Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh: 16 Mei 2023
Assalaamualaikum wbt.... Selamat siang.. Ketemu lagi sejak lama berhenti menulis kisah2 perjalananku ke luar negara . Kali ini dekat sahaja.. hanya satu jam perjalanan sahaja ke Acheh dari Lapangan Terbang Pulau Pinang .. mendarat di Lapangan Terbang 'Sultan Iskandar Muda International Airport'... Banda Aceh.
Walaupun Acheh tempat lahirnya Nyak Husshin, Tok Wan saya, tapi saya tidak pernah sampai lagi ke Aceh. Secara kebetulan sahaja ada group dari Kg Acheh membuat lawatan ke Acheh, maka saya dan isteri menambil kesempatan turut serta bersama mereka.. Seronok juga ikut bersama mereka, kerana mereka boleh berbahasa Acheh dan seperti saya juga mereka masih ada hubungan keluarga di Wilayah Acheh ni.. Tapi saya tidak boleh berbahasa Aceh.. Sebab keluarga saya menetap di Sungai Limau Dalam.. Sesiapa yang menetap di Kg Acheh, boleh dikatakan boleh bercakap Aceh.
Sayapun ada keluarga disini 2 atau 3 pupu.. masih ada lagi, tapi khabarnya sebahagian kecilnya ada yg telah meninggal dunia masa Tsunami dulu.. Tapi agak terkilan juga lawatan saya ini tidak untuk mencari susur galur keturunan saya di sini.. kerana saya difahamkan untuk pergi ke kampong kelahiran Tok Wan saya tu ambil masa lebih 2 jam perjalanan juga.. kena pergi berasingan. So lawatan saya ikut sahaja apa yang telah di atorkan oleh penganjur.. Mungkin next trip akan atur khusus ke daerah Pidie tersebut..
Walau bagaimanapun saya nak ceritalah sikit tentang susur galur keturunan saya di Acheh. Tok Wan saya bernama Nyak Husshin atau Said Hussain. Beliau berasal dari Meunasah Blang Me, Kampong Aree, di Kewedanaan Sigli Daerah Pidie. Dia adalah anak yang sulung dari 5 adik beradik dan satu-satunya yang merantau meninggalkan kampong. Adik-adiknya ialah Ibrahim, Laksamana, Ubit dan yang bongsu sekali Mulu seorang perempuan dan semuanya tinggal di kampong tersebut. Daerah Acheh Pidie terkenal sebagai daerah petani dan daerah panas bagi orang Belanda pada zamannya dan daerah ini tidak pernah aman seratus peratus. Ramai orang Belanda dibunuh oleh orang Acheh dengan hanya menggunakan rencong terutama pada waktu bulan Puasa kerana orang Acheh paling galak bunuh Belanda waktu ini kerana inginkan mati syahid. Ibu Tok Wan saya bernama Tjoet Poetroe (Cut Puteri) seorang yang satu-satunya ketua kampong wanita di Acheh. Pangkat ini diwarisinya dari suaminya yang bernama Geutjik Asjik. Geutjik atau keutjik didalam bahasa Acheh ialah gelaran Ketua Kampong.. Jadi pada perkiraan saya pada waktu ini pasti ada anak-anak atau cucu-cucu dari saudara Tok Wan saya yang masih ada di kampong tersebut.. Dalam lawatan saya kali ini, agak padat dan tidak punya ruang waktu dan kesempatan untuk pergi mencari dan menziarahi adik-beradik saya di Kg Aree tersebut.. In Sya Allah kalau ada umur panjang dan rezeki akan sampai juga..
Rombongan bergambar dihadapan Istana Paduka Mulia Wali Nanggroe Aceh |
Dalam jadual atorcara lawatan ini ada juga tempat2 istimewa yang dilawati yang jarang2 dapat dilawati oleh pelancong biasa maupun penduduk tempatan. Disebabkan hubungan erat keluarga masyarakat Kg Acheh, Yan dengan pemimpin besar Acheh disini, maka dapatlah kami ziarah Istana Paduka Mulia Wali Nanggroe Acheh iaitu Bapak Malik Mahmud dan makan tengahari bersama beliau.. Paduka Mulia Wali Nanggroe ni kira2 macam Sultan atau Yang DiPertua Negeri. Kalu ikut kata Pn Rayhal 'tourist guide' kami, jarang-jarang orang biasa dapat masuk Istana dan ketemu dengan Paduka Mulia tersebut, beliaupun ini kali pertama dapat menjejak kaki ke Istana tersebut.. Alhamdulillah rombongan kami disambut mesra oleh Paduka Mulia Wali Nanggroe dan dijamu dengan makanan tradisi Aceh yang enak-enak.. Kami juga berkesempatan bertemu dengan orang kuat wilayah Aceh iaitu Bapak Muzakkir Manaf , Ketua Partai Aceh.
Wilayah Acheh ini sebenarnya bukannya tempat yg menjadi pilihan untuk pelancong sebelum ini, lebih2 lagi waktu sebelum Acheh dilanda Tsunami.. Zaman-zaman sebelum Tsunami, Acheh masih dalam keadaan yang agak ketinggalan , apatah lagi dengan persengketaan yang begitu lama antara puak pemisah Acheh dengan Kerajaan Indonesia. Orang tidak berani melawat.. Bunuh membunuh perkara biasa sahaja di Acheh.. Jadi usaha-usaha pembangunan agak perlahan dan pihak kerajaan pusat kurang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal di Wilayah Acheh ini. Wilayah Aceh ini mempunyai banyak sumber-sumber alam semulajadinya, tapi hasilnya kurang sangat kembali kepada Aceh. Sebab itu timbul ketidakpuasan hati penduduk Aceh terhadap dasar pemerentah Indonesia.. Selepas termeterainya MOU antara pihak Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan Pemerentah Indonesia di Helsinki pada 15 Ogos 2005 barulah ternampak ruang perbincangan yang lebih menjurus kepada keamanan dan pembangunan di Wilayah Aceh ini. MOU inipun termeterai selepas sahaja berlaku Tsunami pada tahun 2004.
Lawatan ke Aceh ini kebanyakannya lebih kepada lawatan ketempat-tempat yang berkaitan bencana tsunami.. Tidak banyak tempat-tempat bersejarah dan luarbiasa kat Aceh ini.. Jadi sekurang-kurangnya selepas tragedi bencana tsunami ini, sebenarnya ia memberi kebaikan juga kepada Wilayah Aceh ini walaupun kesedihannya tidak dapat dinafikan disebabkan kerosakan harta benda yang terlalu banyak dan juga kehilangan nyawa rakyat yang begitu ramai.
Di bawah ini saya senaraikan sebahagian tempat-tempat lawatan kami sepanjang berada dibumi serambi mekah ini ...
Perkuburan Massal Tsunami Aceh.
Ombak Tsunami yang melanda Aceh pada 26 December 2004 memang amat menggerikan. Akibat gempa bumi bermagnitud 9.3 R telah menerbitkan gelombang air laut yang amat besar. setinggi 30 meter dan kelajuan 360 km /h dalam tempoh 30 minit terus menerjah sebahagian besar wilayah Aceh. Memang amat dahsyat penangannya. .Korban terlibat lebih dari 230,000 orang di Aceh sahaja.. dan lebih 500,000 keluarga hilang tempat tinggal.. tinggal sehelai sepinggang. Kami sempat dibawa melawat ke sebuah tempat kuburan yang terbesar dimana disini bersemadinya lebih kurang 46, 718 mangsa tsunami yang meninggal dunia ketika Tsunami pada tahun 2004 tersebut.. Ini salah satu kuburnya.. Banyak lagi kubur-kubur seperti ini di Wilayah Aceh ini.. Mayat-mayat ini memang tidak sempat dimandikan dan dikapankan sebagaimana sepatutnya disebabkan pada waktu itu memang gawat sekali, air bersih tidak ada, segala pakaian dan kain memang tidak. ada. Mayat pula semakin membusuk . Tidak dapat tidak ianya perlu ditanam dengan segera..
Museum PLTD Apung
Muzium ini adalah sebuah muzium kapal yang terletak di kota Banda Acheh. Muzium itu ada diatas kapal PLTD Apong, sebuah kapal berenjin diesel yang membekalkan tenaga elektrik yang rosak akibat tsunami pada tahun 2004 dan kemudian diubahsuai menjadi muzium. Kapal ini dihanyutkan oleh ombak Tsunaami sejauh 5 km ke daratan dari tempat berlabohnya. Punyala besar kapal ini, tapi kuasa air lebih hebat... menolak kapal seberat 2600 ton semudah itu ke daratan semasa ombak besar tsunami. Sekarang menjadi tempat tarikan pelancong untuk dikunjungi dan memberikan pendapatan pada penduduk Gampong Punge Blang Cut, Kecamatan Jaya Baru Kota Banda Aceh.
Kubah Masjid di Gampong Lam Ghurah
Lawatan ini memang memberi kesan keinsafan mendalam kepada pelawat melihat kepada kebesaran Allah SWT. Kampong ini tidak ada apa-apa yang menarikpun, tapi selepas Tsunami 2004, ia telah merubah menjadi kawasan destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi.. Kampong ini terletak 3 km dari pantai yang pernah diduduki lebih kurang 700 orang penduduk tapi selepas dilanda tsunami hanyak tinggal 25 orang sahaja yang terselamat dalam tragedi ngeri tersebut. Pelbagai kejadian ajaib dan diluar fikiran manusia terjadi ketika tsunami yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.
Bayangkan bagaimana sebuah kubah masjid seberat 80 tan boleh terdampar dikampong ini sedangkan kedudukan asalnya di kampong Lam Teungoh lebih 2.5 km dari kg tersebut dan ia dipisahkan pula oleh jajaran bukit yang tinggi, tapii bagaimana ia bergolek-golek masuk ke kampong tersebut diluar fikiran manusia... Kubah itu tidak cacat sikitpun walaupun masjidnya telah musnah. Kejadian Tsunami di kampong itu selama setengah jam sahaja disaksikan sendiri oleh imam masjid kampong tersebut yang kebetulan berkebun diatas bukit berdekatan. Ia menyaksikan air datang dari semua penjuru dan nampak kubah itu dibawa air deras terapong dari depan bukit ke kawasan sawah didepannya. Setelah ia dihanyutkan begitu cepat ia berpatah balik ke belakang begitu laju juga hingga tersadai elok sepertimana keadaan sekarang ini dikampong tersebut. Ini satu keajaiban yang menunjukkan kebesaran Allah SWT. Kawasan ini menjadi tempat kunjungan pelancong dan memberi pendapatan kepada penduduk tempatan.. Untuk pergi ke situ dari jalan utama perlu naik motosikal yang disediakan oleh penduduk tempatan... Ia menjadi sumber pendapatan pula kepada penduduk-penduduk disitu..
Kapal atas rumah
Berkunjung ke Tanah Rencong ini tak lengkap rasanya kalau tidak melawat salah satu tapak yang menjadi tarikan pelancong yang mana ini menunjukkan gambaran ganasnya gelombang tsunami melanda Acheh pada 26 Disember 2004 tersebut. Akibat dari bencana alam tersebut, terdamparnya sebuah kapal yang terbawa kuatnya gelombang kepermukaan daratan dan tersangkut diatas bumbung salah satu rumah warga Acheh. Objek tersebut terletak di Jalan Tanjung, Gampong Lampulo, Kecamatan Kuta Alam Kota Banda Acheh.. Pihak berkuasa tempatan telah mengambil alih tapak tersebut dan dijadikan bahan sejarah tanda peringatan tsunami yang melanda.. Kapal kayu sepanjang 25 meter ini dengan berat 20 ton telah hanyut dari docking kapal terletak kira2 satu km dari tapak ia terdampar. Hebatnya kuasa air. Diceritakan juga dalam kapal tersebut terselamatnya 59 warga Acheh yang berlindong didalamnya ketika tsunami tersebut. Kami diberi taklimat oleh penduduk tempatan sendiri yang merupakan antara mereka yang terselamat semasa Tsunami tersebut..
Muzium Tsunami Acheh
Muzium ini merupakan lokasi yang dikunjungi rombongan kami yang menyimpan pelbagai kisah disebalik Tsunami dan sejarah bencana yang meragut ribuan nyawa tersebut. Banyak maklumat diperolehi mengenai kisah bencana tersebut. Bangunan ini direka seperti bentok ombak dan ia dikatakan mampu menahan gempa bumi dan menjadi tempat perlindongan jika sekiranya bencana tersebut berlaku lagi./
Muzium Aceh
Untuk sesiapa yang ingin mengenali sejarah Aceh dengan lebih mendalam , bolehlah datang melawat Muzium Aceh ini. Muzium ini sudah lama didirikan oleh oleh pemerentah Belanda iaitu pada tahun 1915. Saya dimaklumkan Muzium ini mempunyai 5,328 koleksi bahan-bahan budaya dari berbagai jenis dan juga koleksi buku-buku berkaitan Aceh yang berjumlah 12,445 buah.. Pelbagai koleksi manuskrip kuno, dokumentasi foto sejarah , pelbagai jenis perkakasan , peralatan pertanian, peralatan rumah tangga, senjata tradisional, pakaian tradisional, rumah Aceh boleh didapati disini. Terdapat satu koleksi loceng yang mencapai usia lebih 1400 tahun yang dinamakan Lonceng Cakra Donya hadiah dari Kaisar Cina dari Dinasti Ming kepada Sultan Pasai pada Abad ke 15. Ia disampaikan oleh Laksamana Cheng Ho.
Masjid Baiturrahman
Sepanjang lawatan ke Acheh ini, kami banyak berhenti di banyak masjid untuk bersolat dan memang cantik-cantik belaka masjid mereka. Antara masjid yang bersejarah berkaitan tsunami ialah Masjid Baiturrahman. Masjid ini terletak ditengah-tengah kota Aceh ini.. Amat mengejutkan kerana binaan masjid ini tidak musnah ketika ombak tsunami setinggi 21 meter dengan kelajuan yang luarbiasa ini menghentam masjid ini sedangkan bangunan sekitarnya habis runtuh musnah. Satu keajaiban yang Allah SWT hendak tunjukkan kepada hambanya. Masjid yang pertama kali dibina pada tahun 1612 pada masa Sultan Iskandar Muda, Kesultanan Acheh telah mengalami pelbagai perubahan sehinggalah selepas tsunami ianya telah ditambah baik dengan pelbagai seni reka yang lebih unik dan mewah serta menpunyai ciri-ciri seperti Masjid Madinah, kerana mempunyai halaman marmar yang luas dan ada beberapa payong besar seperti payong di Madinah... Ia dibuka kembang waktu Sembahyang Jumaat.. Hari-hari lain ikut keperluan yang ditentukan... Rombongan kami sempat bersembahyang Jumaat di Masjid Baiturrahman ini.
Masjid Harun Keuchi Leumik di Banda Aceh
Dalam banyak-banyak masjid yang saya lawati , masjid ini amat luarbiasa sekali.. Masjid ini dibina atau dibiayai oleh seorang ahli perniagaan Aceh yang berjaya .. Iaitu Tn Hj Harun Keuchjik Leumik seorang Peniaga Emas dan pengumpul bahan bersejarah. Secara kebetulan tujuan asal rombongan kami datang ke Aceh adalah untuk menziarahi kubur Tn Hj Harun dan mengadakan pertemuan dengan keluarga aruah Tn Haji Harun yang meninggal dunia semasa covid melanda tempohari.. Haji Harun ini mempunyai hubungan yang unik dengan masyarakat Aceh di Kg Aceh Yan, Boleh dikatakan kerap juga beliau melawat Kg Aceh Yan, dan setiap kali melawat ada sahaja sumbangan-sumbangan kewangan yang diberikan untuk kegiatan masyarakat Aceh Yan ini dan ia memang amat disegani dikalangan orang Aceh Yan ini.. Itu sebab mereka hendak menziarahi kuburan aruah Haji Harun, disebabkan halangan masa pergerakan terbatas semasa Covid 19 yang lalu.. Sebab itu bila kami sampai di Desa Lampeupeng, Kecamatan Lueng Bata, kami disambut dengan mesra oleh keluarga Haji Harun dan diadakan tahlil di masjid tersebut serta dijamu makan . sebelum bertolak pulang, kami menziarahi kuburan Tn Hj Harun yang terletak berdekatan.
Masjid ini memang indah dan nampak mewah dan megah, bergaya timor tengah.. binaannya amat berseni dan teliti serta berkualiti tinggi, terpesona bila kita masuk didalammya.. sehingga saat ini tiada siapa tahu berapa biaya masjid ini, kerana Tn Hj Harun menutup rapat-rapat soal jumlah perbelanjaan yang dikeluarkannya kerana katanya untuk mengelakkan sifat riak nanti.
Ada beberapa masjid lagi yang kami lawati dan semuanya elok-elok belaka dan menarik serta lengkap dengan segala kemudahannya.. Antara masjid tersebut ialah Masjid Oman Al-Makmor, masjid ini mendapat sentuhan Timor Tengah juga kerana mendapat pembiayaana dari Kerajaan Oman, selepas sahaja berlaku Tsunami.. Rezeki pada orang Aceh, kerana disebalik musibah yang dihadapi, bantuan selepas Tsunami datang mencurah-curah dari luar negeri..
Satu lagi Masjid yang menjadi tempat lawatan ialah Masjid
Jami' Baiturrrahim di Ulee Lheue. Kampong ini terletak ditepi pantai yang terdekat dan menjadi wilayah yang paling parah diterjah ombak tsunami.Masjid ini juga adalah salah satu masjid yang terselamat dari kemusnahan akibat hentaman ombak Tsunami walaupun semua bangunan disekitarnya musnah segalanya.. Banyak cerita- cerita menarik berkenaan masjid ini dan pihak pemerintah dan pengurusan masjid ini telah mengadakan bangunan galeri khas untuk Sejarah Tsunami yang berlaku dikampong ini.
Jami' Baiturrrahim di Ulee Lheue. Kampong ini terletak ditepi pantai yang terdekat dan menjadi wilayah yang paling parah diterjah ombak tsunami.Masjid ini juga adalah salah satu masjid yang terselamat dari kemusnahan akibat hentaman ombak Tsunami walaupun semua bangunan disekitarnya musnah segalanya.. Banyak cerita- cerita menarik berkenaan masjid ini dan pihak pemerintah dan pengurusan masjid ini telah mengadakan bangunan galeri khas untuk Sejarah Tsunami yang berlaku dikampong ini.
Lawatan Pesantren
Ada satu pesantren yang kami lawati juga mendapat pembiayaan dari negara luar . Nama pesantren swasta ini ialah Daya Terpadu Inshafuddin. Pembinaan bangunan sekolahnya dibiayai sebahagian besarnya oleh sebuah negara bukan Islam dari Eropah, selepas sekolah ini hancor musnah dilanda Tsunami. Bangunan yang tersergam kukuh ini dibina untuk menghadapi hentaman tsunami lagi jika berlaku dan juga tahan gegaran gempa bumi.. Bangunan sekolah juga akan menjadi tempat perlindongan jika bencana seumpama itu berlaku lagi. Sebenarnya secara kebetulan sahaja rombongan kami dapat ke pusat pengajian ilmu agama dan akademik ini, kerana salah seorang peserta rombongan ini adalah bekas guru pesantren ini. Semua penuntutnya seramai lebih kurang 500 orang tinggal diasrama sekolah ini. Sempat juga kami bersama pelajar disini mengikuti aktiviti mereka di sekolah ini..
'Shopping' di Acheh.
Sepanjang berpusing pusing sekitar Banda Aceh ini , saya tidak ketemu tempat-tempat yang agak ekslusif untuk membeli belah, kami hanya dibawa pergi ke Pasar Aceh dimana ini dikatakan tempat membeli belah yang terbesar di Banda Aceh ini.. Memang luas kawasan shopping ini, tapi kedai-kedainya kecik-kecik sahaja yang menjual pelbagai barangan tempatan.. Tak nampak pula pasaraya-pasaraya besar di Banda Aceh ini... Harganya kira ok juga, berpatutan dan boleh beli disini terutama pakaian-pakaian. Sempat juga la sambar beberapa pasang baju batik dan lain barangan sebagai ole-ole. Kalau nak shopping barang-barang berjenama, rasanya tak ada lah di sini..
Makanan di Aceh.
Aceh merupakan satu daerah yang mempunyai variasi makanan yang sangat kaya. Terkenal dengan citarasa yang unik dan rempah yang kuat, makanan Aceh menjadi kegemaran ramai orang samada tempatan atau pelancong luar. Makanan yang popular ialah Mie Aceh. Tak sempurna mai ke Aceh ini kalau tidak pekena Mie Aceh ini. Saya akui memang sedap masakan Mie Aceh ini. Sesuai dengan selera saya.
Nama makanan di Aceh ini pelik-pelik sikit... sebab ia bahasa Aceh kut.. Contohnya Asam Pedas di Aceh disebut Masam Keueung..
Satu lagi makanan popular ialah Kuah Sie Itek.. lebih kurang gulai itek yang biasa kita makan di Kedah, bolehlah dengan selera saya... Banyak lagi lah makanan yang saya dapat makan di Aceh, tapi tak berapa tahu nama apa.. makan sahaja la. Pelik tak nama-nama makanan macam ni.. Ungkot Kemamah, sate matang, kuah beulangong, sie reuboh, dendeng aceh, kuah pliek U, nasi gurih dan macam-macam lagi.. yang mana satu saya makan, saya pun tak tahu.. Ada satu restoren tu menunya nasi dan sate sahaja.. Tak ada kuah.. Ini kira makanan berat kat Aceh.. Kalau kita sini, macam makan ringan saja tu..
Aceh juga terkenal dengan pusat pengeluaran kopi arabika yang sudah terkenal hingga ke peringkat antarabangsa..Kopi Aceh yang disebut ' Gayo' memiliki aroma dan rasa yang tersendiri. Saya dah try rasa dan memang sedap sesuai dengan selera saya... walaupun tak minum secara banyak lama dah..
Lawatan ke Universitas Iskandar Muda
Rupanya dikalangan ahli rombongan ini ada yang mempunyai perhubungan yang rapat dengan pihak Pentadbiran sebuah Universitas di Aceh, hingga mereka menjemput rombongan kami ke Universitas Iskandar Muda yanbg terletak di Gampong Surien Banda Aceh. Hebat juga sahabat-sahabat saya dalam rombongan ini. Pihak pentadbiran universitas telah turun menyambut kedatangan rombongan kami sambil beramah mesra dengan pihak pengurusan Universitas dan dijamu pula dengan hidangan makan tengahari disitu.. Berita lawatan ini ada dilaporkan dalam sebuah akhbar di Aceh ini seperti mana link di bawah ini :-
Ada hikmah juga dengan berlakunya Tsunami ini pada wilayah Aceh ini. Sebelum ini konflik yang berpanjangan berlaku antara pemerintah Indonesia dengan Wilayah Aceh ini. Pertumpahan darah seringkali berlaku di Aceh disebabkan konflik tuntutan penduduk tempatan untuk berpisah dengan Indonesia atas sebab dianaktirikan oleh pemerintah Indonesia ketika itu . Namun begitu tidak lama selepas bencana Tsunami itu telah datang sedikit rahmat kebahagiaan, disebalik tangisan dan kepiluan yang masih menyelimuti Aceh dengan termetarainya Perjanjian Nota Kesefahaman (MOU) Helsinki yang berarti telah tercapainya perdamaian untuk mengakhiri konflik bersenjata antara Pemerintah RI dengan GAM.
Selepas Tsunami dan keamanan yang tercapai dari Perjanjian Helsinki itu , ramai orang yang mengambil peduli berkenaan Aceh ini.. Ramai negara-negara mengambil peduli musibah yang ditanggong oleh rakyat Acheh ini.. Bantuan dalam bentuk kewangan dan kemanusian berduyun-duyun datang ke Aceh, untuk membolehkan Aceh bangkit semula... Pemerentah Pusat Indonesia juga telah memberi perhatian lebih serious terhadap wilayah Aceh ini dan mengembalikan beberapa hak ekslusif kepada pemerintah Aceh walaupun tidak sepenuhnya... Sektor pelancongannya kembali rancak
Sebagai sebuah daerah yang sangat kental dengan nilai agama Islam , tidak hairanlah Aceh kemudian mendapat julukan Serambi Mekah.. Nama ini melekat kerana Aceh menjadi pusat peradaban Islam pada saat kesultanan Aceh mencapai kejayaannya yakni pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda... Bersiar-siar disini amat selamat, dan tidak akan terjumpa kedai-kedai perjudian dan kedai minuman keras.. Undang-undang mereka agak keras dan berlandaskan Islam.. Kaum wanita pula semuanya bertudung menutup aurat.... Waktu sembahyang Jumaat , semua kedai-kedai ditutup sementara untuk bersembahyang Jumaat.. Jarang terjumpa kaum lelaki berkeliaran disudut2 tertentu sewaktu sembahyang Jumaat.. Tidak banyak peniaga-peniaga jalanan yang berkeliaran diatas jalanraya mencari rezeki sepertimana kita pernah lihat dikota Medan atau Jakarta... Kehidupan mereka amat sederhana dan aman sekali... Jadi kalau sesiapa hendak melancong ke Banda Aceh ini.. silakan... banyak yang kita boleh pelajari dan ambil ikhtibar dari daerah Julukan Seuramo Mekkah atau Serambi Mekah ini..,
teratak kasih
teratak kasih, alor setar
bersama pelajar di Pasentren \\
Handling Agent by:
PT Atrabu Tour & Travel, Aceh Darussalam
GM:H.Arifin Ibrahim,BBA
HP: +62 8126084634
PT Atrabu Tour & Travel, Aceh Darussalam
GM:H.Arifin Ibrahim,BBA
HP: +62 8126084634
Tourist Guide:
Pn Rayhal/Rehal PT Srikandi Aceh Tour & Travel
HP: +62 852603977
Tumpang duduk diatas singahsana di Istana Paduka Mulia Wali Nanggoroe Aceh .. Macam bersanding pula ... |
Bergambar ramai-ramai di Muzium Aceh.. |
Satu kata-kata yang amat tepat sekali... Sejarah itu amat penting dipelajari |
Bersama bersama dengan Bapak Malik Mahmud .. Paduka Mulia Wali Nanggroe Aceh |
Rombongan kami disambut mesra oleh kakitangan Universitas Iskandar Muda sambil dijamu makan dengan makanan tradisional Aceh.. |
Penduduk tempatan menyediakan motorsikal untuk melawat Kubah Masjid di Kampong Lam Gurah. Kubah ini hanyut dibawa air semasa Tsunami dari kampong bersebelahan.. |
Inilah kubah masjid di Gampong Lam Ghurah yang terdampat disitu seperti asalnya... Di kiri adalah masjid baru yang dibina hasil sumbangan derma dari seorang dermawan dari Malaysia |
Antara masjid-masjid yang dibangunkan semula hasil sumbangan orang ramai |
Bergambar di Pelabuhan Ulee Lheue .. Dari dermaga ini pelancong boleh ke Pulau Weh atau Pekannya bernama Sabang .Di Pulau itu banyak aktiviti snorkeling dan menyelam serta aktiviti di pantai sahaja |
Seni binaan yang begitu mewah di Masjid Keusyik Leumiek |
Orang kampong sendiri memberikan taklimat berkenaan tragedi Tsunami yang berlaku ditempat mereka. Ini ialah di tempat berlabohnya bot atas bumbung salah seorang penduduk di situ |
Pasar Atjeh : tempat shopping yang begitu luas.. ssegala macam benda ada di pasar ini.. Harganya juga berpatutan... |
Dalam Pasar Atjeh |
Saya bersama Pak Ariffin.. Pemilik Travel Agensi yang menguruskan lawatan rombongan kami di sini.. Bagus orangnya. dan perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik.. |
Paduka Mulia Wali Nanggroe Aceh : Bapak Malek Mahmud |
Taman Sari Gunongan.. yang dibina oleh Sultan Iskandar Muda sebagai tanda cintanya pada permaisurinya untuk bersenang-senang disitu. |
Hotel penginapan kami sepanjang berada di Banda Aceh ini. |
Antara makanan-makanan Aceh.. sebut namapun pelik2.. |
Selamat menjamu selera |
Di Masjid Baiturrahman |
Di bahagian dalaman Masjid Baiturrahman |
Selamat menjamu selera |
teratak kasih, alor setar
Me Aceh...yang ini memang menyelerakan.. sesuai dengan selera saya |
Lapangan Terbang Antarabangsa SultanIskandar Muda ..kecik saja air port ni.. tak kalut sangat |
bersama pelajar di Pasentren \\