27 July 2011

RIBA...RIBA...RIBA.... Halangan Kepada Kesejahteraan Dan Keberkatan

Catatan: Mohd Asri Redha
Insaniah, Alor Setar

Salam Sejahtera...
Sekali sekala dalam kesibukan kerja yang tidak berkesudahan kat opis elok juga saya lari sekejap dari rutin biasa ini.... Hari ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Muaamalat dan Perbankan Islam Peringkat Negeri Kedah yang diadakan  di INSANIAH, Alor Setar. .. Menarik juga seminar ini, walaupun dari penyertaan orang awam agak kurang.

Betul juga cakap penceramah udangan yang dijemput bahawa bila cerita bab-bab muamalat dan perbankan Islam ini ianya agak kurang menarik dan diminati oleh orang Islam kerana mungkin mereka tidak terasa yang ianya ada kaitan secara langsung dengan diri mereka. Mereka lebih suka kalau bincang hal-hal berkaitan sembahyang, puasa,  dan lain ibadat-ibadat  biasa seolah-olah  itu sahaja jalan untuk menuju ke Syurga.
Sebenarnya hal-hal muamalat ini juga merupakan satu perkara penting dalam Islam. Kita banyak buat dosa dalam bab-bab muamalat ini terutama hal-hal halal dan haram ini... Kalau kita tidak belajar kita tidak tahu dan akan berterusanlah kita kesilapan kita itu.

Saya sendiri dah mula terasa kesannya. Tau tapi tidak cuba untuk menghindari hal-hal trransaksi yang melibatkan riba... Dulu mungkin tidak ada pilihan tetapi sekarang sudah ada pilihan. Hal-hal riba inilah yang telah banyak menarik dan mengurangkan keberkatan hidup kita didunia ini dan menimbulkan banyak masalah-masalah yang tidak kita sedari akibat urusan yang melibatkan riba ini.

Penceramah undangan adalah seorang yang amat berpengalaman luas dalam bidang ini iaitu Dr Hj Zaharuddin Hj Abdul Rahman dari UIA. Tajuk ceramahnya adalah berkaitan Riba Dan Perbankan Islam. Elok sangatlah Jabatan Mufti Kedah anjurkan seminar ini sebagai usaha berterusan kerajaan untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan memberi perhatian berat kepada urusan dan urusniaga yang halal dan meninggalkan urusan niaga yang tidak halal yang melibatkan riba.

Urusan niaga yang melibatkan riba yang berlegar dalam segenap aspek kehidupan kita seharian ini sebenarnya telah memberikan jiwa yang kacau dan hati yang tidak tenang tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita hanya anggap yang berkaitan riba itu adalah urusan kewangan tetapi sebenarnya yang bukan duit ringgit pun adakalanya dianggap riba seperti yang dijelaskan oleh penceramah tersebut. Ini perlulah kita baca selalu dan  mengikuti ceramah-ceramah agama yang berkaitan dengan muamalat dan perbankan Islam yang selalu juga diadakan. Jadi janganlah kita buat mudah isu-isu berkaitan riba ini.  Saya sendiri sedang memikirkan langkah terbaik untuk mengurangkan berkenaan riba... tetapi kita banyak terlibat dengan beri riba bukan terima riba.. tetapi kata penceramah dosa kedua-duanya sama sahaja...  Dok fikir tidak berkesudahan ini.. pinjaman rumah dengan bhg pinjaman perumahan dibuat dengan skim konvensional....  Kalau ada duit durian runtuh dari mana-mana nak kena selesai semua ini. Begitu juga kad kredit yang dok pakai la ni...  Dok jaga tiap-tiap bulan kena bayar penuh.. jadi tidak adalah riba disitu. Tapi ASB dan ASN ..  macam-macam pandangan ada.... tidak mahu saya berdiskusi isu itu disini....  ok.. cukup dulu...

besok pagi saya nak ke PICC ..di Putrajaya untuk menghadiri satu peristiwa penting yang melibatkan pentadbiran tanah... nanti saya akan coretkan  http://semangatjatiptkm.blogspot.com/


asriredha
teratak kasih alor setar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.