02 July 2019

Berlin .. Pelopor Revolusi Industri

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 20. 06. 2019


Assalaamualaikum WBT... dan Selamat Sejahtera buat saudara2 ku sekalian.. saya doakan sentiasa sihat walafiat...

Saya mulakan catatan saya kali ini dengan nukilan catatan seni puitis sahabat saya saudara Dato' Seri Zaini Ujang yg amat menarik bait-bait ayat coretannya... berkaitan berkelana ni...

"Berkelana menyimpan seribu rahasia
Hanya difahami setelah kelelahan, penat meredah kota dan desa, dan sepi dari simpang-siur kegawatan permukiman.

Berkelana mengajar erti dan kepentingan masa,  keluarga, biaya, pengetahuan dan setiakawan.


Berkelana mengasah minda

Supaya sentiasa memikir, merenung, merencana dan merumus apa sahaja yang dilihat, dirasa dan dialami.

Berkelana mendidik jiwa

Supaya lebih positif, berhemah, bersabar, bersangka baik, bertolong-bantu, berlapang dada, berzikir dan bertaqwa.

Berkelana memperluas

Ufuk pemikiran, jaringan perkenalan, mauduk kesarjanaan dan kesejagatan bani Adam.

Berkelana menemukan makna dan  hakikat tawakal dan takdir, kebahagiaan dan kesengsaraan, kecukupan dan kelestarian.


Berkelana menemukan

Hakikat diri dan Pemilik-nya"

Zaini Ujang



Mengambil kesempatan dari penyertaaan LADA di ITB      Berlin, saya ada sedikit masa terluang untuk meronda-ronda sekitar kota raya Berlin ini. Sememangnya memang tidak punya masa yang mencukupi untuk meronda-ronda sepenohnya melihat Kota Raya Berlin yang luas ini, apatah lagi untuk keluar dari Kota Berlin ini. Rugi juga sudah datang ke Berlin, tanpa keluar melihat-lihat apa yang ada di Kota Berlin, apatah lagi selama ini kita dengar dan membaca macam-macam cerita berkenaan German. Dulu ada German Barat dan German Timor.. Sekarang sudah tidak ada .. sudah bercantum.. tinggal Tembok nya sahaja yang menjadi sejarah iaitu Tembok Berlin yang popular itu.

Bila kita teringat German, tentu kita pernah  belajar berkenaan Revolusi Industri, kisah Perang Dunia Pertama, Kisah Hitler dan anti Yahudinya dan tentunya kereta Mercedesnya.

Kisah German terlibat dalam perang Dunia Pertama tidak  mungkin dapat dilupakan..  Masa zaman persekolahan dulu kita selalu juga tengok cerita-cerita perang seperti 'Combat' yang ditayangkan di TV kita.. Tapi pada ketika itu, apa yang kita tengok ialah bila berperang, German selalu kalah, Amerika juga yang menang.  Itu pengaruh propaganda Amerika pada ketika itu melalui filem. sampaikan kita terbawa-bawa akan kehebatan Amerika manakala German tu jahat, sedangkan sebenarnya German juga amat hebat pada ketika itu. Kehebatan Hitler dalam menggembelingkan seluruh rakyatnya hingga menjadi begitu kuat dan terkenal tidak dapat dinafikan lagi... Industri Pertahanannya begitu hebat dan berkembang pada masa itu. Sebab itu German berjaya menakluk sebahagian besar negara Eropah pada masa itu.


Tabik macam ini tidak apa, jangan tabik macam Hitler

buat tu...   nanya nanti.. serik dah saya.
Bila melihat peranan Hitler begitu besar di German, saya menyangkakan tentunya Hitler amat dihormati dan disanjungi di German, tapi rupanya tidak.. Sebab itu saya amat terkejut apabila berlaku satu insiden yang tidak dapat saya lupakan sampai bila bila..

Peristiwa ini berlaku pada diri saya sewaktu saya melawat disatu tempat tumpuan pelancong bernama 'Checkpoint Charlie' di Friedrichstrasse. Disitu ada satu kubu dan pondok pengawal yg sengaja dibuat ditengah jalan untuk pelancong bergambar dengan berpakaian ala askar zaman perang dunia 1 dulu.. sambil berlagak dihadapan sahabat yang nak ambil gambar saya,  mula2 buat tabik biasa macam mana polis atau askar kita buat, lepas tu saya buat la ala2 tabik Hitler... tapi terkejut berok saya bila ada orang awam disekeliling tu menjerit dan memarahi saya dengan perbuatan tabik Hitler tersebut... kemarahan bukan setakat itu sahaja malahan ia cuba mempersoalkan saya walaupun saya mohon maaf berkali kali... ada sampai dia 'follow' kami masuk kekedai cenderamata berdekatan tapi nasib baik la lama2 dia hilang begitu saja.. rupanya bila saya kaji dan teliti balik, sebahagian besar orang German tidak menghargai kehebatan Hitler ini... mungkin kerana fahamannya yang  anti Yahudi dan melaksanakan program penghapusan orang Yahudi... Kemungkinan juga hamba Allah yang menjerit kat saya tu adalah orang Yahudi kerana di 'Checkpoint Charlie' ini memang menjadi tumpuan orang Yahudi ke situ kerana berdekatan situ ada pula Muzium khusus berkaitan  iaitu Judisches Museum Berlin.

Di dalam bangunan itu ada pameran kisah2

peperangan dunia pertama.. Di sini saya lihat
gambar2 macam-macam aksi pembunuhan 
yang menyayat hati. seolah-olah nyawa tidak
ada nilai langsung.
 Sewaktu saya melawat sebuah muzium berdekatan dengan 'Berlin Wall Memorial' dimana saya lihat memang menggerikan melihat Hitler melaksanakan penghapusan etnik ini.. berjuta rakyat Yahudi telah dibunuh oleh tentera Hitler pada waktu itu.. mungkin itu yang membuatkan rakyat German sekarang ini tidak mengagongkannya apatah lagi peranan dan pengaruh Yahudi yang semakin meluas di Eropah sekarang ini. Sebab itu saya tak terjumpa pun patong atau gambar Hitler kat mana- mana  tempat yg saya lawati.. seolah-olah ada perasaan benci kepada Hitler yang telah melonjakkan German kesebuah negara industri yang terkemuka pada waktu itu.. Selalunya kalau tokoh tokoh sesebuah negara itu pasti ada patong-patong berkenaan tokoh-tokoh tersebut ditempat-tempat yg terhormat atau sekurang-kurangnya gambar-gambar mereka ada dimerata tempat sebagai satu tanda penghormatan.. Tapi di German gambar Hitler tidak ada.. yang mana pada saya Hitler adalah tokoh hebat dan terbilang yang membuatkan German maju seperti sekarang.

 Berkenaan kejadian yang berlaku pada saya tu, pesan saya berhati-hatilah bila berada dinegara orang .. pelajari apa yang boleh dan apa yang tak boleh buat disana.. takut terjadi seperti saya.. nasib baik tidak berpanjangan. Pengalaman seperti ini menjadi pengajaran kepada saya untuk tidak mengambil mudah akan budaya dan cara hidup mereka.

Bangunan sebegini ada banyak disekitar Berlin..  besar, gah 

dan berseni bangunannya..
Kotaraya Berlin sebenarnya tidaklah seindah sangat sepertimana kota-kota besar yang berada di Eropah yang beriklim sederhana sejuk yang sudah tentu suasananya nampak lain  dari segi suasana persekitaran tempat sejuk selalunya nampak cantik dan memang tidak dapat dinafikan...tapi saya lihat lanskap di Kota Berlin ini tidak begitu menarik sangat berbanding dengan Switzerland dan lain-lain negara Eropah lainnya. Di kota ini lebih banyak bangunan-bangunan bersejarahnya yang tersergam indah dan besar serta ada kesenian yang tersendiri. Dari segi lanskapnya saya rasa tidak banyak yang dapat dipelajari. Kebanyakan tempat-empat tumpuan pelancong adalah berkaitan sejarah dan German mempromosikan kekuatan ini dengan sebaik mungkin untuk menjadikannya sebagai sebuah negara yang mendapat kunjungan pelancong yang ramai.


Makan tidak ada masalah sangat, siap RM sahaja.. dan kena

pandai cari dalam google... 

Hotel tempat penginapan saya... duduk
berdekatan dengan Stesen Keretapi



Salah satu stesen keretapi yang terbesar yang 

ada di Berlin... Luas stesennya. Di sini kita 
boleh pergi keserata tempat seluruh Eropah 
dengan pengangkutan keretapi lajunya 

Salah pusat membeli belah yang terkenal dengan
jualan barang-barang berjenama.. ronda tengok
sahajalah..

Nampak elok sahaja lori sampah mereka ini..  German sudah
lama mengamalkan program kitar semula bahan buangan.
Mungkin lori ini ambil bahan buangan yang boleh dikitar
semula

Basikal yang boleh disewa .. 


Indonesia begitu hebat mempromosikan negara mereka
dengan buat seperti ini di bas pengangkutan awam .

Tembok pemisah German Barat dan German
Timor hanya menjadi bahan sejarah dan
jadi tempat tumpuan pelancong pula





Tembok Berlin disini dieksploitasi dengan lebih kreatif dengan
lukisan-lukisan yang menarik sepanjang tembok tersebut...
Beribu orang datang melawat setiap hari kat sini... 




Penerbangan ke Berlin, terpaksa transit di Heathrow Airport
sebelum meneruskan penerbangan dengan British Airway
ke Berlin...





Untuk melawat sekitar kota Berlin tidak ada masalah kerana teksinya adalah efisien dan kebanyakan teksinya adalah berjenama Mercedes.. Tapi untuk lebih kos efektif adalah lebih baik menggunakan perkhidmatan bas 'Hop On Hop Off' yang amat efisien operasinya di sini... Ada lebih 30 hentian tempat yang menjadi tumpuan pelancong dan operasinya setiap 10 minit dan kita boleh mendengar coleteh pemandu pelancongnya dalam bahasa-bahasa utama yang diterjemahkan. Harga tambangnya pun murah saja.dan ada setengah bas tersebut mempunyai wifi internet untuk kemudahan berkomunikasi dan melayari internet. Ini juga satu peluang terbaik mereka untuk mempromosikan Kota

 Bas 'Hop On Hop Off' .. sesuai sekali utk
bersiar-siar melawat tempat-tempat menarik
disekitar Berlin
Berlin dengan menyediakan wifi percuma, kerana bila pelancong ambil gambar sekitar kawasan yang mereka kunjungi dan boleh pula di'share' bersama kawan kawan serata dunia dalam media-media sosial yang ada dan secara tidak langsong telah memberikan promosi mudah kehebatan dan tarikan kota raya Berlin.  Sebab itu saya berpandangan kerajaan perlu menyediakan perkhidmatan wifi yang laju dan percuma ditempat-tempat pelancongan dan pelancong akan mengambil kemudahan yang ada  ini untuk tolong mempromosikan sama tempat-tempat tersebut melalui gambar-gambar menarik yang mereka ambil itu.

    Pengangkutan awam mereka adalah terbaik dan kesesakan lalu lintas jarang sangat berlaku sepanjang saya bersiar-siar  melalui beberapa laluan utamanya.. Keretapi menjadi pengangkutan awam utama  untuk pergerakan jarak jauh sekitar Eropah dan juga dalam German .. Penggunaan basikal  masih menjadi kegemaran penduduk Berlin tapi tidaklah sebanyak orang Belanda.

Bila mai German.. mai melawat saja laa.. nak membeli   tu .. tidak berapa sesuai.. 'compare' dengan duit kita mahal gila..
Samalah dengan makanan ... sekali makan paling kurang RM60.00 duit kita.. nak dapatkan makanan halal kena cari dalam google .. restoren halal yang ada. tak banyak .. duduk berjauhan juga.. tapi nak makan juga terpaksa cari juga la...

Saya tidak mengesyorkan pada sahabat sahabat yang ingin melancong untuk datang ke Berlin ni.. tak berapa menarik sangat... hanya sesuai untuk urusan urusan 'business' dan konvensyen2 antarabangsa... Mungkin ada lain-lain bandar  di German  yang lebih menarik yang boleh diteroka... Saya juga pernah bermalam sehari kat Frankfurt tapi tak sempat melawat banyak tempat.. hanya ronda-ronda kawasan kotanya sekitar hotel penginapan sahaja.

Ok la.. itu saja sedikit sebanyak pengalaman saya yang sempat saya ingat dan tulis...  Ketemu lagi ... bye

Catatan2 berkenaan apa yang ada di ITB Berlin ini... klik saja kat alamat dibawah ini..

https://semangatjati.blogspot.com/2019/07/itb-berlin.html


asriredha teratak kasih alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.