15 March 2023

AKU INGIN HIDUP

Catatan: Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh: 14 Mac 2023


Assalaamualaikum wbt.. Alhamdulillah.. Hari Sabtu yg lalu saya berpeluang mengikuti satu program yang amat besar maknanya pada saya dan pada mereka yang mengerti... Iaitu WACANA CSM "Aku Ingin Hidup" ZON UTARA 2023 yang diadakan di Hotel Grand Alora, Alor Setar .. Saya kata amat besar maknanya kerana pada saya ini amat penting dalam mengenengahkan peranan rakyat dalam menangani isu-isu berkaitan keperluan sebenar rakyat khususnya pesakit kanser. Bila kena kanser, isu lain akan timbul lagi, terutama dari segi rawatan yang memeritkan, kos rawatan, masalah sara hidup, penjagaan, dan kehidupan harian keluarga pesakit kanser.. segalanya berubah dengan drastik.. Sebahagian besar pesakit kanser berada dalam lingkungan kita adalah tidak berkemampuan... dan mereka amat memerlukan segala macam bantuan.. Saya kerap juga menziarahi pesakit-pesakit kanser ini dirumah mereka, dan realitinya memang menyedihkan .. mereka perlukan bantuan kita semua.

Cancer Survivors Malaysia (CSM) ditubuhkan oleh kalangan orang yang mengidap kanser juga dan sebab itu mereka lebih memahami akan keadaan sebenar kehidupan seorang pesakit kanser dan keluarga mereka.. Penganjuran wacana ini diadakan adalah untuk memberi motivasi pada pesakit-pesakit kanser bahawa mendapat kanser bukan bererti berakhirnya kehidupan.. ada rawatannya dan kehidupan perlu diteruskan.. Sebab itu penganjur menjemput bekas-bekas pesakit kanser yang telah berjaya menjalani rawatan dan meneruskan kehidupan dengan gembira.. Kalau dengar coletah mereka, memang amat memeritkan sewaktu menjalani rawatan .. ada yang sampai berpuluh-puluh kali buat kimoterapi , ada yang koma berkali-kali, dan segala macam masalah bukan setakat membuat rawatan, malahan kehidupan keluarga menjadi tidak stabil ... tapi mereka ini tenang sahaja menghadapi dugaan Allah SWT ini... Saya amat kagum dengan mereka ini.. Mereka datang memberi semangat kepada peserta WACANA ini yang sebahagian besarnya adalah pesakit kanser dan penjaganya .. Hampir 500 orang peserta yang hadhir.. Tak ramai peserta dari kalangan orang biasa , mungkin mereka sangka , tidak ada kaitan dengan mereka kerana mereka tiada kanser, keluargapun tiada ada yang mendapat kanser.. so perlu apa ambil peduli .. Apa-apapun saya berharap bukan semua orang berfikiran begitu...

Pada masa ini penyakit kanser merupakan antara penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.. sesiapa sahaja boleh terkena penyakit ini, apatah lagi dengan cara pemakanan rakyat yang segala macam penoh dengan bahan-bahan kimia.. Sebab itu saya amat menggalakkan rakyat diluar sana mailah datang membantu mereka yang agak kurang bernasib baik ini.. Lepas ini CSM akan sambung buat lawatan-lawatan kerumah pesakit kanser, sama ada yang lama atau yang baru dikenalpasti... Jom kita sama-sama ikut ziarah bersama mereka dan boleh membantu apa yang patut.. Sapa tahu dengan derma sedekah kita ini, atau zakat yang kita berikan itu menjadi penyebab Allah SWT tidak menurunkan penyakit dan bala kepada kita.... Sahabat berminat untuk turun program ziarah ini.. boleh sahaja menghubungi saya .. Saya la dah bersara.. senang nak pi manapun.. jadi lebih baik mengisi masa terluang ini dengan aktiviti-aktiviti seperti ini...
Saya dan isteri adalah orang biasa juga dan kami bayar yuran untuk menyertai wacana ini dan juga taja beberapa orang pesakit asnaf untuk menghadhiri wacana ini.. Kerana kita mahu pesakit kanser ini datang ke WACANA ini melihat sendiri bagaimana bersemangatnya sahabat senasib yang berusaha untuk memulihkan diri.. disamping itu mereka akan dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai rakan-rakan senasib dan bertukar-tukar pandangan dan bertanya khabar.. Penganjur cuba hiborkan mereka dengan apa-apa sahaja yang boleh menghiburkan mereka melalui penyediaan makanan yang lazat dihotel yang mewah, persembahan hiburan, cabutan bertuah dengan barangan yang bernilai dan segala macam godies diberikan kepada para peserta.. Hidup kena diteruskan dengan gembira bukan sentiasa dalam kedukaan mengenang nasib diri pesakit kanser.









 teratak kasih alor setar