19 April 2011

Course On High Impact Leadership

Legend Hotel, KL
18.04.2010
Catatan : Mohd Asri Redha

Sambil menghirup teh cina yang disediakan dalam bilik suite hotel Legend ini , teringat pula dah agak lama juga tidak tengok blog ini..  Sebenarnya saya dapat duduk dalam bilik executive Suite ini adalah secara kebetulan saja, dimana tempahan hotel yang saya buat utk bilik biasa, telah tidak direkodkan oleh hotel sedangkan saya telah buat 'booking' awal dan bawa LO lagi sebagai pengesahan saya memang tempah bilik kat hotel tersebut.  Oleh kerana bilik hotel sudah penuh maka yang ada hanya bilik suite ini aje maka diberilah juga pada saya dengan kadar harga bilik biasa seperti yang saya tempah. Jadi dapat merasalah juga duduk 2 malam di bilik yang dikatakan satu malam harga sewa biliknya lebih RM850.00. Ada tiga ruang dalam suite ini iaitu bilik tamu, bilik tidur dan bilik dapor. Memang luas dan selesa sekali.

Oh ya..Saya baru sahaja habis ikuti  'Course On High Impact Leadership' yang diadakana selama 2 hari dari 17 - 18.04.2011 di Bilik Redang PWTC. Kursus ini khas diadakan untuk Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha kerajaan meningkatkan kemahiran kepimpinan pegawai dalam menerajui organisasi masing-masing dengan lebih berkesan.

Menarik juga kursus ini kerana penceramah dan panel yang dijemput adalah orang   yang pakar dalam bidang masing-masing. Antara yang dijemput memberi ceramah ialah Ybhg Dato Seri Hj Abu Kassim Bin Mohamed ..Ketua Pesuruhjaya SPRM yang memberi ceramah  berkaitan kepentingan tadbir urus korporat dan sudah tentu hal-hal berkaitan integriti diselit sama. Kesilapan dalam mengurus organisasi dan ketidak telusan serta isu integriti memberi kesan negatif  yang amat besar kepada negara. Sedih dan geram juga ada bila penceramah membangkitkan tentang kerugian yang amat menggerunkan  kepada negara dan rakyat negara ini disebabkan tidak ada kejujuran dalam menjalankan tugas. Kerana rasuah yang hanya diperolehi tidak seberapa oleh segelintir yang banyak dikalangan yang mempunyai kuasa, negara kehilangan berbilion-bilion Ringgit Malaysia, dan menggayakan sebahagian kecil yang gemar memberi  rasuah... Teruskanlah SPRM dalam menangani gejala rasuah walaupun banyak menghadapi halangan-halangan kerana jika dibiarkan berleluasa boleh jahanam negeri dan negara kita ini..... Kadang-kadang orang yang memperjuangkan rasuah juga akan makan rasuah.. dah banyak dah kita tengok dan lihat. Orang-orang seperti  ini2  ada 2 karekter yang amat berlainan sekali.

Amat tertarik dengan ceramah yang diberikan oleh Datuk Prof Dr. Sheikh Omar b. Abdul Rahman..Pengarah Bahagian Perancangan Korporat, Uni Putra Malaysia. Saya kagum dengan beliau kerana ketinggian ilmunya. Walaupun beliau dalam bidang PerubatanVeterinar tetapi beliau boleh bercakap dalam pelbagai disiplin ilmu. Sebab itu tidak rugi rasanya mendengar ceramah beliau  ini dimana pelbagai tajuk berkenan 'Leadership' di beri penjelasan yang teliti dan dalam suasana penyampaian yang menghiburkan.  Diselitkan lagi dengan ayat-ayat Al Quran bagi menguatkan lagi hujah dan teorinya. Banyaklah teknik dan panduan yang diberikan dalam menjadi seorang 'Leadership' yang berkesan, bagaimana untuk memimpin organisasi dengan berkesan, membangunkan kecemerlangan organisasi dan sebagainya.

Pada satu sessi Prof ini telah memberi panduan yang amat berguna kepada peserta kursus ini terutama dalam 'Life Journey' .  kena enjoy kehidupan kita.  Dalam perjalanan kehidupan manusiaa Allah telah menduga hambanya dalam dua keadaan. Iaitu dugaan KESENANGAN dan dugaaan KESUSAHAN. Bagaimankah kita hendak menghadapi dugaan kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT. Katanya kalau kita REDHA dan SABAR dengan ini Insya Allah...akan ada jalan penyelesaiannya.  kalau tidak maka sampai akhir hayat kita akan berada dalam keadaan tidak  'enjoy' dengan kehidupan ini. Dugaan kesenangan tidak bermakna seseorang itu enjoy dengan kehidupannya. Tidak akan senang hidup seseorang itu jika ia tidak BERSYUKUR dengan kesenangannya. Tidak bermakna kesenangan itu jika apa yang diperolehinya tidak dimanafaatkan sepenuhnya untuk diri dan orang disekelilingnya.  Kalau ini dapat kita lakukan Insya Allah barulah kita mendapat sebenar-benar kenikmatan didunia dan diakhirat nanti.

Beberapa kenyataan yang menarik:..
Leadership Is About Growing Others
All Leaders Are Solution Providers
If You Don't Know Where You are Going, ..Any Road Will Take You There
Kamu Buat Apa Yang Sepatutnya Kamu Tidak Buat...Kenapa
Kamu Tidak Buat Apa  Yang Sepatutnya Kamu Buat..Kenapa
Kamu Buat Apa Yang Sepatutnya Kamu Buat Tapi Kamu Buat Tidak Berkualiti... kenapa


Ok... ketemu lagi.. saya sudah mahu pulang ni....



asriredha teratak kasih alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.