Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 06 Februari 2014..
Assalamualaikum WRT.. buat semua sahabat-sahabat dan pembaca blog saya yang amat dimuliakan oleh Allah SWT.. Semua yang membaca blog saya adalah sahabat-sahabat saya walaupun tentunya ada yang saya tidak kenali... Saya doakan semuanya bahagia sentiasa.. Al Fatihah... Aameen
Hari ini saya nak bercakap fasal bahagia..dulu saya tulis fasal keseronokan bekerja.. ya kedua-duanya memang berkait rapat. Semua orang mahu bahagia.. semua orang mahu seronok selamanya. Saya ni bahagia tak.. tak dpt nak beri penjelasan.. seronok dan bahagia itu tidak dapat ditampilkan secara fizikal. Hanya diri sendiri sahaja yang boleh mengetahuinya.. Jadi kalau penampilan itu secara fizikal kita anggap orang itu bahagia atau seronok, itu adalah silap sama sekali.. Belum tentu orang yang kaya raya itu bahagia dan seronok dalam hidup mereka. Begitu juga belum tentu orang miskin segalanya itu tidak bahagia hidup mereka. Jadi bahagia dan rasa seronok itu sebenarnya terpulang pada orang itu sendiri dalam menjadikan dirinya bahagia. Kita pernah mendengar bagaimana orang kaya dan terkenal tapi akhirnya mati dalam usia muda kerana bunuh diri atau mati kerana mengambil dadah berlebihan. Apa ini semua. Kalau kita fikir sekali lalu tentu kita rasa teramat hairan, dah ada segalanya kenapa masih bercelaru kehidupan mereka, kepada kehidupan rumah tangga mereka porak peranda. Jadi kita tidak usahlah rasa gundah gulana kalau kita miskin. Allah masih memberi ruang dan peluang pada hambanya untuk dengan bahagia dan seronok, kerana kita sebagai orang Islam, selain mencari bahagia dan seronok didunia kita juga mencari kabahagiaan dialam kubur dan alam akhirat nanti.
Walau bagaimanapun semua orang termasuk saya sedang berusaha kearah mencari kebahagian dan keseronokan dalam hidup... sama2lah kita berdoa beroleh kebahagiaan dan seonok.. Semakin berumur kita.. bila kubur kata mari.. rumah kata pergi... saya tak mau nak fikir lagi hal2 dunia yang sementara ini,. Mengapa kita perlu kalut dgn segala macam yang bikin kita tidak gembira dan bahagia... mai kita buat kerja bagi seronok, main bagi seronok , dok kat rumah bagi seronok, duduk berjiranpun bagi seronok, berkawanpun bagi seronok.. bercakap pun bagi seronok.. kita pakat buat semua bagi seronok, bagi Allah SWT suka kerja buat kita... amacam.. susah juga ni... bukan senang nak tinggal tak mengata kat orang.... tak apalah kita cuba2 lah sekadar kemampuan kita..
Sebenarnya saya terfikir untuk menulis cerita fasal bahagia ini lama dah.. Tapi hari ni saya terbaca satu artikal dalam Akhbar Sinar.. kolum 'Maaf Cakap'... bagus juga artikal ini kita pakat2 baca... alangkah bagusnya kalau kita semua boleh buat macam tu.. sayapun dok cuba nak pi kot tu... Insya Allah.. x blh semua.. sekurang2nya ada juga kot sikit2.... Untuk sementara waktu mari kita baca catatan oleh pengarang ini kerana ia amat relevan sekali dengan kita apatah lagi ia ada kaitan dengan suasana ditempat kerja kita.... bolehkah kita jadi macam orang itu.... siapakah orang itu dikalangan itu....
Ok.. permisi dulu ya.. pagi ini sebenarnya saya hendak pergi ke Istana Anak Bukit. Ada masa sedikit sebelum ke sana saya berkesempatan untuk taip cerita ni. Di Istana Anak Bukit.. nanti saya akan pergi mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang saya kenali kerana hari ada Istiadat Penganugerahan Bintang Dan Darjah Kebesaran dari KDYMM Tunku Sultan Kedah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda Sultan ke 86 Tahun. Dapat bintang-bintang inipun merupakan satu kebahagian juga bagi yang mengerti dan tau menilai.. tak gitu kawan-kawan semua... Tunggu nanti saya bagi tau dalam FB sapa yang dapat bintang hari ini... Terima Kasih..