Selamat Sejahtera semua
Catatan... Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh : 03 Nov.2013
Catatan... Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Tarikh : 03 Nov.2013
Apa khabar saudara semua pembaca-pembaca blog saya.. kalau ada yang nak bacalah.. ataupun kerana terpaksa membaca, ataupun memang nak baca... apa2 sahajalah... Rasanya lama juga tak menulis... tak ada kesempatan, asyik dok kursus dan melawat sana sini...
Pada waktu saya menulis catatan ini saya berada kat Aeroport
Paris-Charles De Gaulle, Paris , iaitu
kira-kira 50 minit perjalanan dari Kota Paris..
Sementara nak naik flight saya balik ke KLIA, jam 12.00 waktu
Perancis, ada masa sikit patuk-patuk
keyboard ni buat cerita maka saya pun mulalah bagi otak kanan dan kiri saya dok fikir sikit apa nak cerita.. Saya ada banyak cerita sepanjang
berada di Kota Paris.. Jadi saya nak cerita satu persatu…
Kelmarin saya sebenarnya sudah datang ke airport ini dengan
semangat berkobar kobar untuk balik ke negara tercinta dan berazam untuk balik
mengundi di PRK Sg Limau kerana saya adalah pengundi kat situ . Namun begitu
saya gagal untuk dapatkan penerbangan terus ke KLIA/Alor Setar gara-gara kesilapan tempahan tiket penerbangan
balik dari Airport ini ke KLIA / Alor Setar.. Di Paris ni kalau nak ke airport
kena keluar awal, kerana saya dapati kesesakan lalu lintas amat ketara jalan
menghala ke airport ni.. Jadi kena datang awal. Orang Perancis pula mereka ni
buat kerja ‘slow’ sikit dan bersahaja
saja.. dia tak kira orang tu mau cepat ka atau tidak. Kena ikut giliran juga. Style
depa kut. Pemeriksaan keselamatan juga amat ketat, saya sendiri dibuat
pemeriksaan terperinci, sampai kasutpun kena buka masuk mesin scanner.. seluruh
badan habis dia raba.. waduh susah
sungguh..
Dihotel inilah saya terpaksa tinggal satu malam lagi kat
Paris ni.. letak dekat dengan Airport CDG dan boleh
ulangalik ke airport dengan bus shuttle yg disediakan
setiap 30 minit.
|
Bayangkan dalam pada kami datang awal 4 jam sebelum berlepas dan ‘check
in’ dengan penuh yakin, tiba-tiba gadis
Perancis yang cantik molek kat kaunter maklum bahawa tempahan tiket saya telah
dibatalkan dan pihak syarikat telah 'refund' balik duit kat travel agency. Ayo…yo
apa sudah jadi ni … bukan ada sapa kat Kota Paris yang saya kenal.. Lebih-lebih
lagilah kat airport ni. Dah la tak pakai talian telefon lagi… Telefon
hilang di Kota Paris, tak taulah samada tercicir atau diambil oleh penyelok
saku… waduuh.. banyak cabaran ni… Nak harap talian internet kat airport ni
sukar diperolehi .. dah lah semua tulisan dalam bahasa Perancis, dia keluar kat
internet entah apa-apa .. bahasa Perancis sepenuhnya.. tak ada langsung bahasa
Inggeris.. Orang Perancis ni memang taksub sungguh dgn bahasa mereka… dalam TV
pun semuanya diterjemah kedalam bahasa Perancis...
Masa ada cuma 2 jam sahaja lagi untuk berlepas… Anak buah yang turut bersama saya, dah tak
boleh nak buat apa dah...Tel kat Malaysia , travel agency yang urus tempahan
tiket itu macam buat tak kisah aje, dan
tak terasa nak tolongpun untuk buat tempahan balik tiket tersebut dengan segera
atas alasan dah habis waktu pejabat.. atau mungkin pejabat tak buka hari
tersebut…
En Khirrul .. Penyelia MAS kat Airport CDG yang telah
membantu saya menyelesaikan masalah saya berkenaan
tempahan tiket kapalterbang tersebut..........................
|
waduuh.. apa punya syarikat
macam ini.. kalau ada apa-apa perubahan bagi taulah balik pada pelanggan…Kita
dah bayar tunai pada mereka bukan pakai LO.
Adakah dia fikir apa yang dia buat kat ofis tu semuanya ditanggung beres….
Nah ianya terjadi pada saya sendiri, yang jarang berjalan keluar negara seperti
kali ini. .. Takat KLIA tak apa la.. ni di Kota Paris…. Negeri orang. Masa semakin suntuk. Anak buah saya pula tak
balik satu flight dengan saya , kerana mereka balik ke Istanbul dulu dan
esoknya ke Singapore dan balik terus ke Penang… Saya punya ialah flight MAS
dari Aeroport Paris Charles De Gaullle
ini terus ke KLIA dan terus sambung perjalanan ke Alor Setar.. Nak buat macam
mana ni…… jangan panic…
Makanya pilah cari siapa penyelia kat situ… lega rasanya
bila tengok penyelia itu orang Malaysia…..
dialah yang tolong macam mana nak
buat… nak beli tiket lain kat kaunter
hari ini pula cuti.. tak ada tempat untuk beli tiket… beliau cuba bantu saya
sehabis mungkin, tapi masa dah semakin suntuk , kerana untuk membuat tempahan
kat KL mengambil masa pengesahan, jadi terlepaslah saya penerbangan pada hari
itu….. Namun begitu saya dapatlah juga
penerbangan untuk keesokan harinya… Dapat naik kapalterbang yang terbesar dalam
sirinya iaitu Airbus 380.. kapal terbang dua tingkat dan boleh memuatkan hamper
500 penumpang termasuk krewnya. Nasib
baiklah ada kad kredit. Kena belanja dulu secara online. Kalau tidak nak cari
kat mana disini RM5000.00 bayar tambang
balik tu..
Airbus 380.. Setiap hari ada satu penerbangan dari
Paris - KLIA dan sebaliknya.........
|
Selepas itu terpaksalah pula cari tempat tidor kat hotel berdekatan..
Hasrat hati nak tidor kat airport sahaja, malas nak keluar dari kawasan
airport, tapi malu pula bila dah kawan baru saya ni tolong booking hotel
melalui ‘local booking’ dan tolong bawa
tunjuk naik shuttle train airport dan shuttle bus dan hantar ke hotel. Hotel yang agak murah berdekatan airport ni. dapatlah
sebuah.. satu malam 80.43 Euro sahaja.. murahkan.. tapi dharab dengan duit kita
RM4 ++..dekat RM400.00 juga semalam… itulah
standard di sana.. Jadi berjalan dinegara Eropah ni memang tinggi kosnya.. Oleh
kerana tempahan tempatan tak kenalah ‘City Tax’ .
Tapi masa duduk kat Hotel Luxemburg Paris, kena bayar ‘City Tax’ lagi selain
bayar sewa hotel. Tak berkesempatan nak tanya adakah ‘City Tax’ ini untuk PBT
mereka.. Kalau macam tu tentunya berjuta euro juga PBT mereka dapat dari City
Tax ni sebab pelancong yang datang ke Kota Raya Paris ini berjuta juta orang
setiap tahun. Kalau di Alor Setar dibuat City Tax macam ni pada pelancong,
agak-agak boleh diterima tak…
Terima kasih en Khirrul Station Manager Cawangan MAS kat
airport ni.. Harap-harap boleh jumpa dia lagi..
Ini merupakan pengajaran kepada saya dan sapa-sapa yang nak keluar
negara terutama yang jarang keluar negara.. Yang selalu keluar tu tak apalah. Dah tahu macam mana nak selesai. Syarikat
yang menguruskan hal-hal tiket-tiket penerbangan ini kena cekap dan profesional,
walaupun duduk di tempatan.. Kalau setakat nak jual tiket kapalterbang sahaja
sapa pun boleh tapi bagaimana mereka nak pastikan apa yang diuruskan itu
berjalan lancar, dan kalau ada masalah apa tindakan yang perlu diambil.
Kita tidak boleh mengharapkan sangat 100% apa yang dibuat
disyarikat mereka , makanya kita tak ada masalah bila berada diluar Negara…
Saya ni sebenarnya amat bernasib sangat sebab berjumpa dengan kawan baru saya
ni.. Kalau ikut saya dah tenggelam punca.. maklumlah selama ini berlagak sangat,
semua urusan agen atau orang lain yang uruskan.. baik passport, visa, tiket
penerbangan dan sebagainya.. ya lah ikut rombongan.. bila jadi macam ni baru tau langit tinggi rendah.
Kita juga kena selalu dapat maklumat terkini akan flight
yang kita akan naiki itu… macam-macam boleh jadi… mungkin juga kesilapan
teknikal … Jadi berhati-hatilah….
Ok.. pengumuman dah dibuat untuk masuk dalam kapalterbang..
ni nak duduk dalam flight selama 11 jam..Jarak perjalanan ke KLIA lebih kurang 11,000 km. Sapa nak jadi teman tidur saya malam ni
tak tahulah… Harap-harap saya jangan mengeruhh .. he- he ... Ok kita jumpa
lagi…. Di Malaysia yang ku rindui… lama sangat berjalan di tiga negara, jumpa
macam-macam bangsa, budaya, bahasa, agama.. Makan pun dah tak ketahuan dah.
Makan bermacam-macam jenis makanan.. hanya bertawakkal kepada Allah sahaja
kehalalannya. Asal ada tulis halal sahaja kira ok lah…. Tapi ada juga
kesangsiannya . fahaman mereka tentang halal itu agak merisaukan saya, kerana
pada masa yang sama arak dijual sebebasnya. Kalau was-was hanya sekadar makan
roti, telor, air kopi, serta salad… sebelah ada daging babi sebelah ada telor,
dan salad.. kira oklah tu.. kalau kat Malaysia mengkelan la nak makan…. sembahyangpun ringkas-ringkas sahaja…
Jumaatpun dah tertinggal 2 kali…dah rindu kat masjid lagi.... Segala-galanya menimbulkan kerinduan kat
Malaysia…..
Nanti saya cerita lagi pengalaman saya semasa berada kat
Yeosu Korea Selatan, Istanbul Turki dan Paris Perancis…mengapa saya ke sana dan banyak cerita ,
pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat…
tunggu dalam blog ini saya akan paparkan….. kalu mahu baca lah... tak boleh nak memaksa baca....bye..
Assalamualaikum WRT…..
asriredha teratak kasih alor setar
Sungguh Mencabar. Tahniah.
ReplyDelete