03 July 2009

PERKASAKAN INSTITUSI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KEDAH


2 Julai 2009
Wisma Darul Aman

Hi, salam sejahtera.. jumpa lagi sapa-sapa saja yang layari blog ini. Hari ini ada kesempatan sikit untuk ketok keyboard ini jadi huruf-huruf yang membawa seribu makna.

Pagi tadi saya menghadiri Majlis Perjumpaan YB Dato' Seraja Setia Hj Rasli b. Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dengan seluruh anggota Pegawai Tadbir Negeri Kedah DA. Hampir sebulan rasanya beliau telah menjawat jawatan tersebut, inilah kali pertama beliau dapat berjumpa dengan semua PTN untuk menjelaskan beberapa harapannya dan halatuju pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang diterajuinya.

Dalam ucapan ulung beliau ini banyak perkara telah diketengahkan dan beberapa perubahan dari segi pentadbiran akan dilaksanakan oleh beliau. Antara perkara yang menjadi tumpuan utama beliau ialah Pembangunan Modal Insan, Penstrukturan Semula Peranan Pejabat SUK, Memperkasakan Institusi Pentadbiran Daerah, Kebajikan PTN, Memperkukuhkan Aspek Pentadbiran dan Pemantapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan.

Saya tertarik berkenaan perbincangan dan soal jawab yang diadakan dimana banyak disentoh berkenaan dengan pembangunan sumber manusia dan antara yang banyak ditekankan ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu pegawai KCS melalui pengajian ijazah lanjutan, kursus-kursus diluar negara, penempatan pegawai KCS disektor swasta/GLC dan sebagainya

Saya akui perkara-perkara itu penting dalam usaha KCS akan terus bertahan dan terus relevan pada masa akan datang yang penuh dengan perubahan persekitaran dan cabaran-cabaran yang semakin rumit serta global. Namun saya rasa semua itu bukan faktor utama yang dapat menentukan bahawa seorang PTN itu berguna sepenuhnya kepada pentadbiran negeri Kedah.

Saya amat berminat dengan 9 nilai bersama yang diketengahkan oleh YB SUK dalam usaha untuk memperkasakan institusi KCS itu sendiri. Antara nilai-nilai bersama tersebut ialah :- mengamalkan semangat persaudaraan , berkhidmat dengan taat dan setia, mengamalkan budaya integriti, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, melaksanakan tugas dengan penuh komited, mengamalkan disiplin yang tinggi, memupuk perasaan hormat menghormati dan yang akhirnya mengutamakan perkhidmatan berkualiti.

Saya rasa inilah perkara pokok yang penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Tidak ada gunanya mempunyai pegawai dan kakitangan yang berpendidikan tinggi tetapi perangai dan kelakuan masih lagi ditakuk lama. Berapa banyak pegawai yang tidak berdisiplin, ada setengah yang langsung tidak memberi perhatian berat terhadap jabatannya, tidak berdisiplin datang ke pejabat ikut suka hatinya sahaja. Peratoran yang ditetapkan melalui pekeliling tidak dipatuhi sepenuhnya samaada peraturan kewangan dan peraturan pentadbiran, tidak berintegriti, kuasa yang sepatutnya digunakan diserahkan kepada orang lain yang tidak layak terutama dalam hal-hal kewangan dan sebagainya.

Ada juga yang tidak menghormati pegawai atasannya dan pegawai bawahannya.Bercakap ikut sedap mulut sahaja, tidak ada nilai-nilai budibahasa langsung. Pegawai-pegawai baru atau junior bercakap 'hang aku' sahaja dengan pegawai atasan/senior yang kadang-kadang tu perbedaan umur antara keduanya boleh dikatakan anak dengan bapa.

Kesalahan disiplin anak-anak buah tidak pernah diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada. Nak ambil tindakan macammana, diri sendiripun tidak berdisiplin, nanti balik kat batang hidong sendiri. Kadang-kadang tu anakbuah ada banyak maklumat berkenaan diri bosnya. Ini lagi masalah dan menyebabkan mereka terikat dan diamkan sahaja perkara-perkara tidak elok yang berlaku dalam jabatan.

Majlis-Majlis yang diadakan dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri jarang dihadiri oleh pegawai yang dijemput. Semuanya ini amat memalukan dan merugikan kerajaan. Jemputpun masalah, tidak jemputpun masalah. Kadang-kadang tu kesian juga tengok rakan-rakan yang menganjurkan sesuatu majlis tetapi jemputan yang hadir hanya sebilangan kecil sahaja. Perbelanjaan untuk mengadakan sesuatu majlis bukannya murah, tapi kita buat mudah sahaja tidak hadir. kalau ada urusan rasmi lain yang penting, tak apalah tapi, kadang-kadang tu sengaja tidak mahu hadir. Bayangkan apa rasanya kita bila kita anjurkan sesuatu program kalau yang hadir tu hanya 25 % sahaja. Sedih tau.. Sebab tu saya cuba sedaya upaya hadir juga majlis-majlis yang diadakan. Tapi itulah asyik-asyik muka tu sahaja yang ada kat majlis rasmi yang diadakan. Nanti orang kata asyik dok ligan(cari) 'mileage' pula. Tak apalah walau dimana saya duduk walau dekat sekalipun dengan rumah, jika tidak ada apa-apa hal-hal yang menghalang saya tetap hadir juga..Insya Allah.

Kursus yang dianjurkan itupun kena tengok juga. Kadang-kadang tu hari pertama sahaja ada kat tempat kursus hari lain, entah lesap ke mana? Anak-anak buah yang hadir sama diminta duduk kat kursus dan dia hilang entah kemana. Kalau balik ke ofis tidak apa juga. Semua ini adalah realiti dan tidak perlu disembunyikan. Semua orang dah tahu apatah lagi anak-anak buah kita.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diketengahkan disini berasaskan 9 perkara yang disebutkan oleh YB SUK. Saya tidak menafikan bukan semua berperangai sebegitu. Ada yang memang saya respect betul dari segi komitmen disiplin mereka dalam tugas harian. Orang-orang seperti ini kalau nak bagi apa ganjaran dan kenaikan pangkatpun saya rasa wajar walaupun kadang terpaksa langkau kawan-kawan yang lebih senior. Biasalah tu...Jangan dok kira seniority sahaja dalam pemberian kenaikan pangkat..Saya sendiri akui kelemahan saya..saya tidak kisah sangat bab-bab tu, asal jangan potong gaji sudahlah...Pentadbiran tertinggi jangan dok kira sangat nak jaga hati anak-buah. Kalau tidak mampu jangan 'dok tebiang' nak bagi juga nanti bawa masalah yang lebih terok. Banyak lagi yang mampu untuk laksanakan sesuatu tugas penting. Saya sendiri pernah minta ditukarkan dari jawatan yang diberikan kerana dari awal lagi saya tidak mampu..Bukan semua PTN boleh ditempatkan pada satu-satu post tertentu. Ada yang memerlukan ilmu dan kemahiran yang tertentu yang perlu diambilkira. Mungkin pegawai tertentu tidak mampu ditempat tertentu tapi boleh 'excellent' ditempat lain.

Kerajaan Negeri sekarang menuntut komitmen sepenuhnya dari Pegawai Tadbir Negeri. Dengan kekangan kewangan dan pentadbiran dibawah kerajaan pembangkang diperingkat nasional banyak harapan diberikan kepada PTN untuk membuktikan bahawa negeri Kedah tidak ketinggalan dari segi kewangan dan pembangunan serta sistem penyampaian yang terbaik.

Saya sendiri tidak mampu untuk berbincang dan menguruskan berkenaan perkara-perkara nasional dan global bagi pihak negeri Kedah. Ada rakan-rakan yang mampu, berilmu dan berkelayakan untuk perkara tersebut. Maka berilah kepada mereka yang layak. Disinilah peluang diberikan kepada mereka yang banyak mempunyai sarjana dalam pelbagai disiplin untuk menunjukkan bakatm kepakaran dan kebolehan mereka.

Saya hanyalah insan kerdil yang amat bernasib baik dapat bekerja sebagai PTN, dan amat bersyukur dengan apa yang ada. Apa yang ada ini rasanya sudah lebih dari mencukupi jika dibandingkan dengan rakan-rakan seangkatan yang diluar dari PTN dan rakan-rakan yang tidak bernasib baik seperti saya.

Oklahlah , saya ni dah mula celotah yang bukan-bukan.. bukan nak mengata sapa-sapa hanya sekadar nak mengingatkan diri saya juga agar apa-apa perkara-perkara yang 'do
and don't' diambil perhatian yang sewajarnya. Jangan jadi kata tak serupa bikin.


asriredha
teratak kasih
alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.