21 November 2011
Travellers Hotel, Jakarta
Catatan: Mohd Asri Redha.
Travellers Hotel, Jakarta
Catatan: Mohd Asri Redha.
‘Salam sejahtera ‘
Waktu saya menulis blog ini saya berada di Jakarta, Indonesia. Mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama rakan sekerja… Ada sedikit masa pagi ini sebelum berangkat ke airport jam 12.00 tenghahari waktu Indonesia , teringin untuk menulis sikit fasal lawatan ini, lagipun pagi ini dapat pula rangkaian wifi kat hotel ini.. tunggu apa lagi.. terus catat apa-apa yang patut.
Sebenarnya masuk kali ini sudah 4 kali saya datang melawat Jakarta dan Bandong…Pertama kali saya melawat ialah tahun 1991 bersama dengan Majlis Daerah Kubang Pasu.. Lawatan-lawatan ke Jakarta/Bandong yang saya ikuti seterusnya itu ada juga saya coretkan aktiviti lawatan dalam blog saya… Jadi saya tidak mahulah cerita fasal tempat-tempat lawatan.. Biasanya kalau atur lawatan melalui ‘agensi pengembaraan’ lebih kurang sama sahaja tempat lawatannya dan juga restoran yang diatur… Mesti ada Taman Mini Indonesia , shopping di Mangga 2, Lawatan ke Monumen Nasional dll lagi di Jakarta. Manakala kalau ke kota Bandong tentunya ke Pasar Pekan Baru..macam-macam ada, shopping ke outlet factory yang merata-rata , Gunung Berapi Tangkuban Perahu dan sebagainya.
Terbaharu yang saya tidak pernah melawat lagi ialah ‘Trans Studio Bandong’ iaitu pusat hiburan tertutup yang saya rasa agak hebat..Kata pemandu pelancong kami tempat ini seperti di Universal Studio di US. Ini adalah kerana didalamnya ada pertunjukkan teater, rumah hantu, permainan sains, wayang gambar, permainan yang mengujakan dan menaikkan ‘adrenalin’ kita seperti ‘roller coaster’ dan pelbagai lagi permainan yang menarik. Kalau bawa keluarga dan anak-anak tentunya lebih menarik.. 5 jam berada didalamnya tidak terasa. Bayaran masuknya RP100,000.00. Boleh guna semua aktiviti dn permainan yang ada. Konsep hiburan seperti ini kalau dibuat di Malaysia tentunya menarik ramai pelawat.
Hari2 monyet ini kena ikut arahan tuannya untuk buat pertunjukkan sarkisnya ditengah jalan yang sibuk dan macet ini. Dapatlah sedikit upah dari pemandu2 yg simpati... |
"Ya Allah Ya Tuhanku… Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kurnia Mu yang telah menjadikan negara dan negeri ku ini amat makmur dan aman segalanya. Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami semua. Kadang-kadang hambamu terlupa tentang nikmat yang telah Engkau berikan itu hingga melakukan sesuatu yang boleh merosakkan segala kesejahteraan yang diterima ini… Kalau dibandingkan dengan apa yang ada dan berlaku di Jakarta ini aku merasakan keinsafan yang amat sangat betapa bertuahnya aku dinegara Malaysia yang tercinta ini…."
Penyanyi jalanan ini lebih agresif masuk dalam bas kami menyanyi dan bermain muzik. Suaranya boleh tahan.. merdu. Cian tengoknya maka pakat2 sedekah kat dia beribu- ribu rupiah |
Alhamdulillah.. dalam keadaan kemisk- inan sebahagian besar warga kota Jakarta ini yang mencari uang untuk sesuap nasi.. kita masih dapat menjamu selera dengan selesa direstoran .... syukur... |
Sebelum naik 'roller coaster' kat Trans Studio Bandong.. kena sukat tinggi dulu..tak pernah naik.. cuba try.. lepas tu... pening 3 jam tak hilang.. serikkk.. |
Oleh itu kita boleh perhatikan kota Jakarta ini agak kacau sedikit dengan jalannya yang macet gila . Jalannya masih sama, tapi kenderaan berlipat kali ganda…Walaupun ramai penduduknya miskin tapi penduduk yang kaya juga ramai. Kenderaan memang terlalu banyak sekali. Tidak termampu pemerintahnya menyediakan jalan yang lebih baik dan luas sebab terlalu luas kawasan yang perlu dijagai… Orang-orang kaya di sana tidak seselesa di sini kerana masih menghadapi masalah macet terlampau dijalanraya, kemudahan rekreasi yang amat kurang dan sebagainya..
Aktiviti ekonomi dan perniagaan penduduk-penduduk bawahan ini ada pelbagai macam… segala-galanya menjadi duit jika rajin dan berusaha. Mungkin kita tidak akan terjumpa kat negara kita seperti orang mengambil upah cuci cermin kereta waktu hujan tatkala kereta sedang berhenti kat persimpangan lampu isyarat… Sekali lampu isyarat merah seorang boleh cuci cermin kereta 2 atau 3 buah dgn upah RP1000 aje…
Apa yang menariknya mereka menjual segala macam produk seperti surat khabar, barangan kraftangan, pakaian, pertunjukkan monyet , jual air dan rokok dan sebagainya dipersimpangan jalan-jalan utama …. Pemerentahnya seolah-olah tidak menghalangnya aktiviti seperti mungkin juga mereka merestui sahaja kerana mungkin kalau dikacau apa lagi yang boleh diusaha untuk dapat uang membeli sesuap nasi, kerana pada masa yang sama pemerentah sendiri tidak mampu untuk menyarai mereka atau menyediakan peluang pekerjaan. Sebab itu juga kita dapat lihat gerai-gerai jualan berada dimerata tempat hingga hampir dirizab jalan tanpa ada apa-apa gangguan pihak berkuasa asalkan tidak menganggui lalulintas.. Berselerak gerai berada dimana-mana sahaja ada ruang kosong ditanah yang amat berharga di kota Jakarta dan Bandung ini.
Wanitanya menjual air kopi dan jamu dijalanan..... agak2 berapa Rupiah yang mereka dapat.....semua pakai gendong begitu saja |
Peniaga bergerak ada merata-merata seperti menjual air kopi dengan mengendong flash air panas dan kopi ‘3 in 1’ pelbagai jenama…. Bayangkan berapa sangat yang akan diperolehinya. Peniaga-peniaga jalanannya begitu agresif. Pantang lihat bas parawisata datang… pasti mereka akan tunggu memperagakan barangan mereka samada kraftangan, pakaian dan segala macam benda dan perkhidmatan yang boleh dijual…. Kadang-kadang tawar menawar ke harga yang saya rasa tidak munasabah murahnya… tidak tergamak untuk minta murah lagi kalau benda yang sama itu dijual di Malaysia tentunya berlipat kali ganda. Cara menarik pelanggan pelanggan untuk membeli produk yang dijual kadang begitu agresif.. Mereka terpaksa bersaing untuk menjual produk mereka.. rakyat terlalu ramai dan perlukan uang untuk berbelanja. Menunjukkan bakat dijalanan juga boleh buat duit tapi itulah seperti yang saya kata tadi berapa sangat hasil yang boleh diperolehi.. Mengendong anak kecil dan berjalan meminta sedekah perkara biasa disana. Air yang diambil dipaip awam dijual kerumah-rumah setinggan yang tidak ada kemudahan air paip...
...Ada kerja spt. ini sudah cukup besar kpd warga kotanya..di Malaysia boleh RM50.00 satu hari, tapi di sana hanya kurang RM10.00 sahaja.......... |
Tertarik pada pelayan-pelayan kedai makan dan barangan di kota raya ini… perkataan-perkataaan ‘ silakan- silakan’ kerap disebut.. enak pula dengarnya….
Mampukah kita melihat dan mengalami sendiri macet/kesesakan lalulintas di tempat kita.. macet gila… mampukah kita melihat begitu banyak gerai jualan tepi jalan berselerak diserata tempat, mampukah kita menonton kisah-kisah sedih dijalanan berjualan yang entah apa-apaan, mampukah kita secara sukarela menahan kereta yang berjalan laju dijalanraya untuk membolehkan bas atau kereta keluar dari tempat parkingnya dengan upah RP1000 sahaja. Mampukah kita melihat rumah-rumah setinggan dengan berdindingkan plywood lama dan tampalan kertas-kertas keras sahaja dicelah-celah bangunan besar, tepi sungai, dan segala ruang kosong yang ada… bukan sedikit tapi banyak gila…… rasanya kita tak termampu melihat panorama sedih begitu kat sini.
Makanya bersyukurlah apa yang ada dan jagalah elok-elok kesejahteraan yang kita dapat ini agar jangan jadi seperti negara jiran rapat kita ini……terlalu amat gawat… bayangkan 10 tahun atau 20 tahun lagi… macammana agaknya… Mungkin pemerentahnya melihat ini dan sedang berusaha keras untuk mengatasinya…… pokoknya untuk berusaha kearah itu negaranya perlu aman dulu dan tidak kacau bilau….....
Ok … mohon permisi dulu.. Sebelum itu kalau nanti ibu2 dan bapak2 nak ke kota Jakarta dan Bandong.. jangan lupa bawa RUpiahnya banyak-banyak.. harga kain bajunya murah gila. murahnya..."Silakan..silakan Ibu .. masuk berbelanja"..... kata-kata manis didengar kat warong jualan.. Saya nak beli tidak pandai nanti ada tidak berkenan.... ibu2 yang pandai berbelanja bab2 ini kan ... disamping itu tolong bantu juga peniaga-peniaga disana.. kita kan serumpun..
asriredha
teratak kasih
alor setar
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.