02 July 2019

ITB.. Berlin

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 3 -12 Mac 2019

Assalaamualaikum WRT..  dan Selamat Siang..



Ketemu lagi dalam catatan blog saya yg terbaru ini.. biasa la saya ni bila jalan-jalan negara luar saya suka mencatatkan apa yang saya lalui, alami dan amati.. Sudah tentu saya ada komen dan pandangan yang tersendiri bila berjalan melihat negara orang, terutama berkenaan orangnya, cara dan gaya hidup mereka, kebaikan dan keburukan yang boleh dijadikan ikhtibar , teknologi negara mereka, sikap mereka terhadap alam sekitar dan segala macam yang saya boleh cerita untuk bacaan2 santai sahabat yang sudi membaca.. lama juga saya tidak menulis berkenaan lawatan2 keluar negara..

Sepanjang saya bertugas dengan LADA inilah kali pertama saya berpeluang melawat negara orang atas tajaan anak syarikat.. bukan tak ada peluang tapi sengaja beri pada anak2 buah pergi untuk ambil pengalaman dan pengetahuan. . Biar anak2 buah pi buat kerja.. mereka ada kemampuan dan peluang . Mai umur saya macam sekarang agak malas nak pergi ke luar negara lebih2 lagi ini bukan pergi melancong tapi pergi untk buat kerja promosi Pulau Langkawi dan produk syarikat.

Walau bagaimanapun tahun 2018 agak kurang lawatan promosi ke luar negara disebabkan agak ketat kawalan2 perbelanjaan  diperingkat kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Kewangan.. Sekarang dizaman teknologi tinggi dan digital.. kerajaan lebih  menjurus kepada mengadakan 'digital promotion'.. yang dirasakan lebih berkesan.

Ok ..lah panjang pula intronya.  Biasa la.. dah lama tak menulis.. macam2 idea menyerbu masuk mai dalam kotak pemikiran saya, sehingga tidak sempat ditangkap tulis dan ia  berlalu begitu saja.. tak pa sat lagi dia lalu balik..\

Hari ini saya berada di Berlin, German.. untuk  menghadhiri ITB Berlin iatu satu acara yang menampilkan 'The World Leading Travel Trade Show'..  ITB itu singkatan kepada 'International Travel Bourse' .. 'Bourse' tu bahasa German bermaksud 'Market'. Saya tidak pernah menghadhiri program seperti ini sebelum ini .. Mungkin secara kebetulan juga saya dapat peluang seperti ini memandangkan boss saya pun tak datang mengganti lagi maka sayalah boss buat sementara ini... Peluang yang ada ini saya gunakan sepenohnya untuk menimba pengalaman negara2 luar dalam memajukan dan mempromosikan negara mereka supaya menarik minat untuk dikunjungi..

Tempat pameran ITB Berlin ini diadakan didua dewan yg amat luas  tapi tempat yang sama iaitu didewan City Cube Berlin dan Dewan Messee .. Dewan Messe yang ada disitu memang luas merangkumi lebih 26 'hall' .. saya dok kira lebih 10,000 langkah berjalan melawat booth yg ada .. tak habis melawat lagi.. punyalah luas dan punya banyak pempamer dari seluruh dunia mengambil bahagian .. ada yang ambil booth meja saja dan yang buat pavillion besar sendiri.. yg tentunya bergantong kepada bajet dan kesungguhan negara atau organisasi dalam mempromosikan produk2 pelancongan mereka.

Saya difahamkan ITB Berlin merupakan 'Tourism Trade Show' yang terbesar didunia kerana fasililiti dan kemudahan logistic yang ada serta lengkap. Sebab itu ia boleh menganjurkannya setiap tahun. Tahun ini sahaja hampir 10,000 pempamer telah mengambil bahagian dari 186 negara.. memang ramai tu.. boleh sesat kalau tak perhati betul-betul.  Untuk masuk menyertai pamiran ini sebenarnya  ada bayaran tertentu dikenakan, begitu juga untuk masuk ke ITB Berlin pun kena bayar.. Saya lihat pengurusan pameran ini agak tersusun juga dan kawalan dibuat sewajarnya  dengan menggunakan teknologi digital yang canggih. Cumanya yang menjadi masalah pada kami disini ialah nutuk mendapatkan makanan halal.. Memang agak masalah sikit. Harga makanan dalam dewan ini memang mahal gila.. So untuk mendapatkan makanan halal kami terpaksa keluar dari dewan dan dapatlah juga merasai makanan halal dari restoran Indonesia dan Turki/Arab.. Tapi kena pakai google saja uituk mengetahui restoran2 halal yang ada di kota Berlin ini.



3 pendekatan yang diambil oleh LADA dalam usaha mempromosikan Pulau Langkawi dan Produk Anak Syarikat di ITB Berlin ini.. Untuk anak syarikat LADA iaitu Panorama Langkawi Sdn Bhd mengadakan promosi dan temujanji perniagaan di kaunter yang disediakan di Pavillion Malaysia, manakala untuk LADA seorang pegawai LADA ditugaskan utk pergi kesetiap pavillion dan booth pameran yang berpotensi untuk tujuan promosi dan menjalinkan
hubungan kerjasama antara negara atau antara syarikat .. Dalam hal ini LADA keluar mempromosikan produk pelancongan Langkawi diluar negara, bukan untuk mempromosikan LADA. Semua produk pelancongan di Pulau Langkawi akan dapat manfaatnya hasil dari promosi yang dilaksanakan oleh LADA. Bukan murah untuk mengambil bahagian dalam pameran-pameran pelancongan di luar negara, tapi tidak dapat tidak ianya kena dilaksanakan juga.. Kalau tidak lama kelamaan pulau Langkawi akan ketinggalan. Negara lain begitu aktif melaksanakan pelbagai promosi yang kreatif dan belanja yang begitu besar. Sebab itu saya menyeru pihak industry pelancongan di Pulau Langkawi ini kena sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya setiap aktiviti promosi yang dilaksanakan oleh LADA.. Aktiviti promosi LADA adalah untuk menarik seramai mungkin pelancong datang ke Pulau Langkawi. Bila ramai pelancong datang ke Pulau Langkawi pihak pemilik produk pelancongan juga akan dapat manfaatnya. Saya menyebut perkara ini kerana masih ada sebahagian kecil pihak industry yang tidak memberi kerjasama kepada LADA , bila LADA memerlukan bantuan2 tertentu dari pihak industry. LADA berbelanja besar sehingga jutaan RM setahun semata-mata untuk memastikan Langkawi tetap dikenali diserata dunia dan pelancong berminat datang ke pulau ini.

Manakala seorang lagi pegawai LADA ditempatkan selama 4 jam setiap hari di booth geopark yang disediakan di Pavillion Geopark. Ramai peserta di Geopark pavillion.  Sebab disitu ada ramai pempamer2 dari negara yang ada geopark hendak mempromosikan geopark mereka.. sekarang sudah banyak negara memberi perhatian serious terhadap geopark yang boleh meningkatkan kedatangan pelancong.. Trend sekarang menunjukkan yang semakin ramai pelancong berminat kearah pelancongan berbentok menikmati alam semulajadi, sejarah, adventures dan sports.. Sekiranya sesebuah tempat diikhtiraf sebagai Unesco Global Geopark makanya semuanya ada disitu.. Langkawi sebenarnya punyai semua itu, cuma bagaimana caranya kita mempertingkatkan promosi pulau Langkawi yang mempunyai status Geopark sejak tahun 2007.

Saya dan anak-anak buah juga telah mengadakan lawatan mesra ke beberapa pavillion luar negara yang terdapat di ITB ini sambil bertukar-tukar cenderamata. Antara Pavilion negeri yang dilawati ialah Pavilion Taiwan, Thailand dan Indonesia... yang lain-lain tempat pemeran saya pergi juga lawatan bersendirian, melihat cara mereka mempromosikan negara / produk masing-masing dengan teknik-teknik dan persembahan yang pelbagai...

 Semasa ITB ini berlangsung saya mengambil kesempatan mengikuti beberapa ceramah dan forum yang diadakan dibeberapa dewan yg disediakan.. Ada beberapa tajuk yang menarik yang berkaitan dengan sektor pelancongan.. Malangnya ada tajuk yg menarik terutamanya berkaitan digital promotion , penceramah atau panel forum dikendalikan bukan dalam bahasa Inggeris.. entah bahasa apa sayapun tak tau. Macam2 jenis bahasa saya dengar. Poning kepala deng yang dah poning ni.. Orang German dan Eropah ni tak kisah langsung.. faham ka tak faham ka yg dia bercakap.. walaupun sebahagian besar audiens tu hanya faham bahasa inggeris.. Tapi banyak  idea2 saya dapat dalam beberapa ceramah yang saya hadhiri... untuk memudahkan pemahaman ada pula hamba Allah yang buat nota2 catatan seperti diatas. Teknik yang sama yang saya tengok semasa menghadhiri konvensyen smart city di Barcelona beberapa tahun  lalu.

Terima kasih juga ucapkan kepada Eric R Sinnaya dari Malaysian Nature Society yang telah memberikan ceramahnya isu-isu alam sekitar .  Beliau juga ada menyebutkan tentang Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan menarik dan juga penerangan ringkas tentang status Langkawi Unesco Global Geopark yang diperolehi oleh Pulau Langkawi dan apa yang menariknya bila diikhtiraf sebagai status Geopark.  Menarik juga ceramah yang disampaikan secara bersahaja itu. Orang-orang Malaysia sekarang ini hebat-hebat belaka . Kadang kita lihat lebih hebat pembentangan kertas-kertas kerja diperingkat antarabangsa...berbanding dengan orang luar negara yang kadang-kadang kita terlalu mengagung-agungkan kebolehan mereka. Adalah juga cerita fasal Langkawi di ITB ini.

Pada tahun ini Malaysia merupakan 'Country Partnership' bersama dengan ITB Berlin . Ini satu penghormatan besar kepada Malaysia dalam mempromosikan Malaysia keseluruhannya. Saya kira belanja untuk jadi 'country partnership' bersama ITB Berlin ini mesti besar . Ini kerana saya lihat pelancaran juga dibuat secara besar besaran dihadhiri lebih 3000 jemputan dgn persediaan jamuan makan lagi.. disamping itu iklan2 Malaysia diberi keutamaan diletakkan ditempat strategik diserata sudut dewan City Cube Berlin dan Messe Hall..sebab saya lihat  iklan2 promosi berkaitan pelancongan tempst menarik di Malaysia ditampalkan dimerata tempat sekitar dewan-dewan tersebut. Ada juga saya temui iklan promosi Malaysia dipasang dibeberapa bangunan penting disekitar Kota Berlin ini..  Pendekata saya rasa dari hebahan promosi Malaysia ini agak agresif dan meluas. Itu untungnya menjadi 'country partner' dalam ITB Berlin kali ini. Sebab itu saya rasa Malaysia berbelanja besar kali ini. Ini mungkin sebahagiannya ditampong dengan penglibatan secara langsung negeri Selangor, Perak, Sarawak, Penang yang begitu hebat mengadakan kempen promosi negeri mereka..

Kedah tidak ada wakil , cuma Langkawi sahaja hadhir melalui penglibatan LADA dan Anak Syarikat LADA serta beberapa hotel dan pemilik produk pelancongan Langkawi. Untuk tanah daratan Kedah , tidak ada promosi.. Cumanya saya ada bawa juga pamplet-pamplet  berkaitan produk pelancongan di Kedah yang diletakkan dibeberapa tempat yang strategik dalam dewan yang amat besar itu. Tapi saya rasa dari pemerhatian saya pamplet-pamplet yang diberikan oleh kebanyakan semua yang mengambil bahagian , tidak digunakan sepenohnya..  mereka hanya sekadar mengambil cenderamata-cenderamata yang diberikan dan pamplet-pamplet saya lihat bersepah dibuang dalam tong sampah dan juga dibilik-bilik air..  Pendekatan sekarang ini saya rasa lebih kepada berita-berita dan promosi-promosi dalam media sosial yang lebih berkesan iaitu melalui smart phone dan komputer.


Cumanya dalam pameran kali ini, walaupun Malaysia sebagai 'Country Partner'  ITB Berlin ini tapi pavilion yang disediakan agak tidak selesa  dan kecil berbanding dengan negara Indonesia, Thailand dan lain2 negara. Mungkin perbelanjaan yang begitu besar terpaksa untuk dialihbahagi untuk promosi melalui majlis perasmian yang lebih besar dan tajaan lunch lagi untuk lebih 3,000 peserta serta promosi iklan-iklan yang begitu banyak saya lihat sekitar dewan ini. Ini mungkin salah factor saya rasa menyebabkan pavillion Malaysia agak kecil .. harus diingat kos hidup di Kota Berlin agak tinggi . Tukaran Wang kita ialah 1 Euro bersamaan lebih kurang RM4.50 .. memang perit juga kalau lama duduk di Berlin ini..  Sebotol air mineral 500 ml sahaja berharga 2 euro ke 4 euro. Biasa bagi orang Eropah tapi tidak biasa bagi orang kita.


Apa yang ada di ITB Berlin ini..


Sepertimana yang saya katakan sebelum ini ITB Berlin adalah suatu acara tahunan yang diadakan di Berlin dalam menemukan 'buyer' dan 'seller' dalam sektor pelancongan ini. 'Seller' mempromosikan produk pelancongan mereka untuk ditempah oleh 'buyer'. Buyer  mengambil kesempatan dari ITB Berlin ini untuk berjumpa dengan seller dalam mendapatkan pakej yang menarik yang ditawarkan untuk dilaksanakan dinegara masing-masing. Interaksi seperti bersemuka ini masih diperlukan juga walaupun dalam dunia digital sekarang ini segala-galanya diperolehi hanya dalam talian atau melalui internet sahaja.. Untuk menarik buyer datang membeli pakej atau berurusniaga maka saya dapati sebahagian besar negara dan kompeni-kompeni besar  yang mengambil bahagian membuat pavilion yang begitu menarik dan indah serta besar yang tentunya menelan belanja besar. Kadang-kadang terfikir difikiran kenapa la dibuat   begitu cantik dan indah serta kemas sedangkan lepas seminggu ianya akan ditanggalkan kembali dan rosak begitu sahaja. 


Sekarang ini syarikat akan mencari pelbagai pendekatan dan cara untuk mempromosikan produk masing-masing dan sebab itu industry pengiklanan berkembang dengan begitu cepat disebabkan ada pelanggan yang sebegitu.
Pameran LGBT...

 Sebagai sebuah negara yang bebas pemikiran dan pemahaman di German khususnya dan Eropah amnya ,  saya melihat sebuah pavillion yang agak besar juga didalam dewan Messe ni.. warna pavillion ni warna pink.. sampai semua pink... pergilah saya dengan penoh teruja hendak tahu, negara atau syarikat mana... bila dekat baru perasan ianya Pavillion LGBT...  diluar negara sana LGBT sudah menjadi perkara biasa dan tidak ada yang pelik ... Sebab itu kita kena berhati-hati agar fahaman bebas seperti ini tidak meresap masuk ke masyarakat kita, walaupun sebenarnya telahpun mula masuk ke Malaysia ini. Di pavilion ini difokuskan kepada pelancongan kumpulan-kumpulan gay, lesbian dan sebagainya dan mereka mahu cara pergaulan dan aktiviti mereka diiktiraf sewajarnya diseluruh negara. Kumpulan dan fahaman ini memang banyak sebenarnya di luar negara... sebab itu pengaruhnya agak besar diluar sana, apatah lagi  ada pemimpin-pemimpin berkuasa yang cenderomg  kearah tersebut. Dalam satu ceramah yang saya ikuti dalam forum berkaitan LGBT ini, mereka sebenarnya mahu layanan yang sama diberikan kepada golongan songsang ini disemua negara tanpa ada apa-apa sekatan. Mereka bebas bergaul mengikut cara mereka secara terbuka.. Adakah golongan seperti ini kita perlu biarkan berkembang dinegara kita...

Saya dan pegawai-pegawai LADA serta Anak Syarikat telah turut mengikut seminar atau forum berkaitan 'Global Geopark Network'  yang juga diadakan khusus di ITB, Ramai pembentang yang dijemput khusus  telah memberikan ceramah berkaitan pengalaman-pengalaman negara mereka melaksanakan program Geopark dinegara masing-masing..  Pengalaman mereka ini boleh dijadikan contoh  untuk penambahbaikan geopark di Pulau Lagenda ini. Di sini juga kami dapat berjumpa dengan pegawai tertinggi Geopark dari Unesco..  Jalinan kerjasama seperti ini amat penting kerana sebahagian mereka ini juga akan menjadi penilai kepada 'revalidation geopark' pada hujung tahun ini. Sekarang ini Geopark telah menjadi satu produk pelancongan yang semakin mendapat perhatian antarabangsa kerana   terdapat trend yang semakin meningkat pelancongan untuk tujuan seperti itu menikmati alam semulajadi sesebuah tempat. 

Kita di Pulau Langkawi seharusnya mengambil peluang yang terbuka luas ini untuk menarik mereka datang ke Langkawi. Kita sudah ada segalanya semua itu, cumanya bagaimana untuk membangunkannya dengan lebih menarik dan menyediakan infrastruktur terbaik untuk kesampaian ketempat-tempat seperti itu. Pada masa ini LADA masih lagi menerajui usaha-usaha perancangan dan pelaksanaan geopark. Sebenarnya ianya harus diuruskan oleh semua pihak yang berkepentingan dan tidak bergantong sepenuhnya kepada LADA temata-mata.

Oklah, rasanya panjang juga celoteh saya kali ini.. tak sedar rupanya pengumuman telah dibuat kepada penumpang untuk masuk ke dalam flight . Jadi sempat juga dalam masa yang terluang ini saya menghabiskan coretan kehadhiran saya di ITB Berlin.. Kalau nak tunggu balik ke Malaysia baru nak buat , rasanya tak ada kesudahannya..  nanti kat Malaysia, saya cuma edit dan tambah gambar2 yang sesuai untuk paparan dalam blog ini...

Lawatan-lawatan saya diluar dari ITB ini boleh diikuti dengan klik saja link ini ::::

https://semangatjati.blogspot.com/2019/07/berlin-pelopor-revolusi-industri.html




















Ada la juga sedikit iklan Kereta Kabel Langkawi kat dewan tersebut











Bertukar-tukar cenderamata antara LADA dengan wakil
dari Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand















Catatan nota-nota yang menarik untuk memudahkan pemahaman dari
ceramah-ceramah yang diadakan..





























No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.