Salah satu sebab aku mengujudkan laman blog ini bukannya ada apa cuma sekadar nak luahkan isi hati aku berhubung dengan pilihanraya umum ke 12 yang baru lalu. Keputusan pun semua orang dah tahu dan bagaimana cuaknya semua orang berhubung dengan keputusan-keputusan yang tidak diduga itu. Macammana tak cuak dan seriau sebab dah lama dah Malaysia ni diperintah oleh satu parti yang dinamakan Barisan Nasional, alih-alih dengan tak semena-mena BN tak dapat majoriti 2/3 dan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor termasuk juga Wilayah Persekutuan diperintah pula parti lain pula yang bukan pro kerajaan. Ini yang buat semua orang merasa suatu keputusan yang sukar diterima. Sedangkan sebenarnya diluar Malaysia dah berapa kali kerajaan bertukar pemerintah.Sebagai seorang pegawai kerajaan seperti aku ni, pun terfikir juga apa nak jadi ni. apatah lagi perubahan pentadbiran ni berlaku di Kedah DA. Sebagai pegawai kerajaan aku menyedari dalam apa keadaanpun konsep nutral tu kena ada dalam diri seorang pegawai kerajaan. Siapa yang memerintah kita akur dan laksanakan apa-apa dasar yang dirumuskan oleh pemerintah. Ini yang sepatutnya. Kita jangan sangat terlalu keterlaluan dalam hal ini atau ‘over action’ macamlah kita juga seorang ahli politik yang turut berkempen sakan akan parti-parti yang kita sokong. Orang macam ni kalau parti yang menang tu ialah oparti yang disokong oklah, tapi kalau parti yang disokong kempen sakan tu parti lain, mana nak letak muka, sebab nak kena berkhidmat dengan parti yang menang itu. Akhirnya masalah akan timbul baik kepada pemerintah yang menang ataupun kepada pegawai itu sendiri. Sebab itu aku amat memahami situasi ini tidak akan sekali-kali terbawa-bawa dengan emosi dalam menjalankan tugas harian. Yang penting bagiku adalah rakyat jelata yang amat memerlukan bantuan, sokongan, nasihat, bimbingan dari pegawai-pegawai seperti aku ni.Ini yang penting bagi aku. Kadang-kadang tu rasa sedih juga melihatkan keadaan rakyat jelata di negeri kedah ni, bukannya mewah sangat, baru saja nak membangun dah jadi macam ni. Program membantu rakyat yang sebahagian besarnya baik juga terpaksa dikaji semula oleh Kerajaan Persekutuan dan pendekataan pelaksanaanpun rasanya akan diubah lari dari proses biasa yang dibuat sbelum ini. Rakyat akan terjejas dan merasai akan kesannya.Bukan tak ada yang tak baik semasa kerajaan dulu, ada juga dan tak boleh dinafikan tapi sebagai pegawai kerajaan terpaksalah ikut dasar pemerintah masa tu. Kita hanya sekadar boleh memberi pandangan dan nasihat berkenaan keburukan dan kebaikan tetapi kalau dah nak dibuat juga sapa boleh tahan. Banyak sangat dah contoh-contoh yang berlaku sebelumnya akibat tindakan-tindakan yang bersifat berkepentingan peribadi kesannya akan merugikan kerajaan negeri yang terpaksa membayar kos dan hutang-hutang terbengkalai.. Namun keadaan ini tidak memberi kesedaran kepada pemerintah-pemerintah yang selanjutnya. Inilah akibatnya dan rakyat sentiasa melihat perkara ini. Dunia sekarang bukan dunia 30 atau 40 tahun yang lalu. Maklumat begitu mudah tersebar. Rakyat sekarang dah pandai dan bijak dalam mendapatkan maklumat, seperti mana yang selalu disebut oleh pemimpin-pemimpin politik dalam ucapan-ucapan meraih undi mereka bahawa sekarang ‘rakyat bijak menilai dan pandai berfikir’. Jadi kalau kita sedar kearah itu cara pemikiran rakyat janganlah kita buat sesuatu perkara dan tindakan yang menjadi isu yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat. Jangan cakap saja tapi tidak serupa bikin. Silap-silap cakap akan memakan diri. Cara mana yang mereka boleh buat untuk ajar pemimpin yang cakap tidak serupa bikin dan bikin atas dasar ada kepentingan diri . Setakat rakyat biasa nak pi habaq atau nak pi tegor depan-depan, rasanya dah berbuih mulut rakyat bercakap fasal tu , tak ada kesanpun. Tapi itu lah realiti sebenarnya yang secara senyap-senyap rakyat melahirkan kekecewaan mereka melalui pengundian pilihanraya.Lihatlah sekarang apa dah jadi. Kerajaan negeri sudah terbalik dan dikuasai oleh Barisan Pakatan Rakyat diterajui oleh Pas, Keadilan dan DAP. Timbul persoalan pula adakah ini sebenarnya yang dikehendaki oleh rakyat?…tepok dada tanya selera. Keputusan dah dibuat, tunggu dan lihatlah apa yang akan berlaku…tapi yang aku sedih sangat, dimanakah kedudukan bangsaku bangsa Melayu yang menjadi penduduk paling banyak di Malaysia tapi kuasanya semakin terhakis sedikit demi sedikit akibat perpecahan dan persengketaan sesama kita…..*** Tak habis lagi ni taip…banyak lagi aku nak celoteh ni terutama nak cerita balik apa fasal BN boleh kalah di Kedah dari pandangan aku sebagai pegawai kerajaan yang bertugas hampir 20 tahun diperingkat akar umbi…..sorry no nak kena pi pekena roti canai dulu baru dapat idea sikit. Kalau ada apa-apa komen dan pandangan bolehlah masuk dalam laman blog saya ni boleh kita sembang-sembang dan memberi pandangan.Assalamualaikum, salam sejahtera
Pagi ni 00.00.00 rasa lapang sikit dan tak dak banyak kerja nak dibuat, maka bolehlah aku jengok sat kat blog aku ni. Sambung balik fasal cerita politik yang tak habis lagi ni…yalah fasal pilihanraya umum yang baru lalu tu lah..walaupun dah lebih sebulan berlalu, tapi perbincangan dan pandangan yang bermacam-macam masih panas lagi dimedia-media baik di media massa maupun media elektronik, apatah lagi kalau rajin melayari blog-blog yang bercambah tumbuh macam cendawan...Duduk saja-saja terfikir apa kata aku buat ulasan sebab-sebab atau kenapa Barisan Nasional boleh kalah banyak hingga tidak memperoleh majoriti 2/3 dan beberapa negeri telah jatuh ketangan pembangkang..Menarik juga isu ni kalau boleh ulas fasal ini dari perspektif pegawai kerajaan yang bertugas diperingkat akar umbi, yakni diperingkat bawah. Sebenarnya kalau baca banyak akhbar-akhbar utama, akhbar nyamuk seperti kata setengah orang, tengok blog, ulasan-ulasan dalam forum-forum yang dianjurkan dan sebagainya banyak sangat dah diperkatakan tentang sebab-sebab begitu begitu ramai pengundi-pengundi dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu beralih angin dengan mengundi pembangkang. Tapi itu dari perspektif mereka yang mungkin mereka mendengar, membaca, mengkaji, kepercayaan mereka, kesediaan mereka menerima berita maklumat melalui sms, surat layang dan sebagainya. Apa yang aku nak cakap ni adalah berasaskan kepada pengalaman aku sendiri yang juga terlibat juga dalam pengurusan JKKK, pengurusan projek pembangunan didaerah, penguatkuasaan undang-undang tanah dan PBT, terlibat secara langsung dengan orang kampong, pemimpin-pemimpin NGO, pemimpin politik dan pengalaman aku juga sebagai dulunya adalah budak kampong yang bergelumang dengan lumpur dan jerami dengan suasana kekampongan tulin. Apabila kita menjiwai sendiri suasana ini barulah kita boleh bercakap berkenaan perkara yang ada kaitan dengan suasana tersebut,suasana yang dialami sendiri maka barulah pandangan dan keputusan dapat memberikan yang terbaik rasanya.Berbalik kepada persoalan, kenapa BN boleh kurang menyerlah dalam pihanraya kali ini? Aku akan senaraikan banyak faktor-faktor yang mungkin pada sesetengah orang anggap perkara ni dianggap remeh-temeh sahaja dan tak ada kesanpun pada pengundi..Sebahagiana perkara ini juga diambil sambil lewa sahaja oleh pemimpin-pemimpin politik baik diperingkat nasional, negeri dan kawasan seolah-olah ianya tidak ada kesan langsung pada pengundi.
i. PEMBERIAN ELAUN KEPADA PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JKKK (DiKedah sahaja)
Pemberian elaun ini kalau di Kedah Pengerusinya dapat RM450.00 manakala Setiausahanya dapat RM250.00. Di negeri Kedah istimewa sedikit walaupun kantong kerajaan tidak banyak tapi Pengerusi JKKK Kerajaan Negeri Kedah tambah lagi RM50.00 darir RM400.00 yang kerajaan persekutuan bagi. Setiausaha pula 100% kerajaan negeri bagi. Kerajaan Persekutuan taka bagi langsung. Itulah istimewanya JKKK di Kedah ni. Harapan kerajaan kalau dapat elaun ni kuat lagilah sokongan peringkat bawah kepada kerajaan tetapi malangnya jadi terbalik pula…Inilah gara-gara kalau main dengan duit. Kalau dilihat dari segi pemberian ini memanglah bagus dan wajar berasaskan peranan Pengerusi dan Setiausaha dalam membangunkan kampongnya. Pada fikiran aku yang taklah pandai sangat bab-bab ni, pemberian elaun JKKK memang amat wajar sekali tetapi cara pelaksanaan pemberian ini amat tidak sesuai sekali.
Pada pandangan ku pemberian elaun kepada Setiausaha dan Pengerusi JKKK inilah yang memporakperandakan lagi institusi JKKK. Dulu sebelum ada elaun, setiap ahli JKKK bekerja juga dengan penuh semangat dan bekerjasama dalam menjayakan setiap agenda pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal di kampong mereka. Semuanya berjalan elok aje tanpa ada apa-apa maslah.
Kenapa aku berkata begitu ?..Pemberian elaun kepada individu tertentu telah menghakis semangat kerjasama setiap ahli JKKK yang seramai 15 orang yang ada itu. Bukan semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK buat kerja yang sebenar-benarnya patut buat kerja. Setengah JKKK itu mesyuarat pun tidak pernah buat untuk membincangkan program-program yang dirancang dan dilaksanakan dalam kampong masing-masing. Ini tidak dinafikan. Berapa sangat JKKK yang hantar minit mesyuaratnya ke Pejabat Daerah untuk diteliti oleh pentadbiran daerah apa yang dibincangkan. Kalau adapun hanya sekadar bincang minta projek-projek pembangunan fizikal. Itu saja. Kalau tak ada apa nak minta tak payah buat mesyuarat. Sedangkan banyak lagi agenda lain yang boleh dibincangkan seperti ekonomi, sosial, keselamatan, pendidikan, pembasmian kemiskinan dan sebagainya.Tapi ini tidak dibincangkan. Biasanya jabatan-jabatan kerajaan akan menjadi mangsa kalau projek yang dipohon tidak diluluskan seolah-olah jabatan kerajaan kena bagi peruntukan setiap permohonan yang diajukan, sedangkan jabatan juga mempunyai keutamaan yang tersendiri dan peruntukan yang terhad. Dikampong la ni banyak budak-budak dok melepak, kes salahlaku moral bersepah dimerata tempat, tanah terbiar banyak dikampong-kampong, pengangguran pun ada di kampong, orang-orang miskinpun ada dan macam-macam lagi. Semua ini boleh dibawa bincang dalam mesyuarat JKKK, tapi dari penelitian saya tak banyak yang bawa masuk perkara-perkara seperti itu seolah-olah nak melepas tangan aje. Sepatutnya sebagai pemimpin dalam kampong, perlu ambil berat semua perkara dan cuba diatasi dan ditangani d engan sebaik mungkin dengan kerjasama ahli-ahli JKKK yang ada.
Pemberian peruntukan elaun JKKK kepada Pengerusi dan Setiausaha yang secara kebetulan sebahagian besar adalah pengerusi dan setiausaha cawangan UMNO adalah bermotifkan politik. Itulah puncanya. Nak jaga ketua-ketua dan setiausaha cawangan supaya sentiasa menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan diperingkat kawasan, negeri dan nasional. Sepatutnya pengujudan JKKK tidak boleh mengikut cawangan UMNO. Tapi siapa yang berani tegor, kalau tegor takut nanti akan dicop anti kerajaan pula. Tapi kesannya cawangan UMNO tumbuh merata-merata, Berkelahi sikit dengan ketua cawangan tubuh cawangan baru, bila dengar Pengerusi dan Setiausaha JKKK dapat elaun bulanan lagi sakanlah tekanan kepada kerajaan negeri untuk tambah kawasan JKKK. Pihak kerajaan negeri tidak boleh nak tahan-tahan dan pertimbangkan dengan waras maka lulus juga tubuh JKKK baru. Kadang–kadang tu naik lawak juga tengok kawasan JKKK yang ditubuhkan. Setengah tu sampai tak tau mana sempadan lagi bercampur aduk antara satu sama lain. Bilangan ahlipun tidak banyak mana pun nak tubuh JKKK baru. Lepas tu bagi amaran pula kepada YB-YB kalau tak mau sokong, tunggu pilihanraya atau tunggulah mesyuarat pemilihan bahagian nanti. Kriteria-kriteria dan asas pengujudan JKKK yang ditetapkan tidak lagi dipakai pakai ikut suka sahaja. Kalau di Langkawi quarters lapangan terbang pun ada JKKK yang tersendiri. Taman-Taman perumahan pun la ni dah ada JKKK berbeza dulu syarat ketat ditetapkan tidak boleh sewenangnya ditubuhkan JKKK baru.
Kalau nak tubuhpun JKKK baru kenalah ada justifikasinya yang menyakinkan seperti bilangan keluarga, bilangan penduduk, pelan kawasan agar tidak bertindih, sebab-sebab mahu diujudkan seperti kawasan terlalu luas dan sebagainya. Bukan sebab ditubuhkan JKKK baru kerana saja nak tubuh JKKK, atau sebab ada cawangan UMNO baru ditubuhkan, atau ahli tak bersefahaman lagi dengan kepimpinan JKKK yang sedia ada dan sebagainya. tapi aku rasa motif yang tersirat kebanyakannya adalah kerana nak dapat elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK. Itu yang betulnya walaupun tidak sapa yang berani nak mengiyakannya.. Duit sapa yang tidak mahu.. bukan gaduh buat apa-apa pun, cuma bagi ada pengaruh sahaja dan dapat jadi Pengerusi atau Setiausaha JKKK dapatlah elaun. Tidak ada siapa yang boleh arah kita buat kerja kalau tidak mahu buat. Bukannya ada ‘punch card’.. Tidak buat mesyuarat pun tidak ada sapapun tidak kacau. cukup bulan terima elaun. Lepas tu dok pi tayang pula kat ahli-ahli JKKK lain yang tidak dapat elaun, lagilah berbulu ahli-ahli tu.
Kalau ada pengerusi dan Setiausaha buat kerja betul tu aku tidak nafikan memang ada yang betul-betul buat kerja. Depa ni amat senang sekali kalau jabatan-jabatan nak berurusan dengan mereka sebab dia buat kerja dan jaga betul-betul kampong mereka. macam-macam program diator. Naik turun ke pejabat-pejabat kerajaan perkara biasa bagi dia untuk dapat bantuan dan projek kampongnya memang tidak dapat dinafikan semangat mereka ini. Kadang-kadang tu kena perli, kena pemain dan sebagainya tapi depa tetap usaha sampai dapat apa yang dirancang. Aku amat respek sangat kat pemimpin macam ni ini, ada setengah kampong sampai jadi johan mendapat bermacam-macam anugerah disebabkan program dan aktiviti yang diatur dikampongnya yang kadang-kadang tu duit elaun yang dia dapatpun tidak cukup untuk tampong aktiviti yang diatur. Tapi berapa kerat sangat pemimpin seperti itu….Boleh bilang dengan jari saja.
Sebab tu bagi pemimpin JKKK yang tidak buat kerja membuatkan ahli-ahli lain naik meluat dan menyampah tengok apatah lagi dok makan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK. Itulah yang menyebabkan ahli JKKK yang tidak mendapat elaun malas nak buat kerja, malas nak kempen waktu pilihanraya, malas segala-gala disebabkan Pengerusi dan Setiausaha yang malas juga. Tunggulah pemilihan cawangan UMNO nanti yang nak mai nanti pasti akan ada persaingan sengit untuk merebut jawatan Pengerusi JKKK. Di Kedah ni walaupun BN kecundang untuk perintah negeri, tapi aku difahamkan semua Pengerusi dan Ahli JKKK yang sedia ada akan dikekalkan dan diletakkan dibawah pentadbiran kerajaan pesekutuan dan masih mendapat elaun pengerusi. Biasanya persaingan merebut jawatan akan melibatkan perpecahan dalan organisasi itu sendiri. Tengoklah nanti. Tidak perlulah dinafikan hal ini walaupun ada berkata tidak berlaku perpecahan. Rasa tidak puas hati dan terkilan pasti akan ujud antara ahli .
Itu sebab aku berpandangan sebahagian besar ahli JKKK tidak memainkan peranan sebenar dalam menyelami hati dan perasaan masyarakat/ pengundi dalam kawasan mereka disebabkan isu inilah, cemburu hanya Pengerusi dan Setiausaha sahaja yang dapat elaun yang lain hanya dapat beban tugas. Keasyikan kita dalam kemewahan yang dinikmati oleh Pengerusi dan Setiausaha telah membuatkan mereka alpa kepda kebajikan rakyat dibawah mereka dan akhirnya mereka memberontak dan memberikan undi kepada parti pembangkang. Mereka tidak buat kerja-kerja yang sepatutnya dalam memastikan rakyat dikampong mereka tidak meluat kepada pemerintah. Telah terbukti dan diucapkan oleh Perdana Menteri bahawa salah satu faktor kekalahan calun barisan nasional atau calon UMNO sendiri dalam pilihanraya umum ke 12 tempoh adalah disebabkan oleh sabotaj ahli-ahli dalam UMNO sendiri. Apakah sebab-sebab mereka sabotaj adalah isu-isu seperti inilah kerana pemberian elaun pengerusi dan setiausaha JKKK.
Sebelum ni kerajaan negeri ada hantar pemimpin-peminpin JKKK menunaikan haji di Mekah. Kriteria pemilihan tu seperti biasalah memang ada iaitu pemimpin yang aktif, menunjukkan prestasi yang cemerlang, kampongnya pernah mendapat anugerah-anugerah, ahli terbanyak, dan bermacam-macam syarat ketat yang diletakkan dan inilah pemimpin yang dicari oleh pegawai daerah. Maklumlah nak hantar seorang JKKK kosnya melebihi RM10,000.00. banyak tu.. Alih-alih bila diserahkan kepada wakil rakyat untuk menentu kata putus pemilihan calun menjadi sebaliknya, pilih ikut penyokong kuatnya, kadang-kadang penyokong tu bukan buat kerja tera mana pun tapi ambil juga. Ini menghilangkan keyakinan ahli-ahli dalam parti itu sendiri. Setakat pandai bercakap saja tak memadai. Pemimpin kena tunjuk corak kepimpinannya di kampong hingga menjadi benar-benar berjaya dan dikenali ramai. Penduduk dibawah kepimpinannya tak ramai yang menentang kerajaan semuanya puas hati, maka barulah bila ada pilihanraya nanti kawasan menjadi kubu kuat.
Aku ingin mencadangkan supaya elaun tidak lagi diberi kepada pengerusi/setiausaha tetapi diberi kepada tabung JKKK itu sendiri. Biarlah semua Ahli Jawatankuasa itu sendiri yang memutuskan kegunaan elaun bulanan yang diberikan kepada JKKK. Kalau nak beri sebahagian kepada Pengerusi/Setiausaha JKKK pun tidak apa asalkan ianya mendapat sokongan semua pihak dalam JKKK tersebut. Dengan cara ini semua pihak berpuashati. Taklah sabotaja setiap aktiviti yang diatur. Peruntukan elaun bulanan yang diberi oleh kerajaan ini boleh digunakan untuk mengadakan bermacam-macam aktiviti yang berfaedah kepada semua rakyat dalam kampong tersebut seperti mengadakan program gotong royong, masuk jawi beramai-ramai, pakatan kampong, bantuan kepada pelajar, jamuan raya,lawatan dan sebagainya. Jadi tidak lah setiap aktiviti hendak mengharapkan sumber kewangan dari YBb Kawasan sahaja atau dari kerajaaan semata-mata. YB pun kita tahu kalau takat peruntukan khas yang mereka dapat bukannya cukup sangat..Tak taulah kalau ada dari sumber lain. Yang nanti aku akan ulas dalam tajuk lain pula.
Soal duit ringgit ni tak boleh dibuat mudah. Kalau kita diajar dengan digula-gulakan dengan duit ringgit walaupun sikit tunggulah musibahnya. Inilah yang aku takut sangat sejak dari awal lagi. Tapi siapalah aku..boleh buat apa sangat. Tetapi sekurang-kurang peristiwa PRU 12 ini patut diambil iktibar oleh semua terutama oleh pemimpin-pemimpin yang membuat dasar diperingkat negeri maupun diperingkat kementerian persekutuan agar dalam melaksanakan dasar yang berkaitan orang biasa macam aku ni kena kaji betul-betul. Kalau silap perancangan hancur lebur jadinya. Jangan terbawa-bawa agenda kepentingan peribadi dan oleh orang-orang sekeliling yang juga ada agendi peribadi sendiriOklah, nampaknya terpaksalah aku stop sat kat sini, nak selesai kerja dulu. Cukup cerita fasal JKKK. Nanti marah pula dia orang kat aku. Nanti orang kata dok asyik main blog aje makan gaji buta ka…tap apalah nak kata apapun. ni aku taip waktu rehat tengahari. Sanggup tak makan tengahari nak taip cerita fasal pilihanraya ni…Nasib baik ada kopi 3 dalam 1. Dah mula ketagih kopi 3 in 1…..oklah jumpa lagi dalam tajuk lain faktor pengundi kurang beri undi kepada BN…. Kalau ada nak komen bolehlah masuk dalam blog saya ni. bye.23.04.08, 1.00 pm
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua teman-teman
Jumpa lagi. Tengahari ni rasanya ada lapang sikit bolehlah perah otak sikit untuk sambung kisah yang tidak habis lagi tu. Inipun baru balik dari Bank pergi tunaikan cek pilihanraya untuk petugas pilihanraya yang baru lalu. Banyak juga nak kena bawa balik kat ofis. Hampir RM100,000.00. Kalau penjenayah tahu nahas aku…Berbalik kepada faktor ke 2 kenapa BN boleh kurang diundi pada pilihanraya kali ini ialah faktor...b. PELAKSANAAN PROJEK KECIL LUAR BANDAR..Inipun satu hal juga. Aku nak kena cerita juga sebab benda-benda ini nampak macam tak berapa relevan dengan pilihanraya kalau dilihat secara kasarnya. Takkanlah bagi projekpun orang tak mau sokong. Tapi pada aku inipun salah satu faktor juga yang menyebabkan sebahagian orang-orang kampong naik marah dan tidak puas hati kepada pemerintah. Kerajaan dah berbelanja beratus juta ringgit malahan ribuan juta ringgit untuk menyediakan pelbagai infrastruktur asas kepada rakyat diperingkat bawahan. Aku adalah salah seorang pelaksana kepada program-program yang diatur oleh peringkat atasan. Bidang tugas aku memang dok jaga orang-orang kampong supaya mereka sentiasa berpuashati dengan perkhidmatan kerajaan. Jangan bagi mereka bersedih dengan kedhaifan mereka, bersedih dengan kekurangan kemudahan-kemudahan awam asas di kampong mereka dan pastikan setiap kemahuan dan kehendak penduduk kampong sampai kepada yang sepatutnya untuk difikirkan langkahan menangani seterusnya...Banyak yang aku nak cerita fasal ni. Sebab banyak idea mai bila bincang tajuk ni. Sebab kena mengena dengan kerja yang aku dok buat sekarang ni. Mungkin kelemahan aku pun ada juga fasal apa bagi depa dok bagi dalam situasi yang menyebabkan sebahagian besar pengundi sokong pembangkang. Fasal apa orang makin tak suka walaupun peruntukan makin banyak disalurkan. Tentu ada sebabnya kenapa berlaku perkara begini.
Pelaksanaan projek kecil luarbandar yang dilaksanakan didaerah kadang-kadang boleh mengundang padah jika tidak dikawal betul-betul. Ini kerana dari pengalaman aku sendiri kebanyakan projek-projek kecil luarbandar banyak dimain peranan oleh orang-orang politik. Minta maaf banyak-banyaklah kalau aku terpaksa cerita bab ni bukannya ada apa, aku tak mau nanti perkara ini akan berulang lagi jika manalah tau BN boleh ambil balik kerajaan negeri. Elok dijadikan sandaran dan pengajaran supaya jangan dok buat kelaku macam tu lagi, buruk padahnya.
Ingat tak lagi dulu waktu negara menghadapi kegawatan ekonomi dan bagaimana kerajaan bertindak pantas dengan pelan tindakan ekonomi menambahkan perbelanjaan dalam negera. Salah satu caranya kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sejumlah besar wang bagi melaksanakan projek infrastruktur setiap daerah dimana sampai RM6.00 Juta setiap kawasan parlimen disediakan tak termasuk projek-projek lain lagi. Pembahagian mengikut kawasan Parlimen pun dah menunjukkan pertimbangan politik yang diambil kira. Waktu ni pula dikeluarkan arahan supaya dilibatkan orang politik atau wakil rakyat dalam membuat keputusan senarai projek dan juga keputusan kontraktor yang dipilih. Ini menunjukkan seolah-olah Pegawai Daerah atau pegawai kerajaan tak boleh diharap sangat. Tak apalah pertimbangan apapun asalkan pelaksanaan projek tu biarlah telus, bermutu, cekap, bersih dan adil. Tapi sedih sungguh rupanya pelaksanaan pelan ini rupanya menguntungkan sebahagian orang sahaja, terutama yang rapat dengan orang-orang berpengaruh. Mewah sungguh waktu tu dengan kontraktor tak heran langsung kepada Pegawai Daerah sampaikan pi buat projekpun tak jumpa juruteknik pejabat daerah langsung, punyalah hebat waktu tu. Depa rasa depat dapat projek tu orang politik yang tolong depa..Pegawai Daerah tak ada apa. Sedangkan pelaksanaan projek dilaksanakan oleh Pegawai Daerah baik dari penyediaan spesifikasi kerja dan juga pemereksaan serta pengesahan projek. Pegawai kerajaan tak boleh nak tegor langsung. Jadi banyaklah kerja-kerja yang dibuat tu tak sempurna dan tidak berkualiti. Bayangkan buat jalan kampung, rumputpun boleh tumbuh atas jalan menunjukkan betapa nipisnya bahan binaan dibubuh dan tidak berkualitinya kerja-kerja tersebut. Juruteknik bolehlah tegor dan buat potongan dan hasilnya berlakulah banyak pertelingkahan antara pemimpin politik , kontraktor dengan pejabat daerah. Aku sendiri sebagai pegawai pengurus projek biasa kontraktor buat tak kisah dan tak kenalpun dan tak pernah mai jumpa pun, tau-tau pi buat projek, tau-tau mai buat tuntutan sahaja. Tetapi oleh kerana kebanyakan pegawai daerah dan kakitangannya malas nak memanjangkan perkara itu, buatlah juga pengesahan dalam keadaan terpaksa. Nak boleh buat apa waktu tu depa tengah berkuasa dan diberi kuasa…Tapi itulah hakikatnya. Rakyat tengok dan menilai apa yang mereka buat. Nasib baiklah waktu pilihanraya lepas tu BN masih kuat berkuasa, mungkin gelombang tsunami waktu tu tak berapa nak kuat lagi seperti mana yang berlaku dalam PRU 12.. Tapi benda tu sentiasa berakar dan berkembang dan semakin hebat pula orang yang berkuasa menunjukkan kuasa tanpa sedari bahawa bunga-bunga kemarahan rakyat semakin berkembang tunggu untuk dipetik sahaja dan tunggu gugur sahaja.
ii. PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Ini satu lagi kes yang aku rasa mana-mana tempatpun lebih kurang serupa aje..bab bila nak laksana projek, pada waktu ni pengerusi JKKK ada yang begitu berkuasa dalam menentukan kat mana nak buat projek. Maka diatorlah projek tu ikut suka dialah. Kalau jalan kampong tu dibuat masuk kerumah-rumah yang setia jadi pengikutnya. Yang mana melawan sikit tak ada harapan. Aku tak hairan kalau yang tak dapat tu orang bukan BN/UMNO kerana memang dari awal lagi depa tu memang tak dapat apa, ni yang orang yang jadi ahli parti pemerentah pun tak dapat apa sebab tak sebulu dengan pengerusi. Banyak sangat berlaku dalam masyarakat. Pegawai kadang-kadang tu ’strict’ juga , katalah dia tak terima cadangan tu sebab lebih kepada kepentingan individu, lalu depa minta YB campor tangan, maka akhir buat jugalah…Bagiku tak berapa nak kisah sangat janji projek buat. Yalah pegawai kerajaan macam aku ni bukan tak boleh buat kerja ikut undang-undang dan peraturan 100% tapi buat apa dok pening kepala dok berbalah dengan orang politik, pegawai-pegawai macam aku ni banyak guna budibicara juga,kalau tidak susah juga YB nak buat kerja dengan rakyat sebab banyak prosedur-prosedur kewangan tak diikuti oleh mereka. Tapi tak apalah walaupun risiko terpaksa ditanggong oleh pegawai, yang aku risau sangat ialah kesannya kepada rakyat.Memang hebat mereka ni. Aku cakap ni bukannya tuju kepada semua pengerusi-pengerusi JKKK, banyak yang bagus dari yang tak bagus. Tapi aku nak cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam mengendalikan pelaksanaan projek-projek kerajaan. Inilah realitinya. Fasal apa tak sebulu dengan pengerusi/setiausaha JKKK adalah kerana mungkin sebab ada persaingan nak rebut jawatan, tak puas hati fasal pengagihan projek dan sebagainya.
La ni banyak sangat jawatan yang menjadi idaman, sampaikan pengerusi dan setiausahapun akan jadi pertandingan sengit, lebih-lebih lagi dapat elaun bulanan pula. Semua ini merenggangkan hubungan sesama ahli itu sendiri. Cuba bayangkan bagi ahli JKKK atau ahli masyarakat lain yang juga penyokong kerajaan tapi kalau pemimpin kampong tu dok kira kaum kerabat dia sahaja dalam setiap projek dan bantuan kerajaan, sapa yang tak jaki dan geram… Dok pendam lama-lama bila mai pilihanraya YB kawasan tak sedar habaq dengan apa yang dah berlaku di kampong dan tak sempat nak bagi damai balik dan akhirnya depa marah semua orang dan pangkah parti pembangkang. Ini yang dok jadi pada PRU yang lepas. Peruntukan yang diguna untuk maksud kesejahteraan rakyat melalui kerajaan BN telah membawa kepada penentangan pula kepada kerajaan. Kalau begini jadinya lebih baik jangan bagi apa lebih baik. Dulu tak dapat sebanyak la ni pun masih kuat menjadi penyokong parti pemerentah sebab mereka berjuang tanpa ada kepentingan diri sendiri. Sebab tu mai lah ribut dan taufan apa pun, depa takkan rebah terguling begitu sahaja. Mereka masih bertahan sebab mereka sayangkan bangsa mereka iaitu bangsa Melayu. La ni depa tak berapa kira bab tu.. Tak puas sikit saja kira nak bagi terbalik, walaupun perahu yang dia sendiri naik dia nak bagi terbalik juga. Akhirnya dengan dia-dia sekali tenggelam, macam dok jadi la nilah. Ha..barulah puas. Tengoklah apa dah jadi dengan Selangor dan Perak. Pulau Pinang lagilah merana orang Melayu di situ. Malu nak letak muka tang mana. Melayu ramai tapi sapa yang dok ‘control’ kerajaan negeri tersebut..fikirlah habis-habis.
Kontraktor-kontraktor yang dapat banyak projek kerajaan yang ditaburkan kepada mereka, banyak yang tidak membantu meningkatkan sokongan rakyat kepada pemerentah. Kontraktor yang macam nipun banyak juga. Depa kira periuk nasi mereka sahaja tanpa mengira kepentingan rakyat secara keseluruhannnya.. Buat projekpun sub kepada orang lain. Depa dok makan komisen saja. Sampai bila nak maju dan dapat belajar secara mendalam pelaksanaan sesuatu projek. Buat kerjapun halal balal saja, tidak berkualiti, lambat disiapkan dan mahal pula tu. Projek lambat, kerja tak berkualiti dan nampak mewah pula gaya hidup mereka . Mereka akan sentiasa dilihat oleh rakyat. Rakyat melihat, mendengar dan mengkaji apa yang berlaku depan mata mereka. Rakyat marah orang-orang seperti ini. Pegawai seperti aku kata tadilah bukan boleh dok tegor-tegor sangat. Kalau tegor dan periksa lebih-lebih sangat nanti depa bawa pi ke atas nak tukar orang tu dan orang ni. Macam-macam lah depa cerita.
Terus terang aku katakan sebagai pegawai kerajaan tak pernahpun terlintas padaku untuk sabotaj kerajaan tugas harian. Sebab tu di Langkawi aku cuba sedaya upaya cuba memastikan jangan ada rakyat yang marah kepada kerajaan fasal projek. Setiap projek yang diluluskan aku laksanakan segera sebelum pilihanraya yang lalu dengan harapan rakyat tahu bahawa pemerentah amat prihatin dengan rakyat. Projek ini pula di serah pada YB untuk buat apa yang patut nak menunjuk kata YB juga memain peranan dalam mendapatkan projek tersebut..Pegawai Kerajaan macam aku ni nak buat apa dok pi tonjol-tonjol diri.. aku bukan ahli politik. Aku pegawai kerajaan yang diberi sejumlah wang untuk tugas yang aku lakukan yang diarah oleh pemerentah. Aku laksanakan tanpa berbelah bagi…
Pengalaman aku sendiri pernah pi periksa projek di Kuala Kedah bawa sekali dengan Pengerusi JKKK untuk tengok apa yang aku nak buat bersama juruteknik. Kalau ikut lojiknya Pengerusi JKKK akan sokong apa yang kita buat sebab nak bagi elok kerja kontraktor yang buat kat kampongnya tapi alih-alih dia dok marah dan perli pula aku dan juruteknik sebab terlalu ketat sangat pemeriksaan projek. Rupanya dia nak cari makan tak boleh… nak cari makan lagu mana fikiaq sendiri.. faham-fahamlah.. Inilah isu dan masalahnya yang sukar nak diterangkan kecuali kita mengalami sendiri akan pengalaman ini.
Pernah berlaku semasa aku kat Kubang Pasu, kontraktor marah kat aku fasal dok kerap sangat lawat projeknya seolah-olah tak percaya padanya.Kontraktor ini pula salah seorang kuat di bahagian parti politik berkenaan. Depa ni pula nanti dok pi cerita pula akan keburukan pegawai-pegawai sedangkan pegawai nak buat kerja betul..Bayangkanlah kontraktor sendiri yang dok cari makan dengan jabatan kerajaan pun punya berani bertindak macam tu….Lepas itu depa dok cerita kata kita tak sokong kontraktor melayu, nak pelingkup orang melayu dan sebagainya.
Dekat Sungai Petani, nama aku ni kira tera jugalah, dalam mesyuarat Parti Politik bahagian SP dok bincang fasal nak tukar aku. kerap sangatlah naik nama aku ni, fasal buat penguatkuasaan undang-undang semasa di bandaran dulu. Awat salah sangatkah kalau kita buat penguatkuasaan ikut undang-undang… Masalahnya orang lain buat tak boleh tapi kalau kena batang hidong sendiri pandai melatah pulak.. tak taulah apa nak jadi kalau macam ni jadinya.
Pejabat Daerah dan lama buat projek kecil luarbandar. Sepatutnya peranan ini dpat dipertingkatkan lagi kerana pelaksanaan projek yang dibuat oleh Pegawai Daerah ada kaitan dengan rakyat diperingkat bawahan. Mereka tahu isu sebenar yang berlaku. Malangnya institusi ini cuba dikikis sedikit demi sedikit disebabkabn oleh perubahan dasar yang dibuat oleh kementerian yang sentiasa bertukar menteri-menterinya. Contoh yang mudah ialah dulu pelaksanaan projek jalan kampong dilaksanakan oleh Pegawai Daerah sendiri, dan program ini berjalan lancar tanpa ada apa-apa masalahpun cuma sedikt-sedikit yang timbul tu biasalah seperti isu penyelenggaraan jalan tersebut. Alih-alih lepas tu diubah buat kepada sistem payong, sistem pakai perunding dan apa-apa sistem lagi untuk laksanakana projek jalan kampong. Ini bukannya ada apa sekadar nak bagi kerja kat perunding, kontraktor besar yang mungkin ada kepentingan dengan tempat-tempat tertentu yang membuat dasar pelaksanaan projek tersebut… Namun lihatlah apa dah jadi dengan sistem-sistem yang langsung tak ada apa-apa perubahanpun malahan merugikan duit kerajaan lagi ada kerana terpaksa bayar kos perunding, dan sebagainya. Syarikat-syarikat besar yang dapat projek tu dah tak tau pi kemana. Nak cari depa balik untuk mai perbaiki jalan yang mereka buat rosak pun jenuh cari. tapi rasanya tak ada satupun yang depa mai balik buat penyelenggaraaan…Perkara ini pegawai-pegawai dan jenuh dok bercakap diforum dan mesyuarat-mesyuarat peringkat atasan, tapi pegawai tertinggi tak mau nak dengar keluhan, luahan, dan pandangan pegawai-pegawai daerah.
Rakyat melihat, mendengar, mengkaji perkara ini. Depa pun ada kesimpulan tersendiri, ini semua nak bagi projek kat anak-anak buah kaum kerabat yang rapat dengan pembuat dasar. Depapun marah. Depa ni tak boleh nak kata apa..mai pembangkang pula dok eksplotasi isu ini dimerata kampong, lama-lama menjadi kepercayaan dan dendam kesumat mula melata dalam hati dan akhirnya diluahkan melalui pilihanraya. Projek tu mai macam tu jugak. Kes tak mau dengar cakap pegawai-pegawai bawahan ini berterusan dari masa ke semasa.
Begitu jugalah dengan kes pembinaan rumah-rumah PPRT atau rumah-rumah orang miskin/dhaif, dulupun Pejabat Daerah yang laksana. Tak ada apa-apa masalah pun dan lebih praktikal dan lebih mendekati rakyat. Hargapun ok juga. Oleh kerana bagipun RM3,000.00 sahaja, maka Pegawai Daerah pun buatlah seadanya tapi masih praktikal. Alih-alih ada institusi lain yang buat dengan alasan rumah yang Pegawai Daerah buat tu kecil dan tak lengkap. Yalah memang tak lengkap tapi kira ok jugalah dengan peruntukan RM3,000.00. Lepas bagi institusi lain pula buat tapi bagi peruntukan yang berlipat kali ganda. Kalau macam tu sapapun boleh buat..Oleh kerana pembinaan melibatkan kos yang tinggi, berapa buah sangat boleh dibuat, sedangkan banyak lagi rakyat yang memerlukan rumah asas ini….
Orang-orang miskin ini perlu dijaga hati dan perasaan mereka. Mereka nilah yang banyak ada di kampong. Selagi kemiskinan banyak ada dikampong selagi itu rakyat akan menuding jari kepada pemerentah bahawa pemerentah gagal dalam menangani masalah rakyat walaupun pada masa yang sama kerajaan berbelanja untuk projek-projek besar sampai berbilion ringgit malaysia.. Benda-benda seperti ini bagi Pegawai Daerah buat , kenapa perlu ditarik balik projek yang ada kaitan dengan rakyat bawahan. Tetapi oleh kerana pelaksanaan projek ada kepentingan peribadi diperingkat atasan maka terpaksalah pegawai diperingkat akar umbi terima sahaja. Merancang projek dengan mengambil kira kepada siapa nak bagi projek tersebut untuk dilaksanakan yang ada kaitan kepentingan peribadi.
iii. WAKIL RAKYAT DAN ORANG POLITIK BANYAK TAK BUAT KERJA YANG SEPATUTNYA
Isu ni kalau bercakap, pasti ramai akan marah. Takpalah nak marahpun marahlah. Kerajaan pun kata semua kena muhasabah diri kepada perkara sebegini. Tapi itulah hakikatnya yang berlaku dalam masyarakat sebenarnya. Kalau depa buat kerja tak jadi macam ni. Masing-masing terlalu terlebih keyakinan dengan kekuatan parti pemerentah. Tak buat apapun rakyat akan sokong pemerentah…nah apa dah jadi. Kebanyakan buat tak kisah aje apa isu dan masalah yang berlaku dalam masyarakat sekitarnya. Orang politik sebenarnya kena buat kerja bersungguh-sungguh bagi memastikan ketuanan bangsa tu kekal tegoh dan berkuasa. Bukan berpolitik untuk dapatkan habuan wang ringgit dan harta serta pangkat kebesaran. Kita berpolitik ialah untuk menjaga kepentingan bangsa kita agar tidak diperlekehkan dan dipersendakan oleh bangsa lain, kaum lain, negara lain dan agama lain. Itu yang sepatutnya. Tetapi oleh kerana terlalu lama memerentah, kita mudah lupa akan asas orang berpolitik atau asas ujudnya badan politik itu sendiri. Sapa jadi ketua bahagian atau apa-apa ketualah dalam badan politik , kita pasti nampak akan kemewahannya, kehebatannya, malahan kadang-kadang keangkuhannya. Itu tak jadi wakil rakyat lagi. Semua orang nampak akan kelebihan itu. Tak taulah aku mai lagu mana kemewahan itu, hanya yang terlibat sahaja tau. Itu yang beria-ia sangat orang berebut nak jadi pemimpin politik. Maka hasilnya segala perlakuan dan tingkahlaku kadang-kadang melangkaui asas-asas agama dan moral. Tak kiralah apa cara sekalipun, secara haram ka, halal ka dan sebagainya, yang pentingnya apa yang dihajati itu tercapai.. Pertimbangan kepada kepentingan Melayu letak ketepi. Ini yang aku sedih sangat tengok akan perlakuan setengah-setengah bangsaku yang lupa diri.
Apa kerja sebenar YB setelah dapat jawatan itu. Ini yang setengah-setengah YB lupa. Depa dok asyik dengan keseronokan jadi YB dan penghormatan yang tinggi diberikan kepada mereka dalam protokol daerah dan negeri. Nama mereka disanjung tinggi. Pandangan dan nasihat mereka seolah-olah kata keramat yang perlu diikuti apatah lagi oleh orang-orang kampong. Tetapi setakat mana sangat orang nak sanjung, kalau bersyarah sahaja lebih tetapi kurang ada dikawasan. Lama-lama orang meluat. Lebih baik dapat seorang YB yang tak mengaji tinggi tapi sentiasa dekat dengan rakyat, sentiasa dekat dihati rakyat walaupun YB tu tak ada duit ringgit yang banyak. Orang kampong sebenarnya bukannya mau sangat duit ringgit dari YB, yang penting bagi mereka sentiasa keluhan dan masalah mereka sentiasa diambil berat oleh YB dan dibawa keatas untuk diselesaikan. Semua isu dan masalah dalam kawasannya ada dalam perhatian dan pengetahuannya. Hubungannya kena rapat dengan semua orang walaupun musuh politiknya. Tak boleh dok berkelahi dan bermasam muka dengan sesiapa sahaja. Sifat memaafkan kena ada sentiasa dalam diri seorang YB. Setiap orang adalah penting pada seorang YB kerana satu undi itu penting. Jangan cari musuh, tapi cari kawan sebanyak mungkin. Kerja ni bukan senang tapi itulah caranya kalau nak pertahankan kawasan.
Apa yang pernah aku tengok ada YB tu dia suka cari fasal dengan ahli-ahli dalam kawasannya. Kalau menentang atau berpandangan yang tidak sealiran dengannya pasti akan dipulaunya walaupun dalam parti yang sama. Duit projek YB yang dia dapat tidak disalurkan kepada cawangan yang menentangnya. Macam buat ugutan pula seolah-olah dengan peruntukan itu dia boleh minta orang sokong dia. Maaf cakaplah, orang sekarang tidak hairan sangat dengan peruntukan YB, tak bagipun depa tak hairan sangat. Kalau banyak sangat dok berkelahi dengan orang-orang yang satu parti dengannya tapi tidak sealiran dari segi pandangan dan pendapat bayangkan apa akan jadi bila mai pilihanraya…Aku sendiri kalau secara peribadi pemimpin tu kalau asyik dok pulau kita sahaja, sampai tak boleh tegor langsung, kata lebih kurang sahaja lama-lama nanti naik meluat juga. Cara mana nak ajar, kalau dia jadi calon YB nanti tok sah dok undi dia atau undi orang lain. Itu baru sorang fikir macam tu, kalau banyak sangat dok fikir macam tu , terjunamlah calon YB itu. Kawasan-kawasan yang kelabu patutnya kita kena masuk.
Ini kalau pegawai kerajaan masuk buat aktiviti dan projek disitu, YB cap pula kata kita ni orang sebelah pembangkang. Situ pula jadinya, sedangkan kita nak cari kawan sebanyak mungkin, manalah tau dengan program yang kita buat disitu mereka akan kembali suka kepada pemerentah, tidaklah difikirkan mereka asyik tersisih dari arus pembangunan dan jarang diberi apa-apa bantuan dan projek pembangunan. Itu tujuan sebenarnya. Pemikiran cetek setengah-setengah YB memang ada. Tak boleh nak berfikiran rasional. Sudah dalam lingkongan puak sendiri pun dok berkelahi, tang mana lagi nak cari pengundi.
Itu tak kira lagi YB ambil komisen dari setiap kontraktor yang buat projek yang dilaksanakan dalam kawasannya. Apatah lagi pada satu ketika dulu nama-nama kontraktor sendiri akan diberi oleh YB kawasan. Jadi kontraktor seolah bergantung kepada belas ikhsan dari YB. Ada setengahnya ada syarikat sendiri pula yang dok cari makan dalam kawasan pilihanraya. Walaupun tidak ada nama dalam syarikat tapi pakai nama orang-orang kanan depa pula.. Hebatlah tu… orang kampong tau dan nampak dan dengar cerita-cerita macam ni. Makanya makin bertambah meluatlah jadinya mereka itu.
YB Kalau boleh 7 hari seminggu kena ada dalam kawasan dan lebih baik kalau tinggal dalam kawasannya sebagai kediaman tetap. Bukan mai seminggu sekali, yang lain tu pakai jumpa kerani dia atau wakil dia sahaja. Wakil-wakil ni bukan pakai sangat nanti lebih sudu dari kuah. Banyak sangat dah aku dok tengok salah satu faktor orang kampong meluat kepada YB ialah kerana ada wakil-wakil seperti inilah. Depa ni kadang-kadang ‘over action’ Kalau setakat jadi YB biasa tu toksahlah dok pakai wakil-wakil. Kita kena jadi YB sepenuh masa, jangan asyik dok kira busines kita saja sampai tinggal kawasan dan dekat-dekat pilihanraya barulah kalut nak mai tunjuk muka kat orang kampong.. Hai naik geli geleman aku tengok orang macam ni.. Itupun jangan lobi nak jadi lagi YB bagai nak rak. Arak rata pemberita ikut sekali suruh cerita apa yang dia buat kat kawasan… lagi kerap muka ada dalam paper atau tv lagi bagus. Baru nampak kata kita buat kerja.. Tapi orang kampong la bukan macam orang kampong dulu, depa dah berpelajaran, berfikiran terbuka, dan banyak maklumat mereka boleh perolehi…. Orang-orang seperti inilah yang pemimpin atasan nak kena tengok. Jangan pakai tengok kulit sahaja. Pandai bodek pandai ampu, pandai sambut kat airport dan sebagainya kadang-kadang tu bukan boleh percaya sangat. Kena tengok sama. Orang hormat dan sambut kat kita bukan kerana kewibawaan kita tetapi kerana kekuasaan kita. Kalau kuasa tidak ada tak guna langsung orang itu pada sebahagian orang politik. Orang sanggup cium lulur tangan sedangkan sebelum ni, tengok pun sebelah mata sahaja. Bila jadi YAB dan sebagainya dan dan berubah, cium tak sangka. Kalau cium tangan tok guru tu tak apa juga sebab dia bagi kita ilmu dan berkat ataupun cium tangan ibu bapa kita tak apa juga. Fasal apa sanggup buat macam tu..fikir-fikirlah sendiri.
Ingatlah tu wahai pemimpin-pemimpin ku. Itulah sandiwara yang dok berlaku depan mata kita . Itu sebab kebanyakan orang tidak mahu meletak jawatan dalam politik, takut hilang kuasa. Kaya orang tidak hairan, tapi kuasa yang orang hairan.
Setiap YB baik MP atau ADUN BN selalunya mereka mendapat peruntukan khas, kalau MP akan dapat peruntukan dari kerajaan persekutuan, dan kalau YB ADUN akan dapat peruntukan Negeri. Masalahnya disini dalam pengagihan duit projek ni aku rasa tak begitu licin sesama YB dalam parti yang sama. Banyak yang tak boleh nak bekerja sama sesama mereka sedangkan pengundi/rakyat adalah orang sama juga, bukannya orang lain. Ada ketika tu YB Ahli Parlimen biasa diperuntukkan RM2.00 juta setahun dan selalunya RM500,000.00 ke RM1,000,000.00 setahun. Malangnya bagi ADUN hanya dapat RM100,000.00 sahaja setahun. Kalau jadi EXCO dapatlah RM200,000.00 tapi itu untuk jaga seluruh Kedah. Sepatutnya bagilah seimbang. Kerajaan Persekutuan bagilah juga peruntukan pada YB ADUN ni sama, nak harapkan peruntukan kerajaan negeri Kedah ni bukannya banyak sangat.. Bukan Federal tak tahu, tapi sahaja buat-buat tak tahu.
YB Ahli Parlimen yang aku dok nampak dikebanyakan tempat dah, genggam rapat peruntukan yang dia dapat, kut nak bedak sama kat-kat ADUN dalam kawasannya juga jauh sekali. Pengundi dan penerima adalah orang sama. Patut pakatlah sama-sama, apa salahnya. Ini tidak. macamlah musuh bila bincang bab-bab projek. Rupanya duit projek yang diberi inipun boleh jadi sumber penting untuk meningkatkan pengaruh dikalangan ahli. Begitu rupanya. Sebab itu YB Ahli Parlimen tak mahu lepas sikit duit ni kat ADUNnya lebih-lebih nampak ADUN tu aktif sikit,pengaruh kui makin meningkat, takut-takut nanti makan tuan pula. Ini yang menjadi kerisauannya. Kalau dalam satu parti yang sama pun tidak boleh nak bekerjasama, asyik curiga dan prasangka buruk sesama mereka, macammanalah nak satukan masyarakat yang dibawah kepimpinan mereka…Benda-benda ni lama-lama menjadi barah yang merebak sikit demi sedikit dalam masyarakat. Masing-masing ada pengikut masing-masing. Kita semakin mengecil-ngecilkan pengaruh parti secara keseluruhannya. Ini merbahaya kepada masa depan sesebuah organisasi. La ni dengar kata federal nak bagi juga duit projek pada ADUN BN yang menang di Kedah. Boleh pulak? Kalau bagi awal-awal lagi kan ke senang. Tak lah gaduh ADUN-ADUN dok cari duit rata nak buat projek untuk rakyat.
Jadi aku harap sangatlah wakil rakyat yang dok ada la ni, buatlah kerja sungguh-sungguh. Jangan dok tunggu dekat-dekat pilihanraya nak mai ni baru nak mula buat kerja. Buat kerjapun bukan takat tolong buat surat sokongan penduduk kampong dan salinkan kepada anak buah kata kita telah ambil tindakan. Itu macam tak buat kerja. Buat kerja yang sebenar kena turun kepadang, selami sedalam-dalamnya masalah anak buah dan pi sendiri kejabatan-jabatan yang berkenaan. Kalau jabatan tidak ada peruntukan, guna pengaruh kita sebagai YB pi sampai ke Putrajaya untuk dapatkan peruntukan, jumpa pegawai-pegawai kanan disana, malahan kalau hebat lagi pi jumpa menteri sendiri, baru hebat namanya. Buat perancangan dan permudahkan jabatan-jabatan dalam membuat keputusan bukan menyemakkan lagi disebabkan ada kepentingan peribadi. Kalau takat cakap kot kampong sahaja, tak sampai kemana. Alih-alih nak salah jabatan kerajaan peringkat daerah sahaja, bila tidak berjaya. macamlah jabatan-jabatan kerajaan daerah ni tidak buat kerja..
iv. JENTERA UTAMA KERAJAAN KURANG MEMAINKAN PERANAN..
Perkara inipun rasanya nak kena sentuh juga. Oleh kerana terlalu lama berada dalam situasi yang sentiasa memihak kepada kerajaan yang memerintah, memang tidak dijangka sesuatu perkara yang luarbiasa akan berlaku dalam pilihanraya. Kerana itulah maka kebanyakan pegawai-pegawai kanan dan atasan peringkat tertinggi alpa dengan kedudukan ini dan gagal mengambil tindakan yang sewajarnya dalam bidang tugas dan kawalan masing-masing. Cerita fasal jabatan ini, ianya sedikit sebanyak akan terkena akan batang hidong sendiri juga akhirnya… tapi tidak mengapa demi kebaikan semua pihak.
Bahagian Keselamatan Negara sepatutnya perlu lebih peka dan proaktif dalam hal ini. Kempen gerak saraf yang dilaksanakan kena perlu lebih agresif. Masalahnya dalam kes pilihanraya yang baru lepas aku dapat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan diperingkat akar umbi agak lemah. Tak taulah kalau ada aktiviti yang dibuat diperingkat rakyat ini tanpa pengetahuan aku. Tetapi kebiasaannya Pegawai Daerah akan memainkan peranan penting dalam kempen geraksaraf masuk kekampong menjalankan aktiviti. Malangnya di Kedah ini pegawai khusus yang dulu-dulunya ada disetiap daerah telah ditiadakan...Oklah..banyak juga yang aku ketok punat-punat huruf komputer ni.. dah naik letih pula rasanya. Biarlah aku berhenti disini dulu. Tak bagus juga kalau dalam letih-letih dan mata pun naik berbinau pula.. nanti lain yang dimaksud lain pula yang ditaip ..nanya nanti.. la ni bukan boleh dok tulis tak ketahuan, sikit-sikit nak saman…..
00.00.00..Selamat sejahtera dan selamat pagi.. pagi ni pagi Jumaat. Lepas balik dari masjid tadi terasa pula idea mai untuk sambung tulis dalam tajuk blog ini yang tak habis-habis lagi ni. Aku nak sambung fasal kejatuhan pengaruh BN dalam pilihanraya yang lalu. Salah satu lagi sebabnya yang aku terperasan ialah seperti dibawah tajuk ni....
v. PERWATAKAN DAN KEPERIBADIAN CALON WAKIL RAKYAT..
Kadang-kadang tu walaupun kita rasa perkara tu kecil sahaja tetapi pada sesetengah orang ianya amat memberi kesan kepada mereka. Ada beberapa contoh yang mudah tapi patutnya diberi perhatian yang besar oleh pemimpin-pemimpin politik. Ini memberi kesan kepada sokongan rakyat. Dimana yang boleh kita mendapat pengaruh dan sokongan janganlah diabaikan walaupun kecil nampaknya...Dalam hal ini kenalah berkorban sikit supaya ianya tidak menjadi bahan bualan dan sindiran rakyat. Dan tak rugi rasanya kalau kita buatpun malahan pasti akan mendapat sanjungan dari rakyat terutama yang berugama Islam.
Semua orang tahu penekanan kepada unsur keIslaman dan penekanan kepada Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh pemimpin tertinggi kerajaan. Pelancaran dibuat dimerata negeri dan belanjapun besar-besar juga. Semuanya untuk memberitahu rakyat akan kebaikan Islam Hadhari yang diperkenalkan itu. ..Apa yang kita buat kenalah berpaksikan kepada Allah SWT. Sebagai orang Islam kita tidak boleh dari itu. kalau ini kita pegang selamatlah kita dunia dan akhirat...Apa yang aku nak cakap ini ialah tentang kaum wanita yang menjadi calun wakil rakyat dan juga isteri-isteri wakil rakyat tak kiralah walaupun peringkat paling tinggi dalam kerajaan, hinggalah kepada wakil rakyat biasa… elok sangatlah bertudung kepala sepertimana seorang muslimah yang sebenarnya sepertimana yang ditetapkan dalam ajaran Islam. Perkara ini dah jelas dan tidak perlu dipertikaikan dan dipersoalkan lagi. Isunya sekarang ialah bila perkara ini dibangkitkan dan pernah dibangkitkan oleh ahli-ahli parti politik, jawapan yang diberikan ialah kita nak menilai keimanan seseorang itu jangan menilai dari faktor luaran. Tak pakai tudung kepala bukan isu besar kepada pemimpin kita …….. tetapi mereka tidak sedar bahawa dulu tahun-tahun 70 an dan 80 an perkara tak pakai tudung itu memanglah perkara biasa sahaja. Tidak ada ganjilnya dan malahan kita masih dapat melihat diserata cerok kampong pakai mini skit, baju kebaya ketat dan sebagainya jadi perkara biasa sahaja. Tapi zaman dah berubah. Kita kenalah ikut peredaran zaman. Jangan tunjukkan sangat yang kita ni tak heran kat siapa atas alasan itu hak peribadi seseorang , hak asasi seseorang nak pakai apapun, apa dok gaduh. Yalah kalau kita orang biasa dan tak terlibat dengan sokongan rakyat tak apalah. masalahnya kita adalah wakil rakyat dan pemimpin politik yang memerentah negara. kita bercakap perlulah serupa bikin. Pemimpin bercakap mengenai kembali kepada Islam, ikut cara Islam, ikut sunnah Rasullullah dan sebagainya tetapi perbuatannya tidak menjurus kearah itu walaupun yang lain dah banyak dibuat bagi menunjukkan keislaman kita tapi yang satu ni (pakai tudung) payah sungguh nak ikut. Tak tau fasal apa…..Orang kampong sangat seronok kalau tengok YB wanita atau isteri YB yang bertudung ayu dan nampak manis pula, silap-silap mereka pula boleh menjadi ikutan dan contoh terbaik kepada masyarakatnya. Ini sedikit sebanyak memberi pengaruh yang kuat kepada sokongan rakyat. Cubalah tengok wakil-wakil rakyat pembangkang dan isteri-isteri wakil rakyat pembangkang, kebanyakan mereka semuanya bertudung kepala, nampak pada zahirnya baguslah pada pandangan rakyat. Tapi batinnya tak tau lagilah. Itu sebab mereka mudah mendapat sokongan rakyat untuk mengundi mereka.
Alangkah bagusnya dan indahnya isteri YAB Perdana Menteri kita dan isteri YAB Timbalan Perdana Menteri kita memakai tudung kepada yang sepatutnya seperti seorang muslim sejati… Itulah yang aku doakan sangat-sangat agar mereka dapat hidayah mengenai perkara itu.. Tentu kalangan pengundi-pengundi wanita dikampong-kampong yang amat ramai itu akan menyokong mereka dan menyokong kerjaya suami mereka pada keseluruhannya. Mereka adalah wanita pertama dan wanita kedua dalam negara yang menjadi ikon pada wanita diMalaysia ini. Begitu juga kalau semua wakil-wakil rakyat wanita, menteri kabinet wanita, isteri-isteri menteri , isteri-isteri Menteri Besar dan sebagainya yang ada memakai tudung muslimah, aku amat yakin pasti rakyat tidak akan menyindir lagi akan program-program keislaman yang dianjurkan oleh kerajaan. Kerana kita cakap serupa bikin… susah sangatkah nak pakai tudung kepala..tak rugi apa pun, kalau nak rugipun tukang solek rambut kut yang nak rugi kerana depa tak boleh reka fesyen-fesyen rambut kat tokoh-tokoh wanita dan isteri pemimpin tertinggi dalam politikdan kerajaan. Terlalu banyak sangat aku dengar sindiran-sindiran berkaitan ini dalam cakap-cakap di kampong-kampong…sukar juga aku nak berbahas dengan mereka ini kerana bila fikir-fikir balik betul juga…Jangan cakap fasal Islam Hadhari atau kembali kepada Islam jika jika diri dan keluarga sendiri pun belum menghayati sepenuhnya konsep itu walaupun perkara tersebut bukannya susah sangat nak buat. Bukan nak kena pinda undang-undang seperti di negara Turki. Pakai sajalah apa yang susah sangat.Oklah aku dah naik letih dan malas pula. Kalau aku dok taip lagi nanti jadi melalut pula celoteh aku ni. Jadi biarlah aku berehat dulu, nanti bila mai syehnya aku akan pukul lagi keyboard ni biar relai…..Nak kena pi bersiap-siap pi sembahyang Jumaat kat masjid yang sangat dekat dengan rumah aku ni….
asriredha
teratak kasih
alor setar
Memberi ulasan & membuat analisa mengenai sesuatu peristiwa untuk maksud penerbitan diblog ini adalah sesuatu yang menyeronokkan. Lbh teruja lg kalau tulisan sensasi dibaca org ramai, mendapat reaksi positif & menjadi topik perbualan. Sudah pasti ianya akan menjadi kepuasan kpd penulis. Pandangan & ulasan saya dlm blog ini jika terkena & menyinggong perasaan sesiapa itu bukanlah niat saya.
11 February 2009
10 February 2009
Penghargaan Dan Kutukan
Sedar tak sedar dah dekat 24 tahun aku kerja dengan kerajaan…begitu cepat masa berlalu…sedar-sedar tengah kepala dah licin tak ada rambut, rambut yang hitam dah jadi putih, termasuk dengan bulu hidung sekali dia putih…tetapi oleh kerana naik uban ni tak sakit maka banyak orang tak kisah sangat nak buat treatment untuk ubatkan kepala yang semakin memutih dan botak.. Sebenarnya memang ada rawatan diluar sana untuk membaiki apa-apa yang rosak tapi itulah manusia ni….kalau dia tak sakit bukan dia nak sedar. Lagipun orang macam aku ni tak berapa kisah sangat dengan penampilan diri dari aspek seperti ini…Lainlah setengah kawan-kawan tu sanggup pi buat celup inai hitam kat rambut yang tinggal sejemput tu pun, nak bagi nampak mudalah katakan…Aku pun tak sedar sejak bila orang dah mula panggil aku pakcik…dari orang panggil abang la ni kalau pi kat kedai atau pasaraya atau kat mana-mana anak-anak dara jurujual dah panggil aku pak cik….hai rasa-rasanya muda lagi.
Apa yang aku nak sembang ni ialah tentang rempah rencah kehidupan sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan. Pada analisa aku ni sebahagian besar kerja aku ni hanya guna otak sahaja taklah guna segala kudrat urat saraf dengan segala titik peloh yang menghasilkan bahan penting untuk kehidupan manusia sepertimana yang mak bapa aku keluarkan hasil padinya. Orang desa baru nampak depa buat kerja kerja kita nampak hasil yang dikeluarkan oleh mereka. Berapa tan padi yang dikeluarkan, berapa pikul sayor yang dihasilkan, berapa ekor lembu yang dijual dan sebagainya. Jadi Sapa yang sebenarnya bekerja…Aku dan sebahagian besar masyarakat kota hanya bermain dengan idea sahaja peloh setitik pun tidak, tetapi selalunya orang guna idea-idea otak nilah yang selalu dapat banyak faedah dan manafaat dalam mengejar kemewahan dunia..biarlah aku tinggalkan persoalan ini untuk renungan kita bersama.
Apa yang aku nak bualkan ialah pengalaman aku sendiri. Aku ni tegas juga dalam menjalankan tugas dan suka ambil tahu semua perkara walaupun perkara kecik-kecik. Ketegasan dan ketelitian ini selalunya memberi implikasi kepada samaada orang suka atau orang tidak suka… Kalau orang suka maka akan ada penghormatan kepada kita tetapi kalau orang tidak suka akan ada orang yang suka kutuk aku buat kerja. Maka dengan itulah muncul macam-macam surat layang yang ditujukan kepada aku. Aku akan cuba lampirkan contoh surat-surat layang yang ditujukan kepada aku…dan aku harap saudara-saudara baca dan buatlah kesimpulan sendiri…tetapi semua yang dibangkitkan itu sebenarnya dah ’settle’ tidak ada satupun yang betul… Kalau betul dah lama aku kena ambil tindakan…Aku cuma ambil sebahagian kecil sahaja surat-surat layang tersebut…Aku memang suka simpan macam-macam surat layang yang ditujukan kepada jabatan ditempat aku bertugas.. ada yang ditujukan kepada kakitangan jabatan dan ada ditujukan terus kepada aku.
Dalam pada itu aku juga terima banyak surat penghargaan, surat dari kakitangan atau orang awam yang suka cara aku buat kerja dan surat dan kad yang memberikan kata-kata perangsang… Sekurang-kurangnya ianya memberi semangat dan perangsang kepada aku untuk membuat kerja dengan lebih baik lagi…..tanpa terlalu mengharapkan ganjaran …
Pada masa sama juga aku tidak ketinggalan juga untuk memberikan surat-surat ucapan penghargaan dan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberi pengiktirafan kepada usaha aku. Aku akan cuba selitkan surat-surat tersebut untuk tatapan saudara-saudara semua…baca pilah no….
So aku berhenti kat sini dulu…nak kena pi selongkar fail-fail yang tersusun kat rak ofis dalam rumah aku ni…takut salah letak pulak , maklumlah dah banyak kali pindah rumah…….sabar nanti aku cuba tunjukkan…
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Tarikh: Oktober 1998
YAB TAN SRI SANUSI JUNID
Menteri Besar Kedah Darulaman Wisma Darulaman
Alor Setar
Kedah Darulaman.
SALAHLAKU - MOHD.ASRI REDHA ABD:RAHMAN
SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PET ANI.
Merujuk perkara diatas kesempatan ini saya ingin meminta sedikit perhatian Y AB Tan Sri terhadap beberapa perkara yang telah dilakukan oleh MOHD.ASRI REDHA ABD.RAHMAN selaku SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN SG.PETANI.
1. PONTENG W AKTU TUGAS
Seringkali dilihat bermain golf pada waktu pagi di- Sungai Petani
Kelab . contoh kes : .
Tarikh Masa [dilihat sendiri]
2 NOV 1998
antara 9. 15 pagi - 945 pagi
tempat: Kelab Golf Sungai Petani.
Sebagai pegawai atasan yang sering mengambil tindakan terhadap kakitangan bawahan kerana lewat datang dan lain adakah ini adil. Ini dilihat sebagai double standard.
2. SALAHGUNA KUASA [ SALAH TINDAKAN ]
Beliau menyokong salah seorang pegawai [wanita] kontrak yang lalai dan tidak cekap sebagai pegawai tetap.
Untuk makluman pegawai terse but telah menyebabkan Mahkamah telah menjatohkan hukuman yang menyebabkan MPSPK kerugian ratusan ribu ringgit. S'ehingga kini Pegawai tersebut tidak pemah diambil tindakan, tetapi kalau kakitangan bawahan salah sikit dipotong gaji atau diambil tindakan displin. Dimanakah keadilan. Pohon tolong
ambit perhatian.
3 KEPENTINGAN LAIN.
Sebagai Setiausaha MPSPK beliau juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tender/Sebutharga. Apa yang diragukan ialah mengikut peraturan
orang yang sama tidak boleh menjadi Jawatankuasa Buka Tender dan Jawatankuasa Setuju Terima Tender.
Apa yang rnenjadi tanda tanya ialah :
1. Orang yang sama menjadi kedua-dua jawatankuasa.
ii. Orang sarna juga dilantik setiap kali tender dibuka
atau setuju terima tender ,yang sepatutnya digilirkan dikalangan Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Jabatan.
Individu yang selalu dilantik ialah: SAPAK ISMAIL HJ.HASSAN AYOB Kedua-duanya ialah AHLI MAJLIS.
Difahamkan beberapa kontrak yang beliau ada kepentingan di uruskan Oleh SAPAK ISMAIL. Contoh:
1. Binaan tambahan Gerai Taman Jublee Perak.
ii. Setesyen bas sementara di S.P.PLAZA.
iii. Beberapa pondok bas disekitaran bandar Sg. Petani.
Persoalan mengapa hanya SAPAK ISMAIL dan HJ.HASSAN A YOB sahaja menjadi jawatankuasa tersebut.
Hj.Hassan juga disyaki pemah bersetuju memberi satu kontrak kepada satu syarikat dirnana beliau rnenjadi pengerusi.
Untuk makluman Y AB TAN SRI banyak lagi perkara yang telah dilakukan oleh beliau .kami amat berharap agar Y AB TAN SRI dapat memberi sedikit perhatian.
Terima kasih.
MANGSA TERTINDAS OLEH BANGSA SENDIRI.
s.k. DATO ISMAIL TAN SRI SHAFIE SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
YB. DATO SYED RAZAK SYED ZAIN BARAKABAH EXCO
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
XXXXXXXXXXXXXXXXX (sengaja dipadamkan nama penulis)
Pejabat xxxxxx xxxxxxxx
xxxxx xxxx xxxxxxxx
Assalammualaikum.. ..
Apa khabar En. Asri di sana.... harapan dan doa agar senantiasa sihat hendaknya serta dirahmati ALLAH S.W.T selalu...
Sebelum itu, Maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana saya tidak dapat menunaikan janji seperti mana yang dijanjikan...iaitu saya tak dapat siapkan sepenuhnya laman web xxx untuk dipublishkan dilayar internet.... namun saya sudah cuba yang sebaiknya...namun seperti yang telah saya ceritakan pada Encik Asri. Segala makiumat telah saya dapatkan .....Cuma untuk link kan sahaja ....cikgu yang mengajar saya pun susah untuk saya hubungi kerana semenjak kematian suaminya yang mana mereka baru saja 2 bulan mendirikan rumah tangga, asyik tutup kedai. Bila call tak berjawab, sms tak berbalas.... saya dah ceritakan kepada "orang berkenaan" (seperti mana Encik Asri ketahui). Tiada bantuan yang dihulurkan untuk saya menyiapkan link itu...
Saya mohon maaf beribu-ribu maaf kerana mengecewakan Encik Asri... Disini saya dah masukan semua maklumat-maklumat tentang xxx dalam cd untuk Encik Asri...namun begitu ilmu yang Encik Asri turunkan kepada saya disaat akhir di pejabat xxx sangat berguna dimana saya telah berjaya mengajar xxxx dan xxx untuk membuat blog sendiri...hasil tunjuk ajar Encik Asri (saya dah buat blog saya sendiri banyak kali tak menjadi.... entah macam mana bila ajar xxxx...terus jadi...) insyallah...mungkin lepas nie...baru kot saya nak buat...
Encik Asri.... terima kasih banyak-banyak diatas tunjuk ajar dan ilmu yang diturunkan/diberikan tanpa jemu kepada saya... pada mulanya rasa rendah diri juga...tapi atas nasihat dan selalu "dicuci" minda saya .....kini saya rasa bertuah kerana bertemu dengan Encik Asri.... sekurang-kurangnya saya tak lah duduk ditahap lama (ilmu)...
Untuk pengetahuan Encik Asri...mungkin ada setengah pihak gembira dengan penukaran Encik Asri...tapi tidak bagi saya....ya..lah bukan senang nak dapat bos...yang serba serbi boleh...tak kedekut ilmu malah.... dari segi nasihat juga bagus...Bukan saya nak mengampu tapi inilah hakikatnya..... ramai yang mengeji saya ketika itu...apa pun saya bersyukur ...atas nasihat dan pandangan yang diberikan.... InsyaAllah saya akan gunakan ilmu yang diberikan dengan sebaiknya...
En. Asri........ TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA.... JASAMU TETAP DIKENANG......
Sekian, wassalam.....
XXXXXXXX
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Date: 00.00.00.
Tuan,
Assalamualaikum.You will be leaving us soon BUT believe me you are going with a lot of praise and high regard for all the good and positive changes you have done for our organisation. No other boss can quite match you in terms of dedication,responsibility and working spirit.And for that Tuan you will always have my respect and admiration.
You sometimes wonder why after all the good you try to do for the organisation, still there are staff or public who dislike you. As your friend, I have to tell you the reason behind that.Sometimes you tend to forget that we are obligated to talk and treat every cus·tomer nice whether they are right or wrong .You need to smile more and listen patiently to their problems, then explain why we had to take action against them. Not all that you hear from you staff are the absolute truth. So if we hurt the public's feelings first, then after investigating we find out our staff are at fault; by right we have to say sorry to the public but how often do we do that?So it is always safe to give the public the 'benefit of the doubt'.
From my experience Tuan, if we really talk sweetly to our customers, in the end they leave us happy even if they have to pay fines!
Our staff always say you take action on our labourers (staff bawahan) but you are quite lenient to the officers, especially who are ,always not in the office. You seldom go to their tables to check if they are in. If they say they went out on official matters, you can ask for the files.Most of our staff are quite sad that you only see their mistakes because they are near you but you seldom check on the Units which are far from you. The staff there are so free to do what they want.
I have not met one person who says your work is not good. Everyone admits you cannot be challenged when it comes to doing quality work. That is why I love working with you.Someone once told me that you are a really good SIU in terms of work but there are three things you have to change and you will be the best KCS officer in Kedah. One, you have to smile more and show respect to the public(they sometimes think you look down upon them(hina mereka). I am sure you never meant to do that.Two,you have to look at people when talking to them to show that you care to listen to what they say. They sometimes think you are not interested to listen to their problems. Three, you should not tell people about what other people has said(bad things) about you.
I only want to tell you that all the while you were here I have not once even doubted your sincerety in your work and have always defended you when there are negative rumours about you. The reason I sometimes ask you about those things is just so I have the proof to say what the staff hear about you (negative things) are not true. Itu saja, kadang-kadang saya khuatir Tuan fikir saya ni siapa nak soal Tuan ten tang apa-apa perkara saya dengar. Percayalah Tuan saya tidak memihak pad a staff. Saya sentiasa memihak kepada tuan dan
saya beritahu mereka saya akan tanya Tuan perkara yang sebenar. Sehingga ada staff kita yang kata susah nak komen fasal Tuan pada saya sebab saya selalu menyebelahi tuan!
Tetapi tidaklah selalu. Ada juga ketika dimana saya 'terguris' dengan tuan.Contohnya,Tuan 'takut' silap faham dengan staff kalau baik dengan staff yang baik kerjanya. Apalah salahnya seseorang itu close dengan bossnya dalam hal kerja? Jadi, Tuan boleh jawap kepada mereka yang' cemburu', "saya akan baik dengan semua staff tetapi akan lebih baik pada mereka yang boleh buat kerja dengan baik". Pendapat saya tuan, sebagai pemimpin Islam yang adil, jika seseorang staff itu baik dalam kerjanya dan layak diberi ganjaran yang wajar biar pun setiap tahun sekiranya prestasinya sentiasa baik, kenapa pula perlu endahkan mereka yang akan kata belakang, terutamanya mereka yang tidak layak.Ada ramai juga staff kita yang memang kerja bagus dan patut diberi ganjaran setiap tahun tetapi tidak diberi sebab tak mahu yang lain berkata. Anugerah diberi ikut turn' walau pun prestasi tidak sebaik mana. This is not fair.Sebab itulah ramai pegawai malas nak isi borang prestasi sebab isi macam mana pun kena ikut 'turn'! Sometimes frust lihat 'the bad always win' ..
Sehubungan itu saya rasa juga tidak adil pemberian ganjaran dihentikan bagi staff kontrak yang bekerja bertungkus lumus, seolah-olah mereka tidak dihargai dan setaraf dengan mereka yang malas bekerja. Sekurang-kurangnya ganjaran diberi kepada kakitangan kontrak yang baik prestasi kerjanya.Kebanyakan kakitangan kontrak menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dibuat oleh dua tiga orang tetapi dibuat juga menepati masa.
Seperkara lagi, saya ingin sangat tuan membincangkan dengan saya lapuran prestasi saya, dimana ruang yang perlu diubah dan sebagainya.Saya sedar saya manusia biasa tetapi saya ingin Tuan tahu saya ikhlas berkerja untuk institusi ini.Biar gaji dan elaun tidak setimpal dengan pengalaman dan kerja yang dicurah tetapi hati ini iklhas lOO%.Sebab itu kadangkala saya tidak boleh terima staff yang tidak bersemangat sedemikian di 'biar' begitu sahaja.Mereka patut disedarkan tentang tanggungjawab dan peranan mereka.
Dalam mesyuarat, umpamanya saya sangat harap tuan akan menegur mereka yang memberi komen yang tidak membina dan menjatuhkan maruah orang lain. Tuan ada hak untuk kata, "kita nak tegur orang lain biar bertempat jangan sampai tersentuh perasaan orang lain.Yang lebih penting, pastikan kita sentiasa 'tip-top' dalam kerja kita dahulu baru komen kerja orang".
Atau pun dengan nada perlahan tuan boleh kata "Kalau nak cakap, cakap yang berkaitan, kalau bukan kena mengena, lebih baik diam. Ini bilik mesyaurat, bukan pasar borong'. Biar slow tetapi menghiris sampai ke tulang kering!
So Tuan in your new office my hope is that you will smile more and look at your customers right in the eye when talking to them to show that you respect them and you are listening to what they have to say. But do not give face because there will be those who will take
advantage of you.Talk intelligently, Tuan, because many might not want to hear you talk about your experiences and want you to go straight to the point.
Lastly, but not least, I want to share a copy of this beautiful letter( enclosed) from Abraham Lincoln to the Head of his son's school. It has a lot of good advice and can help us to become a good person in everything we do.
I will not say goodbye, Tuan, because I know we will often meet. So till then, I pray for all the best and nothing but the best to you .... AMIN.
WAS SALAM.
Your faithful staff,
xxxxxxxxx
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
xxxxxxxxx
Here is Abraham Lincoln's (16th President of USA) letter to the Head of the School in which his son was studying.
II He will have to learn,that all men are not just,all men are not true. But teach him also that for every scoundrel there is a hero; that for every selfish politician, there is a dedicated leader. Teach him that for every enemy there is a friend. Teach him, if you can,that a dollar earned is far more value than five found ..
II Teach him to learn to lose ... and also to enjoy winning. Steer him
away from envy. If you can, teach him the secret of quiet
laughter.Teach him ,if you can,the wonder of books ....................................................................... but also
give him quiet time to ponder over the eternal mystery of birds in the sky, bees in the sun, and flowers on a green hillside.
II In school, teach him it is far more honourable to fail than to
cheat Teach him to have faith in his own ideas, even if
everyone tells him he is wrong .... Teach him to be gentle with people. Try to give my son the strength not to follow the crowd when everyone is getting on the bandwagon.Teach him to listen to all men BUT teach him also to filter all he hears on a screen of truth and take only the good that comes through.
II Teach him, if you can, how to laugh when he is sad ... Teach him there is no shame in tears. Teach him to scoff at cynics and to beware of too much sweetness ... Teach him to sell his brawn and brain to the highest bidders, but never to put a price tag on his heart and soul. Teach him to close his ears to the howling mob ... and to stand up and fight if he thinks he is right.
II Treat him gently, but do not hug him, because only the test of fire makes fine steel. Let him have the courage to be impatient ... and let him have the patience to be brave. Teach him always to have sublime faith in himself because then he will always have sublime faith in ,mankind.
- ABRAHAM LINCOLN-
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Yang Berbahagia Tuan.
Assalamualaikum.
Dengan ucapan salam saya memulakan surat yang tidak pernah tuan fikirkan ini. Jangan tuan tersalah tafsir atas apa yang akan saya perkatakan ini.dan ia tidak mempunyai sebarang tujuan lain yang tersembunyi hanyalah sekadar menyampaikan apa yang tersirat dan bukan dari ayat-ayat yang tersurat.
Tuan.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan' ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala apa yang berlaku selama tuan menerajui pentadbiran disini.baik secara sedar mahu pun tidak disedari kerana mana mungkinkita sebagai HambaNya lari dari membuat kesilapan.Itulah hakikat hambaNyayang bergelar manusia.
Saya juga turut mendoakan agar tuan sekeluarga dalam pemeliharaanNya.Semoga apa yang terjadi turut mendewasakan kita semua.SaYa akui bahawa masa yang ada terlalu singkat an tara kita untuk mengenaii an tara pekerja dengan majikannya.Walau bagaimana pun masa yang singkat itu telah pun dapat membuktikan kepada saya bahawa tuan sebenarnya memiliki sifat kepimpinan sejati dan tuan berjaya membuktikan diri sebagai seorang pemimpin.Walau pun ianya terlalu singkat tetapi ia tetap menjadi peristiwa penting dalam sejarah sebuah kehidupan.
Terus terang saya katakan dengan kehadiran tuan ke jabatan ini. telah berjaya memulihkan semangat bekerja saya.Saya hilang arah. saya hilang peduman.saya hilang keyakinan untuk terus menabur bakti.bukan kerana apa. kerana say a begitu dipinggirkan dalam sebuah institusi kerjaya bermula 01 September 2002. Walau pun pada dasarnya saya akui bahawa saya sudah cukup dewasa (atau pun tua) untuk menempuh segal a ujian ini. tetapi bila say a tidak mendapat sebarang sokongan.saya tewas juga.
Pada mulanya saya tidak bercadang untuk bercerita atau mengungkit kisah luka.tetapi jika tuan masih ingat pada 18 Februari yang lalu. tuan telah memulakan tingkah dengan bertanya tentang apa masalah yang saya hadapi.disitulah saya mula memberanikan diri mencerita sedikit sebanyak dari apa yang telah biasa saya lalui.Itu pun bukan semua. kerana ia hanya akan terus melukakan hati ini dan ada ketikanya saya merasakan ia tidak membawa apa apa makna.
Tuan yang saya kenali selama beberapa waktu tidak bertindak membuta tuli. tuan mempunyai pertimbangan yang tersendiri.Itulah sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin.Sogokan cerita dan berita perlu diperhati dan diperhalusi.gunakan kayu ukur sendiri dalam menilai betul salahnya.Bukannya mempercayai tanpa usul periksa atau memberi peluang kepada yang terbabit membela diri. Insan terbabit sudah semestinya mempunyai jawapan dan alasan atas apa yang terjadi. Berikan sedikit ruang dan penghayatan diri.Bukan kami minta dipuji atau disanjungi.tetapi berilah sedikit perhatian dan simpati.
Dalam usia sebenar mungkin saya sudah tua. tetapi dalam alam kerjaya.saya masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. jangan dibiar kakitangan bagai "wau putus tali". bimbinglah kami. tunjuk sebagaimana yang tuan mahu kerana secara hakikatnya pemikiran pegawai dan kakitangan bawahan adalah tidak sama dan serupa.
Banyak lagi yang perlu saya pelajari dari pengalaman tuan ada selama ini. tetapi apakan daya kita semua sebagai HambaNya.Kita akur atas kehendak dan penentuanNya. Siapalah kita untuk membantah ... tetapi kenapa ia hanya berlaku pada insan yang tertentu sahaja.kenapa tidak pada mereka?.Kenapa tiada pertimbangan diberi? Walau bagaimana pun kita perlu redha atas segalanya dan berdoa agar apa yang terjadi ini mempunyai hikmah yang tersendiri.
Kemungkinan dengan penghijrahan ke kampung sendiri ini akan membawa seribu rahmat dan keberkatan. Semoga jalan yang dituju dalam kerjaya khususnya akan terbuka dengan lebih luas dan kejayaan akan dicapai dengan serba mudah. Itulah doa saya sekeluarga.
Tuan.
Diakhir ini. biar saya perkatakan sesuatu. sifat dan sikap yang tuan miliki membuatkan saya teringatkan salah seorang dari pegawai yang biasa bekerja disini. Ia begitu prihatin akan nasib dan keluh kesah kakitangannya.Ia bersimpati dengan setiap musibah yang dialami dan ia akan ketawa ria atas apa kebahagian atau kejayaan yang dicapai.Itulah "DIA" Dan sifat itu ada pada tuan. Saya merasa sungguh senang dan bahagia bekerja dengan tuan.Saya berasa saya kembali dihargai.
Tuan.
Sebagai pekerja bawahan, pada pandangan saya secara individu. saya merasakan bahawa kami perlu diberi perhatian dan simpati.Kami masih memerlukan bimbingan dan tunjuk
ajar yang sewaJarnya. Sila beri saya tunjuk ajar..
Itulah kami sebenarnya.
Akhirnya untuk tidak terus menganggu tuan yang perlu menumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang sedang menanti. Saya memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan tutur kata mahupun keterlanjuran tingkah laku.
Saya terus berdoa agar tuan sekeluarga sentiasa didalam pemeliharaanNya.
Yang Benar
xxxxxxxxx
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Stop di sini…
.
Amacam …apa saudara fikir tentang surat-surat seperti ini. lebih-lebih lagi surat layang yang hamba terima ini …. Sebagai seorang ketua atau pegawai kanan dalam sesuatu organisasi, inilah risiko yang akan kita hadapi… Kalau kita terlalu tegas dalam pekerjaan kita maka bersiap sedialah dengan tohmahan dan tuduhan serta perkara-perkara negatif yang langsung tidak membina itu. Maka hamba yang hina dina inipun terpaksalaha kawal setiap pergerakan harian, kerana setiap pergerakan harian akan ada orang dok tengok apa aku buat dan kemana aku pergi, siapa kawan aku dan sebagainya.. Tersilap langkah maka siaplah aku…
Sepanjang aku kerja sehingga kini kalau tidak silap aku dah banyak aku dipanggil ke pejabat BPR disebabkan surat-surat layang seperti yang tadilah…Yang tadi tu kira simple sahajalah , ada lagi yang lebih terok..tak sanggup aku nak masuk untuk tatapan umum….Tapi Alhamdulillah kerana niat kita betul dan kita sentiasa bekerja kerana Allah maka Allah akan melindungi kita jua…
Sebab itu kalau ada pegawai-pegawai bawahan aku yang aku tahu memang kerjanya cukup bagus tiba-tiba aku dapat tahu dia diberi surat tunjuk sebab atau ada tindakan disiplin, aku pasti akan membela kakitangan tersebut walaupun dah tidak duduk lagi dijabatan tersebut..Aku tahu tentu ada sesuatu yang tidak kena dalam pemahaman ketua jabatan tersebut apatah lagi kalau kita terlalu bergantung kepada sumber-sumber luar yang sememangnya ada kepentingan tanpa menyelidiki sendiri maklumat tersebut. Perkara ini telah aku buktikan hinggakan biasa pegawai tersebut telah dibuang kerja tetapi akhirnya atas arahan kerajaan negeri pegawai tersebut diambil balik bekerja... Dan sekarang pegawai tersebut telah berjaya dalam tugasnya dan sentiasa melaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Disebalik tohmahan dan tuduhan melalui surat layang seperti tadi.. ada juga surat-surat penghargaan dan komen-komen membina yang aku terima. Sekadar memetik 2 surat diatas adalah mencukupi untuk menunjukkan akan ada juga insan-insan yang sanggup menulis surat-surat seperti surat 2 dan surat 3 menceritakan apa yang baik dan apa yang tidak baik yang ada pada diri aku ini….Sengaja aku sembunyikan nama penulisnya takut nanti orang tau pula dan bagi yang berfikiran negatif maka pasti depa kata pegawai ni nak bodek akulah ni….Bodek ka tak bodek ka apa yang boleh aku buat sebab waktu aku terima surat nipun aku dah ditukarkan ke jabatan lain. Lagipun memang kalau nak bagi penghargaan dan pangkatpun pada mereka ni memang layak pun dan segi kerja dan kesungguhan mereka tanpa berbelah bagi.
Ada lagi surat dan kad-kad yang aku terima yang memberi semangat pada aku untuk bekerja dengan lebih gigih walaupun surat-surat dan kad-kad itu bukan datang dari pegawai-pegawai yang lebih tinggi dari aku yang ada kuasa boleh memberi aku ganjaran dan pangkat tetapi itu bukanlah buruan aku..Sekadar ketua atasan tahu aku buat kerja sudah mencukupi. Kalau sampai nak tonjol-tonjol diri nak habaq yang tu aku yang buat, yang ni aku yang mula reka dan yang seumpamanya itu bukan aku…biarlah orang dengan cara itu tetapi aku bukan seperti itu. Aku buat kerja kerana seronok dan dapat beri perkhidmatan kepada rakyat dan bekerja kerana Allah SWT.
Aku boleh terima setiap komen-komen tu dan dari situ aku cuba buat sebaik mungkin dan berubah dimana perlu sekiranya memang cara dan pendekatan aku tidak disenangi oleh orang…..Memang manusia itu amat banyak kelemahannya… termasuklah aku insan yang kerdil sahaja dimuka bumi ini….Sapalah aku untuk nak tunjuk bangga dan lagak sedangkan dihadapan Tuhan nanti kita amat kerdil sekali disisinya.
Oklah no….cukuplah luahan perasaan aku ni….seeronok juga bila dok menaip kat sini…lepas gian kata orang….ada lagi ni aku nak cerita.
Cerita berkenaan pengiktirafan yang aku terima masa kerja dan surat-surat terima kasih yang aku buat kat Ketua-Ketua Jabatan aku yang aku dimaklumkan tak ada orang yang hantar pada mereka yang berkuasa mengucapkan terima kasih kepada ketua mereka bila dapat gaji menegak, melintang dan naik pangkat..La ni mungkin dah ada kot. Tapi aku sebagai orang bawahan tetap rasa bersyukur kerana kerja-kerja dibuat diberi pengiktirafan oleh Ketua kita walaupun kita bukan nak menunjuk-nunjuk bahawa kita ni pandai buat kerja.
Nanti kalau ada kelapangan akan aku paparkan surat-surat tersebut untuk tatapan sahabat-sahabatku yang berminat…..Aku rasa elok juga adik-adik aku yang bawah-bawah ni guna pendekatan ini…Orang bagi kita ucaplah terima kasih… Aku rasa ketua tu pasti akan rasa syukur dan gembira juga ada juga anak buahnya yang hantar surat padanya ucap terima kasih kerana rekomen baguih sampai boleh naik pangkat, duduk dipejabat yang banyak orang berminat sebab elaun banyak dan kemudahan banyak berbanding setengah-setengah jawatan yang lain dan dapat kenaikan gaji menegak dan melintang.…..tapi kalau tak dapat naik pangkat dan gaji melintang/menegak jangan pula naik angin dan maki hamun pula sehingga menjejaskan prestasi kerja…rezeki tu ditangan tuhan.. kita jangan dok kacau yang tu… buatlah kerja kita seperti biasa
So kalau dapat apa anugerah atau apa-apa yang membawa keseronokan dan kegembiraan serta kesenangan hidup kita maka jangan lupa ucap terima kasih pada yang menjadikan kita begitu...tidak rugi seduit pun...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
MOHD ASRI REDHA B. ABDUL RAHMAN
Penolong Pegawai Daerah Kota Setar (Pentadbiran)
Pejabat Daerah Kota Setar
05350 Alor Setar
29 Oktober 2000
YB.Dato' Hj.Ismail b. Tan Sri Hj Shafie
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar Kedah Darul Aman
YB Dato,'
Salam Sejahtera
PER: UCAPAN TERIMA KASIH
Adalah saya merujuk perkara di atas dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB. Dato' kerana telah memperkenankan memberi kenaikan gaji secara menegak baru-baru ini.
2. Sebenarnya saya amat bersyukur dengan apa yang telah saya dapat sekarang ini dan memang tidak ada cita-cita dan harapan setiap kerja yang saya lakukan perlu dinilai dengan sewajarnya. Yang penting pada saya ialah keseronokan dalam bekerja, kerana apabila bekerja dalam suasana yang menggembirakan sudah tentu masa dan tenaga yang dicurahkan dalam bekerja tidak memberi beban clan tekanan kepada saya. Saya pernah menghadapi tekanan perasaan yang agak teruk semasa awal-awal tahun mula bekerja, walau bagaimanapun Alhamdulillah ianya telah berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit dengan bantuan clan sokongan pegawai-pegawai yang lebih senior.
3. Walau bagaimanapun dengan kepercayaan clan penghargaan yang Dato' berikan ini saya amat menghargainya sekaligus akan memberi rangsangan kepada saya untuk berusaha dengan lebih gigih lagi setakat yang termampu tanpa mengira masa dan tenaga.
Sekian, terima kasih
MOHD ASRI REDHA B. ABDUL RAHMAN
s.k: Tuan Hj. Abdul Mukhti b. Abdullah- Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sungai Petani
terima kasih atas sokongan tuan
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
asriredha
teratak kasih
alor setar
Pejabat Tanah Sik Turun Padang
07 Februari 2009
Pekan Belantik, Sik
Pejabat Tanah Sik mengambil langkah proaktif dengan turun sendiri ke padang untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Antara pendekatan yang diambil ialah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pelbagai jabatan dan NGO.
Untuk itu pada 7 Februari 2009 , Pejabat Tanah Daerah Sik telah mengambil bahagian dalam Program Karnival Islam Itu Indah yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Sik yang diadakan di Masjid Belantik, Mukim Sok, Sik. Pejabat Tanah Daerah Sik telah mengambil bahagian dalam pamiran yang diadakan. Dalam pamiran tersebut masyarakat didedahkan dengan struktur organisasi pejabat tanah, jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan, peralatan-peralatan ukur yang digunakan dan juga jenis-jenis surat hakmilik yang terdapat di Pejabat Tanah Daerah Sik.
Dalam Pamiran tersebut juga orang ramai yang mengunjungi pamiran tersebut diberi khidmat nasihat oleh kakitangan Pejabat Tanah yang bertugas. Banyak masalah-masalah yang dibangkitkan diselesaikan pada waktu tersebut dan dimana yang tidak dapat diselesai pada waktu tersebut, jabatan akan mengambil tindakan di pejabat, kerana memerlukan rujukan kepada pelbagai maklumat dan dokumen. Saya turut sama hadir pada program ini dan berharap lebih banyak lagi aktiviti yang diadakan, dan dengan ini bolehlah Pejabat Tanah Sik mengambil bahagian dengan lebih aktif dan lebih baik lagi.
asriredha
teratak kasih
alor setar
Ketua Kampong
Pada tanggal 8 February 2009, bertempat di Sik Inn, Sik telah berlangsung satu Majlis Taklimat dan Penyerahan Elaun kepada Ketua Kampong dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Setelah sekian lama menunggu maka akhirnya dapatlah juga Ketua-Ketua Kampong yang dilantik Kerajaan Negeri elaun yang dinanti-nantikan dimana setiap Ketua Kampong menerima RM300.00 sebulan dan jumlah yang mereka terima termasuk tunggakan ialah RM900.00. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Adzmi b. Din, Pegawai Daerah Sik dan juga dengan kehadiran YB Ahli Parlimen Sik serta lain-lain orang kenamaan daerah.
Walaupun saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam pengurusan Ketua Kampong di daerah Sik ini tetapi ianya perlu diambil tahu juga kerana sebagai pegawai KCS tidak dapat tidak sememangnya pada akhirnya pasti akan ada hubungan dengan Ketua-Ketua Kampong ini. Sebenarnya saya juga terlibat secara langsung dengan pelantikan Ketua Kampong semasa pegang jawatan KPPD (Pembangunan0 Langkawi sebelum bertugas kat Daerah Sik ini.
Dulu dibawah kerajaan Barisan Nasional, saya sentiasa berhubungan dengan Pengerusi JKKK, tapi sekarang ni dah tak boleh lagi kerana BN sudah jadi pembangkang di negeri Kedah ini. Walau bagaimanapun bagi saya apa yang penting ialah rakyat jangan dipinggirkan. Mereka ini perlu dibantu dimana perlu, apatah lagi di daerah Sik ini agak banyak kekurangan baik dari segi fizikal dan juga pembangunan insan.
Ketua Kampong ini ibarat tapak rumah. Kalau tapak rumah tidak kukuh dan longgar serta senget seinci, maka yang diatasnya nanti pasti akan senget lebih banyak lagi. Itulah intipati ucapan tuan Pegawai Daerah Sik, yang membawa maksud Ketua-Ketua Kampong perlu ada kekuatan dalam memastikan kampong masing-masing berada dalam keadaan kesejahteraan, aman dan proaktif agar rakyat mendapat perkhidmatan setimpal dari mereka dan mengujudkan suatu suasana yang menyenangkan dan menggembirakan rakyat.
asriredha
teratak kasih
alor setar
Walaupun saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam pengurusan Ketua Kampong di daerah Sik ini tetapi ianya perlu diambil tahu juga kerana sebagai pegawai KCS tidak dapat tidak sememangnya pada akhirnya pasti akan ada hubungan dengan Ketua-Ketua Kampong ini. Sebenarnya saya juga terlibat secara langsung dengan pelantikan Ketua Kampong semasa pegang jawatan KPPD (Pembangunan0 Langkawi sebelum bertugas kat Daerah Sik ini.
Dulu dibawah kerajaan Barisan Nasional, saya sentiasa berhubungan dengan Pengerusi JKKK, tapi sekarang ni dah tak boleh lagi kerana BN sudah jadi pembangkang di negeri Kedah ini. Walau bagaimanapun bagi saya apa yang penting ialah rakyat jangan dipinggirkan. Mereka ini perlu dibantu dimana perlu, apatah lagi di daerah Sik ini agak banyak kekurangan baik dari segi fizikal dan juga pembangunan insan.
Ketua Kampong ini ibarat tapak rumah. Kalau tapak rumah tidak kukuh dan longgar serta senget seinci, maka yang diatasnya nanti pasti akan senget lebih banyak lagi. Itulah intipati ucapan tuan Pegawai Daerah Sik, yang membawa maksud Ketua-Ketua Kampong perlu ada kekuatan dalam memastikan kampong masing-masing berada dalam keadaan kesejahteraan, aman dan proaktif agar rakyat mendapat perkhidmatan setimpal dari mereka dan mengujudkan suatu suasana yang menyenangkan dan menggembirakan rakyat.
asriredha
teratak kasih
alor setar
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Barcelona (3)
- berita dari sik (8)
- diari harian (19)
- german (1)
- Haji 2017 (1)
- Istanbul dan Bursa (1)
- ITB Berlin (2)
- jeju panorama (1)
- KCS (1)
- kewangan (1)
- komen dan pandangan (17)
- kursus (5)
- lawak (3)
- lawatan (5)
- lawatan aceh (1)
- lawatan shanghai (1)
- maklumat (5)
- marris (1)
- merdeka (1)
- muhamad al fateh (1)
- pamd (1)
- panduan (6)
- pendapat (13)
- perbendaharaan (1)
- personal (1)
- politik (2)
- rencana (4)
- riadah (8)
- sambut birthday (1)
- serambi mekah (1)
- sibu (1)
- smart city (1)
- speks (1)
- sprm (1)
- stadium (1)
- tahniah (2)
- tautan kasih (1)
- ulasan (4)
- umrah (1)
- vacation (16)