05 April 2016

Manila... Akhirnya Aku Datang Juga.....


 Catatan : Mohd Asri Redha
Tarikh : 05 April 2016

Assalaaamualaikum wrt dan selamat sejahtera buat saudara pembaca blog saya ini. dan Magandang Umaga Po  (selamat pagi) Masih lagi mengikuti blog saya ini.. kalau ikut rekod statistik yang mengunjungi blog saya ini agak berkurangan..  lebih kurang 20  pengunjung sahaja sehari.. Memang berkurang, kerana tidak ada berita-berita baru atau cerita-cerita baru yang saya masukkan.. Sebenarnya ada saya cerita-cerita baru, tapi dalam blog saya yang lainnya...

Malam ini tergerak hati saya untuk menulis cerita berkenaan lawatan saya ke Negara Philipina yang saya telah kunjungi dari 15 Oktober 2015 hingga 20 Oktober 2015. Tak selesa pula kalau tak tulis cerita lawatan ini,, Untuk rekod peribadi saya saja .. dan kalau ada sahabat berminat nak baca, boleh saja kalau sudi...  cerita merapu-rapu saja,

Memang agak lewat sikit saya menulis berkenaan lawatan ini, tapi sebenarnya saya telah tulis sedikit berkenaan kursus yang saya ikut di Asian Institute of Management, Makati Manila. Tapi hanya cerita fasal kursus itu sahaja. Cerita berkenaan  lawatan tu belum lagi saya buat. Ini baru saya nak cerita... Kebetulan saya dok kat opis saja sepanjang malam ini, ada masa sikit untuk ketuk-ketuk keyboard ini menyusun huruf menjadi perkataan dan seterusnya menyusunnya menjadi ayat yang boleh difahami...   Yang susahnya bagaimana nak menjadikan ayat yang saya tulis membolehkan  yang membacanya terasa beremosi atau merasainya macam dilalui sendiri... Ini hanya ada pada penulis2 kreatif yang berjiwa seni... Sebab itu penulis kreatif ini saya amat hormati dan kagum atas kebolehan istimewa mereka.. Bila kita baca catatan mereka tu rasa macam kita yang mengalaminya sendiri dan kita boleh gambarkan apa yang dicatatkan itu,, Itulah kehebatan penulis kreatif.....
 Catatan saya sebelum ini boleh saudara ikut dengan link dibawah ini:


http://beritakcs.blogspot.my/2015/10/strategic-leadership-course-melahirkan.html

Perjalanan dari KLIA ke Manila Ninoy Aquino International Airport Manila mengambil masa lebih kurang hampir 5 jam. Jarak lebih kurang 2244 km. Waktu di Manila sejam lebih awal.  Sepanjang masa berada di Manila ini saya dan sahabat-sahabat yang bersama menginap di AIM Conference Center Manila (ACCM) yang terletak di Makati City. Sebenarnya sebahagian besar masa saya disini banyak dihabiskan untuk mengikuti Kursus Strategi Leadership di AIM ini. AiM ini ada hotelnya sendiri didalam kawasan Kampus. Jadi tidaklah terok sangat untuk mengikuti kursus di dalam kawasan kampus ini. Masa yang selebihnya itu digunakan untuk melawat dan melihat sendiri  tempat-tempat menarik dan bersejarah  disekitar Kotaraya Manila ini.

Sebenarnya kota Manila ini memang lama sudah saya teringin untuk pergi melawat. Tapi entah kenapa kebanyakan lawatan-lawatan yang dibuat oleh kebanyakan agensi baik agensi pelancong ataupun agensi kerajaan. Jarang  menjadikan  Manila atau Fillipina sebagai destinasi lawatan yang utama.  Mungkin isu keselamatan kut.. Rasanya dibahagian Selatan Fillipina yang agak kurang selamat untuk dilawati , kerana kerap kita dengar warga Malaysia dicolek di perairan Malaysia Fillipina... Begitu juga kerap juga kita dengan isu pertikaian kumpulan pemisah yang agak agresif juga tindakan mereka.  Tapi rasanya berjalan-jalan di Kota Manila agak selamat juga kalau tidak masuk ke lorong-lorong yang sunyi dan terpencil..

Nasib baiklah ada kursus ini, maka dapatlah juga saya melawat Kota Manila ini walaupun bukan untuk lawatan sangat kerana ini lawatan belajar. Jadi masa untuk lawatan tersebut agak terhad. Namun masa yang ada itu digunakan sepenuhnya untuk melawat beberapa tempat yang menarik dan bersejarah yang ada di sekitar Kota Metropolitan Manila dan Makati City ini. (Makati City adalah salah satu antara bandaraya besar yang ada di kota metropolitan Manila)

Saya cuba cari dalam internet apa yang menarik kat Manila ini dan menjadi tempat tumpuan lawatan.. Tak banyak tempat menarik yang diceritakan oleh kebanyakan blogger yang menulis berkenaan Kota Manila. Walau bagaimanapun saya hanya menulis berkenaan tempat-tempat yang sempat dilawati oleh rombongan kami yang diaturkan oleh pihak agensi pelancong yang dilantik. Kesuntukan masa juga mungkin salah satu sebab saya dan rombongan tidak dapat melawat dan menikmati banyak tempat dengan lebih selesa.

Pernah dengar tak Intramurous. Ia merupakan tempat bersejarah yang terletak didalamnya sebuah kota lama yang dikepong oleh tembok. Kawasannya memang luas. Ia merupakan kawasan pelancongan yang sentiasa dikunjungi. Banyak bangunan-bangunan lama dan gereja. Kebanyakannya tinggalan penjajahan Sepanyol yang pernah menduduki Fillipina pada abad ke 16 suatu ketika dulu.  Tapi saya lihat macam tidak terjaga kawasan tersebut  dan ramai orang-orang miskin tinggal dikawasan tersebut. Sebenarnya kalau nak tahu sejarah sebenar Fillipina ini kena masuk melawat Muzium Casa Manila yang ada di kawasan Intramurous yang memaparkan sejarah-sejarah penjajahan orang barat di Fillina ini.

Pengaruh Barat amat kuat disini seperti Sepanyol dan yang terakhir dari Amerika Syarikat yang menjajah Fillipina sehingga tahun 1946. Sebab itu majority besar penduduk Fillipina berugama Kristian.

Pengaruh Amerika Syarikat amat  kuat disini kerana mereka pernah menjajah negara ini selama lebih kurang 48 tahun. Lama tu. 48 tahun mereka berada disitu dengan membawa segala budaya dan cara hidup mereka serta ugama Kristian di Fillipina. Sebelum itu orang
Sepanyol.  Saya dibawa kesempatan melawat Kubur Orang Amerika Syarikat di American Memoriala Cemetery dipinggir kota Manila. Dalam Perang Dunia ke II Amerika menjadikan Manila sebagai Pengkalan Tenteranya untuk melawatn Jepun. Sebab itulah di Manila ada kubur para tentera Amerika yang gugur di Perang Pasifik. Kuburnya memang luas dengan monumen yang menjulang tinggi. Selain itu terdapat juga catatan2 bagi mereka yang hilang dalam peperangan tersebut. Apa yang menarik bagi saya ialah tentang cantiknya kubur mereka ini, terjaga dengan begitu rapi serta semua sama sahaja.  Rumput yang ditanam itu dibawa khas dari USA untuk ditanam di cemetary ini. Kalau kita kata green dipadang golf itu cantik, yang disini lagi cantik. Saya difahamkan kubur ini masih lagi dibawah kekuasaan pihak Amerika Syarikat. Payah nak jumpa kubur seperti ini di Malaysia. Sesuatu yang seharusnya dicontohi oleh kita orang Islam. Sekarang ini sudah ada kubur orang Islam yang menuju kearah itu dimana ada sistem rekod tersendiri, batu nesan yang sama, dan disusun dengan begitu elok serta diuruskan oleh satu organisasi yang kukuh. Jadi sewajarnya kubur-kubur baru yang hendak diujudkan , dibuat peraturan-peraturan seperti itu dengan lebih ketat. Tidak lagi boleh dibenarkan letak ikut keluarga, buat binaan yang segala macam dan sebagainya serta tanam pula pokok2 ikut suka hati.

Rizal Park adalah satu kawasan lapang tempat warga Manila berehat. Memang besar park ini. Juga dikenali sebagai Luneta Park. Disinilah tempat bersemadinya Jose Rizal. Pejuang kemerdekaan Fillipina yang menjadi kebanggaan warga Fillipina. Disinilah terdapatnya Patong Jose Rizal yang menjadi tempat pelancong bergambar tanda kenangan. Di lokasi ini juga akan ditemukan beberapa tempat seperti China Garden dan Japan Garden yang menampilan pelbagai budaya dan alam  seperti negeri-negeri tersebut. Saya tak berapa berminat sangat nak melawat tempat seperti itu..


Kota metropolitan Manila terdiri dari gabungan 17 kota yang berhampiran. Kepadatan penduduknya yang melebihi 10 juta orang menyebabkan pemerentahnya membahagikan daerah-daerah melibatkan 17 kota untuk memudahkan pengurusan dan pentadbiran kawasan. Kota Makati merupakan salah kota yang menjadi tumpuan pelancong. Asian Institute of Management (AIM) tempat saya menghadiri kursus terletak dikawatan Kota Makati ini. Kota Makati ini merupakan pusat ekonomi, komersial dan kewangan Fillipina.  Kawasan kota Makati ini agak elit
is dan dan menjadi tumpuan warga asing yang berurusan dalam pelbagai sektor kewangan dan perniagaan. Banyak syarikat-syarikat antarabangsa membuka pejabat dikota ini. Kita boleh lihat begitu banyak bangunan pencakar langit di Makati ini berbanding dengan kota Manila itu sendiri. Begitu juga hotel lima bintang banyak terdapat di Makati bagi memenuhi keperluan para pelancong yang produktif ini. Sebab itu kalau nak bershoping di Makati dengan barangan kelas 2 atau kakilima agak kurang menarik..sebab diMakati ini lebih banyak terdapat pusat perniagaan kelas atasan atau barangan yang berjenama. Harganya boleh tahan juga. Antara tempat yang saya kunjungi ialah di Ayala Avenue, Ayala Center dan Rocwell Center.

Terlalu amat beda fizikal kota maupun kehidupan sosial rakyatnya di Kota Manila dengan Kota Makati. Dikota Manila dipenuhi ramai orang-orang yang miskin dan tidak banyak bangunan-bangunan pencakar langit di Kota tersebut. Lalulintas juga agak kelam kabut. dan selalu sahaja berlaku kesesakan terok di Kota Manila disebabkan terlalu ramai rakyatnya disini. Kamudahan-kemudahan awam amat kekurangan disini. Amat berbeda bila kita masuk ke Kota Makati ini.. bandarnya agak tersusun, cantik dan bersih juga...   begitulah keadaannya.. antara dua darjat.

Di Manila ini juga terdapat pusat membeli belah yang terbesar sekali di Asia iaitu 'Mall Of Asia'  yang terletak di Pasay City. punya la luas dan besar sekali.. sehari dok kat sini, rasanya tak habis melawat kedai-kedai yang ada tu...

Lawatan ke Istana Malacanang sesungguhnya amat mengujakan saya. Bukannya kerana keindahan istana itu tetapi kerana sejarahnya. Nak kata cantik, tak cantik langsung, biasa sahaja bangunan ini seperti-mana bangunan bersejarah lainnya. Kami agak beruntung kerana dapat kebenaran memasuki istana ini. Istana ini sebenarnya dikawal rapi dan nak masuk ke sini perlukan kelulusan pemerentahnya terlebih dahulu dan kena bayar juga untuk masuk melawat. Istana ini bukan kediaman langsung Presiden, tetapi ianya tempat kerja utama Presiden dan tempat resmi Presiden menerima tetamu negera. Istana ini terletak di tepi Sungai Pasig kawasan Jose P Laurel Street , daerah San Miguel, Manila. Sudah lama istana ini, saya difahamkan dibina sejak tahun 1750 lagi dan betul-betul pengaruh Sepanyol dari segi binaannya.

Istana Malacanang.... tinggalan kuasa Ferdinand Marcos
yang akhirnya tersungkur ditangan rakyat
Mula2 tu teruja juga, ingat kut boleh tengok koleksi kasut Imelda Marcus, yang sering dihebohkan dulu yang menunjukkan keborosan pemimpin tertinggi waktu itu. Malangnya koleksi itu ada dibangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari Istana Malacang ini.. terlepas juga.. Tak apalah, sekurang-kurangnya saya boleh bayangkan bilamana rakyat memberontak menuntut Ferdinan Marcos melepaskan jawatan.. Disinilah tempatnya yang terakhir, sebelum Marcus melarikan diri ke Amerika Syarikat. Dan di anjung yang ada diistana itulah beliau bersama  keluarga keluar melambai-lambai kepada rakyatnya yang sokong dan yang memberontak... Gambar-gambar itu ditunjukkan dalam Istana Malacanang yang sekarang ini hanya menjadi tempat sejarah sahaja dan pemerentah tidak menggunakan lagi sebagai pusat pentadbiran Fillipina.

Sepaatutnya peristiwa yang terjadi pada dinasti Marcos ini patut menjadi ikhtibar kepada semua pemimpin2 negara kerana kuasa yang dipegang itu tidak akan kemana... akhirya rakyat sendiri yang akan menurunkannya walaupun pelbagai cara dibuat  dibuat oleh Presiden Marcos pada waktu itu untuk  menghalang gelombang gerakan rakyat yang sudah tidak tahan dengan ketidakadilan dalam pemerentahannya. Akhirnya beliau dihalau dari negaranya dan tinggal merempat diluar negara walaupun masih boleh hidup mewah diluar negara.

Sebenarnya tak banyak tempat yang berkesempatan untuk lawatan, kerana sebahagian besar masa hanya  berkursus  di AIM sahaja, Tapi bila saya cari-cari dalam internet juga, tak nampaklah sangat saya tempat-tempat yang agak luar biasa sikit menariknya.. Yang ada kebanyakannya penonjolan bangunan bersejarahnya yang dipengaruhi budaya Sepanyol dan Amerika Syarikat, selain ada beberapa tempat yang menarik alam semula jadinya.

Rombongan kami juga berkesempatan menghadhiri Jamuan Makan Malam bersama The Philipine Association Of Islamic Accountants di Valle Verde Country Club, Pasig City. Program ini tidak ada dalam jadual awal, tapi atas inisiatif Prof Dr Zulkifly Baharom (salah seorang ahli rombongan yang bertindak sebagai penasihat dalam kursus ini)  yang ada pertalian dengan pertubuhan ini telah menjadikan Jamuan Makan Malam ini menjadi kenyataan. Pertubuhan ini yang menaja jamuan ini... Yang seronoknya semuanya adalah orang Islam .. jadi dapat juga berjumpa dengan saudara seIslam kita di kota metropolitan ini. Umat Islam di Fillipina ini hanya 4% sahaja dari penduduk Fillipina ini. Memang aktif persatuan ini dan mereka lebih mencabar dari segi bekerja dan berurusan di Fillipina ini.

Satu lagi yang tidak boleh saya lupakan ialah layanan mesra yang diberikan oleh Duta Malaysia ke Fillipina itu iaitu Dato' Mohd Zamri Mohd Kassim.. Bermula dengan majlis perasmian Kursus 'Strategic Leadership Course' di AIM.. beliau menjemput kami semua pergi ke Kedutaan Malaysia di Manila yang terletak di 107 Tordesillas Street, Salcedo Village, Makati City. Diberi taklimat oleh Dato Mohd Zamri dan dijamu jamuan petang. Gamaknya tak puas hati kot, malam tu beliau jemput kami semua pergi kerumahnya pula untuk Makan Malam... Semuanya ini tak adapun dalam jadual lawatan kami. Begitu mesra dan begitu baik layanan yang diberikan kepada kami semua... termasuk juga pegawai-pegawai kedutaan dan keluarga  Dato' Mohd Zamri sendiri, seperti kata YB Dato Rawi yang ikut serta dalam program ini, Duta Yang Terbaik DiDunia... memang terbaik sungguh..  Bila balik di Airport beliau tunggu hantar sampai ke pintu masuk ke flight..  Sampai begitu sekali beliau memberi layanan kepada kami semua.. Terima kasih Dato atas layanan yang amat kami hargai itu..

Itu kotak2 kubur tu.. Pondok rumah pun sekali situ
Oklah... rasanya cukup setakat ini sahaja saya tulis fasal lawatan saya ke Manila dan Makati ini. Cuma yang saya lihat di Kota  Manila, isu-isu kemiskinan  memang ketara sekali.. Memang ramai rakyatnya yang tidak berumah, tinggal serata tempat asalkan boleh berlindung dari hujan dan panas. Teringin untuk pergi ke kubur 'Manila North Cemetery' yang luas 40 hektar di kota Manila , melihat rakyat tidak berumah tinggal kekal dicelah-celah kubur yang ada itu. Dikatakan ada lebih 6,000 orang tinggal di kubur ini. Kalau sampai dikubur sudah buat tempat tinggal, memang gawat sungguh. Kubur ini bukannya lekeh sangat, kerana disini 3 orang presiden Filippina dikebumikan disini. Rombongan hanya lalu sahaja dari luar... dan memangpun pelancong-pelancong tidak digalakkan datang melawat kawasan itu...  Pemerentah hanya membiarkan sahaja perkara itu berlaku, seolah-olah membenarkan pula.. Bandingkan kubur ini dengan kubur yang diselenggarakan oleh USA yang saya ceritakan tadi... Terlalu amat jauh bedanya. Jadi kita di Malaysia ini, tak dak kut macam tu..... nikmatnya hidup kita di Malaysia ini.

Dari segi makanan memang agak sukar sikit kalau kita tidak ada hubungan dengan orang tempatan. Walaubagaimana ada restoran-restoran yang menyediakan makanan halal disekitar kota Manila dan Makati ini..  tapi kena berhati-hati juga. Kami bernasib baik dibantu oleh Kedutaan Malaysia yang ada disini.

Ok , kita jumpa lagi...  Maraming Salamat ( Thank you very much)

Nanti saya akan paparkan cerita berkenaan lawatan saya ke negara Matahari Terbit Jepun pula yang baru saja saja  lawat minggu lepas.. sudah siap cuma nak edit sikit sahaja lagi... tunggu yaa..
11.59  malam ...04.04.16
PBT Tmn Perindustrian Hi-Tech Kulim


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.