02 July 2019

Jeju Seoul ... Kembali Bersinar

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 19 April 2019


 Assalaamualaikum WBT... Ketemu lagi dalam blog saya ini.. Sekadar catatan-catatan lawatan saya ke  Pulau Jeju dan Seoul Korea  Selatan.. Sebenarnya kali ini saya hendak menyambong cerita saya berkenaan lawatan saya ke  Pulau Jeju dan Seoul Korea Selatan yang bermula dari 14 April hingga 18 April 2019.. Tak la lama sangat lawatan ini, tapi cukup padat lawatan kali ini.

Lawatan ini merupakan kali ke 3 saya ke Korea Selatan. Rasanya selepas ini kalau ada peluang lagi lawatan ke Korea Selatan, rasanya saya dah tak berminat dah... Nampak sangat macam saya ni peminat Korea pula.. sedangkan tak minat pun.. Pergi melawat untuk melihat negeri orang sahaja.

Cumanya harı ini saya nak 'update' sikit beberapa  pandangan saya berkenaan lawatan ini.  Lawatan ini merupakan lawatan sambil belajar anggota-anggota kakitangan Syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) .. Saya tumpang sekaki disebabkan saya adalah Ahli Lembaga Pengarah PLSB. PLSB merupakan anak syarikat milik penoh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Setiap tahun PLSB mengaturkan lawatan-lawatan 'cross fertilization' seperti ini sebagai satu insentif kepada anggota PLSB yang telah dapat meningkatkan prestasi syarikat ke tahap yang membanggakan.

Lawatan-lawatan saya ke Korea Selatan sebelum ini telah saya ceritakan dengan panjang lebar dalam blog ini sebelum ini yang boleh dilayari dengan klik sahaja alamat dibawah ini..

https://semangatjati.blogspot.com/2014/11/seoul-jeju-kota-cinta-shine-like-star.html

https://semangatjati.blogspot.com/2013/11/8th-mayor-silk-road-forum-yeosu-2013.html


 5 tahun yang lalu untuk pakej lawatan yang lengkap ke Seoul, Pulau Jeju , dan Pulau Nami berada dalam kos RM4700 ++.. Tapi untuk kali ini Pakej lawatan ke Jeju dan Seoul hanya berbelanja RM3500.. Memang nampak murah tapi tak banyak sangat tempat-tempat yang dilawati. Namun begitu nak sampai ke Jeju, memang mencabar.....Bermula dari Air Port Langkawi ke KLIA2.. dari KLIA2 ambil bagasi dan menuju pula ke KLIA untuk check in ke penerbangan Antarabangsa. Dari KLIA ke Airport Pudong, Shanghai transit beberapa jam disana dan selepas itu tukar pesawat pula untuk ke Airport Jeju..  Punya la lama nak sampai Pulau Jeju.. Perjalanan yang sepatutnya dalam 6 ke 7 jam  menjadi lebin 14 jam.. Nak balık pun begitu .. Dari Airport Jeju ke Gimpo Airport , dari Incheon Airport ke Pudong Airport dan seterusnya ke KLIA  . Dari KLIA ke KLIA2 dan seterusnya ke Langkawi Airport..  Memang meletihkan perjalanan seperti ini,  banyak masa dihabiskan dalam perjalanan pergi dan balık. Macam tu la kalau nak tiket murah..

Pulau Jeju ini saya telah  melawatnya sebelum ini, jadi dalam lawatan ini ada beberapa tempat yang pernah saya pergi dan kali ini pergi lagi.. antaranya ke Mysterious Road,  Dragon Rock, Seongsan Sunrise Peak dan lain lain....  ... Ini semua telah saya ceritakan dalam catatan blog saya sebelum ini. walaupun 5 tahun yang lalu telah saya pergi, tapi keadaannya sama juga seperti dulu, cuma ada lah penambahbaikan sedikit sebanyak yang dibuat.


  Saya nak cerita tempãt-tempat baru yang dibawa melawat di Pulau Jeju ini. Pulau ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai 'New 7 Wonders Of Nature'  melalui pengundian melalui internet dan  telephonies 2001 - 2011. Pulau Jeju juga diiktiraf sebagai Jeju Island Geopark 2010 -2014 berdasarkan plak tugu yang saya lihat dibeberapa pusat peranginan. Tak nampak pula sijil terbaru revalidation Jeju Island Geopark. Pulau Jeju amat sesuai kepada para pelancong yang minat alam semula jadi... dan ianya ada persamaan dengan Pulau Langkawi juga, dimana kita juga tidak kurang menariknya dari segi alam semulajadi apatah lagi Pulau Langkawi telah mendapat status Langkawi Unesco Global Geopark. Pulau Jeju ini luasnya ialah 1,846 km persegi ,  berbanding dengan Pulau Langkawi yang luas hanya 478.8 km persegi km persegi. Kalau nak dibandingkan dengan Pulau Langkawi dari segi kedatangan pelancong amat jauh bezanya. Saya difahamkan setiap tahun lebih 15 juta pelancong datang melawat Pulau Jeju. Di Pulau Langkawi untuk mendapatkan kedatangan pelancong seramai 4 juta orangpun puas juga kita  mengadakan pelbagai promosi dan event... itupun tidak kesampaian lagi.  Walaupun pelancong datang begitu ramai di Pulau Jeju ini saya lihat dari segi kemudahan infrastrukturnya adalah terbaik.. Jalanrayanya juga tidak sesesak macam di Pulau Langkawi. Kalau di Langkawi pada waktu-waktu puncak,  kesesakan jalan raya amat ketara. Bayangkan jika kita mencapai kedatangan pelancong seramai 5 juta.. macammana jadinya kesesakan di jeti-jeti kita yang tidak begitu efisien lagi dan juga kesesakan jalan raya.... tapi ini tidak berlaku di Jeju walaupun setahun 15 juta pelancong datang ke pulau tersebut.

Sebab itu saya melihat keperluan kepada infrastruktur yang terbaik perlu dipertingkatkan terutama jalinan jalanraya sekitar Pulau Langkawi, kemudahan jeti-jeti utama dan jeti pelancongan serta perkhidmatan feri yang canggih dan cekap dan juga sistem pengangkutan yang cekap dipulau Langkawi. .Disamping perbanyakkan produk  pelancongan serta tempat penginapan. Tidak lupa juga sikap dan mentaliti orang Langkawi juga perlu berubah terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan pematuhan undang-undang dan peraturan serta kebersihan.

Melancong ke Jeju kalau pakai ejen di sini maka ada beberapa tempat yang mesti pergi diatorkan oleh ejen antaranya di Mysterious Road, , Dragon Rock, Telok Seopjkoji, Seongsan  Ilchubong atau dikenali juga Seongsan Sunrise Peak,. Soongeuop Folk Village.. so  bila saya datang kali pertama dulu, tempat tersebut saya sudah pergi.. tak ada apa yang menarik lagi bagi saya.. sama saja seperti 6 tahun yang lalu.. Ada juga tempat baru yang dibawa melawat seperti di Taman Air Terjun Cheonjiyeon Fall yang tingginya 22 meter dan lebar 12 meter . Orang Korea percaya lembangan   ini tempat naga suci  mereka tinggal.Memang  cantik pemandangan kehijauan  sekelilingnya dan diiktiraf sebagai salah satu tempat terpenting dalam Jeju Island Geopark. Idea menjadikan tempat ini sebagai destinasi pelancongan menarik juga yang boleh diambil contoh untuk Pulau Langkawi.

 Begitu juga satu lagi tempat lawatan iaitu di Jeju Maze Land.........dimana ianya mencabar pengunjung mencari jalan keluar ... Diluar pagar ada terpampang perkataan ini " Don't limit your challenge, Challenge your limits..."  enjoy juga masuk dalam ni.. dengan pemandangan pokok2 yg tersusun rapi dan indah.. (Wind Maze) . Ada juga tembok  dibuat   dari batu gunung berapi yang begitu banyak terdapat di Pulau ini. Batu2 ini dipotong persegi dgn elok dan disusun rapi menampakkan bentok..(Whinstone Maze).. Menarik juga produk ini dan tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.. Nak masuk kena bayar juga.. Ada juga produk-produk lain yang menarik kat situ seperti Taman Rose, museum dan ruang tinjau yang menarik landskapnya.. Maze Land ini juga sangat popular dan sering keluar dalam reality show Korea

Satu hal yang saya rasa selesa melawat Korea Selatan ialah tandasnya ada dimerata tempat begitu elok , cantik , bersih dan masuk percuma. Bagi orang-orang yg berumur dan ada masalah kencing kerap.. keperluan tandas amat penting .. sebab itu bagi saya kawasan2 pelancongan  dan tumpuan awam, keperluan tandas tidak boleh diabaikan.. tandas juga menggambarkan imej sesebuah negara.. sebab itu bila ke luar negara saya selalu meninjau sistem tandas mereka.. Tandas dinegara kita masih lagi jauh kesempurnaannya  berbanding Korea Selatan.  Kalau compare dengan Jepun lagi la jauh, kerana di Jepun, selain tandasnya cantik dan bersih, ianya amat canggih dan berteknologi... semua ini boleh dilaksanakan kerana sikap rakyatnya yg terpuji dan tidak ada vandalism. Tandas akan menjadi ingatan pelancong bila mereka kembali kenegara asal mereka.

Di Malaysia , tandas boleh dibina dengan elok dan sempurna, tapi cara penggunaan tandas amat mengecewakan.. sebab itu penyelenggaraan tandas di Malaysia amat tinggi kosnya disebabkan perbuatan sebahagian pengguna yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya terabai disebabkan peruntukan tidak mencukupi untuk tujuan tersebut..


di Seongsan Ilchubong ... lokasi ini diiktiraf antara 7
keajaiban dunia dan tapak warisan pertama di Korea
yang diiktiraf UNESCO
Satu lagi keselesaan melawat Korea ialah saya dapati perkhidmatan wifi percuma ada dimerata tempat.. ini juga sebenarnya menggalakkan kedatangan pelancong .. Dengan adanya wifi ini memudahkan pelancong bergambar dan hantar aktiviti lawatan2 mereka dalam media sosial.. secara tidak langsung ianya akan mempromosikan tempat2 pelancongan tanpa berbelanja besar utk promosi. Dengan adanya kemudahan wifi ini juga ianya menggalakkan lagi transaksi segala macam dapat dilakukan dalam talian sahaja. Kita boleh bergantong sepenuhnya kepada kemudahan ini yang ada disegala cerok tempat di Korea ini. Ini akan memperkembangkan lagi ekonomi negara tersebut dengan kos operasi yang lebih murah.

Ok lah rasanya saya tidak perlu bercoleteh panjang  lagi.. Banyak sudah bercerita. Cerita lawatan ke Seoul lebih kurang sama sahaja seperti mana saya cerita dalam blog terdahulu, boleh klik sahaja kat situ. Di situ saya telah cerita berkaitan perangai dan sikap orang korea yang mana boleh kita jadikan teladan dan panduan.

Lawatan saya kali ini adalah bersama dengan Syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd Anak Syarikat Milik Penoh LADA. Ia amat berkaitan sekali dengan syarikat kerana PLSB menyediakan produk pelancongan yang bergantong sepenuhnya kepada pelawat yang datang menggunakan produk di Oriental Village ini termasuk kereta kabel. PLSB perlu belajar dari usaha-usaha promosi kreatif yang dibuat oleh negara-negara maju seperti Korea Selatan ini, kerana keinginan orang untuk melawat dan menggunakan produk yang ada bergantung kepada promosi yang dibuat dan juga penyediaan product yang berkualiti dan terkini. Kalau ini gagal dilaksanakan sudah tentu pada akhirnya memberi kesan kepada kemampuan syarikat untuk beroperasi.

Kita jumpa lagi dilain catatan pula...








asriredha teratak kasih alor setar.









Infrasturuktur yang selesa untuk pelawat
mendaki ke atas bukit tersebut dengan
panduan dan penerangan lengkap















Add caption


















Korea Selatan salah satu negara yang mem
pelopori penggunaan basikal dalam urusan
hariannya..

perkhidmatan telefon awam masih lagi 
digunakan,  Pondoknya elok bersih tanpa
tampalan poster2 along atau poster
ubat kuat  seperti di Malaysia


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.