21 November 2014

Seoul .. Jeju : Kota Cinta : Shine Like A Star..

Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh.. 17 November 2014

Assalaamualaikum.. wrt
'Annyeonghaseyo'
Selamat Pagi

Ketemu lagi ya dalam blog saya kali ini... waduh .. lama benar saya tidak menulis dalam blog sejak saya bertukar kerja ke Pejabat Kewangan Negeri Kedah.. nak kata kalut .. tak la kalut sangat berbanding dengan duduk bekerja di Majlis Bandaraya dulu.. Entah kenapa.. syeh nak menulis tak mau nak mai... duduk kat MBAS dulu banyak juga artikel saya tulis walau kalut lagu manapun...

Walaubagaimanapun sebenarnya ini semua gara2 ada fb saja.. jadi malas nak menulis, jadi  pakai masuk dalam fb sahaja setiap aktiviti saya  .. tp itulah tulis dalam fb ni.. tak berapa nak puas sebab tak boleh ulas panjang.. utk cerita pendek2 boleh la...

Tapi saya suka ulas perkara2 yg saya lihat, alami dan lalui.. baru puas.. tu yg jadi panjang cerita.... tulis blog ini pun utk kepuasan diri sendiri dan ada juga rekod2 kehidupan kita.. nanti bila tua2 .. boleh la 'recall' balik kisah2 lama kita dan anak cucu kita juga boleh tengok kita bila dah tak ada didunia yang hanya sementara ini.. Jadi  saya x nak la memaksa sapa2 untuk baca celoteh saya ni.. kalau rasa buang masa tak perlu lah susah-susah baca..

Kali ini saya ada sedikit cerita berkenaan lawatan saya ke Korea Selatan pada tanggal  07 Novembor 2014 hingga 12 November, khususnya lawatan ke Kota Seoul dan Pulau Jeju. Lawatan ini anjuran MBAS sebagai menghargai khidmat Ahli2 Majlis MBAS yg akan perkhidmatan mereka pada hujung tahun ini.. Saya ni tumpang tui saja atas belas ihsan MBAS kerana sekarang saya tak bertugas  lagi di MBAS .. kalu depa tak jemput ikut sertapun tak boleh nak kata apa.. ia bukan kemestian.. Tapi rupanya depa ingat juga pada bekas SU ni.. Terima kasih saya ucapkan pada Datuk Bandar  dan MBAS yg jemput saya utk ikuti program lawatan yang amat berguna ini.

Korea Selatan tidak asing bagi Malaysia kerana Dr Mahathir telah mengadakan polisi Malaysia Pandang Ke Timor.... Polisi ini sebenarnya  banyak membantu pembangunan negara Malaysia. Harus diingat pada satu ketika dahulu Korea Selatan duduk terkebawah  berbanding Malaysia dari segi pembangunannya.. Tapi sekarang Korea Selatan merupakan negara yang termaju setanding dengan Amerika, Jepun dan lain-lain negara maju.  Sebab itu kita perlu belajar apakah rempah ratusnya yang mereka buat sehingga  menjadi sedemikian.. bagaimana karektar rakyatnya dibentuk sebegitu rupa.  Sumber alam mereka lebih kurang sama sahaja dengan kita malahan rasanya di Malaysia lebih banyak sumber alamnya.

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya ke Korea Selatan. Kali pertama saya datang ialah pada 21 - 24 Oktober 2013. Tapi pada ketika itu saya pergi ke bandar  Yeosu yg terletak di Selatan  Korea Selatan.. Lawatan saya ke situ ada saya ceritakan dlm blog saya seperti alamat blog dibawah.. kalau berminat nak baca klik sahaja kat situ...

The 8th Silk Road Mayors Forum Yeosu 2013.

Di situ saja saya sudah ceritakan tentang sikap dan 'attitude' orang Korea yg sedikit sebanyak meledakkan  kemajuan Korea dgn begitu pantas dan pesat.

Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangasa Incheon mengambil masa lebih kurang 6 jam.  Lapangan Terbang ini adalah salah satu lapangan terbang terbesar didunia yang mempunyai lebih kurang 360 'gate'. dan dikatakan atas pulau buatan manusia.

Nampak tak kat belakang tu.. itulah magga yang dikunci 
antara satu sama lain sehingga menjadi begitu banyak
sekali..... rasanya berjuta ada kat situ......

Sebenarnya banyak tempat menarik yg boleh dikunjungi sama ada tempat yang diujudkan oleh Korea dengan pelbagai jenis produk pelancongan atau melawat alam semulajadinya yang indah-indah  dan ada yang luar biasa.. Jadi lawatan ini merangkumi 2 situasi.. dan dalam masa yg sama saya suka melihat kehidupan sosial mereka, attitude mereka, inovasi mereka , teknologi yg mereka gunakan dan kreaviti mereka dalam industri pelancongan ....

Pemandangan dari atas puncak Seoul Tower... 
Namsan Tower atau 'Seoul Tower' adalah tempat kunjungan awal kami sebelum kami check in hotel. Tower ini dibuka pada tahun 1980 . Memang menjadi tarikan pengunjung kerana dari atas menara kita dapat melihat sebahagian besar Bandaraya Seoul. Cumanya utk sampai ke lif utk naik kepuncak menara pengunjung terpaksa mendaki berjalan kaki yang yg agak curam sejauh 150 meter. Kalau ada yg semput dan masalah kesihatn elok jangan mendaki utk elak  sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.. Nanti sempot disini, maka pakai tak pi manalah selepas tu.. nak berjalan dan melawat banyak tempat lagi..

Sebenarnya kalau kita naik tower ni.. samalah macam kita naik Menara Alor Setar / Telekom kat Alor Setar ni.. boleh nampak seluruh bandaraya Alor Setar, malahan lebih canggih lagi boleh bergerak keliling tanpa perlu kita berjalan.. hebat tu.. tapi kenapa tidak ramai yang naik dan melawat tempat tersebut.. Di sinilah kreativiti orang Korea.. pandai mempromosi tempat tersebut melalui drama-drama korea yang semakin diminati ramai terutama dapat menarik pelancong dari negeri China. Kat bawah menara tu pula ada 'Padlock Bridge'.. asalnya 'bridge' biasa sahaja, tapi entah sapa yang mula buat , waktu saya pi melawat pada perkiraan saya ada berjuta kunci kat situ hingga penoh sepanjang bridge itu.. mungkin orang bercinta sedang mengunci cinta mereka kat situ.. yang kaya rasanya kedai cenderamata jual kunci yang ada berdekatan.

KiMCi saya
Satu hal lagi kalau pelancong melawat ke Korea Selatan melalui 'travel agency' pelancong pasti akan dibawa ke tempat buat Kimci iaitu sejenis makanan utama di Korea. Kata pemandu pelancong yang cantik manis tu, makan kimci amat menyihatkan dan memberi kesan baik kepada kesihatan. Sebab itu orang Korea nampak aktif dan kulit kelihatan tegang dan lembut.. betul atau tidak tak tahu lah saya. Tapi itulah realitinya. Kat mana kami makan pasti dihidangkan juga makanan kimci ini yang dibuat dari sayor-sayor yang disalutkan dengan macam sambal belacan kita atau cili pedas .. tak sedap pun. Rombongan kami diajar cara-cara buat Kimci kat tempat khas yang saya tengok kat papan tanda luar tulis School Of Kimci.. kenapa bagi nama School... rasanya khusus untuk pelancong kut.

Melancong kalau tak pi shopping macam tak sah.. ini yang saya lemas.. dok fikir nak beli apa.. saya datang nak mai tengok negeri orang. tapi majoriti ahli rombongan setuju nak minta pi tempat shopping yang murah-murah kat kota Seoul.. Nak murah tang mana, Seoul adalah salah satu bandaraya yang agak tinggi kos hidupnya... murah bagi mereka masih mahal bagi kita sebab tukaran duit mereka dengan kita ialah 10,000 won bersamaan lebih kurang RM32.00. TShirt biasa kat Malaysia hanya dlm lingkongan RM10.00 sahaja tapi kat Myaendong Market paling murah RM30.00 duit kita. Jadi tempat shopping yang terkenal  ialah di Myaendong Market dan Dongdaemon Market. Memang luas kawasan market tersebut dan begitu meriah pada waktu malam. Bolehlah cari segala macam benda-benda yang tidak ada kat Malaysia.

Berpuluh-puluh buah bas pelancong berderetan  kat 
jeti feri ke pulau Nami tersebut.. menunjuk kata begitu
ramai sekali pelancong ke pulau trsebut/.
Saya perhatikan sesiapa sahaja yang melawat Seoul pasti akan diceritakan berkenaan kecantikan dan keindahan Pulau Nami yang berbentuk bulan sabit... Sayapun rasa teruja nak ke sana, nak tengok apa ada disana. Apa yang saya tahu Pulau Nami ini terkenal kerana gara-gara Drama Cinta Korea yang bertajuk 'Winter Sonata'. Penangannya memang hebat... waktu cuti hujung minggu dan juga musim bunga beribu-ribu orang datang melawat pulau yang dikatakan kepunyaan orang persendirian ini. Untuk sampai ke pulau ini adalah dengan menaiki feri lebih kurang 15 minit sahaja. Pandai sungguh pemilik pulau ini mempromosikan pulaunya... Sebenarnya yang menarik ada kat situ ialah pokok-pokok ches nut dan pokok poplar yang daunnya berwarna-warni. Itu yang menariknya.
Pokok2  seperti  inilah  yang  menjadi  tarikan 
 dan   sebagailandskap yang menarik kat pulau 
Nami ini.. Itupun daundah luruh banyak. 
Kalau tidak akan nampak lagi cantik
dengan daun yang pelbagai warna
 .



Tempat biasa sahaja.. Jadi kita hanya berjalan-jalan saja ambil gambar berlatarbelakangkan pokok-pokok itu sahaja.... yang lain tak ada apa...

Cumanya saya tak nampak tiang elektrik dan tiang telefon kat sini yang mungkin pemiliknya hendak mengujudkan suasana landskap semulajadi.

Waktu rombongan saya pergi melawat, agak lewat dah kerana daun-daunnya mulai luruh, tidak sebanyak dua atau tiga minggu sebelum ini. Waktu saya datang melawat tempat ini saya lihat ramai sungguh pelancong nak pergi ke sana. Terpaksa beratur panjang sebelum dapat naik feri.  Boleh juga naik kabel buaian kalau tak gayat , sebab bukan duduk macam dalam kereta kabel tapi hanya duduk seorang diri macam buaian yang ditarik laju.... Sekali lagi pelancong luar negeri tahu fasal pulau ini melalui Drama Korea juga... sebelum cerita Winter Sonata menjadi kegilaan seluruh dunia, pulau ini tidak dikenali sangat.

Dihadapan pintu masuk ke Everland Theme Park...
Sebagai sebuah negara berteknologi tinggi dan maju, tentunya saya nak tengok juga dimana teknologinya itu.. Mungkin di theme parknya ada kut. Kat Seoul ada 'theme park' namanya 'Everland Theme Park'. Memang besar theme park ini. Nak masuk kena bayar lebih kurang 44,000 Won. Terletak di bandar Yongin , Wilayah Gyeonggi Do. Ia dibuka sampai 11.00 malam . 'Theme Park' ini dibahagikan kepada 5 zon besar yang disediakan iaitu zon global fair, zon American Adventure, zon Magic Adventure, zon European Adventure dan zon Tropika.. Tiap-tiap zon ada segala macam aktiviti dan hiburan yang disediakan.  Takat 2 jam atau 3 jam tak cukup.. Kalau nak masuk dan menikmati semua zon ini sekurang-kurangnya sehari suntuk.


Dari Gimpo Airport ke Jeju Airport naik
penerbangantambang murah Korea JinAir
.. Ticket flight dia punblh buat utk iklan...  
sampai jd panjang pulak tiketnya..MAS blh
tiru ni.... buat macam nicukupla... kos boleh
kurang, dapat hasil iklan lagi.
Saya beruntung dapat mengikuti rombongan ini kerana diaturkan juga lawatan ke Pulau Jeju. Untuk ke pulau ini dari Seoul terpaksa naik kapal terbang tempatan dari 'Gimpo Domestic Airport'. 'Airport' ini merupakan 'airport' kedua kat Seoul yang banyak mengendalikan penerbangan tempatan dan tambang murah.  Perjalanan dengan kapal terbang lebih kurang 1 jam. Jadi kosnya tentu lebih sikit la .. Kenalah tambah pulusnya lebih kurang RM1700.00 lagi kalau nak sambung lawatan kesini dan menginap 2 malam kat pulau ini. Rasanya berbaloi meneruskan lawatan ke Pulau Jeju. Jadi saya rasa dengan kos RM4700.00 adalah berbaloi melawat kedua-dua tempat ini.

Cantik pemandangan ditepi laut ini...
Seongsan Sunrise Peak

Pulau Jeju memang menjadi tumpuan pelancong terutama dari negara China kerana pulau ini bebas visa. Pelancong China kalau hendak ke Korea Selatan kena ada Visa tapi untuk ke pulau ini tidak memerlukan visa. Terlalu ramai pelancong dari negara China kat sini dan  banyak juga rakyat Cina membuat pelaburan kat sini dan membeli hartanah kat pulau ini hingga menimbulkan kebimbangan pada pihak berkuasa Korea akan fenomena ini..

Ada nampak macam naga tak batu
tepi laut tu.... Inipun dijadikan
satu tempat pelancongan yang

mesti dilawati....
Ada lebih kurang 20 tempat pelancongan yang menarik dikunjungi.. tapi rombongan kami hanya sempat melawat beberapa tempat sahaja disebabkan kesuntukan masa. Salah satu tempat yang memang menarik dan diiktiraf sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh UNESCO  ialah di Seoupjicoji Hill . Pandai sungguh pemerentahnya mengeksplotasi tempat ini hingga menjadi tumpuan ribuan pelancong datang melawat. Nak masuk ke taman ini kena bayar lagi. Itupun orang masuk juga.. Bukan ada apa pun cuma ada kawasan dataran berumput landai hingga ke kaki gunung dan ada trek jalan kaki hingga kepuncak gunung lebih kurang 300 meter. Saya cuba juga sampai ke atas dan boleh nampak seluruh bandar sekitarnya dari puncak gunung tersebut... Itu sahaja aktivitinya sambil menikmati pemandangan daratan dan lautan yang indah-indah.

Ini belum sampai kepuncak lagi... tapi memang viewnya
amat menarik sekali.. ramai yang naik ke atas ini sambil
menikmati keindahan alamnya yang semula jadi.. 
Dataran berumput dibawahnya dijaga rapi dan
tak dibenar pengunjung memasukinya... Hanya
ikut trek yang disediakan sahaja
Pengiktirafan oleh UNESCO terpahat disini...
Bila kerabat gunung ni teringat saya kat Gunung Keriang kat Alor Setar.. memang berpotensi jika dibuat macam tu... tapi dibawah itu kena buat landskap dan taman yang menarik sikit dan buat trek jalan yang lebih sempurna dan selamat kepuncak sana.. Insya Allah pasti akan menjadi tumpuan ramai apatah lagi ada pula batu-batu bunga yang unik kat gunung ini. Malangnya tanpa perancangan yang rapi , dibina lift untuk naik ke atas yang sehingga kini gagal digunakan sebaik mungkin. Kalau boleh digunakanpun nanti banyak memerlukan belanja untuk penyelenggaraan dan tenaga elektrik. Alangkah bagusnya peruntukan yang berjuta itu digunakan untuk membuat trek jalan kaki yang lebih sempurna dan selamat untuk ke puncak Gunung keriang. Biar ia kekal dengan alam semula jadinya. Kalau nak ikut Korea mereka lebih dari berkemampuan untuk bina lift sampai ke puncak tapi tidak melakukan demikian.. Kalau kemampuan tenaga terhad, cukup sekadar berjalan-jalan ditrek bawah yang nyaman dan dingin itu.

Saya nak tergelak juga bila dibawa ke satu tempat yang dinamakan 'Dragon Head Rock'... Bukan ada apa.. cuma nak tunjuk batu tepi laut yang berbentuk seperti naga. Ada lah cerita-cerita metos yang diberikan kenapa  batu itu berbentuk naga. Lepas itu dibuat patung Ikan Duyong yang dikaitkan dengan naga itu. Pandai sungguh depa buat cerita.. tu pun berpuluh bas pelancong datang berhenti... yang laku ialah kedai-kedai yang jual cenderamata dan minuman kat situ.

Ini yang dikatakan Jalan Misteri tersebut.. Bas itu
telah mematikan enjinnya tapi terus berjalan 
secara graviti menurun.
Agak hairan juga bila bas kami sampai kat satu tempat.. pemandu bas mematikan enjin kenderaan dan berhentikan kenderaan. Bila brek dilepaskan bas tersebut berjalan kehadapan agak laju . mana-mana bas dan kereta yang lalu jalan ini pasti akan matikan enjin dan test .. Tengok sekeliling nampak macam jalan itu menaik dan persekitaran sekeliling juga nampak macam menaik. kenapa menurun pula.. sebelah jalan itu pula ada kubur.. sapa pula tolak bas ni....    biarlah ia menjadi tandatanya dan berfikirlah sendiri... Sebab itu tempat itu  dinamakan 'Ghost Road'  tapi rasanya saya tahu sebabnya... tak payah cerita la..

Teddy Bear Museum..
Di Pulau Jeju banyak juga muziumnya yang khusus untuk sesuatu produk. Antaranya muzium chocolate, Museum of Africa, Muzium Kereta Lama malahan Muzium Sex dan Kesihatan pun ada.  Rombongan saya hanya berkesempatan melawat Muzium Teddy Bear. Di Muzium ini segala macam dan segala jenis patung Teddy  Bear ada. Apa yang seronoknya saya nak pi melawat muzium, dah diatur begitu ikut sahajalah. Kalau bagi pilihan tak teringin pergi kesitu.  Cuma saya tertarik dengan promosi mereka yang menggunakan sepenuhnya muzium-muzium  yang ada untuk menarik pelancong datang melawat dengan kerjasama erat agensi pelancongan mereka. Bukan besar manapun muzium tersebut. Kalau nak ikut kita kat Alor Setar/Kedah pun ada muzium iaitu Muzium Negeri, Muzium Padi dan Muzium Arkeologi.. banyak juga bahan yang dipamerkan, tapi kenapa ya jadi kurang bermaya... Travel Agency yang ada pun kurang mempromosikan tempat-tempat seperti ini.. Pelancong kalau dibawa ke sini mereka akan ikut sahaja  sepertimana saya dibawa melawat Teddy Bear Museum walaupun sikit tak minat. Kena bayar pula tu bila masuk.... Bolehlah bergambar dengan patong-patong bear yang macam-macam jenis dan saiz tu... kalau bawa anak-anak perempuan kesini tentu depa seronok sangat.

Seongeup Folk Village 
Kami juga dibawa melawat ke Seongeup Folk Village dimana ditunjukkan dan diceritakan tentang suasana perkampongan dan kehidupan masyarakat Korea satu ketika dulu.. Celah2 beri taklimat tu sempat lagi promote madu lebah. Ceritakan segala kebaikan madu lebah depa. Sayapun terpengaruh juga.. beli juga 2 botol..  pandai sungguh depa ambil kesempatan.

Satu tempat yg mesti dikunjungi ialah Jeju Ice Museum, 3d Museum, 5D Museum ( Dalam satu bangunan) .. Saya kata mesti dikunjungi kerana dimuzium ini kita dapat menikmati 3 aktiviti yang  menarik.. Tak pi rugi pergi ke situ.. mula2 kita masuk dalam ruang bilik sejuk di mana didalamnya kita dapat melihat ukiran2 ais yg begitu indah dan cantik.. sejok gila masuk kedalam ni..sampai dalam kepala... Selepas tu kita boleh bergambar pula diruang pameran 3D Trick Art Gallery.. macam2 trick ada.. Semua pengunjung juga dipersembahkan dgn Teater 5D... memang nampak macam sebenar... Tiba2 saja keluar lembaga hampiri kita mau potong kepala dengan gunting.. kalau duduk seorang diri boleh terkejut dibuatnya.. Memang canggih teknologi ini...
Sejok gila duduk dalam gua ais nii..

Lain-lain tempat yang dilawati sepertimana biasa mesti 'travel agent' nya akan bawa kita pi kedai ginseng, kedai batu amethyst, kedai cenderamata, kedai kosmetik dan lain-lain kedai. Kedai-kedai ni bukan terbuka, tapi terletak dalam bangunan dan tingkat atas pula. Tak nampak macam kedaipun. Cuma ada ruang pameran dan ruang taklimat. Jadi memang ianya dibuat khusus untuk pelancong. Selalu mereka kata tempat-tempat ini dibawah kawalan kerajaan dan wajib dilawati. Memang pandai pula mereka mempromosi produk-produk yang dikeluarkan, boleh berbahasa melayu  lagi. Harganya mahal gila.. namun ada juga yang membeli, mungkin terpengaruh dengan bukti-bukti yang dikemukakan atau apa yang dicakapkan itu betul-betul kena mengenai dengan diri ... Sebenarnya di Kedah pun boleh kita promote macam ini seperti batu bunga di Gunung Keriang, Tongkat Ali, atau Gamat.. asalkan kita bijak mereka cerita tentang produk-produk tersebut.. Soalnya ialah komitmen dengan 'travel agency' kita .. samada mereka mahu atur atau tidak ke tempat-tempat yang kita tetapkan.... jumlah atau bilangan pelancong juga kena ambil kira.

Lain-lain tempat yang dilawati lebih kepada budaya dan cara hidup rakyat dan raja-raja Korea sewaktu zaman feudal dulu. Tempat yang dilawati tersebut ialah Gyeongbok Palace .. Istana lama yang diduduki oleh raja-raja yang berkuasa dulu tapi sekarang tinggal sejarah ,  ' National Folklore Museum' dan Blue House iaitu Istana Presiden

Saya juga suka untuk melihat tentang suasana kehidupan rakyat Korea terutama sikap mereka, pemikiran mereka, disiplin mereka, cara hidup mereka & budaya mereka. Untuk menjadi sebuah negara yang maju perkara2 seperti diatas amat perlu diberi perhatian.. Belum tentu sebuah negara yang kaya sumber alamnya boleh menjadi sebuah negara yang maju kalau sumber manusia yang ada tidak dapat dieksploitasikan dengan sebaiknya.

3D Trick Art Gallery.. boleh laa berlakon sikit..
Pemerhatian saya sepanjang tempoh seminggu berada di Korea Selatan jelas membuktikan apa yang saya dengar dan lihat sebelum ini adalah benar. Saya amat tertarik dengan disiplin mereka.. Kalau diatas jalan raya, mereka memang mematuhi peraturan dan undang. Dalam bandar mereka ada Jalan Laluan Biru (garisan jalan bertanda biru). Laluan jalan ini adalah khusus untuk kegunaan bas penumpang sahaja. Kenderaan biasa tidak  boleh memasuki jalan ini. Kalau masuk, hukuman denda yang berat akan dikenakan oleh pihak penguatkuasaannya.Sebab itu lalulintas sesak lagu manapun bas awam masih dapat bergerak lancar.  Sebab itulah majoriti warga kotanya menggunakan pengangkutan awam bas untuk ketempat kerja dan boleh sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya.

Sepanjang tempoh lawatan ini saya menginap di 2 hotel yang biasa sahaja.. Bukan bertaraf 4 atau 5 bintang . Namun saya berpuashati dari segi kecanggihan hotel. Penggunaan teknologi digunakan sepenuhnya baik dari kawalan elektriknya, kawalan bilik, malahan bilik air pun canggih. Nak duduk buang air besarpun tak berapa nak percaya kata mangkok tandas tu untuk buang air besar. Tentunya kos mahal. Cuma biliknya kecil sikit... Agak2 kalau hotel kecil2 di tempat kita menggunakan peralatan yang moden2 macam ni.. boleh bertahan lama tak... Sekali lagi sikap dan kelakuan manusia itu menentukan segalanya.

Tahap integriti rakyatnya amat tinggi.. Ini memang tidak dinafikan. Pernah diceritakan rakan saya beliau tertinggal barang disebuah pasaraya, bila dia tersedar dan pergi ketempat tertinggal barang itu, barang itu masih ada lagi kat situ tanpa diusik sesiapa.. Kadang kadang saya terasa hairan juga bagi sebuah negara yang lebih separuh dari penduduknya tidak ada pegangan agama tapi tahap integriti begitu tinggi. Kenapa boleh jadi begitu.. Bagi kita sebagai orang Islam yang ada hukum hakam dosa pahala , balasan di akhirat nanti, sepatutnya tahap integriti tentunya lebih tinggi lagi.. tapi rasanya tidak terjadi begitu...

Pakar saikologi dan pakar2 pendidikan patut mengkaji dengan lebih mendalam apa rempah ratusnya sehingga Korea Selatan menjadi sebegitu maju  dan rakyatnya amat berdisiplin serta mematuhi peraturan pemerentahnya. Setahu saya salah satunya ialah pemerentah Korea Selatan lebih menekankan pendidikan akhlak, moral dan integriti diperingkat pendidikan awal kanak2 lagi. Depa tak kalut lagi dok fikir nak bagi boleh pandai dalam pelajaran akademik, tapi depa kalut untuk membina keperibadian diri anak bangsa mereka. Sebab itu kita jangan hairan lah melihat rakyatnya mempunyai tahap integriti yang tinggi, berdisiplin  dan patuh peraturan dan undang-undang.

Kehidupan sosial mereka tak berapa sesuai dengan kita. Fasal bekerja bersungguh sungguh tu kita  boleh ikut, tapi bagaimana mereka melegakan tekanan  kerja mereka,  tak boleh nak ikut kerana dunia mereka banyak minum minuman keras. Sebab itu banyak pub dan cafe di bucu2 bangunan.. Tempat mereka bertemu untuk interaksi sesama rakan sambil minum2

saya tak kenalpun  sapa pelakon ni....
bergambar pi la.. kat kat situ...
Korea Selatan bijak mempromosikan negara mereka. Secara kebetulan drama-drama korea semakin diminati diseluruh dunia.. Melalui filem dan drama Korea ini dipaparkan tempat-tempat menarik dan apa yang ada dan menarik disesuatu tempat. Secara tidak langsung ianya menjadi tarikan kepada penonton untk datang sendiri tengok tempat tersebut. Contohnya sepertimana saya cerita sebelum ini Pulau Nami dikenali melalui Drama Korea Winter Sonata. Kita di Malaysia pun boleh juga gunakan filem untuk promote negara kita, tapi adakah filem atau drama kita diminati diluar negara. Kalau tidak ada   kita boleh taja filem2 atau drama2 luar negara yg diminati ramai.. Selama inipun kita berbelanja beratus juta RM untuk promosi diluar negara, tapi hasilnya tak berbaloi dengan kos yang dikeluarkan. Pulau Langkawi dikenali pelancong India apabila pelakon Shahrukh Khan berlakon filem di Pulau Langkawi.. Bila filem lakonannya ditayangkan di India baru orang India tahu fasal Langkawi dan berminat datang melawat setelah melihat keindahan Langkawi dalam filem tersebut. Jadi dapat promosi percuma sahaja. Tiap tempat adalah replica gambar artis2 popular mereka menunjuk kata tempat itu seperti mana ada dalam filem atau drama tersebut.. Maka berduyun-duyunlah pelancong pergi bergambar kat situ termasuk saya juga. Dekat pulau Nami saya tidak sempat bergambar bersama replika pelakon utama Winter Sonata. Memang ada gambar replika pelakon utama drama tersebut. Tahun 1990an filem2 dan siri-siri -drama Korea telah mula dieksportkan keluar Negara seluruh dunia yang telah menarik minat pelancong-pelancong untuk datang melawat Seoul dan lain-lain kotaraya di Korea Selatan. Korea Selatan mengambil kesempatan dari popularity filem dan siri2 drama mereka untuk meningkatkan kehadiran pelancong luar  negara ke Korea Selatan.. Jadi mereka memperkenalkan melalui istilah K-POP, K-Drama, K-Star, K-TV Show.. Itu sebab kalau kita pergi sesuatu tempat terjumpa replica gambar-gambar artis mereka kat situ , maka disitulah tempat artis-artis mereka beraksi sepertimana dalam drama dan movie yang ditayangkan... So kita pun ambillah gambar kat situ..

Orang Korea amat mementingkan penjagaan diri. Jangan hairanlah kalau tengok orang Korea nampak macam dah berumur tapi pipi mereka cekang2  belaka. Fasal depa pakai botox. Pakai botox ni kira perkara biasa saja dan boleh buat sendiri..Kedai2 kosmetik merata ada dengan pelbagai jenis produk kecantikan..Industri pembedahan muka menjadi industri yang menguntungkan di Korea. Ramai pakar2 bedah kosmetik ada di Korea Selatan.. Mereka sanggup berbelanja besar dan menahan kesakitan untuk cantik. Kat gedong kosmetik khusus untuk pelancong , pandai jurujualnya membuat demonstrasi penggunaan pelbagai produk kosmetiknya . Ramai terpesona dan beli. Mahal juga tu produk2 tersebut.

DiKorea Selatan , saya rasa agak selamat berada di negara ini.. Jarang jumpa peminta sedekah dan pencopet agak kurang. Mungkin kerana sebagai sebuah negara maju semua rakyatnya ada kerja . Jadi tak ada kerisauan sangat berada di Kota Seoul. Itulah untungnya kalau negara maju dan semua rakyatnya mempunyai kerja.. Tak lah mereka kalut nak cari duit dengan cara yang salah.

Satu-satunya masjid yang ada di Itaewoon
Letaknya diatas bukit. Jln ke masjid tst
berderetan kedai atau restoran halal ..
Antara makanan yang dihidangkan..
rasanya takada masalah nak makan 
kat Korea ni... 
Mungkin pada setengah orang datang ke Korea Selatan , makanan menjadi masalah.. jadi banyak bawa apa2 yg patut makanan dr Malaysia yang tahan lama.Bagi saya tak kisah sangat fasal makanan ini.  Banyak juga restoren yang hidang makanan halal. Kalau was2 makan yang bukan daging dan ayam.. makan seafood sahaja.. Dekat wilayah Itaewoon ada banyak restoren makanan halal, dan ada juga sebuah masjid diatas bukit disitu. Kebetulan rombongan kami sampai ke situ untuk lunch , hari Jumaat, maka merasalah juga sembahyang jumaat kat situ . Khutbah dalam bahasa inggeris. Segala macam bangsa dari seluruh dunia boleh dilihat disini.

Siput Abalone.. blh
makan mentah atau
rebus sahaja.rasanya
bagi saya tak begitu
menyelerakan walau
mahal harganya.
Orang Korea memang mementingkan aspek makanan, dan kimci adalah makanan wajib dihidangkan dalam setiap hidangan makanan mereka. Satu lagi makanan kegemaran mereka ialah Abalone Poridge... Abalone adalah sejenis siput yang diambil didasar laut. Ia dianggap makanan mewah kerana memang mahal. Saya ingat tentu rasanya enak. Bila rasa, tak karan langsung.. tak menyelerakan.. Mahal harganya mungkin kerana nak dapat susah didasar laut. Yang kutip pula ialah kaum wanita korea yang menyelam kedasar laut ..

Oklah rasanya terlajak tulis pula kali ini... Sebenarnya semasa saya menulis blog ini saya duduk di Dewan Undangan Negeri Kedah yang bersidang sehari suntuk sampai ke malam. Perbahasan mengenai Bajet Negeri Kedah Tahun 2015. Sambil-sambil itu saya dengar perbahasan itu juga sebagai maklumat yang berguna juga nanti dan taulah juga apa isu-isu dan masalah yang dibangkitkan oleh YB.  Yang mana berkaitan dengan jabatan saya akan diambil perhatian dan  tindakan susulan...Sambil-sambil mendengar perbahasan tersebut, jari-jari ni ligat mengetuk punat-punat laptop saya ni menjadi huruf-huruf yang boleh difahami.  Hasilnya inilah jadinya cerita saya ...

Panjang sangat ya... Lagi banyak saya menulis lagi kurang pula fakta apa yang diperkatakan, jadi cara terbagus ialah diam berhenti disini saja.. Bila panjang-panjang menulis dah mula terlupa apa yang ditulis. Biarkanlah... kelupaan adalah satu nikmat yang tidak ada tolok bandingnya pada manusia. Kalaulah kita tidak berupaya melupa hidup akan menjadi terlalu berat. Sebab itu budak-budak kecik hidup dengan riang ria... kita marah lagu manapun.. sat saja.. lepas tu mereka lupa dan kembali bermanja dengan kita...

Ok permisi dulu

Annyeonghi jumuseyo.. selamat malam
Dasibogi - Jumpa lagi..




























No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.