29 September 2011
Hotel Amanpura, Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Hotel Amanpura, Sungai Petani
Catatan: Mohd Asri Redha
Hari ini telah dua hari saya menghadiri Seminar Pemantapan Integriti & Urus Tadbir Perkhidmatan Awam Negeri Kedah, yang dianjurkan oleh INSPIN bersama dengan kerajaan negeri Kedah. Amat sesuai sangat seminar ini diadakan pada waktu ini terutama kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah DA. Sudah sampai masanya isu-isu integrity dan urus tadbir jabatan-jabatan kerajaan diketengahkan dengan lebih hebat lagi dikalangan penjawat-penjawat awam negeri Kedah ini. Kali ini melibatkan Pegawai Tadbir Negeri Kedah, Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu-Penghulu Mukim.
Saya melihat betapa pentingnya hal-hal berkaitan ini diketengahkan bukan sekadar setakat pegawai-pegawai kanan sahaja yang perlu tahu, malahan semua warga kakitangan awam kerajaan negeri Kedah dari semua peringkat. Tidak ada gunanya diperingkat atas prihatin tapi diperingkat bawah pula tak tau apa yang dibincangkan dan hendak dituju. Bukan semua ketua-ketua jabatan yang ada boleh sampaikan balik apa yang diperolehi kepada anak-anak buah….
Berdasarkan tajuk-tajuk yang diketengahkan dalam bengkel ini saya rasa ianya menepati keperluan yang saya maksudkan. Saya akan cuba mengulas beberapa isu yang berkaitan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Tokoh-tokoh yang menyampaikan pandangan dan ceramah bukan calang-calang orang dan memang mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing dan sewajarnyalah kita dapat mengambil pandangan mereka sebagai panduan dan rangka bertindak bertindak dalam jabatan masing-masing.
Ceramah oleh Ustaz Badli Shah bin Alauddin dari Jabatan Agama Islam Pahang bertajuk Jati Diri Penjawat Awam Bagi Pelaksanaan Berkesan Untuk Pencapaian Wawasan memang menarik perhatian saya dan terpegun dengan cara penyampaian oleh pegawai muda ini… Malangnya masa agak terhad untuk penjelasan lebih mnyeluruh. Ceramah beliau amat menarik terutama dengan membuat perbandingan dengan kajian-kajian penulis-penulis barat yang telah mengambil nilai-nilai hebat yang ada pada Nabi Muhammad SAW hinggalah mereka meletakkannya ke tahap yang begitu tinggi tanpa prasangka walapun mereka sendiri kekal dengan pegangan agama asal mereka. Orang Barat sendiri sudah memberi penghormatan yang tinggi kepada Nabi Muhammad SAW… maka sudah sewajarnya kita sebagai orang Islam lebih-lebih hebat lagi menyanjungi Nabi teragong kita ini dengan mengambil segala nilai-nilai yang ada pada nabi untuk diimplimentasikan dalam diri , keluarga dan kerjaya kita.
Orang Barat sudah mula meneliti akan isu-isu ketuhanan dalam pengurusan. Dalam menuju kecemerlangan disegala aspek cirri-ciri utama dalam diri Nabi Muhammad SAW perlu diterapkan dalam diri masing-masing.. Sebab itu perubahan sikap amat penting. Untuk merubah manusia dari kurang baik kepada baik dan lebih baik bukan perkara mudah. Inilah cabaran besar kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Kedah untuk membuat sesuatu bagi merubah sikap anak-anak buah. Pada masa yang sama bos-bos pun kena ubah sikap juga sebab bos-bos itupun manusia juga. Kita perlu mendapat kepercayaan orang. Untuk mendapat kepercayaan orang kita jangan berbohong….Nabi M\teratak kasih alor setar
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.