Kebelakangan ini isu panas disebuah kerajaan negeri yang diperintah pembangkang iaitu di Pulau Pinang. Pertelingkahan Ketua Menteri dengan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang. Masing-masing melepaskan luahan geram masing-masing ekoran beberapa isu pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Isu ini melarat lagi hingga KSN sendiri dikritik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Isunya adakah Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (PKN PP) tidak buat kerja atau Ketua Menteri Pulau Pinang sengaja mencari salah pegawai kerajaan Persekutuan... Saya berpandangan bahawa kedua-keduanya adalah tidak salah...cuma cara dan pendekatan yang dimainkan oleh kedua-dua pihak ini tidak begitu elok...Memang tidak dapat dielakkan jika Kerajaan Persekutuan diperintah oleh BN manakala kerajaan negeri diperintah oleh Pembangkang makanya satu ketika nanti akan pasti timbul pertelingkahan yang melibatkan dasar-dasar pembangunan kerajaan persekutuan dengan dasar pembangunan kerajaan negeri...
Sekurang-kurangnya isu yang berbangkit ini memberi kesedaran kepada KSN dan pegawai kerajaan persekutuan yang lainya bahawa mereka seharusnya bersikap profesional dalam mengurus pentadbiran negara dan jangan terbawa-bawa dengan kuasa politik yang ada. Kuasa politik biarlah orang politik yang menguruskan, manakala kuasa pentadbiran biarlah pegawai kerajaan yang uruskan. Perkara penting yang perlu diketahui ialah pegawai kena bersikap berkecuali dalam hal ini iaitu tidak boleh terlalu menyebelahi kepada mana-mana parti. Apabia kita berada dalam kerajaan maka sesiapa sahaja yang memerintah negara atau negeri maka kita kenalah patuh kepada keputusan-keputusan yang dibuat dan melaksanakannya, salkan tidak bertentangan dengan perlembagaan negara dan ugama.
Kedah sendiri mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan Pulau Pinang, cumanya tidaklah YAB Menteri Besar sampai menyerang pegawai-pegawai persekutuan dengan tuduhan-tuduhan menjejaskan kredibiliti mereka. Namun sebahagian projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di negeri Kedah dilaksanakan tanpa dirujuk pandangan dan nasihat dari Kerajaan Negeri...sedangkan projek tersebut hendak dilaksanakan di negeri Kedah yang majoriti rakyat menyokong kerajaan Pakatan Rakyat (Pembangkang).
Dulunya sebelum kerajaan negeri diambil alih Pakatan Rakyat , kerajaan negeri dan persekutuan telah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa bekerja sama antara satu sama lain. Saya sendiri terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan projek kecil luar bandar sentiasa dijemput menghadiri mesyuarat penyelarasan dan pelaksanaan dengan pihak persekutuan. Malahan di peringkat negeri ada Mesyuarat J/K Tindakan Negeri Kedah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar dan urusetianya oleh Pegawai Kemajuan Negeri Kedah..Malangnya keadaan sebegini tidak berlaku lagi sekarang ini bila berlaku pertukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat. Makanya masing-masing membawa haluan sendiri, maka berlakulah konflik antara sama lain dalam program pembangunan di negeri Kedah.
Saya masih berpandangan bahawa hubungan antara PKN dengan Kerajaan Negeri perlu diadakan dengan lebih agresif dan saling bertindak menyelesaikan isu-isu pembangunan sosial, fizikal dan ekonomi yang ada.
stop dulu kat sini dah 12.00 pagi ni
asriredha teratak kasih alor setar
Memberi ulasan & membuat analisa mengenai sesuatu peristiwa untuk maksud penerbitan diblog ini adalah sesuatu yang menyeronokkan. Lbh teruja lg kalau tulisan sensasi dibaca org ramai, mendapat reaksi positif & menjadi topik perbualan. Sudah pasti ianya akan menjadi kepuasan kpd penulis. Pandangan & ulasan saya dlm blog ini jika terkena & menyinggong perasaan sesiapa itu bukanlah niat saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Barcelona (3)
- berita dari sik (8)
- diari harian (19)
- german (1)
- Haji 2017 (1)
- Istanbul dan Bursa (1)
- ITB Berlin (2)
- jeju panorama (1)
- KCS (1)
- kewangan (1)
- komen dan pandangan (17)
- kursus (5)
- lawak (3)
- lawatan (5)
- lawatan aceh (1)
- lawatan shanghai (1)
- maklumat (5)
- marris (1)
- merdeka (1)
- muhamad al fateh (1)
- pamd (1)
- panduan (6)
- pendapat (13)
- perbendaharaan (1)
- personal (1)
- politik (2)
- rencana (4)
- riadah (8)
- sambut birthday (1)
- serambi mekah (1)
- sibu (1)
- smart city (1)
- speks (1)
- sprm (1)
- stadium (1)
- tahniah (2)
- tautan kasih (1)
- ulasan (4)
- umrah (1)
- vacation (16)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.