28 Jun 2010
Hotel Felda Residence Kuala Terengganu
Tak salah rasanya kalau kita mengambil pengalaman dan kejayaan organisasi lain untuk dijadikan panduan dalam organisasi kita. ..Kadang-kadang kalau kita dalam lingkungan diri kita sendiri , kurang luas pengetahuan dan pengalaman maka kita akan berterusan seperti itulah aktiviti organisasi tersebut...Apa yang dibuat seharian adalah ikut seperti lazim atau ikut apa yang orang lain buat terdahulu tanpa apa-apa penambahbaikan sesuai dengan perkembangan semasa..tidak ada apa-apa perubahan...nak berubah kadang-kadang menjadi satu masalah besar pula, macam-macam alasan dan musabab diberikan...semuanya kearah tidak mahu berubah, dan akhirnya tidak berubah kalau termakan akan alasan-alasan remeh yang diberikan.. Inilah yang kebanyakannya terjadi pada kebanyakana organisasi.
Penulis sedang mendengar taklimat oleh Tuan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Terengganu berkenaan inovasi yang telah dilakukan oleh jabatan dan juga kejayaan Terengganu melaksanakan pendaftaran urusan tanah dalam tempoh satu hari.
Bertepatan sekalilah pihak PTG Kedah dengan kerjasama pihak Pejabat Kewangan Negeri yang telah mengatur lawatan sambil belajar ke Pejabat Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu dan Pejabat Tanah Kuala Terengganu untuk melihat aspek-aspek perubahan organisasi yang dilakukan yang saya rasa boleh diimplimentasikan di Pejabat Tanah di Kedah.
Memang berkenan sungguh tengok bilik fail dan dokumen yang disimpan dengan begitu tersusun teratur, senang dicari , no rujukan yang dikesan, bersih dan ada kreativiti, ada sistem dalam keluar masuk fail, dan ada kerjasama erat sesama kakitangan dalam menguruskan bilik fail.
Apa yang saya dapat lihat di Kuala Terengganu ini faktor manusia memainkan peranan penting ke arah perubahan yang berlaku. Banyak kejayaan yang dicapai oleh pentadbiran tanah di Terengganu ini kerana proses kearah pemantapan komitmen kakitangannya berjalan lancar..sehinggakan saya dengar ada kalangan kakitangan sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri dalam menjayakan Sistem 5S nya...Kesannya memang menakjubkan sekali semasa lawatan ke Pejabat Tanah Terengganu dan Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu.
stop dulu..nanti sambong balik
asriredha teratak kasih alor setar
Memberi ulasan & membuat analisa mengenai sesuatu peristiwa untuk maksud penerbitan diblog ini adalah sesuatu yang menyeronokkan. Lbh teruja lg kalau tulisan sensasi dibaca org ramai, mendapat reaksi positif & menjadi topik perbualan. Sudah pasti ianya akan menjadi kepuasan kpd penulis. Pandangan & ulasan saya dlm blog ini jika terkena & menyinggong perasaan sesiapa itu bukanlah niat saya.
28 June 2010
22 June 2010
'MY DREAM' YANG TIDAK KESAMPAIAN
BEriTA TERKINI
Baca tak Berita Harian 19.06.2010. Karya Allahyarham Ibrahim Hussain akan dilelong di Malaysia setelah sekian lama berhijrah di luar negara. Rupanya jika meninggal pelukisnya nilainya semakin tinggi. Malangnya lukisan ini dimiliki oleh seorang peminat seni lukis dari luar negara. Tak taulah berapa harganya beliau beli pada waktu tersebut dari bapa saudaraku ini. Tapi beliau adalah seorang yang amat arif tentang nilai karya seni seseorang. Sebab itu beliau sanggup beli..Harga mula lelong ini sahaja sudah RM400,000.00. Tak taulah nanti bila dilelong akan meningkat kepada berapa..mungkin boleh jadi jutaan RM...Kalau diriku ini insan yang kaya raya..duit tidak ada masalah..sudah tentu aku akan cuba beli juga karya agong ini....inilah satu-satunya karya seni orang Malaysia yang ada yang mempunyai nilai artistik yang amat tinggi.. tapi apakan daya...hanya dengar dan lihat sahajalah....Harap-harap orang korporat dan hartawan Malaysia dapat masuk lelong dan belinya...memang sukar untuk dicari ganti pelukis tersohor ini....
&&&&&&&&&&&&&&&&
BERITA TERDAHULU
Tanggal 19 Februari 2009 hari Khamis seorang lagi keluarga ku kembali mengadap Ilahi iaitu Pak Ndak Ein ( Dato' Ibrahim Hussein). Beliau ni seorang pelukis tersohor negara dan terkenal bertaraf antarabangsa. Banyak buku dan majallah yang menceritakan berkenaan kejayaan beliau. Rakan-rakan beliau adalah bisa terdiri dari Raja-Raja Melayu, Kerabat-Kerabat Di Raja, tokoh politik negara, seniman, Jutawan-jutawan dan tokoh-tokoh perniagaan terbilang yang berada di dalam dan luar negara. Dikatakan satu lukisannya sahaja boleh menjangkaui RM100,000.00 sebuah. Begitulah hebatnya bapa saudara aku ni . Kehidupanya 4 bulan melukis dan 8 bulan lagi melancong. Itulah yang aku baca dalam majallah, tapi satu perkara yang orang banyak tak tahu sebenarnya pak saudara aku ni cuma guna sebelah mata sahaja dalam urusan seharian. Ini disebabkan waktu kecil-kecil dulu dia terlibat dalam kemalangan hingga mencederakan matanya. Dengan mata yang cacat sebelah itulah juga beliau membina kerjayanya yang amat cemerlang hingga dipersada antarabangsa. Kiranya dia macam diriku juga yang buta sebelah mata kanan kerana kemalangan, tapi hanya dapat jadi KCS aje...kira okey juga..setakat la ni boleh bertahan lagi sebelah mata ni..
Tahun sudah sewaktu aku di Langkawi dua kali beliau berjumpa dengan aku, dia mai pejabat aku dok bincang fasal masa depan Galeri Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein yang di binanya di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi.. Banyak juga luahan perasaannya dikeluarkan pada aku, dua tiga kali dia sebut apa akan jadi pada galeri Yayasan Ibrahim Hussein ini jika dia tiada lagi di dunia. Tak sangka pula dalam tempoh yang terdekat ini dia pergi tanpa ada apa-apa penyelesaian kepada masalah galeri di Pasir Tengkorak tersebut. Rupanya hutang tunggakan cukai tanahnya itu beratus ribu ringgit kerana syarat tanah perniagaan atau perusahaan. Dan aku memang berjanji dengannya akan cuba membantu dengan cuba untuk mengatur mengadakan pertemuan beliau dengan YAB Menteri Besar Kedah .. Sebab beliau ada perancangan besar dengan rakan pelabur dari Eropah untuk membangunkan projek pelancongan di kawasan sekitar galerinya itu. Celah-celah tu aku pula bertukar ke Sik, tak sempatlah aku berjumpanya balik.
Sebenarnya hubungan aku dengan keluarga Pak Ndak Ein ini agak jauh, maklumlah mereka ini berada di Kuala Lumpur dan duduk dikalangan kelompok elit, isterinya pula adalah berbangsa Cina dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Bapa aku iaitu abangnya adalah seorang petani sahaja. Keluarga aku hanyalah tinggal di Kampong Kabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan Kedah.. Sebab itu kalau tanya aku isterinya ( Datin Sim) dan anaknya Alia kenal tak aku, aku rasa depa tak kenal, lebih-lebih lagi anaknya Alia (mungkin umurnya 26 tahun sekarang ni ) yang tidak pernah dibawa ziarah keluarga oleh Pak Ndak Ein di Sungai Limau...Mak Ndak Sim ni ada juga sekali dua aku tegor sapa kat Langkawi dulu tapi rasanya dia dah lupa. Kalau orang dulu-dulu tu dua tiga pupu tu memang rapat lagi, apatah lagi sepupu. Ayahnya dengan bapa aku adalah dua beradik aje. Tapi begitulah keadaannya kalau kita alpa tentang hubungan kekeluargaan, lambat laun ianya akan loggar dan renggang begitu sahaja.
Aku nak pesan pada semua termasuk diri aku ni, kita kenalah ziarah kaum keluarga kita, carilah depa dimana ada, aku nipun bukan rajin sangat ziarah keluarga tapi perlu paksa diri juga ziarah mana-mana kenai dan sempat aku pi juga untuk bertaut kembali hubungan kekeluargaan yang terputus atau semakin renggang.
Cuma masalah aku nak ingat nama tu agak lemah.. Dalam dok tanya lepas tu boleh lupa pula...Sebab tu aku dah buat kad profil ringkas keluarga aku yang ada maklumat nama aku, isteri, anak-anak , alamat rumah, no telefon dan juga tarikh lahir serta gambar sekali. Kad ni aku boleh edar pada sapa-sapa yang aku rasa boleh bagi, jadi taklah orang tertanya-tertanya nama dan sebagainya..Kadang-kadang nak tanya nama 2 tiga kali jadi segan pula. Tak gitu. Aci lawan tanya pak-pak menakan kadang-kadang bukan tau namapun anak-anak menakan. Apatah lagi 2 tiga pupu.. Aku mengaku awai-awai lagi memang tak ingat kecuali yang rajin tegor sapa, telefon selalu dan ziarah selalu. Yang tu boleh ingat nama.
Ada lagi dua orang bapa saudaraku yang juga tidak kurang terkenalnyanya iaitu Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein, dan juga Prof Tan Sri Ismail Hussein.. Ketua Satu Gapena. Ketokohan mereka memang tidak ada tolok bandingnya. Tapi aku juga agak terkilan kerana anak beranak mereka ni atau pepupu aku juga tidak rapat sepertimana sepupu aku yang lain di kampong. Tak taulah fasal apa. Mungkin mereka tidak begitu menitikberatkan hubungan kekeluargaan di kampong, tak taulah..Atau mungkin kesilapan aku juga tak melawat pak-pak saudara kat Kuala Lumpur tu... Tapi biasa juga aku pergi lawat tapi bila kurang mesra tu dia jadi segan pula nak pi untuk kali kedua pula. Manalah tau nanti anak-anak pi mengaji kat Universiti depa dok berkenaan sesama sendiri, sedar-sedar 2 pupu atau ada hubungan kekeluargaan.
Marilah kita membacakan Al Fatihan kepada Allahyarham Ibrahim Hussein semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilindungai oleh Allah S.W.T
Amiin.
asredha
teratak kasih
Alor Setar

16 June 2010
MahkAmAh KeAdiLaN : AntaRa Kecuaian dan KesunGguhan, DileMa BudiBicArA dAn UndAnG2,
15 Jun 2010
Mahkamah Tinggi AS
Kelmarin dan hari ini saya diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Alor Setar. Kesnya saya dikehendaki menjadi saksi dalam kes penipuan pindahmilik tanah dimana pihak penjual atau tuan tanah telah menyatakan beliau ditipu dalam transaksi tersebut.....Malangnya kes ini melibatkan semasa saya bertugas di Pejabat Tanah Kubang Pasu,,iaitu lebih kurang 19 tahun yang lalu...Pasti saya tidak ingat lagi kes pindahmilik tersebut memandangkan jarak masa yang begitu lama...Namun saya terpaksalah jawab apa-apa soalan yang ditanya kerana pada waktu itu saya yang menjadi saksi diatas urusniaga tersebut. ...Itulah salah satu cabaran-cabaran besar dalam pekerjaan kita seharian...
Dalam beribu-ribu urusan tanah yang dikendalikan pasti akhirnya akan ada kes-kes yang dibawa ke mahkamah apabila timbulnya perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara atau urusniaga. Bila ada kes-kes seperti ini barulah kita tahu banyak benda yang kita buat selama ini hanya ikut apa yang orang terdahulu buat tanpa belajar dan mengkaji akan panduan-panduan dan undang-undang yang ada. Bila disoal dalam kandang saksi barulah tergagap-tergagap dan was-was dalam menjawab soalan yang ditanya. Apatah lagi jawapan popular yang dikehendaki jawab dalam setiap soalan kebanyakannya setuju atau tidak setuju, betul atau tidak betul, ya atau tidak, pasti atau tidak pasti dan bentok-bentok jawapan seperti itu. Depa bukan bagi kita cakap lebih untuk nak terang lebih lanjut....jawapan-jawapan seperti itu boleh memerangkap kita....hai...nasiblah saya hari ini. tapi kira oklah juga sebab isu utama hanya untuk mengesahkan tandatangan tuan tanah aje..soalan-soalan lain hanya sampingan saja. Kalau tanya lebih lanjut lagi terutama berkenaan prosedur di pejabat tanah lama dulu tentu banyak lagi isu-isu akan berbangkit. Sebab saya rasa ada juga sedikit sebanyak kelemahan-kelemahan diri terutama dalam membuat tafsiran undang-undang tanah yang ada..apatah lagi waktu itu saya masih baru dalam pentadbiran tanah..dan memang tidak ada sesiapa yang 'guide' kita. Itupun nasib baik juga saya pergi kursus asas tanah sewaktu baru masuk KCS .. tahu juga sedikit sebanyak akan apa yang kena buat dan apa yang tidak boleh buat..
Sepanjang kerjaya saya ini adalah kali ke 6 saya menghadiri kes di Mahkamah dimana semuanya kes yang berkaitan kes urusan tanah, kes pengambilan tanah, kes BPR dan kes Pihak Berkuasa Tempatan..Tau-tau sahajalah bila duduk dikandang saksi..soalan-soalan yang ditanya boleh tahan juga.....jenuh dok jawab..silap-silap jawab boleh bercanggah pula.....lebih malangnya saksi pun boleh dipenjarakan dengan kerana memberi maklumat palsu sedangkan bukan niat untuk memberi maklumat palsu tetapi faktor masa dan daya ingatan yang kurang akhirnya kita boleh terperangkap dan memberi butiran maklumat yang tidak tepat , nampak seolah-olah ada niat untuk menipu atau bersubahat dan sebagainya.
Itulah sebabnya dalam kes-kes yang melibatkan undang-undang saya kadang-kadang dalam keadaan dilema...antara kasihan belas kepada pelanggan terutama orang kampong yang dhaif dan kurang ilmu serta pengetahuan atau tegas dengan keputusan berdasarkan undang-undang dan peraturan... Disinilah letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin dan budibicara yang digunakan kadang-kadang memberi risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada seorang pembuat keputusan jika timbul kes-kes mahkamah akibat budibicara yang digunakan.. Memang mudah untuk membuat keputusan dengan undang-undang yang ada. Kalau undang-undang kata tidak boleh maka tidak bolehlah jawabnya. Mudah kan..Walaupun begitu sebagai seorang ketua atau pemimpin, budibicara pasti digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu..pandai-pandailah membuat keputusan menggunakan akal dan kemahiran yang ada serta pengalaman yang ditempuhi..Kalau tidak berani menggunakan budibicara bukanlah seorang pemimpin namanya dan tidak layak sebagai seorang pemimpin.
Soal budibicara kita tinggalkan dulu dan apa yang saya nak sambung ulasan lagi ialah sistem rekod maklumat, fail, surat hak milik, dokumen urusniaga dan bukan urusniaga yang dibuat dll hendaklah didokumentasikan dan direkodkan serta disimpan dengan lebih sistematik dipejabat tanah.. Saya datang mengemudi Pejabat Tanah Sik dalam suasana yang agak kurang memberangsangkan dari segi pembahagian tugas, sistem fail, masalah disiplin dan sebagainya. Walau apapun masalah yang ada kat jabatan aspek peraturan dan prosedur dalam urusan tanah jangan dibuat mudah. Ini kena jaga betul-betul. Kena ikut langkah demi langkah yang ditetapkan oleh undang-undang. Kalau tidak jadilah seperti saya yang terpaksa pergi ke Mahkamah Tinggi untuk memberi penjelasan berkenaan kes-kes tanah yang dibawa. Kalau prosedur betul dan dokumen ada dan lengkap di ofis, tak apalah juga. Ini kita pergi ke Mahkamah tetapi tidak dapat tunjukkan dokumen-dokumen yang dikehendaki (yang sepatutnya ada) atas sebab hilang, tidak dapat dikesan dan sebagainya.. Tebal muka jadinya nak bagi tahu perkara begitu.
Inilah yang selalu saya ingatkan kepada anak buah. saya di Pejabat Tanah Sik. Sebarang kelemahan diperingkat pentadbiran tanah akan memberi implikasi yang buruk kepada pegawai, jabatan dan kerajaan negeri seluruhnya.. Kena betul-betul beri perhatian dan jangan buat mudah akan segala hal yang berkaitan dengan urusan tanah. Kerana ia berkait dengan undang-undang. Kecuaian kita akan menyebabkan kerajaan boleh disaman dan dituntut bayar ganti rugi yang bukan sedikit. Sudah banyak kes yang kita jumpa melibatkan tuntutan gantirugi oleh individu/ syarikat terhadap kerajaan negeri...
Secara kebetulan semasa kes saya didengar di Bilik Mahkamah Tinggi 1 ada satu lagi kes yang berjalan bersilihganti dengan kes saya sebagai saksi. Ianya berkaitan tanah yang berlaku di Pejabat Tanah Kuala Muda. Kesnya ialah berkaitan Kaveat Persendirian. Kes ini sebenarnya kalau diikut langkah demi langkah mengikut undang-undang tidak akan menimbulkan apa-apa masalah kepada jabatan.Tetapi disebabkan oleh kecuaian sesetengah kakitangan dengan melambat-lambatkan pendaftaran segala jenis urusan di pejabat tanah, tidak teliti, dan tidak ambil berat, tidak berdisplin dan tidak memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku maka maka itulah jadinya. Penasihat Undang sebagai mewakili Pejabat Tanah terpaksa bekerja keras untuk melawan balik segala tuntutan pihak pemohon. Lebih hebat lagi kes ini dipohon buat agar dipenjarakan Pentadbir Tanah Kuala Muda kerana kes yang berkaitan kaveat persendirian dan hukuman mahkamah yang tidak perhati dan diperhalusi betul-betul. Pegawai lama yang berurusan tetapi yang hadir jadi saksi pegawai semasa untuk menjawab kes-kes yang bukan kawalannya sebab kes lama...Jadi nak jawabpun patut padanlah sebab bukan ia yang urus waktu itu. Ada juga kelemahan-kelemahan dan kecuaian diperingkat Pejabat Tanah. 'Jenoh' Penasihat Undang-Undang Negeri cari cara untuk membela dan menjawab saman oleh yang berkepentingan....Apakah PTD akan dipenjara jika kalah kes ini..sama-samalah kita tunggu dan dengar berita ini.. Kes belum selesai lagi.
Jadi kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian yang bertugas di Pejabat Tanah... marilah kita pakat-pakat tengok betul-betul sementara masih belum berlaku pada kita hari ini.....tak tahu tanya, tak reti belajar, kurang ilmu cari ilmu dan sebagainya. Jangan pakai 'rodong' ikut rasa hati aje..Jangan dok berlagak kita tahu semua.. tu yang jadi bermacam-macam masalah yang mula timbul satu demi satu......buat apapun kita kena fikir akan implikasi yang mungkin berlaku.....kes-kes tanah tidak boleh disapu simpan bawah 'carpet' . Lambat laun ia akan terbongkar juga.
Sebenarnya kerja di Pejabat Tanah memang seronok dan mencabar sekiranya semua orang yang terlibat benar-benar mahu bekerja dan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh mengikut aturan dan peraturan. Segera mengambil tindakan dan tidak bertangguh-tangguh kerja. Bertangguh-tangguh kerja inilah yang menyebabkan banyak kerja tertunggak, dan akhirnya rasa tak sempat, rasa kerja banyak, rasa tidak cukup kakitangan, rasa dibebankan dan macam-macam persepsi negatif kakitangan bila usaha-usaha menyelesaikan tunggakan kerja yang ada....Bila bertangguh-tangguh maka itulah jadinya fail hilang, dokumen diserah tidak didaftarkan, dokumen hilang, gagal rekod dalam surat hakmilik dan sebagainya..
Do It Now `~` " One secret of getting things done is ' never put off until later what you can do now."
The Error-Free Way : Lots of little errors can be just as costly as one big one. The best way to avoid both is by doing things right the first time

05 June 2010
Kegilaan manusia terhadap Teknologi Maklumat: Sayapun dah tergilakan teknologi maklumat...
Ini adalah antara sebahagian peranti yang ada kat rumah yang banyak membantu saya dalam aktiviti kerja harian saya.
Dulu memang ramai tidak mampu untuk membeli sebuah handphone. Apatah lagi waktu dulu mana ada handphone yang secomel ada sekarang ini. Dulu bentuknya besar, kalau bubuh dalam poket mengelembonglah poket tu. Yang canggih lagi waktu tu yang dilekatkan dalam kereta. Kira macam bawa beg briefcase. Memang hebat waktu tu..gambar pun hitam putih aje.. tapi harganya menjangkaui RM10,000.00. Mahal sungguh waktu tu. Sewa bulan pun mahal lagi waktu tu, maklumlah tak ada saingan dari operator lain. La ni tengoklah yang disebelah ni. Canggih sungguh. Siap dengan kamera 10 mp lagi, lepas itu macam-macam kegunaan lagi yang ada pada hanphone tersebut. Nak ndak lagu mana habaq saja. Lagi mahal lagi canggih telefon tersebut.
Sayapun rasanya dah tukar telefon ni dekat-dekat 10 biji dah...fasal nak ikut trend terkini penggunaan telefon.. bukan nak berlagak tapi nak ikut perkembangan semasa. Yalah dari screen hitam putih kepada screen warna. Lepas itu ada 'camera' lagi. dari 1.5 mp kepada lebih 5 mp.
Satu lagi ialah teknologi maklumat berkembang dengan begitu pesat sekali..Segala-galanya sentiasa berubah dengan cepat sekali. Beli komputer 3 tahun yang lalu, kemungkinan besarnya sekarang ini dah ketinggalan zaman...Itulah dunia teknologi maklumat dan komputer. Kalau kita alpa kita akan ketinggalan. Sayapun tidaklah mau ketinggalan juga dalam dunia teknologi ini, Walaupun bukanlah pandai sangat dalam hal-hal komputer dan teknologi ini tapi ikutpilah perkembangan yang berlaku, sekurang-kurang baca juga buku-buku teknologi maklumat yang ada dipasaran. Itu sebab sebab bila ada duit lebih sikit-sikit beli jugalah peranti-peranti yang ada kat pasaran untuk memahirkan diri,, walaupun kadang-kadang belanjanya boleh tahan juga.Kat rumah saya nak layari internet tidak perlu lagi guna wayar semuanya 'wireless' Dengan hanya belanja lebih kurang RM130.00 sahaja internet boleh dilayari disekeliling rumah.. mudah kan...Jadi kalau anak-anak balik bercuti dengan laptop masing-masing mereka boleh layari internet masing-masing tanpa perlu wayar yang perlu dipasang, kat bilik pun boleh , kat taman depan rumah pun boleh, malah jiran-jiranpun boleh tumpang sama...
Sekarang 'desktop' saya tidak lagi pakai 'keyboard' dan 'mouse' berwayar.. Sekarang ni semuanya 'wireless' Dah berlambak dipasaran. Jadi tidaklah berserabut dengan wayar yang bersimpang sior. Saya boleh guna komputer kat ruang tamu aje, atas kusyen pun boleh...guna pula skrin TV LCD 32 inci..memang mudah dan menyeronokkan. Duduk patuk biji-biji keyboard inipun diruang tamu sahaja sambil tengok TV kat sebelah.
Gambar-gambar yang saya paparkan ini adalah sebahagian peranti-peranti teknologi terkini yang saya ada kat rumah....macam-macama kegunaannya.. Ada yang diguna untuk buat persembahan 'powerpoint'. Ada yang digunakan untuk 'travel'. Sekarang ini nak masuk memandu kat KL sudah tidak bimbang lagi sebab dibantu oleh 'GPS' yang digunapakai pada PDA yang ada.. Tapi awas..kalau GPS tidak berfungsim tenggelam punca jadi.. dah biasa terjadi...5 jam 'melilau' dalam Bandaraya Kuala Lumpur, cari punca tidak jumpa.
Kalau kamera tu kira macam-macam jenis sudah guna, dari yang 2 megapiksel hinggalah kepada 12 megapiksel. Dari gambar digital itu boleh diedit pula dengan bermacam-macam perisian yang ada. Lepas itu cetak pula dengan pencetak laser berwarna atau pencetak biasa. Seronok bila kita boleh mengaplikasi apa yang ada. Cuma masa tu kadang-kadang tidak ada, kalut dengan kerja-kerja lain.. Tapi rasanya teknologi yang kita ada ini begitu memudahkan kita membuat kerja dan kata orang lebih canggih..Saya rasa jangan kita dok berkira sangat dengan perbelanjaan untuk kemudahan kita ini. Sekurang-kurang anak-anak dapat banyak manfaat dan faedah dari apa yang kita sediakan itu. Setiap kali ada pamiran PIKOM saya pasti akan bawa anak-anak pergi melawat tengok apa yang ada. Tidak belipun tidak apa, asalkan dapat maklumat-maklumat terkini. Tapi selalunya kalau peergi situ ada sajalah yang dibeli, habis sangat beli dakwat printer, kertas komputer ataupun 'pendrive'
Sepanjang kerja saya amat jarang sekali surat menyurat yang saya buat ditaip oleh orang lain. Semuanya taip sendiri sahaja, lebih cepat dan lebih selesa mengarang dan idea lebih mudah datang bila duduk depan komputer. Segala surat-surat persendirian dan tuntutan-tuntutan perjalanan bulan semuanya dibuat sendiri. Tidak ada apa-apa masalahpun..
asriredha
teratak kasih
alor setar

Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
- Barcelona (3)
- berita dari sik (8)
- diari harian (19)
- german (1)
- Haji 2017 (1)
- Istanbul dan Bursa (1)
- ITB Berlin (2)
- jeju panorama (1)
- KCS (1)
- kewangan (1)
- komen dan pandangan (17)
- kursus (5)
- lawak (3)
- lawatan (5)
- lawatan aceh (1)
- lawatan shanghai (1)
- maklumat (5)
- marris (1)
- merdeka (1)
- muhamad al fateh (1)
- pamd (1)
- panduan (6)
- pendapat (13)
- perbendaharaan (1)
- personal (1)
- politik (2)
- rencana (4)
- riadah (8)
- sambut birthday (1)
- serambi mekah (1)
- sibu (1)
- smart city (1)
- speks (1)
- sprm (1)
- stadium (1)
- tahniah (2)
- tautan kasih (1)
- ulasan (4)
- umrah (1)
- vacation (16)