26 January 2009

ASRI BERBENGKEL DI TANJUNG RHU RESORT, LANGKAWI




Pertama kali dalam sejarah 23 tahun aku bekerja , berkursus disebuah pusat peranginan yang terkenal di Utara Semenanjung Malaysia ini iaitu di Hotel Tanjung Rhu Resort. Khabarnya bilik yang paling murah satu malamnya sahaja mencecah RM1,500.00. Bilik yang aku nginap ini rasanya dalam lingkungan RM1,80.00 hingga RM2,000.00. satu malam. Dapatlah juga aku merasai duduk hotel yang serba lengkap dan penuh dengan kemudahan-kemudahan mewah yang disediakan. 3 malam menginap disini rasanya singkat sangat. Rasa ingin nak tambah lagi tapi takat itu sahaja orang bagi duduk. Dari maklumat pengurusan yang diperolehi rupanya lagi mahal kadar bilik hotel lagi banyak pula tempahan yang diterima.. Mungkin kerana sudah terkenal dikalangan pelanggan tetapnya atau mungkin juga statusnya lebih menjurus penginapan yang serasi dengan alam semulajadinya. Penginapan seperti ini memang disukai oleh orang-orang Eropah dan Timor Tengah. 95% tempahan yang diterima adalah pelancong asing. Orang Malaysia mungkin lebih berminat menginap di hotel-hotel biasa aje, walaupun ada kemampuan kewangan kerana budaya melancung dan berehat seperti yang 'mat salleh' amalkan belum lagi menjadi budaya dan amalan harian kita.

Hotel ini kepunyaan bumiputera dan bagus jugalah kerana sekurang-kurangnya ada juga orang Melayu yang berjaya dalam bidang ini dan diharap lebih banyak lagi usahawan bumiputera yang menceburi dalam industri hotel bertaraf mewah dan antarabangsa ini.

Bengkel Hak Milik Strata ini adalah anjuran bersama Pejabat Tanah Langkawi dengan Tanjung Rhu Land Sdn Bhd yang juga merupakan pemilik Tanjung Rhu Resort ini. Bengkel ini banyak membincangkan proses-proses dan prosedur pengeluaran hakmilik strata, dan juga proses dan pengurusan serta penyelenggaraan bangunan dibawah hakmilik strata. Antara penceramah yang menyumbangkan ilmunya ialah Prof Salleh Buang dan juga Hj Razali b. Abdullah yang merupakan pakar dalam bidang undnag-undang tanah di Malaysia ini. Banyak ilmu dan maklumat diperolehi dari bengkel yang dihadiri ini. Pengetahun Undang-Undang Hakmilik Strata ini amat penting kepada Pentadbir Tanah seperti aku ini yang masih baru dalam pentadbiran tanah dan isu-isu pengeluaran hakmilik strata akan lebih menjadi perhatian sejak kebelakangan ini.

Kursus ini dirasmikan oleh YB Dato Taulan Rasul Ahli MMK Negeri Kedah DA dan penutupannya oleh YB Dato' Ir Phahrolrazi b. Hj Mohd Zawawi Ahli MMK Negeri Kedah DA. Dalam ucapan penutupnya YB Dato' Ir Phahrolrazi mengalukan-alukan kursus seperti ini diadakan selalu dalam usaha meningkatkan lagi kefahaman kepada dasar-dasar kerajaan dan menjalinkan hubungan yang lebih baik antara pihak kerajaan negeri dengan pihak swasta.

asriredha
teratak kasih
alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.