Catatan:Mohd Asri Redha
Tempat:Port Louis, Mauritius
Tempat:Port Louis, Mauritius
Lawatan saya ke luar negara sebenarnya tidaklah banyak terutama pada awal-awal perkhidmatan saya dengan kerajaan negeri Kedah.. Namun begitu saya ada mencoretkan sedikit pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan iaitu lawatan saya ke Negara Mauritius yang terletak di Indian Oceon, Selatan Benua Afrika dan Timor Kepulauan Madagascar.… Kalau perjalanan udara dari Singapura mengambil masa melebihi 7 jam..
Saya nak cerita pengalaman ini bukan kerana apa, cuma nak cerita pengalaman kali pertama ke luar negara seorang diri tanpa melalui ‘travel agency’ … apatah lagi melawat kepulauan yang tidak ada kedutaan kita di sana… Penerbangan MAS pun tidak ada disana. Sebelum ni kalau keluar negara hanya ikut rombongan ramai-ramai. Semuanya 'travel agency' yang ator baik dari urusan visa, pasport, tempahan kapalterbang, tempahan hotel, lawatan , pengangkutan, makan dan segala macam urusan... bila kena buat sendiri semua tu baru tau langit tinggi rendah..
Kereta Proton Saga dihotel tempat saya menginap:
Hotel Le Saint Georges
|
Bermula dengan menaiki kapalterbang Singapore International Airlines (SIA) di Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang dan transit 8 jam di Cangi Airport Singapore dan menaiki kapalterbang SIA terus ke Republic Of Maritius… Dekat Air Port Cangi sahaja sudah terasa kekok.. maklumlah tidak pernahpun singgah kat ‘airport’ ini…. Bagi saya punyalah besar dan panjang bangunan’ airport’ ini…. ‘perak’ sungguh saya ni rupanya…
Berkesempatan melawat University
of Mauritius bersama kawan saya
dari Ghana ini.....
|
Memang saya tidak kenal sesiapa kat pulau ini. Yang ada kat tangan saya hanyalah alamat hotel penginapan yang telah ditempah melalui email iaitu Les Saint Georges Hotel …. Sampai pula pukul 2 pagi waktu tempatan…. Punyalah gelabah sebab waktu tu tidak ada sesiapa wakil urusetia ‘Congress IULA’ yang menunggu peserta pada waktu itu sebab saya sampai terawal sikit.. Maklumlah nak dapat kapalterbang ke sana bukan mudah. Dapat flight SIA pun yang transit sebentar ke situ dan terus terbang ke London. Kalau terlepas satu penerbangan kena tunggu 3 hari pula baru dapat penerbangan ke pulau tersebut. Nasib baiklah nampak sebuah teksi sebijik macam Proton Saga.. ya memang Proton Saga.. Terus tunjuk alamat hotel tersebut kpada pemandunya dan dibawa ke hotel tersebut….harap-harap nama saya ada kat hotel tersebut.. Lega rasanya .. nama saya ada. Boleh dikatakan hotel ini penuh dengan orang kulit gelap.. kerana banyak peserta dari benua Afrika menempah hotel ini... mungkin agak murah tapi murah-murahpun RM350.00 nilai wang Malaysia satu malam.. Rupanya kereta nasional kitapun sudah dieksport ke negara tersebut… dan hari-hari tersebut berkongreslah saya selama 7 hari disana dengan berulang alik dari hotel ke dewan congress berdekatan Istana Presiden Mauritius. Seterusnya saya terpaksa tambah 3 hari lagi berada dipulau tersebut untuk tunggu jadual penerbangan SIA yang datang dari London untuk ke Singapura. Singgah transit di air port Mauritius untuk ambil penumpang seperti saya ini. Punyalah ‘ boring’ tak tau nak habaq… Satu pulau sudah habis pusing… tak banyak tempat bersejarah dan unik untuk dilawati.. Mauritius hanya mempromosikan keindahan pantai-pantai dan pulau-pulaunya untuk tarikan pelancong. Pusat membelibelahnya tidaklah besar sangat… maklumlah bilangan penduduknya hanya lebih kurang penduduk Kedah saja. Oh ya.. maklumat yang baru saya dapat Timbalan Perdana Menterinya adalah seorang yang beragama Islam iaitu Dr Ahmed Rashid Beebeejaun. dan beberapa orang menterinya ada juga yang berugama Islam..
....Bersantai dan minum petang bersama rakan peserta di
pantai yang nyaman dan indah .... semuanya kulit gelap..
Kira saya ni cerah sikit daripada mereka...
|
I |
I.U.L.A 33rd World Congress .. 1997
di Mauritius.."Local Government
For The 3 rd Millenium
|
ok.. itu saja coretan santai saya kali ini...... nanti dapat lawatan mana-mana pula saya coretkan lagi untuk pengetahuan kita semua...
asriredha
teratak kasih
teratak kasih
alor setar