12 October 2023

Bergegaslah ! Hidup di Dunia ini Hanya Sementara Sahaja

Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 21 September 2023

Assalaamualaikum WRT dan selamat pagi..  Semoga pagi ini ceria2 selalu.. Saya terus saja mengadap desktop kat rumah selepas sahaja breakfast cucur kodok ..  Enak sekali dan perut pun dah selesa dah ni.. mungkin idea akan datang menderu-deru semasa menulis hari ini..

Kelmarin saya menyambut hari ulangtahun kelahiran saya yang ke 62 tahun.. tengok angka tu rasa takut dan gerun sangat , rupanya sudah lebih separuh abad mengharungi kehidupan dunia .. Saya tidak mahu banding dengan mereka yang dapat hidup lagi sehingga umur yang lebih lanjut.. Kalau dok banding macam tu, kita rasa lambat lagi nak tinggal dunia ni.. boleh membuatkan kita lupa diri dan masih alpa dengan duniawi ini. 

Bagi saya masanya sudah sampai untuk kembali kepada Allah SWT bila sudah melebihi umur 62 tahun.. Dekat sangat dah.. Kalau ikut umur baginda Rasulullah SWT wafat  memang dekat sangat dah.  Setiap kali saya bangun pagi maka saya terasa susut nilai kita semakin tinggi.. Macam kereta lama juga la.. dok nilai apa yang semakin merosot pada saya.. memang saya terperasan ada banyak perbedaan dengan dulu dengan sekarang..  cumanya kemerosotan fizikal dan jiwa itu setakat mana.. apakah kita masih boleh bergerak dan berfikir, atau  lama-lama kita terlantar bila terlalu terok kemerosotan pada diri dan jiwa.  

Aktiviti berbasikal masih lagi saya teruskan, tapi
sekarang ini berbasikal keseorangan diri sahaja
geng dah  tak ada ... semua sibok segala
macam.. orang warga emas tak apala , 
dah pencen.  kayuh pun tak sekuat dulu
Itu yang orang tak ajak dah.
Sekarang saya sudah terasa beberapa aspek fizikal dan mental yang semakin menurun. Matapun semakin rabun  dah tunjuk tanda kemorosotan, daya ingatan pun makin berkurang, terlupa sentiasa, buang air kecilpun tersekat-sekat, pinggang pun sentiasa rasa lengoh-lengoh, buat kerja lebih sikit dah terasa penat, pernafasan pun kadang-kadang rasa pendek-pendek sangat dan tidak puas, muka terasa macam bengkak-bengkak, gigipun ada dah yang patah dan rosak,  Kadang-kadang diserang juga mild anxiety dan hendak pergi ke arah 'mild panic atack', memandu pun dah tak boleh jauh-jauh sangat dan segala macam tanda-tanda lagi.. Itu tandanya kita sudah semakin tua... Tapi setakat sekarang ini masih lagi mampu  bermain golf berjalan kaki 9 lubang, boleh lagi berbasikal dan berjalan-jalan.. Jadi apa yang boleh dibuat , kita buatlah seadanya dan setakat kemampuan yang ada. Namun  Selama mana lagi saya akan mengharungi kehidupan ini dengan baki yang masih ada lagi.. hanya Allah SWT. yang maha mengetahuinya. Pokoknya saya kena bersedia dengan segala kemungkinan.. tapi cukupkan persediaan itu.. dihati kecil saya rasanya jauh dari mencukupi lagi. Itu yang amat menakutkan diri ini menanti saat nyawa dicabut nanti.

Selepas bersara, saya kerap masuk
keluar penjara , melihat dan tinjau
kebajikan banduan dan  operasi 
penjara.-(aktiviti sukarelawan saya)
Ramai sahabat dan saudara2 yang mengucapkan HB kat saya dalam medsos.. dan pagi tu saya main golf bersama rakan-rakan pencen juga.. Tengahari baru tengok HP, penoh dengan ucapan-ucapan dan doa yang baik2  kepada saya dari sahabat dan saudara2  dalam FB, message dan Whatsapps.. Letih juga nak  jawab balik setiap ucapan-ucapan tersebut, kerana saya tak mahu rangkum sekali sahaja nak jawab ucapan HB tu.. Tak adil rasanya buat macam tu, sedangkan sahabat-sahabat dan saudara-saudara bangun pagi tu ,  teringat kat saya dan hantar personally message birthday kat saya.. Saya amat meng
hargai akan ingatan tulus ikhlas dan kasih sayang dari sahabat dan saudara semua ... 

Ada sahabat yang memang saya selalu  dan biasa jumpa  dan kenal  tapi  ada juga sahabat hanya dalam alam maya sahaja dikenali , Ada juga pernah jumpa tapi tak kenal/perasan pun  yang sahabat tu rakan FB..  Walau apapun pernah berjumpa atau tidak bukan persoalannya..  persahabatan boleh tetap terjalin walau hanya melalui medsos .. Saya amat menghargainya. Kerana itulah saya menjawab setiap satunya ucapan-ucapan dari sahabat-sahabat dan saudara mara semua.. dan saya baca setiap ucapan tersebut.. kecuali kalau terlepas pandang , mohon ampun maaf.. tidak ada niat untuk mengabaikan usaha saudara-saudara yang mengucapkan HB kepada saya dan berdoa lagi yang baik-baik kepada saya. Semoga Allah SWT  menerima doa kita semua dan juga saya juga mendoakan agar sahabat-sahabat semua diberi kesihatan yang sempurna, dan dirahmati Allah SWT sentiasa.

Kelmarin genap 62 tahun umur saya.. mula mengimbas kembali selama 62 tahun , apa sebenarnya yang telah saya lakukan di dunia ini.. Dalam umur-umur seperti ini, apa yang diingatkan sangat.. sebagai umat Islam yang berakal, tentunya teringat saat2 kematian yang akan menjemput kita bila-bila masa sahaja.. Dulu masa muda-muda ada tak kita teringat sangat fasal kematian.. rasanya kurang sangat kita teringat, mungkin kerana kita rasa kita muda dan jarang-jarang kematian datang menjemput kita waktu. Lambat lagi nak mati.  Kita rasa kita sihat dan boleh buat apa sahaja dan boleh pergi kemana sahaja kita mahu.. betul tak.. Saya bercakap begitu kerana saya juga berfikiran begitu waktu itu.. 

Kadang terfikir juga sebahagian besar kehidupan yang dilalui itu macam sia-sia sahaja, kerana rutin harian kita yang biasa-biasa tanpa ada sesuatu yang kukuh untuk kita jadikan bekalan untuk dibawa dialam kematian nanti dan dialam akhirat nanti. Apakah jasa-jasa yang saya telah lakukan sepanjang hayat sebelum ini yang boleh dibawa pahalanya ke alam kubur dan akhirat nanti... Berasa macam nak patah balik ke masa muda untuk nak buat balik perkara yang sepatutnya dibuat untuk meraih pahala daripada aktiviti yang saya buat.. Banyak aktiviti baik yang kita buat menjadi ibadat dan meraih pahala besar  kalau kita niatkannya kerana Allah SWT.. tapi itulah, jarang sangat kita terfikir begitu.. berapa banyak zikir2 dan wirid yg diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW untuk umatnya  amalkan yg kita ketahui ada pahalanya berganda2 ganda dan penghapusan dosa2 lampau,  tp jarang kita manfaatkannya. Entah kalut apa sampai malas nak amalkan... 

Masa muda saya masih sembahyang, masih berpuasa masih bersedekah  dan segala macam perkara-perkara baik-baik yang kita buat , tapi kita buat biasa-biasa sahaja.. Dalam masa yang sama dosa-dosa beriringan kita dapat dari perbuatan kita, dari percakapan kita, dari penglihatan kita dari pendengaran kita dan dari hati nurani kita... kalau nak diceritakan disini , memang banyak perkara-perkara yang kita buat yang membawa kepada pengumpulan dosa-dosa . Itu tidak kira lagi suruhan-suruhan Allah SWT yang gagal kita laksanakan.. memang banyak kan.. Itu lagi lagi berat dosanya. Jadi untuk mengatakan seseorang itu tidak ada dosanya, tidak mungkin sama sekali..

Hakikatnya kita hidup didunia tidak mungkin selama-lamanya.. Semua pasti akan merasakan kematian.. Allah telah berfirman dalam Surah Ali-Imran (3):185 yang bermaksud " Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan kematian". Makanya perjalanan kita hanya sementara sahaja didunia ini kemudian setelah itu kita akan meninggal dunia. Kita akan berpindah kepada alam yang tentunya berbeda dengan alam dunia.. Alam yang lebih panjang, alam yang lebih kekal abadi ..Pilihan kita hanya ada dua sahaja.. Jika tidak ke neraka maka ke syurga. Maka setiap kita hendaknya memilih ke mana ia akan langkahkan kakinya, Apakah menuju ke SYURGA atau kepada NERAKA

Kesedaran ini perlu ada sewaktu kita muda-muda, kerana kesedaran ini lantas memberi kita tindakan-tindakan yang perlu dibuat untuk ke syurga..  Tapi malangnya diwaktu muda inilah kita selalu leka dengan kenikmatan kehidupan dunia.. Pendedahan kepada hal ibadat dan keugamaan amat jarang muncul.. kalau munculpun secara tidak sedar kita selalu mengelakkan diri dari mendengarnya atau dari melihatnya.. kita leka dengan hal-hal duniawi.. Inilah yang saya amat kesalkan apabila sudah umur sudah melebihi separuh abad..

Kenapa kesedaran yang hanya dapat dirasakan  ini berlaku pada umur2 hujung usia, tidak muncul-muncul pada zaman  saya muda dulu... Apakah tidak ada yang membimbing, apakah tidak ada yang menegor, apakah kurang sangat mencari ilmu agama, atau apa-apa lagi ya.. Namun pada akhirnya saya berfikir ia terletak kepada diri kita sendiri.. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain diatas kelambatan diri sedar awal tentang hal-hal yang seperti itu. Bukan tidak ada ustaz yang mengajar kita, bukan tidak ada ilmu yang datang masuk ke rumah kita, bukan tidak ada yang tegor kita, bukan tidak ada yang membimbing kita , malahan khutbah jumaat yang kita dengar setiap minggu itu penoh dengan pelbagai ilmu dan panduan, tapi saya rasa kita terleka  dengan kebanggaan kemudaan kita yang masih rasa sihat lagi , itu semua akan dibuat bila dah tua-tua nanti,  Apa jadi kalau mati muda.. ramai rakan sahabat kita yang mati waktu muda walaupun segar bugar.

Ambil contoh mudah sahaja.. kalau siaran TV tunjuk hal-hal berkaitan ibadat dan keugamaan, yang mana kandungannya ada segala macam ilmu ugama dan panduan hidup  berkualiti untuk ke alam akhirat ada,  tapi itulah kita secara tidak sedar dan spontan kita akan kalih siaran kepada hal-hal lain yang lebih menghiburkan dan melalaikan. Ilmu agama yang hendak disampaikan , akhirnya tidak sampai kepada kita.. Itu ilmu yang datang masuk ke rumah kita melalui medsoc..kita buat tidak kisah.  Kalau nak pi cari tok guru mengajar..  lagi la jauh..

Kita dengar laungan azanpun pada waktu muda kita  , tidak kisah sangat.. malah melewat-lewatkan sembahyang. Sembahyang tetap sembahyang tapi apakah penambahbaikan yang kita buat untuk menambahkan pahala.. Sekadar sembahyang yang wajib sahaja.. Sunat-sunat amat jarang sekali.  Pernahkah kita dengar kata sembahyang berjemaah tu lebih baik..  kalau dekat masjid atau surau, lebih baik pergi sembahyang berjemaah di masjid.. pernahkah kita diberitahu  yang sembahyang sunat sebelum dan selepas sembahyang fardhu amat besar ganjarannya .. pernahkah kita tahu yang sembahyang sunat subuh itu terlalu amat besar pahalanya .. banyak lagilah kalau nak cerita berkenaan ganjaran-ganjaran yang berganda-ganda yang  Allah janjikan dalam melakukan perkara-perkara sunat. Semua itu kita dapat ilmunya dari dalam Al Quran dan Al Hadis.. yang dikumpulkan oleh para ulamak dan bijak pandai Islam untuk kita amalkan,,, dan   Sudah tentunya kena juga sekali sekala pergi belajar dengan guru-guru  yang arif.. 

Dalam setahun berapa kali kita khatam membaca Al Quran... atau tidak pernah baca Al Quran atau sekadar membaca Yasin yang dibacakan beramai-ramai bila terpaksa... sedangkan kita tahu membaca kalam Allah SWT ini amat besar pahalanya dan berganda-ganda dan Al Quran akan ikut kita dialam sana nanti..Saya akui zaman muda-muda dulu nak habis sekali khatam Al Quran pun terkial-kial.. bukan satu keperluan , sekadar baca bila nak baca..  kenapa tidak ada yang mengingat-ingatkan diri ini .. mungkin ada tapi diri buat tidak kisah.. Sebab itu bagi anak-anak muda sekarang ini termasuk keluarga saya selalu tekankan.. berilah tumpuan yang seimbang malahan lebih banyak lagi kepada perkara-perkara ibadat seperti itu.. Jangan lagi tunggu usia tua baru nak buat, takut tak sempat tua mati dulu.. 

Berapa ramai yang leka termasuk saya sewaktu muda dulu menonton TV, bila sampai sembahyang fardhu, masih leka lagi menonton, tanpa menyambut panggilan bersembahyang .. Apatah lagi  ada drama menarik di TV..  sayang nak tinggal, tunggu sampai habis baru nak pergi sembahyang  .. yang sudah dekat-dekat nak waktu sembahyang pula.. Lemah sungguh iman kita waktu itu. 

Berapa ramai yang sembahyang dirumah berseorangan sedangkan masjid atau surau dekat sangat dengan rumah... dengar laungan azan macam tidak ada apa-apa... dunia lebih penting..  Itulah zaman-zaman muda kita .. dan segala macam kelekaan lagi yang kalau saya nak tulis memang banyak.. 

Saya amat bersyukur kerana Allah SWT Maha Penyayang kepada makhloknya.. tidak ditamatkan riwayat saya diwaktu muda, dizaman yang kita syok dengan duniawi itu.. Masa tu mana kita pernah mohon ampun dan bertaubat sepenohnya..  Hanya pohon ampun dalam doa-doa sembahyang sahaja. Sembahyang Sunat Taubat berapa kali sahaja dibuat.. Itupun waktu pi masjid ada diaturkan sembahyang tersebut.. Kalau tidak tak terbuat juga...  Itulah realitinya zaman-zaman muda kita termasuk saya.. Namun begitu ada juga yang telah ada kesedaran awal.. tak tunggu sampai dah sakit sana sini dan sudah tua baru nak sedar.

Nasib baiklah tidak terjebak dengan dosa-dosa besar seperti berzina dan minum arak dan perbuatan-perbuatan syirik.. Kalau tidak akan lebih kesal lagi tidak berkesudahan, walaupun kita diberitahu Allah SWT  Maha Pengampun. Namun begitu ada satu dosa yang berganda-ganda kita dapat setiap hari  iaitu menyebarkan fitnah melalui medsos.. Yang ini memang banyak sangat berlaku.. sudah-sudah lah jangan kita buat kerja-kerja fitnah yang kita tidak tahu hujung pangkal nya.. selagi fitnah itu berlegar dimedia sosial dan ada orang yang membacanya samada ia percaya atau tidak, ia tetap mendapat dosa yang berterusan walaupun sudah meninggal dunia nanti.. tudia punya berat fitnah zaman moden ni.. Ingatlah wahai sahabat-sahabat dan saudara mara ku semua ... kita jangan sekali-kali terjebak dalam kancah fitnah zaman moden ini... tidak ada apa nikmatpun membuat fitnah dan menyebarkan fitnah itu,.

Saya amat bersyukur melihat ada anak-anak muda sekarang ini yang tidak pernah meninggalkan masjid bersembahyang berjemaah, sentiasa melaksanakan perkara-perkara sunat yang seolah-olah jadi wajib kepada mereka, kalau tertinggal terasa bersalah amat sangat walaupun bukan berdosa pun. Membaca Al Quran tidak pernah ditinggalkan ditambah dengan budi pekerti mulia.  Ini bermakna mereka sudah ada kesedaran awal.. Alhamdulillah.. Sejok hati ibu bapa dan masyarakat sekeliling melihat anak-anak sedemikian rupa.. Semoga mereka menjadi harapan ibu bapa meraih pertolongan bila sudah di alam baqo nanti. 

Kalau zaman-zaman muda masih lagi leka dengan segala macam mainan dunia, macam manalah nak mengharapkan doa-doa dan usaha-usaha anak-anak serta saudara mara atau sahabat untuk mengurangkan siksaan dialam kematian nanti.. Saya amat takut memikirkan hal-hal seperti ini.. Saya rasa tidak mampu untuk menghadapinya berseorangan.. kita perlu bantuan sahabat dan saudara mara  didunia ini yang mendoakan untuk kita agar Allah SWT mengampunkan segala kesalahan dosa-dosa.. Apatah lagi doa-doa anak-anak dan saudara mara amat mustajab... selain sedekah jariah yang kita buat didunia yang ikut bersama kita ke alam kematian. Harta yang banyak tidak akan dapat membantu kita  dialam sana nanti. Malahan kadang-kadang harta itu akan lebih memberi bencana dan memudaratkan diri  dialam baqo nanti.  Kecualilah kalau kita keluarkan zakat, sedekahkan atau waqafkan untuk kebajikan manusia didunia ini. Pahalanya akan sentiasa mengalir kepada simati.

Oklah, panjang pula cerita fasal hal-hal kematian yang kebanyakan orang cuba elakkan ini.. tapi saya paksakan diri juga bercerita dengan harapan yang anak-anak muda yang membaca coretan ini ada kesedaran awal untuk tidak menyesal seperti saya dan kebanyakan rakan  yang seumur saya ini, yang agak leka seusia muda dulu.. Lagi awal kita sedar lagi banyak perkara-perkara berkualiti yang boleh kita buat dengan IKHLAS untuk  mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Marilah kita melaksanakan segala amal ibadat kita dengan IKHLAS agar segala amalan ibadat dan kerja amal kita diterima oleh Allah SWT. Mendapatkan rasa IKHLAS dalam setiap perbuatan dan amalan kita bukannya mudah.. Amalan ibadat yang ikhlas tidak mungkin terlintas dalam angan-angan dan benak seseorang , kecuali bagi yang mencintai Allah SWT dan tujuannya  hanya untuk kebahagiaan Akhirat. TIdak ada ruang didalam batinnya sedikitpun rasa cinta pada dunia. Orang seperti ini apabila ia makan, minum, dan buat segala macam aktiviti didunia ,  bahkan buang air besarpun maka perbuatannya itu atas dasar ikhlas dan kerana Allah SWT. ..  Boleh kita jadi lagu tu... Kita pakat-pakat usahalah kearah itu.. In Sya Allah.









Terima kasih.




asriredha
teratak kasih alor setar