Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 22 Disember 2014
Assalaamualaikum WRT sahabat-sahabat saudara muslim ku... dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang saya amat muliakan... Apakah sudah ada kelapangan waktu untuk membaca coretan-coretan saya... bukannya paksaan untuk membacanya ..
Ok.. hari ini saya mau cerita apa ya... catatan saya kali ini berkenaan perjalanan mencari keredhaan Ilahi..mencari kebahagiaan sejati, perjalanan menyucikan hati... waduuh apa pula tu...
Sebelum saya menulis panjang catatan ini , saya kena perjelaskan dan buat pengakuan diri dulu awal-awal bahawa catatan perjalanan saya ini, bukanlah berniat untuk berbangga diri, bukan berniat nak menunjuk-nunjuk dan berlagak, bukanlah nak habaq kata saya mampu dan segala-segala yang seumpama itu.. Jauh sama sekali.. Tak terniat langsung untuk maksud seperti itu... apatah lagi catatan saya ini berkaitan dengan penyuburan jiwa, berkaitan mensucikan hati dan jiwa, berkaitan ibadat dan hal-hal yang baik-baik belaka apabila kita melakukan ziarah ke Kota Mekah dan Kota Madinah, Arab Saudi.. Siapalah saya untuk menyombong diri dan berlagak tak tentu hala ... Saya hanya hamba yang terlalu amat kerdil
Saya menulis hanya sekadar untuk catatan pengalaman diri dan juga ada pengajaran disebalik pengalaman yang dilalui ini. Hanya sekadar berkongsi rasa dan pengalaman ini dapat dikongsi bersama-sama sahabat-sahabat... kalau boleh terima secara positif alhamdulillah, kalau diterima secara negatif, apa yang boleh saya katakan.. terima seadanya...... saya menulis ini bersandarkan pada apa yang bisa saya dengar, bisa saya lihat, bisa saya alami , difikirkan dan dirasai sendiri... Lama juga saya tidak menulis dalam blog saya..... hanya sekadar 'update' dalam facebook sahaja setiap aktiviti saya.... tak puas rasanya kalau tidak boleh menulis panjang sikit dalam blog... Hari ini baru nak mula tulis,... kalau tinggal lama-lama nanti idea yang tengah dok mai tu akan hanyut begitu sahaja..
Sebenarnya bermula 11.12.2014 hingga 22.12.2014.. saya bersama isteri telah mengerjakan umrah ditanah suci Mekah dan Kota Madinah.. Sebenarnya nak cerita fasal pi Umrah rasanya dah terlalu biasa sangat, sebab ramai yang sudah pergi mengerjakan haji dan umrah, malahan ada yang setiap tahun pergi mengerjakan umrah.. Jadi bukan cerita panas apa pun fasal lawatan ziarah saya kali ini. Tapi kerana minat saya nak menulis , maka usaha fikirkan juga nak cerita lagu mana fasal ziarah saya kali ini. Sebenarnya sejak saya mengerjakan haji pada tahun 2002 inilah kali pertama saya kembali ke kota suci ini mengerjakan umrah. Jadi saya akui memang amat teruja akan umrah saya kali ini. 12 tahun berlalu terlalu lama, tentunya banyak perbedaannya... Jadi yang selalu pergi umrah, cerita saya ini taklah apa-apa sangat....
Apakah cetusan terasa sangat hendak pergi mengerjakan umrah pada kali ini, sejak 12 tahun saya tak kisah sangat fasal pergi umrah.. Ya la tentunya kalau nak kira duit cukup, sampai bila-bilapun kita rasa tak cukup, bila dah cukup terpaksa digunakan pula untuk maksud lain pula... ini lah yang berlaku.. Allah SWT tak menjemput kita untuk hadir. Ada setengah orang dah daftar nama dah, tapi pada akhirnya ada2 saja halangan yang datang.. Kadang-kadang halangan itu bukanlah berat sangat seperti kematian saudara atau sakit dan seumpamanya. Hanya kadang-kadang duit yang ada digunakan untuk maksud lain atau ada urusan lain yang kita rasa lebih penting.. .. Berapa banyak orang yang banyak wang melimpah ruah, tak ada masalah langsung setakat nak pergi umrah atau mengerjakan haji setiap tahun, tapi sampai kesudah tidak kesampaian. Jadi yang selalu pergi umrah dan ziarah lagi ke tanah suci ini saya amat-amat hormati mereka, tentunya mereka telah mendapat kesedaran yang teramat sangat. Mereka telah mendapat nikmat sebenar dari umrah yang dibuat. Ya la , ini pergi umrah, ada peraturan, ada rukun, ada syarat wajib dan ada pantang larang. Kalau tak ada kesedaran dan nikmat mengerjakan umrah, kita tak akan pi dah.. kata orang serik dah.. Ini bukan nak pi melancong macam kita pergi melancong ke negara-negara lain.. Banyak dugaan, cabaran, kesusahan, serta ketidakselesaa bila ziarah ke Mekah dan Madinah.
Saya akui terdetik rasa untuk mengerjakan umrah, terpanggil bila ada 'offer' lawatan umrah bersama Kelab Kebajikan Majlis Bandaraya Alor Setar tawaran harga RM5500.00. Congak pi congak mai, banding dengan agensi lain, kira ok la tu... biasa-biasa dok dengar RM6,000.00 ++. Jadi tanpa banyak soal saya terima saja untuk mengikuti umrah ini bersama dengan isteri saya.. Itu lah asalnya.. Betapa zalimnya diri ini nak pergi umrah pun berkira fasal duit... nak pergi mengadap Allah SWT dan menziarahi pusara Rasulullah SWT pun berkira sampai begitu sekali.. Apalah sangat dengan duit ringgit ini, sehingga tunggu harga pakej murah baru nak pergi umrah. Sebelum ini lambat lepa ada 'offer' lawatan luar negeri walaupun kena tambah duit, terpa pi... tak berkira langsung fasal duit.. shoping2 lagi..
"Ya Allah Ya Tuhanku... Ampunkanlah Hamba Mu Yang Hina Dina ini disisi Mu... Aku Telah Menzalimi Diriku" ...
Sebab itu ziarah umrah saya kali ini saya rasa benar-benar kehambaan diri ini yang tidak ada apa-apa disisi Allah SWT... rasa keinsafan yang teramat sangat berada di Tanah Suci ini...
Walaupun sebenarnya bila berlaku beberapa perubahan tarikh dan hotel harga pakej yang ditawarkan telah menjadi lebih RM6,000.00+ + juga lebih kurang sama lah juga dengan agensi lain. .. Sayapun tidak diberi penjelasan kenapa asal tawaran RM5,500.00 tapi pada akhirnya bila nak bertolak ke Madinah, dimaklumkan pakej umrah ini lebih RM6,000.00 ++. Saya faham orang berniaga ada kos-kos yang mereka terpaksa tanggung yang diluar kawalan. Mungkin pada awalnya perkiraan mereka tawaran awal itu kira masih beroleh keuntungan tapi congak pi congak mai, dok rasa tak lepas, maka itu sebab terpaksa dinaikkan.. Tak apalah, saya tetap berprasangka baik dan berpegang kepada keikhlasan agensi kerana ini lawatan ibadat, lawatan membawa sekali dengan roh kita , lawatan yang mencari keredhaan Allah SWT.
Saya akui masa awal sebelum lawatan umrah ini ada sedikit rasa terdetik dihati, kenapa pula jadi sama macam lain-lain agensi, rasanya begitulah kut pada yang lain-lain ahli rombongan... Biasalah kalau terasa begitu, kita sebagai manusia yang amat lemah, kadang-kadang macam-macam perasaan negatif datang... Tapi percayalah bila pergi ke sana hilang rasa was-was dan keraguan itu semua..
gambar2 kali pertama mengerjakan Ibadat Haji Tahun 2002.. klik saja kat bawah ni..
https://www.facebook.com/asredha/media_set?set=a.1018373281512293.1073741862.100000188912921&type=3
Tak kisahlah akan harga tersebut , malahan saya, amat-amat berterima kasih dengan kebetulan seperti itu kerana kalau tidak ada tanda harga RM5500.0 mungkin saya masih tidak terbuka hati untuk mengerjakan umrah lagi... bayangkan 12 tahun selepas mengerjakan haji, tak pernah sekalipun saya pergi mengerjakan umrah, sedangkan dalam tempoh itu banyak tempat di luar negara telah saya pergi... punya la kedekut nak mengeluarkan sedikit duit simpanan untuk pergi ke Tanah Suci... Tempat dimana setiap ibadat sembahyang kita digandakan 100,000 kali ganda.. begitu juga ibadat-ibadat kita yang lain, dilipatkali gandakan pahala-pahala yang kita dapat berbanding di negara luar Kota Suci... Allahhu Akbar.. Biarlah walau tidak sekerap mengerjakan umrah, saya berdoa semoga umrah yang pertama kali saya kerjakan ini selepas 12 tahun diterima Allah SWT..
Perjalanan dari Alor Setar ke Kota Madinah memang memenatkan kerana terpaksa transit didua lapangan terbang iaitu di KLIA dan Dubai Airport dan menaiki 3 kapalterbang. Jadi masa sehari suntuk habis dalam perjalanan saja... Sebenarnya ada perjalanan terus dari KLIA ke Jeddah bergantung dengan syarikat penerbangan yang digunakan. Perjalanan balik pun samalah juga. iaitu transit di Dubai Int Airport lebih kurang 3 jam dan transit di KLIA lebih kurang 4 jam dan balik ke Airport Sultan Abdul Halim Alor Setar. Cuma yang mudahnya segala bagasi yang berat-berat tu kita ambil terus di Airport Sultan Abdul Halim Alor Setar. Inipun kena bergantung kepada kebijaksanaan travel agensi juga. Kalau sebenarnya bagasi tu kena ambil diambil di KLIA, tapi sebenarnya boleh buat terus ke Alor Setar walaupun syarikat penerbangan yang berasingan. Cuma petugas di Airport King Abdul Aziz tu buat kelaku sikit dan memberi pelbagai alasan. Rupanya depa mahu pelincir juga.. Jadi terpaksalah juga beri apa yang patut. Banyak juga tu... Kalau tidak hanya sebahagian bagasi sahaja yang dibenar ambil terus di Air Port Alor Setar, yang lain terpaksa diambil di KLIA.. Tentunya masalah juga nak kena tunggu dan heret bagasi yang besar-besar belaka. Biasa la bila pi Mekah, tak ada sapa yang balik dengan jumlah beg yang sama, mesti lebih beg. Kalau nak layanan baik dan diberi keutamaan elok guna Saudi Airlines. Kalau pakai Saudi Airlines tempat mendarat pun dilandasan yang selesa untuk turun naik dan kalau tidak silap saya air zam-zam pun boleh bawa sampai 10 liter seorang. Kalau flight lain setakat 5 liter sahaja seorang.
Nak hukum lagu mana tak taulah kita yang memberi dalam keterpaksaan. Kita memberi bukan kerana kita nak melanggar peraturan dan undang-undang tetapi diminta beri secara terangan.. nak buat lagu mana.. Perkara itu boleh dibuat dan dilaksanakan, tetapi depa sengaja buat2 macam perkara tu tak boleh... Tak kuasa rasanya nak bertengkar dinegara mereka.. nanti jadi susah pula urusan lainnya. Apatah lagi yang terima tu memanglah sah buat dosa.. depa dah diberi gaji, nak minta apa lagi.. bukannya kerja terok sangat.. boleh bagi halal ka urusan seperti ini.. selalunya lepas sesuatu urusan mereka akan kata 'halal ya halal'.. Halal kena kat depa..
Tak sangka pula disebuah negara Islam, perkara seperti ini diamalkan oleh orang-orang depa... Orang Islam serata dunia memang terpaksa datang ke sini kerana Mekah dan Madinah hanya ada di Arab Saudi... mau tak mau kena datang juga.. Rasanya kalau tak ada Mekah dan Madinah tak ada sapa orang-orang biasa mau mai ke Arab Saudi ini melihat kepada budaya dan kelaku-kelaku mereka yang kasar dan tak mesra alam langsung. Mau tak mau orang mesti datang. Tak sepatutnya mereka mengambil kesempatan atas apa yang sepatutnya mereka beri perkhidmatan terbaik kepada pelancong asing. Terpaksa datang 4 jam awal ke International Air Port King Abdul Aziz .. kecil sahaja airport ni, khusus untuk penerbangan secara pakej umrah... Memang ramai orang mahu pulang, sentiasa begitu setiap hari dan memang agak tidak selesa kat airport ini, kemudahan untuk berehat dan bersantai kat sini agak kurang.
Satu lagi yang saya tak berapa selesa kat Air Port ini ialah turun sahaja dari bas sudah tercegat pengangkut barang tunggu nak ambil beg-beg untuk dibawa masuk ke kaunter 'check in' .. Yang cerdiknya depa ini ialah troli beroda depa 'control' seolah direstui oleh pengurusan airport tersebut... Jadi mahu tak mahu, terpaksalah guna juga khidmat mereka apatah lagi kita kurang arif dengan keadaan disitu. Setelah berbincang dari harga SR800.00 keseluruhan turun kepada kalau tidak silap saya akhirnya bayar juga SR400. untuk bawa semua beg-beg tersebut... Bila guna khidmat porter ini mudah pula bawa masuk beg-beg besar tu terus masuk dalam flight. Kita tak gaduh apa ... cuma bawa diri sahaja melepasi imigresen dan pemereksaan fizikal. Jadi tidak adillah macam ini.. mengambil kesempatan diatas orang asing yang terpaksa datang ke negara mereka. 'Airport tax' yang dibayar mahal juga tu, tak setimpal dengan kemudahan yang disediakan dan kena bayar lagi untuk guna troli dan terpaksa guna 'porter' yang kenakan harga yang tidak munasabah disamping kena bagi pelincir lagi kepada petugas kaunter 'check in' . Saya ingatkan dizaman ini perkara-perkara seperti ini sudah tidak ada lagi, rupanya tidak berubah dan semakin berleluasa... Itulah orang Arab...
Sejak dari awal lagi telah diaturkan supaya rombongan ahli umrah ini boleh bersembahyang Jumaat 2 kali sebelum berlepas pulang. Satu Jumaat di Masjid Madinah AL Munawarah dan satu Jumaat lagi di Kota Mekah Al Mukarramah dan apa yang dirancang itu telah berjalan dengan sempurna.. Al Hamdulillah... Jadi dapatlah dilihat bagaimana ramainya jemaah datang bersembahyang Jumaat pada hari itu. Untuk mendapatkan tempat yang strategik dan lebih berkat kenalah datang lebih awal 3 atau 4 jam sebelum masuk waktu sembahyang . Kalau tidak sembahyang kat luar masjid sahaja lebih-lebih lagi di Masjidil Haram... Boleh pula no kita pi awal ke masjid di sana, kalau di tempat sendiri faham-faham laa...kadang2 khutbah pun sudah setengah terlepas baru sampai masjid.. betapa kurangnya keimanan kita termasuk diri saya... Kita rasa buat tak kisah sangat... harap lepas ni.. kena muhasabah diri balik termasuk diri saya ini... Jangan lagi diperingan-ringankan bab-bab ibadat ni... sebab hanya ini sahaja bekalan yang kita ada untuk bawa ke kubur dan ke akhirat nanti...
Kata pembimbing umrah kami, perjalanan mengerjakan umrah adalah merupakan perjalanan kehidupan. Perjalanan dengan jiwa yang tenang.. perjalanan yang membawa bersamanya dengan roh, bukan sekadar perjalanan fizikal sahaja.. maka amat rugilah yang datang ke Kota Madinah dan Kota Makah ini dengan perasaan dan hati yang sombong dan bongkak.
Selalu diperingatkan tetamu-tetamu yang datang ke Tanah Suci Mekah dan Madinah ini akan sentiasa diuji, dicabar dan diperiksa oleh Allah SWT.. Allah SWT akan menguji dengan pelbagai macam ujian... kadang-kadang kita terlupa apa yang berlaku itu adalah ujian Allah SWT hingga akhirnya kita semakin hanyut dengan apa yang berlaku tanpa memereksa diri kita sendiri kenapa berlaku kejadian tersebut... Kita terbawa-bawa dengan perangai dan peribadi asal kita di tanah air. Mungkin ditanah air semuanya mudah, senang, ada pangkat dan harta, disanjung lagi, dihormati lagi, dikenali orang dan sebagainya.
Saya juga berdoa agar sepanjang berada di Tanah Suci ini tidak diuji dengan perkara-perkara yang pelik-pelik sangat. Sekiranya Allah SWT hendak menguji juga biarlah pada penghujung ziarah umrah saya ini diberi pencerahan balik dan diselesaikan disana juga, dan tidak dibawa balik ke tanah air.. kerana kata orang kalau perkara ini tidak diselesaikan di Tanah Suci ianya akan menjadi semakin parah bila kembali ketanah air.
Saya menyedari berada di Tanah Suci ini kita akan berdepan dengan ketidakselesaan yang amat ketara... macam-macam ketidakselesaan yang akan kita hadapi.. bagaimana susahnya sepanjang perjalanan dari Madinah ke Kota Mekah, dengan kemudahan tempat rawat diri dan rehat yang amat berkurangan, begitu juga kesesakan yang terlampau di Masjid Madinah dan Masjidil Haram, bagaimana susahnya berada dimasjid al ja'ronah, masjid di Bir Ali, Masjid Hudaibiyah dengan kemudahan yang amat minima berbanding begitu ramai pengunjung yang datang untuk niat mengerjakan umrah.. Terlintas dihati, kenapa la Kerajaan Arab Saudi tidak buat bagi elok dan sediakan kemudahan yang selengkapnya disitu , kerana sememangnya setiap hari tanpa mengira waktu, manusia memang datang ramai ke situ kerana ianya menjadi tempat wajib untuk memulakan niat umrah... tapi begitu lah situasinya.. Sejak dulu saya datang , tak banyak berubah kemudahan yang disediakan disitu.. Ini yang menimbulkan tanda tanya kenapa tidak diberi perhatian oleh kerajaan mereka, sedangkan Masjidil Haram dan Masjid Madinah dijaga dengan begitu baik sekali. Ini baru mengerjakan umrah. Bagaimanapula bila tiba musim haji, berjuta-juta umat Islam datang ke Mekah dan Madinah, lagilah terasa kesulitannya.
Pemandu teksinya sentiasa mengambil kesempatan atas keperluan terdesak kita. Sebagai contoh mereka mengenakan tambang teksi ikut suka mereka sahaja. Untuk keluar ke Miqat Masjid Tana'im dari Hotel ada teksi kenakan sampai SR100.00 sedangkan ada yang kenakan SR40.00. Kalau tak tau harga memang kita terkena dengan driver2 Pak Arab ni.. Apa salahnya bubuh harga standard sahaja.. sebab teksi sama sahaja standardnya.. Berniaga cara apa tak taulah saya... ini negara Islam.. mana boleh buat macam tu... tapi itulah yang berlaku.
Tak apalah, kita tinggallah persoalan itu kerana itu diluar kawalan kita.. Kita tengok hal kita dulu ya.. Begitu juga untuk sembahyang dimasjidil Haram dan Masjid Madinah, tidak semudah kita sembahyang dimasjid kita, kena datang awal, kena berhimpit-himpit pula, tengah-tengah dok sembahyang ada orang langkah kita pula.. nak sembahyang pun kadang-kadang kena halau oleh polis depa, kerana kita sembahyang menghalang laluan orang awam, kasut pula kena bawa sendiri bubuh dalam plastik.. nasib baik tanah-tanah tak ada najis-najis berat , cuma kotor tanah sahaja.. jadi kasut kotor tanah dan debu sahaja. Kalau ditinggalkan, sat lagi hilang begitu sahaja samada salah letak, atau terambil oleh orang lain. Secara kebetulan Masjidil Haram pada waktu ini sedang dibuat pembesaran dan ubahsuai secara besar-besaran, banyak tempat dan pintu masuk kemasjid sudah ditutup, jadi lagilah tidak selesa dengan debu-debu yang berterbangan hasil kerja-kerja pemecahan struktur masjid yang sedia ada. Sudah dapat tempat terbaik kat depan Kaabah terkentut / terbatal air sembahyang pula, terpaksa keluar ke luar masjid yang agak jauh juga untuk mengambil air sembahyang. Jadi bila patah balik, jangan harap nak dapat balik tempat tersebut. Ya la asyik makan gulai timun saja, banyak buat angin dalam perut.
Begitu juga keselesaan dari segi makanan yang kita makan kadang-kadang tidak memuaskan. Perhubungan sesama rakan dan saudara mara juga kadang-kadang timbul masalah bila berada dikota Madinah atau Kota Mekah ini... Semua kemungkinan-kemungkinan ini boleh berlaku yang kita tidak jangkakan sama sekali.. Kalau kita tidak meletakkan perjalanan kita ini dengan roh, kita akan terbawa-bawa dengan ujian ini dan pada akhirnya kita telah gagal mengawal perasaan dan tekanan yang dihadapi dan gagallah ziarah dalam artikata sebenarnya.. Umrah hanya sekadar datang tapi tidak memberi memberi makna apa-apa pada penyucian hati dan jiwa kita.
Sebab itu kita perlu beribadah dengan ikhlas, kerana orang yang beribadah dengan ikhlas memiliki emosi yang lebih stabil dan mampu mengawal sebarang situasi. Ini kerana hati mereka sentiasa tenteram dan fikiran mereka jernih dan sentiasa berprasangka baik sesama insan.
Saya nak cerita apa lagi ya.. nak cerita fasal cara-cara mengerjakan umrah, rasanya semua orang dah tau kut... apatah lagi yang berulang kali datang ke Mekah dan Madinah..... kalau yang ini kena pergi dengar kuliah atau ceramah yang khusus mengenainya...
Mengerjakan ibadat di Masjid Madinah Al Munawarah agak selesa sedikit berbanding dengan di Masjidil Haram , kerana tidak ada apa-apa kerja ubahsuai bangunan dibuat.. kalau adapun hanya pembaikan kecil sahaja. Hotel yang rombongan kami duduki pun tidak lah jauh sangat lebih 5 minit ke 10 minit berjalan kaki sahaja... Nama hotel itu ialah Jawharat Al Asima Hotel... Luas biliknya. Sepanjang lorong ke masjid banyaklah kedai-kedai yang jual pelbagai
jenis seperti pakaiaan, alat elektronik, minyak wangi, kedai emas, dan sebagainya.. Waktu balik sembahyang Isyak lagi rancak laluan lorong balik ke hotel . Pelbagai jualan barang longgok dilelong habis-habisan... peniaga jalanan ni boleh bercakap melayu lagi... faseh pula tu.... macam dok di Malaysia pula.. Kebanyakan orang kita tersangkut kat sini sat.... tengah dok pegang baju jubah 3 helai SR50.00 sahaja.. Datang polis maka berselerak peniaga-peniaga itu lari meninggalkan barang yang tak sempat dikutip balik, ada dok kat tangan kita pula.. so nak buat macam mana.. kita pun tak kenai peniaga jalanan tu.. jadi baju tu nak buat macam mana... fikirlah sendiri... gamak ka nak ambil baju ni... Kat jalan dari hotel ke Masjidil Haram juga kerap terjadi kes-kes seperti ini..
Tentunya tempat paling mustajab beribadat dalam masjid Madinah ini ialah di Raudhah.. dimana terletaknya makam Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. Tempat ini memang menjadi tumpuan dan nak dapat masuk ke sini kena sabar sikit... kalau sabar boleh dapat tempat kat Raudhah ini dan boleh sembahyang hajat atau segala sembahyang fardu dan sembahyang sunat yang ada ikut kehendak dan keperluan kita.. Saya juga sempat besembahyang berdekatan situ dan menyampaikan salam dari rakan-rakan yang mewakilkan saya untuk mohon disampaikan salam mereka kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. "Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Ya Rasulullah..."
Yang beruntung antara ahli rombongan kami ialah Abang Azhar.. beliau buta, ikut serta bersama rombongan kami.. walaupun ia buta tapi hatinya memang cerah.. tak ada masalah langsung beliau bersama rombongan.. Bila sampai ke Raudhah ni.. polis yang berjaga tu nampak OKU seperti ini, pasti ia dipanggil duduk didepan atau paling dekat dengan tempat yang mustajab.. Yang bawa dia pun tumpang sama dapat peluang keemasan tanpa masalah sangat. Disekeliling makam Rasulullah itu ada tempat yang elok dan mustajab untuk duduk beribadat dan berikhtikaf disitu seperti 'Holly Roudhoh", Mowajaha, 'Mehraab Of Tahajjud', Al Sufa, 'Mehrab Of The Prophet', dan Pintu Fatimah. Semua tempat-tempat ini menjadi rebutan para jemaah yang datang. Cuma untuk kaum wanita saja agak kecewa sikit kerana mereka jarang dibenar duduk dalam kawasan tersebut.. Hanya lalu dihadapan pintu utama makam Rasulullah sahaja. Itupun ada waktu-waktu tertentu yang dibenarkan. Nasib baik sangat la kalau boleh duduk dalam kawasan Raudhoh tu untuk bersembahyang dan berdoa..
Saya suka melihat payong didataran luar Masjid Nabi ini , kerana pada setiap malam Payong Besar yang ada beratus-ratus tiang tu akan ditutup kuncup, dan pada sebelah pagi akan dibuka kembangkan... Saya selalu tunggu saat itu.. Memang cantik pemandangan tersebut.. Agak-agak berapa kos untuk bina 'shelter' seperti itu.... tentu kosnya amat tinggi.
Lawatan keluar Kota Madinah juga diatur seperti lawatan ke Masjid Quba, Masjid Qibletayn dan Jabal Uhud . Tempat-tempat ini mempunyai sejarah tersendiri berkenaan Islam dan perjuangan para syuhada Islam dimedan pertemporan. Kalau nak beli kurma, elok beli kat Madinah.. Lawatan ke Ladang Kurma juga diator dan juga dijual dengan pelbgai jenis kurma. Yang popular ialah Kurma Nabi dan Kurma Ajwa.. Hargapun boleh tahan juga... SR 50.00 ke SR100. Saya suka kurma ajwa.. sebab buahnya agak kecil dan tidak basah sangat. Sedap rasanya. Menyesal pula tak beli banyak.. kat Malaysia ada kut tang-tang mana dijual.. Kat UTC Kedah baru terjumpa , dijual RM100.00 satu KG.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kalau banding di Malaysia ni dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.. Lebuh raya mereka memang elok. Yang merimaskan ialah kurangya tempat hentian rawat dan rehat sepanjang perjalanan. Saya ingatkan semua itu sudah berubah sejak pertama kali mengerjakan haji 12 tahun yang lalu. Rupanya keadaan tidak berubah masih seperti sama sahaja... Kalau kita di Malaysia lebih 6 Hentian Rawat dan Rehat kita jumpa , selain ada lagi hentian-hentian kecil yang disediakan kemudahan untuk buang air besar dan air kecil. Kalau adapun hentian tersebut tidak selesa langsung. Kemudahan amat kekurangan.... berebut-rebut untuk mendapatkan tandas yang amat kurang.. tempat makan awampun tak ada. Kalau adapun dalam kedai makan .. Tapi kenala beli makanan disitu. Kalau bawa makanan luar makan kat situ, tentunya tuan kedai tak menggalakkannya. Jadi kamipun makan kat mana-mana tempat yang ada .. tapi memang tidak selesa.. Tidak ada pondok wakaf disediakan...
Di Mekah Al Mukaramah pada waktu ziarah saya, Masjidil Haram sedang diubah suai secara besar-besaran yang katanya untuk keselesaan jemaah akan datang disamping dibuat tambahan ruang yang lebih luas lagi. Jadi sesiapa yang tidak pernah datang ziarah ke Mekah, bila datang ziarah waktu ini tidak akan dapat melihat keindahan Masjidil Haram ini,, terlalu banyak kawasan yang telah ditutup untuk kerja-kerja pemecahan dinding-diding masjid dan kerja seumpamanya... Rugi la sikit.. Kecantikan Masjidil Haram ini akan dapat dilihat dalam tempoh 3 atau 4 tahun lagi.. Hanya beberapa pintu masuk masjid yang dibuka. Yang lain ditutup. Sebab itu kesesakan dipintu masuk memang amat merimaskan terutama pada waktu-waktu sembahyang waktu.
Kalau tidak mahu bersesak-sesak datanglah awal-awal ke Masjidil Haram ini.. Nasib baik akan dapat tempat dikawasan tawaf, kalau tidak duduk dalam masjid sahaja yang dilindungi pemandangan hadapan oleh dinding-dinding sementara yang dibuat bagi mengelakan debu-debu dan kebisingan dari kerja-kerja ketok dan ubahsuai Masjidil Haram tersebt. Dulu boleh nampak Kaabah, walaupun duduk sayup jauh dalam masjid. Sekarang telah terlindung oleh dinding-dinding sementara yang dipasang sekeliling hadapan mengadap Kaabah dalam Masjidil Haram tersebut. Jadi bila sembahyang dalam masjid macam sembahyang dalam bilik saja... Hanya suara imam di pembesar suara yang nyaring dan kuat saja yang didengar... Saya rindu sangat nak dengar bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Imam Besar Masjidil Haram iaitu Syeikh Abdul Rahman Al Sudais.. tapi sepanjang bersembahyang jemaah kat masjid ini tak kedengaran lagi dah.. Saya pun tak ada maklumat beliau masih aktif lagi atau gering ataupun sudah meninggal dunia... Imam yang ada sekarang ini bagi saya biasa sahaja suaranya, begitu juga muazzin.. Dulu semasa datang mengerjakan Haji, memang sedap dengar azan , nyaring dan kuat serta berlagu... yang sekarang ni.. kata orang auranya dah tak ada... Imampun baca biasa-biasa sahaja..
Apabila saya melancong keluar negara atau melawat ziarah ke luar negara, memang menjadi tabiat saya suka mencatatkan apa-apa peristiwa yang saya lihat terutama berkenaan perangai dan tingkah laku manusia diluar sana serta persekitaran setempat.. Saja saya nak cerita sebagai halwa telinga dan juga mungkin juga boleh diambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Apatah lagi ziarah saya kali ini adalah ke Mekah dan Madinah.. Amat relevan dengan jiwa kita sebagai seorang umat Nabi Muhammad SAW. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dan pelajari.. Mungkin dengan cerita-cerita saya ini akan meningkatkan lagi keimanan kita terutama saya sendiri yang serba kekurangan ini. Berada dikota Mekah dan Madinah ini kata orang banyak sangat ujian-ujian Allah kepada kita. Allah nak melihat bagaimana kita menghadapi ujian ini.. Bagaimana kita nak menyelesaikan ujian Nya itu di Kota Mekah yang amat suci ini.
Berhubung dengan perkara-perkara ibadat ini tidak kira lah berkenaan sembahyang, cara-cara mengerjakan umrah dan sebagainya, bila kita berada di Mekah dan Madinah barulah kita boleh melihat ada persamaan tatacara beribadat dan ada juga kelainan cara yang dibuat.. Hak yang sama tu oklah.. tak ada masalah sangat. Kita di Malaysia ni bab-bab ibadat, ustaz-ustaz dan tok2 guru kita memang amat detail dan terperinci hal2 seperti itu... depa mengajar dengan betul dengan berpandukan kitab-kitab yang muktabar. Memang tertib sungguh. Tapi bila sembahyang di Madinah dan di Mekah kita mula terasa tertanya-tanya.. betulkah cara kita ini atau cara mereka yang tak betul.. Memang kita telah diperingatkan tentang ini, bahawa kita berpegang kepada Ahlul Sunnah Waljamaah dan berpegang kepada Mazhab Imam Shafie.. Jadi apa yang kita buat itu memang macam itulah.. . Betullah tu. Jangan dok kisah sangat fasal yang orang lain buat sebab mereka berpegang kepada mazhab lain.. Sama lah dengan hal-hal berkaitan batal air sembahyang.. Kita cukup jaga fasal tu.. sebab kalau batal bukan senang nak mai buat tawaf balik, jauh juga tempat nak ambil wudhuk. Kena keluar masjid. Sebab itu bila bertawaf keliling Kaabah saya cukup jaga takut-takut tersentuh kaum hawa ni.. Kalau kaum hawa orang kita ok juga sebab depa pakai stokin dan telekong labuh.. Tapi kalau geng2 dari Turki atau Pakistan. Bangladesh , India atau Afrika depa tu bukan kira sapa, dah la stokin tak pakai depa pakai redah begitu sahaja.. bagi mereka sentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan air sembahyang. Kita juga diminta tak ambil kisah sangat, waktu genting dan sesak2 waktu bertawaf seperti ini kena pegang kepada mazhab lain yang membolehkan seperti ini.. Apa-apa pun saya sebolehnya tak mau tersentuh mereka dan kena ambil laluan agak jauh sikit yang tak berapa sesak sangat. Lagi dekat dengan Kaabah lagi sesak dengan lautan manusia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat masuk ke Multazam dan berusaha untuk menyentuh kaabah itu sendiri dan Hajarulaswad. Macam-macam cara dibuat.. Cuma ustaz mengingatkan kita walau apapun yang kita buat niat kita kena ikhlas dan tidak boleh mencapai sesuatu dengan menindas orang lain atau mengecewakan orang lain.. Buatlah ikut giliran dan datang awal-awal dan genjak sikit-sikit hingga sampai ketempat yang dihajati.. jadi tidak menyusahkan dan tidak menganiayakan sesiapa.. Sebab itu tidak ada nilainya usaha kita itu untuk dapat tempat yang mustajab depan kaabah dengan mengupah orang untuk tolak jemaah lain ke tepi bagi kita lalu. Begitu juga pembesar-pembesar kenamaan bila depa mai, polis-polis yang mengiringi mereka akan sekat jemaah2 macam kita ni bagi depa lalu dan duduk situ... Jadi rasanya tak berapa betullah buat macam. Kesian pada jemaah yang bersusah payah berusaha sabar menanti dan menunggu, tiba-tba senang saja orang lain yang tak ada usaha langsung terus dapat tempat yang diidamkan itu.. Benda-benda ibadat seperti ini nak buat apapun jangan la menindas orang lain, atau menghampakan orang lain.. atau mengecewakan orang lain..
Kita juga jangan terkejut bila imam bacakan surah Al Fatihah tidak dimulakan dengan 'Bismillahirrahmaanirrahiim'... tak taulah mungkin imam baca perlahan dalam hati.. Begitu juga Sembahyang Suboh depa tak ada doa Qunut dan angkat tangan sekali. Lebih pelik lagi ada sembahyang tak ada qiyam tangan ke dada macam kita biasa buat dan amalkan. Sebaliknya mereka hanya meluruskan tangan ke paha sahaja. Selalunya kita selepas sembahyang fardhu akan ada wirid-wirid yang diajarkan dan doa-doa ikut keperluan kita. Di sini kita akan lihat lepas bagi salaam tak ada lagi doa2 dan wirid.. ada juga yang buat tapi majoritinya tak ada la. Salam-salam tangan dengan jemaah-jemaah kiri kanan kata tak adalah.
Begitu juga dengan sembahyang mayat.. di Mekah/Madinah selepas takbir ke 4 terus bagi salam. Kita ada doa dulu baru bagi salam.. Lepas tu ada doa lagi pada si mati..
Sebenarnya banyak lagi kelainan yang saya nampak terutama waktu buat tawaf.. Ustaz pesan bila buat tawaf, bahu kiri kita mesti sepanjang masa menghala ke Kaabah.. Kalau terlari bahu itu, pusingan tawaf tersebut menjadi tak sah.. Kena ulang balik pusingan itu.. Tapi yang saya tengok, depa terus mengadap Kaabah sebelum tamat pusingan tersebut untuk melambai-lambai pada Kaabah... Jadi macam mana tu... Mungkin cara mazhab mereka boleh kut.. Begitu juga aurat kena jaga terutama bila pakai kain ihram.. Apa yang saya tengok banyak yang gulung lilit kain bawah pada pusat.. Nampak pusat.. besar pula lubang pusat tu..
Satu peristiwa yang saya betul-betul terkena ialah pada Pagi Selasa waktu sembahyang subuh di Masjidil Haram.. Saya bersembahyang ditingkat bawah tanah.. Sebenarnya sembahyang ditingkat atas atau tingkat bawah.. sama sahaja.. depan tak nampak apa.. hanya dinding sahaja yang dipasang sementara untuk elak debu-debu berterbangan kerana didepan tu ada kerja-kerja mengetuk dan ubahsuai masjid.. dulu duduk disitu boleh nampak kaabah walaupun duduk jauh.. La ni tak boleh dah... saya duduk barisan depan pula .. Imam punya la panjang baca ayat-ayat quran.. dan saya pula macam mana sebahagian besar umat Islam yang tak reti bahasa arab ni dengar dan hayati begitu sahaja. Bila imam sebut Allahuakbar... spontan sahaja kita akan 'rukuk' dan saya pun rukuk dengan penuh kesyahduan.. Tunduk rukuk dan pejam mata pula.. dok tunggu bila nak tegak balik... buka-buka mata kerling kiri kanan, ada rukuk dan ada sujud.. ahh.. sudah... nak buat macam mana .. dalam hati baru tersedar mungkin tadi imam baca surah yang ada ada ayat-ayat Sajadah... Jadi depa sujud Sajadah. Tapi saya tengok sebahagian rukuk.. sebahagian sujud yang mungkin faham ... ikut buat sujud Sajadah.. Bukan boleh tengok depan.. hanya berpandukan kepada suara imam yang berkumandang di pembesar suara sahaja.. Elok tersedar kata itu sujud Sajadah gaya nak turun sujud , kedengaran imam dah takbir bangun.. spontan saja saya pun tegak balik tak sempat nak sambung sujud Sajadah..
Tuan-tuan boleh bayangkan apa agaknya yang bermain-main difikiran sebahagian jemaah yang bersembahyang waktu itu..... sembahyang lepas tu mula jadi was-was dah.. Kalau dah kita rukuk ... bangun balik dan lepas tu rukuk balik ... maka kita sembahyang subuh rukuk 3 kali.. jadi lagu mana ni.... kata setengah orang tak tau tak apa...Allah tetap terima ibadat solat kita. Saya tetap was-was dan habis solat tu saya mengambil keputusan sembahyang subuh bersendirian dan minta ampun banyak-banyak agar Allah SWT menerima solat ku ini. Saya tak taulah jemaah lain yang seumpama saya depa 'settle' masalah tu macam mana.
Masalahnya saya dan sebahagian besar orang Malaysia contohnya tidak terjangka rupanya selain Sembahyang Subuh Pagi Jumaat, Surah yang ada ayat Sajadah boleh dibaca pada sembahyang Subuh lain-lain hari. Biasa dengar ustaz-ustaz cakap surah yang ada ayat Sajadah hanya boleh dibaca pada waktu sembahyang Subuh di Pagi Jumaat sahaja. Hari lain tidak boleh... Dan memang pun tak pernah dibuat sepanjang saya dok sembahyang Subuh kat Masjid atau Surau. Apa-apa pun saya terima hakikat saya amat kekurangan ilmu dalam bab-bab ibadat ni.. terlalu banyak yang kita tidak tahu, yang kita kena belajar berterusan.. Mungkin ada rakan2 yang baca blog saya ini ingin sama-sama berkongsi pengalaman berkenaan kes seperti ini.. dan beri tunjuk ajar... silakan..
Walau bagaimanapun keseluruhannya ada kesamaan dalam mengerjakan ibadah umrah dan solat.. sujud dan rukuk masih lagi sama.. mengadap pada yang SATU iaitu Allah SWT..
Di Mekah dan Madinah ramai juga hamba Allah yang datang selain mengerjakan ibadat wajib dan sunat mereka suka mencari pahala dengan pelbagai cara.. Ya la dikatakan apa-apa sedekah yang kita buat di kota ini Allah akan melipatkaligandakan pahala-pahala yang sepatut kita dapat.... sepertimana kita sembahyang di Masjid Nabawi kita akan dapat 1000 kali ganda pahala berbanding sembahyang di luar kota Madinah. Begitu juga kalau kita sembahyang di Masjidil Haram kita akan memperolehi 100,000 kali ganda pahala..
Yang lain2 kerja kebajikan yang kita buat kat Masjidil Haram itu juga Allah SWT akan gandakan pahala kebajikan.. Maka ramailah yang berlumba-lumba mencari pahala dengan memberi makan binatang, khususnya burung merpati, mengedarkan plastik bungkus kasut, memberi minuman panas pada jemaah yang datang ke masjid, memberi makanan untuk berbuka puasa sunat kat masjid, tolong ambil
air zam-zam pun ada juga yang buat, beli Al Quran dan wakaf kat Masjid dan yang banyaknya ialah memberi sedekah wang pada yang dirasakan kurang berkemampuan kat kota-kota tersebut..
Yang memberi wang ini yang seronoknya kerana yang dapat manafaatnya ialah pekerja-pekerja rencam kat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.. Saya tengok banyak juga mereka dapat wang sedekah jemaah . Kadang2 bila tengok kelaku pekerja-pekerja tu tak berapa nak selesa pula... mereka menjadikan itu seolah-olah macam pendapatan mereka pula.. kita lalu depan mereka , kita selok poket saja boleh tengok mata pekerja-pekerja tu perhati tangan kita kut-kut ada duit yang nak diberi pada mereka. Mata mereka liar memerhati orang yang lalu lalang dari hotel ke masjid... Selalu mereka tak sapu sampah waktu hampir sembahyang waktu, mereka akan duduk berdiri diam sambil memegang penyapu... Macam mereka mengharap pula.. Bila seorang dapat sedekah, pekerja yang lain akan cuba merapati kita kut-kut kita bagi kat depa sama.... bila dpt terus masuk poket, kut nak ucap terima kasih, tak nampak pula.. mungkin mereka ucap dalam hati kut. Tak apalah... tak usah dok kira sangat la fasal tu.. yang penting niat kita ikhlas.. nak sedekah.. sedekah sahaja la.. dok persoal apa. Sapa2 boleh terima sedekah di Kota Mekah dan Kota Madinah ni...
Ahli rombongan saya juga ada yang dapat sumbangan sedekah dari jemaah yang berjuta itu.. Apatah lagi kalau orang tua-tua. Abang Azhar yang buta lagi la murah rezeki dia.. Dia kata dia sedekahpun banyak juga kat orang-orang kat situ, tapi dia dapat balik lebih banyak dari apa yang dia sedekahkan... Ada saja orang datang hulur duit padanya bila ia dok berikhtikaf dalam masjid dan berjalan dari hotel ke Masjid
Kita nak cari orang yang benar-benar perlukan bantuan, sukar kat kota ini sebab nampak lebih kurang sama sahaja.. Cuma kena perhati betul-betul dari segi pakaian dan dan perawakan kita boleh agak juga kemampuan mereka, Sebab saya lihat ramai yang datang sehelai sepinggang ke Mekah untuk beribadat , pakaiaan pun lusuh sahaja macam tak berganti, ada yang koyak dan mereka hanya tidur ditepi-tepi bangunan dan makanpun hanya mengharapkan belas ikhsan jemaah yang datang.
Saya sendiri telah mengalami satu peristiwa yang benar-benar terkesan dihati hati saya berkenaan 'memberi makan kepada yang benar-benar memerlukan itu'. Peristiwa ini berlaku pada hari-hari terakhir saya berada di Masjidil Haram ini.. Sebelum saya 'Tawaf Wida' pagi itu.
Waktu itu saya, isteri dan kakak ipar saya sedang bersarapan pagi di Dataran Masjidil Haram yang luas terbentang itu.. Kami dok bersila disitu sambil menikmati makanan . Saya belum makan lagi.. baru sahaja beli Nasi Arab berlaukkan Ayam .. Memang lazat nampak makanan ni. Hargapun boleh tahan juga SR16.00 . Lebih kurang RM16.00 duit kita. Baru suap 2 mulut tiba-tiba datang seorang tua berjubah datang kepada kami.. cakap tak, tapi dia tunjuk-tunjuk makanan kat depan kami tu.. Ah.. sudah.. sapa pula ni.. Rasanya ia minta makanan tu.. Jadi secara kebetulan masa beli makanan kat gerai tadi, ada diberikan secara percuma roti .. nak kata roti apa .. saya pun tak tau.. 3 keping, macam roti arab juga.. Jadi sayapun berilah roti itu padanya.. Apapun ia tak kata apa, nak ambil pun dak juga.. Saya terfikir ia hendak apa, takkan nak minta nasi yang saya telah jamah tadi.. bekas orang makan tak kan dia mahu .. tak apa.. saya pun semawa makanan nasi berlauk kari ayam itu.. terus ia duduk dan ambil bekas berisi makanan itu... dan pergi dari situ. Rupanya roti yang saya nak bagi tu .. kata orang macam makanan orang orang miskin kut.. depapun tak mahu makan.. Ok la .. saya pun minum air sahaja.. tak apa sat lagi balik hotel sambung sarapan pagi kat sana..
Bila saya toleh kepala perhati belakang saya lihat hamba Allah tadi sedang bersama rakannya yang juga agak tua orang nya berkongsi makanan yang saya beri tadi.. Bila melihat suasana itu hampir menitis air mata saya melihat keadaan itu... Peristiwa ini amat menyayat hati saya dan lebih-lebih lagi saya terkesan akan sikap dan perasaan saya sendiri.. Allah hendak menguji hambanya.. Mengapa bila berada dalam suasana itu seperti saya seolah terpukau.. kenapa la saya terfikir nak bagi roti-roti kering yang orang bagi percuma sahaja kepada hamba Allah yang memerlukan makanan ini. Memberikan makanan yang kita sendiri tak sudi nak makan. Sedangkan yang saya makan ini enak-enak ... perasaan berkira dan kedekut tu dok masih ada lagi sikit-sikit kat diri ini... Ya Allah Ya Tuhanku Ampunkanlah hamba Mu ini....
Saya amat terkilan sekali dengan tingkah laku spontan saya ini.. Mengapa saya tidak terfikir nak bantu dia secara bersungguh-sungguh... Mengapa tidak diberi duit yang senilai makanan yang kita makan ini padanya kalau kita tak bagi makanan kitapun .. mengapa...-mengapa ... dan mengapa.. Mengapa pada awalnya saya nak bagi hanya roti kering yang diberi percuma saja.. Ini Kota Mekah dan dalam Masjidil Haram lagi... Allah SWT nak uji kita tu..... Mengapa saya tak terfikir ... Allah SWT nak uji keikhlasan hambanya. Allah sudah hantar hambaNya itu untuk kita menambahkan kebajikan dan pahala kita di pagi hari terakhir sebelum pergi tawaf wida' dan bertolak ke Jeddah.
Namun begitu saya rasa bersyukur juga kerana Allah SWT masih memberi peluang juga pada saya memberi apa yang sepatutnya pada hamba Allah SWT walaupun apa yang diberi itu terlalu amat sedikit. Satu pengajaran amat besar dan berguna pada saya dan pada mereka yang mengerti... Yang penting dan perlu ditanam dalam diri kita iaitu.. seseorang hamba Allah tidak akan jatuh miskin dan papa kedana hanya kerana ia bersedekah kepada orang lain. Malahan ia menambahkan lagi kebahagiaan dan kenikmatan dalam hidup kita....
Satu lagi ujian yang diberi Allah SWT pada saya dan isteri ialah ujian ikatan tali persaudaraan sesama insan dan melibatkan perasaan juga .. Saya dan isteri amat tidak terjangka peristiwa ini berlaku pada diri saya dan isteri.. dan ia berlaku pula di Kota Suci Makkah Al Mukaramah ini.. Bagi saya ujian ini amat berat juga kerana ia melibatkan ikatan persaudaraan sesama insan dikalangan ahli rombongan. Ia melibatkan hati dan perasaan. Allah SWT nak tunjuk di Kota Suci ini.. Puncanya bukan besar mana pun dan bukan isu besar pun tapi benda nak jadi, ia jadi juga , mungkin kita anggap biasa tapi ia besar dan tidak biasa pada orang lain... Saya tidak mahu bercerita mendalam isu ini, biar ia menjadi rahsia. Saya mohon di depan kaabah supaya kejadian dan peristiwa yang yang berlaku ini kena diselesaikan juga di Kota Makkah ini... Saya minta sangat-sangat. Isteri saya juga mohon sangat-sangat pada Allah SWT didepan Kaabah agar perkara ini tidak boleh dibiar berpanjangan dan kena diselesaikan juga... Kalau dibawa balik ke tanah air tanpa ada jalan penyelesaiaan maka pasti ia akan menjadi lebih parah.
Alhamdulillah, Allah SWT Maha Penyayang akan hamba-hambanya.. Didepan Kaabah juga selepas 'Tawaf Wida' perkara ini selesai dengan baik... Syukur pada Mu Ya Allah , yang telah memperkenankan permohonan hamba Mu ini.. Memang betullah cerita-cerita yang saya biasa dengar dari ramai rakan2 yang pergi mengerjakan haji atau umrah.. ujian-ujian melibatkan perasaan dan hubungan sesama insan seringkali berlaku dan kadang-kadang terbawa-bawa balik ke tanahair tanpa penyelesaian yang akhirnya membawa kepada kepedihan hati kepada semua pihak.. Hubungan persahabatan dan persaudaraan bertambah renggang dan tegang. Kita mahu supaya umrah yang kita buat ini menjadi umrah kasih sayang.. kita kena sayang semua orang... kita kena baik dengan semua orang, kita kena berprasangka baik dengan semua orang apatah lagi bila kita pergi umrah ini secara berkumpulan.. amalan ini kena kekal walau dimana kita berada.
Bila ini berlaku fahamlah saya, ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan persahabatan dan persaudaraan sesama insan. Kita datang ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram untuk mengaut sebanyak mungkin pahala yang boleh kita dapat, kita dapat melawat ziarah Makam Rasulullah lagi, melawat ziarah Kaabah dan seterusnya mengerjakan ibadat Umrah dan Haji. Ini semua perkara-perkara yang baik-baik belaka dan ada kaitan dengan roh yang kita bawa bersama ke Mekah. Kenapa boleh berlaku pula sebaliknya... Inilah yang dikatakan Allah SWT hendak menguji kita.
Saya kena muhasabah diri saya dulu dan kena pastikan dalam diri kita jangan ada rasa hasad dengki terhadap insan-insan lain dan jangan berprasangka buruk kepada rakan-rakan, sahabat2, saudara mara saya dan juga pada orang yang kita tidak kenali... Lebih molek kita berprasangka baik pada semua orang dan sentiasa memikirkan secara lebih positif.. Kalau berfikir secara positif dengan hati yang lapang dada, insya Allah benda-benda yang baik-baik sahaja yang akan datang kepada kita.. Macam mana nak bagi perkara-perkara yang baik dan positif sahaja yang datang mendekati kita kena ada panduan .. Saya tengah mencuba teknik ini... Kita sudah didedahkan dengan doa. Kita juga telah diberitahu ada waktu-waktu dan tempat tertentu yang menjadi sangat mustajab untuk berdoa apa sahaja perkara-perkara baik , apatah lagi bila berada di Masjid Nabi di Madinah dan Masjidil Haram..
Jadi boleh la baca artikel yang saya tulis berkenaan kursus yang hadhiri bertajuk Law of Universal Attraction... Kursus yang saya hadiri ini berkenaan bagaimana untuk menarik kebahagiaan sentiasa menghampiri kita. Nak tau lebih lanjut LUA ini saya cadangkan dapatkan buku 'Law of Universal Attraction .. Magnet Kebahagiaan'.. Karya Zuhair Nopiah dan Amin Idris.. aiik.. tolong promote pula .. tak apa la .. benda baik apa salahnya kita cadangkan.... Kita kena percaya dan usaha mencapainya dan penentunya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Berkuasa atas sesuatu..
http://semangatjati.blogspot.com/2014/12/law-of-universal-attraction-magnet.html
Oklah, rasanya terlalu amat panjang pula artikel kali ini... sebenarnya banyak lagi saya nak cerita.. takut nanti orang meluat pula... tengok nanti saya akan buat siri 2 pula fasal umrah ini jika ada kelapangan.... Cumanya saya rasa gembira mengikuti umrah ini. Nak buat bandingan dengan pakej umrah oleh syarikat lain pun rasanya kurang adil sebab saya tidak pernah datang umrah dengan lain2 agensi lagi jadi saya tak taulah. Tapi tidak mengapalah, agensi yang saya guna ini pun rasanya ok dengan mutawwif yang berpengalaman dan juga taukeh Puji Tavel juga turut hadhir dan buat tazkirah sekali serta panduan-panduan yang mudah difahami,, Ilmu yang diberikan amat berfaedah serta panduan yang diberi mudah diikuti..
Entah bila pula saya akan dapat kembali ke Tanah Suci ini... Insya Allah saya dah buat target untuk pergi mengerjakan Haji sekali lagi jika diizinkan Allah SWT , target untuk pergi mengerjakan umrah sekurang-kurangnya 4 kali lagi. selagi terdaya.... Bukankah Allah SWT suruh kita berdoa minta apa sahaja yang baik-baik. Jadi kita minta doa dan usahakan dan tunggulah ... Insya Allah apa yang minta atau rancangkan itu akan menjadi kenyataan.... Ok.. cukup disini saja.... nanti kita bicara yang lain pula .. santai-santai saja, jika ada kesempatan masa.. Mohon maaf banyak2 , ayat2 saya ni agak berterabor sikit, campor macam2... dari segi bahasa memang tak boleh pakai untuk bawa dalam peperiksaan..... santai2 saja ya....
Al Fatihah... amiin..
Tarikh : 22 Disember 2014
Assalaamualaikum WRT sahabat-sahabat saudara muslim ku... dan salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang saya amat muliakan... Apakah sudah ada kelapangan waktu untuk membaca coretan-coretan saya... bukannya paksaan untuk membacanya ..
Agak2 bergambar kat mana ni .. |
Ok.. hari ini saya mau cerita apa ya... catatan saya kali ini berkenaan perjalanan mencari keredhaan Ilahi..mencari kebahagiaan sejati, perjalanan menyucikan hati... waduuh apa pula tu...
Sebelum saya menulis panjang catatan ini , saya kena perjelaskan dan buat pengakuan diri dulu awal-awal bahawa catatan perjalanan saya ini, bukanlah berniat untuk berbangga diri, bukan berniat nak menunjuk-nunjuk dan berlagak, bukanlah nak habaq kata saya mampu dan segala-segala yang seumpama itu.. Jauh sama sekali.. Tak terniat langsung untuk maksud seperti itu... apatah lagi catatan saya ini berkaitan dengan penyuburan jiwa, berkaitan mensucikan hati dan jiwa, berkaitan ibadat dan hal-hal yang baik-baik belaka apabila kita melakukan ziarah ke Kota Mekah dan Kota Madinah, Arab Saudi.. Siapalah saya untuk menyombong diri dan berlagak tak tentu hala ... Saya hanya hamba yang terlalu amat kerdil
Saya menulis hanya sekadar untuk catatan pengalaman diri dan juga ada pengajaran disebalik pengalaman yang dilalui ini. Hanya sekadar berkongsi rasa dan pengalaman ini dapat dikongsi bersama-sama sahabat-sahabat... kalau boleh terima secara positif alhamdulillah, kalau diterima secara negatif, apa yang boleh saya katakan.. terima seadanya...... saya menulis ini bersandarkan pada apa yang bisa saya dengar, bisa saya lihat, bisa saya alami , difikirkan dan dirasai sendiri... Lama juga saya tidak menulis dalam blog saya..... hanya sekadar 'update' dalam facebook sahaja setiap aktiviti saya.... tak puas rasanya kalau tidak boleh menulis panjang sikit dalam blog... Hari ini baru nak mula tulis,... kalau tinggal lama-lama nanti idea yang tengah dok mai tu akan hanyut begitu sahaja..
Sebenarnya bermula 11.12.2014 hingga 22.12.2014.. saya bersama isteri telah mengerjakan umrah ditanah suci Mekah dan Kota Madinah.. Sebenarnya nak cerita fasal pi Umrah rasanya dah terlalu biasa sangat, sebab ramai yang sudah pergi mengerjakan haji dan umrah, malahan ada yang setiap tahun pergi mengerjakan umrah.. Jadi bukan cerita panas apa pun fasal lawatan ziarah saya kali ini. Tapi kerana minat saya nak menulis , maka usaha fikirkan juga nak cerita lagu mana fasal ziarah saya kali ini. Sebenarnya sejak saya mengerjakan haji pada tahun 2002 inilah kali pertama saya kembali ke kota suci ini mengerjakan umrah. Jadi saya akui memang amat teruja akan umrah saya kali ini. 12 tahun berlalu terlalu lama, tentunya banyak perbedaannya... Jadi yang selalu pergi umrah, cerita saya ini taklah apa-apa sangat....
Malam nampak macam tiang hiasan
berlampu.. pagi esoknya ia berkembang
macam payong raksaksa.... saya suka
tengok pagi-pagi ia berkembang..
suasana ini hanya ada di Masjid Nabi
Madinah....
|
Apakah cetusan terasa sangat hendak pergi mengerjakan umrah pada kali ini, sejak 12 tahun saya tak kisah sangat fasal pergi umrah.. Ya la tentunya kalau nak kira duit cukup, sampai bila-bilapun kita rasa tak cukup, bila dah cukup terpaksa digunakan pula untuk maksud lain pula... ini lah yang berlaku.. Allah SWT tak menjemput kita untuk hadir. Ada setengah orang dah daftar nama dah, tapi pada akhirnya ada2 saja halangan yang datang.. Kadang-kadang halangan itu bukanlah berat sangat seperti kematian saudara atau sakit dan seumpamanya. Hanya kadang-kadang duit yang ada digunakan untuk maksud lain atau ada urusan lain yang kita rasa lebih penting.. .. Berapa banyak orang yang banyak wang melimpah ruah, tak ada masalah langsung setakat nak pergi umrah atau mengerjakan haji setiap tahun, tapi sampai kesudah tidak kesampaian. Jadi yang selalu pergi umrah dan ziarah lagi ke tanah suci ini saya amat-amat hormati mereka, tentunya mereka telah mendapat kesedaran yang teramat sangat. Mereka telah mendapat nikmat sebenar dari umrah yang dibuat. Ya la , ini pergi umrah, ada peraturan, ada rukun, ada syarat wajib dan ada pantang larang. Kalau tak ada kesedaran dan nikmat mengerjakan umrah, kita tak akan pi dah.. kata orang serik dah.. Ini bukan nak pi melancong macam kita pergi melancong ke negara-negara lain.. Banyak dugaan, cabaran, kesusahan, serta ketidakselesaa bila ziarah ke Mekah dan Madinah.
Saya akui terdetik rasa untuk mengerjakan umrah, terpanggil bila ada 'offer' lawatan umrah bersama Kelab Kebajikan Majlis Bandaraya Alor Setar tawaran harga RM5500.00. Congak pi congak mai, banding dengan agensi lain, kira ok la tu... biasa-biasa dok dengar RM6,000.00 ++. Jadi tanpa banyak soal saya terima saja untuk mengikuti umrah ini bersama dengan isteri saya.. Itu lah asalnya.. Betapa zalimnya diri ini nak pergi umrah pun berkira fasal duit... nak pergi mengadap Allah SWT dan menziarahi pusara Rasulullah SWT pun berkira sampai begitu sekali.. Apalah sangat dengan duit ringgit ini, sehingga tunggu harga pakej murah baru nak pergi umrah. Sebelum ini lambat lepa ada 'offer' lawatan luar negeri walaupun kena tambah duit, terpa pi... tak berkira langsung fasal duit.. shoping2 lagi..
"Ya Allah Ya Tuhanku... Ampunkanlah Hamba Mu Yang Hina Dina ini disisi Mu... Aku Telah Menzalimi Diriku" ...
Sebab itu ziarah umrah saya kali ini saya rasa benar-benar kehambaan diri ini yang tidak ada apa-apa disisi Allah SWT... rasa keinsafan yang teramat sangat berada di Tanah Suci ini...
Walaupun sebenarnya bila berlaku beberapa perubahan tarikh dan hotel harga pakej yang ditawarkan telah menjadi lebih RM6,000.00+ + juga lebih kurang sama lah juga dengan agensi lain. .. Sayapun tidak diberi penjelasan kenapa asal tawaran RM5,500.00 tapi pada akhirnya bila nak bertolak ke Madinah, dimaklumkan pakej umrah ini lebih RM6,000.00 ++. Saya faham orang berniaga ada kos-kos yang mereka terpaksa tanggung yang diluar kawalan. Mungkin pada awalnya perkiraan mereka tawaran awal itu kira masih beroleh keuntungan tapi congak pi congak mai, dok rasa tak lepas, maka itu sebab terpaksa dinaikkan.. Tak apalah, saya tetap berprasangka baik dan berpegang kepada keikhlasan agensi kerana ini lawatan ibadat, lawatan membawa sekali dengan roh kita , lawatan yang mencari keredhaan Allah SWT.
Saya akui masa awal sebelum lawatan umrah ini ada sedikit rasa terdetik dihati, kenapa pula jadi sama macam lain-lain agensi, rasanya begitulah kut pada yang lain-lain ahli rombongan... Biasalah kalau terasa begitu, kita sebagai manusia yang amat lemah, kadang-kadang macam-macam perasaan negatif datang... Tapi percayalah bila pergi ke sana hilang rasa was-was dan keraguan itu semua..
gambar2 kali pertama mengerjakan Ibadat Haji Tahun 2002.. klik saja kat bawah ni..
https://www.facebook.com/asredha/media_set?set=a.1018373281512293.1073741862.100000188912921&type=3
Tak kisahlah akan harga tersebut , malahan saya, amat-amat berterima kasih dengan kebetulan seperti itu kerana kalau tidak ada tanda harga RM5500.0 mungkin saya masih tidak terbuka hati untuk mengerjakan umrah lagi... bayangkan 12 tahun selepas mengerjakan haji, tak pernah sekalipun saya pergi mengerjakan umrah, sedangkan dalam tempoh itu banyak tempat di luar negara telah saya pergi... punya la kedekut nak mengeluarkan sedikit duit simpanan untuk pergi ke Tanah Suci... Tempat dimana setiap ibadat sembahyang kita digandakan 100,000 kali ganda.. begitu juga ibadat-ibadat kita yang lain, dilipatkali gandakan pahala-pahala yang kita dapat berbanding di negara luar Kota Suci... Allahhu Akbar.. Biarlah walau tidak sekerap mengerjakan umrah, saya berdoa semoga umrah yang pertama kali saya kerjakan ini selepas 12 tahun diterima Allah SWT..
Melepak kat Air Port King Abdul Aziz Jeddah
sementara menunggu penerbangan ke
Dubai.. Amat kurang kemudahan yg sesuai.
|
Nak hukum lagu mana tak taulah kita yang memberi dalam keterpaksaan. Kita memberi bukan kerana kita nak melanggar peraturan dan undang-undang tetapi diminta beri secara terangan.. nak buat lagu mana.. Perkara itu boleh dibuat dan dilaksanakan, tetapi depa sengaja buat2 macam perkara tu tak boleh... Tak kuasa rasanya nak bertengkar dinegara mereka.. nanti jadi susah pula urusan lainnya. Apatah lagi yang terima tu memanglah sah buat dosa.. depa dah diberi gaji, nak minta apa lagi.. bukannya kerja terok sangat.. boleh bagi halal ka urusan seperti ini.. selalunya lepas sesuatu urusan mereka akan kata 'halal ya halal'.. Halal kena kat depa..
Tak sangka pula disebuah negara Islam, perkara seperti ini diamalkan oleh orang-orang depa... Orang Islam serata dunia memang terpaksa datang ke sini kerana Mekah dan Madinah hanya ada di Arab Saudi... mau tak mau kena datang juga.. Rasanya kalau tak ada Mekah dan Madinah tak ada sapa orang-orang biasa mau mai ke Arab Saudi ini melihat kepada budaya dan kelaku-kelaku mereka yang kasar dan tak mesra alam langsung. Mau tak mau orang mesti datang. Tak sepatutnya mereka mengambil kesempatan atas apa yang sepatutnya mereka beri perkhidmatan terbaik kepada pelancong asing. Terpaksa datang 4 jam awal ke International Air Port King Abdul Aziz .. kecil sahaja airport ni, khusus untuk penerbangan secara pakej umrah... Memang ramai orang mahu pulang, sentiasa begitu setiap hari dan memang agak tidak selesa kat airport ini, kemudahan untuk berehat dan bersantai kat sini agak kurang.
Satu lagi yang saya tak berapa selesa kat Air Port ini ialah turun sahaja dari bas sudah tercegat pengangkut barang tunggu nak ambil beg-beg untuk dibawa masuk ke kaunter 'check in' .. Yang cerdiknya depa ini ialah troli beroda depa 'control' seolah direstui oleh pengurusan airport tersebut... Jadi mahu tak mahu, terpaksalah guna juga khidmat mereka apatah lagi kita kurang arif dengan keadaan disitu. Setelah berbincang dari harga SR800.00 keseluruhan turun kepada kalau tidak silap saya akhirnya bayar juga SR400. untuk bawa semua beg-beg tersebut... Bila guna khidmat porter ini mudah pula bawa masuk beg-beg besar tu terus masuk dalam flight. Kita tak gaduh apa ... cuma bawa diri sahaja melepasi imigresen dan pemereksaan fizikal. Jadi tidak adillah macam ini.. mengambil kesempatan diatas orang asing yang terpaksa datang ke negara mereka. 'Airport tax' yang dibayar mahal juga tu, tak setimpal dengan kemudahan yang disediakan dan kena bayar lagi untuk guna troli dan terpaksa guna 'porter' yang kenakan harga yang tidak munasabah disamping kena bagi pelincir lagi kepada petugas kaunter 'check in' . Saya ingatkan dizaman ini perkara-perkara seperti ini sudah tidak ada lagi, rupanya tidak berubah dan semakin berleluasa... Itulah orang Arab...
Sejak dari awal lagi telah diaturkan supaya rombongan ahli umrah ini boleh bersembahyang Jumaat 2 kali sebelum berlepas pulang. Satu Jumaat di Masjid Madinah AL Munawarah dan satu Jumaat lagi di Kota Mekah Al Mukarramah dan apa yang dirancang itu telah berjalan dengan sempurna.. Al Hamdulillah... Jadi dapatlah dilihat bagaimana ramainya jemaah datang bersembahyang Jumaat pada hari itu. Untuk mendapatkan tempat yang strategik dan lebih berkat kenalah datang lebih awal 3 atau 4 jam sebelum masuk waktu sembahyang . Kalau tidak sembahyang kat luar masjid sahaja lebih-lebih lagi di Masjidil Haram... Boleh pula no kita pi awal ke masjid di sana, kalau di tempat sendiri faham-faham laa...kadang2 khutbah pun sudah setengah terlepas baru sampai masjid.. betapa kurangnya keimanan kita termasuk diri saya... Kita rasa buat tak kisah sangat... harap lepas ni.. kena muhasabah diri balik termasuk diri saya ini... Jangan lagi diperingan-ringankan bab-bab ibadat ni... sebab hanya ini sahaja bekalan yang kita ada untuk bawa ke kubur dan ke akhirat nanti...
12 tahun dahulu macam ini lah juga
keadaannya.. peniaga dok berniaga
kat kaki bukit Jabal Uhud.. Tak terasa
kerajaannya nak buat gerai khas kata
rakyatnya berniaga...
|
Kata pembimbing umrah kami, perjalanan mengerjakan umrah adalah merupakan perjalanan kehidupan. Perjalanan dengan jiwa yang tenang.. perjalanan yang membawa bersamanya dengan roh, bukan sekadar perjalanan fizikal sahaja.. maka amat rugilah yang datang ke Kota Madinah dan Kota Makah ini dengan perasaan dan hati yang sombong dan bongkak.
Selalu diperingatkan tetamu-tetamu yang datang ke Tanah Suci Mekah dan Madinah ini akan sentiasa diuji, dicabar dan diperiksa oleh Allah SWT.. Allah SWT akan menguji dengan pelbagai macam ujian... kadang-kadang kita terlupa apa yang berlaku itu adalah ujian Allah SWT hingga akhirnya kita semakin hanyut dengan apa yang berlaku tanpa memereksa diri kita sendiri kenapa berlaku kejadian tersebut... Kita terbawa-bawa dengan perangai dan peribadi asal kita di tanah air. Mungkin ditanah air semuanya mudah, senang, ada pangkat dan harta, disanjung lagi, dihormati lagi, dikenali orang dan sebagainya.
Saya juga berdoa agar sepanjang berada di Tanah Suci ini tidak diuji dengan perkara-perkara yang pelik-pelik sangat. Sekiranya Allah SWT hendak menguji juga biarlah pada penghujung ziarah umrah saya ini diberi pencerahan balik dan diselesaikan disana juga, dan tidak dibawa balik ke tanah air.. kerana kata orang kalau perkara ini tidak diselesaikan di Tanah Suci ianya akan menjadi semakin parah bila kembali ketanah air.
Saya menyedari berada di Tanah Suci ini kita akan berdepan dengan ketidakselesaan yang amat ketara... macam-macam ketidakselesaan yang akan kita hadapi.. bagaimana susahnya sepanjang perjalanan dari Madinah ke Kota Mekah, dengan kemudahan tempat rawat diri dan rehat yang amat berkurangan, begitu juga kesesakan yang terlampau di Masjid Madinah dan Masjidil Haram, bagaimana susahnya berada dimasjid al ja'ronah, masjid di Bir Ali, Masjid Hudaibiyah dengan kemudahan yang amat minima berbanding begitu ramai pengunjung yang datang untuk niat mengerjakan umrah.. Terlintas dihati, kenapa la Kerajaan Arab Saudi tidak buat bagi elok dan sediakan kemudahan yang selengkapnya disitu , kerana sememangnya setiap hari tanpa mengira waktu, manusia memang datang ramai ke situ kerana ianya menjadi tempat wajib untuk memulakan niat umrah... tapi begitu lah situasinya.. Sejak dulu saya datang , tak banyak berubah kemudahan yang disediakan disitu.. Ini yang menimbulkan tanda tanya kenapa tidak diberi perhatian oleh kerajaan mereka, sedangkan Masjidil Haram dan Masjid Madinah dijaga dengan begitu baik sekali. Ini baru mengerjakan umrah. Bagaimanapula bila tiba musim haji, berjuta-juta umat Islam datang ke Mekah dan Madinah, lagilah terasa kesulitannya.
Pemandu teksinya sentiasa mengambil kesempatan atas keperluan terdesak kita. Sebagai contoh mereka mengenakan tambang teksi ikut suka mereka sahaja. Untuk keluar ke Miqat Masjid Tana'im dari Hotel ada teksi kenakan sampai SR100.00 sedangkan ada yang kenakan SR40.00. Kalau tak tau harga memang kita terkena dengan driver2 Pak Arab ni.. Apa salahnya bubuh harga standard sahaja.. sebab teksi sama sahaja standardnya.. Berniaga cara apa tak taulah saya... ini negara Islam.. mana boleh buat macam tu... tapi itulah yang berlaku.
Masjid-masjid tempat pasang niat untuk umrah.. Masjid Bir Ali, Masjid di
Jaa'ronah, Masjid Hudaibiyyah dan Masjid di Tanaem. Cuma Masjid2 ber-
sejarah seperti ini, kurang maklumat diberikan tentang sejarah masjid2 tst.
Tempat pun macam tak terjaga seperti di Masjid Hudaibiyyah ni.. sampah ber sepah-sepah selerak.. Beribu pelawat datang setiap hari.. Sebelah kanan bawah tu ialah tapak asal Masjid Hudaibiyyah.. Disini terkenal dengan Kisah Perjanjian Hudaibiyyah antara Rasulullah dengan Puak Quraish Mekah. |
Tak apalah, kita tinggallah persoalan itu kerana itu diluar kawalan kita.. Kita tengok hal kita dulu ya.. Begitu juga untuk sembahyang dimasjidil Haram dan Masjid Madinah, tidak semudah kita sembahyang dimasjid kita, kena datang awal, kena berhimpit-himpit pula, tengah-tengah dok sembahyang ada orang langkah kita pula.. nak sembahyang pun kadang-kadang kena halau oleh polis depa, kerana kita sembahyang menghalang laluan orang awam, kasut pula kena bawa sendiri bubuh dalam plastik.. nasib baik tanah-tanah tak ada najis-najis berat , cuma kotor tanah sahaja.. jadi kasut kotor tanah dan debu sahaja. Kalau ditinggalkan, sat lagi hilang begitu sahaja samada salah letak, atau terambil oleh orang lain. Secara kebetulan Masjidil Haram pada waktu ini sedang dibuat pembesaran dan ubahsuai secara besar-besaran, banyak tempat dan pintu masuk kemasjid sudah ditutup, jadi lagilah tidak selesa dengan debu-debu yang berterbangan hasil kerja-kerja pemecahan struktur masjid yang sedia ada. Sudah dapat tempat terbaik kat depan Kaabah terkentut / terbatal air sembahyang pula, terpaksa keluar ke luar masjid yang agak jauh juga untuk mengambil air sembahyang. Jadi bila patah balik, jangan harap nak dapat balik tempat tersebut. Ya la asyik makan gulai timun saja, banyak buat angin dalam perut.
Begitu juga keselesaan dari segi makanan yang kita makan kadang-kadang tidak memuaskan. Perhubungan sesama rakan dan saudara mara juga kadang-kadang timbul masalah bila berada dikota Madinah atau Kota Mekah ini... Semua kemungkinan-kemungkinan ini boleh berlaku yang kita tidak jangkakan sama sekali.. Kalau kita tidak meletakkan perjalanan kita ini dengan roh, kita akan terbawa-bawa dengan ujian ini dan pada akhirnya kita telah gagal mengawal perasaan dan tekanan yang dihadapi dan gagallah ziarah dalam artikata sebenarnya.. Umrah hanya sekadar datang tapi tidak memberi memberi makna apa-apa pada penyucian hati dan jiwa kita.
Sebab itu kita perlu beribadah dengan ikhlas, kerana orang yang beribadah dengan ikhlas memiliki emosi yang lebih stabil dan mampu mengawal sebarang situasi. Ini kerana hati mereka sentiasa tenteram dan fikiran mereka jernih dan sentiasa berprasangka baik sesama insan.
Saya nak cerita apa lagi ya.. nak cerita fasal cara-cara mengerjakan umrah, rasanya semua orang dah tau kut... apatah lagi yang berulang kali datang ke Mekah dan Madinah..... kalau yang ini kena pergi dengar kuliah atau ceramah yang khusus mengenainya...
Mengerjakan ibadat di Masjid Madinah Al Munawarah agak selesa sedikit berbanding dengan di Masjidil Haram , kerana tidak ada apa-apa kerja ubahsuai bangunan dibuat.. kalau adapun hanya pembaikan kecil sahaja. Hotel yang rombongan kami duduki pun tidak lah jauh sangat lebih 5 minit ke 10 minit berjalan kaki sahaja... Nama hotel itu ialah Jawharat Al Asima Hotel... Luas biliknya. Sepanjang lorong ke masjid banyaklah kedai-kedai yang jual pelbagai
Tentunya tempat paling mustajab beribadat dalam masjid Madinah ini ialah di Raudhah.. dimana terletaknya makam Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. Tempat ini memang menjadi tumpuan dan nak dapat masuk ke sini kena sabar sikit... kalau sabar boleh dapat tempat kat Raudhah ini dan boleh sembahyang hajat atau segala sembahyang fardu dan sembahyang sunat yang ada ikut kehendak dan keperluan kita.. Saya juga sempat besembahyang berdekatan situ dan menyampaikan salam dari rakan-rakan yang mewakilkan saya untuk mohon disampaikan salam mereka kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.. "Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Ya Rasulullah..."
Yang beruntung antara ahli rombongan kami ialah Abang Azhar.. beliau buta, ikut serta bersama rombongan kami.. walaupun ia buta tapi hatinya memang cerah.. tak ada masalah langsung beliau bersama rombongan.. Bila sampai ke Raudhah ni.. polis yang berjaga tu nampak OKU seperti ini, pasti ia dipanggil duduk didepan atau paling dekat dengan tempat yang mustajab.. Yang bawa dia pun tumpang sama dapat peluang keemasan tanpa masalah sangat. Disekeliling makam Rasulullah itu ada tempat yang elok dan mustajab untuk duduk beribadat dan berikhtikaf disitu seperti 'Holly Roudhoh", Mowajaha, 'Mehraab Of Tahajjud', Al Sufa, 'Mehrab Of The Prophet', dan Pintu Fatimah. Semua tempat-tempat ini menjadi rebutan para jemaah yang datang. Cuma untuk kaum wanita saja agak kecewa sikit kerana mereka jarang dibenar duduk dalam kawasan tersebut.. Hanya lalu dihadapan pintu utama makam Rasulullah sahaja. Itupun ada waktu-waktu tertentu yang dibenarkan. Nasib baik sangat la kalau boleh duduk dalam kawasan Raudhoh tu untuk bersembahyang dan berdoa..
Gua di Jabal Tsur tempat Rasulullah
menyembunyikan diri sementara dari
buruan kafir quraish sebelum berhijrah
ke Madinah.. Sejarah yang menunjukkan
keajaiban & kekuasaan Allah SWT ......
|
Lawatan ke Jabal Tsur dimana diatasnya
terdapat gua persembunyian Rasulullah
dari kafir quraish semasa baginda
berhijrah ke Madinah..
|
Gua Hira di Jabal Nur tempat Rasulullah menerima wahyu dari Allah SWT ............. |
Lawatan keluar Kota Madinah juga diatur seperti lawatan ke Masjid Quba, Masjid Qibletayn dan Jabal Uhud . Tempat-tempat ini mempunyai sejarah tersendiri berkenaan Islam dan perjuangan para syuhada Islam dimedan pertemporan. Kalau nak beli kurma, elok beli kat Madinah.. Lawatan ke Ladang Kurma juga diator dan juga dijual dengan pelbgai jenis kurma. Yang popular ialah Kurma Nabi dan Kurma Ajwa.. Hargapun boleh tahan juga... SR 50.00 ke SR100. Saya suka kurma ajwa.. sebab buahnya agak kecil dan tidak basah sangat. Sedap rasanya. Menyesal pula tak beli banyak.. kat Malaysia ada kut tang-tang mana dijual.. Kat UTC Kedah baru terjumpa , dijual RM100.00 satu KG.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kalau banding di Malaysia ni dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.. Lebuh raya mereka memang elok. Yang merimaskan ialah kurangya tempat hentian rawat dan rehat sepanjang perjalanan. Saya ingatkan semua itu sudah berubah sejak pertama kali mengerjakan haji 12 tahun yang lalu. Rupanya keadaan tidak berubah masih seperti sama sahaja... Kalau kita di Malaysia lebih 6 Hentian Rawat dan Rehat kita jumpa , selain ada lagi hentian-hentian kecil yang disediakan kemudahan untuk buang air besar dan air kecil. Kalau adapun hentian tersebut tidak selesa langsung. Kemudahan amat kekurangan.... berebut-rebut untuk mendapatkan tandas yang amat kurang.. tempat makan awampun tak ada. Kalau adapun dalam kedai makan .. Tapi kenala beli makanan disitu. Kalau bawa makanan luar makan kat situ, tentunya tuan kedai tak menggalakkannya. Jadi kamipun makan kat mana-mana tempat yang ada .. tapi memang tidak selesa.. Tidak ada pondok wakaf disediakan...
Di Mekah Al Mukaramah pada waktu ziarah saya, Masjidil Haram sedang diubah suai secara besar-besaran yang katanya untuk keselesaan jemaah akan datang disamping dibuat tambahan ruang yang lebih luas lagi. Jadi sesiapa yang tidak pernah datang ziarah ke Mekah, bila datang ziarah waktu ini tidak akan dapat melihat keindahan Masjidil Haram ini,, terlalu banyak kawasan yang telah ditutup untuk kerja-kerja pemecahan dinding-diding masjid dan kerja seumpamanya... Rugi la sikit.. Kecantikan Masjidil Haram ini akan dapat dilihat dalam tempoh 3 atau 4 tahun lagi.. Hanya beberapa pintu masuk masjid yang dibuka. Yang lain ditutup. Sebab itu kesesakan dipintu masuk memang amat merimaskan terutama pada waktu-waktu sembahyang waktu.
Kalau tidak mahu bersesak-sesak datanglah awal-awal ke Masjidil Haram ini.. Nasib baik akan dapat tempat dikawasan tawaf, kalau tidak duduk dalam masjid sahaja yang dilindungi pemandangan hadapan oleh dinding-dinding sementara yang dibuat bagi mengelakan debu-debu dan kebisingan dari kerja-kerja ketok dan ubahsuai Masjidil Haram tersebt. Dulu boleh nampak Kaabah, walaupun duduk sayup jauh dalam masjid. Sekarang telah terlindung oleh dinding-dinding sementara yang dipasang sekeliling hadapan mengadap Kaabah dalam Masjidil Haram tersebut. Jadi bila sembahyang dalam masjid macam sembahyang dalam bilik saja... Hanya suara imam di pembesar suara yang nyaring dan kuat saja yang didengar... Saya rindu sangat nak dengar bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Imam Besar Masjidil Haram iaitu Syeikh Abdul Rahman Al Sudais.. tapi sepanjang bersembahyang jemaah kat masjid ini tak kedengaran lagi dah.. Saya pun tak ada maklumat beliau masih aktif lagi atau gering ataupun sudah meninggal dunia... Imam yang ada sekarang ini bagi saya biasa sahaja suaranya, begitu juga muazzin.. Dulu semasa datang mengerjakan Haji, memang sedap dengar azan , nyaring dan kuat serta berlagu... yang sekarang ni.. kata orang auranya dah tak ada... Imampun baca biasa-biasa sahaja..
Apabila saya melancong keluar negara atau melawat ziarah ke luar negara, memang menjadi tabiat saya suka mencatatkan apa-apa peristiwa yang saya lihat terutama berkenaan perangai dan tingkah laku manusia diluar sana serta persekitaran setempat.. Saja saya nak cerita sebagai halwa telinga dan juga mungkin juga boleh diambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Apatah lagi ziarah saya kali ini adalah ke Mekah dan Madinah.. Amat relevan dengan jiwa kita sebagai seorang umat Nabi Muhammad SAW. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dan pelajari.. Mungkin dengan cerita-cerita saya ini akan meningkatkan lagi keimanan kita terutama saya sendiri yang serba kekurangan ini. Berada dikota Mekah dan Madinah ini kata orang banyak sangat ujian-ujian Allah kepada kita. Allah nak melihat bagaimana kita menghadapi ujian ini.. Bagaimana kita nak menyelesaikan ujian Nya itu di Kota Mekah yang amat suci ini.
Di Jabal Rahmah ... tempat pertemuan
Nabi Adam AS dan Hawa buat pertama
kalinya... Disini berdoalah untuk ikatan
kasih sayang keluarga yang berkekalan
|
Berhubung dengan perkara-perkara ibadat ini tidak kira lah berkenaan sembahyang, cara-cara mengerjakan umrah dan sebagainya, bila kita berada di Mekah dan Madinah barulah kita boleh melihat ada persamaan tatacara beribadat dan ada juga kelainan cara yang dibuat.. Hak yang sama tu oklah.. tak ada masalah sangat. Kita di Malaysia ni bab-bab ibadat, ustaz-ustaz dan tok2 guru kita memang amat detail dan terperinci hal2 seperti itu... depa mengajar dengan betul dengan berpandukan kitab-kitab yang muktabar. Memang tertib sungguh. Tapi bila sembahyang di Madinah dan di Mekah kita mula terasa tertanya-tanya.. betulkah cara kita ini atau cara mereka yang tak betul.. Memang kita telah diperingatkan tentang ini, bahawa kita berpegang kepada Ahlul Sunnah Waljamaah dan berpegang kepada Mazhab Imam Shafie.. Jadi apa yang kita buat itu memang macam itulah.. . Betullah tu. Jangan dok kisah sangat fasal yang orang lain buat sebab mereka berpegang kepada mazhab lain.. Sama lah dengan hal-hal berkaitan batal air sembahyang.. Kita cukup jaga fasal tu.. sebab kalau batal bukan senang nak mai buat tawaf balik, jauh juga tempat nak ambil wudhuk. Kena keluar masjid. Sebab itu bila bertawaf keliling Kaabah saya cukup jaga takut-takut tersentuh kaum hawa ni.. Kalau kaum hawa orang kita ok juga sebab depa pakai stokin dan telekong labuh.. Tapi kalau geng2 dari Turki atau Pakistan. Bangladesh , India atau Afrika depa tu bukan kira sapa, dah la stokin tak pakai depa pakai redah begitu sahaja.. bagi mereka sentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan air sembahyang. Kita juga diminta tak ambil kisah sangat, waktu genting dan sesak2 waktu bertawaf seperti ini kena pegang kepada mazhab lain yang membolehkan seperti ini.. Apa-apa pun saya sebolehnya tak mau tersentuh mereka dan kena ambil laluan agak jauh sikit yang tak berapa sesak sangat. Lagi dekat dengan Kaabah lagi sesak dengan lautan manusia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk dapat masuk ke Multazam dan berusaha untuk menyentuh kaabah itu sendiri dan Hajarulaswad. Macam-macam cara dibuat.. Cuma ustaz mengingatkan kita walau apapun yang kita buat niat kita kena ikhlas dan tidak boleh mencapai sesuatu dengan menindas orang lain atau mengecewakan orang lain.. Buatlah ikut giliran dan datang awal-awal dan genjak sikit-sikit hingga sampai ketempat yang dihajati.. jadi tidak menyusahkan dan tidak menganiayakan sesiapa.. Sebab itu tidak ada nilainya usaha kita itu untuk dapat tempat yang mustajab depan kaabah dengan mengupah orang untuk tolak jemaah lain ke tepi bagi kita lalu. Begitu juga pembesar-pembesar kenamaan bila depa mai, polis-polis yang mengiringi mereka akan sekat jemaah2 macam kita ni bagi depa lalu dan duduk situ... Jadi rasanya tak berapa betullah buat macam. Kesian pada jemaah yang bersusah payah berusaha sabar menanti dan menunggu, tiba-tba senang saja orang lain yang tak ada usaha langsung terus dapat tempat yang diidamkan itu.. Benda-benda ibadat seperti ini nak buat apapun jangan la menindas orang lain, atau menghampakan orang lain.. atau mengecewakan orang lain..
Kita juga jangan terkejut bila imam bacakan surah Al Fatihah tidak dimulakan dengan 'Bismillahirrahmaanirrahiim'... tak taulah mungkin imam baca perlahan dalam hati.. Begitu juga Sembahyang Suboh depa tak ada doa Qunut dan angkat tangan sekali. Lebih pelik lagi ada sembahyang tak ada qiyam tangan ke dada macam kita biasa buat dan amalkan. Sebaliknya mereka hanya meluruskan tangan ke paha sahaja. Selalunya kita selepas sembahyang fardhu akan ada wirid-wirid yang diajarkan dan doa-doa ikut keperluan kita. Di sini kita akan lihat lepas bagi salaam tak ada lagi doa2 dan wirid.. ada juga yang buat tapi majoritinya tak ada la. Salam-salam tangan dengan jemaah-jemaah kiri kanan kata tak adalah.
Begitu juga dengan sembahyang mayat.. di Mekah/Madinah selepas takbir ke 4 terus bagi salam. Kita ada doa dulu baru bagi salam.. Lepas tu ada doa lagi pada si mati..
Sebenarnya banyak lagi kelainan yang saya nampak terutama waktu buat tawaf.. Ustaz pesan bila buat tawaf, bahu kiri kita mesti sepanjang masa menghala ke Kaabah.. Kalau terlari bahu itu, pusingan tawaf tersebut menjadi tak sah.. Kena ulang balik pusingan itu.. Tapi yang saya tengok, depa terus mengadap Kaabah sebelum tamat pusingan tersebut untuk melambai-lambai pada Kaabah... Jadi macam mana tu... Mungkin cara mazhab mereka boleh kut.. Begitu juga aurat kena jaga terutama bila pakai kain ihram.. Apa yang saya tengok banyak yang gulung lilit kain bawah pada pusat.. Nampak pusat.. besar pula lubang pusat tu..
Satu peristiwa yang saya betul-betul terkena ialah pada Pagi Selasa waktu sembahyang subuh di Masjidil Haram.. Saya bersembahyang ditingkat bawah tanah.. Sebenarnya sembahyang ditingkat atas atau tingkat bawah.. sama sahaja.. depan tak nampak apa.. hanya dinding sahaja yang dipasang sementara untuk elak debu-debu berterbangan kerana didepan tu ada kerja-kerja mengetuk dan ubahsuai masjid.. dulu duduk disitu boleh nampak kaabah walaupun duduk jauh.. La ni tak boleh dah... saya duduk barisan depan pula .. Imam punya la panjang baca ayat-ayat quran.. dan saya pula macam mana sebahagian besar umat Islam yang tak reti bahasa arab ni dengar dan hayati begitu sahaja. Bila imam sebut Allahuakbar... spontan sahaja kita akan 'rukuk' dan saya pun rukuk dengan penuh kesyahduan.. Tunduk rukuk dan pejam mata pula.. dok tunggu bila nak tegak balik... buka-buka mata kerling kiri kanan, ada rukuk dan ada sujud.. ahh.. sudah... nak buat macam mana .. dalam hati baru tersedar mungkin tadi imam baca surah yang ada ada ayat-ayat Sajadah... Jadi depa sujud Sajadah. Tapi saya tengok sebahagian rukuk.. sebahagian sujud yang mungkin faham ... ikut buat sujud Sajadah.. Bukan boleh tengok depan.. hanya berpandukan kepada suara imam yang berkumandang di pembesar suara sahaja.. Elok tersedar kata itu sujud Sajadah gaya nak turun sujud , kedengaran imam dah takbir bangun.. spontan saja saya pun tegak balik tak sempat nak sambung sujud Sajadah..
Tuan-tuan boleh bayangkan apa agaknya yang bermain-main difikiran sebahagian jemaah yang bersembahyang waktu itu..... sembahyang lepas tu mula jadi was-was dah.. Kalau dah kita rukuk ... bangun balik dan lepas tu rukuk balik ... maka kita sembahyang subuh rukuk 3 kali.. jadi lagu mana ni.... kata setengah orang tak tau tak apa...Allah tetap terima ibadat solat kita. Saya tetap was-was dan habis solat tu saya mengambil keputusan sembahyang subuh bersendirian dan minta ampun banyak-banyak agar Allah SWT menerima solat ku ini. Saya tak taulah jemaah lain yang seumpama saya depa 'settle' masalah tu macam mana.
Masalahnya saya dan sebahagian besar orang Malaysia contohnya tidak terjangka rupanya selain Sembahyang Subuh Pagi Jumaat, Surah yang ada ayat Sajadah boleh dibaca pada sembahyang Subuh lain-lain hari. Biasa dengar ustaz-ustaz cakap surah yang ada ayat Sajadah hanya boleh dibaca pada waktu sembahyang Subuh di Pagi Jumaat sahaja. Hari lain tidak boleh... Dan memang pun tak pernah dibuat sepanjang saya dok sembahyang Subuh kat Masjid atau Surau. Apa-apa pun saya terima hakikat saya amat kekurangan ilmu dalam bab-bab ibadat ni.. terlalu banyak yang kita tidak tahu, yang kita kena belajar berterusan.. Mungkin ada rakan2 yang baca blog saya ini ingin sama-sama berkongsi pengalaman berkenaan kes seperti ini.. dan beri tunjuk ajar... silakan..
Walau bagaimanapun keseluruhannya ada kesamaan dalam mengerjakan ibadah umrah dan solat.. sujud dan rukuk masih lagi sama.. mengadap pada yang SATU iaitu Allah SWT..
Di Mekah dan Madinah ramai juga hamba Allah yang datang selain mengerjakan ibadat wajib dan sunat mereka suka mencari pahala dengan pelbagai cara.. Ya la dikatakan apa-apa sedekah yang kita buat di kota ini Allah akan melipatkaligandakan pahala-pahala yang sepatut kita dapat.... sepertimana kita sembahyang di Masjid Nabawi kita akan dapat 1000 kali ganda pahala berbanding sembahyang di luar kota Madinah. Begitu juga kalau kita sembahyang di Masjidil Haram kita akan memperolehi 100,000 kali ganda pahala..
Yang lain2 kerja kebajikan yang kita buat kat Masjidil Haram itu juga Allah SWT akan gandakan pahala kebajikan.. Maka ramailah yang berlumba-lumba mencari pahala dengan memberi makan binatang, khususnya burung merpati, mengedarkan plastik bungkus kasut, memberi minuman panas pada jemaah yang datang ke masjid, memberi makanan untuk berbuka puasa sunat kat masjid, tolong ambil
Seorang jemaah sedang mengedar
dan menghidangkan roti serta
minuman untuk para tetamu rumah
Allah ini... rasanya untuk sapa yg
berpuasa sunat kut... boleh berbuka
puasa kat sini...
|
Yang memberi wang ini yang seronoknya kerana yang dapat manafaatnya ialah pekerja-pekerja rencam kat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.. Saya tengok banyak juga mereka dapat wang sedekah jemaah . Kadang2 bila tengok kelaku pekerja-pekerja tu tak berapa nak selesa pula... mereka menjadikan itu seolah-olah macam pendapatan mereka pula.. kita lalu depan mereka , kita selok poket saja boleh tengok mata pekerja-pekerja tu perhati tangan kita kut-kut ada duit yang nak diberi pada mereka. Mata mereka liar memerhati orang yang lalu lalang dari hotel ke masjid... Selalu mereka tak sapu sampah waktu hampir sembahyang waktu, mereka akan duduk berdiri diam sambil memegang penyapu... Macam mereka mengharap pula.. Bila seorang dapat sedekah, pekerja yang lain akan cuba merapati kita kut-kut kita bagi kat depa sama.... bila dpt terus masuk poket, kut nak ucap terima kasih, tak nampak pula.. mungkin mereka ucap dalam hati kut. Tak apalah... tak usah dok kira sangat la fasal tu.. yang penting niat kita ikhlas.. nak sedekah.. sedekah sahaja la.. dok persoal apa. Sapa2 boleh terima sedekah di Kota Mekah dan Kota Madinah ni...
shopping time... |
Ahli rombongan saya juga ada yang dapat sumbangan sedekah dari jemaah yang berjuta itu.. Apatah lagi kalau orang tua-tua. Abang Azhar yang buta lagi la murah rezeki dia.. Dia kata dia sedekahpun banyak juga kat orang-orang kat situ, tapi dia dapat balik lebih banyak dari apa yang dia sedekahkan... Ada saja orang datang hulur duit padanya bila ia dok berikhtikaf dalam masjid dan berjalan dari hotel ke Masjid
Abang Azhar yang unik..
buta mata tapi cerah
hatinya.......
|
Saya sendiri telah mengalami satu peristiwa yang benar-benar terkesan dihati hati saya berkenaan 'memberi makan kepada yang benar-benar memerlukan itu'. Peristiwa ini berlaku pada hari-hari terakhir saya berada di Masjidil Haram ini.. Sebelum saya 'Tawaf Wida' pagi itu.
Waktu itu saya, isteri dan kakak ipar saya sedang bersarapan pagi di Dataran Masjidil Haram yang luas terbentang itu.. Kami dok bersila disitu sambil menikmati makanan . Saya belum makan lagi.. baru sahaja beli Nasi Arab berlaukkan Ayam .. Memang lazat nampak makanan ni. Hargapun boleh tahan juga SR16.00 . Lebih kurang RM16.00 duit kita. Baru suap 2 mulut tiba-tiba datang seorang tua berjubah datang kepada kami.. cakap tak, tapi dia tunjuk-tunjuk makanan kat depan kami tu.. Ah.. sudah.. sapa pula ni.. Rasanya ia minta makanan tu.. Jadi secara kebetulan masa beli makanan kat gerai tadi, ada diberikan secara percuma roti .. nak kata roti apa .. saya pun tak tau.. 3 keping, macam roti arab juga.. Jadi sayapun berilah roti itu padanya.. Apapun ia tak kata apa, nak ambil pun dak juga.. Saya terfikir ia hendak apa, takkan nak minta nasi yang saya telah jamah tadi.. bekas orang makan tak kan dia mahu .. tak apa.. saya pun semawa makanan nasi berlauk kari ayam itu.. terus ia duduk dan ambil bekas berisi makanan itu... dan pergi dari situ. Rupanya roti yang saya nak bagi tu .. kata orang macam makanan orang orang miskin kut.. depapun tak mahu makan.. Ok la .. saya pun minum air sahaja.. tak apa sat lagi balik hotel sambung sarapan pagi kat sana..
Saya amat terkilan sekali dengan tingkah laku spontan saya ini.. Mengapa saya tidak terfikir nak bantu dia secara bersungguh-sungguh... Mengapa tidak diberi duit yang senilai makanan yang kita makan ini padanya kalau kita tak bagi makanan kitapun .. mengapa...-mengapa ... dan mengapa.. Mengapa pada awalnya saya nak bagi hanya roti kering yang diberi percuma saja.. Ini Kota Mekah dan dalam Masjidil Haram lagi... Allah SWT nak uji kita tu..... Mengapa saya tak terfikir ... Allah SWT nak uji keikhlasan hambanya. Allah sudah hantar hambaNya itu untuk kita menambahkan kebajikan dan pahala kita di pagi hari terakhir sebelum pergi tawaf wida' dan bertolak ke Jeddah.
Paling mujarab berdoa dihadapan kaabah yg
terbentang didepan mata. Lagi mustajab
di multazam.... Allahuakbar