Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 00 Oktober 2013
Ataturk Havalimani Airport...
Istanbul.. mendengar nama itu sahaja sudah cukup mengujakan kepada sesiapa yang belum pernah ke Istanbul, sekadar hanya mendengar dan melihat dalam media-media sahaja. Maka sudah tentuya minat untuk menjejak kaki di kota yang penuh dengan tamadun Islam ini sangat-sangat tinggi menggunung.
Saya berkesempatan berkunjung selama 3 hari di Kota Istanbul, Turki dibawah program jabatan di Paris, jadi dalam perjalanan ke Paris, singgah sebentar kat Kota Istanbul Turki ini untuk bersama-sama rakan-rakan kakitangan MBAS yang pada masa yang sama telah berada dikota pertembungan 2 tamaddun terbesar ini iaitu Tamadun Islam dan Tamaddun Barat/Kristian. Walaupun majoriti penduduk adalah berugama Islam, tetapi jangan terkejut melihat orangnya kerana style dan gaya hidup sebahagian besar penduduknya adalah banyak kebaratan. Inilah yang telah diterapkan oleh pemimpin agong Turki yang telah membawa pembaharuan pembangunan sosial dan ekonomi yang pesat iaitu Mustapha Kamal Attaturk.. Itulah yang saya lihat setiap hari sepanjang berada di Kota Istanbul ini. Mungkin keadaannya berbeda rasanya kalau berada diluar kota ini... tapi saya tidak berkesempatan untuk keluar jauh sikit dari kota ini melihat cara dan suasana kehidupan masyarakat Turki di luar kota ini diatas faktor masa yang agak singkat di sini. Namun begitu saya banyak belajar dan mengambil pengetahuan akan Kota Raya Istanbul ini yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai cerok negara diserata dunia... Industri pelancongannya memang hebat sekali. Maklumat yang saya dapat Turki khususnya Istanbul merupakan negara ke 7 paling ramai dikunjungi oleh pelancong.
Di Kota Istanbul ini memang banyak sekali peninggalan-peningalan sejarah terutama bangunan-bangunan bersejarah , istana-istana lama, kubu-kubu dan juga tempat yang menarik dan indah terutama jika bersantai-santai sambil menikmati makanan di tepi selat Bhosphorus iaitu satu-satunya laluan laut yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Mati. Sebab itu di Istanbul ini ada aktiviti menarik jika menyusuri selat ini dengan bot atau feri . Dari bot/feri ini pelancong akan dapat melihat pemandangan indah Kota Istanbul ini seperti Istana Sariyer, Dolmabahce dan kubu Romeli. Pengunjung juga akan dapat melintasi jambatan terbesar yang menghubungkan Benua Asia dan Benua Eropah iaitu Jambatan Bhosphorus dan Jambatan Sultan Mehmat Fatih. Saya difahamkan terowong keretapi bawah laut telahpun siap sepanjang 14 km. Tidak pastilah lagi samaada boleh diguna atau tidak.. Ini merupakan satu lagi kemudahan untuk pelancong terutama dari Eropah untuk melancong ke Turki ini.
Saya sebenarnya lebih berminat untuk melawat tinggalan sejarah Islam di Kota ini memandangkan kota ini dulunya pernah dikuasai oleh orang Kristian sejak berkurun lamanya dan akhirnya dikuasai semula oleh orang Islam. Jadi banyak masjid-masjid lama disini yang masih digunakan.
Disamping itu pengaruh barat dan kristian juga kuat di Istanbul ini. Sebab itu saya katakan Kota Istanbul ini adalah KotA Pertembungan Budaya Timor Dan Barat. Pertembongan ini menjadikan Turki seolah -olah masih mencari identiti diri kearah mana mereka sebenarya..Jadi tidak menghairankan kadang kita lihat Turki ini terlalu kebaratan dan kadang-kadang lebih ketimoran dalam banyak aspek..
Menariknya masjid disini besar-besar belaka, berukiran seni ISlam dan masih kukuh. Ada juga pengaruh Kristian bagi setengah2 masjid seperti masjid Aya Sofya. Tentunya teknologi pembinaannya begitu canggih sejak dulu lagi. Memang banyak sungguh masjid di Kota Istanbul ini. Cumanya pengisiannya saja saya nampak agak kurang. Kehebatan masjidnya tidak disusuli dengan kehebatan warganya menjalani ibadat di masjid yang tersergam indah itu.
Masjid yang paling popular dilawati ialah Masjid Biru... atau sebenarnya Masjid Sultan Ahmad. Dinamakan Masjid Biru kerana dinding sebelah dalam masjid ini dilapisi seramik yang berwarna biru. Strukturnya masih kukuh hingga kini walaupun dibina sejak tahun 1609 lagi. Bayangkan betapa hebatnya arkitek Islam waktu itu yang namanya Sedefkar Mehmed Aga.
Satu lagi masjid yang berdekatan Masjid Biru ini ialah Masjid Aya Sofya. Kita boleh berjalan kaki sahaja dari Masjid Biru ke masjid ini. Masjid ini asalnya adalah sebuah gereja. Apabila Islam kembali memerentah Constantinople (Nama asal Istanbul) gereja ini telah dijadikan masjid. Walau bagaimanapun masa pentadbiran Mustapha Kamal Atartuk, ianya telah dijadikan Muzium yang boleh dikunjungi oleh orang ramai. Tapi hendak masuk melihat keindahan senibinanya dan lain-lain perlu bayar . Saya tidak sempat masuk kerana terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket dan masuk, menunjukkan betapa ramainya pelancong datang ke sini. Kalau tidak silap saya bayarannya TL 25.. kira-kira RM43. Jangan salah sangka kalau lihat dari luar dan dalam ada juga terdapat unsur-unsur Keristian dan unsur barat dalam senibina ini yang dikekalkan.
Sebenar saya ingin sekali menjelajah maklumat lebih lanjut berkenaan kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih kerana saya pernah menulis dalam blog berkenaan kehebatan sultan ini . Kehebatan sultan ini pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kira-kira 800 tahun yang lalu dan kemunculannya memang benar. Saya tak mahu cerita panjang fasal ini kerana pernah tulis mengenainya dan boleh dilayari dalam catatan blog saya seperti dibawah.. klik saja.
http://semangatjati.blogspot.com/2012/04/muslim-super.html
Cuma tak kesampaian untuk melihat tempat laluan dimana Sultan Muhammad Al Fatih mendaratkan 72 kapal lautnya melalui jalan darat dan menyerang musuh dari sebelah belakang yang tidak dijangka sama sekali oleh musuh. Bayangkan bagaimana 72 buah kapal laut dibawa melalui jalan darat dalam masa satu malam sahaja... Ini semua adalah kuasa Allah SWT dan ketakwaan Sultan Muhammad Al Fatih.. hingga Allah SWT memberi pertolongan NYA ..
Satu lagi lokasi menarik yang tidak patut ditinggalkan kalau melawat Istanbul ialah Istana Topkapi. Istana ini memang besar , luas dan kukuh diatas tempat yang agak tinggi ditebing Sungai/Selat Boshporus. Istana ini menjadi kediaman pemerentah Islam Khalifah Uthmaniyah di Istanbul sejak lebih 400 tahun. Istana ini telah diistiharkan sebagai Muzium oleh pemerentah dan antara bahan pameran yang menjadi tarikan ialah Pedang Rasulullah. Untuk sampai ke Istana Induk terpaksa melalui beberapa lapisan tembok yang dibina kukuh.. mungkin untuk tujuan keselamatan khalifah pada waktu itu. Waktu saya melawat , terlalu ramai orang beratur untuk membeli tiket masuk.... Begitulah hebatnya tarikan tempat-tempat bersejarah di Istanbul ini.. sukar untuk kita gambaran seperti ini di negara kita.
Satu lagi tempat yang saya amat minat untuk lawat tapi tidak kesempatan ialah Istana Dolmabahce. Bukannya fasal sejarahnya sangat tapi nak tengok istana yang dikatakan termahal dan terlalu mewah. Berdasarkan buku fasal Istanbul yang saya beli kat Istana Topkapi lebih 35 tan emas digunakan untuk ukiran-ukiran dinding dan lain peralatan... Wah mewah-mewah juga pemerentah Islam waktu itu.. tentunya jauh beda dengan Sultan Muhammad Al Fatih yang amat sederhana tapi bertakwa.
Tak apalah lain kali kalau datang Istanbul, nak kena pi tengok juga Istana ini dan tempat Sultan Muhammad Al Fatih mendaratkan bala tentera dan kapal lautnya melalui jalan darat.
Oklah.. melawat tempat yang biasa orang melawat dah melawat.. nak kemana lagi.. tentunya ronda-ronda sekitar kota Istanbul ini.. Kota ini memang luas sebenarnya dan dipecahkan kepada beberapa zon. Dengan penduduk melebihi 17 juta orang, sudah tentunya perlu kehebatan dalam menguruskan bandaraya ini baik dari segi pengurusan kerajaan tempatannya, pengurusan industri pelancongannya dan pengurusan ekonominya. Kalau ini dijadikan sebagai standard untuk diikuti rasanya jauh sangat. Walau bagaimanapun sebenarnya banyak yang kita boleh belajar disini, terutama dalam konteks industri pelancongannya dan program-program PBTnya.
Sistem pengangkutannya memang cekap terutama penggunaan kenderaan tram dan bas dalam bandar.. Kalau nak ronda-ronda dalam bandar Istanbul, naik saja tram atau bas yang banyak di sini.
Dua tempat membeli belah yang popular dikalangan pelancong ialah Grand Bazaar. Bazar yang tertua sekali ujud . Sekarang ini ada lebih kurang 3500 buah kedai yang mempamerkan dan menjual pelbagai barang-barang keluaran tempatan dan luar Turki, termasuk juga cenderamata.. Kalau nak ronda seluruh kedai yang ada saya rasa tak cukup satu hari.. Tapi kebanyakan barangan yang ada lebih kurang sama . Dari segi bahasa tak ada masalah, ramai juga yang saya jumpa kat bazar tersebut boleh berbahasa melayu. Pandai-pandailah tawar menawar.. Banyak pelancong yang datang ke sini membeli permaidani buatan tangan orang Turki.
Satu lagi yang saya boleh puji ialah restoran yang ada dan gerai makanan bergerak yang ada yang saya jumpa elok2 belaka. Tak jumpa lagi yg selekeh2 dan guna kerusi buruk dan peralatan buruk spt yg kita selalu jumpa kat Alir Setar.Bersih, banyak stok barangan makanan disediakan dan nampak cantik serta kemas termasuk orangnya. Alangkah bagusnya kalau peniaga dan penjaja makanan di Bandaraya Alor Setar ini berbuat macam itu. Cantik, indah , elok, jaga kebersihan diri, gerai dan sekitar kawasan niaganya, selamat dan kemas serta dengar cakap dan arahan pihak berkuasa. Susah sungguh nak buat bagi elok2 macam di Istanbul atau di Armsterdam... Tapi itulah cabaran saya bila berada di PBT.. Untuk mengubah sikap ini sebenarnya tak guna belanja apapun tapi paling cukup susah untuk dibuat.. Sebenarnya saranan2 kepada PBT supaya buat penerangan dan atur itu ini dulu bagi peniaga sedar bagi saya hanya membazir masa dan wang ringgit. Pokoknya mahu atau tak mahu sahaja untuk berubah...
Ok.. sudahlah kut ..panjang dah nih.... kita jumpa lagi.. nanti ssya cerita fasal London pula....
asriredha teratak kasih alor setar
Tarikh: 00 Oktober 2013
Ataturk Havalimani Airport...
Istanbul.. mendengar nama itu sahaja sudah cukup mengujakan kepada sesiapa yang belum pernah ke Istanbul, sekadar hanya mendengar dan melihat dalam media-media sahaja. Maka sudah tentuya minat untuk menjejak kaki di kota yang penuh dengan tamadun Islam ini sangat-sangat tinggi menggunung.
Masjid2 yg ada di Istanbul memang tinggi mutu
senibinanya. Contohnya masjid dibelakang saya itu
terletak bersebelahan hotel Hamidiye...........
tempat penginapan saya...cantik kan..
|
Bergambar di kawasan ' Blue Mosque' |
Di Kota Istanbul ini memang banyak sekali peninggalan-peningalan sejarah terutama bangunan-bangunan bersejarah , istana-istana lama, kubu-kubu dan juga tempat yang menarik dan indah terutama jika bersantai-santai sambil menikmati makanan di tepi selat Bhosphorus iaitu satu-satunya laluan laut yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Mati. Sebab itu di Istanbul ini ada aktiviti menarik jika menyusuri selat ini dengan bot atau feri . Dari bot/feri ini pelancong akan dapat melihat pemandangan indah Kota Istanbul ini seperti Istana Sariyer, Dolmabahce dan kubu Romeli. Pengunjung juga akan dapat melintasi jambatan terbesar yang menghubungkan Benua Asia dan Benua Eropah iaitu Jambatan Bhosphorus dan Jambatan Sultan Mehmat Fatih. Saya difahamkan terowong keretapi bawah laut telahpun siap sepanjang 14 km. Tidak pastilah lagi samaada boleh diguna atau tidak.. Ini merupakan satu lagi kemudahan untuk pelancong terutama dari Eropah untuk melancong ke Turki ini.
Cantik hiasan perabot jalan mereka dari segi......
susunan, tanaman pokok bunga, landskapnya
dan kebersihannya. Jln.pun luas, tp bkn
semua tempat.. Ada yg terlalu sempit
|
Disamping itu pengaruh barat dan kristian juga kuat di Istanbul ini. Sebab itu saya katakan Kota Istanbul ini adalah KotA Pertembungan Budaya Timor Dan Barat. Pertembongan ini menjadikan Turki seolah -olah masih mencari identiti diri kearah mana mereka sebenarya..Jadi tidak menghairankan kadang kita lihat Turki ini terlalu kebaratan dan kadang-kadang lebih ketimoran dalam banyak aspek..
Menariknya masjid disini besar-besar belaka, berukiran seni ISlam dan masih kukuh. Ada juga pengaruh Kristian bagi setengah2 masjid seperti masjid Aya Sofya. Tentunya teknologi pembinaannya begitu canggih sejak dulu lagi. Memang banyak sungguh masjid di Kota Istanbul ini. Cumanya pengisiannya saja saya nampak agak kurang. Kehebatan masjidnya tidak disusuli dengan kehebatan warganya menjalani ibadat di masjid yang tersergam indah itu.
Masjid yang paling popular dilawati ialah Masjid Biru... atau sebenarnya Masjid Sultan Ahmad. Dinamakan Masjid Biru kerana dinding sebelah dalam masjid ini dilapisi seramik yang berwarna biru. Strukturnya masih kukuh hingga kini walaupun dibina sejak tahun 1609 lagi. Bayangkan betapa hebatnya arkitek Islam waktu itu yang namanya Sedefkar Mehmed Aga.
Satu lagi masjid yang berdekatan Masjid Biru ini ialah Masjid Aya Sofya. Kita boleh berjalan kaki sahaja dari Masjid Biru ke masjid ini. Masjid ini asalnya adalah sebuah gereja. Apabila Islam kembali memerentah Constantinople (Nama asal Istanbul) gereja ini telah dijadikan masjid. Walau bagaimanapun masa pentadbiran Mustapha Kamal Atartuk, ianya telah dijadikan Muzium yang boleh dikunjungi oleh orang ramai. Tapi hendak masuk melihat keindahan senibinanya dan lain-lain perlu bayar . Saya tidak sempat masuk kerana terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket dan masuk, menunjukkan betapa ramainya pelancong datang ke sini. Kalau tidak silap saya bayarannya TL 25.. kira-kira RM43. Jangan salah sangka kalau lihat dari luar dan dalam ada juga terdapat unsur-unsur Keristian dan unsur barat dalam senibina ini yang dikekalkan.
Sebenar saya ingin sekali menjelajah maklumat lebih lanjut berkenaan kehebatan Sultan Muhammad Al Fatih kerana saya pernah menulis dalam blog berkenaan kehebatan sultan ini . Kehebatan sultan ini pernah disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kira-kira 800 tahun yang lalu dan kemunculannya memang benar. Saya tak mahu cerita panjang fasal ini kerana pernah tulis mengenainya dan boleh dilayari dalam catatan blog saya seperti dibawah.. klik saja.
http://semangatjati.blogspot.com/2012/04/muslim-super.html
Cuma tak kesampaian untuk melihat tempat laluan dimana Sultan Muhammad Al Fatih mendaratkan 72 kapal lautnya melalui jalan darat dan menyerang musuh dari sebelah belakang yang tidak dijangka sama sekali oleh musuh. Bayangkan bagaimana 72 buah kapal laut dibawa melalui jalan darat dalam masa satu malam sahaja... Ini semua adalah kuasa Allah SWT dan ketakwaan Sultan Muhammad Al Fatih.. hingga Allah SWT memberi pertolongan NYA ..
Saya berada di pintu masuk ke Istana Topkapi.
Perhatikan begitu ramai pelancong yang hendak memasuki kedalam istana tersebut, melihat keindahan dankesenian senibina Islam |
Nampak berminat beli kat pasar mlm ni..
Muka pelancong ni spt. orang Malaysia. Takkan mai Istanbul beli barang secondhand' kut.... he. hee |
Tak apalah lain kali kalau datang Istanbul, nak kena pi tengok juga Istana ini dan tempat Sultan Muhammad Al Fatih mendaratkan bala tentera dan kapal lautnya melalui jalan darat.
Oklah.. melawat tempat yang biasa orang melawat dah melawat.. nak kemana lagi.. tentunya ronda-ronda sekitar kota Istanbul ini.. Kota ini memang luas sebenarnya dan dipecahkan kepada beberapa zon. Dengan penduduk melebihi 17 juta orang, sudah tentunya perlu kehebatan dalam menguruskan bandaraya ini baik dari segi pengurusan kerajaan tempatannya, pengurusan industri pelancongannya dan pengurusan ekonominya. Kalau ini dijadikan sebagai standard untuk diikuti rasanya jauh sangat. Walau bagaimanapun sebenarnya banyak yang kita boleh belajar disini, terutama dalam konteks industri pelancongannya dan program-program PBTnya.
Sistem pengangkutannya memang cekap terutama penggunaan kenderaan tram dan bas dalam bandar.. Kalau nak ronda-ronda dalam bandar Istanbul, naik saja tram atau bas yang banyak di sini.
Inilah......... Grand Bazaar... selamat berbelanja... tp kena ingat had berat muatan flight hanya 30 kg saja |