Catatan : Mohd Asri Redha
Assalaamualaikum WBT.. buat semua sahabat-sahabat yang mengikuti catatan blog saya ini . Semoga semuanya diRahmati Allah SWT pada setiap masa dan ketika. Selamat Siang buat sahabat-sahabat lainnya..
Terima kasih kerana masih mau ikuti catatan-catatan saya dlm blog ini... Sebenarnya lama benar saya tidak menulis dalam blog saya ini... sejak saya pergi menunaikan Haji di Mekah dan Madinah bermula dari 20 Ogos 2017 hingga 30 September 2017 .. Memang waktu tu tak ada mood nak menulis , cuma sekadar saya merekodkan sikit-sikit cerita-cerita yang berlaku sepanjang saya berada di Kota Suci itu dalam FB sahaja.. Time tu kita nak buat ibadat sahaja, tak mahu fikir2 fasal lain.. tapi tang gambar-gambar tu ambil juga bila kelapangan untuk rekod bila saya mula menulis nanti.
Bukan senang menulis , idea nak mai tu kadang-kadang tak menjadi, mood dan syeh tu tak mau nak mai.. Inipun saya masih bercuti lagi, sebab dok rasa keletihan dan sisa-sisa batok2 dari Tanah Suci masih ada lagi... tak mahu hilang betul-betul lagi... itulah salah satu penangan dan cabaran dalam mengerjakan Haji dan Umrah di Mekah.. Kalau siapa tidak dijangkiti batuk-batuk berkahak tu kira hebat dan memang kuat ketahanan badannya.
Sebenarnya inilah intro saya diatas yang saya buat beberapa minggu selepas balik dari Mekah... lepas tu terhenti begitu sahaja hingga lah hari ini baru saja terasa nak tulis balik...Entah kenapa menjadi penyegan yang sebegitu... dah hampir 2 tahun berlalu.. Bila
Inipun bila tersedar sekarang ramai sahabat taulan dan adik beradik yang dapat menunaikan Haji tahun ini... sekarang ini sudah nak mula musim Haji, setiap hari akan ada saja penerbangan ke Mekah atau ke Madinah sehinggalah sampai ke waktu kepuncaknya... baru terasa nak tulis balik. Dengar khabarnya kuota Haji sama macam tahun lepas ....
Oklah.. nak cerita apa ya.. sudah tentu cerita pengalaman saya menunaikan Haji dan Umrah di Kota Mekah dan Kota Madinah... tapi nak cerita macam mana.. kalau nak cerita fasal step-step nak buat haji dan umrah tu dah banyak orang tulis dalam blog dan internet.. macam-macam..
Saya juga pernah tulis blog berkenaan lawatan mengerjakan umrah saya di Mekah dan Madinah beberapa tahun yang lalu yang boleh diikut melalui pautan seperti dibawah ini:
https://semangatjati.blogspot.com/2014/12/umrah-kasih-sayang-perjalanan-mencari.html?m=1
gambar-gambar pun ada saya paparkan yang boleh dilihat melalui pautan dibawah ini:
Disamping itu saya juga pernah menunaikan Haji dan Umrah kali pertama pada tahun 2002 yang lalu.. Gambar-gambar pun saya simpan lagi untuk rekod, tapi tak banyak sebab waktu ambil gambar masih lagi pakai film dan kamera optikal sahaja.. Gambar-gambar itu boleh ditengok melalui pautan di bawah :
https://www.facebook.com/album. haji pertamaku
Saya sengaja memilih tajuk 'Realiti Kehidupan Jemaah Haji' kerana itulah yang saya suka perhatikan dan rekodkan serta memberi ulasan.. Banyak cerita-cerita yang saya dapat yang boleh dishare bersama rakan2 sekadar cerita santai dan juga ada pengajarannya yang boleh diambil ikhtibar,'
Sebelum saya nak melanjutkan catatan ini, nak kena perbetulkan niat dulu.. kerana tujuan saya menulis ini bukan nya nak menunjuk-nunjuk kata saya boleh pi Mekah atau nak tunjuk hebat apa-apa.. Tidak ada sedikitpun terlintas dihati untuk maksud tersebut , apatah lagi ini melibatkan ibadat rukun Islam yang ke 5. Rugi amat sangat kalau nak menunjuk-nunjuk bangga, hebat, riak berkenaan bab-bab ibadat ni. Catatan-catatan saya ini hanya sekadar catatan pengalaman mengerjakan Haji dan Umrah dan ianya akan menjadi sejarah hidup saya. Rugi sangat kalau saya tidak rekodkan peristiwa amat penting dalam hidup saya ini sebagai sebagai seorang Muslim.. Disamping itu ianya boleh menjadi panduan pada sahabat-sahabat yang berminat dan akan pergi menunaikan Haji nanti.. Banyak perkara-perkara yang akan saya ceritakan ini boleh dijadikan panduan dan pengajaran ..
Pergi menunaikan Haji bukan sekadar itu, tetapi pergi kesana membawa segala kelakuan kita , imej kita , ego, status kita, kehebatan kita, kemewahan kita dan sebagainya. Adakah kita mampu menghadapinya di Tanah Suci Makkah dan Madinah itu. Ini yang saya nak cerita banyak terutama berkaitan dengan hubungan sesama insan ... Nak cerita fasal cara nak buat haji dan umrah tu saya rasa banyak sangat dah kita baca dan dengar.
Saya amat bersyukur sangat-sangat kerana ditawarkan untuk menunaikan Ibadah Haji kali ini. Bukan senang untuk mendapat peluang keemasan seperti ini . Tapi memandangkan isteri dapat tawaran tahun ini dan tiada mahram yang ikut serta, maka saya membuat rayuan dan akhirnya diterima.. Walaupun saya terpaksa membayar kos penuh tanpa subsidi Tabong Haji berjumlah melebihi RM20K dan ditambah lagi visa fees yang dikenakan oleh Saudi Arabia sebanyak 2,000 Riyal lagi, saya tidak kisah sangat, kerana mendapat peluang itu lebih teramat penting memandang senarai menunggu yang terlalu amat lama untuk sampai giliran menunaikan Haji di Mekah. Tahun ini secara kebetulan Kerajaan Arab Saudi telah menaikkan kuota Jemaah Malaysia dari 30K kepada 40K... jadi ada pertambahan jemaah Haji Malaysia ke Mekah
Dalam catatan perjalanan umrah yang telah saya coretkan sebelum ini hanya bercerita berkenaan umrah semata-mata, tapi kali ini ada cerita-cerita menarik di Arafah, Mudzalifah dan di Mina.. yang ni hanya buat haji saja terlibat. Kalau umrah tidak adalah ceritanya.
Selalu kita dengar bila datang ke ke Mekah dan Madinah mengerjakan haji adalah datang sebagai tetamu Allah SWT dan datang untuk mensucikan diri agar dosa dosa-dosa lalu diampunkan Allah SWT.. kita kembali ke tanah air dalam keadaan kita putih bersih dan suci rohani dan jasmani.. Lepas daripada tu kita dah tak mahu buat lagi dah perkara-perkara yang membawa kepada dosa sama dosa kecik apatah lagi dosa besar. Disamping itu kita pulang dengan semangat untuk mempertingkatkan lagi ibadat-ibadat wajib dan sunat dan memperbanyakkan lagi sedekah-sedekah pada yang memerlukan... sepatutnya begitu lah yaa.. Tapi apakah itu menjadi realiti... tengok dan lihat sendiri dan fikirkan ... saya tidak mahu buat ulasan lanjut.. kerana saya sendiripun tidaklah tahu apa akan jadi selepas ini, kerana masa depan itu tidak menentu, tapi tekadnya begitulah untuk menjadi kearah yang lebih baik lagi.. persekitaran kita yang selalu membuat kita alpa dan terbawa-bawa dan akhirnya balik macam asal. Contoh paling mudah, bila di Mekah atau Madinah, kita boleh pun bersembahyang jemaah sepenuhnya setiap waktu dan menunggu-nunggu untuk sembahyang selanjutnya... Sanggup berjalan kaki melebihi 500 meter dari masjid untuk ke masjid.. bolehpun, tapi bila ke tempat asal, dia nak balik macam asal, lama-lama terbawa-bawa, pergi sembahyang waktu di masjid pun sekali sekala sahaja, atau pilih-pilih waktu sahaja ke masjid dan kadang-kadang melewat-lewatkan sembahyang waktu dengan leka kerja-kerja dunia yang tidak berkesudahan serta tengok rancangan2 hiboran.
Saya nak cerita fasal di Mekah dan Madinah sahaja.. mungkin realitinya cerita saya ini tidak sama dan mungkin tidak dirasai kalau yang datang menunaikan Haji dengan Pakej Berbayar yang lebih mahal. Saya hanya datang bersama isteri dengan khidmat Muasasah. Pakej mengerjakan Haji yang ditawarkan oleh swasta paling kurang RM40K.. dan paling tinggi mencecah Ratusan Ribu RM.. Namun begitu saya lihat kalau pakej RM40K tu diArafah, Mina dan Mudzalifah lebih kurang sama saja dengan Muasasah Tabong Haji. Yang mahal tu mungkin duduk hotel di Mekah tu agak selesa sikit , samada satu bilik 2 orang dan dekat dengan Masjidil Haram.. Kat Madinah tak berapa ada beda antara jarak ke masjid Nabawi kerana tak jauh sangat hotel2 nya walaupun dengan Muasasah Tabong Haji.. 5 minit berjalan kaki sahaja.. cuma Pakej Swasta tu biliknya lebih selesa berbanding muaasah Tabong Haji yang sebilik diisi 6 orang atau 7 orang sebilik.
Ok.. Kat mana saya nak mulakan dulu cerita saya ni... Sepertimana yang saya telah cadangkan sebelum, saya banyak akan menumpukan kepada cerita-cerita tentang perhubungan sesama insan disana.. Menarik juga kerana banyak cerita-cerita yang boleh kita jadikan sebagai satu pengajaran, pengetahuan, untuk penambahbaikan dan sebagainya. Semua ini adalah realiti yang saya dapat lihat, dengar dan alami bersama. Maklumlah bila duduk sampai 47 hari, macam-macam cerita saya dapat disana dan ada juga saya sempat rekod sikit-sikit untuk catatan dalam blog saya kali ini.
Seperti saya ini bila dapat tawaran mengerjakan haji kali ini tidak berpakat dengan sapa-sapa untuk pergi. Hanya saya dan isteri sahaja yang ada. Pengaturan group jemaah diaturkan oleh Tabung Haji. Jadi memang saya tidak kenal sapa-sapa yang akan bersama dengan kumpulan saya.. Ada juga yang kenal-kenal sahabat-sahabat yang pergi menunaikan Haji tahun ini tapi , tidaklah berpakat untuk duduk sekali dalam satu maktab, atau dalam satu flight atau dalam satu khemah atau dalam satu bilik.. Semuanya dibiarkan kepada pihak Tabong Haji sahaja yang mengaturkan. Senang kan begitu.. Jadi tentunya suspen juga siapa la yang akan jadi kawan baru kita nanti di Mekah dan di Madinah serta di Arafah dan Mina.
Pergi mengerjakan Haji dengan menggunakan khidmat Muasassah ini agak perit sedikit, kerana ianya tidak sesenang kalau pergi dengan pakej haji berbayar yang lebih mahal. Segalanya kemudahan sekadar minima sahaja. Kalau sebilik hotel biasa dari 2 katil dibubuh 6 katil... Kalau di khemah Arafah dan Mini lagi mencabar hanya diberi ruang cukup2 untuk lunjur kaki sahaja.. Punya la sempit.. Nanti saya cerita .. Kalau nak buat macam biasa kena bayar mahal la.. bukan senang lama tu nak kena duduk di Mekah dan Madinah.. Kalau Tabong Haji tidak bagi subsidi macam saya nipun cara duduk dan tinggal macam tu sudah mencecah lebih RM20,000.00 apatah lagi kalau buat macam duduk dirumah biasa... tentulah lagi tinggi. Kalau tinggi sangat mungkin ramai yang tak dapat pergi menunaikan Haji, kerana kebanyakannya orang biasa-biasa dan berpendapatan sederhana sahaja. Jadi antara kos RM10 K tu saya rasa masih lagi dalam kadar kemampuan ramai yang majoriti..
Kawan Baru.
Sudah tentu bila kita datang mengerjakan Haji ini yang pastinya kita akan dapat kawan baru.. Itu yang bagusnya.. Kita pun tidak tahu latarbelakang kawan-kawan baru kita ni.. samada kawan sebilik, kawan semaktab, kawan sekhemah, atau kawan setingkat dan sebagainya. Seronok juga bila dapat berkenalan kawan baru ni.. Di Mekah, Maktab 78 ditempatkan di Hotel Janadriyah yang terletak lebih kurang 700 meter dari Masjidil Haram. Satu bilik ditempatkan 7 orang jemaah. Group saya semua berumur 60 ke atas, saya seorang sahaja 50 an..
Saya perasan dalam ceramah-ceramah kursus Haji yang saya ikuti di Malaysia, jarang sangat saya dengar penceramah beri gambaran sedikit berkenaan tatacara atau macam mana nak bergaul sesama jemaah di Mekah dan Madinah yang sewajar nya agar ianya menjadi satu pengalaman yang menarik, bukannya satu pengalaman yang buruk kepada sebahagian jemaah yang lain. Apa yang ditekankan oleh penceramah ialah tentang macamana nak buat Ibadat Haji dan Umrah dengan sempurna.. Jadi selepas ini Tabong Haji kena aturkan adakan satu slot khas untuk ceramah berkenaan tata cara berhubung sesama jemaah. Bagi saya ini penting kerana saya lihat dan mendengar pelbagai masalah hingga menimbulkan persengketaan, berkelahi, tidak bertegor sapa sesama jemaah.. Bayangkan kita pergi ke Mekah dan Madinah untuk beribadat dan mensucikan diri tapi yang kita dapat sebaliknya... Kedatangan kita ke Mekah tidak membawa apa-apa kesan kepada keinsafan diri.
Kebanyakan jemaah yang datang mempunyai latarbelakang yang berbeda, ada yang dah berpencen, ada yang datang kampong dan tidak pernah keluar negara pun, ada yang muda, ada budak-budak, ada yang sedang bekerja, ada orang kaya, ada kerabat raja, ada orang yang datang cukup-cukup perbelanjaan sahaja, ada yang terlalu tua, ada yang cacat, ada yang ego, ada yang kedekut dan segala macam sifat-sifat manusia yang pernah kita tengok dan dengar.. semuanya ada disini.
Jadi bila sudah lama duduk disini, lama-lama jadilah macam-macam cerita yang tidak berapa enak didengar. Sebenarnya dalam kehidupan bersama seperti ini sikap atau sifat bekerjasama, ambil berat, prihatin, ambil kira perasaan kawan, ringan tulang kena ada pada setiap anggota.
Saya rasa pada siapa yang pernah datang mengerjakan Haji mesti pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang tersendiri yang mana ianya tetap menjadi ingatan yang tidak dapat dilupakan.
Bayangkan dalam sebuah bilik yang diduduki sehingga 6 atau 7 orang.. setiap hari pula tu.. Pakat-pakat kena fahamlah bila tinggal sebilik ni, dengan keadaan bilik yang pada sebegitu, bilik air hanya sebuah , sudah tentu kena pakat betul-betul.. Kalau tidak boleh berkelahi sesama sendiri.
Sikap Penyegan
Satu perkara yang saya nak berpesan bila datang menunaikan Haji/Umrah ialah jangan terlalu ambil hati sangat kalau rakan sebilik tak pernah buang sampah ke tong besar , tak pernah mau cuci bilik air dan jamban, bersikap tidak pembersih, mementingkan diri sendirinya sahaja dan sebagainya. Kalau dok layan kelaku teman sebilik macam tu , boleh sakit jiwa dibuatnya. Lebih baik kita bersikap terbuka, terima seadanya, berlapang dada . Niatkan diri dengan ikhlas, kalau teman sebilik tak kisah bilik air kotor, kita sendiri pi cuci dengan sukarela.. bukan terok tera manapun, sambil-sambil mandi saja boleh kita buat, ambil masa dua tiga minit selesai la.. sekurang-kurangnya kita dah dapat pahala.. jangan bersikap jelous pada yang penyegan, biar pi lah dia dengan sikap dan kelakunya... Orang macam tu tak boleh nak buat apa dah.. mereka dah macam tu sejak dulu.. so terima seadanya... teman sebilik yang akan bersama kita lebih 40 hari itu. Tapi sebaiknya dan seeloknya sapa yang baca catatan saya ini, bila dapat pergi menunaikan haji atau umrah, ringan-ringankan tulang tu.. tak terok mana pun... terletak pada diri sendiri untuk mau buat atau tak mau buat..
Perokok Tegar
Tetapi satu perkara yang saya lihat dan amat tidak berkenan ialah ada kalangan jemaah yang suka merokok dalam bilik.. Yang ni kalau berlaku kat saya memang sakit jiwa dibuatnya. Nasib baik dalam bilik saya tidak ada teman jemaah saya yang macam tu.. Tapi saya lihat ada di bilik jemaah lain.. Saya tak tahulah macam mana perasaan teman sebilik yang tidak menghisap rokok tu.. bolehkah dia duduk dalam keadaan selesa kalau teman sebilik menghisap rokok. Amat tidak wajar peminat rokok ni berkelakuan seperti itu , ia tidak langsung menghormati teman2 sebilik.. Bukan setakat dalam bilik sahaja tidak wajar menghisap rokok, malahan diluar bilik tapi masih dalam hotel juga tidak wajar merokok. Kalau nak merokok, carilah tempat diluar hotel, dan hisaplah sepuas-puasnya dan tak ganggu sesiapa. Ada setengah jemaah tak boleh ditegor, kalau ditegor maka akan bermasam mukalah sesama teman sebilik sedangkan kita pergi ke Mekah/Madinah untuk menyucikan diri, tak mahu bermasam muka dan berkelahi dengan sesiapa... kalau pergi ke sana menambahkan musuh, tak ada maknanya kita pergi menunaikan Haji dan Umrah.
Pengabaian Waris / Jemaah
Satu perkara yang saya hendak pesan kepada jemaah yang pergi menunaikan haji , jangan lah kita mengaku untuk jaga sapa-sapa jemaah lain yang bersama kita.. Kadang-kadang diri sendiri tidak berkemampuan , inikan pula kepada untuk menjaga jemaah lain.. Selalu kita dengar masa nak pi hantar jemaah kat airport.. keluarga jemaah haji dok pesan kepada adik beradik yang turut serta supaya tolong jaga ya mak atau ayah kami ni elok-elok.. Jangan lah dok jawab jangan bimbang , kami akan jaga dia elok-elok.. Takat tengok-tengok tu bolehlah .. kita tidak tahu apa akan berlaku di Mekah dan Madinah nanti.. lebih-lebih lagi yang tidak pernah pergi ke Kota Suci Mekah dan Madinah itu..
Kadang-kadang kita berpakat di kampong yang mak saudara ni atau sapa-sapa saja yang dikenali, kemungkinan dah tua , tapi tak ada anak yang menemani, jadi waris bergantung kepada jiran, anak saudara ka, atau sapa-sapa saja untuk tolong jaga dan tengok2 ibu bapa mereka.. sikit-sikit boleh tengok, tapi bila melibatkan tenaga kudrat dan kerajinan ni , sukar sikit. Sedangkan saya lihat anak yang menemani ibu bapa mereka pun ada yang buat tak kisah sahaja kepada ibu bapa mereka, sedangkan mereka dapat pergi ke Mekah ini pun kerana ibu bapa mereka juga yang tidak ada mahram ikut serta, maka dapatlah juga anak ikut serta. Kadang-kadang tu mak bapa pula tanggong segala perbelanjaan anak .. itu pun masih juga berlaku pengabaian ibu bapa mereka.. anak pergi buat ibadat dimasjid sendiri-sendiri sahaja atau dengan kawan2. Tinggallah ibu atau bapa mereka yang tidak mampu pergi seorang di hotel.. Sembahyang pun kat hotel sahaja.. rugi teramat sangat kalau itu berlaku...
Jadi terpaksa lah pula ibu atau bapa bergantung kepada jiran rakan sebilik untuk bawa pi tawaf, umrah atau sebagainya.. Kan menyusahkan rakan-rakan tu pula.. merekapun nak buat ibadat ikut keselesaan mereka.. Memang pahala besar jika kita dapat membantu jemaah2 yang tidak berupayaan tenaga itu... tapi kita tidak boleh bergantung kepada mereka selamanya... Realitinya saya melihat ada berlaku perkara begitu.. jangan hairan bila balik tanah air, saudara mara dan rakan taulan boleh berkelahi dan tidak bertegor sapa ... semata-mata kerana rakan yang diharap gagal menjalankan tanggungjawab mereka menjaga ibubapa mereka, apatah lagi ibu bapa itu cerita lebih sudu dari kuah.. ini fasal janjilah.. jadilah berpanjangan persengketaan itu.. cerita-cerita tak akan habis disitu sahaja.. banyaklah terjadi perkara-perkara seperti ini yang saya perhatikan..
So kalau kita nak pergi menunaikan Haji atau Umrah, janganlah kita mengharapkan sapa-sapa yang bukan waris terdekat kita untuk membantu kita di Mekah atau Madinah..
Kesesakan di Arafah dan Mina
Bagi yang mengerjakan umrah dan tidak pernah mengerjakan Haji, pengalaman ini tidak akan dilalui kerana umrah tidak ada menginap di Arafah dan Melontar di Mina.. Bagi saya yang pernah mengerjakan Haji 15 tahun yang lalu, dating kali ini amat mengejutkan saya bila mengalami peristiwa yang sebegini.. Mungkin kerana factor terlalu ramai Jemaah kut sehinggakan menjadi terlalu sesak begitu. Semasa singgah di Mudzlifah selepas separuh malam 10 Zulhijah.. sebagai salah satu syarat Wajib Haji, dulunya cuma turun bas turun sat sahaja, sambil cari batu-batu untuk dibawa ke Mina untuk melontar, lepas tu naik balik bas untuk terus ke Mina.. Syarat berada sekejap disitu sudah memadai dan dipatuhi dan terus bas bawa ke khemah Jemaah di Mina... Saya beranggapan begitu juga sekarang ini. Rupanya tidak. Waktu Haji kali ini jemaah dibawa dengan bas dan diturunkan di satu tempat yang khas disediakan untuk semua Jemaah Malaysia menunggu disatu tempat berpagar di Mudzlifah dan dimaklumkan selepas tengah malam bas akan datang balik bawa Jemaah ke Mina.. Tahukah saudara ku tempat tu macam mana... rombongan kami sampai sudah agak lewat, semua tempat setiap inci ruang tanah kawasan berpagar itu sudah dipenohi Jemaah.. tengok nampak macam itulah... kawasan itu berpagar pula.. Jemaah tak boleh keluar dari kawasan pagar yang dikhaskan itu kerana sebelah lain, Jemaah Negara lain pula. akhirnya dapatlah juga mencari ruang untuk sekadar letak punggung sahaja.. nak letak beg yang dibawa pun tak dak tempat.. Menyesal tak ikut cakap Tabong Haji, bawa sekadarnya sahaja... duduklah kami disitu dengan harapan selepas tengah malam bas akan datang ambek kami.. tunggu punya tunggu pukul sampai 11.00 pagi besok baru bas datang ambil,, tak taulah fasal apa.. sudahlah kepanasan sudah terasa sangat. Mana ada khemah kat sini. kalau tidak ada kesabaran macam-macam boleh berlaku... memang diuji sungguh waktu itu. Itulah dugaan yang besar... nak tidor pun tidak boleh sebab sempit sangat-sangat... Nak lunjur kaki kena kepala kawan sebelah ... mana ada kipas angin dan duduk atas pasir... Bilik airpun letak jauh sikit dan tidak mencukupi untuk menampong lebih kurang 30 ribu orang jemaah Malaysia yang berkumpul serentak disitu. Saya hendak berpesan sungguh sungguh pada yang membaca coretan ini yang dapat tawaran haji tahun ini agar kena bersiap sepenohnya untuk menghadapi situasi seperti ini .. memang pengalaman ini tidak akan ada kalau sekadar biasa datang buat umrah..
Begitu jugalah suasana yang berlaku ketika menginap di Arafah dan Mina... Keadaan di sana amat mencabar juga .. cuma baik sikit di Arafah tu disediakan khemah besar , tapi sempit gila.. hanya disediakan kipas angin besar sahaja.. memang tak selesa langsung..
Menginap di Mina selesa sikit kerana setiap khemah ada disediakan penghawa dingin... boleh lah bertahan sikit... tapi sesak sangat dan tidak selesa.. tidor atas carpet sahaja.. mana ada tilam dan bantal.. khemah Malaysia ni jauh juga dari tempat melontar diketiga2 jumratul Ula, Wusta dan Aqabah.. saya kira pergi dan balik berjalan kaki lebih kurang 7 km ke 8 km.. sehari kena berjalan. Jauh tu bagi yang tidak biasa.. sebab itu pada hari pertama pergi melontar ada yg semput ditengah jalan dan ada yang pengsan dalam perjalanan melalui terowong dan terdedah kepanasan.. kebetulan seorang makcik bersama group saya telah meninggal dunia semasa hari pertama dalam perjalanan pergi melontar.
Bagi yang biasa senang lenang menggunakan bilik air dirumah, berada di Arafah dan Mina ini , jangan haraplah ... bilik air memang tidak cukup.. terpaksa berator panjang menunggu.. bayangkan hajat yg tak dapat ditahan tahan.. jenoh pandai pandai lah minta belas ikhsan jemaah lain yang menunggu..
Hendak mengharap makanan yang sedap-sedap tidak ada la disini.. nasi dengan lauk satu mata saja.. telan saja la.. jangan dok kata apa... nak sedap sikit beli sendiri kat kedai... kalau roti canai 10 riyal sekeping .. kuah asing.. Semasa saya dan isteri di Mekah dan Madinah.. sebahagian besar perbelanjaan saya ialah beli makanan luar... nak makan selera sikit kena la beli asing .. Harga memang mahal. Peniaga-peniaga disini memang ambil kesempatan sungguh...
Saya melihat ramai juga jemaah-jemaah yang kurang upaya, tua dan sakit terpaksa bersusah payah dari menunggu bas, naik bas, mabit di Mudzalifah, tinggal di Arafah dan di Mina.. Memang mencabar.... kalau tidak ada pengiring yang kemas dan setia memang menyedihkan... bas mereka memang tidak friendly OKU langsung..
Oklah... saya lepaskan cerita saya takat ini dulu .. nanti bila dapat idea baru .. saya sambong balik cerita... jangan serik baca sudah lah.. ... tQ
asriredha teratak kasih alor setar Cuma P
Assalaamualaikum WBT.. buat semua sahabat-sahabat yang mengikuti catatan blog saya ini . Semoga semuanya diRahmati Allah SWT pada setiap masa dan ketika. Selamat Siang buat sahabat-sahabat lainnya..
Terima kasih kerana masih mau ikuti catatan-catatan saya dlm blog ini... Sebenarnya lama benar saya tidak menulis dalam blog saya ini... sejak saya pergi menunaikan Haji di Mekah dan Madinah bermula dari 20 Ogos 2017 hingga 30 September 2017 .. Memang waktu tu tak ada mood nak menulis , cuma sekadar saya merekodkan sikit-sikit cerita-cerita yang berlaku sepanjang saya berada di Kota Suci itu dalam FB sahaja.. Time tu kita nak buat ibadat sahaja, tak mahu fikir2 fasal lain.. tapi tang gambar-gambar tu ambil juga bila kelapangan untuk rekod bila saya mula menulis nanti.
Bukan senang menulis , idea nak mai tu kadang-kadang tak menjadi, mood dan syeh tu tak mau nak mai.. Inipun saya masih bercuti lagi, sebab dok rasa keletihan dan sisa-sisa batok2 dari Tanah Suci masih ada lagi... tak mahu hilang betul-betul lagi... itulah salah satu penangan dan cabaran dalam mengerjakan Haji dan Umrah di Mekah.. Kalau siapa tidak dijangkiti batuk-batuk berkahak tu kira hebat dan memang kuat ketahanan badannya.
Sebenarnya inilah intro saya diatas yang saya buat beberapa minggu selepas balik dari Mekah... lepas tu terhenti begitu sahaja hingga lah hari ini baru saja terasa nak tulis balik...Entah kenapa menjadi penyegan yang sebegitu... dah hampir 2 tahun berlalu.. Bila
Inipun bila tersedar sekarang ramai sahabat taulan dan adik beradik yang dapat menunaikan Haji tahun ini... sekarang ini sudah nak mula musim Haji, setiap hari akan ada saja penerbangan ke Mekah atau ke Madinah sehinggalah sampai ke waktu kepuncaknya... baru terasa nak tulis balik. Dengar khabarnya kuota Haji sama macam tahun lepas ....
Oklah.. nak cerita apa ya.. sudah tentu cerita pengalaman saya menunaikan Haji dan Umrah di Kota Mekah dan Kota Madinah... tapi nak cerita macam mana.. kalau nak cerita fasal step-step nak buat haji dan umrah tu dah banyak orang tulis dalam blog dan internet.. macam-macam..
Saya juga pernah tulis blog berkenaan lawatan mengerjakan umrah saya di Mekah dan Madinah beberapa tahun yang lalu yang boleh diikut melalui pautan seperti dibawah ini:
https://semangatjati.blogspot.com/2014/12/umrah-kasih-sayang-perjalanan-mencari.html?m=1
gambar-gambar pun ada saya paparkan yang boleh dilihat melalui pautan dibawah ini:
Disamping itu saya juga pernah menunaikan Haji dan Umrah kali pertama pada tahun 2002 yang lalu.. Gambar-gambar pun saya simpan lagi untuk rekod, tapi tak banyak sebab waktu ambil gambar masih lagi pakai film dan kamera optikal sahaja.. Gambar-gambar itu boleh ditengok melalui pautan di bawah :
https://www.facebook.com/album. haji pertamaku
Saya sengaja memilih tajuk 'Realiti Kehidupan Jemaah Haji' kerana itulah yang saya suka perhatikan dan rekodkan serta memberi ulasan.. Banyak cerita-cerita yang saya dapat yang boleh dishare bersama rakan2 sekadar cerita santai dan juga ada pengajarannya yang boleh diambil ikhtibar,'
Sebelum saya nak melanjutkan catatan ini, nak kena perbetulkan niat dulu.. kerana tujuan saya menulis ini bukan nya nak menunjuk-nunjuk kata saya boleh pi Mekah atau nak tunjuk hebat apa-apa.. Tidak ada sedikitpun terlintas dihati untuk maksud tersebut , apatah lagi ini melibatkan ibadat rukun Islam yang ke 5. Rugi amat sangat kalau nak menunjuk-nunjuk bangga, hebat, riak berkenaan bab-bab ibadat ni. Catatan-catatan saya ini hanya sekadar catatan pengalaman mengerjakan Haji dan Umrah dan ianya akan menjadi sejarah hidup saya. Rugi sangat kalau saya tidak rekodkan peristiwa amat penting dalam hidup saya ini sebagai sebagai seorang Muslim.. Disamping itu ianya boleh menjadi panduan pada sahabat-sahabat yang berminat dan akan pergi menunaikan Haji nanti.. Banyak perkara-perkara yang akan saya ceritakan ini boleh dijadikan panduan dan pengajaran ..
Pergi menunaikan Haji bukan sekadar itu, tetapi pergi kesana membawa segala kelakuan kita , imej kita , ego, status kita, kehebatan kita, kemewahan kita dan sebagainya. Adakah kita mampu menghadapinya di Tanah Suci Makkah dan Madinah itu. Ini yang saya nak cerita banyak terutama berkaitan dengan hubungan sesama insan ... Nak cerita fasal cara nak buat haji dan umrah tu saya rasa banyak sangat dah kita baca dan dengar.
Saya amat bersyukur sangat-sangat kerana ditawarkan untuk menunaikan Ibadah Haji kali ini. Bukan senang untuk mendapat peluang keemasan seperti ini . Tapi memandangkan isteri dapat tawaran tahun ini dan tiada mahram yang ikut serta, maka saya membuat rayuan dan akhirnya diterima.. Walaupun saya terpaksa membayar kos penuh tanpa subsidi Tabong Haji berjumlah melebihi RM20K dan ditambah lagi visa fees yang dikenakan oleh Saudi Arabia sebanyak 2,000 Riyal lagi, saya tidak kisah sangat, kerana mendapat peluang itu lebih teramat penting memandang senarai menunggu yang terlalu amat lama untuk sampai giliran menunaikan Haji di Mekah. Tahun ini secara kebetulan Kerajaan Arab Saudi telah menaikkan kuota Jemaah Malaysia dari 30K kepada 40K... jadi ada pertambahan jemaah Haji Malaysia ke Mekah
Dalam catatan perjalanan umrah yang telah saya coretkan sebelum ini hanya bercerita berkenaan umrah semata-mata, tapi kali ini ada cerita-cerita menarik di Arafah, Mudzalifah dan di Mina.. yang ni hanya buat haji saja terlibat. Kalau umrah tidak adalah ceritanya.
Selalu kita dengar bila datang ke ke Mekah dan Madinah mengerjakan haji adalah datang sebagai tetamu Allah SWT dan datang untuk mensucikan diri agar dosa dosa-dosa lalu diampunkan Allah SWT.. kita kembali ke tanah air dalam keadaan kita putih bersih dan suci rohani dan jasmani.. Lepas daripada tu kita dah tak mahu buat lagi dah perkara-perkara yang membawa kepada dosa sama dosa kecik apatah lagi dosa besar. Disamping itu kita pulang dengan semangat untuk mempertingkatkan lagi ibadat-ibadat wajib dan sunat dan memperbanyakkan lagi sedekah-sedekah pada yang memerlukan... sepatutnya begitu lah yaa.. Tapi apakah itu menjadi realiti... tengok dan lihat sendiri dan fikirkan ... saya tidak mahu buat ulasan lanjut.. kerana saya sendiripun tidaklah tahu apa akan jadi selepas ini, kerana masa depan itu tidak menentu, tapi tekadnya begitulah untuk menjadi kearah yang lebih baik lagi.. persekitaran kita yang selalu membuat kita alpa dan terbawa-bawa dan akhirnya balik macam asal. Contoh paling mudah, bila di Mekah atau Madinah, kita boleh pun bersembahyang jemaah sepenuhnya setiap waktu dan menunggu-nunggu untuk sembahyang selanjutnya... Sanggup berjalan kaki melebihi 500 meter dari masjid untuk ke masjid.. bolehpun, tapi bila ke tempat asal, dia nak balik macam asal, lama-lama terbawa-bawa, pergi sembahyang waktu di masjid pun sekali sekala sahaja, atau pilih-pilih waktu sahaja ke masjid dan kadang-kadang melewat-lewatkan sembahyang waktu dengan leka kerja-kerja dunia yang tidak berkesudahan serta tengok rancangan2 hiboran.
Saya nak cerita fasal di Mekah dan Madinah sahaja.. mungkin realitinya cerita saya ini tidak sama dan mungkin tidak dirasai kalau yang datang menunaikan Haji dengan Pakej Berbayar yang lebih mahal. Saya hanya datang bersama isteri dengan khidmat Muasasah. Pakej mengerjakan Haji yang ditawarkan oleh swasta paling kurang RM40K.. dan paling tinggi mencecah Ratusan Ribu RM.. Namun begitu saya lihat kalau pakej RM40K tu diArafah, Mina dan Mudzalifah lebih kurang sama saja dengan Muasasah Tabong Haji. Yang mahal tu mungkin duduk hotel di Mekah tu agak selesa sikit , samada satu bilik 2 orang dan dekat dengan Masjidil Haram.. Kat Madinah tak berapa ada beda antara jarak ke masjid Nabawi kerana tak jauh sangat hotel2 nya walaupun dengan Muasasah Tabong Haji.. 5 minit berjalan kaki sahaja.. cuma Pakej Swasta tu biliknya lebih selesa berbanding muaasah Tabong Haji yang sebilik diisi 6 orang atau 7 orang sebilik.
Ok.. Kat mana saya nak mulakan dulu cerita saya ni... Sepertimana yang saya telah cadangkan sebelum, saya banyak akan menumpukan kepada cerita-cerita tentang perhubungan sesama insan disana.. Menarik juga kerana banyak cerita-cerita yang boleh kita jadikan sebagai satu pengajaran, pengetahuan, untuk penambahbaikan dan sebagainya. Semua ini adalah realiti yang saya dapat lihat, dengar dan alami bersama. Maklumlah bila duduk sampai 47 hari, macam-macam cerita saya dapat disana dan ada juga saya sempat rekod sikit-sikit untuk catatan dalam blog saya kali ini.
Seperti saya ini bila dapat tawaran mengerjakan haji kali ini tidak berpakat dengan sapa-sapa untuk pergi. Hanya saya dan isteri sahaja yang ada. Pengaturan group jemaah diaturkan oleh Tabung Haji. Jadi memang saya tidak kenal sapa-sapa yang akan bersama dengan kumpulan saya.. Ada juga yang kenal-kenal sahabat-sahabat yang pergi menunaikan Haji tahun ini tapi , tidaklah berpakat untuk duduk sekali dalam satu maktab, atau dalam satu flight atau dalam satu khemah atau dalam satu bilik.. Semuanya dibiarkan kepada pihak Tabong Haji sahaja yang mengaturkan. Senang kan begitu.. Jadi tentunya suspen juga siapa la yang akan jadi kawan baru kita nanti di Mekah dan di Madinah serta di Arafah dan Mina.
Pergi mengerjakan Haji dengan menggunakan khidmat Muasassah ini agak perit sedikit, kerana ianya tidak sesenang kalau pergi dengan pakej haji berbayar yang lebih mahal. Segalanya kemudahan sekadar minima sahaja. Kalau sebilik hotel biasa dari 2 katil dibubuh 6 katil... Kalau di khemah Arafah dan Mini lagi mencabar hanya diberi ruang cukup2 untuk lunjur kaki sahaja.. Punya la sempit.. Nanti saya cerita .. Kalau nak buat macam biasa kena bayar mahal la.. bukan senang lama tu nak kena duduk di Mekah dan Madinah.. Kalau Tabong Haji tidak bagi subsidi macam saya nipun cara duduk dan tinggal macam tu sudah mencecah lebih RM20,000.00 apatah lagi kalau buat macam duduk dirumah biasa... tentulah lagi tinggi. Kalau tinggi sangat mungkin ramai yang tak dapat pergi menunaikan Haji, kerana kebanyakannya orang biasa-biasa dan berpendapatan sederhana sahaja. Jadi antara kos RM10 K tu saya rasa masih lagi dalam kadar kemampuan ramai yang majoriti..
Kawan Baru.
Sudah tentu bila kita datang mengerjakan Haji ini yang pastinya kita akan dapat kawan baru.. Itu yang bagusnya.. Kita pun tidak tahu latarbelakang kawan-kawan baru kita ni.. samada kawan sebilik, kawan semaktab, kawan sekhemah, atau kawan setingkat dan sebagainya. Seronok juga bila dapat berkenalan kawan baru ni.. Di Mekah, Maktab 78 ditempatkan di Hotel Janadriyah yang terletak lebih kurang 700 meter dari Masjidil Haram. Satu bilik ditempatkan 7 orang jemaah. Group saya semua berumur 60 ke atas, saya seorang sahaja 50 an..
Saya perasan dalam ceramah-ceramah kursus Haji yang saya ikuti di Malaysia, jarang sangat saya dengar penceramah beri gambaran sedikit berkenaan tatacara atau macam mana nak bergaul sesama jemaah di Mekah dan Madinah yang sewajar nya agar ianya menjadi satu pengalaman yang menarik, bukannya satu pengalaman yang buruk kepada sebahagian jemaah yang lain. Apa yang ditekankan oleh penceramah ialah tentang macamana nak buat Ibadat Haji dan Umrah dengan sempurna.. Jadi selepas ini Tabong Haji kena aturkan adakan satu slot khas untuk ceramah berkenaan tata cara berhubung sesama jemaah. Bagi saya ini penting kerana saya lihat dan mendengar pelbagai masalah hingga menimbulkan persengketaan, berkelahi, tidak bertegor sapa sesama jemaah.. Bayangkan kita pergi ke Mekah dan Madinah untuk beribadat dan mensucikan diri tapi yang kita dapat sebaliknya... Kedatangan kita ke Mekah tidak membawa apa-apa kesan kepada keinsafan diri.
Kebanyakan jemaah yang datang mempunyai latarbelakang yang berbeda, ada yang dah berpencen, ada yang datang kampong dan tidak pernah keluar negara pun, ada yang muda, ada budak-budak, ada yang sedang bekerja, ada orang kaya, ada kerabat raja, ada orang yang datang cukup-cukup perbelanjaan sahaja, ada yang terlalu tua, ada yang cacat, ada yang ego, ada yang kedekut dan segala macam sifat-sifat manusia yang pernah kita tengok dan dengar.. semuanya ada disini.
Jadi bila sudah lama duduk disini, lama-lama jadilah macam-macam cerita yang tidak berapa enak didengar. Sebenarnya dalam kehidupan bersama seperti ini sikap atau sifat bekerjasama, ambil berat, prihatin, ambil kira perasaan kawan, ringan tulang kena ada pada setiap anggota.
Saya rasa pada siapa yang pernah datang mengerjakan Haji mesti pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang tersendiri yang mana ianya tetap menjadi ingatan yang tidak dapat dilupakan.
Bayangkan dalam sebuah bilik yang diduduki sehingga 6 atau 7 orang.. setiap hari pula tu.. Pakat-pakat kena fahamlah bila tinggal sebilik ni, dengan keadaan bilik yang pada sebegitu, bilik air hanya sebuah , sudah tentu kena pakat betul-betul.. Kalau tidak boleh berkelahi sesama sendiri.
Sikap Penyegan
Satu perkara yang saya nak berpesan bila datang menunaikan Haji/Umrah ialah jangan terlalu ambil hati sangat kalau rakan sebilik tak pernah buang sampah ke tong besar , tak pernah mau cuci bilik air dan jamban, bersikap tidak pembersih, mementingkan diri sendirinya sahaja dan sebagainya. Kalau dok layan kelaku teman sebilik macam tu , boleh sakit jiwa dibuatnya. Lebih baik kita bersikap terbuka, terima seadanya, berlapang dada . Niatkan diri dengan ikhlas, kalau teman sebilik tak kisah bilik air kotor, kita sendiri pi cuci dengan sukarela.. bukan terok tera manapun, sambil-sambil mandi saja boleh kita buat, ambil masa dua tiga minit selesai la.. sekurang-kurangnya kita dah dapat pahala.. jangan bersikap jelous pada yang penyegan, biar pi lah dia dengan sikap dan kelakunya... Orang macam tu tak boleh nak buat apa dah.. mereka dah macam tu sejak dulu.. so terima seadanya... teman sebilik yang akan bersama kita lebih 40 hari itu. Tapi sebaiknya dan seeloknya sapa yang baca catatan saya ini, bila dapat pergi menunaikan haji atau umrah, ringan-ringankan tulang tu.. tak terok mana pun... terletak pada diri sendiri untuk mau buat atau tak mau buat..
Perokok Tegar
Tetapi satu perkara yang saya lihat dan amat tidak berkenan ialah ada kalangan jemaah yang suka merokok dalam bilik.. Yang ni kalau berlaku kat saya memang sakit jiwa dibuatnya. Nasib baik dalam bilik saya tidak ada teman jemaah saya yang macam tu.. Tapi saya lihat ada di bilik jemaah lain.. Saya tak tahulah macam mana perasaan teman sebilik yang tidak menghisap rokok tu.. bolehkah dia duduk dalam keadaan selesa kalau teman sebilik menghisap rokok. Amat tidak wajar peminat rokok ni berkelakuan seperti itu , ia tidak langsung menghormati teman2 sebilik.. Bukan setakat dalam bilik sahaja tidak wajar menghisap rokok, malahan diluar bilik tapi masih dalam hotel juga tidak wajar merokok. Kalau nak merokok, carilah tempat diluar hotel, dan hisaplah sepuas-puasnya dan tak ganggu sesiapa. Ada setengah jemaah tak boleh ditegor, kalau ditegor maka akan bermasam mukalah sesama teman sebilik sedangkan kita pergi ke Mekah/Madinah untuk menyucikan diri, tak mahu bermasam muka dan berkelahi dengan sesiapa... kalau pergi ke sana menambahkan musuh, tak ada maknanya kita pergi menunaikan Haji dan Umrah.
Pengabaian Waris / Jemaah
Satu perkara yang saya hendak pesan kepada jemaah yang pergi menunaikan haji , jangan lah kita mengaku untuk jaga sapa-sapa jemaah lain yang bersama kita.. Kadang-kadang diri sendiri tidak berkemampuan , inikan pula kepada untuk menjaga jemaah lain.. Selalu kita dengar masa nak pi hantar jemaah kat airport.. keluarga jemaah haji dok pesan kepada adik beradik yang turut serta supaya tolong jaga ya mak atau ayah kami ni elok-elok.. Jangan lah dok jawab jangan bimbang , kami akan jaga dia elok-elok.. Takat tengok-tengok tu bolehlah .. kita tidak tahu apa akan berlaku di Mekah dan Madinah nanti.. lebih-lebih lagi yang tidak pernah pergi ke Kota Suci Mekah dan Madinah itu..
Kadang-kadang kita berpakat di kampong yang mak saudara ni atau sapa-sapa saja yang dikenali, kemungkinan dah tua , tapi tak ada anak yang menemani, jadi waris bergantung kepada jiran, anak saudara ka, atau sapa-sapa saja untuk tolong jaga dan tengok2 ibu bapa mereka.. sikit-sikit boleh tengok, tapi bila melibatkan tenaga kudrat dan kerajinan ni , sukar sikit. Sedangkan saya lihat anak yang menemani ibu bapa mereka pun ada yang buat tak kisah sahaja kepada ibu bapa mereka, sedangkan mereka dapat pergi ke Mekah ini pun kerana ibu bapa mereka juga yang tidak ada mahram ikut serta, maka dapatlah juga anak ikut serta. Kadang-kadang tu mak bapa pula tanggong segala perbelanjaan anak .. itu pun masih juga berlaku pengabaian ibu bapa mereka.. anak pergi buat ibadat dimasjid sendiri-sendiri sahaja atau dengan kawan2. Tinggallah ibu atau bapa mereka yang tidak mampu pergi seorang di hotel.. Sembahyang pun kat hotel sahaja.. rugi teramat sangat kalau itu berlaku...
Jadi terpaksa lah pula ibu atau bapa bergantung kepada jiran rakan sebilik untuk bawa pi tawaf, umrah atau sebagainya.. Kan menyusahkan rakan-rakan tu pula.. merekapun nak buat ibadat ikut keselesaan mereka.. Memang pahala besar jika kita dapat membantu jemaah2 yang tidak berupayaan tenaga itu... tapi kita tidak boleh bergantung kepada mereka selamanya... Realitinya saya melihat ada berlaku perkara begitu.. jangan hairan bila balik tanah air, saudara mara dan rakan taulan boleh berkelahi dan tidak bertegor sapa ... semata-mata kerana rakan yang diharap gagal menjalankan tanggungjawab mereka menjaga ibubapa mereka, apatah lagi ibu bapa itu cerita lebih sudu dari kuah.. ini fasal janjilah.. jadilah berpanjangan persengketaan itu.. cerita-cerita tak akan habis disitu sahaja.. banyaklah terjadi perkara-perkara seperti ini yang saya perhatikan..
So kalau kita nak pergi menunaikan Haji atau Umrah, janganlah kita mengharapkan sapa-sapa yang bukan waris terdekat kita untuk membantu kita di Mekah atau Madinah..
Kesesakan di Arafah dan Mina
suasana di Mudzlifah |
Hari Jumaat adalah hari yang paling ramai di
masjid. Saya tidak berkesempatan untuk
sembahyang Jumaat dengan sempurna di
dalam masjid.. 5 jam sebelum sembahyang
jumaat , Jemaah sudah penoh dalam masjid.
Terpaksa lah sembahyang diluar masjid sebab
pengawal keselamatan sudah tutup jalan-jalan
masuk ke Masjid.. Panas lit-lit kat luar tu...
|
Salah satu tempat yang menjadi tumpuan
ialah dibawah jambatan, kerana disitu sajapun
ada terlindong panas matahari . Bila waktu
sembahyang jumaat , penoh dengan Jemaah
disitu.. walaupun saf tu dah jauh dari masjid
dan terputus.. Sayapun kerap juga sembahyang
disini.. nasib la.. setakat sejam atau dua sebelum
Jumaat baru nak pi, jangan harap boleh dapat
tempat dalam masjid
|
|
Ini yang menyedihkan sedikit pada saya
kerana ciri-ciri seorang Muslim sejati tidak
ditunjukkan dengan sebaiknya.. Kuat beribadat
tapi soal kebersihan tidak diendahkan langsung.
Ini ialah laluan saya Setiap hari dari Hotel ke
Masjid.. Hari-hari lalu kat sini sebelah dengan
tempat beratus ratus bas berhimpun
|
|
Peniaga-peniaga tanpa lesen ini sentiasa
ada sepanjang jalan menuju hotel. Entah
bangsa apa tak taulah saya.. Nampak
macam orang negro saja atau arab negeri
lain rasanya.. Bila polis dating bertempiaran
lari.. kadang-kadang tinggal begitu sahaja
barang jualannya.. Harga boleh tahan juga
murahnya..Kesian tengok mereka mencari
makan ..
|
Ada juga tempat shopping seperti ini..
rambang mata dibuatnya .. jenoh pilih
tu yang kata pi 2 beg balik jadi 3 beg..
|
Saya bersama isteri dihadapan hotel penginapan
sepanjang berada di Kota Suci Makkah ini.
|
|
Dibelakang saya tu hotel-hotel yang amat dekat
dengan masjid.. Itu penginapan Jemaah yang
ambil pakej-pakej mahal
|
Beginilah Lorong-Lorong khemah penginapan
Jemaah haji Malaysia di Mina.. sempit dan keselesaan
tu jangan haraplah.. terima seadanya..
|
Nak tidor dalam khemah terlalu sempit
Ada sebahagiannya sanggup tidor diluar
untuk selesa sikit, tapi berisiko la sikit..
|
Pemandangan waktu sembahyang Jumaat diluar
masjid.. dimana saja ada tempat bertedoh akan
jadi tumpuan.. Bangunan hadapan itu Masjidil
Haraam..
|
|
Bagusnya tempat hotel penginapan saya ini ianya
menjadi ibu pejabat Tabong Haji.. Jadi senang sedikit
berurusan apa-apa berkaitan Haji ini.. Semua ada
disini, klinik, nak keluar duit mudah, nak pos barang
pun mudah..
|
Dalam khemah besar di Arafah |
Menginap di Mina selesa sikit kerana setiap khemah ada disediakan penghawa dingin... boleh lah bertahan sikit... tapi sesak sangat dan tidak selesa.. tidor atas carpet sahaja.. mana ada tilam dan bantal.. khemah Malaysia ni jauh juga dari tempat melontar diketiga2 jumratul Ula, Wusta dan Aqabah.. saya kira pergi dan balik berjalan kaki lebih kurang 7 km ke 8 km.. sehari kena berjalan. Jauh tu bagi yang tidak biasa.. sebab itu pada hari pertama pergi melontar ada yg semput ditengah jalan dan ada yang pengsan dalam perjalanan melalui terowong dan terdedah kepanasan.. kebetulan seorang makcik bersama group saya telah meninggal dunia semasa hari pertama dalam perjalanan pergi melontar.
Bagi yang biasa senang lenang menggunakan bilik air dirumah, berada di Arafah dan Mina ini , jangan haraplah ... bilik air memang tidak cukup.. terpaksa berator panjang menunggu.. bayangkan hajat yg tak dapat ditahan tahan.. jenoh pandai pandai lah minta belas ikhsan jemaah lain yang menunggu..
Dalam khemah jemaah di Mina... macam nilah
kami duduk selama 3 malam kat sini
|
Saya melihat ramai juga jemaah-jemaah yang kurang upaya, tua dan sakit terpaksa bersusah payah dari menunggu bas, naik bas, mabit di Mudzalifah, tinggal di Arafah dan di Mina.. Memang mencabar.... kalau tidak ada pengiring yang kemas dan setia memang menyedihkan... bas mereka memang tidak friendly OKU langsung..
Oklah... saya lepaskan cerita saya takat ini dulu .. nanti bila dapat idea baru .. saya sambong balik cerita... jangan serik baca sudah lah.. ... tQ
asriredha teratak kasih alor setar Cuma P
Excellent content.
ReplyDeleteterima kasih share pengalaman
ReplyDelete