Hari ini terdetik untuk menulis semula blog saya yang agak lama tidak mendapat sentohan saya sejak bersara akhir tahun lepas. Entah kenapa jadi malas pula , sedangkan bila bersara ini sepatutya sudah tidak ada lagi komitmen untuk kerja-kerja rasmi seharian... makin kurang kerja makin malas pula hendak menulis.. sebab itu bila hendak menulis ini tidak semestinya ada masa baru menulis.. Kenapa semasa saya sibuk bekerja sepanjang hari, tapi saya masih dapat menulis berpuluh-puluh cerita .. Pokoknya mau atau tidak mahu sahaja. Catatan ini pun hanya untuk rekod diri sahaja, rasanya orang pun tak minat nak baca catatan ini, tidak ada apa yang menarikpun ..
Oklah, saya berhasrat untuk menceritakan aktiviti saya sahaja berkaitan lawatan saya ke Sibu Sarawak. Ianya ada berkaitan program dakwah bersama masyarakat Sarawak disana.. Selepas bersara , saya terfikir apakah aktiviti yang boleh saya buat terutama yang boleh menambahkan pahala kita sebagai umat Muhammad SAW.. Saya sedar saya amat kekurangan pahala yang boleh dibawa ke alam sana nanti.. Kalau dibandingkan dengan kegiatan ibadat para sahabat Rasulullah dan para ulama, umpama langit dengan bumi.. Tidak sehebat manapun kerja-kerja ibadat saya yang dibuat... buat cukup-cukup makan sahaja... yang saya rasa memang tidak cukup untuk bekalan selepas mati nanti, sebab dosa yang kita buat pun beriringan dengan pahala yang kita dapat... silap-silap timbangan dosa lebih banyak dari pahala yang kita raih.. sementara umur yang masih berbaki yang Allah SWT kurniakan pada saya ini, saya cubalah untuk mencari sebanyak mungkin apa-apa aktiviti yang mempertingkatkan keimanan dan juga kerja-kerja yang memberi ganjaran pahala kepada diri. Salah satu aktiviti itu adalah kerja-kerja dakwah.
Kerja-kerja dakwah ini saya akui amat kekurangan sekali dilaksanakan sepanjang kehidupan . Saya tidak bergerak secara aktif mendepani komuniti secara langsung untuk berdakwah samada kepada kalangan orang Islam sendiri atau bukan Islam . Kalau adapun hanya dalam bentuk sumbangan derma sahaja kepada organisasi yang terlibat dalam bidang tersebut.. Berdakwah ini merupakan satu kewajipan yang dipertanggungjawabkan keatas setiap muslim yang mempunyai kemampuan dalam sebarang bentok dan dalam setiap kesempatan. Sesuai dengan Firman Allah SWT yang bermaksud : "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan"
Beberapa ahli rombongan bergotong royong membersihkan bilik air masjid yg nampak seperti tidak terjaga. |
Saya amat kagum dan amat menghargai akan usaha NGO yang saya tumpang join sekali ini untuk lawatan dakwah ke Sibu Sarawak baru-baru ini. Bukan senang untuk menguruskan program seperti ini kerana ia melibatkan komitmen tinggi penganjur program, kewangan yang banyak, perhubungan antara negeri dan NGO tempatan, pengisian program, dan penyelarasan dengan lain-lain NGO ... Program ini bukan anjuran kerajaan tapi atas inisiatif oleh NGO ini yang bekerjasama iaitu Wanita PERKIM Cawangan An-Nidaa' Putrajaya, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) dan HIKMAH Sarawak. Saya terjerumus terlibat dengan NGO ini secara kebetulan sahaja, bila tengok satu iklan sahabat dalam Whatsapps Group.. terus mohon.. Saya tidak kenal sapapun dalam badan NGO tersebut. Alhamdulillah saya telah mempunyai sahabat-sahabat baru melalui Program Tautan Kasih yang dianjurkan ini..
Tujuan lawatan ini yang dinamakan 'Program Tautan Kasih' ini adalah untuk melaksanakan kewajiban berdakwah , menyantuni saudara seagama samada asnaf, dan mualaf serta komuniti rumah panjang, menyampaikan sumbangan-sumbangan ,menjalin ukhuwah sesama Muslim samada dalam kalangan peserta dan juga yang disantuni dan akhir sekali ialah memahami cara hidup komuniti tempatan pelbagai bangsa dan agama dan berusaha menunjukkan keindahan dan kebaikan Islam dikalangan mereka.
Memang mencabar juga lawatan ini kerana rombongan kami pergi bukan untuk pergi melancong, tapi pergi buat aktiviti disana dan dikawasan pendalaman pula.. Di Bandar Sibu , tidak banyak tempat yang menarik, tak banyak pelancong datang ke sini... dari Bandar Sibu ke tempat aktiviti yang diaturkan mengambil masa satu jam atau lebih melalui jalan-jalan yang beralun-alun dan berlopak... walaupun jalan baru, mungkin asas tapak yang belum lagi stabil.
Sampai sahaja rombongan kami ke Sibu terus ke Kanowit lebih kurang 1 jam perjalanan juga untuk bersama masyarakat di Kg Ngungun . Program diisi dengan tajaan jamuan oleh rombongan dan menyampaikan sumbangan kepada mereka .. dan sessi berbual mesra dengan penduduk tempatan. Sebelah malamnya ahli rombongan diraikan oleh orang kuat HIKMAH Sarawak iaitu Datuk Temenggong Wan Abd Hamid Adruse dikediaman beliau .. Beliau amat mengharapkan kegiatan dakwah seperti yang dilaksanakan ini dapat dipertingkatkan lagi kerana di Sarawak katanya hanya lebih kurang 30 % sahaja beragama Islam.. Mereka memerlukan sokongan umat Islam di semenanjung untuk menggerakkan aktiviti dakwah di Sarawak ini.
Rombongan juga berkesempatan berinteraksi dengan HELWA HIKMAH dan Organization For Change (WOC) dan Perkim Sibu dirumah PERKIM. Cantik bangunan PERKIM mereka dan memudahkan mereka melaksanakan aktiviti disitu.
Paling menariknya pada kesokan harinya sebelah petang dan malam, rombongan berkunjung ke Rumah Panjang RH Tammat, Stapang.. Aktivitui disitu ialah solat Maghrib berjemaah bersama penghuni rumah panjang dan Tazkirah serta Solat Isyak berjemaah diatas rumah panjang tersebut . Ianya diikuti jamuan makan malam tajaan penganjur rombongan untuk semua penghuni rumah panjang tersebut yang terdiri 40 pintu dari pelbagai agama . Di samping itu disampaikan juga duit raya dan sumbangan barang-barang keperluan harian. Menariknya rumah panjang ini, penghuninya terdiri dari pelbagai agama seperti Islam, Kristian , Buddha dll, mereka boleh hidup bersama dibawah satu rumah panjang... dan aktiviti agama bebas diamalkan dirumah panjang. Walaupun sedikit sahaja penghuni beragama Islam di rumah panjang TH Tammat ini, tapi tidak ada masalah rombongan mengator sembahyang berjemaah diruang lapang rumah panjang tersebut. Bila jemaah bersembahyang penghuni yang lain, duduk tengok sahaja. dan menghormati apa yang dilaksanakan.
Rumah panjang ini agak lama bertapak disitu.. memang mencabar untuk naik ke rumah panjang tersebut yang agak tinggi dan tangga yang ada pun agak curam dan tidak ada pemegang tepi.. tangga semata-mata... kebanyakan ahli rombongan adalah warga emas belaka.. ada yang naik terpaksa merangkak untuk sampai keatas.. Bayangkan ada ahli yang lebih 80 tahun pun ada .. tapi kagum dengan kesungguhan ahli rombongan yang sanggup bersusah payah mengikuti setiap program yang diaturkan..
Dari Sibu rombongan kami bergerak pula ke Kapit. Walaupun ada laluan darat , tapi kami memilih untuk mencuba menaiki bot panjang meredah Sungai Rejang ke Kapit. Ia mengambil masa lebih 3 jam perjalanan. Saya difahamkan perkhidmatan bot ini semakin kurang mendapat sambutan penumpang kerana ramai yang telah menggunakan kenderaan darat bila jalan baru dibina.. Mungkin kalau hendak diteruskan adalah untuk tujuan pelancongan. Waktu balik ke Sibu kami menaiki van menempah jalan-jalan berliku dan juga beralun-alun selama lebih kurang 2 jam.. Letih sungguh naik van ni.. melambong-lambong , disebabkan jalan yang tidak rata dan rosak.
Aktiviti di Kapit ialah bersama komuniti Islam di Masjid Jabal An Nur Kapit dengan solat Zohor berjemaah dan penyampaian sumbangan serta tazkirah diikuti dengan jamuan.. Satu lagi program tambahan yang tidak ada dalam program ini gotong royong peserta membersihkan masjid tersebut. Apa yang kami nampak masjid ini seperti tidak terjaga.. walaupun masjid ini cantik .. Terus beberapa sahabat ahli rombongan sinting lengan mencuci tandas dan tempat wudhu.. hebat ahli2 rombongan ni.. Memberi contoh teladan yang terbaik.
Sebelah malamnya majlis makan malam dan jamuan hari raya aidil fitri dikantin Pejabat Daerah Kapit.. Ahli rombongan beramah mesra dengan komuniti tempatan serta pegawai-pegawai kerajaan dari semenanjung yang bertugas di Kapit ini. Di Kapit ini saya dapat merasai pelbagai makanan tradisional Sarawak dan paling saya suka roti canai goreng.. Jumpa gerai jual roti canai goreng ini dekat dengan Pasar Tamu Kapit. Rasanya tidak ada lagi peniaga buat roti canaia goreng kat Kedah ni... Balik nak kena try goreng tengok roti canai , nak jadi lagu mana, tapi memang sedap ..
Dalam perjalanan pulang ke Sibu , rombongan singgah di Masjid Nurul Islam Kg Gelam, Song untuk bersama komuniti disitu.. |
Dalam perjalanan pulang dari Kapit ke Sibu, rombongan singgah di Kg Gelam, Song (Masjid Nurul Islam) untuk bersama dengan komuniti di Kg Gelam, Song.. Beramah mesra dengan mereka, menyampaikan duit raya serta sumbangan barangan keperluan harian dan diikuti jamuan.
Aktiiti-aktiiti yang dilaksanakan sepanjang 3 malam berada disana sememangnya banyak mengadakan hubungan interaksi dengan komuniti tempatan yang terdiri dari penghuni rumah panjang dan juga komuniti-komuniti Islam dan bukan Islam di sana. Saya dapat melihat sendiri suasana kehidupan mereka disana dan belajar budaya dan adat resam mereka. Sememangnya amat mencabar untuk pendakwah-pendakwah Islam untuk bergiat aktif di Sarawak. Di Sarawak sahaja terdapat 32 etnik yang mempunyai budaya dan amalan mereka yang tersendiri. Sebab itu kita perlu mengetahui budaya dan adab sesuatu etnik kaum itu terlebih dahulu sebelum menyampaikan ilmu agama kepada mereka. Dalam ajaran Islam kita tidak boleh memaksa orang lain untuk mengikut, tapi biarlah seseorang itu terbuka hatinya dalam menerima ilmu dan ajaran dengan seikhlas hati. Untuk itu seoerang pendakwah perlu menunjukkan dirinya adalah pengamal agama yang terbaik sekali gus mampun menarik orang lain menerima ajaran Isla dengan penuh keikhlasan.
Dalam masa yang sama juga pendakwah-pendakwah Kristian lebih aktif menjalankan kegiatan mereka disana. Sebab itu ramai dikalangan penghuni rumah panjang yang kami temui berugama Kristian. Menunjukkan begitu aktif NGO Kristian yang telah masuk ke pendalaman Sarawak untuk memberi pemahaman agama Kristian kepada rakyat. Di tambah dengan sumber kewangan NGO mereka yang kukuh akan lebih memudahkan lagi mereka mendekati rakyat tempatan.
Membantu mengangkat barang-barangan keperluan harian serta Al Quran /Telekong untuk disumbangkan kepada komuniti di Kg Gelam, Song |
Segala bentok sumbangan wang dan barangan yang disampaikan oleh rombongan adalah adalah dari sumbangan peserta rombongan dan juga sumbangan derma orang perseorangan dan dan syarikat-syarikat yang prihatin ingin membantu. Cumanya untuk mendapat sumbangan penaja seperti ini agak susah juga kerana ia hanya aktiiviti berdakwah sahaja, tidak ramai yang berminat untuk menyumbang. Saya sendiri cuba mencari penaja-penaja yang sudi membantu, sampai keakhirnya tidak ada yang sudi.. Apatah lagi dalam keadaan saya sudah bersara, sapa lah yang berminat untuk taja itu ini.. Walau bagaimanapun saya kagum dengan usaha penganjur program Tautan Kasih ini, yang begitu komited untuk menjayakan program terutama dalam mendapatkan dana-dana tambahan dan pada akhirnya berjalan dengan lancar .. tahniah saya ucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tautan Kasih ini yang diketuai oleh Puan Seri Hanifat bt Harun, dengan dibantu orang kanan Dato Che Ab Rahim bin Che Daud serta Datin Norani Mohamed. begitu juga dengan team AJK Kerja lain iaitu Pn Rozaitonisah Razali, Muhammad Farid Zulkefly , Tn Hj Ismail Hasim, Hj Mohd Zain Jusoh, Pn Fadzillah Mohamad , Puan Norzalina Abdul Raof serta urusetia di Sarawak iaitu Ustaz Muhammad Nasrullah serta Ustaz Abdul Rahman.. dan semua ahli rombongan. Mereka telah bekerja dengan begitu baik sejak awal hingga akhir. Memang ada kekurangan sana sini, tapi itu boleh diperbaiki lagi dan dibuat penambahbaikan untuk program akan datang..
Sebagai orang luar yang tumpang join program ini, saya dan isteri merasakan amat bertuah kerana dapat turut serta prograam ini, kerana penerimaan mereka dengan mesra dan semangat kekekeluargaan yang ditonjolkan walaupun kami tidak kenal sesiapa.. pada akhirnya kami mendapat sahabat-sahabat baru yang akan kekal abadi sehingga akhir hayat. Tidak ada perbedaan darjat dan pangkat dalam kalangan ahli rombongan ini. Semua merasai penat letih bersama, tanpa ada perbedaan layanan.
Program seperti ini mungkin akan dilaksanakan lagi dimasa-masa hadapan oleh penganjur.. In Sya Allah .. Mungkin salah satu penambahbaikan yang boleh timbang tengok dan kalau boleh dilakukan ialah ahli rombongan mengislamkan sendiri beberapa ahli masyarakat yang dikunjungi dan dibuat aktiviti ditempat tersebut. Ini memerlukan kerjasama erat dengan NGO tempatan agar mereka dapat mengaturkannya dulu... tapi kerja buat itu dibuat lebih awal oleh penganjur dari segi penyelarasan dan penyaluran kewangan.. Di sini memerlukan kewangan yang agak banyak dan perlu bantuan penaja .. Jika ini dapat dilaksanakan ianya merupakan nikmat yang tidak terhingga kepada peserta rombongan..
Menjamu selera masakan Sarawak dirumah Panjang Stapang . Dari kiri Dato' Che Ab Rahim Che Daud ,Penyelaras & Dato Mohd Yusoff Akope .. ahli rombongan |
Dalam perjalanan pulang ke Sibu , rombongan singgah di Masjid Nurul Islam Kg Gelam, Song untuk bersama komuniti disitu.. |
Ahli rombongan menyediakan bungkusan barangan untuk disumbangkan kepada komuniti di Kg Gelam,Song |
Ini group saya yang naik van ini, duduk dibelakang , melambong-lambong sepanjang perjalanan ini.. Jalan mereka tidak rata dan banyak rosak. |
Membantu mengangkat barang-barangan keperluan harian serta Al Quran /Telekong untuk disumbangkan kepada komuniti di Kg Gelam, Song |
Sarapan pagi di Kapit, dengan roti canai goreng, kuah gulai kambing |
Roti canai goreng .. sedap gila.. rasanya tak jumpa lagi yang buat roti canai goreng kat Alor Setar ni. |
Hotel Meligai Kapit, satu-satunya hotel yang elok sikit yang ada di Kapit. Kami menginap disini |
Pasar Tamu kat Kapit |
ti dengan jamuan ..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana melayari blog saya. Komen anda pasti memberikan penambahbaikan kepada ilmu pengetahuan saya dan juga kepada paparan blog saya.