12 Disember 2009
Tune Hotels.com, Kuala Lumpur
Salam sejahtera, sekarang masa yang sesuai untuk saya menggodam keyboard ni.. malampun telah larut benar, semua ahli keluarga sudah tidur, saya sahaja yang belum ketiduran.. Sebenarnya saya dan keluarga bercuti di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Sambil bercuti sempat hadiri khenduri keluarga di Shah Alam...Malamnya balik menginap dii Hotel pelik ini. Saja nak 'try' menginap di hotel ini untuk tahu apa uniknya hotel ini.
Saya kata pelik kerana tidak ada lagi hotel di Malaysia yang buat macam hotel ini. Hotel ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur yang mana ianya dipunyai oleh usahawan pengangkutan udara terkenal iaitu Datuk Tony Fernandez yang mana syarikat penerbangannya Air Asia.com kini menjadi pengangkutan utama rakyat Malaysia dan orang luar disebabkan tambang murahnya yang sukar disaingi oleh lain-lain syarikat penerbangan.
Duduk dihotel ini cuma 'basic' sahaja diberi iaitu sebuah bilik yang kecil molek, katil dan bilik air yang setaraf 4 bintang serta sebuah kipas angin.Lain-lain kemudahan perlu dibeli atau disewa dari pihak Hotel seperti tuala, peralatan mandi, penghawa dingin, sarapan pagi, internet dan sebagainya.Hotel ini berkonsepkan sama seperti Kapal Terbang Air Asia. So harganya ok jugalah.. kalau ambil yang basic sahaja dibawah RM100.00 sahaja dengan kedudukan ditengah bandaraya Kuala Lumpur, mana nak cari dengan harga dan kemudahan tersebut. Yang tidak seronoknya duduk dihotel ini ialah TV tidak disediakan sebagai basic. kalau duduk lama-lama kat hotel agak boring juga. Itu sebab sebab saya langgan kemudahan internet kat hotel ini untuk layari web disamping lama juga tidak tengok blog saya dan nak sambung balik apa-apa cerita baru yang ada. Disamping itu parking kereta terpaksa dibayar berasingan satu malam RM6.00 setakat pukul 7.00 pagi sahaja. Kalau lebih satu jam RM2.00. Jadi campur pi campur mai, harganya agak-agak lebih kurang sahaja. dengan hotel tinga bintang yang lain. Ianya sesuai untuk penginapan tidor dan membersihkan diri sahaja.
Selepas balik dari khenduri keluarga di Shah Alam, saja teringat untuk singgah menziarahi bapa saudara kat Petaling Jaya. Bapa saudara saya ni saya panggil 'Wa Lah' Memang terlalu lama benar saya tidak menziarahi beliau di PJ dan dengar khabar beliau agak uzur. Kalau jumpapun beberapa tahun yang lepas adalah di Kedah bila beliau menghadiri aktiviti-aktiviti berkaitan sastera. Sebenarnya sayapun tidaklah berapa rapat benar dengan keluarga Wa Lah ini, maklumlah saya duduk jauh di Yan dan bapa sayapun amat jarang sekali bawa pi berjalan kat PJ waktu itu...nak ke KL/PJ belanjanya bukan sikit. Boleh belanja rumah sebulan kat kampong. Walau bagaimanapun beliau tetap bapa saudara saya..dan saya tetap ingatnya sampa bila-bila
Nama bapa saudara saya ini ialah Abdullah Hussein. atau lebih jelas Dato' Abdullah Hussein, Sasterawan Negara Tahun 1996. Terlalu banyak rencana dan berita berkenaan bapa saudara ini, dan beliau banyak merakamkan perjalanan suka duka kehidupannya dalam memoir dan Novel bersambung-sambung berjudul seperti Sebuah Perjalanan, Perjalanan Mencari Hikmah, Perjalanan Mencari Diri, Perjalanan Mencari Bahasa, Terjebak, dan yang terakhir dan telah meraih perhatian para ahli sastera iaitu Novel Imam.Saya ada juga telah membaca beberapa novelnya terutama berkaitan dengan perjalanan hidupnya kerana sedikit sebanyak saya dapat tahu asal usul keturunan saya...
Beliau juga secara langsung terlibat dengan perfileman malahan isterinya yang pertama adalah seorang pelakon wanita terkenal iaitu Zaiton, nama yang sebaris dengan Sarimah di Malaysia. Zaiton sekarang masih ada dan tinggal di Singapura. Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah rendah, pernah melihat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee datang ke Sungai Limau Dalam dibawa oleh Wa Lah. Beliau memang rapat dengan P.Ramlee. Memang seronok orang kampong waktu tu bila P Ramlee mai ke kampong..Bukan senang pelakan pujaan ramai waktu itu nak mai ke kampong.
Oklah...kita tinggallah cerita-cerita tersebut ..kita sambung balik fasal ziarah saya ke rumah 'wa' saya tersebut...Melihat akan keadaan beliau yang masih boleh berjalan dan bercakap dengan elok membuatkan saya agak terkejut juga melihatnya. Umurnya sahaja saya rasa sudah melebihi 88 tahun. Bapa saya Abdul Rahman Nyak Hussein iaitu adiknya yang ke 2 telah lama meninggal dunia. Cumanya saya rasa beliau terlalu sunyi sekali memandangkan keadaan beliau yang menghadapi kerosakan pendengaran. Segala percakapan dengannya hanya melalui tulisan sahaja. Bila ditanya adakah masih menulis kreatif lagi, beliau sayu sahaja menyebut sudah tidak lagi menulis kreatif sejak tahun 2002 lagi. Katanya karya kreatif hanya boleh dihasilkan melalui pengalaman bersosial diluar. Sejak uzur sekian lama, beliau hanya berada di rumah aje, tidak lagi terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesusasteraan mahupun bersosial didunia luar. Otakpun tidak lagi ligat. Ini menyebabkan Wa Lah tidak lagi mampu untuk menulis karya-karya kreatif dan agung seperti Novelnya IMAM....Kehidupan beliau sekarang amat sederhana dan sayapun tidak pasti samaada rakan-rakan seperjuangan dalam bidang seni dan sastera masih lagi menziarahinya..Dunianya memang sunyi, sesunyinya. Walau bagaimanapun saya mendoakan beliau sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dipanjangkan umur..Entah bila lagi dapat menziarahinya..
Oklah mengantuk benar rasanya... ditambah lapar lagi ni..nak kena turun ke bawah tengok apa yang ada dijual kat gerai berdekatan sambil tengok suasana tengah malam di Bandaraya Kuala Lumpur..
Cerita lanjut keluarga dapat dilayari di blog saya lainnya : http://www.semangatjatikeluarga.blogspot.com/
``
asriredha
teratak kasih
alor setar
Memberi ulasan & membuat analisa mengenai sesuatu peristiwa untuk maksud penerbitan diblog ini adalah sesuatu yang menyeronokkan. Lbh teruja lg kalau tulisan sensasi dibaca org ramai, mendapat reaksi positif & menjadi topik perbualan. Sudah pasti ianya akan menjadi kepuasan kpd penulis. Pandangan & ulasan saya dlm blog ini jika terkena & menyinggong perasaan sesiapa itu bukanlah niat saya.
13 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Barcelona (3)
- berita dari sik (8)
- diari harian (19)
- german (1)
- Haji 2017 (1)
- Istanbul dan Bursa (1)
- ITB Berlin (2)
- jeju panorama (1)
- KCS (1)
- kewangan (1)
- komen dan pandangan (17)
- kursus (5)
- lawak (3)
- lawatan (5)
- lawatan aceh (1)
- lawatan shanghai (1)
- maklumat (5)
- marris (1)
- merdeka (1)
- muhamad al fateh (1)
- pamd (1)
- panduan (6)
- pendapat (13)
- perbendaharaan (1)
- personal (1)
- politik (2)
- rencana (4)
- riadah (8)
- sambut birthday (1)
- serambi mekah (1)
- sibu (1)
- smart city (1)
- speks (1)
- sprm (1)
- stadium (1)
- tahniah (2)
- tautan kasih (1)
- ulasan (4)
- umrah (1)
- vacation (16)
Good
ReplyDelete