Catatan: Mohd Asri Redha
Tarikh: 19 Ogos 2014
Assalaamualaikum WRT... buat sahabat2 blog saya yang amat dimuliakan Allah SWT.. Semoga saudara semua sentiasa berada dalam kebahagiaan. Besok saya bercuti, jadi dapatlah saya tulis dan edit balik tulisan saya terdahulu dalam blog ini sekadar mengisi ruangan malam yang hening ini..
31 Ogos 2014, genaplah usia kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Hanya beberapa hari sahaja lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 57. Saya juga akan mencecah umur yang ke 53 Tahun pada 20.09.2014.. Dah masuk 5 siri rupanya saya bersama dengan kemerdekaan negara tercinta kita ini.
Kelmarin saya menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Hadapan Star Walk, Alor Setar yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar (Diwakili YB Dato' Tajul Urus .. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ) . Maka bermulalah pelbagai program menyemarakkan Bulan Kemerdekaan ini. Saya berdoa semua rakyat Malaysia sama-sama mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dirancangkan dan dalam masa yang sama sentiasa ingat mengingati akan betapa bahagianya kita berada dinegara yang merdeka ini. Penekanan perlu sangat diberikan kepada anak-anak muda yang lahir selepas merdeka terutama generasi Y ini yang mana mereka tidak pernah merasai akan kesusahan sewaktu sebelum merdeka dan pada awal kemerdekaan.
Kita harus ingat, negara ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum, ugama, bangsa, budaya, adat, bahasa dan pelbagai perbedaan lagi. Bila-bila masa sahaja boleh mencetuskan percikan api perbalahan antara satu sama lain. Sedangkan negara yang mempunyai bangsa dan agama yang samapun asyik berbunuhan antara satu sama akibat perbedaan pendapat, inikan pula negara seperti Malaysia. Tetapi Alhamdulillah syukur setelah 57 tahun kita merdeka tidak banyak isu-isu besar itu kita hadapi. Kalau adapun hanyalah secara kecil-kecilan dan kerajaan cepat bertindak dengan peruntukan undang-undang yang ada seperti ISA dan sebagainya.
Generasi baru selepas 20 tahun merdeka kebanyakannya kurang memberi perhatian lagi tentang kemerdekaan negara. Kehidupan mereka sekarang ini segala-galanya mudah, senang dan dilingkungi oleh kemewahan yang pelbagai hasil daripada kemerdekaan yang kita capai...Semua ini membuatkan mereka lupa asal usul dan akhirnya akan menuntut pelbagai tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah atas nama kebebasan, atas nama kesramarataan, atas nama merit, atas nama hak asasi manusia dan sebagainya yang akhirnya tidak disenangi oleh pihak lain. Semua ini akan menjurus kepada ketegangan yang boleh menjahanamkan negara ini. Generasi baru sudah lupa akan persetujuan bersama antara kaum semasa menuntut kemerdekaan dan merangka perlembagaan.
Dalam perlembagaan Malaysia walaupun dirangka lebih 57 tahun yan lalu namun ianya masih tetap relevan sehingga kini kerana didalamnya mengandungi pelbagai perkara yang mempunyai falsafah yang tersendiri.
Terima kasih kepada penggubal perlembagaan tersebut. Kerana berpegang kepada perlembagaan tersebutlah negara kita Malaysia tetap aman makmur sehingga kini. Nah, kalau sudah terbukti begitu mengapa kita terbawa-bawa dengan puak-puak yang memang mengambil kesempatan untuk menjahanamkan Malaysia ini.
Kadang-kadang orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan kuota melayu, institusi kesultanan dan lain-lain sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka sudah mula lupa keintelektualan dan kekayaan yang mereka perolehi tersebut adalah hasil dari dasar-dasar yang diterjemahkan dari Perlembagaan Malaysia..mereka lupa segalanya disebabkan mereka sudah berjaya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan status mereka dan menganggap mereka sudah mampu menghadapi persaingan dalam dunia yang terbuka luas ini. Mereka lupa segala-galanya. Mereka lupa bahawasanya ramai orang melayu yang merempat dinegara sendiri, mereka lupa orang melayu yang ketinggalan jauh dalam pendidikan , mereka kira mereka sahaja. Inilah orang yang tidak mengenang budi dan jasa negara kepada mereka. Kalau orang Melayu sendiri sudah mula lupa diri asal usul, janganlah gundah gulana pula kalau kaum lainpun lebih-lebih lagi lupa diri asal usul.
Saya adalah anak merdeka yang lahir setelah 4 tahun negara merdeka. Namun saya masih tetap merasai akan kesusahan yang dihadapi pada awal-awal 15 tahun merdeka. Bagi rakan-rakan yang seangkatan dengan saya pasti boleh terkenang kembali akan apa yang akan saya cerita kan ini berkenaan zaman silam kita dulu... Saya masih teringat lagi persekolahan saya semasa di sekolah rendah yang terletak 1.5 km dari rumah saya di Kg Kabu 10, Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. waktu itu mana ada lagi bekalan elektrik. Belajar hanya menggunakan pelita minyak gas, kadang-kadang pelita chimney dan sekali-sekala orang tua saya pasang pelita gasolin.
Sekarang ini susah nak cari pelita chimney dan gasolin. Kalau ada pun sudah jadi barang antik kegunaan orang-orang kaya...Tapi saya memang pakar bab pasang pelita gasolin..terangnya sama dengan lampu kalimantang elektrik 40 wat.Berbanding dengan sekarang ini anak-anak saya mudah saja belajar, petik saja sudah boleh baca buku dan sebagainya.Begitu juga nak seterika baju pakai seterika besi yang dibubuh arang yang dibakar. ambil masa dekat sejam dulu baru boleh guna sterika tersebut. Silap-silap seterika hancur pakaian tersebut kerana terlalu panas atau arang tersembur keluar atas baju. Nak bagi kurang panas dan licin seterika tersebut, tonyoh atas daun pisang, barulah ok.... Itulah pengalaman manis yang anak-anak saya tidak akan merasainya lagi.
Nak cari TV tidak adalah lagi waktu tersebut. Bapa saya ada juga beli dynamo elektrik pakai engin kubota yang diguna untuk tenggala bendang. Bunyi dengan satu kampong punya kuat.Tapi tidaklah dipasang selalu cuma sekali-sekala sahaja untuk tengok cerita melayu dan perlawanan tinju waktu itu Muhamad Ali memang cukup terkenal. kerja saya kutip duit kat orang kampong sapa yang nak tengok. Kutip sekupang sahaja. TV waktu itu hanyalah hitam putih sahaja.... Satu lagi cerita yang menarik yang masih lagi dalam ingat ialah cerita koboi 'High Chapparal'.
Infrastruktur waktu itu memang terok sekali. Mana ada jalan mini tar lagi, Jalan besarpun tidak ada lagi. nak cari kereta waktu tu jauh sekali, kerana jalan tidak ada. Kalau nak pergi ke Simpang Tiga kena lalu tepi jalan sungai sahajalah. Kalau hujan habis kelebor dan becak. Kalau kesekolah hanya berkaki ayam sahaja berjalan kaki 1.5 km. kalau pakaipun tidak ada gunanya..Ada satu ketika saya hanya pakai kasut putih plastik ke sekolah dan stokinpun guna yang lama-lama dan untuk elak stokin turun kebawah saya pakai getah untuk ikat diatasnya. kerana getah yang ada kat stokin dah kendor. Bukan senang nak beli baru... Masih segar dalam ingatan saya lagi waktu tersebut tidak ada lagi bekalan air paip. Saya dan keluarga masih guna telaga yang letaknya lebihkurang 50 meter dari rumah. Paling takut waktu pagi, sudahlah sejok , jauh pula dari rumah dan telaga itu duduk tepi hutan belukar, silap-silap haribulan boleh terpijak ular khatam tebu atau ular kapak yang banyak sekali waktu itu. Nak cari lampu suluh bukan senang waktu itu. cuma bawa pelita minyak gas sahaja ke telaga untuk mandi. Untuk buang air besar pula saya kena pergi kat jamban yang dibuat diatas parit kecik sempadan tanah. Di bawah jamban itu sudah menunggu dengan setia ikan puyu dan kura-kura untuk menjamu selera dengan najis yang kita akan buang. Kadang-kadang air parit terpercik sampai ke muka disebabkan besarnya buang benda itu. Paling takut kalau nak terberak waktu malam.... sebab jamban bukan duduk dalam rumah seperti sekarang ini. So mana ada pencemaran kan..
Anak-anak sekarang umur 2 tahun dah masuk KFC....Permainan semua canggih tapi kena beli semuanya. Kesekolah pula dengan kereta. kalau tidak ada keretapun dikampong boleh dikatakan 80 peratus pergi kesekolah menaiki motosikal...tengoklah digaraj-garaj sekolah bersusun motosikal yang baru-baru pula tu...rasanya sebahagian besarnya tidak ada lesen memandu, tapi itulah keadaannya di kampong-kampong. Lewat ambil anak sikit kat sekolah mereka sudah pandai merungut pada ibu bapa mereka berbanding dengan saya dulu pukul 4 petang baru sampai rumah, naik bas dan berjalan kaki pula. Pi sekolah petang, pukul 10.00 pagi sudah keluar rumah untuk ke sekolah. Nampak seksi tu, ni masa dalam Tingkatan 1 di SMY...pukul 10 pagi dah keluar rumah nak pi tunggu bas kat Pekan Sungai Limau Dalam. Mana ada lagi murid pakai seluar panjang waktu tu. Beg pun pakai beg kain mak jahit sendiri aje...tak macam la ni...nak beg berjenama pula tu..Stokin tu ikat dengan getah sebab dah longgar, tali getah kat stokin tu dah tidak boleh dipakai lagi. Kalau biar dia akan melurut ke bawah. Basikal inilah yang jadi rakan karib saya waktu itu. Biasa kayuh basikal ke SMY lebih kurang 20 KM bila bas MARA merajuk mogok tidak mahu jalan. Nasiblah waktu tu...muka tu nampak tembam fasal makan ubat yang doktor mata bagi.. Ingat kut nak bagi penglihatan nampak balik, rupanya bagi tembam pulak..
Tarikh: 19 Ogos 2014
Majlis PElancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Pkt
Negeri KEdah Tahun 2014 di Star Walk, Alor Setar
pada 19 Ogos 2014...................................
|
31 Ogos 2014, genaplah usia kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Hanya beberapa hari sahaja lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 57. Selamat menyambut hari ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 57. Saya juga akan mencecah umur yang ke 53 Tahun pada 20.09.2014.. Dah masuk 5 siri rupanya saya bersama dengan kemerdekaan negara tercinta kita ini.
Kelmarin saya menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Hadapan Star Walk, Alor Setar yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar (Diwakili YB Dato' Tajul Urus .. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ) . Maka bermulalah pelbagai program menyemarakkan Bulan Kemerdekaan ini. Saya berdoa semua rakyat Malaysia sama-sama mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dirancangkan dan dalam masa yang sama sentiasa ingat mengingati akan betapa bahagianya kita berada dinegara yang merdeka ini. Penekanan perlu sangat diberikan kepada anak-anak muda yang lahir selepas merdeka terutama generasi Y ini yang mana mereka tidak pernah merasai akan kesusahan sewaktu sebelum merdeka dan pada awal kemerdekaan.
Saya bangga menjadi Rakyat Malaysia dan Anak Kedah... |
Saya terasa hendak berdiskusi dengan saudara-saudara semua berkenaan dengan semangat kemerdekaan ini. Bukannya ada apa cuma kadang-kadang tu rasa kerisauan juga bila melihat dan mendengar pelbagai isu yang berkaitan perkembangan semasa seperti isu perlembagaan, isu perkauman, isu politik semasa dan sebagainya.Sudah kedengaran disana sini sebahagian kecil rakyat Malaysia yang meminta supaya Perlembagaan Malaysia di pinda secara total keseluruhannya, begitu juga isu kedudukan Raja-Raja Melayu telah mula dipertikaikan, isu kuota melayu telah mula juga disindir-sindir dan diperlecehkan dan sebagainya. Perjuangan orang dahulu samada orang Melayu, India dan China dalam menuntut kemerdekaan telah tidak dihargai lagi oleh mereka. Mereka telah mula lupa tentang kerjasama dan akujanji antara kaum yang telah dipersetujui bersama dulu dalam menuntut kemerdekaan sehinggalah kepada penyediaan Perlembagaan Malaysia yang masih kita gunapakai sehingga hari ini...semua ini gara-gara kurangnya maklumat dan pengetahuan berkenaan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia itu sendiri.Saya menyedari perkara ini jika dibiarkan berterusan tanpa ditangani dengan bijaksana oleh kerajaan dan rakyat yang tulin ianya akan menjahanamkan negara Malaysia yang tercinta ini.
Star Walk Alor Setar: 19.08.2014 |
Generasi baru selepas 20 tahun merdeka kebanyakannya kurang memberi perhatian lagi tentang kemerdekaan negara. Kehidupan mereka sekarang ini segala-galanya mudah, senang dan dilingkungi oleh kemewahan yang pelbagai hasil daripada kemerdekaan yang kita capai...Semua ini membuatkan mereka lupa asal usul dan akhirnya akan menuntut pelbagai tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah atas nama kebebasan, atas nama kesramarataan, atas nama merit, atas nama hak asasi manusia dan sebagainya yang akhirnya tidak disenangi oleh pihak lain. Semua ini akan menjurus kepada ketegangan yang boleh menjahanamkan negara ini. Generasi baru sudah lupa akan persetujuan bersama antara kaum semasa menuntut kemerdekaan dan merangka perlembagaan.
Macam-macam kempen telah dibuat bagi menghayati erti kemerdekaan.. |
Terima kasih kepada penggubal perlembagaan tersebut. Kerana berpegang kepada perlembagaan tersebutlah negara kita Malaysia tetap aman makmur sehingga kini. Nah, kalau sudah terbukti begitu mengapa kita terbawa-bawa dengan puak-puak yang memang mengambil kesempatan untuk menjahanamkan Malaysia ini.
Kadang-kadang orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan kuota melayu, institusi kesultanan dan lain-lain sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka sudah mula lupa keintelektualan dan kekayaan yang mereka perolehi tersebut adalah hasil dari dasar-dasar yang diterjemahkan dari Perlembagaan Malaysia..mereka lupa segalanya disebabkan mereka sudah berjaya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan status mereka dan menganggap mereka sudah mampu menghadapi persaingan dalam dunia yang terbuka luas ini. Mereka lupa segala-galanya. Mereka lupa bahawasanya ramai orang melayu yang merempat dinegara sendiri, mereka lupa orang melayu yang ketinggalan jauh dalam pendidikan , mereka kira mereka sahaja. Inilah orang yang tidak mengenang budi dan jasa negara kepada mereka. Kalau orang Melayu sendiri sudah mula lupa diri asal usul, janganlah gundah gulana pula kalau kaum lainpun lebih-lebih lagi lupa diri asal usul.
Saya berkesempatan hadir satu program anjuran kerajaan negeri dan DBP iaitu Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Pkt Negeri Saya tidak melepaskan peluang bergambar dengan Prof Dr Teo Kok Seong selepas tamat syarahan beliau dan dapat juga berdiskusi dengan beliau atas beberapa perkara berkaitan bahasa dengannya sewaktu jamuan tengahari. Dalam program itu ada satu syarahan bertajuk ' Bahasa Jiwa Bangsa' yang disampaikana oleh Prof Dr. Teo Kok Seong dari UKM.
Saya terpegun sekali tentang pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh tokoh ilmuan ini. Kalau beliau bukan berbangsa Tionghua sudah tentu beliau dianggap perkauman. Beliau menjunjung tinggi kepentingan bahasa Malayu sebagai bahasa utama dalam kontek perhubungan rakyat Malaysia. Beliau memahami sepenuhnya akan apa yang ada dalam Perlembagaan Malaysia samada tersurat dan tersirat. Malahan pandangan-pandangan yang dilontarkan mengalahkan orang Melayu sendiri dari segi ketaatan beliau kepada negara dan memperjuangkan bahasa melayu. Pada penelitian saya ada tiga orang tokoh ilmuan Malaysia berbangsa tionghua tulin yang pandangan-pandangan mereka terlalu amat berbeza berbanding bukan Melayu yang lain. Mereka ialah Prof Khoo Kay Kim, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Prof Teo Kok Seong (bergambar bersama penulis)..
Beberapa artikel di akhbar berbahasa Cina telah ada kenyataan bahawa apa-apa pandangan yang dilontarkan oleh mereka sebenarnya tidak mewakili masyarakat Cina di Malaysia..Sampai begitu sekali keadaannya. Kerana apa? Kerana pandangan mereka lebih realistik dan lebih berpijak dibumi nyata. Pada pandangan tokoh-tokoh ini punca utama kebelakangan ini banyak sangat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Perlembagaan Negara adalah kerana mereka 'buta sejarah' Sebab itu kalau seseorang itu orang bukan Melayu yang memahami sejarah seperti tokoh-tokoh ilmuan tadi tidak disukai oleh bangsanya sendiri.
Orang yang memahami sejarah, pandangan dan sikap akan lebih lembut dan lunak sepertimana kata Dr Mohd Ridhuan Tee dalam kolum mingguannya di Mingguan Malaysia. Amat sesuai sangatlah apabila Kementerian Pelajaran Malaysia telah mulai sedar perkara dan memberi penekanan balik kepada mata pelajaran sejarah dengan diberi nafas baru agak lebih menarik dipelajari oleh para pelajar.
Saya juga terasa ada sesuatu kekosongan dalam subjek-subjek yang berkaitan dengan ketaatan kepada negara, kesedaran sivik, kesedaran pengetahuan agama dan moral, kesedaran alam sekitar dan sebagainya. Subjek-subjek yang berkaitan tersebut perlu sekali di tekankan diperingkat sekolah rendah. Beri pendedahan dan masa yang lebih sikit pada perkara-perkara tersebut selain ajar boleh membaca, mengira dan menulis. Tak perlu sangat ditumpukan kepada perkara-perkara akademik yang agak tinggi diperingkat sekolah rendah. Lebih baik waktu ini kita pupuk semangat kekitaan, semangat cintakan negara, pupuk amalan hidup yang baik2, tingkatkan moral dan agama murid2 dan aktiviti2 kearah tersebut... Ini hanyalah cadangan saya berdasarkan apa yang saya lihat sekarang ramai anak-anak muda yang tidak tahu hal-hal bab agama dan kesedaran sivik dan moral ini. Itu sebab berlaku banyak sangat perkara2 jenayah yang pelbagai dan mengambil tidak kisah akan perkara berkaitan alam sekitar, vandalisme, perhubungan sesama insan dan ketaatan kepada negara.

Sedangkan waktu dulu saya pi Sek Menengah Yan .........
bas inilah yang menjadi rakan baik hari setiap hari sekolah.
Bas MARA.. jenama Seddon.. tak taulah ada tak lagi
jenama tu..... bila naik bergegar habis satu bas.....
|
Kat mana la ni nak cari buah kote
mamak ni.. .payah jumpa.. dulu
dapat sedut makan isinya... kira
macam kena candu..... tak payah
makan tengahari..............
|
Nak cari TV tidak adalah lagi waktu tersebut. Bapa saya ada juga beli dynamo elektrik pakai engin kubota yang diguna untuk tenggala bendang. Bunyi dengan satu kampong punya kuat.Tapi tidaklah dipasang selalu cuma sekali-sekala sahaja untuk tengok cerita melayu dan perlawanan tinju waktu itu Muhamad Ali memang cukup terkenal. kerja saya kutip duit kat orang kampong sapa yang nak tengok. Kutip sekupang sahaja. TV waktu itu hanyalah hitam putih sahaja.... Satu lagi cerita yang menarik yang masih lagi dalam ingat ialah cerita koboi 'High Chapparal'.
Infrastruktur waktu itu memang terok sekali. Mana ada jalan mini tar lagi, Jalan besarpun tidak ada lagi. nak cari kereta waktu tu jauh sekali, kerana jalan tidak ada. Kalau nak pergi ke Simpang Tiga kena lalu tepi jalan sungai sahajalah. Kalau hujan habis kelebor dan becak. Kalau kesekolah hanya berkaki ayam sahaja berjalan kaki 1.5 km. kalau pakaipun tidak ada gunanya..Ada satu ketika saya hanya pakai kasut putih plastik ke sekolah dan stokinpun guna yang lama-lama dan untuk elak stokin turun kebawah saya pakai getah untuk ikat diatasnya. kerana getah yang ada kat stokin dah kendor. Bukan senang nak beli baru... Masih segar dalam ingatan saya lagi waktu tersebut tidak ada lagi bekalan air paip. Saya dan keluarga masih guna telaga yang letaknya lebihkurang 50 meter dari rumah. Paling takut waktu pagi, sudahlah sejok , jauh pula dari rumah dan telaga itu duduk tepi hutan belukar, silap-silap haribulan boleh terpijak ular khatam tebu atau ular kapak yang banyak sekali waktu itu. Nak cari lampu suluh bukan senang waktu itu. cuma bawa pelita minyak gas sahaja ke telaga untuk mandi. Untuk buang air besar pula saya kena pergi kat jamban yang dibuat diatas parit kecik sempadan tanah. Di bawah jamban itu sudah menunggu dengan setia ikan puyu dan kura-kura untuk menjamu selera dengan najis yang kita akan buang. Kadang-kadang air parit terpercik sampai ke muka disebabkan besarnya buang benda itu. Paling takut kalau nak terberak waktu malam.... sebab jamban bukan duduk dalam rumah seperti sekarang ini. So mana ada pencemaran kan..
Dari segi permainan yang saya terlibat masa itu memang banyak dan kadang-kadang memang merbahaya sekali. salah satu permainan yang memberi kesan kepada saya sehingga sekarang ialah main perang bersama rakan-rakan. habis satu kampung riuh rendah dengan perang yang kami aturkan.
Malangnya main perang ini telah meninggalkan kenangan pahit kepada saya. Main perang ini menggunakan senapang kayu guna peluru bemban dan buah baru. Salah satu peluru bemban kawan saya telah hinggap di mata kanan saya. Kelam dan gelap serta merta dan dan pada waktu itu terfikir juga gelapkah masa depan saya?....keadaan itulah yang saya alami dan deritai sehinggalah ke hari ini. Saya telah mengalami cacat penglihatan....segala-galanya hancur. macam-macam difikirkan waktu itu...namun untuk apa dikesalkan atas perbuatan diri sendiri yang tidak mendengar cakap dan nasihat ibu bapa....kecacatan inilah kadang-kadang menimbulkan rasa rendah diri saya yang teramat sangat dan kadang-kadang menjadi murung...Namun kehidupan perlu diteruskan.... Kecacatan inilah juga yang menjadikan saya lebih tabah dan cuba berusaha untuk membaiki diri saya.
Saya bukanlah seorang yang pandai disekolah. Kalau disekolah rendah biasanya dalam peperiksaan tahun duduk dalam nombor 30 ke 40 lah...sapapun tidak pandang saya malahan ibu dan bapapun tidak mengharapkan apa-apa dari saya..Memang tidak pandai sungguh. Hanya disekolah menengah sahaja saya mula berubah sedikit bila dapat kemalangan itu pada tingkatan 1. Barulah ada kesedaran sikit, walau bagaimanapun suasana disekolah menengah ketika itu tidak begitu memberangsangkan dan tidak ada saingan maka pencapaian saya tidaklah memberangsangkan walaupun SRP dapat 10 unit tapi tidak pergi kemana, kerana tidak tahu nak pergi ke mana, tidak ada sapa yang tolong guide waktu tu, maka duduklah di SMY itu juga. Jadi masa SPM hanya mampu dapat gred 2 sahaja. Itupun dikira murid terbaik juga ketika itu di SMY.. lawak juga.. Dengan kelulusan minima itulah saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Dato Syed Omar, Jalan Day, Alor Setar.. dan masuk UKM pun cukup2 makan sahaja dengan segala kekurangan diri. Terutama kemahiran berbahasa Inggeris yang begitu lemah sekali.
Banyak lagi permainan yang ada waktu itu yang mana semuanya reka sendiri aje..kotak rokok kosong boleh buat mainan, buluh boleh buat cak plong, pokok jambu biasa dipotong untuk ambil kayu buat gasing besar, dan hampir putus jari telunjuk kiri saya akibat terkena pisau masa buat gasing, buah gorah, buah getah semuanya boleh jadi kerja. Daun nipah boleh buat macam seperti anak panah... seronok sungguh waktu itu main macam-macam. Itu tidak kira lagi permainan bahaya lain seperti main meriam buluh, meriam tanah dan mercun besar...mainan ini silap-silap haribulan boleh cacat lagi badan kalau tidak bernasib baik...pernah saya korek peluru senapang patah yang masih lagi hidup untuk ambil biji kacang besi yang ada dalam peluru tersebut. nasib baiklah peluru tersebut tidak meletup, kalau tidak tak tahulah jadi macam mana..Kiranya saya ni memang buas jugalah kat kampong..buas cara kamponglah...jangan salah sangka lain pula. Saya juga teringin nak cerita zaman itu cukup seronok dapat tangkap ikan dengan macam-macama cara dan itu semua dialami sendiri seperti tahan taut, pakai tangkul, timba parit cari ikan dan belut, merelau waktu malam pancing ikan haruan besar, pakai serkap dan sebagainya. Semuanya itu payah nak cari lagi zaman ini. Lagi seronok bila dapat buru burung puyuh dipadang selepas waktu mengerat padi, tangkap burung ruak-ruak guna perangkap dibuat daripada buluh.Ada satu lagi permainan yang ada waktu itu ialah main wau..ada wau ketek, wau bulan, wau kangkang dan sebagainya...cantik nampak suasana langit bila waktu main wau. Sejuk telinga dengar dengongan dari wau yang dibuat dari daun mengkuang. semuanya hanya menggunakan peralatan yang ada dipersekitaran kampong sahaja. gam pun buat sendiri pakai tepong ubi, pokoknya segala-galanya mengajar kita lebih kreatif.

Saya pernah bekerja dibendang, memukul padi, mengerat padi, cabut anak semaian, menguroi dan sebagainya. Pokoknya apa saja kerja bendang memang saya telah alami dan buat sendiri. Pernah lintah masuk lubang 'pungkur' waktu meramu kat bendang.. jenuh dok korek bagi keluar....
Betapa seronoknya dapat bela kerbau yang digunakan untuk tarik anor untuk bawa guni padi ketepi sungai. Dari sungai pula bawa guni padi tersebut naik tongkang ke kilang padi yang terletak tepi sungai di pekan Sungai Limau. Kalau tongkang buruk saya pasti akan cari paku besi yang ada kat tongkang tersebut untuk buat paku gasing. Memang kuat dan tahan gasing tersebut. Sekarang sudah tidak ada lagi kerja-kerja seperti itu, semuanya pakai mesin dan terus bawa naik lori masuk ke kilang.Malangnya kerbau yang saya bela itu telah disembelih oleh bapa saya pada waktu dekat nak raya. Bapa jual daging kerbau di pekan khamis, sayapun kadang-kadang tumpang juga jual daging kerbau pakai kati waktu itu. Agak sedih juga mengenangkan kerbau yang jadi rakan baik saya waktu itu, apatah lagi bila teringat duduk atas belakang kerbau bawa pergi makan rumput dipadang sambil tiup serunai batang padi . Kerbau itu jinak benar.
Oklah saya pun banyak sangat cerita fasal kisah lampau selepas merdeka. Bukannya ada apa seronok dan sedih juga bila teringat zaman waktu itu. Saya tidak pandai untuk merakam semua itu dalam bentok gambar sepertimana katunis Lat buat dalam cerita Lat di Kampong Boynya...waktu itu juga mana nak cari kamera untuk rakamkan itu semua. Kalau ada senanglah nak cerita kat anak-anak. Ini anak-anak tidak berapa nak percaya bila saya cerita bab-bab itu. Mereka tidak berapa faham akan apa yang saya alami sendiri waktu zaman kanak-kanak dan remaja. Saya amat bersyukur berada dalam 2 zaman yang 'totally different' Satu zaman yang betul-betul dhaif dan satu zaman moden yang berasaskan sains dan teknologi. Saya boleh menilai antara keduanya dan dapat merasainya. Namun saya rasa 25 tahun selepas merdeka dan seterusnya perubahan yang berlaku tidak begitu ketara sangat. Kemudahan-kemudahan sudah ada pada waktu dan samalah seperti sekarang cuma ianya lebih canggih dan moden sesuai dengan perkembangan semasa. Anak-anak zaman sekarng ini amat beruntung kecil-kecil lagi sudah boleh tidor dan makan dihotel 5 bintang seperti anak-anak saya. Seingat saya waktu bekerja baru rasai duduk dihotel seperti itu. Masuk KFC pun semasa duduk di Universiti, baru tau nikmatnya ayam goreng KFC berlainan goreng ayam yang kita selalu makan.

Pengalaman mengurui menggunakan angin asli di
tengah sawah.. Mengurui untuk membuang segala
jerami dan lain-lain yang bukan butir padi.
Kalau tak urui nanti kilang akan potong banyak..
|
Saya cerita kesenangan yang dikecapi oleh anak-anak zaman sekarang ini agar mereka kena menghargai apa yang ada dan menghargai kesusahan orang-orang terdahulu yang membuatkan mereka menikmati kesenangan pada hari ini...jangan lupa itu...sentiasa kena diperingatkan selalu kepada mereka agar mereka tidak membuat sesuatu yang merosakkan agama, bangsa dan negara kita.Sebab itu saya merasa amat sedih sangat bila pembangunan sosial dan ekonomi semakin pesat berlaku sekarang ini kita hendak hancorkan dengan mempertikaikan apa yang telahpun ujud sejak merdeka. Anak-anak muda sekarang tidak lagi menghargai sejarah negara, golongan pejuang kemerdekaan Malaysia tidak lagi dihargai. Ada setengah cuba mengubah sejarah yang memang telah nyata dan berfakta lagi...Inilah yang berlaku sekarang bukan setakat anak-anak muda sekarang malahan generasi terdahulu yang sebaya sayapun ada yang cuba bertindak demikian disebabkan ketidakpuasan hati yang sayapun tidak tahu apa sebabnya. Nak kata duduk di Malaysia tidak boleh cari makan tidak juga, tidak selamat tidak juga, kebebasan dihalang tidak juga, tidak ada kuasa tidak juga....pokoknya tinggal di Malaysia ini cukup bebas, cukup makmur, cukup selesa, cukup segala-galanya cuma kena rajin dan kreatif sedikit Insya Allah tidak akan merempat duduk di Malaysia ini....Nak berpolitik, masuklah mana-mana parti politikpun tidak kisah. tidak ada siapa yang halang untuk terlibat dalam politik asalkan bukan fahaman komunis...pokoknya kalau nak berpolitik kenalah terima hakikat kekalahan dan kemenangan. Oleh itu kita sebagai ibubapa kenalah setakat yang termampu didik anak-anak supaya menghargai erti kemerdekaan itu. Sekurang-kurang setahun sekali, kerajaan anjur pasang bendera dikereta dan dipremis rumah maka pasanglah , apa yang susahnya. Bagi anak-anak tengok apa yang kalut sangat bapa mereka dok pasang bendera, bila anak tanya ceritalah kepada mereka fasal kemerdekaan. Ini apa yang saya dapati bila waktu saya buat kempen pasang bendera di kereta ada tidak bagi pasang takut calar cat atau cermin kereta mereka. Itu nak bagi free. Kalau kena beli tau-tau sahajalah. Begitu juga pasang bendera dirumah , puas kerajaan berkempen dalam media minta pasang bendera, itupun berapa kerat sangat yang benar-benar prihatin. Yang lain tunggu bendera free diberi kepada mereka..Macam inikah sikap kita sebagai rakyat Malaysia yang kita kata kita sayang ini. Itu baru fasal pasang bendera..tidak kira yang lain-lain lagi..Jadi kerajaan habis berjuta RM untuk tujuan kempen mengingati kemerdekaan ini agar rakyat tidak lupa betapa berertinya kita merdeka. Bukan senang hendak merdeka dan bila merdeka belum tentu sesebuah negara boleh maju. Berapa banyak negara yang merdeka tetapi pembangunan masih macam zaman sebelum dan awal merdeka seperti yang saya cerita .
tadi..
Kalau kita tidak pasang Jalur Gemilang bukanlah bererti kita tidak ada atau kurang perasaan patriotisme (Harap begitulah ), tetapi tindakan mengibar Jalur Gemilang adalah lebih bermakna sebab rasa dan jiwa patriotik ini tidak boleh disimpan dalam hati dan jiwa. Ia perlu dizahirkan secara terbuka bagi menunjukkan kita sebagai rakyat Malaysia bersemangat tinggi sanggup berjuang dan berkorban serta rasa bangga dengan negara kita yang merdeka ini.
Saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang saya perolehi sekarang ini.. hidup dalam sebuah negara yang merdeka amat membahagiakan bagi yang mengerti.. Kerana merdeka lah maka saya dapat melanjutkan pelajaran di UKM.. dengan mendapat biasiswa penuh kerajaan persekutuan. Kerana merdekalah 3 orang anak saya dapat belajar dengan sempurna ke Universiti dalam negara (Pinjaman SSPN) dan luar negara (biasiswa penoh). Kalau nak harap duit saya sendiri untuk hantar anak belajar di Jepun dengan perbelanjaan hampir setengah juta RM pakai tak hantar lah... tapi kerana kita merdeka maka kerajaan mampu untuk menghantar rakyatnya belajar diluar negara. Pokoknya terlalu banyak sangat nikmat kemerdekaan yang saya dapat dan juga kita semua dapat samada kita sedari atau tidak.... Syukur Alhamdulillah....
wah..sudah lewat pula nampaknya, kurang lebih jam 2.00 pagi ni. saya rasa baik saya berhenti sahaja dulu celoteh saya kat sini. Walaupun saya kurang mengantuk lagi mungkin kerana tadi saya ada minum kopi 5 in 1 ada tongkat ali lagi, itu yang buat mata kurang letih. Saya tidak boleh layan sangat rasa kurang mengantuk ini sebab nanti saya mahu bangun tidor kalau belum subuh sempat juga bersembahyang Tahajjud.. Nasib baik masuk hari ini saya cuti., cuti bolehlah lanjutkan tidor nanti selepas syolat subuh. so saya undur diri dulu, selamat tidor....harap dalam mimpi nanti dapat idea lain untuk cari tajuk apa lagi ya yang ndak dikupasi.
'MERDEKA'... 'MERDEKA'... 'MERDEKA'
AL FATIHAH... AAMIIN...

Teratak Kasih