Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 September 2012
Salam Sejahtera Pembaca maya sekalian...
Moga berada dalam keadaan sihat walfiat.. Kelmarin dan hari ni saya mencuri sedikit ruang masa kerja yang yang tidak berkesudahan dengan mengikuti 'Seminar Pemantapan Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam' yang diadakan selama 2 hari dari hari ini hingga 4 September 2012. Tempat seminar ialah di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.. Temanya menarik juga iaitu 'Inovasi Pemangkin Transformasi'
Hari pertama dimulakan dengan ceramah berkenaan 'Integriti Penjawat Awam..Kenapa DiPersoalkan' oleh Dr Abu Bakar Sarpon- Timbalan Presiden Institute Integriti Malaysia.... Integriti adalah kualiti unggul yang ujud dalam diri seseorang yang dilihat dari perspektif akhlak , moral, nilai dan etika.
Saya sendiri sebenarnya kerap juga mengikuti pelbagai seminar dan kursus berkenaan integriti. Seminar integriti sebelum ini saya turut hadir dan laporan panjang lebar ada saya ada saya catatkan dalam blog sebelum ini.. seperti link dibawah.. Klik saja kat situ..
http://beritakcs.blogspot.com/2011/09/mari-kita-berubah-seminar-pemantapan.html?utm_source=BP_recent
Namun saya tetap juga menghadiri seminar ini atas dasar untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahun saya disamping menerapkan lebih mendalam lagi akan tahap integriti dalam diri yang serba lemah ini.
Saya sedar sebagai manusia yang serba kekurangan tahap ketahanana diri seseorang tidak sama. Kadang-kadang lama-lama kita leka dan lupa akan tanggungjawab hakiki yang patut dilakukan. Kita hanyut dengan kemewahan dan kuasa yang kita ada dan miliki dan kita lupa janji kita pada rakyat dan kerajaan serta kepada Allah SWT yang satu itu, Maka pada akhirnya manusia akan terjebak masuk dalam isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah demi kepentingan diri sendiri..
Inilah yang saya amat2 takut kalau2 terjadi pada diri saya dan sahabat2. Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya yang berterusan pada diri ini yang serba kekurangan dengan segala macam kelemahan yang ada.
Sebab itu saya kena selalu memperingati diri saya sendiri dan juga mengikuti kursus dan apa-apa latihan, seminar dan sebagainya agar dapat mengembalikan perjalanan hidup ini ke landasan yang betul jika ianya cuba tersasar jauh.
Berdasarkan ceramah yang diberikan itu saya tertarik tentang fakta yang diberikan oleh beliau iaitu kenapa Jepun dan Switzerland menjadi negara yang amat maju dan terkenal dalam pelbagai bidang serta menjadi negara yang paling dipercayai... Fakta tersebut ialah seperti berikut:-
a. Akhlak, adab, amalan hidup mereka yang begitu menakjubkan
b. Penduduknya berintegriti
c. Bertanggungjawab
d. Keluhuran undang2 dan peraturan dan mereka amat menghormatinya.
e. Menghormati hak majoriti
f. Menghormati autoriti
g. Kebrahian bekerja (The passion of works)
h. Berusaha untuk berjimat dan melabur
i. Kesungguhan untuk lebih produktif
j. Ketepatan MASA
Saya amat mengharapkan satu gelombang secara besar-besaran akan berlaku seperti fakta diatas.. maka barulah kita dapat tunjukkan hasilnya yang pada akhirnya memberi kebaikan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia ini. Inilah transformasi yang kita mahukan...
Datuk Bandar MBAS turut menandatangani surat
akujanji integriti korporat sebagai komitmen
dan kesungguhan MBAS untuk meningkatkan
tahap integriti dikalangan warga MBAS
|
Ada juga tajuk ceramah berkenaan 'Blue Oceon Strategy' . Yang ini saya tidak mahu ulas panjang kerana konsep dan pemahamannya telah saya cerita dalam blog sebelum ini seperti mana link dibawah ini. Kalau berminat klik kat situ...... :
http://beritakcs.blogspot.com/2012/05/blue-ocean-strategy-satu-pendekatan.html
'Budaya Transformasi Prasyarat Kecemerlangan Perkhidmatan Awam' satu tajuk yang juga menarik disampaikan oleh Prof Madya Dr Idris bin Md Noor dari UNIMAP... saya setuju benar dengan tajuk ini. Budaya-budaya transformasi kena sentiasa dijadikan kebiasaan dalam urusan pekerjaan harian. budaya 'hired and fired' kena dimulakan tanpa pilih kasih dan belas kasihan. Orang yang produktif tiada masalah dengan segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan, tapi tentunya orang tidak produktif ada masalah besar kalau hendak kekal dengan sikap dan perangai lamanya, kerana dalam budaya transformasi adalah budaya kerja cemerlang, budaya kerja positif, berinovasi, kreatif, proaktif dan perubahan sikap yang lebih positif dalam segala aspek dan mempunyai peribadi yang mulia. Kalau kebiasaan lama penyegan, berkira, ponteng kerja, kerja tidak 'tera' mana, suka pertikai arahan ketua dan sebagainya tentunya sukar mencapai kecemerlangan dalam organisasi perkhidmatan awam. Ketegasan amatlah penting kalau mahu berjaya.
Ok jumpa lagi...... salaaam.
Teratak Kasih
Asredha.............................
asriredha teratak kasih alor setar