19 November 2014

BALI : SEBANGSA SERUMPUN TAPI TIDAK SEAGAMA....

Catatan :Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh    : 17.11.2014

Cantik tak lukisan2 ni..
             saya beli kat Bali.. Baru
             100k rupiah... 

        ini macam kemestian .......
        ator bunga-bungaan dlm pasu 
        berisi air.Tiap hari hotel ubah
        bentoknya...

Assalaamualaikum & salam sejahtera buat sahabat-sahabat saya sekalian.

Sapa yang baca blog saya ini tetap menjadi sahabat saya walaupun ada tak pernah ketemu dan kenal.. Boleh kan saya menjadi sahabat.. Ya.. boleh la tu.. Kita kena banyak mencari sahabat tapi jangan banyak mencari musuh.. Teknologi kena dipergunakan dengan sepenuhnya untuk membina jalinan kekeluargaan dan persaudaraan sesama manusia. Bukannya  teknologi digunakan untuk bermusuhan, kutuk mengutuk, kata mengata dan sebagainya. Cuba lah kita elakkan sebaik mungkin dari terjebak dengan perangkap-perangkap yang membikin kita menambahkan lagi dosa yang sudah banyak kita tak tertanggung itu.


Hari ini syeh untuk menulis dah mai... jadi dimana ada kesempatan saya akan menulis tak kira tempat, kerana kan senang ada note 3. Idea ni bila dia mai bukan boleh tangguh-tangguh nanti ia berlalu begitu sahaja... So hari ini nak cerita apa ya.. Saya baru sahaja habis menulis tentang pengalaman lawatan saya ke Korea Selatan,  khususnya Kota Seoul dan Pulau Jeju..

Saperti kebetulan, balik saja dari lawatan Seoul dan Pulau Jeju, saya mengikuti pula lawatan ke Bali. Memang meletihkan, tapi memandangkan saya tidak pernah pergi lagi ke Bali, saya gagahkan juga untuk mengikut program lawatan yang diatur oleh Persatuan KCS atas ihsan SUK. Dua malam sahaja saya disana, tapi rasanya dua malam sudah mencukupi untuk saya merasai akan suasana di Bali dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti penduduknya.

Merata ada kui-kuil seperti ini .. kecik 
dan besar.... kepercayaan orang Bali 
terhadap roh dan semangat 
memang tinggi 
Sepertimana yang saya cerita sebelum ini, saya suka melihat setiap aktiviti dan kehidupan rakyatnya dan cuba mengambil sesuatu pengajaran dari lawatan itu, yang mana baik boleh kita jadikan panduan, yang mana yang tak baik , kita jangan buat dan perlu ditinggalkan..



Penerbangan ke sana hanya lebih kurang 3 jam sahaja dari KLIA ke 'Ngurah Rai International Airport', Den Pasar, Bali. Nama Ngurah Rai adalah seorang pahlawan Indonesia yang menentang Belanda satu ketika dulu. Saya tidak pernah melawat Bali, hanya mendengar sahaja melalui rakan2 yang pernah kesana, melalui TV, bacaan dan sebagainya.. Lepas tu kita selalu dengar rumah-rumah yang berkonsepkan Bali, SPA berkonsepkan Bali, Hotel berkonsepkan Bali  dan macam-macam lagi yang dikaitkan dengan Bali membikin saya teruja apa yang hebatnya Bali ini. Jadi kali ini tercapailah hasrat saya untuk melawat Bali.

macam inilah jalan-jalan utama mereka. 
memang sempit.. tapi mungkin mereka 
sudah biasa dengan macam ni mereka 
tidak kisah sangat...
Pulau Bali ada lebih kurang 36 provinsi dan Den Pasar adalah yang terbesar. Pemerentah Den Pasar telah mensyaratkan bangunan-bangunannya dibina tidak boleh melebihi 50 meter seperti kata 'tour guide' kami. Tapi apa yang saya tengok ada bangunan yang lebih tinggi dari syarat yang ditetapkan. Mungkin lama dibina sebelum syarat ditetapkan. Kemungkinan ada benar juga syarat ini kerana Bali banyak gunung berapi dan gempa bumi. Disamping itu banyak 'temple' disana dan mereka amat menghormati temple mereka dan tidak mahu bangunan-bangunan melebihi temple mereka.

Shoping lagi....
Orang Bali sebahagian besar lebih 90 peratus penduduknya bukan beragama Islam. Ugamanya dikatakan campuran ugama Hindu dan Buddha serta Kepercayaan tempatan. Jadi jaga-jaga sikit nampak macam melayu tapi bukan Islam. Saya pun tak tahulah agama apa sebenarnya mereka ini.. Nak kata ugama Hindu tak nampak kuil-kuil macam yang ada kat Malaysiapun. Orang India pun tak ada kat Bali ni. Tapi itulah mereka macam tersendiri kepercayaan mereka dan memang unik. Serata tempat penuh dengan temple mereka. Ini yang menjadi kegusaran saya dan rombongan bila masuk ke restoran. Tak banyak restoran yang dikendalikan oleh orang-orang Islam .. Bertawakkal sahaja apa yang yg kita makan. Was-was makan saja makanan bukan daging dan ayam.

Keluar bilik boleh terus
terjun ke kolam renang
Saya tertarik dan berminat dengan hotel yang kami menginap.. Nama hotel tu Hotel Kuta Lagoon Resort and Pool Villas. Tak la besar mana, 2 tingkat sahaja, jalan masuk ke Hotel inipun sempit sungguh. Memang jalan-jalan kat Den Pasar ni sempit-sempit sangat, tak sesuai kalu bas-bas besar dan panjang masuk... Dekat hotel berderetan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan cenderamata. Waktu merayau-rayau kat situ kita jumpa ramai sungguh pelancung asing kat cafe dan kelab yang bercambah ada disitu terutama dari barat.

Hotel ini memang cantik dari segi landskapnya. Hiasan dalamannya memang menarik dan rasanya itu yang dinamakan berkonsepkan Bali.. Nak habaq pun tak tau apa maksud konsep Bali, tapi bila berada di Bali baru faham apa itu berkonsepkan Bali. Kalau nak tahu kena mai melawat sendiri. Yang menariknya kolam renang dok sebelah bilik sahaja. Buka pintu bilik boleh terjun terus ke kolam.. menarik kan.. Disamping itu ada pula bilik-bilik yang punyak kolam mandi persendirian. Sesuai sangat bagi yang nak berbulan madu kat sini dan mahu privasi mandi di kolam...  Baupun macam Bali....

Membeli belah kat 'Tradisional Art Market'.
Di Bali ini terdapat zon-zon produk tertentu.. yang banyak zon produk lukisan-lukisan, zon kraftangan, zon ukiran-ukiran batu... Jadi kalau kita sampai ke satu-satu zon itu sepanjang jalan tu kita akan lihat berpuluh premis menjual pelbagai barang krafatangan... masuk zon lain pula berderetan kita jumpa premis yang menjual ukiran-ukiran kayu segala macam dan saiz. Begitu lah seterusnya. Ia macam satu kampong satu produk. Memang nampak meriah.. Dekat zon jual lukisan.. memang banyak gila lukisan-lukisan yang dilukis oleh penduduk tempatan. Memang banyak orang-orang seni kat kota Bali ini. Murah pula tu... Saya tak tahan tengok lukisan-lukisan yang segala macam gambar, jenis dan saiz ini.. semua cantik-cantik belaka. Beli juga 2 keping lukisan yang bersaiz besar juga.. Harga duit kita lebih kurang RM40.00 sahaja sekeping. Bila balik sampai ke rumah, rasa menyesal pula tak beli banyak sikit. Kat sini sekeping lukisan yang saya beli tu rasanya melebihin RM350.00. Balik bubuh frame balik jatuh dalam tak sampai RM100.00. Memang murah sungguh. Jadi kalau sapa pi Bali, jangan ragu dan segan, beli la lukisan-lukisan tu. tapi kena pandai-pandai tawar menawar sampai kita rasa puas hati.

Barong and kris Dance ... 
Dalam tempoh sehari setengah itu saya hanya sempat melawat beberapa tempat sahaja. Satu kemestian yang dipaksa untuk kita pergi melawat ialah melihat 'Barong and Kris Dance' di 'Batu Bulan Village'.. Pertunjukan ini merupakan pertunjukan kebudayaan Bali. Cuma dibuat dalam premis khas suasana santai melihat persembahan kebudayaan ini. Ia ada juga kaitan unsur-unsur keugamaan dan kepercayaan mereka.

Di Bali terdapat banyak gunung berapi. Rombongan dibawa melawat
Buffet Lunch kat Restoren ditebing bukit 
nampak seperti kawah besar dibelakang .
Itulah 'Mount Batur'  . Tasik yg terjadi
Batuan yg diluahkan dulu menjd bahan
penting untuk buat bangunan &  jadi 
bhn ukiran batu yg kuat .
melihat panorama tasik yang cantik hasil letusan gunung berapi satu ketika dulu dan melihat gunung Batur iaitu gunung berapi yang lama terpendam di Kintamani.  2 jam perjalanan juga untuk sampai ke Kintamani dengan melalui jalan yang sempit sahaja. Memang cantik melihat panorama tersebut dari atas tebing bukit sambil 'buffet lunch' kat situ. Disini aktiviti perniagaan cenderamata dan buah-buahan juga banyak, kerana ramai pelancong datang ke sini.

Akhirnya dapatlah juga merasa nasi padang
kat restoren yang cantik ini. Ada disediakan
tempat untuk bersanding atau bergambar 
kat sini. Di sini 'comfirm' makanannya halal
kerana pengusahanya adalah orang Islam ..
Seperti biasa lawatan tidak sah kalau tidak dibawa ketempat2 'shopping' seperti 'home industry batik' dan  Gedong Barangan Kemas.  Kunjungan ke 'Tradisional Art Market'  yang menjual pelbagai Balinese Art, handicraft, fesyen, kain sarong dan sebagainya membikin kelam mata.. Harganya memang murah kat sini. Tapi macam yang saya sebut tadi kena tawar betul-betul baru beli.

Industri pelancongan di Bali memang meriah. Ramai pelancong-pelancong Barat datang ke Bali, kerana kosnya lebih murah berbanding negara mereka. Konsep Tradisi Bali memang telah diketahui ramai di serata dunia. Layanan anggota industri mereka memang memuaskan. Kat hotel sendiri saya berpuas hati dengan layanan setiap pekerjanya.. Industri Pelancongan di Bali pernah menjunam satu ketika dulu bila berlaku letupan bom di Bali. Ia menakutkan pelancong untuk datang. Sebab itu soal keselamatan amat diberi perhatian oleh pemerentah Bali. Pelancong yang datang memang dijaga betul-betul.

Oklah rasanya  cukup saja kat sini saya coretkan cerita-cerita fasal Bali ni... Sekadar mencoretkan pengalaman lawatan ke Bali ini untuk rekod dan ingatan.. Adalagi beberapa tempat yang boleh dilawati, tapi saya kesuntukan masa , jadi tak dapatlah pergi. Tapi rasanya lepaslah hasrat nak rasa suasana Bali kat sini.. ok la tu..

Permisi dulu.... mau pergi joging pula .. lama juga tidak berjoging.. Badan pun sudah mula rasa sengal-sengal sana sini...

Terima kasih kerana masih membaca hingga habis.......

Al Fatihah.. aamiin

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.