ni , sukar sikit. Sedangkan saya lihat anak yang menemani ibu bapa mereka pun ada yang buat tak kisah sahaja kepada ibu bapa mereka, sedangkan mereka dapat pergi ke Mekah ini pun kerana ibu bapa mereka juga yang tidak ada mahram ikut serta, maka dapatlah juga anak ikut serta. Kadang-kadang tu mak bapa pula tanggong segala perbelanjaan anak .. itu pun masih juga berlaku pengabaian ibu bapa mereka.. anak pergi buat ibadat dimasjid sendiri-sendiri sahaja atau dengan kawan2. Tinggallah ibu atau bapa mereka yang tidak mampu pergi seorang di hotel.. Sembahyang pun kat hotel sahaja.. rugi teramat sangat kalau itu berlaku...



Jadi  terpaksa lah pula ibu  atau bapa bergantung kepada jiran rakan sebilik untuk bawa pi tawaf, umrah atau sebagainya.. Kan menyusahkan rakan-rakan tu pula.. merekapun nak buat ibadat ikut keselesaan mereka.. Memang pahala besar jika kita dapat membantu jemaah2 yang tidak berupayaan tenaga itu... tapi kita tidak boleh bergantung kepada mereka selamanya... Realitinya saya melihat ada berlaku perkara begitu.. jangan hairan bila balik tanah air, saudara mara dan rakan taulan boleh berkelahi dan tidak bertegor sapa ... semata-mata kerana rakan yang diharap gagal menjalankan tanggungjawab mereka menjaga ibubapa mereka, apatah lagi ibu bapa itu cerita lebih sudu dari kuah.. ini fasal janjilah.. jadilah berpanjangan persengketaan itu.. cerita-cerita tak akan habis disitu sahaja.. banyaklah terjadi perkara-perkara seperti ini yang saya perhatikan..

So kalau kita nak pergi menunaikan Haji atau Umrah, janganlah kita mengharapkan sapa-sapa yang bukan waris terdekat kita untuk membantu kita di Mekah atau Madinah.. 


Kesesakan di Arafah dan Mina


suasana di Mudzlifah
Bagi yang mengerjakan umrah dan tidak pernah mengerjakan Haji, pengalaman ini tidak akan dilalui kerana umrah tidak ada menginap di Arafah dan Melontar di Mina.. Bagi saya yang pernah mengerjakan Haji 15 tahun yang lalu, dating kali ini amat mengejutkan saya bila mengalami peristiwa yang sebegini..  Mungkin kerana factor terlalu ramai Jemaah kut sehinggakan menjadi terlalu sesak begitu.  Semasa singgah di Mudzlifah selepas separuh malam 10 Zulhijah.. sebagai salah satu syarat Wajib Haji, dulunya cuma turun bas turun sat sahaja, sambil cari batu-batu untuk dibawa ke Mina untuk melontar,  lepas tu naik balik bas untuk terus ke Mina.. Syarat berada sekejap disitu sudah memadai dan dipatuhi dan terus bas bawa ke khemah Jemaah di Mina... Saya beranggapan begitu juga sekarang ini. Rupanya tidak. Waktu Haji kali ini jemaah dibawa dengan bas dan diturunkan di  satu tempat yang khas disediakan untuk semua Jemaah Malaysia menunggu  disatu tempat berpagar di Mudzlifah dan dimaklumkan selepas tengah malam bas akan datang balik bawa Jemaah ke Mina.. Tahukah saudara ku tempat tu macam mana...  rombongan kami sampai sudah agak lewat, semua tempat setiap inci ruang tanah kawasan berpagar itu sudah dipenohi Jemaah.. tengok nampak macam itulah... kawasan itu berpagar pula.. Jemaah tak boleh keluar dari kawasan pagar yang dikhaskan itu kerana sebelah lain, Jemaah Negara lain pula. akhirnya dapatlah  juga mencari ruang untuk sekadar letak punggung sahaja.. nak letak beg yang dibawa pun tak dak tempat.. Menyesal tak ikut cakap Tabong Haji, bawa sekadarnya sahaja... duduklah kami disitu dengan harapan selepas tengah malam bas akan datang ambek kami.. tunggu punya tunggu pukul sampai 11.00 pagi besok baru bas datang ambil,, tak taulah fasal apa.. sudahlah kepanasan sudah terasa sangat. Mana ada khemah kat sini.  kalau tidak ada kesabaran macam-macam boleh berlaku... memang diuji sungguh waktu itu. Itulah dugaan yang besar... nak tidor pun tidak boleh sebab sempit sangat-sangat... Nak lunjur kaki kena kepala kawan sebelah ... mana ada kipas angin dan duduk atas pasir... Bilik airpun letak jauh sikit dan tidak mencukupi untuk menampong lebih kurang 30 ribu orang jemaah Malaysia yang berkumpul serentak disitu. Saya hendak berpesan sungguh sungguh pada yang membaca coretan ini yang dapat tawaran haji tahun ini agar kena bersiap sepenohnya untuk menghadapi situasi seperti ini .. memang pengalaman ini tidak akan ada kalau sekadar biasa datang buat umrah..





Hari Jumaat adalah hari yang paling ramai di
masjid. Saya tidak berkesempatan untuk 
sembahyang Jumaat dengan sempurna di
dalam masjid.. 5 jam sebelum sembahyang 
jumaat , Jemaah sudah penoh dalam masjid.
Terpaksa lah sembahyang diluar masjid sebab
pengawal keselamatan sudah tutup jalan-jalan
masuk ke Masjid.. Panas lit-lit kat luar tu...


 Salah satu tempat yang menjadi tumpuan
ialah dibawah jambatan, kerana disitu sajapun
ada terlindong panas matahari . Bila waktu
sembahyang jumaat , penoh dengan Jemaah 
disitu.. walaupun saf tu dah jauh dari masjid
dan terputus.. Sayapun kerap juga sembahyang
disini.. nasib la.. setakat sejam atau dua sebelum
Jumaat baru nak pi, jangan harap boleh dapat 
tempat dalam masjid


Ini yang menyedihkan sedikit pada saya 
kerana ciri-ciri seorang Muslim sejati tidak
ditunjukkan dengan sebaiknya.. Kuat beribadat
tapi soal kebersihan tidak diendahkan langsung.
Ini ialah laluan saya Setiap hari dari Hotel ke
Masjid.. Hari-hari lalu kat sini sebelah dengan
tempat beratus ratus bas berhimpun 


Peniaga-peniaga tanpa lesen ini sentiasa
ada sepanjang jalan menuju hotel. Entah
bangsa apa tak taulah saya.. Nampak 
macam orang negro saja atau arab negeri
lain rasanya..  Bila polis dating bertempiaran
lari.. kadang-kadang tinggal begitu sahaja
barang jualannya.. Harga boleh tahan juga 
murahnya..Kesian tengok mereka mencari
makan ..


Ada juga tempat shopping seperti ini..
rambang mata dibuatnya .. jenoh pilih
tu yang kata pi 2 beg balik jadi 3 beg..

Saya bersama isteri dihadapan hotel penginapan
sepanjang berada di Kota Suci Makkah ini.


Dibelakang saya tu hotel-hotel yang amat dekat
dengan masjid.. Itu penginapan Jemaah yang 
ambil pakej-pakej mahal


Perjalanan pergi melontar melalui terowong2
yang ada..  6 atau 7 km berjalan tak terasa
jauhnya sebab beribu-ribu orang bergerak
kearah yang sama sambil bertakbir dan ber
solawat … panas lit-lit juga kalau tengahari

Beginilah Lorong-Lorong khemah penginapan
Jemaah haji Malaysia di Mina.. sempit dan keselesaan
tu jangan haraplah.. terima seadanya..

Nak tidor dalam khemah terlalu sempit
Ada sebahagiannya sanggup tidor diluar
untuk selesa sikit, tapi berisiko la sikit..

Pemandangan waktu sembahyang Jumaat diluar
masjid.. dimana saja ada tempat bertedoh akan 
jadi tumpuan.. Bangunan hadapan itu Masjidil
Haraam.. 


Bagusnya tempat hotel penginapan saya ini ianya
menjadi ibu pejabat Tabong Haji.. Jadi senang sedikit
berurusan apa-apa berkaitan Haji ini.. Semua ada 
disini, klinik, nak keluar duit mudah, nak pos barang 
pun mudah..




Dalam khemah besar di Arafah
Begitu jugalah suasana yang berlaku ketika menginap di Arafah dan Mina... Keadaan di sana amat mencabar juga .. cuma baik sikit di Arafah tu disediakan khemah besar , tapi sempit gila.. hanya disediakan kipas angin besar sahaja.. memang tak selesa langsung..

Menginap di Mina selesa sikit kerana setiap khemah ada disediakan penghawa dingin... boleh lah bertahan sikit... tapi sesak sangat dan tidak selesa.. tidor atas carpet sahaja.. mana ada tilam dan bantal.. khemah Malaysia  ni jauh  juga dari tempat melontar diketiga2 jumratul Ula, Wusta dan Aqabah.. saya kira pergi dan balik berjalan kaki lebih kurang 7 km ke 8 km.. sehari kena berjalan. Jauh tu bagi yang tidak biasa.. sebab itu pada hari pertama pergi melontar ada yg semput ditengah jalan dan ada yang pengsan dalam perjalanan melalui terowong dan terdedah kepanasan.. kebetulan seorang makcik bersama group saya telah meninggal dunia semasa hari pertama dalam perjalanan pergi melontar.

Bagi yang biasa senang lenang menggunakan bilik air dirumah, berada di Arafah dan Mina ini , jangan haraplah ... bilik air memang tidak cukup.. terpaksa berator panjang menunggu.. bayangkan hajat yg tak dapat ditahan tahan.. jenoh pandai pandai lah minta belas ikhsan jemaah lain yang menunggu..

Dalam khemah jemaah di Mina... macam nilah

kami duduk selama 3 malam kat sini
Hendak mengharap makanan yang sedap-sedap tidak ada la disini.. nasi dengan lauk satu mata saja.. telan saja la.. jangan dok kata apa... nak sedap sikit beli sendiri kat kedai... kalau roti canai 10 riyal sekeping .. kuah asing.. Semasa saya dan isteri di Mekah dan Madinah.. sebahagian besar perbelanjaan saya ialah beli makanan luar... nak  makan selera sikit kena la  beli asing .. Harga memang mahal. Peniaga-peniaga disini memang ambil kesempatan sungguh...

Saya melihat ramai juga jemaah-jemaah yang kurang upaya, tua dan sakit terpaksa bersusah payah dari menunggu bas, naik bas, mabit di Mudzalifah, tinggal di Arafah dan di Mina.. Memang mencabar.... kalau tidak ada pengiring yang kemas dan setia memang menyedihkan... bas mereka memang tidak friendly OKU langsung..

Oklah... saya lepaskan cerita saya takat ini dulu .. nanti bila dapat idea baru .. saya sambong balik cerita... jangan serik baca sudah lah.. ... tQ


































asriredha teratak kasih alor setar Cuma P

14 December 2016

APA YANG MENARIKNYA STADIUM DI BARCELONA

Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 20 November 2016

Pintu masuk ke Kelab ini dan seterusnya ke Stadium.  Lorong
menghala ke pintu masuk stadium, banyak ada kedai-kedai


menjual cenderamata, dan bergambar dengan replika piala, 

restoran dan lain-lain lagi.. Itu belum masuk ke dalam 

Stadium lagi,
Assalaamualaikum WRT.. Salam Bahagia buat semua sahabat2 saya sekalian.. Sapa yang baca catatan blog saya ni saya kira sahabat saya.. boleh gitu..

Waktu sekarang pukul 2.00 pagi waktu Dubai.. sebenarnya saya baru sampai ke Airport Dubai dalam perjalanan dari Barcelona Spain ke KLIA. Selalunya macam tu la, bila naik pesawat Emirates mereka akan ikhtiarkan juga supaya mendarat transit di airport Dubai ini... 3 atau 4 jam kemudian baru berlepas ke destinasi lainnya.. Saya dah banyak kali transit kat Airport Dubai ini, tapi malangnya masa yang ada tidak mencukupi untuk saya keluar dari Airport Dubai untuk meronda-ronda tengok Kota Dubai yang dikatakan amat moden ini... Rugi juga ya... Dah sampai dah ke Dubai , tapi tak ambil kesempatan melawat Dubai. Lagipun Dubai saya tak pernah melawat lagi. Jadi hanya ronda-ronda dalam airport ini sahaja sambil jamu mata tengok barang-barang kat kedai yang banyak ada kat sini.. Cadang tu jamu mata saja, tapi akhirnya berbelanja juga sikit.. Mungkin itu juga penyebab mengapa mereka transit kat airport mereka, supaya kita berbelanja juga kat airport yang mana ini menyumbang kepada kemajuan airport mereka ini..

Sudah habis ronda-ronda ada masa sikit lagi ni.. nak buat apa.. dari duduk melengong begitu saja,  apa kata saya ketok-ketok punat laptop saya ni, supaya menjadi huruf2 yang boleh difahami dan disusun supaya menjadi ayat yang senang dibaca dan membawa maksudnya.. ok .. Bolehlah saya cerita sikit akan pengalaman-pengalaman saya semasa saya berada di Kotaraya Barcelona, Spain itu. Banyak cerita yang boleh saya tuliskan. Sebelum ini saya  telahpun tuliskan catatan saya menghadiri Smart City Expo World Conggress di Fira de Barcelona (Grand Via Venue) Barcelona, Spain. Boleh ikuti catatannya seperti di link berikut.. klik saja kat situ:

http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/smart-city-expo-world-congress.html


Ini adalah salah satu tempat duduk yang amat strategik
harga yang dikenakan memang amat tinggi. 
Masa terluang sehari sebelum berangkat pulang , saya bersama rakan mengambil kesempatan meronda-ronda sekitar kota Barcelona ini. Banyak cara untuk meronda sekitar kota Barcelona yang luas lebih kurang 635 km persegi ini.. Ada banyak pengangkutan awak kat kota ini yang amat mudah dicapai. Kami mengambil kesempatan hanya menaiki bas 'Barcelona Bus Turistic' .. Mudah dan tak gadoh nak cari tourist guide lagi. Dengan membayar 28Euro untuk sehari , saya rasa separuh dari kota raya Barcelona telah diliputi dengan bas tersebut akan melalui semua tempat2 yang menjadi tarikan pelancong. Senang kan. Terpulang kepada kita untuk turun melawat ke mana.. ke tempat shopping , ke muzium, palace, ke zoo dan sebagainya.. saya kira lebih 30 tempat menarik bas-bas tersebut melaluinya.
Antara bahan-bahan pameran yang ditunjukkan dalam ruang khas dalam Stadium ini. Itu semua interaktif.
kita sentoh saja screen itu untuk melihat gambar dan cerita fasal aktiviti kelab, sejarah kelab, bintang
bintang bolasepak mereka , sejarah bolasepak sepanyol, pertandingan-pertandingan yang disertai
oleh kelab , jaringan2 terbaik yang dihasilkan oleh bintang-bintang bolasepak kelab ini dan
segala piala2 yang dimenangi sejak awal lagi boleh dilihat di sini.. Memang hebat dan
jadi leka kita dibuatnya bila berada disini.

 Antara tempat yang saya sempat turun dari bas turistic tersebut dan melawat ialah Stadium terkenal di Barcelona iaitu yang dipunyai oleh Kelab FCBarcelona. Sepanjang perjalanan saya ke luar negara, tidak pernah lagi la melawat stadium.. entah macamana tergerak hati hendak melawat stadium. Awalnya rasa macam melawat stadium biasa sahaja.. Cuma kadang-kadang kita selalu tengok kat TV tentang liga bolasepak Sepanyol yang terkenal dengan pemain-pemain bolasepak nya yang ternama seperti Messi dan sebagainya. Itu saja yang saya rasa biasa saja. Tapi ada sahabat-sahabat sarankan pergi dulu tengok stadium tu apa ada..

Rupanya nak masuk tengok stadium kosong itupun kena bayar juga. Ingatkan waktu ada perlawanan sahaja kena bayar. Dah datang masuk juga.. kena bayar tiket masuk 23Euro (dekat RM100.00 juga).   Bila masuk baru saya tahu didalam stadium tu bukan setakat stadium sahaja tetapi ada muzium bolasepak yang begitu canggih dan menarik menceritakan sejarah boleh sepak kelab FC Barcelona. Memang menarik cara pamiran dan persembahan bahan2 muziumnya. Penggunaan media elektroniknya, audio visualnya memang canggih. Saya tak pernah lagi tengok stadium lain tapi saya rasa Stadium ini memang canggih dan berinformatif dengan sejarah2 bolasepaknya... tak perlu ada jurutunjuk pun. Semua maklumat dipaparkan dengan lengkap. Persembahan ada yang secara interaktif dengan pengguna.. Itu yang menariknya.

Memang cantek sungguh padang bolasepak ini..  rumput yang ditrim 
rapi.. Rumput inipun dipotong-potongkecil bubuh dalam bekas yang
 menarik untuk dijual sebagai cenderamata. Itu pun laku juga dijual.

FC Barcelona ini memang mempunyai  sejarah bolasepaknya yg menarik.. semuanya ada direkodkan.. disitulah Messi dari Argentina, Suarez dari Uruguay, Neymar dari Brazil dan ramai lagi pemain-pemain terhebat dunia menunjukkan kepintaran mereka bermain bola sepak. Koleksi piala-piala yang dimiliki oleh Kelab Gergasi Sepanyol Barcelona FC, dapat ditatap didalam muzium yang ada dalam Stadium ini. Bukan setakat piala-piala tapi segala-gala yang berkaitan bola sepak ada dipamirkan.. begitu interaktif cara pamiran dan keterangan yang diberikan.



Antara bintang-bintang legenda bola sepak kelab ini
Saya tertarik dengan program bolasepak mereka.. ramai bintang2 bolasepak mereka lahir selepas beberapa lama bersama Kelab ini dan mengikuti program latihan sejak awal remaja lagi.. Jadi tak semudah itu utk melahirkan bintang bola sepak bertaraf internasional dan profesional. Saya berpeluang melawat semua tempat2 dlm Stadium tersebut termasuk tempat persalinan pemain2 bertaraf jutawan itu, tempat rehat depa, tempat bertafakur mereka, tempat VVIP, tempat wartawan dan padang yg cantik terjaga itu sendiri.. Jadi nanti kalau tengok kat TV ada pertandingan bolasepak kat stadium tu saya boleh bayangkan la dok tang mana.. Stadium ini mempunyai 99,354 tempat duduk.. Hampir 100k.. Memang besar luas dan tinggi. Kalau duduk diatas sekali nampak sayup saja ke bawah, tapi memang nampak clear sekali.

Kerusi tersusun elok  & kemas serta warna warni dan semuanya dlm keadaan
baik. Boleh memuatkan hampir 100 ribu penonton. Cantik memandang
Berbalik kepada pengurusan stadium ini, saya amat tertarik dgn pengurusan stadium ini. Mereka pandai 'menjual' stadium mereka  untuk memperolehi pendapatan. Kalu di Malaysia . . Stadium kita akan dpt hasil besar bila ada pertandingan bola Sepak.. tapi Stadium kelab ini hari2 boleh buat duit.. Bayangkan sehari lebih kurang 1000 orang datang melawat dgn tiket masuk 23Euro... berjuta Euro dpt dikutip hanya jualan tiket masuk.. Sebab itu Stadium ini terjaga rapi dan penyelenggaraan yg terbaik.. segala2 yg ada dalam stadium ini boleh duit lagi dengan jualan segala macam  cenderamata. Jualan pakaian Sukan berjenama kelab FB Barcelona di kedai cenderamata yg luas dlm Stadium ini... Harga T Shirt Bolasepak FB Barcelona  paling murah pun dlm 40 Euro. . rumput padang bolasepak pun dibuat cenderamata dan laku pula tu.

Satu perkara yang boleh diambil sebagai contoh oleh pengurusan stadium tempatan kita iaitu mengenakan tiket masuk yg berbeda harga mengikut zone dalam stadium. . Kita di sini buat juga tapi dlm 2 atau 3 zone sahaja yg berbeda harga.. Tapi di Stadium FC Barcelona ni.. saya lihat berbelas zone yg dikenakan harga tiket yg berbeda-beda. Sudah tentu tempat duduk yg paling strategik dikenakan harga yg amat tinggi.. ada yang sampai 500 euro pun ada.. dan selalunya penoh juga tempat itu walaupun mahal gila..

Kita di Malaysia tempat duduk strategik diberi pada VVIP atau VIP duduk .. percuma pula tu.. VIP pula punya banyak tak sangka. Free pula.  Habis tu macam mana laa Stadium hendak buat duit.. Kadang2 tu saya kasihan tengok pengurusan stadium yg dikehendaki menguruskan stadium dgn baik dan sempurna dgn segala kekurangan dana tp pada masa yg sama terpaksa juga menyediakan kemudahan pada orang berkepentingan dengan percuma. Sebab itu saya lihat banyak stadium yang ada di Malaysia ini tidak begitu baik penyelenggaraannya disebabkan kekurangan dana sedangkan sebenarnya jika dibuat secara komersial dan strategik memang boleh menghasilkan pendapatan yang mencukupi untuk menguruskan sesebuah stadium.  Banyak sangat yang percuma. Sedangkan perbelanjaan yang besar diperlukan untuk menyelenggarakan padang bola, ruang tempat duduk yang banyak rosak, perbelanjaan perlampuan dan lain-lain lagi.

Saya mencadangkan kalu dah terpaksa juga sediakan tempat duduk percuma pada orang tertentu . . letakkan ditempat yg kurang strategik sikit.. Tak berapa selesa sikit pun tak apa.. masuk pun percuma padan la.... Tempat strategik tadi jual tiket pada harga yg lbh tinggi.. terutama bila dah masuk suku akhir , separuh akhir , apatah lagi kalu ada pertandingan akhir .. Waktu-waktu begini peminat2 akan mula membanjiri stadium dan saya lihat nak beli tiket pun sanggup datang pagi-pagi malahan ada yang tidur kat pekarangan stadium semata-mata untuk mendapat tiket masuk. Dengan cara tu baru lah Stadium boleh buat duit sikit. Akan ada org kaya2 yg mahu membeli nya utk keselesaan mereka. Perbanyakkan zon2 tempat duduk dengan mengenakan harga tiket berbeda..
Dalam Stadium ini ada 3 tingkat kedai menjual cenderamata dan
pakaian/peralatan sukan berjenama kelab ini. Dah datang 
beli la juga walaupun mahal gila..  Kawan pesan pun tak
berani nak beli takut, depa terkejut dengan harga tu..



Sudah sampai masanya stadium bolasepak di Malaysia ini mengorak langkah menguruskan stadium dengan lebih profesional dan komersial sikit. Memang untuk buat seperti mana Stadium Camp Nou, kepunyaan Kelab Barcelona FC ini agak mustahil, tapi ianya kena dimulakan. Banyak rekod-rekod lama dan sejarah-sejarah lama bolasepak tempatan tidak disimpan dengan sempurna. Ini kena dimulakan agar ianya menjadi bahan sejarah dan boleh dipaparkan dalam Stadium yang boleh dibuat Muzium Bolasepak . Banyak ruang-ruang dalam Stadium yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti komersial yang boleh menjadi menjana wang..

Ok.. panjang pula bercerita fasal stadium ini.. Memang sesiapa sahaja yang datang ke Barcelona ini sebahagian besarnya mesti akan datang melawat stadium ini sebab hendak melihat sendiri kehebatan stadium ini selari dengan kehebatan pemain-pemain bolasepak profesionalnya bermain.. Ini pengalaman yang amat menarik dan berguna kepada saya dan kepada pengurusan stadium di Malaysia ini jika berminat.


Banyak masa dihabiskan juga melawat sekitar Stadium ini.. Sebab itu tidak banyak tempat lain yang dapat saya lawati, hanya melihat dari jauh tempat2 tersebut dari atas bas tidak berbumbung itu. Di Barcelona ini terlalu banyak muzium-muziumnya yang setiap satunya mengkhusus kepada sesuatu konsep atau sesuatu sejarah yang bersamaan. Sebab itu banyak muziumnya dan ramai pula pengunjungnya. Bukannya sunyi sepi sebagai muzium. Sebab itu muzium di Barcelona ini boleh hidup dan aktif. Nak masuk kena bayar juga.. Saya berkesempatan melawat sebuah istana lama yang tersergam besar indah dan dijadikan muzium juga. Ramai juga pelawat datang dan masuk melawat walaupun tiket masuk hampir RM100 duit kita. Kalau berminat untuk melawat semua tempat menarik di Barcelona saya cadangkan beli sahaja 'Barcelona Card' yang harganya mengikut hari. Kalau beli untuk 3 hari satu kad berharga 45 Euro. Dengan kad ini boleh masuk semua muzium dengan percuma, menaiki public transpot dengan percuma dan boleh mendapat diskaun yang lumayan di 85 tempat-tempat shopping tertentu dan tempat-tempat lawatan lainnya.



Catatan lawatan Kota Barcelona:..klik saja dibawah..
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/barcelona-spain-kotaraya-warisan-klasik.html

.


asriredha teratak kasih alor setar

06 December 2016

Barcelona Spain ... Kotaraya Warisan Klasik

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh...24 November 2016.

Assalaamualaikum wrt . . Selamat Siang...

Naik bas ini boleh ronda 
keseluruhan Kota Barcelona
ini dgn hentiannya di
tempat2 menarik yg sering
dikunjungi Pelancong
Spain atau lebih dikenali sebagai Sepanyol adalah sebuah negara yang selalu kita dengar kerana kehebatan mereka dalam pelayaran laut dalam sejak sekian lama. Spain yang terletak di Eropah ini tidak pernah saya lawati, hanya dengar dan lihat serta baca saja dalam media pelbagai ini.. Teringin juga hendak pergi melawat negara tersebut apatah lagi Sepanyol. Pernah dengar Columbus.. Saya sempat juga melawat Tugu Mirador de Colum yang  menceritakan sejarah tokoh pelayar terkenal dari Barcelona antaranya Christopher Columbus (1452-1506) Kita pernah juga baca cerita-cerita berkenaan pelayaran Christopher Columbus ini. Di sinilah tempatnya bermula.

Bagaimana cara untuk melawat tempat-tempat menarik di Kotaraya Barcelona ini

Banyak masa dihabiskan juga melawat sekitar Stadium Camp Nou . Sebab itu tidak banyak tempat lain yang dapat saya lawati, hanya melihat dari jauh tempat2 tersebut dari atas bas tidak berbumbung itu. Saya mencadangkan sekurang-kurangnya 3 hari mencukupi diluangkan masa untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar kota Barcelona ini.

http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/apa-yang-menariknya-stadium-di-barcelona.html
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/smart-city-expo-world-congress.html


Di Barcelona ini terlalu banyak muzium-muziumnya yang setiap satunya mengkhusus kepada sesuatu konsep atau sesuatu sejarah yang bersamaan. Ada muzium lukisan, muzium maritim, muzium sex atau muzium erotika, muzium kenderaan dan berpuluh-puluh lagi muzium yang mempunyai identiti yang tersendiri. Pilih saja yang mana minat nak pergi melawat.. Semua muzium itu ada ramai pula  peminatnya dan sentiasa ramai pengunjungnya. Bukannya sunyi sepi sebagai muzium. Sebab itu muzium di Barcelona ini boleh hidup dan aktif. Nak masuk kena bayar juga.. Saya berkesempatan melawat sebuah istana lama yang tersergam besar indah dan dijadikan muzium juga. Ramai juga pelawat datang dan masuk melawat walaupun tiket masuk hampir RM100 duit kita.

Kalau berminat untuk melawat semua tempat menarik di Barcelona saya cadangkan beli sahaja 'Barcelona Card' yang harganya mengikut hari  . Kalau beli untuk 3 hari satu kad berharga 45 Euro. Dengan kad ini boleh masuk semua muzium dengan percuma, menaiki 'public transpot' dengan percuma dan boleh mendapat diskaun yang lumayan lagi  di 85 tempat-tempat shopping tertentu dan tempat-tempat lawatan lainnya.



Cabaran hidup mencari rezeki di kota Barcelona

Kadang-kadang rasa kasihan tengok peniaga jalanan ini 
mencari rezeki...  hampar.. angkat, hampar angkat. Saya 
rasa dalam 2  atau 3 jam mereka berniaga kat situ 5 atau
6 kali mereka buat macam itu.. Polis tu saja lalu-lalu kat
situ ronda-ronda.. lepas polis lalu buka hampar pula jual
beg-beg tiruan pelbagai jenama dan lain-lain jualan 
cenderamata yang agak murah juga berbanding beli 
dikedai yang ada disekitar tempat itu.




Hidup dikota besar seperti ini memang mencabar, apatah lagi dengan kos hidup yang tinggi. Memang tinggi kalau dikira duit kita.. Sekali makan  tengahari sahaja sudah lebih RM50.00 . Malam dan pagi lagi. Namun begitu saya dapati tidaklah begitu susah sangat penduduknya.. Ada juga peminta sedekah tapi tak banyak... itupun saya lihat bukan macam orang Eropah saja. Cumanya gambar yang saya paparkan   disebelah ini hanya apa yang saya lihat sahaja.

Cari makan cara itupun boleh buat duit.  Itupun saya lihat seperti bukan rakyat tempatannya..  semuanya gelap-gelap dan kemerahan belaka.. Mungkin juga rakyat mereka. Kat Eropah ni kita sukar sikit nak tahu mereka rakyat negara mana, sebab kita boleh pergi kemana sahaja dalam negara Eropah yang guna Euro ini hanya dengan satu pintu masuk sahaja dimana-mana negara. Langkah sempadan tidak perlu passport lagi..  senangkan begitu..

Saya lihat cara orang-orang ini berniaga macam tak illegal saja.. polis lalu dia angkat barang jualannya.. polis dah jauh..  dia hampar balik barang jualannya.. untuk memudahkan angkat dan hampar , itu dia guna tali tu.. macam tangkul.. senang .. saya asyik juga tengok telatah mereka ini.. macam tu lah depa buat berkali-kali.. polis tak kacau sangat tapi mereka respect polis tu.. tiap-tiap malam dok tengok mereka berniaga sebab hotel penginapan saya duduk dekat situ saja.. kawasan tempat penginapan saya ialah di La Ramla..  memang setiap hari amat sibuk dengan penduduk tempatan dan pelancong datang bertandang.

Agak2 nak buka pondok stesen minyak macam ni kat bandar kita, boleh
lulus tak.. Ini pemandangan yang menarik untuk kita renong dan fikir.
Kiosk minyak ini amat praktikal.. Kecil sahaja pondok ini ,  tapi ia 
menggunakan sepenuhnya ruang yg ada disimpanan jalan untuk
jual minyak dan juga keperluan ringan .......... Yang menariknya semua 
dalam kiosk itu sahaja. Tidak ada kerusi meja luar dari kiosk itu serta 
bersih. Saya amat berminat dengan konsep ini, tapi isunya gaya hidup
dan kesedaran rakyat kita belum mencapai tahap kita membenarkan
buat kiosk jualan seperti itu, kerana kalau dibenarkan, saya pasti
sekeliling kiosk itu akan dibubuh meja atau kerusi atau segala
macam barang-barang berniaganya akhirya tempat itu akan menjadi
tidak menarik lagi.
Yang jadi macam patung tu biasa la.. kat mana-mana bandar besar mesti ada orang yang cari makan macam tu.. tak apa lah..  yang penting dia tak minta sedekah.. Bukan senang nak duduk berdiri kaku begitu lama dengan pakaian-pakaian yang pelbagai reka bentok.


Merayau-rayau sekitar La Ramla bersama sahabat saya ni
Serata lorong kami teroka melihat-lihat persekitaran kawasan
yang menjadi tumpuan pelancong ini, terutama untuk membeli
belah barangan berjenama & pembelian cenderamata.
Tempat saya menginap adalah satu tempat yang paling sibuk dan menjadi tumpuan warga kota Barcelona ini dan juga pelancong..Nama tempat ialah La Rambla dan nama hotel saya menginap Hotel 1898 .. Hotel nampak klasik didalamnya dan memang nampak mewah. tapi kalau tengok dari luar tak nampak macam hotel 5* kerana  terletak dideretan bangunan-bangunan . tempat 'La Rambla' sentiasa 'happening' kat sini. Segala-galanya ada disini. Di sini ada dataran yang luas yang menjadi tempat tumpuan orang ramai dan  ada laluan pejalan kaki dan basikal yang luas yang menuju ke pelabuhan yang besar dan luas menghadap Laut Mediterranean..

Sempat juga saya dan sahabat menaiki ' boat cruise' di Pelabuhan Barcelona untuk melihat pemandangan kota Barcelona dari laut yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Memang panjang pelabuhannya.


Vandalisme dan krisis moral di Kota Barcelona..

Lukisan tulisan grafiti yang ok , memang nampak cantik. 

Tapi kalau conteng macam yang dibawah tu ... memang

menyakitkan mata.. 
Gambar yang saya paparkan ini nak kata vandalisme atau tidak. Ada setengah tempat nampak cantek pula tulisan lukisan seperti ini. Saya lihat merata ada contengan lukisan-lukisan grafiti seperti ini tak kiralah dimana didinding kedai, digerabak keretapi, di kereta pun ada , dinding tembok lebohraya pun ada dan merata-rata.. Mungkin ia memberi makna-makna tertentu luahan perasaan pelukisnya.  Ia nampak semacam tidak terkawal.  atau ianya memang dibenarkan oleh pemerentahnya.. Tapi itulah yang saya nampak.. Tapi bila dah banyak sangat macam, nampak macam cantek pula.. canteklah kalau dilukis elok-elok dan susunan huruf dan makna yang baik-baik. Tapi kalau makna dok mencarut, mengata itu ini.. tak bagus pula.. Saya rasa ada kemungkin tuan dinding itu yang lukis dari pelukis jalanan lukis atau mungkin sebaliknya.. Keadaan seperti ini pernah juga saya tengok di Istanbul satu ketika dulu sewaktu saya melawat disana. Tapi di Istanbul nampak cantik bila dinding-dinding usang dan lorong sunyi dilukis begitu menarik hingga menjadi tempat santai-santai pula.. Kalau kita di Malaysia dinding-dinding terbiar kita dipenuhi dengan iklan-iklan segala macam..  paling banyak iklan along atau iklan ubat kuat.

Satu lagi perkara yang amat
Macam tu la telatah remaja kat belakang saya tu.. 
bila suka sama suka.. romantis habis... Macam mana
tak perasan masa saya  dok selfie. Ini waktu saya
naik ' boat  cruise ' di pelabohan Barcelona yg
luas itu.
mengejutkan saya ialah gaya hidup orang Eropah yang terlalu bebas. Dimana saja saya pergi pasti terjumpa kalangan Gay.. lelaki suka sama lelaki.. kalau takat suka gitu-gitu saja tak apa juga.. ini macam sepasang kekasih. Sikit-sikit cium pipi.. sikit-sikit cium mulut.. raba tak nampakla pula. depan khalayak ramai pula tu.. yang dok bersebelahan biasa saja, macam tak ada apa-apa.. saya ni tak sangka punya gelisah dah..  sempat juga terambil gambar pasangan macam tu masa naik 'boat cruise'.. Masa balik dari Barcelona pun terjumpa lagi pasangan yang seumpama itu, dalam flight duduk depan kerusi hadapan saya..  6 jam perjalanan dalam flight tu tak taulah berapa kali depa dok bercium... tapi nampak mereka ni cukup romantik dan lawa-lawa belaka..  ha.. haa.. haa ..  Rupanya begitu  banyak orang-orang semacam ini kat sana.. sebab kita nampak secara terbuka. Di Malaysia saya pasti ada juga macam itu  tapi tak begitu tertonjol sangat.. depa buat senyap-senyap. Tak taulah .. dunia sudah sampai akhir zaman .. macam-macam boleh berlaku... kerajaan mereka pula seolah-olah merestui golongan-golongan seperti itu. Disebalik kehebatan dan kemajuan teknologi mereka pada akhirnya mereka terleka kepada perkara-perkara yang amat dilaknat oleh Allah SWT..


Susun atur perancangan kotaraya Barcelona.. 


Saya tertarik dengan perancangan bandar Kotaraya
Barcelona ini. Kalau dilihat dalam peta Kotaraya Barcelona ini saya nampak sesuatu yang unik tentang perancangan bandar ini dimana saya lihat susunan jalan berkotak-berkotak yang lebih kurang sama sahaja. Saya tidak pasti bila waktu nya dirancang buat seperti itu, mungkin sudah lama, tapi pihak berkuasa perancang bandarnya sudah memikirkan bentok perancangan seperti itu sejak sekia lama.. Bangunannya dibina begitu seolah tidak ada belakang, semuanya dianggap hadapan. Lorong belakang yang sunyi dan penoh segala barang-barang yang kurang guna  seperti di Malaysia  tiada. Jadi segala ruang digunakan sepenuhnya dan menarik .  Boleh dikatakan semua bagunan yang ada dalam kota ini, mempunyai seni bina yang menarik dan ada ukiran-ukiran yang unik serta nampak klasik. Saya rasa kos pembinaan bangunan seperti ni memang tinggi berbanding hanya sekadar membina bangunan bentok moden sahaja sebab ia memerlukan kepakaran tukang yang tertentu sahaja boleh membuatnya.
Laluan basikal yang disediakan.  Tak ada kenderaaan
lain yang boleh kacau laluan itu. Kalau tempat yg agak
agak bahaya disediakan kun penampan . Semua pengguna
jalan raya patuh kepada peraturan penggunaan jalan dan
laluan basikal.... Untuk menggunakan basikal tidak ada
masalah walaupun tidak ada basikal kerana ia boleh di
sewa dengan mudah yang ada diserata tempat. 
Jalan-jalan utamanya memang luas dan sepertimana saya dapat maklumat dalam kongress dan lawatan sekitar kota ini, Barcelona ini memang bandar yang mesra pejalan kaki dan mesra basikal. Jalan basikalnya  disediakan oleh PBTnya  sepanjang 150 km. Kita boleh berbasikal dengan bebas tanpa ada rasa was-was dan selamat menunggang basikal dalam bandar. Memang banyak basikal disediakan yang boleh dibeli, disewa dan sebagainya. Saya melihat pergerakan atau mobiliti dalam bandarnya tidak sukar dan kurang berlaku kesesakan jalan raya. Ini kerana rakyatnya lebih gemarkan menggunakan pengangkutan
mencuba perkhidmatan keretapi bawah tanah yg
efisien ini yg saya rasa amat praktikal utk 
 mobiliti penduduk bandarnya

.
awamnya yang cekap seperti keretapi bawah tanahnya, perkhidmatan teksi dan bas bandar yang selamat disamping menggunakan basikal dan motosikal skuter. Dengan penduduknya berjumlah 3.5 juta orang sudah tentu mobiliti penduduknya akan menghadapi masalah kesesakan, tetapi dengan perancangan yang strategik dan teliti oleh pihak berkuasanya ianya berjaya mengatasi isu-isu perbandaran terbesar dikebanyakan kota-kota besar. Pendekatan seperti ini sebenarnya boleh diamalkan di Malaysia, cuma gaya hidup penduduk kota perlu berubah.. Kadang-kadang naik basikal ke pejabat jadi bahan sindiran  rakan sekerja pula. Infrastuktur jalan basikal boleh dibuat tapi apakah pengguna jalan raya lain boleh menggunakannya sebaiknya atau hanya digunakan untuk parking kereta pula dilaluan basikal.. itulah yang saya nampak setakat ini kat Bandaraya Alor Setar, sebab setiap minggu saya berbasikal sekitar bandar ini.

Oklah rasanya cukup setakat ini saja coretan saya berkenaan Kota Barcelona ini. Sebenarnya lawatan ke Spain ini akan lebih menarik kalau kita dapat melawat diluar dari Kota ini terutama untuk melihat peninggalan tamaddun Islam yang biasa bertapak kukuh di Sepanyol ini. Apakan daya tidak ada kesempatan untuk itu. Walaubagaimanapun saya harap catatan saya ini akan memberi informasi berguna untuk diri saya dan pembaca-pembaca yang berminat.. Sampai ketemu lagi..



Catatan hadhiri : Smart City World Expo and Conggress.. di Barcelona.. Klik saja di bawah..
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/smart-city-expo-world-congress.html

Catatan lawatan Stadium FC Barcelona  : Klik saja dibawah ..
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/apa-yang-menariknya-stadium-di-barcelona.html


Kebanyakan bangunan disini , lorong belakang dan lorong depan
sama saja..  semuanya nampak mcm lorong depan sahaja..  dan kita
bebas santai berjalan-jalan jamu mata dan bershoping dikedai-kedai
yang berlambak ada kat sepanjang lorong-lorong tersebut.

Menu ikan salmon seperti ini merupakan

salah satu makanan kegemaran saya.. 

Kena macam ni, tak makan nasi pun 

tidak mengapa.

Tong-tong sampah dan tong kitar semua yang banyak terdapat. Dibuat 

dari Plastik ..tapi nampak macam tahan lama juga.. Mungkin

rakyat nya kurang kacau tong-tong macam ni ..kalau tidak ni

terbakar habis kalau buang puntung rokok dalamnya.

Nak makan makanan halal di Barcelona ini tidaklah
bermasalah sangat. Banyak restoran-restoren yang
dijual orang orang Islam seperti dari Turki dan Arab
di kota ini. Cumanya nak cari macam makanan di
negara kita susahlah sikit..  Ini saya bersama rakan2
makan disebuah restoren kepunyaan orang Arab .
Jamuan ini ditaja oleh Kulim Technology Park Corp

Pemegang tikit bas ini boleh tunggu disini untuk naik bas tersebut

ronda-ronda melihat dan melawat tempat-tempat menarik di 

sekitar kota Barcelona ini.. Naiklah berapa kali pun atau berapa

tempatpun dalam sehari itu. bayar sekali sahaja


Teknik pengurusan penyelenggaraan jalan-jalan raya 

di Barcelona.. 

Jarang berjumpa dengan bangunan-bangunan di kota

ini yang biasa-biasa saja seperti bentuk 4 segi sahaja . 

Boleh dikatakan semua bangunan mereka ada seni

pertukangan yang tinggi. Semacam satu kemestian pula

Disamping itu tidak banyak bangunan-bangunan 
tinggi dikota ini. Certia setengah orang tempatan, ini
kerana mereka tidak mahu bangunan itu melebih
gereja-gereja mereka.. Entah betul atau tidak..

Pemandangan sebahagian kota Barcelona yang diambil dari sebuah bukit peranginan .

Hanya inilah sahaja papan tanda nama hotel yang saya diami ini. Jenoh cari

kalau tak betul-betul pasti duduk dimana..  Tapi dekorasi dalamannya memang

menarik dan nampak klasik, tapi peralatan moden.. 


Pamplet perkhidmatan sewa basikal dikota Barcelona ini.






Catatan lawatan ke Stadium FCBarcelona :
http://semangatjati.blogspot.my/2016/12/apa-yang-menariknya-stadium-di-barcelona.html
.



asriredha teratak kasih alor setar