30 April 2010

ROYAL HERITAGE TRAIL

Menara Alor Setar: 30 April 2010

Melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi adalah merupakan satu usaha yang murni dan perlu diamalkan oleh setiap orang. Bayangkanlah bila penganjur mengadakan sesuatu aktiviti tetapi tidak ada pula atau kurangnya penglibatan orang ramai.. maka sudah tentu tidak meriah jadinya majlis itu. Bayangkan betapa mesyuarat demi mesyuarat diatur untuk menguruskan sesuatu aktiviti tetapi orang ramai tidak melibatkan diri pada hari aktiviti diadakan..tentu kecewa jadinya pihak tuan rumah. Kalau kita sendiri jadi tuan rumah, adakah kita mahu perkara sebegitu berlaku?..sudah tentu tidak.

Penulis di Program Kayuhan Royal Heritage Trail.

berita lanjut di http://www.beritasri.blogspot.com.   hanya 'click' tetikus anda di situ.


.

17 April 2010

SUSAH SANGATKAH CARI KERJA .......TEMUDUGA

Seminggu dua ni saya terlibat secara langsung dengan temuduga pekerjaan. Jadi Pengerusi Panel Temuduga katakan...sebenarnya sudah banyak kali saya terlibat dalam pemilihan pegawai untuk bekerja dibeberapa jabatan kerajaan terutama di Pihak Berkuasa Tempatan. Samaada untuk mencari pegawai profesional seperti jurutera, arkitek, pegawai tadbir hinggalah ke peringkat pengambilan pegawai bawahan. Semuanya saya sudah terlibat...

Melihat kepada calun-calun yang hadir temuduga terasa sesuatu yang tidak kena dengan sebahagian dari mereka..macam ada kekurangan disana sini....Jadi saya rasa kali ini saya nak bersembang-sembang fasal tip2 persiapan menghadapi temuduga.. Saya tidak merujuk mana-mana buku..cuma berasaskan kepada pengalaman aje...apa yang teringat dalam kepala terus hentok patuk huruf2 di keyboard ini....



Saya bersama Panel Temuduga lainnya sedang menemuduga calon jawatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat.



Kenyataan gambar: Pemohon sedang menyampaikan ceramah /  ucapan disatu Majlis .........di.......)


(gambar ini sengaja saya paparkan disini. Bukan nak tunjuk kata saya dok berlagak bersyarah tapi gambar-gambar seperti ini jika ada semasa kat Universiti atau waktu-waktu yang kita berpeluang berbuat demikian elok disimpan elok-elok. Nanti saya akan ceritakan kenapa gambar-gambar seperti ini ada nilai-nilai kepentingannya dalam memohon pekerjaan.. belum sampai tajuknya lagi...nanti saya cerita panjang lebar)




Sambungan PANDUAN MENGHADAPI TEMUDUGA KERJA/KENAIKAN PANGKAT  ini boleh di baca di blog saya seperti  dibawah . Anda hanya perlu klik disini sahaja dan selamat membaca:      http://semangatjatikarya.blogspot.com/

Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
teratak kasih
alor setar

15 April 2010

KAUNTER BERGERAK PEJABAT TANAH SIK

Kg Gulau Sik: 14 April 2010


Dulu-dulu pemerentah mengutip apa-apa cukai yang dikenakan dengan cara pegawai cukai yang dilantik pergi ke kampong-kampong untuk mengutip cukai..Mungkin pada waktu tidak banyak sangat sumber yang dapat dikutip dan maklumat pun tidak begitu banyak. Selepas itu kutipan cukai mula dilaksanakan disesuatu tempat khas apabila bilangan hakmilik semakin bertambah dan bilangan urusniaga dan bukan urusaniaga tanah semakin bertambah juga sesuai dengan pertambahan penduduk. Kutipan luar menjadi agak bermasalah pada waktu itu.


Pentadbir Tanah Daerah Sik turun ke padang untuk meninjau sendiri aktiviti Kaunter Bergerak Pejabat Tanah Sik. Program ini di Kompleks Penghulu Mk Sok, di Kg Gulau.


berita selanjut,  sila klik tetikus anda di sini : http://www.beritasri.blogspot.com/

asriredha
teratak kasih
alor setar

10 April 2010

iGAUAN 'STAR RATING' & PEMBANGUNAN TANAH LERENG BUKIT

Hotel Equatorial, Cameron Highland
09 April 2010

 
Kata orang duduk di Cameron Highland sejuk sekali..maklumlah kedudukannya yang tinggi melebihi 1.6 km dari aras laut. Maka hari ini aku berkesempatan berada di Cameron Highland untuk satu urusan rasmi jabatan di sini…Sepanjang perjalanan ke Tanah Rata, aku dapati terlalu banyak pembangunan dilereng-lereng bukit. Itu sebab bila berada di sini rupanya udaranya tidaklah sesejuk mana…udara nyaman sahaja..

Lihatlah latar pemandangan dibelakangku yang diambil dari bilik hotel tingkat 13, keadaan tanah lereng yang ditarah dan di tebang segala pokok-pokok hutan yang ada untuk dijadikan projek perumahan dan pertanian




Menarik sekali kalau pergi melawat dan 'shopping' tumbuhan beriklim sederhana ini..memang banyak yang cantik-cantik dan subur. Tapi awas...kalau nak beli kena pasti pokok tersebut boleh hidup subur dibawah yang lebih panas tu. Kalau tidak layulah ia..

 ikuti sambungan berita ini di http://www.beritasri.blogspot.com

mohd asri redha b. abdul rahman
teratak kasih
alor setar

IGAUAN 'STAR RATING' DAN PEMBANGUNAN TANAH

Hotel Equatorial, Cameron Highland
09 April 2010 (Sabtu)
Kata orang duduk di Cameron Highland sejuk sekali..maklumlah kedudukannya yang tinggi melebihi 1.6 km dari aras laut. Maka hari ini aku berkesempatan berada di Cameron Highland untuk satu urusan rasmi jabatan di sini…Sepanjang perjalanan ke Tanah Rata, aku dapati terlalu banyak pembangunan dilereng-lereng bukit. Itu sebab bila berada di sini rupanya udaranya tidaklah sesejuk mana…udara nyaman sahaja.. Kata sepupuku yang menetap di Cameron Highland dulunya minyak masak boleh dipotong-potong kerana sejuk…. Begitulah keadaannya. Mungkin kerana hutannya sudah ditebang dengan berleluasa dan pembangunan lereng bukit begitu berleluasa sekali.



Bila lihat pembangunan dilereng-lereng bukit ini rasa tertanya-tanya juga bagaimana boleh berlaku begitu banyak usaha-usaha pembangunan dibuat disitu terutama di Kg Raja, Berinchang, dan Tanah Rata ini…tanah dipotong teres sewenang-wenangnya, bangunan-bangunan dibina hingga rapat dengan jalan..rasanya rizab lan sudah tidak ada lagi…Undang-undang dan peraturan berhubungan pembangunan kawasan bukit sudah ada dan amat ketat sekali sebelum boleh diluluskan. Ini untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam dan hakisan tanah serta runtuhan tanah. Nampaknya di Cameron Highland ini seperti tidak pakai langsung peraturan yang ditetapkan.



Satu perkara yang aku nampak disini ialah terlalu kurang orang melayu yang terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi di sini..Banyak kaum tionghua di sini. Aktiviti utama disini ialah pengeluaran sayuran-sayuran, daun teh, dan buahan-buahan beriklim sederhana seperti buah strawberry. Hotelpun banyak juga disini. Memang aktiviti ekonomi begitu rancak disini. Setiap ruang yang ada dipergunakan sepenuhnya.



Aktiviti aku disini ialah untuk menghadiri Mesyuarat Khas Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah dimana banyak isu dan masalah pentadbiran tanah dan pembangunan dibentang dan dibincang cara penyelesaiannya. Begitu juga beberapa perancangan baru terutama dalam usaha meningkatkan hasil kerajaan negeri dibincangkan dengan panjang lebar .



Usaha Kerajaan Persekutuan untuk memberikan penarafan bintang terhadap jabatan kerajaan juga telah dibincang secara mendalam dalam satu mesyuarat khas keesokan harinya. PTG Kedah telah menjemput wakil dari KPTG untuk memberikan maklumat tambahan tentang cara-cara dan persiapan yang harus dibuat oleh jabatan dalam penilaian yang akan dibuat oleh MAMPU nanti. Adalah diharapkan nanti akan ada Pejabat Tanah yang akan mendapat 5 bintang atau sekurang-kurangnya 1 bintang. Jangan tidak dapat apa-apapun bintang. Yang ini dikira kes berat. Kena buat pembedahan secara menyeluruh untuk menyelesaikan isu dan masalah dalam jabatan tersebut. Star Rating menjadi mimpi –mimpi ngeri pada diriku dan kebanyakan rakan-rakan ketua jabatan….Banyak mengambil masa dan tenaga kakitangan untuk persiapan keararah itu hingga kerja teras terpaksa diabaikan demi memenuhi kehendak MAMPU. Itupun bukan semua dapat dipatuhi yang sudah tentu markah akan dipotong….Masih terlalu banyak masalah-masalah rakyat dalam urusan tanah yang belum dapat diselesaikan….begitu juga dengan tunggakan-tunggakan yang ada………







asriredha
teratak kasih
alor setar

07 April 2010

TaNaH AnUgErAh TUHAN..HaRgAiLaH iA

Pejabat Tanah Sik: 07 April 2010

Tanah adalah aset yang paling berharga. Banyak orang menjadi kaya kerana tanah, samada jualbelinya, usahakan atasnya, gadaikannya dan sebagainya... namun begitu ada juga yang tidak begitu menghargainya.
Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi tanah..kadangkala sanggup berbunuhan antara satu sama lain.........Begitulah penangan tanah.

Salah seorang penerima sedang menerima notis 5A dari Mohd Asri Redha Pentadbir Tanah Daerah Sik

Apa yang saya nak cerita disini ialah Pejabat Tanah Sik telah mengadakan majlis penyampaian Notis 5A kepada pemohon-pemohon tanah kerajaan yang telah diluluskan pelupusan tanah kerajaan kepada mereka. Majlis diadakan pada 07.04.2010 di bilik gerakan Pejabat Daerah Sik. Dulu-dulu tidak dibuat perkara sebegini. Itu sebab kadang-kadang penerima tanah tidak begitu menghargai akan pemberian yang amat berharga ini. Bila dapat notis 5A dan isi kandungannya ada cerita bayaran-bayaran premium yang patut dibayar, maka terus hanyut ghaib tanpa khabar berita. Tanah masih tetap diusahakan.. Bila kita nak beri hak milik tidak mahu pula. Ini amat merugikan kerajaan negeri dan rakyat yang amat memerlukan tanah untuk bercucuk tanam atau untuk membangunkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi.

Pentadbir Tanah Daerah Sik memberikan penerangan kepada bakal penerima geran tanah 

Sebab itu kerajaan arah supaya bila nak beri notis 5A atau geran tanah maka kena buat sikit majlis dan terangkan proses dan prosedurnya serta kepentingan datang bayar premium kepada kerajaan negeri. Bukan semua orang boleh dapat tanah, tetapi yang hadir pada hari ini adalah orang yang amat bernasib baik...Saya telah memaklumkan kepada bakal penerima hakmilik ini agar selesaikan segala bayaran secepat mungkin untuk mengelakkan tanah ditarik balik ataupun dikenakan denda tambahan. Jika ini berlaku akan menimbulkan masalah yang lebih besar lagi kepada pemohon kerana mereka dianggap telah menceroboh tanah kerajaan. Kemungkinan tanah mereka akan dimiliki oleh orang lain apabila dibuka permohonan itu kepada sesiapa yang berminat......


asriredha
teratak kasih
alor setar

03 April 2010

POLITIK MENYINDIR POLITIK CARI SALAH ORANG

Selamat malam teman-teman halimunan hu..hu..

Malam ni rasanya  'free' sikit...lepas pekena pisang goreng panas.. bolehlah bersantai depan komputer dekat ruang tamu ....nak tulis berkenaan perkara ni sudah lama, tapi dok tunggu masa yang sesuai untuk menulis....

Ok...bolehkan kita mencari pengaruh dan sokongan dengan cara menyindir dan menyalahkan orang lain...saya melihat inilah yang berlaku di Kedah. Sebagai anak Kedah saya rasa bermacam-macam peristiwa dan berita yang berlaku di Kedah...

Dalam blog saya yang terdahulu, telah saya cerita panjang lebar bagaimana caranya untuk kita mencari pengaruh dan sokongan rakyat...Jangan sekali-kali kita ambil pendekatan mencari apa-apa saja kesalahan orang lain dan mendedahkannya secara sewenang-wenangnya seolah-olah diri sendiri tidak ada kesalahan lalu langsung. Ini gaya lama. Gaya zaman tidak ada internet.

Namun inilah yang berlaku sekarang ini...BN atau UMNO begitu hebat merancang strategi dan melaksanakan serangan-serangan psikologi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah ini..... serangan demi serangan dengan mendedahkan kelemahan dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah ini telah dilakukan dengan begitu agresif sekali oleh parti pembangkang di Kedah ini. Mungkin dengan pendedahan kelemahan dan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat ini maka harapan mereka rakyat akan mula meluat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan akhirnya mulalah mereka beralih angin kepada Parti Pembangkang yang diterajui oleh UMNO.

Bermacam-macam isu telah dibangkitkan dalam pelbagai media yang sememangnya media yang mendokong BN. Kita boleh baca dan lihat pelbagai isu dibangkitkan dan diasak kerajaan negeri untuk menyelesaikannya... Isu bekalan air di Kedah, isu pengkoperatn SADA, isu peniaga kecil, isu kuari, isu tempat sembelihan babi, isu rumah, isu rumah rakyat atas tanah rizab, isu tanah, isu pelantikan EXCO, isu hubungan KCS dengan Politik, isu hutang kerajaan negeri, isu peluang pekerjaan di Kedah, isu kubur, isu kemudahan awam dan pelbagai isu yang kadang-kadang bukan isupun  dijadikan isu  disebabkan semata-mata tidak berkenan dengan kerajaan pakatan rakyat.

Sebenarnya apa yang disogokkan segala permasalahan ini sememangnya telah dalam pengetahuan rakyat jelata negeri Kedah.. Dunia sekarang bukan dunia dulu, sekarang dunia internet, kerajaan tanpa sempadan, mendapat maklumat hanya duduk dirumah saja.. .Apa yang dijadikan isu memang diakui ada kebenarannya dan ada juga lebih sudu dari kuah..rendang tu lebih.. hanya tidak ada apapun .

Rakyat sudah tengok negeri Kelantan duduk dibawah kerajaan PaS...pembangunannya memang perlahan dan tidak serancak negeri dibawah BN.. Memang Kelantan menghadapi bermacam-macam masalah dalam pelbagai aspek baik dari segi kewangannya, infrastrukturnya, kebajikan rakyatnya dan sebagainya. Namun setiap kali pilihanraya rakyat tetap pilih kerajaan PAS. walaupun rakyat  tahu mereka tidak akan boleh dapat apa-apa, kerana peruntukan kerajaan pusat pasti tidak masuk melalui kerjaan negeri. Yang penting rakyat boleh cari makan, kepentingan orang melayu terjaga dan terjamin, pembangunan lambat tidak apa..kalau terlalu terbuka sangatpun rakyat tempatan masih tidak bersedia dan akhirnya orang luar yang membolot segalanya. Orang tempatan berputih mata..

Yang ini yang puak yang ghairah sangat dalam BN kena kaji kalau nak ambil balik negeri Kedah dari tangan kerajaan pakatan rakyat yang diterajui oleh PAS. Jangan asyik mengata dan mencari kesalahan kerajaan sekarang sampaikan kerja sebenar tidak dibuat....Terlalu banyak sangat kita buat serangan-serangan berbentok peribadi  akhirnya akan memakan diri sendiri.... Pengalaman lalu patut dijadikan ikhtibar... sindiran dan serangan pendedahan kegagalan kerajaan sekarang secara agresif akhirnya akan menimbulkan rasa simpati rakyat terhadap kerajaan pakatan rakyat yang memerentah.

Sikit-sikit masuk akhbar..sikit-sikit masuk TV..ulasan-ulasan yang dibuat pula kadang-kadang nampak sangat sikap keangkuhan seolah-olah apa yang dibuat oleh kerajaan pembangkang tidak betul belaka.         Kadang-kadang nak tergelak juga tengok sampaikan ladang hutan pokok jati yang kerajaan negeri usahakan dibiarkan semakpun dibawa masuk dalam akhbar.... sedangkan hutan memangnya semak pun.. kalau nak jagapun pokok jati tu  3 tahun pertama tu kenalah jaga..tapi lepas tu biarlah ia dalam suasana hutannya untuk hidup...Tapi itu sampai setengah muka surat akhbar berkenaan bercerita tentang kegagalan kerajaan negeri jaga ladang hutan jati ....Satu ketika dulu seorang YB BN sama-sama tunjuk perasaan minta penduduk yang duduk atas tanah rizab kerajaan untuk projek jalan TEKIH di Padang Terap jangan pindah selagi kerajaan negeri tidak membayar pampasan secukupnya.. sedangkan mereka terlupa bahawa projek tersebut adalah dibawah Kementerian Kerja Raya / Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya tidak payahlah bawa masuk dalam akhbar atau TV untuk menceritakan isu itu.. Adalah lebih baik YB guna ketokohan dan kewibawaannya bawa berbincang dengan Menteri terlibat agar boleh memperuntukkan sejumlah kewangan khas yang cukup bagi tujuan bayaran exgratia kepada mereka.  Menteri boleh atasi masalah ini jika kena cara dan gayanya.

Begitu juga dengan bekalan air paip. Pernah saya tengok dalam TV sampai termengah-mengah seorang warga emas dok angkut air dari telaga yang dikorek disebuah tempat di daerah sebelah Utara Kedah ini. Ada setengah sampai tersedu-sedu sedih kerana tidak ada air. Nak tunjuk kata kerajaan sekarang ini gagal menyelesaikan isu dan masalah bekalan air...Saya rasa kalau nak tunggu kerajaan negeri belanja duit untuk buat paip yang begitu tinggi kosnya, seperti tunggu bulan jatuh ke riba. Semua menyedari akan kekurangan kewangan kerajaan negeri.  Namun isu itu bukan isu sangat...Kalau nak selesai, dah selesai lama dulu semasa pemerintahan BN sejak merdeka hingga 2 tahun yang lepas.. Itu pun semasa mudah dapat duit dari Kerajaan Persekutuan pun  tidak mampu selesai masalah tersebut. Apatah lagi dengan hanya baru 2 tahun kerajaan pakatan rakyat memerentah dengan pelbagai sekatan-sekatan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.

Saya bercakap ini adalah sebagai seorang anak Kedah yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mana yang baik..maka ia tetap baik maka kita sokong. Mana yang tidak baik ..maka ia tetap tidak baik.. maka tidak ada sebab mengapa kita perlu menyokong.
Rakyat tidak boleh disogok dengan isu-isu murahan dengan harapan untuk mencari undi...

Oleh itu wahai pemain-pemain politik di negeri Kedah ini. Kalau nak harap sokongan rakyat , maka mailah turun ke padang. Sesiapa ada masalah, cepat-cepat terpa pi macam nak selesai. Jangan dalam dok tolong orang, sempat lagi dok kutuk kerajaan negeri.. Ini yang orang tidak suka... Kalau ada peruntukana persekutuan,m maka gunakanlah sewajarnya untuk membantu rakyat. Jangan dok isi perut sendiri sahaja. Ini yang rakyat tidak mahu.

Sudah jenuh YAB Perdana Menteri Malaysia bercakap kepada anak-anak buahnya supaya turun ke padang dengan segera dan tetap  untuk menyelesaikan masalah rakyat...kena duduk dalam kawasan, mudah untuk rakyat berurusan, jangan dok tunjuk lagak sangat kata kita ni YB atau kita ni Ketua Bahagian dan sebagainya... Rakyat sudah tidak pandang itu semua. Rakyat mahu orang yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan.  jangan tunjuk angkuh dengan rakyat.. Jaga tingkah laku dan perangai bersopan sikit. Ada seninya nak jadi orang yang disegani oleh rakyat....Yang ini kena belajar juga sedikit sebanyak.

Oklah...rasanya puaslah hati ini dapat luahkan apa yang nak diluahkan....Kalau sembang panjang-panjang  sangat berkenaan hal ini nanti dikatakan orang sokong parti itu, parti ini..lebih-lebih lagi dituduh perkauman pula...Saya bukanlah anti sesiapa sebenarnya...pemerentah siapapun tidak mengapa. Saya cuma melihat, merenung, mendengar, dan pada akhirnya membuat analisa sendiri. Mungkin sebahagian analisa saya ini betul dan mungkin juga  sebahagiannya adalah sampah.... sampahpun sampahlah.. biarkanlah begitu... saya peduli apa.. saya hanya menyatakan apa yang terbuku dihati dalam blog saya ini... itu saja..

02 April 2010

Selamat Tinggal....Tukar Opis Saja..

Pejabat Tanah Sik: 31.03.2010

Hari ini semua kakitangan saya  sama-sama menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk mengadakan majlis meraikan pertukaran kakitangan pejabat ini. Jabatan kehilangan seorang pegawai kanan yang berpengalaman luas iaitu en. Shaharudin ..Penolong Pegawai Tanah Kanan yang ditukarkan ke Pejabat Tanah Sik.  Pegawai yang terlibat dalam pertukaran ini ialah Cik Siti Zubaidah Penolong Pegawai Tanah yang diarah bertugas di Pejabat PTG. Jabatan juga kehilangan seorang lagi Pembantu Tadbir yang kecil molek dan rajin iaitu Cik Nadhirah yang mendapat tawaran jawatan Pembantu Tadbir (Tetap) di Putrajaya.

Dok kerumun ramai-ramai sebelum jamuan makan tengahari

Keluarnya mereka bertiga ini merupakan kehilangan yang amat terasa oleh jabatan ini apatah lagi pertukaran en Shaharudin PPT  Kanan tidak diganti manakala Cik Nadhirah tidak ada pengganti juga...Ini sedikit sebanyak telah menganggui kelancaran operasi jabatan ini dalam usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil tanah.

Sudah pasti prestasi terjejas kerana agihan tugas yang tidak seimbang dan kemampuan untuk bertindak lebih agresif adalah agak terbatas,. Diharap pihak yang bertanggungjawab terutama di Bahagian Sumber Manusia, Pejabat SUK dapat melihat ini secara serious kerana pada satu ketika jabatan diminta meningkatkan lagi usaha untuk mengutip hasil-hasil tanah tetapi pada masa yang sama jabatan dihalangi melalui kekurangan sumber manusia yang sememangnya sebelum inipun sudah begitu kekurangan. 


Pentadbir Tanah Daerah Sik ..Mohd Asri Redha dan PPTD bergambar kenangan bersama kakitangan yang terlibat.

Dalam tahun ini juga ada 4 orang kakitangan tetap jabatan ini akan berpencen. Tau dah berdasarkan amalan sebelum nak isi tempat yang dikosongkan tu mengambil masa yang panjang juga. Harap-harap tidak jadi macam tu tahun.

Tak taulah macam mana nak 'run' jabatan ini untuk mencapai segala kehendak pelbagai pelanggan agensi yang sentiasa mahukan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan.....Saya tengah dok semangat ni nak tunjuk sesuatu yang lebih baik pada pelbagai pelanggan.. jadi macam ni pula...Sepatutnya jabatan-jabatan yang dok cari duit ni kena diberi segala kemudahan dan kelengkapan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan..kalau pegawai tidak cukup dan budget pun diminta jimat.. macam mana nak bergerak...fikir-fikirlah sama-sama

Berita ini akan berpindah ke Blog:   http://beritasri.blogspot.com/
asriredha
teratak kasih
alor setar

KEINSAFAN KU

01 April 2010: Sik

Menjadi rutin aktiviti pejabat ini setiap hari khamis akan bersembahyang asar berjemaah bersama kakitangan kompleks pentadbiran daerah Sik. Manakala setiap hari Rabu minggu terakhir setiap bulan diadakan pula sembahyang dhuha berjemaah. Setiap aktiviti itu akan diikuti pula tazkirah ugama oleh tokoh-tokoh yang dijemput khas hadir dan juga turut mengimamkan sembahyang tersebut.

Ini satu perubahan yang besar dari segi pembangunan bina insan anak-anak buah saya termasuk saya sendiri.. Bukan senang untuk membuat perubahan seperti ini untuk bersembahyang berjemaah sesama kakitangan yang sebelum ini tidak pernah dibuatpun...mula-mula mungkin rasa terpaksa tetapi akhirnya saya rasa akan menjadi kerinduan pula kalau pada waktu-waktu itu tidak ada pula...

Kenikmatannya akan mula terasa lama-kelamaannya....tidak apalah pada yang masih tidak lagi mahu menyertai program ini dan masih segan-segan lagi....apa nak kata..bukan boleh dipaksa-paksa . Ketua jabatan sudah memberi kelonggaran untuk adakan aktiviti ini dalam waktu kerja...Terlalu banyak faedahnyaa kalau kita terlibat dalam aktiviti seperti ini....

Insya Allah lama-kelamaan kesan baiknya akan dapat dilihat terutama dari segi prestasi kerja semakin meningkat, disiplin diri semakin meningkat  dan juga perhubungan lebih baik sesama insan serta bersangka baik sesama rakan.... tunggu dan lihatlah...terima kasih legasi yang ditinggalkan oleh Dato' Azmi Din dan diteruskan dengan penambahbaikan oleh Tuan Hj Mat Noh Ahmad ..Pegawai Daerah Sik yang baru.

asriredha
teratak kasih
alor setar

11 March 2010

SABAR-SABAR

10 Mac 2010: Khamis

Selamat malam semua...Apa khabar? sudah beberapa hari aku berhenti menulis blog ini.. sibooook, kataakan....apa yang harus aku tuliskan malam ini? tak taulah - apa2 saja yang terlintas  difikiran  akan kugodam turun ke dalam blog ini.......Ya teringat pagi tadi kat opis di Sik, bagus juga  kalau aku godam buat cerita ...sekurang-kurangnya jadi pengajaran dan pelajaran pada diri ku ini.

Hari ini dalam sejarah.....sepanjang duduk bertugas di Sik..Tanpa disangka-sangka peristiwa lama yang tidak mahu diulang berlaku, berlaku juga di Sik..Dalam dok jaga-jaga cakap, jaga tingkah laku, jaga hubungan namun tercetus juga perkara diluar jangkaan. Kat Kubang Pasu dulu dah pernah berlaku kes seperti ini...

Isunya tidaklah besar sangat tapi begitulah manusia, kita tidak boleh samakan tahap kesabaran seseorang itu dengan orang lain...kadang-kadang masalah kecil sahaja tapi cetusan kemarahan yang timbul tidak dijangka.... Inilah yang berlaku padaku hari ini..

Masuknya ke bilik ku begitu mesra sekali dengan salam dan tanya khabar berita...isu dibangkitkan dan perbincangan bermula dengan isu fakta dan penafian... perbincangan melarut-larut dan sampai satu ketika pelanggan sudah hilang kesabaran dan ....'tooom'.....satu tumbukan padu dari tangan sasa pelanggan hinggap di meja ku.. terkejut berok aku... sabar ..sabar... masih lagi boleh bersabar.. Kalau meja itu cermin, sudah pecah berderai...satu opis kedengaran dengan suara tengking yang begitu tinggi yang boleh didengari dalam lingkungan 70 meter... berterpalah anak buah ke bilik.. nak tengok apa dah jadi pada diriku yang kerdil ini.....sudah terlengtangkah bos depa ni..tengking dan jerkah makin kuat.

'tooom'...satu lagi tumbukan atas meja tapi dilapisi oleh fail-fail yang tebal atas meja...yang ni lagi kuat... nasib baik ada fail kertas.. kalau tidak boleh luka tangan pelanggan kecewa ini...tak boleh jadi ni....tergenjak aku ke belakang.. sambil dok kerling belantan kat belakangku yang memang selalu tersedia ada...mana tau kut-kut dia 'toom' pula kat muka aku kes nanya ni.. aku cuma kerja dengan kerajaan aje.. takkan sampai nak gaduh-gaduh dengan orang..cuma aku kerja lebih saja sikit....dok periksa lebih teliti sikit ..itu aje.. itupun orang marah .. Ini semua kes kuari pasir la ni.....orang lain buat kerja tak macam tu pun.. relax aje... tak apa... dok kira apa  orang lain.. kira diriku sudahlah..

Nampak keadaan makin gawat... nasib baik ada anak buah mai tolong sabar... tapi tahap kemarahannya tidak dapat dibendong lagi.. walaupun dibawa keluar pelanggan masih meninggi-ninggikana suara dengan cakap yang tidak sedap didengar apatah lagi diucapkan oleh seorang berumur yang ku rasa dah lebih 50-an umurnya...Semasa keluar sempat juga aku memberi salam padanya....namun salam sudah tidak berjawab lagi.. kemarahan terlalu tinggi.. maka keluarlah ia dengan hati yang duka lara dan kecewa..

Sebenarnya isunya mudah dan memang aku dah nak buat keputusan untuk menerima rayuannya...cuma kena periksa dan soal jawab dulu..bagi jelas dan ada fakta...sebab ini melibatkan kewangan dan tanggungjawab aku sebagai ketua...Sebab itu lepas kena maki dan marahpun oleh empunya diri aku masih berbaik sangka dengan pelanggan itu.. Sedikitpun tidak ada perasaan marah aku kepada pelanggan ini.... sedikitpun aku tidak meninggikan suara kepadanya kerana aku faham mungkin beliau tertekan dengan masalah-masalah lain lagi yang tidak kita ketahui. ..

Biarlah selantang mana suaranya, kemarahannya, keradangannya, kegeramannya, diriku tetap dengan falsafah ketenteraman dan berjiwa tenang...sepertimana kata Mahatma Gandhi sudah terlalu banyak keganasan makhluk dunia ini...buat apalah kita duduk bertambah lagi dalam keganasan dalam kancah yang menggeerikan ini......ehh..aku ni dah melalut-lalut  ke mana ni...bercakap-cakap fasal ganas pula ni..kena patah balik nii....sebab itu lepas kena marahpun , aku tetap arahkan anak buahku bantu selesaikan masalahnya itu dengan segera....Insya Allah dalam beberapa hari lagi selesailah masalah dia itu...... Hidup ini terlalu pendek untuk kita  habiskan rasa dan waktu dengan kemarahan dan keradangan..

Begitulah ceritanya... kerja dimana saja pasti kita akan jumpa masalah-masalah seperti ini.. biasalah.. pandai-pandailah kita menggunakan akal dan budi kita untuk tangani masalah seperti ini.. Aku tetap tidak serik untuk bertugas didaerah-daerah kerana sudah biasa atau dah 'lali' dengan situasi dan karenah orang seperti ini.  Kerja kita memberi kesejahteraan kepada rakyat dan pada masa yang sama tempat aku kerja ini adalah tempat untuk mencari sumber kewangan kepada kerajaan negeri...Maka aku buatlah apa yang patut buat.. Takkanlaah aku nak buat lebih kurang aje..atau 'halai balai' aje..Kerajaan bagi kita upah....tak gitu....kat sapa aku cakap ni..aku pun tak tau..saja nak luahkan rasa hati kat blog ini... mungkin nanti tua-tua bila baca boleh teringat balik apa yang telah  aku buat masa bekerja.. Ok.....Aku berhenti disini dulu...makin lama dia dia jadi merapu....la ni kat radiopun  ada lagu-lagu merapu.....

Ok ...

asriredha
teratak kasih
alor setar

CERITA SELOKA

Lama tidak menulis dalam blog ini... banyak sangat blog buat.. sampai lupa pula.
Sebenarnya saya bukannya pandai hasilkan tulisan kreatif... tulis merapu adalah..

Ni saya ada 2 cerita yang nak dikongsi bersama.. inipun cerita ni saya dapat dari seorang rakan saya yang memang pandai bab-bab cerita lawak macam ni.. kalau duduk dekat dia memang tidak kering gusi jadinya..ada-ada saja ceritanya..tak taulah mana dia mai idea-idea lawak dia ni...sengaja saya rekod secara bertulis di sini.. takut nanti lupa...

TAUCOMACHY

Kelmarin di akhbar Mingguan Malaysia ada cerita fasal matador... Kisah ni berlaku di Sepanyol..Memang sukan lawan lembu atau dikenali sebagai tauromachy dalam bahasa Greek amat popular di Sepanyol...Menjadi matador atau peserta yang mengambil bahagian dalam acara lawan lembu adalah impian lelaki Rom dan Sepanyol. Kehebatan membunuh lembu dengan menusuk pedang ke badan lembu menjadi kebanggaan dan menjadi perkara biasa..

Kawan saya sambung lagi.. menjadi tradisi apabila lembu yang dibunuh oleh matador tadi, telornya akan dimasak seistimewanya dan dihidangkan kepada VVIP yang hadir menyaksikan pertunjukkan itu...Maka setiap kali matador berjaya membunuh lembu yang ganas dan sihat tersebut maka akan adalah majlis makan-makan dimana telor lembu itu menjadi hidangan istimewa tetamu yang bertaraf VVIP dan menjadi penghormatan yang amat tinggi kepada VVIP tersebut...Manakala trofi kejayaan kepada matador ialah telinga lembu tersebut menjadi hadiah berharga kepada Matador tersebut

Suatu hari selepas tamat sukan lawan lembu, tetamu VVIP seperti biasa dihidangkan makanan istimewa untuk dinikmati oleh mereka seperti mana selalunya...Sambilo mengunyah seenaknya telor yang dihidangkan itu, seorang dari VVIP yang ada telah bertanya kepada penganjur sukan lawan lembu itu...mengapa telor yang dimasak pada hari ini kecil benar, berbanding sebelum ini telor lembu jantan memang besar... Dengan selamba saja penganjur tersebut menjawab " Tuan..hari ini sebenarnya bukan lembu yang dibunuh tetapi yang terbunuh ialah matador itu sendiri...Jadi itulah jawapannya....Tersentak benar semua yang hadir dan ada yang setengah termuntah begitu sahaja apa yang telah dimakan sebelum ini.......

PARI-PARI

Kisah ini berlaku disebuah kampong dipinggir sebuah hutan. Di dalam hutan tersebut ada sebuah tasek yang amat cantik dan indah...binatang-binatang liar selalu ke situ untuk minum air. Di kampong tersebut ada sepasang suami isteri yang hidup sederhana dan hobi suaminya ialah suka memburu dan mencari bahan-bahan hutan untuk dijual dipekan. Mereka hidup berkasih-kasihan antara satu sama lain, cinta mencintai antara satu sama lain.

Suatu hari si suami ini telah pergi ke hutan berdekatan tasik tersebut untuk mencari tumbuhan hutan yang berharga..sampai ditepi tasek tersebut beliau telah terlihat seekor rusa sedang minum air di tasik tersebut. Terfikir dihatinya untuk memburu rusa tersebut tetapi malangnya tidak ada alat memburu yang sesuai, yang ada padanya cuma sebilah kapak besi yang buruk. Keghairahannya untuk mendapatkan rusa tersebut tidak dapat ditahan lagi lalu beliau telah membaling kapak besinya ke rusa itu, malangnya rusa itu telah menyedari lebih awal lalu melarikan diri. Kapak yang diibaling oleh sisuami tadi telah tersasar dan terus masuk kedalam tasek. Beliau amat berdukacita kerana hanya itulah satu-satu alat yang beliau ada yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja hariannya. Maka termenung lama juga beliau di tepi tasek itu.

Secara kebetulan lalulah pari-pari ke situ dan melihat sisuami tadi sedang termenong dan berdukacita. lalu bertanyalah si pari-pari tadi mengapa beliau berdukacita. Maka dijawab oleh sisuami tadi bahawa beliau sedih kerana kapak besinya telah terjatuh kedalam tasek dan puas beliau menyelam mencari tetapi tidak berjumpa. Lalu pari-pari tadi terjun ke dalam tasek tersebut dengan membawa kapak yang berkilau keemasan yang dibuat dari emas..Lalu bertanyalah pari-pari tersebut kepada sisuami adakah kapak ini yang dimaksudkan.. jawab oleh sisuami bahawa bukan itu kapaknya. Lalu pari-pari itu terjun sekali lagi ke tasek dan muncul semula dengan membawa sebuah kapak yang bersinar-sinar diperbuat dari perak..Lalu bertanyalah pari-pari itu kepada sisuami tadi adakah kapak itu yang dimaksudkan, maka dijawab oleh sisuami bahawa kapak itu bukan kepunyaannya. Sekali lagi pari-pari tersebut terjun ke tasek dan muncul semula dengan membawa kapak buruk dari besi. Bila melihat kapak tersebut terus sisuami mengaku bahawa itulah kapaknya yang sebenar. Jadi pari-pari sedarlah bahawa sisuami ini seorang yang jujur dan oleh kerana kejujurannya itu maka si pari-pari tadi telah memberikan kapak perak dan kapak emas tersebut kepada si suami tadi sebagai hadiah..Seronok sakanlah sisuami itu lalu baliklah ia ke rumah dan menceritakan hal tersebut kepada isterinya.

Si isteri tadi bila mendengar akan cerita suaminya amat teruja untuk mengetahui dimana tempat suamianya bertemu pari-pari tersebut..Maka pada keesokan harinya pergilah pasangan suami isteri itu ke tepi tasik yang dalam itu untuk melihat tempat dimana suami tersebut mendapat kapak berharga tersebut....Sampai disitu si isteri terlalu seronok untuk melihat tempat tersebut dan tergelincir jatuh masuk dalam tasek tersebut dan tenggelam. Puas si suami terjun menyelam mencari tetapi tidak dapat ketemu isterinya. Maka menangislah semahu-mahunya ditepi tasik tersebut meratapi kehilangan isterinya yang tersayang dunia dan akhirat.

Pari-pari yang selalu berada disitu telah turun dan bertanya kenapa masih berdukacita walaupun diberikan kapak emas dan perak...sekurang-kurangnya kehidupannya akan berubah menjadi senang.. Maka dijawab oleh sisuami tadi beliau amat berdukacita kerana isterinya yang amat disayangi dan dicintai telah tenggelam ditasek dan masih lagi belum dijumpai..Pari-pari berjanji untuk membantu lalu beliau terjun ke dalam tasek tersebut. Agak lama didalam tasek tersebut beliau muncul semula dengan membawa seorang perempuan muda yang amat cantik sekali. Lalu bertanyalah pari-pari tersebut kepada sisuami tadi adakah perempuan ini isterinya....Terpandang sahaja wanita itu tanpa berlengah lagi si suami tadi terus mengaku bahawa perempuan tadi adalah isterisnya...Terkejut berok pari-pari tadi, tidak sangka pula suami yang tadinya bercucuran air mata mengingati isterinya boleh berubah dengan sekelip mata apabila terpandang akan wanita cantik tadi...apatahlah sebelum ini dia telah menguji akan kejujuran sisuami tadi....

Pari-pari tadi menjadi hairan dan bertanya.. mengapa begitu cepat sisuami berubah haluan sebegitu rupa...lalu sisuami menjawab bahawa beliau terpaksa mengaku perempuan cantik itu isterinya kerana dia tahu nanti kalau dia tidak mengaku perempuan cntik tadi isterinya, pari-pari itu akan turun semula ke tasek itu dan membawa perempuan cantik lain pula dan kalau dia tidak mengaku juga isterinya pari-pari itu akan turun lagi ke tasek dan membawa pulang isterinya yang sebenar dan jika ia mengaku itu isterinya yang sebenar dia pasti pari-pari tadi akan beri kedua-dua perempuan cantik sebagai hadiah kepadanya atas kejujurannya ....Suami tadi mengaku bahawa diapun sudah berumur, mana nak larat nak jaga sampai 3 orang, jadi takkanlah dia nak ambil ketiga-tiga orang tadi sebagai isterinya.. jadi lebih baik dia ambil yang mula tadi ......begitulah adanya........Pari-pari pun tidak terfikir perkara itu......Ada juga orang macam tu yaa.... walau bagaimanapun ini hanyalah cerita seloka aje.. mana ada jatuh tasik tidak timbul lepas tu boleh timbul dan hidup pula tu....
 
asriredha
teratak kasih
alor setar

16 February 2010

Al Fatihah...

Tanggal 19 Februari 2009 hari Khamis seorang lagi keluarga ku kembali mengadap Ilahi iaitu Pak Ndak Ein ( Dato' Ibrahim Hussein). Beliau ni seorang pelukis tersohor negara dan terkenal bertaraf antarabangsa. Banyak buku dan majallah yang menceritakan berkenaan kejayaan beliau. Rakan-rakan beliau adalah bisa terdiri dari Raja-Raja Melayu, Kerabat-Kerabat Di Raja, tokoh politik negara, seniman, Jutawan-jutawan dan tokoh-tokoh perniagaan terbilang yang berada di dalam dan luar negara. Dikatakan satu lukisannya sahaja boleh menjangkaui RM100,000.00 sebuah. Begitulah hebatnya bapa saudara aku ni . Kehidupanya 4 bulan melukis dan 8 bulan lagi melancong. Itulah yang aku baca dalam majallah, tapi satu perkara yang orang banyak tak tahu sebenarnya pak saudara aku ni cuma guna sebelah mata sahaja dalam urusan seharian. Ini disebabkan waktu kecil-kecil dulu dia terlibat dalam kemalangan hingga mencederakan matanya. Dengan sebelah mata inilah juga beliau membina kerjayanya yang amat cemerlang hingga dipersada antarabangsa.


Tahun sudah sewaktu aku di Langkawi dua kali beliau berjumpa dengan aku, dia mai pejabat aku dok bincang fasal masa depan Galeri Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein yang di binanya di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi.. Banyak juga luahan perasaannya dikeluarkan pada aku, dua tiga kali dia sebut apa akan jadi pada galeri Yayasan Ibrahim Hussein ini jika dia tiada lagi di dunia. Tak sangka pula dalam tempoh yang terdekat ini dia pergi tanpa ada apa-apa penyelesaian kepada masalah galeri di Pasir Tengkorak tersebut. Dan aku memang berjanji dengannya akan cuba membantu dengan cuba untuk mengatur mengadakan pertemuan beliau dengan YAB Menteri Besar Kedah .. Sebab beliau ada perancangan besar dengan rakan pelabur dari Eropah untuk membangunkan projek pelancongan di kawasan sekitar galerinya itu. Celah-celah tu aku pula bertukar ke Sik, tak sempatlah aku berjumpanya balik.

Sebenarnya hubungan aku dengan keluarga Pak Ndak Ein ini agar jauh, maklumlah mereka ini berada di Kuala Lumpur dan duduk dikalangan kelompok elit, isterinya pula adalah berbangsa Cina dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Bapa aku iaitu abangnya adalah seorang petani sahaja. Keluarga aku hanyalah tinggal di Kampong di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah..Sebab itu kalau tanya aku isterinya ( Datin Sim) dan anaknya Alia kenal tak aku, aku rasa depa tak kenal, lebih-lebih lagi anaknya Alia (mungkin umurnya 26 tahun sekarang ni ) yang tidak pernah dibawa ziarah keluarga oleh Pak Ndak Ein di Sungai Limau...Mak Ndak Sim ni ada juga sekali dua aku tegor sapa kat Langkawi dulu tapi rasanya dia dah lupa. Kalau orang dulu-dulu tu dua tiga pupu tu memang rapat lagi, apatah lagi sepupu. Ayahnya dengan bapa aku adalah dua beradik aje. Tapi begitulah keadaannya kalau kita alpa tentang hubungan kekeluargaan, lambat laun ianya akan loggar dan renggang begitu sahaja.

Aku nak pesan pada semua termasuk diri aku ni, kita kenalah ziarah kaum keluarga kita, carilah depa dimana ada, aku nipun bukan rajin sangat ziarah keluarga tapi perlu paksa diri juga ziarah mana-mana kenai dan sempat aku pi juga untuk bertaut kembali hubungan kekeluargaan yang terputus atau semakin renggang.

Cuma masalah aku nak ingat nama tu agak lemah.. Dalam dok tanya lepas tu boleh lupa pula...Sebab tu aku dah buat kad profil ringkas keluarga aku yang ada maklumat nama aku, isteri, anak-anak , alamat rumah, no telefon dan juga tarikh lahir serta gambar sekali. Kad ni aku boleh edar pada sapa-sapa yang aku rasa boleh bagi, jadi taklah orang tertanya-tertanya nama dan sebagainya..Kadang-kadang nak tanya nama 2 tiga kali jadi segan pula. Tak gitu. Aci lawan tanya pak-pak menakan kadang-kadang bukan tau namapun anak-anak menakan. Apatah lagi 2 tiga pupu.. Aku mengaku awai-awai lagi memang tak ingat kecuali yang rajin tegor sapa, telefon selalu dan ziarah selalu. Yang tu boleh ingat nama.

Ada lagi dua orang bapa saudaraku yang juga tidak kurang terkenalnyanya iaitu Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein, dan juga Prof Tan Sri Ismail Hussein.. Ketua Satu Gapena. Ketokohan mereka memang tidak ada tolok bandingnya. Tapi aku juga agak terkilan kerana anak beranak mereka ni atau pepupu aku juga tidak rapat sepertimana sepupu aku yang lain di kampong. Tak taulah fasal apa. Mungkin mereka tidak begitu menitikberatkan hubungan kekeluargaan di kampong, tak taulah..Atau mungkin kesilapan aku juga tak melawat pak-pak saudara kat Kuala Lumpur tu... Tapi biasa juga aku pergi lawat tapi bila kurang mesra tu dia jadi segan pula nak pi untuk kali kedua pula. Manalah tau nanti anak-anak pi mengaji kat Universiti depa dok berkenaan sesama sendiri, sedar-sedar 2 pupu atau ada hubungan kekeluargaan.

Marilah kita membacakan Al Fatihan kepada Allahyarham Ibrahim Hussein semoga rohnya dicucuri rahmat dan dilindungai oleh Allah S.W.T

Amiin.


asriredha
teratak kasih
alor setar

12 February 2010

BELAJAR MELALUI PENGALAMAN

11 Februari 2010
Hotel Rainassance
Kota Bharu, Kelantan

Kadang-kadang tu idea dan ilham datang dari pengalaman lawatan ke tempat orang. Bapa saudara saya  Dato' Abdullah Hussein, seorang Sasterawan Negara sendiri mengakui bahawa beliau buntu fikirannya jika tidak keluar bersosial dan bergaul serta melawat tempat-tempat tertentu. Itu sebab beliau sudah tidak lagi menulis kreatif sejak kebelakangan ini disebabkan keuzurannya itu, walaupun beliau masih boleh menulis dan berfikir.

Kerajaan Negeri Kedah sentiasa berusaha mencari sumber-sumber hasil baru untuk menambahkan pendapatan negeri disamping meningkatkan kutipan sumber-sumber tradisional sedia ada. Tidak dapat dinafikan ruang yang ada untuk kerajaan meningkatkan hasil negeri seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan agak terhad..Alangkah bagusnya jika perairan Kedah ini ada hasil minyak...tentu boleh dapat hasil royalti.

Sebab itu semua pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah kena berfikiran kreatif dan berinovasi dalam menjana pendapatan negeri Kedah melalui jabatan masing-masing.

Untuk itu satu lawatan sambil belajar telah dibuat oleh Perbendaharaan Negeri Kedah ke Perbendaharaan Kelantan dengan satu tujuan untuk menimba pengalaman kerajaan Kelantan dalam mengurus perbelanjaan dan mencari dana untuk pengurusan pentadbiran dan pembangunannya. Banyak idea-idea diperolehi hasil lawatan tersebut. Suasana dan keadaan negeri tersebut lebih kurang sama sahaja dengan Kedah kerana kedua-dua negeri ini ditadbirkan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang atau lebih khusus oleh PAS.

Saya bersama ahli rombongan di bilik gerakan Perbendaharaan Negeri Kelantan dalam sessi taklimat dan soal jawab dengan Pegawai Kewangan Negeri Kelantan

Bagi memantapkan lagi idea dan ilham yang diperolehi itu diadakan pula bengkel di hotel ini selama dua hari dimana para peserta memerah otak memikirkan lagi apa lagi yang boleh menyumbang kepada hasil negeri Kedah.

Saya bersama rakan kumpulan sedang berbengkel di hotel penginapan.....nak kena perah otak juga ni...

Pegawai Kewangan Negeri Kedah YB Dato' Hj Mohd Puat b. Mohd Ali telah merasmikan bengkel ini dan dalam ucaputamanya beliau telah menerangkan secara telus akan keadaan dan senario kewangan kerajaan negeri Kedah dan beliau sendiri telah menggulung dan membuat rumusan hasil-hasil perbincangan dalam bengkel tersebut... Sesungguhnya lawatan dan bengkel ini telah memberi banyak manafaat kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah yang hadir dan tindakan-tindakan susulan sepatutnya diteruskan bila kembali ke Kedah. Kakitangan kerajaan Kedah baik dari semua peringkat tidak lagi boleh ambil tidak kisah  dan bekerja separuh kudrat sahaja. Semua kena ada komitmen untuk membantu kerajaan dalam meningkatkan hasil negeri kerana manfaatnya akan kembali kepada kakitangan dan rakyat negeri Kedah jua.

asriredha
teratak kasih
alor setar


Berita ini akan dipindahkan ke blog saya yang lebih khusus: http://http://www.beritasri.blogspot.com/  .

25 January 2010

Seminar Pembangunan Daerah 2010

25 Januari 2010
Hotel Palace Of The Golden Horses
Seri Kembangan Selangor

Secara kebetulan awal tahun ini saya diarah memangku Pegawai Daerah Sik disebabkan Dato' Hj Azmi Din Pegawai Daerah Sik sebelumnya telah diarahkan melaksanakan tanggungjawab yang lebih berat di SADA (singkatan Syarikat Air Darul Aman).  Atas kapasiti jawatan itu saya berpeluang menghadiri Seminar Pembangunan Daerah 2010 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah disebuah hotel terkemuka di Lembah Kelang.


Tinjau punya tinjau nampaknya hanya saya seorang sahaja pegawai kerajaan negeri Kedah yang hadir seminar ini. Jemputan seminar ini adalah terdiri daripada Pegawai Daerah seluruh negara termasuk negeri dibawah pakatan pembangkang. Saya sengaja hadir juga seminar ini untuk mendapatkan maklumat terkini tentang program dan dasar-dasar baru kementerian dari segi pembangunan luar bandar....Kalau tidak terputus terus maklumat memandangkan setiap mesyuarat perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan oleh kementerian tidak lagi dijemput wakil kerajaan negeri atau pegawai daerah menghadirinya.

Terfikir juga kenapa dijemput semua pegawai daerah negeri pakatan pembangkang sedangkan peranan dan tanggungjawab tidak lagi diberikan oleh kementerian....mulanya saya fikir mungkin untuk diberikan balik sedikit sebanyak tanggungjawab asal  pegawai daerah sebagai agen pembangunan daerah oleh kementerian. Mungkin untuk mengelakkan dari tohmahan kut , bimbang orang kata kementerian mengetepikan terus pegawai daerah negeri pakatan pembangkang. Dalam pekeliling perkhidmatan kerajaan memang ternyata dan terserlah peranan pegawai daerah dinyatakan dengan jelas dan amat besar hingga semua jabatan-jabatan kerajaan atau badan berkanun yang hendak berurusan disesuatu daerah perlu merujuk dahulu kepada pegawai daerah untuk pohon pandangan dan penyelarasan. Tidak disebutkanpun pegawai daerah dinegeri pakatan pembangkang atau pakatan kerajaan.

Namun sehingga selesai seminar selama 2 hari tersebut perkara ini tidak diberi perhatian langsung oleh pihak penceramah dan juga oleh YB Menteri serta KSU Kementerian.. Tetapi didalam ucapan memang disebutkan juga pegawai kerajaan khususnya pegawai daerah sebagai kakitangan kerajaan yang perlu bekerja untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, ugama dan juga fahaman politik.Yang pentingnya adalah kesejahteraan rakyat, rakyat diutamakan. Soalan ada ditanya tetapi jawapan tidak diberikan secara lebih profesional.. seolah-olah cuba menghindari menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan...cubalah bayangkan nanti kalau semua negeri dibawah pakatan pembangkang manakala peringkat pusat oleh kerajaan yang memerintah....macam mana jadinya ya..Takkanlah hendak ditubuhkan jabatan lain  pula disetiap negeri yang akan membawa kepada pembaziran wang rakyat lagi. Adakah Bidang Keberhasilan Utama Nasional Peringkat Kementerian boleh dicapai jika peranan pegawai daerah diketepikan atau kalau dikatakan tercapai oleh kementerian adakah data-data itu tepat dan meliputi semua peringkat rakyat......



asriredha
teratak kasih
alor setar

Berita ini akan dipindahkan ke :  http://www.beritasri.blogspot.com/

29 December 2009

Penjawat Awam Pemegang Amanah Rakyat


Betul sangat tajuk forum ni. Sayangnya tak ramai yang yang yang mari...

22 December 2009

Kelainan Azizan


Jarang kita melihat ruangan pojok Awang Selamat di akhbar Utusan/Mingguan Malaysia yang memuji begitu sekali kepada pihak parti pembangkang. Tapi yang ini, beliau betul-betul memberi satu kejutan dan semangat kepada pihak kerajaan Pas di negeri Kedah. (lihat Mingguan Malaysia bertarikh 20.12.2009) Saya sendiri sudah lama benar pernah buat komen yang sedemikian serupa maksudnya dalam blog ini sebelum ini... Boleh rujuk kembali blog saya bertajuk :  

Ini adalah cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh pihak BN untuk merampas kembali kerajaan negeri Kedah pada pilihanraya akan datang.

Selagi pakatan BN atau UMNO khususnya masih lagi dok menjaga kepentingan peribadi,  ,masih dok lena dengan bayangan kekuasaan, kemewahan dan keseronokan, selagi itu saya rasa amat sukar untuk merampas kembali. YB BN yang sedia ada kena pulun betul-betul kalau nak menang. Begitu calun-calun BN yang akan mengisi tempat-tempat kosong nanti..tidak  boleh lagi dok buat main-main...Kena sentiasa turun kepadang menemui rakyat, menyelesaikan segala masalah rakyat. Pengagihan peruntukan jangan dok berkira sangat..Jangan hanya jaga periok nasi diri sendiri dan kawan-kawan saja....bagi adil dan saksama kepada semua pihak, walaupun bukan penyokong mereka..Dalam keadaan genting seperti inipun masih ada lagi YB yang buat tidak kisah berkenaan persidangan DUN, tuang ikut suka sahaja...tentulah memberikan implikasi yang kurang menyenangkan kepada parti itu sendiri.
Itu tidak kira lagi yang jarang sekali melawat kawasannya, yang masih lagi bercakaran sesama pemimpin dalam kawasan dan sebagainya..semua ini kena cepat diselesaikan kalau nak menang...saya dan pegawai-pegawai kerajaan tidak kisah sangat berkenaan siapa yang perintah, asalkan parti yang memerintah dengan adil, amanah, bertanggung jawab,  tidak membazir, tidak mementingkan diri sendiri, tidak berat sebelah, tidak berlagak, tidak terlalu menonjolkan kemewahan diri dan segala perkara-perkara baik yang dituntut oleh agama yang diamalkan.

Zaman untuk kutuk mengutuk orang lain tidak buat kerja atau buat kerja tidak betul , perli apa-apa orang buat dan seumpanyanya sudah berlalu... Rakyat sudah terbuka pemikirannya...Maklumat boleh dapat dimana-mana. Selagi dikutuk selagi itu rakyat semakin simpati kepada orang yang kena kutuk.. dah banyak bukti-bukti pendekatan kutuk mengutuk ini sebenarnya makan tuan... Ingatlah tu wahai saudara-saudara Islam ku semua... Mai kita pakat buat kerja macam mana nak ambil hati rakyat, dengan program-program yang menarik dan memikat serta memberi kesan kepada rakyat .....
teratak kasih
alor setar

13 December 2009

URUSAN PINDAH MILIK TANAH TUAN AKAN SAYA SELESAIKAN DALAM MASA 1 JAM HARI INI JUGA.... HARAP BERSABAR..

25 November 2009
Hotel A Famosa Resort,
Melaka

Kerajaan berusaha bermacam-macam cara dan pendekatan dalam memberi kesenangan kepada rakyat dan mempermudahkan rakyat membuat sebarang urusan dengan kerajaan. Sesuai dengan moto kerajaan yang memberikan keutamaan kepada RakYaT.

Pentadbiran Tanah tidak terlepas dari menerima tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Atas hasrat tersebut saya berusaha hadir juga dalam Konvensyen Pentadbir Tanah Seluruh Malaysia yang diadakan di Hotel A Famosa Resort, Melaka bermula dari 22 November hingga 25 November 2009. Konvensyen ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Fokus utama konvensyen ini ialah membuat rumusan bagaimana untuk melaksanakan 'kaunter ekspress' segala urusan yang berkaitan dengan urusniaga dan bukan urusniaga tanah dimana bengkel telah membuat 'kenyataan bersama' untuk melaksanakan urusan pendaftaran dan pengembalian dokumen dapat diselesaikan pada hari yang sama. Dalam beberapa transaksi tertentu seperti pindah milik tanah, gadaian tanah, melepas gadaian tanah dan sebagainya boleh dilaksanakan dengan segera dan ada setengah-setengah pejabat tanah telah membuktikan hanya mengambil masa kurang dari satu jam jika dokumen lengkap dikemukakan.

Pelaksanaan 'kaunter ekspress' seperti ini memerlukan transformasi dalam pentadbiran tanah terutama dalam memastikan semua kakitangan terlibat memahami sepenuhnya hasrat kerajaan dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat. Sikap dan cara bekerja perlu berubah.

Dalam hal ini saya juga akan cuba melaksanakan kehendak kerajaan dan memastikan setiap urusniaga tanah dapat diselesaikan pada hari yang sama. Semuanya ini sebenarnya terletak kepada keikhlasan setiap kakitangan untuk bertindak sebaik mungkin seperti mana yang diarahkan. Benda baik orang arah , laksanakan sahajalah sekadar yang termampu, Hendak SeribU DayA, Tidak HendaK SeriBu DaliH..... alasan tidak cukup kakitangan, tidak cukup masa  dan banyak kerja adalah alasan murahan yang selalu dibangkitkan bila saja sesuatu perubahan kearah lebih baik diajukan.

berita lanjut boleh layari di http://www.beritasri.blogspot.com/

Bye..jumpa lagi...

asriredha
teratak kasih
alor setar

SUNYI SEPI SEORANG SASTERAWAN NEGARA

12 Disember 2009
Tune Hotels.com, Kuala Lumpur

Salam sejahtera, sekarang masa yang sesuai untuk saya menggodam keyboard ni.. malampun telah larut benar, semua ahli keluarga sudah tidur, saya sahaja yang belum ketiduran..  Sebenarnya saya dan keluarga bercuti di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Sambil bercuti sempat hadiri khenduri keluarga di Shah Alam...Malamnya balik menginap dii Hotel pelik ini. Saja nak 'try' menginap di hotel ini untuk tahu apa uniknya hotel ini.

Saya kata pelik kerana tidak ada lagi hotel di Malaysia yang buat macam hotel ini. Hotel ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur yang mana ianya dipunyai oleh usahawan pengangkutan udara terkenal iaitu Datuk Tony Fernandez yang mana syarikat penerbangannya Air Asia.com kini menjadi pengangkutan utama rakyat Malaysia dan orang luar disebabkan tambang murahnya yang sukar disaingi oleh lain-lain syarikat penerbangan.


Duduk dihotel ini cuma 'basic' sahaja diberi iaitu sebuah bilik yang kecil molek, katil dan bilik air yang setaraf 4 bintang  serta sebuah kipas angin.Lain-lain kemudahan perlu dibeli atau disewa dari pihak Hotel seperti tuala,  peralatan mandi, penghawa dingin, sarapan pagi, internet dan sebagainya.Hotel ini berkonsepkan sama seperti Kapal Terbang Air Asia. So harganya ok jugalah.. kalau ambil yang basic sahaja dibawah RM100.00 sahaja dengan kedudukan ditengah bandaraya Kuala Lumpur, mana nak cari dengan harga dan kemudahan tersebut. Yang tidak seronoknya duduk dihotel ini ialah TV tidak disediakan sebagai basic. kalau duduk lama-lama kat hotel  agak boring juga.  Itu sebab sebab saya langgan kemudahan internet kat hotel ini  untuk layari web disamping lama juga tidak tengok blog saya dan nak sambung balik apa-apa cerita baru yang ada. Disamping itu parking kereta terpaksa dibayar berasingan satu malam RM6.00 setakat pukul 7.00 pagi sahaja. Kalau lebih satu jam RM2.00. Jadi campur pi campur mai, harganya agak-agak lebih kurang sahaja. dengan hotel tinga bintang yang lain. Ianya sesuai untuk penginapan tidor dan membersihkan diri sahaja.

Selepas balik dari khenduri keluarga di Shah Alam, saja teringat untuk singgah menziarahi bapa saudara kat Petaling Jaya. Bapa saudara saya ni saya panggil 'Wa Lah' Memang terlalu lama benar saya tidak menziarahi beliau di PJ dan dengar khabar beliau agak uzur. Kalau jumpapun beberapa tahun yang lepas adalah di Kedah bila beliau menghadiri aktiviti-aktiviti berkaitan sastera. Sebenarnya sayapun tidaklah berapa rapat benar dengan keluarga Wa Lah ini, maklumlah saya duduk jauh di Yan dan bapa sayapun amat jarang sekali bawa pi berjalan kat PJ waktu itu...nak ke KL/PJ  belanjanya bukan sikit. Boleh belanja rumah sebulan kat kampong. Walau bagaimanapun beliau tetap bapa saudara saya..dan saya tetap ingatnya sampa bila-bila

Nama bapa saudara saya ini ialah Abdullah Hussein.  atau lebih jelas Dato' Abdullah Hussein, Sasterawan Negara Tahun 1996. Terlalu banyak rencana dan berita berkenaan bapa saudara ini, dan beliau banyak merakamkan  perjalanan suka duka kehidupannya dalam memoir dan Novel bersambung-sambung berjudul seperti Sebuah Perjalanan, Perjalanan Mencari Hikmah, Perjalanan Mencari Diri, Perjalanan Mencari Bahasa, Terjebak, dan yang terakhir dan telah meraih perhatian para ahli sastera iaitu Novel Imam.Saya ada juga telah membaca beberapa novelnya terutama berkaitan dengan perjalanan hidupnya kerana sedikit sebanyak saya dapat tahu asal usul keturunan saya...

Beliau juga secara langsung terlibat dengan perfileman malahan isterinya yang pertama adalah seorang pelakon wanita terkenal iaitu Zaiton, nama yang sebaris dengan Sarimah di Malaysia. Zaiton sekarang masih ada dan tinggal di Singapura. Saya masih ingat lagi sewaktu di sekolah rendah, pernah melihat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee datang ke Sungai Limau Dalam dibawa oleh Wa Lah. Beliau memang rapat dengan P.Ramlee. Memang seronok orang kampong waktu tu bila P Ramlee mai ke kampong..Bukan senang pelakan pujaan ramai waktu itu nak mai ke kampong.


Oklah...kita tinggallah cerita-cerita tersebut ..kita sambung balik fasal ziarah saya ke rumah 'wa' saya tersebut...Melihat akan keadaan beliau yang masih boleh berjalan dan bercakap dengan elok membuatkan saya agak terkejut juga melihatnya. Umurnya sahaja saya rasa sudah melebihi 88 tahun. Bapa saya Abdul Rahman Nyak Hussein iaitu adiknya yang ke 2 telah lama meninggal dunia. Cumanya saya rasa beliau  terlalu sunyi sekali memandangkan keadaan beliau yang menghadapi kerosakan pendengaran. Segala percakapan dengannya hanya melalui tulisan sahaja. Bila ditanya adakah masih menulis kreatif lagi, beliau sayu sahaja menyebut sudah tidak lagi menulis kreatif sejak tahun 2002 lagi. Katanya  karya kreatif hanya boleh dihasilkan melalui pengalaman bersosial diluar. Sejak uzur sekian lama, beliau hanya berada di rumah aje, tidak lagi terlibat dengan aktiviti-aktiviti  kesusasteraan mahupun bersosial didunia luar. Otakpun tidak lagi ligat. Ini menyebabkan Wa Lah tidak lagi mampu untuk menulis karya-karya kreatif dan agung seperti  Novelnya IMAM....Kehidupan beliau sekarang amat sederhana dan sayapun tidak pasti samaada rakan-rakan seperjuangan dalam bidang seni dan sastera masih lagi menziarahinya..Dunianya memang sunyi, sesunyinya. Walau bagaimanapun saya mendoakan beliau sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan dipanjangkan umur..Entah bila lagi dapat menziarahinya..

Oklah mengantuk benar rasanya... ditambah lapar lagi ni..nak kena turun ke bawah tengok apa yang ada dijual kat gerai berdekatan sambil tengok suasana tengah malam di Bandaraya Kuala Lumpur..

Cerita lanjut keluarga dapat dilayari di blog saya lainnya  :   http://www.semangatjatikeluarga.blogspot.com/
``
asriredha
teratak kasih
alor setar

10 December 2009

Pilihanraya Umum Ke 12 : Komen Dan Ulasan Insan Kerdil

Catatan: Mohd Asri Redha
Diedit balik 14.06.2011

Sambil dok melengong malam ni tak tau apa nak buat baik ambil 'net book' yang dari tadi dok kerling tuannya bila la dia nak buka ... ni dah buka..... tiba-tiba teringat pula rupanya dah lebih 3 tahun kerajaan pakatan rakyat memerintah di Kedah.  Bahang pilihanraya umum kembali bergema kembali... maka terasa nak tengok balik isu-isu pilihanraya yang lalu dan kenapa BN boleh kalah dalam pilihanraya umum yang lalu di Kedah. Saya pernah tulis isu ini dalam blog beberapa minggu selepas tamat pilihanraya umum yang lalu... rasanya ada relevannya dengan keadaan waktu  ini... mana-mana parti parti dan orang yang nak jadi calun patut tengok dan baca pilah pandangan seorang pegawai KCS seperti saya ini yang bekerja secara langsung dengan rakyat. Tak kiralah ianya dari UMNO atau PAS atau sesiapa sahaja..  jadi sengaja saya bentangkan balik pandangan saya dalam blog BERITA KCS ini kerana sebagai Pegawai KCS yang mendokong prinsip tidak menyebelahi mana-mana pihak,  apa yang  saya coretkan dibawah ini adalah cerita benar hasil dari pengalaman bekerja di peringkat yang rapat dengan rakyat bawahan.... dan seharusnya ianya jangan diulangi lagi oleh mana-mana pihak sekiranya mahu menarik perhatian atau undi rakyat.....Bagi saya sebagai pegawai KCS sesiapa sahaja parti yang dipilih oleh majoriti rakyat untuk memerentah negara atau negeri ini maka itulah yang kita ikut  dan melaksanakan dasar-dasar yang itetapkan.......

Selamat membaca..............................................
00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

Salah satu sebab aku mengujudkan laman blog ini bukannya ada apa cuma sekadar nak luahkan isi hati aku berhubung dengan pilihanraya umum ke 12 yang baru lalu. Keputusan pun semua orang dah tahu dan bagaimana cuaknya semua orang berhubung dengan keputusan-keputusan yang tidak diduga itu. Macammana tak cuak dan seriau sebab dah lama dah Malaysia ni diperintah oleh satu parti yang dinamakan Barisan Nasional, alih-alih dengan tak semena-mena BN tak dapat majoriti 2/3 dan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor termasuk juga Wilayah Persekutuan diperintah pula parti lain pula yang bukan pro kerajaan. Ini yang buat semua orang merasa suatu keputusan yang sukar diterima. Sedangkan sebenarnya diluar Malaysia dah berapa kali kerajaan bertukar pemerintah.Sebagai seorang pegawai kerajaan seperti aku ni, pun terfikir juga apa nak jadi ni. apatah lagi perubahan pentadbiran ni berlaku di Kedah DA. Sebagai pegawai kerajaan aku menyedari dalam apa keadaanpun konsep nutral tu kena ada dalam diri seorang pegawai kerajaan. Siapa yang memerintah kita akur dan laksanakan apa-apa dasar yang dirumuskan oleh pemerintah. Ini yang sepatutnya. Kita jangan sangat terlalu keterlaluan dalam hal ini atau ‘over action’ macamlah kita juga seorang ahli politik yang turut berkempen sakan akan parti-parti yang kita sokong. Orang macam ni kalau parti yang menang tu ialah oparti yang disokong oklah, tapi kalau parti yang disokong kempen sakan tu parti lain, mana nak letak muka, sebab nak kena berkhidmat dengan parti yang menang itu. Akhirnya masalah akan timbul baik kepada pemerintah yang menang ataupun kepada pegawai itu sendiri.

Sebab itu aku amat memahami situasi ini tidak akan sekali-kali terbawa-bawa dengan emosi dalam menjalankan tugas harian. Yang penting bagiku adalah rakyat jelata yang amat memerlukan bantuan, sokongan, nasihat, bimbingan dari pegawai-pegawai seperti aku ni.Ini yang penting bagi aku. Kadang-kadang tu rasa sedih juga melihatkan keadaan rakyat jelata di negeri kedah ni, bukannya mewah sangat, baru saja nak membangun dah jadi macam ni. Program membantu rakyat yang sebahagian besarnya baik juga terpaksa dikaji semula oleh Kerajaan Persekutuan dan pendekataan pelaksanaanpun rasanya akan diubah lari dari proses biasa yang dibuat sbelum ini. Rakyat akan terjejas dan merasai akan kesannya.Bukan tak ada yang tak baik semasa kerajaan dulu, ada juga dan tak boleh dinafikan tapi sebagai pegawai kerajaan terpaksalah ikut dasar pemerintah masa tu. Kita hanya sekadar boleh memberi pandangan dan nasihat berkenaan keburukan dan kebaikan tetapi kalau dah nak dibuat juga sapa boleh tahan. Banyak sangat dah contoh-contoh yang berlaku sebelumnya akibat tindakan-tindakan yang bersifat berkepentingan peribadi kesannya akan merugikan kerajaan negeri yang terpaksa membayar kos dan hutang-hutang terbengkalai.. Namun keadaan ini tidak memberi kesedaran kepada pemerintah-pemerintah yang selanjutnya. Inilah akibatnya dan rakyat sentiasa melihat perkara ini. Dunia sekarang bukan dunia 30 atau 40 tahun yang lalu. Maklumat begitu mudah tersebar. Rakyat sekarang dah pandai dan bijak dalam mendapatkan maklumat, seperti mana yang selalu disebut oleh pemimpin-pemimpin politik dalam ucapan-ucapan meraih undi mereka bahawa sekarang ‘rakyat bijak menilai dan pandai berfikir’. Jadi kalau kita sedar kearah itu cara pemikiran rakyat janganlah kita buat sesuatu perkara dan tindakan yang menjadi isu yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat. Jangan cakap saja tapi tidak serupa bikin. Silap-silap cakap akan memakan diri. Cara mana yang mereka boleh buat untuk ajar pemimpin yang cakap tidak serupa bikin dan bikin atas dasar ada kepentingan diri . Setakat rakyat biasa nak pi habaq atau nak pi tegor depan-depan, rasanya dah berbuih mulut rakyat bercakap fasal tu , tak ada kesanpun. Tapi itu lah realiti sebenarnya yang secara senyap-senyap rakyat melahirkan kekecewaan mereka melalui pengundian pilihanraya.

Lihatlah sekarang apa dah jadi. Kerajaan negeri sudah terbalik dan dikuasai oleh Barisan Pakatan Rakyat diterajui oleh Pas, Keadilan dan DAP. Timbul persoalan pula adakah ini sebenarnya yang dikehendaki oleh rakyat?…tepok dada tanya selera. Keputusan dah dibuat, tunggu dan lihatlah apa yang akan berlaku…tapi yang aku sedih sangat, dimanakah kedudukan bangsaku bangsa Melayu yang menjadi penduduk paling banyak di Malaysia tapi kuasanya semakin terhakis sedikit demi sedikit akibat perpecahan dan persengketaan sesama kita…..*** Tak habis lagi ni taip…banyak lagi aku nak celoteh ni terutama nak cerita balik apa fasal BN boleh kalah di Kedah dari pandangan aku sebagai pegawai kerajaan yang bertugas hampir 20 tahun diperingkat akar umbi…..sorry no nak kena pi pekena roti canai dulu baru dapat idea sikit. Kalau ada apa-apa komen dan pandangan bolehlah masuk dalam laman blog saya ni boleh kita sembang-sembang dan memberi pandangan.Assalamualaikum, salam sejahtera

Pagi ni 00.00.00 rasa lapang sikit dan tak dak banyak kerja nak dibuat, maka bolehlah aku jengok sat kat blog aku ni. Sambung balik fasal cerita politik yang tak habis lagi ni…yalah fasal pilihanraya umum yang baru dah lebih setahun berlalu tu..u lah..walaupun dah lebih setahun, tapi perbincangan dan pandangan yang bermacam-macam masih panas lagi dimedia-media baik di media massa maupun media elektronik, apatah lagi kalau rajin melayari blog-blog yang bercambah tumbuh macam cendawan...Duduk saja-saja terfikir apa kata aku buat ulasan sebab-sebab atau kenapa Barisan Nasional boleh kalah banyak hingga tidak memperoleh majoriti 2/3 dan beberapa negeri telah jatuh ketangan pembangkang..Menarik juga isu ni kalau boleh ulas fasal ini dari perspektif pegawai kerajaan yang bertugas diperingkat akar umbi, yakni diperingkat bawah. Sebenarnya kalau baca banyak akhbar-akhbar utama, akhbar nyamuk seperti kata setengah orang, tengok blog, ulasan-ulasan dalam forum-forum yang dianjurkan dan sebagainya banyak sangat dah diperkatakan tentang sebab-sebab begitu begitu ramai pengundi-pengundi dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu beralih angin dengan mengundi pembangkang. Tapi itu dari perspektif mereka yang mungkin mereka mendengar, membaca, mengkaji, kepercayaan mereka, kesediaan mereka menerima berita maklumat melalui sms, surat layang dan sebagainya.

Apa yang aku nak cakap ni adalah berasaskan kepada pengalaman aku sendiri yang juga terlibat juga dalam pengurusan JKKK, pengurusan projek pembangunan didaerah, penguatkuasaan undang-undang tanah dan PBT, terlibat secara langsung dengan orang kampong, pemimpin-pemimpin NGO, pemimpin politik dan pengalaman aku juga sebagai dulunya adalah budak kampong yang bergelumang dengan lumpur dan jerami dengan suasana kekampongan tulin. Apabila kita menjiwai sendiri suasana ini barulah kita boleh bercakap berkenaan perkara yang ada kaitan dengan suasana tersebut,suasana yang dialami sendiri maka barulah pandangan dan keputusan dapat memberikan yang terbaik rasanya.Berbalik kepada persoalan, kenapa BN boleh kurang menyerlah dalam pihanraya kali ini?

Aku akan senaraikan banyak faktor-faktor yang mungkin pada sesetengah orang anggap perkara ni dianggap remeh-temeh sahaja dan tak ada kesanpun pada pengundi..Sebahagiana perkara ini juga diambil sambil lewa sahaja oleh pemimpin-pemimpin politik baik diperingkat nasional, negeri dan kawasan seolah-olah ianya tidak ada kesan langsung pada pengundi.

i.PEMBERIAN ELAUN KEPADA PENGERUSI & SETIAUSAHA JKKK (DiKedah sahaja)
Pemberian elaun ini kalau di Kedah Pengerusinya dapat RM450.00 manakala Setiausahanya dapat RM250.00. Di negeri Kedah istimewa sedikit walaupun kantong kerajaan tidak banyak tapi Pengerusi JKKK Kerajaan Negeri Kedah tambah lagi RM50.00 darir RM400.00 yang kerajaan persekutuan bagi. Setiausaha pula 100% kerajaan negeri bagi. Kerajaan Persekutuan taka bagi langsung. Itulah istimewanya JKKK di Kedah ni. Harapan kerajaan kalau dapat elaun ni kuat lagilah sokongan peringkat bawah kepada kerajaan tetapi malangnya jadi terbalik pula…Inilah gara-gara kalau main dengan duit. Kalau dilihat dari segi pemberian ini memanglah bagus dan wajar berasaskan peranan Pengerusi dan Setiausaha dalam membangunkan kampongnya. Pada fikiran aku yang taklah pandai sangat bab-bab ni, pemberian elaun JKKK memang amat wajar sekali tetapi cara pelaksanaan pemberian ini amat tidak sesuai sekali.

Pada pandangan ku pemberian elaun kepada Setiausaha dan Pengerusi JKKK inilah yang memporakperandakan lagi institusi JKKK. Dulu sebelum ada elaun, setiap ahli JKKK bekerja juga dengan penuh semangat dan bekerjasama dalam menjayakan setiap agenda pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal di kampong mereka. Semuanya berjalan elok aje tanpa ada apa-apa maslah.

Kenapa aku berkata begitu ?..Pemberian elaun kepada individu tertentu telah menghakis semangat kerjasama setiap ahli JKKK yang seramai 15 orang yang ada itu. Bukan semua Pengerusi dan Setiausaha JKKK buat kerja yang sebenar-benarnya patut buat kerja. Setengah JKKK itu mesyuarat pun tidak pernah buat untuk membincangkan program-program yang dirancang dan dilaksanakan dalam kampong masing-masing. Ini tidak dinafikan. Berapa sangat JKKK yang hantar minit mesyuaratnya ke Pejabat Daerah untuk diteliti oleh pentadbiran daerah apa yang dibincangkan. Kalau adapun hanya sekadar bincang minta projek-projek pembangunan fizikal. Itu saja. Kalau tak ada apa nak minta tak payah buat mesyuarat. Sedangkan banyak lagi agenda lain yang boleh dibincangkan seperti ekonomi, sosial, keselamatan, pendidikan, pembasmian kemiskinan dan sebagainya.Tapi ini tidak dibincangkan. Biasanya jabatan-jabatan kerajaan akan menjadi mangsa kalau projek yang dipohon tidak diluluskan seolah-olah jabatan kerajaan kena bagi peruntukan setiap permohonan yang diajukan, sedangkan jabatan juga mempunyai keutamaan yang tersendiri dan peruntukan yang terhad.

Dikampong la ni banyak budak-budak dok melepak, kes salahlaku moral bersepah dimerata tempat, tanah terbiar banyak dikampong-kampong, pengangguran pun ada di kampong, orang-orang miskinpun ada dan macam-macam lagi. Semua ini boleh dibawa bincang dalam mesyuarat JKKK, tapi dari penelitian saya tak banyak yang bawa masuk perkara-perkara seperti itu seolah-olah nak melepas tangan aje. Sepatutnya sebagai pemimpin dalam kampong, perlu ambil berat semua perkara dan cuba diatasi dan ditangani d engan sebaik mungkin dengan kerjasama ahli-ahli JKKK yang ada.

Pemberian peruntukan elaun JKKK kepada Pengerusi dan Setiausaha yang secara kebetulan sebahagian besar adalah pengerusi dan setiausaha cawangan UMNO adalah bermotifkan politik. Itulah puncanya. Nak jaga ketua-ketua dan setiausaha cawangan supaya sentiasa menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan diperingkat kawasan, negeri dan nasional. Sepatutnya pengujudan JKKK tidak boleh mengikut cawangan UMNO. Tapi siapa yang berani tegor, kalau tegor takut nanti akan dicop anti kerajaan pula. Tapi kesannya cawangan UMNO tumbuh merata-merata, Berkelahi sikit dengan ketua cawangan tubuh cawangan baru, bila dengar Pengerusi dan Setiausaha JKKK dapat elaun bulanan lagi sakanlah tekanan kepada kerajaan negeri untuk tambah kawasan JKKK. Pihak kerajaan negeri tidak boleh nak tahan-tahan dan pertimbangkan dengan waras maka lulus juga tubuh JKKK baru. Kadang–kadang tu naik lawak juga tengok kawasan JKKK yang ditubuhkan. Setengah tu sampai tak tau mana sempadan lagi bercampur aduk antara satu sama lain. Bilangan ahlipun tidak banyak mana pun nak tubuh JKKK baru. Lepas tu bagi amaran pula kepada YB-YB kalau tak mau sokong, tunggu pilihanraya atau tunggulah mesyuarat pemilihan bahagian nanti. Kriteria-kriteria dan asas pengujudan JKKK yang ditetapkan tidak lagi dipakai pakai ikut suka sahaja. Kalau di Langkawi quarters lapangan terbang pun ada JKKK yang tersendiri. Taman-Taman perumahan pun la ni dah ada JKKK berbeza dulu syarat ketat ditetapkan tidak boleh sewenangnya ditubuhkan JKKK baru.

Kalau nak tubuhpun JKKK baru kenalah ada justifikasinya yang menyakinkan seperti bilangan keluarga, bilangan penduduk, pelan kawasan agar tidak bertindih, sebab-sebab mahu diujudkan seperti kawasan terlalu luas dan sebagainya. Bukan sebab ditubuhkan JKKK baru kerana saja nak tubuh JKKK, atau sebab ada cawangan UMNO baru ditubuhkan, atau ahli tak bersefahaman lagi dengan kepimpinan JKKK yang sedia ada dan sebagainya. tapi aku rasa motif yang tersirat kebanyakannya adalah kerana nak dapat elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK. Itu yang betulnya walaupun tidak sapa yang berani nak mengiyakannya.. Duit sapa yang tidak mahu.. bukan gaduh buat apa-apa pun, cuma bagi ada pengaruh sahaja dan dapat jadi Pengerusi atau Setiausaha JKKK dapatlah elaun. Tidak ada siapa yang boleh arah kita buat kerja kalau tidak mahu buat. Bukannya ada ‘punch card’.. Tidak buat mesyuarat pun tidak ada sapapun tidak kacau. cukup bulan terima elaun. Lepas tu dok pi tayang pula kat ahli-ahli JKKK lain yang tidak dapat elaun, lagilah berbulu ahli-ahli tu.

Kalau ada pengerusi dan Setiausaha buat kerja betul tu aku tidak nafikan memang ada yang betul-betul buat kerja. Depa ni amat senang sekali kalau jabatan-jabatan nak berurusan dengan mereka sebab dia buat kerja dan jaga betul-betul kampong mereka. macam-macam program diator. Naik turun ke pejabat-pejabat kerajaan perkara biasa bagi dia untuk dapat bantuan dan projek kampongnya memang tidak dapat dinafikan semangat mereka ini. Kadang-kadang tu kena perli, kena pemain dan sebagainya tapi depa tetap usaha sampai dapat apa yang dirancang. Aku amat respek sangat kat pemimpin macam ni ini, ada setengah kampong sampai jadi johan mendapat bermacam-macam anugerah disebabkan program dan aktiviti yang diatur dikampongnya yang kadang-kadang tu duit elaun yang dia dapatpun tidak cukup untuk tampong aktiviti yang diatur. Tapi berapa kerat sangat pemimpin seperti itu….Boleh bilang dengan jari saja.

Sebab tu bagi pemimpin JKKK yang tidak buat kerja membuatkan ahli-ahli lain naik meluat dan menyampah tengok apatah lagi dok makan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK. Itulah yang menyebabkan ahli JKKK yang tidak mendapat elaun malas nak buat kerja, malas nak kempen waktu pilihanraya, malas segala-gala disebabkan Pengerusi dan Setiausaha yang malas juga. Tunggulah pemilihan cawangan UMNO nanti yang nak mai nanti pasti akan ada persaingan sengit untuk merebut jawatan Pengerusi JKKK. Di Kedah ni walaupun BN kecundang untuk perintah negeri, tapi aku difahamkan semua Pengerusi dan Ahli JKKK yang sedia ada akan dikekalkan dan diletakkan dibawah pentadbiran kerajaan pesekutuan dan masih mendapat elaun pengerusi. Biasanya persaingan merebut jawatan akan melibatkan perpecahan dalan organisasi itu sendiri. Tengoklah nanti. Tidak perlulah dinafikan hal ini walaupun ada berkata tidak berlaku perpecahan. Rasa tidak puas hati dan terkilan pasti akan ujud antara ahli .

Itu sebab aku berpandangan sebahagian besar ahli JKKK tidak memainkan peranan sebenar dalam menyelami hati dan perasaan masyarakat/ pengundi dalam kawasan mereka disebabkan isu inilah, cemburu hanya Pengerusi dan Setiausaha sahaja yang dapat elaun yang lain hanya dapat beban tugas. Keasyikan kita dalam kemewahan yang dinikmati oleh Pengerusi dan Setiausaha telah membuatkan mereka alpa kepda kebajikan rakyat dibawah mereka dan akhirnya mereka memberontak dan memberikan undi kepada parti pembangkang. Mereka tidak buat kerja-kerja yang sepatutnya dalam memastikan rakyat dikampong mereka tidak meluat kepada pemerintah. Telah terbukti dan diucapkan oleh Perdana Menteri bahawa salah satu faktor kekalahan calun barisan nasional atau calon UMNO sendiri dalam pilihanraya umum ke 12 tempoh adalah disebabkan oleh sabotaj ahli-ahli dalam UMNO sendiri. Apakah sebab-sebab mereka sabotaj adalah isu-isu seperti inilah kerana pemberian elaun pengerusi dan setiausaha JKKK.

Sebelum ni kerajaan negeri ada hantar pemimpin-peminpin JKKK menunaikan haji di Mekah. Kriteria pemilihan tu seperti biasalah memang ada iaitu pemimpin yang aktif, menunjukkan prestasi yang cemerlang, kampongnya pernah mendapat anugerah-anugerah, ahli terbanyak, dan bermacam-macam syarat ketat yang diletakkan dan inilah pemimpin yang dicari oleh pegawai daerah. Maklumlah nak hantar seorang JKKK kosnya melebihi RM10,000.00. banyak tu.. Alih-alih bila diserahkan kepada wakil rakyat untuk menentu kata putus pemilihan calun menjadi sebaliknya, pilih ikut penyokong kuatnya, kadang-kadang penyokong tu bukan buat kerja tera mana pun tapi ambil juga. Ini menghilangkan keyakinan ahli-ahli dalam parti itu sendiri. Setakat pandai bercakap saja tak memadai. Pemimpin kena tunjuk corak kepimpinannya di kampong hingga menjadi benar-benar berjaya dan dikenali ramai. Penduduk dibawah kepimpinannya tak ramai yang menentang kerajaan semuanya puas hati, maka barulah bila ada pilihanraya nanti kawasan menjadi kubu kuat.

Aku ingin mencadangkan supaya elaun tidak lagi diberi kepada pengerusi/setiausaha tetapi diberi kepada tabung JKKK itu sendiri. Biarlah semua Ahli Jawatankuasa itu sendiri yang memutuskan kegunaan elaun bulanan yang diberikan kepada JKKK. Kalau nak beri sebahagian kepada Pengerusi/Setiausaha JKKK pun tidak apa asalkan ianya mendapat sokongan semua pihak dalam JKKK tersebut. Dengan cara ini semua pihak berpuashati. Taklah sabotaja setiap aktiviti yang diatur. Peruntukan elaun bulanan yang diberi oleh kerajaan ini boleh digunakan untuk mengadakan bermacam-macam aktiviti yang berfaedah kepada semua rakyat dalam kampong tersebut seperti mengadakan program gotong royong, masuk jawi beramai-ramai, pakatan kampong, bantuan kepada pelajar, jamuan raya,lawatan dan sebagainya. Jadi tidak lah setiap aktiviti hendak mengharapkan sumber kewangan dari YBb Kawasan sahaja atau dari kerajaaan semata-mata. YB pun kita tahu kalau takat peruntukan khas yang mereka dapat bukannya cukup sangat..Tak taulah kalau ada dari sumber lain. Yang nanti aku akan ulas dalam tajuk lain pula.

Soal duit ringgit ni tak boleh dibuat mudah. Kalau kita diajar dengan digula-gulakan dengan duit ringgit walaupun sikit tunggulah musibahnya. Inilah yang aku takut sangat sejak dari awal lagi. Tapi siapalah aku..boleh buat apa sangat. Tetapi sekurang-kurang peristiwa PRU 12 ini patut diambil iktibar oleh semua terutama oleh pemimpin-pemimpin yang membuat dasar diperingkat negeri maupun diperingkat kementerian persekutuan agar dalam melaksanakan dasar yang berkaitan orang biasa macam aku ni kena kaji betul-betul. Kalau silap perancangan hancur lebur jadinya. Jangan terbawa-bawa agenda kepentingan peribadi dan oleh orang-orang sekeliling yang juga ada agendi peribadi sendiriOklah, nampaknya terpaksalah aku stop sat kat sini, nak selesai kerja dulu. Cukup cerita fasal JKKK. Nanti marah pula dia orang kat aku. Nanti orang kata dok asyik main blog aje makan gaji buta ka…tap apalah nak kata apapun. ni aku taip waktu rehat tengahari. Sanggup tak makan tengahari nak taip cerita fasal pilihanraya ni…Nasib baik ada kopi 3 dalam 1. Dah mula ketagih kopi 3 in 1…..oklah jumpa lagi dalam tajuk lain faktor pengundi kurang beri undi kepada BN…. Kalau ada nak komen bolehlah masuk dalam blog saya ni. bye.23.04.08, 1.00 pm

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua teman-teman

Jumpa lagi. Tengahari ni rasanya ada lapang sikit bolehlah perah otak sikit untuk sambung kisah yang tidak habis lagi tu. Inipun baru balik dari Bank pergi tunaikan cek pilihanraya untuk petugas pilihanraya yang baru lalu. Banyak juga nak kena bawa balik kat ofis. Hampir RM100,000.00. Kalau penjenayah tahu nahas aku…Berbalik kepada faktor ke 2 kenapa BN boleh kurang diundi pada pilihanraya kali ini ialah faktor...

b. PELAKSANAAN PROJEK KECIL LUAR BANDAR..

Inipun satu hal juga. Aku nak kena cerita juga sebab benda-benda ini nampak macam tak berapa relevan dengan pilihanraya kalau dilihat secara kasarnya. Takkanlah bagi projekpun orang tak mau sokong. Tapi pada aku inipun salah satu faktor juga yang menyebabkan sebahagian orang-orang kampong naik marah dan tidak puas hati kepada pemerintah. Kerajaan dah berbelanja beratus juta ringgit malahan ribuan juta ringgit untuk menyediakan pelbagai infrastruktur asas kepada rakyat diperingkat bawahan. Aku adalah salah seorang pelaksana kepada program-program yang diatur oleh peringkat atasan. Bidang tugas aku memang dok jaga orang-orang kampong supaya mereka sentiasa berpuashati dengan perkhidmatan kerajaan. Jangan bagi mereka bersedih dengan kedhaifan mereka, bersedih dengan kekurangan kemudahan-kemudahan awam asas di kampong mereka dan pastikan setiap kemahuan dan kehendak penduduk kampong sampai kepada yang sepatutnya untuk difikirkan langkahan menangani seterusnya...Banyak yang aku nak cerita fasal ni. Sebab banyak idea mai bila bincang tajuk ni. Sebab kena mengena dengan kerja yang aku dok buat sekarang ni. Mungkin kelemahan aku pun ada juga fasal apa bagi depa dok bagi dalam situasi yang menyebabkan sebahagian besar pengundi sokong pembangkang. Fasal apa orang makin tak suka walaupun peruntukan makin banyak disalurkan. Tentu ada sebabnya kenapa berlaku perkara begini.

Pelaksanaan projek kecil luarbandar yang dilaksanakan didaerah kadang-kadang boleh mengundang padah jika tidak dikawal betul-betul. Ini kerana dari pengalaman aku sendiri kebanyakan projek-projek kecil luarbandar banyak dimain peranan oleh orang-orang politik. Minta maaf banyak-banyaklah kalau aku terpaksa cerita bab ni bukannya ada apa, aku tak mau nanti perkara ini akan berulang lagi jika manalah tau BN boleh ambil balik kerajaan negeri. Elok dijadikan sandaran dan pengajaran supaya jangan dok buat kelaku macam tu lagi, buruk padahnya.

Ingat tak lagi dulu waktu negara menghadapi kegawatan ekonomi dan bagaimana kerajaan bertindak pantas dengan pelan tindakan ekonomi menambahkan perbelanjaan dalam negera. Salah satu caranya kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sejumlah besar wang bagi melaksanakan projek infrastruktur setiap daerah dimana sampai RM6.00 Juta setiap kawasan parlimen disediakan tak termasuk projek-projek lain lagi. Pembahagian mengikut kawasan Parlimen pun dah menunjukkan pertimbangan politik yang diambil kira. Waktu ni pula dikeluarkan arahan supaya dilibatkan orang politik atau wakil rakyat dalam membuat keputusan senarai projek dan juga keputusan kontraktor yang dipilih. Ini menunjukkan seolah-olah Pegawai Daerah atau pegawai kerajaan tak boleh diharap sangat. Tak apalah pertimbangan apapun asalkan pelaksanaan projek tu biarlah telus, bermutu, cekap, bersih dan adil. Tapi sedih sungguh rupanya pelaksanaan pelan ini rupanya menguntungkan sebahagian orang sahaja, terutama yang rapat dengan orang-orang berpengaruh. Mewah sungguh waktu tu dengan kontraktor tak heran langsung kepada Pegawai Daerah sampaikan pi buat projekpun tak jumpa juruteknik pejabat daerah langsung, punyalah hebat waktu tu. Depa rasa depat dapat projek tu orang politik yang tolong depa..Pegawai Daerah tak ada apa. Sedangkan pelaksanaan projek dilaksanakan oleh Pegawai Daerah baik dari penyediaan spesifikasi kerja dan juga pemereksaan serta pengesahan projek. Pegawai kerajaan tak boleh nak tegor langsung. Jadi banyaklah kerja-kerja yang dibuat tu tak sempurna dan tidak berkualiti. Bayangkan buat jalan kampung, rumputpun boleh tumbuh atas jalan menunjukkan betapa nipisnya bahan binaan dibubuh dan tidak berkualitinya kerja-kerja tersebut. Juruteknik bolehlah tegor dan buat potongan dan hasilnya berlakulah banyak pertelingkahan antara pemimpin politik , kontraktor dengan pejabat daerah.

Aku sendiri sebagai pegawai pengurus projek biasa kontraktor buat tak kisah dan tak kenalpun dan tak pernah mai jumpa pun, tau-tau pi buat projek, tau-tau mai buat tuntutan sahaja. Tetapi oleh kerana kebanyakan pegawai daerah dan kakitangannya malas nak memanjangkan perkara itu, buatlah juga pengesahan dalam keadaan terpaksa. Nak boleh buat apa waktu tu depa tengah berkuasa dan diberi kuasa…Tapi itulah hakikatnya. Rakyat tengok dan menilai apa yang mereka buat. Nasib baiklah waktu pilihanraya lepas tu BN masih kuat berkuasa, mungkin gelombang tsunami waktu tu tak berapa nak kuat lagi seperti mana yang berlaku dalam PRU 12.. Tapi benda tu sentiasa berakar dan berkembang dan semakin hebat pula orang yang berkuasa menunjukkan kuasa tanpa sedari bahawa bunga-bunga kemarahan rakyat semakin berkembang tunggu untuk dipetik sahaja dan tunggu gugur sahaja.

ii. PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Ini satu lagi kes yang aku rasa mana-mana tempatpun lebih kurang serupa aje..bab bila nak laksana projek, pada waktu ni pengerusi JKKK ada yang begitu berkuasa dalam menentukan kat mana nak buat projek. Maka diatorlah projek tu ikut suka dialah. Kalau jalan kampong tu dibuat masuk kerumah-rumah yang setia jadi pengikutnya. Yang mana melawan sikit tak ada harapan. Aku tak hairan kalau yang tak dapat tu orang bukan BN/UMNO kerana memang dari awal lagi depa tu memang tak dapat apa, ni yang orang yang jadi ahli parti pemerentah pun tak dapat apa sebab tak sebulu dengan pengerusi. Banyak sangat berlaku dalam masyarakat. Pegawai kadang-kadang tu ’strict’ juga , katalah dia tak terima cadangan tu sebab lebih kepada kepentingan individu, lalu depa minta YB campor tangan, maka akhir buat jugalah…Bagiku tak berapa nak kisah sangat janji projek buat. Yalah pegawai kerajaan macam aku ni bukan tak boleh buat kerja ikut undang-undang dan peraturan 100% tapi buat apa dok pening kepala dok berbalah dengan orang politik, pegawai-pegawai macam aku ni banyak guna budibicara juga, kalau tidak susah juga YB nak buat kerja dengan rakyat sebab banyak prosedur-prosedur kewangan tak diikuti oleh mereka. Tapi tak apalah walaupun risiko terpaksa ditanggong oleh pegawai, yang aku risau sangat ialah kesannya kepada rakyat.Memang hebat mereka ni.

Aku cakap ni bukannya tuju kepada semua pengerusi-pengerusi JKKK, banyak yang bagus dari yang tak bagus. Tapi aku nak cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam mengendalikan pelaksanaan projek-projek kerajaan. Inilah realitinya. Fasal apa tak sebulu dengan pengerusi/setiausaha JKKK adalah kerana mungkin sebab ada persaingan nak rebut jawatan, tak puas hati fasal pengagihan projek dan sebagainya.

La ni banyak sangat jawatan yang menjadi idaman, sampaikan pengerusi dan setiausahapun akan jadi pertandingan sengit, lebih-lebih lagi dapat elaun bulanan pula. Semua ini merenggangkan hubungan sesama ahli itu sendiri. Cuba bayangkan bagi ahli JKKK atau ahli masyarakat lain yang juga penyokong kerajaan tapi kalau pemimpin kampong tu dok kira kaum kerabat dia sahaja dalam setiap projek dan bantuan kerajaan, sapa yang tak jaki dan geram… Dok pendam lama-lama bila mai pilihanraya YB kawasan tak sedar habaq dengan apa yang dah berlaku di kampong dan tak sempat nak bagi damai balik dan akhirnya depa marah semua orang dan pangkah parti pembangkang. Ini yang dok jadi pada PRU yang lepas. Peruntukan yang diguna untuk maksud kesejahteraan rakyat melalui kerajaan BN telah membawa kepada penentangan pula kepada kerajaan. Kalau begini jadinya lebih baik jangan bagi apa lebih baik.

Dulu tak dapat sebanyak la ni pun masih kuat menjadi penyokong parti pemerentah sebab mereka berjuang tanpa ada kepentingan diri sendiri. Sebab tu mai lah ribut dan taufan apa pun, depa takkan rebah terguling begitu sahaja. Mereka masih bertahan sebab mereka sayangkan bangsa mereka iaitu bangsa Melayu. La ni depa tak berapa kira bab tu.. Tak puas sikit saja kira nak bagi terbalik, walaupun perahu yang dia sendiri naik dia nak bagi terbalik juga. Akhirnya dengan dia-dia sekali tenggelam, macam dok jadi la nilah. Ha..barulah puas. Tengoklah apa dah jadi dengan Selangor dan Perak. Pulau Pinang lagilah merana orang Melayu di situ. Malu nak letak muka tang mana. Melayu ramai tapi sapa yang dok ‘control’ kerajaan negeri tersebut..fikirlah habis-habis.

Kontraktor-kontraktor yang dapat banyak projek kerajaan yang ditaburkan kepada mereka, banyak yang tidak membantu meningkatkan sokongan rakyat kepada pemerentah. Kontraktor yang macam nipun banyak juga. Depa kira periuk nasi mereka sahaja tanpa mengira kepentingan rakyat secara keseluruhannnya.. Buat projekpun sub kepada orang lain. Depa dok makan komisen saja. Sampai bila nak maju dan dapat belajar secara mendalam pelaksanaan sesuatu projek. Buat kerjapun halal balal saja, tidak berkualiti, lambat disiapkan dan mahal pula tu. Projek lambat, kerja tak berkualiti dan nampak mewah pula gaya hidup mereka . Mereka akan sentiasa dilihat oleh rakyat. Rakyat melihat, mendengar dan mengkaji apa yang berlaku depan mata mereka. Rakyat marah orang-orang seperti ini. Pegawai seperti aku kata tadilah bukan boleh dok tegor-tegor sangat. Kalau tegor dan periksa lebih-lebih sangat nanti depa bawa pi ke atas nak tukar orang tu dan orang ni. Macam-macam lah depa cerita.

Terus terang aku katakan sebagai pegawai kerajaan tak pernahpun terlintas padaku untuk sabotaj kerajaan tugas harian. Sebab tu di Langkawi aku cuba sedaya upaya cuba memastikan jangan ada rakyat yang marah kepada kerajaan fasal projek. Setiap projek yang diluluskan aku laksanakan segera sebelum pilihanraya yang lalu dengan harapan rakyat tahu bahawa pemerentah amat prihatin dengan rakyat. Projek ini pula di serah pada YB untuk buat apa yang patut nak menunjuk kata YB juga memain peranan dalam mendapatkan projek tersebut..Pegawai Kerajaan macam aku ni nak buat apa dok pi tonjol-tonjol diri.. aku bukan ahli politik. Aku pegawai kerajaan yang diberi sejumlah wang untuk tugas yang aku lakukan yang diarah oleh pemerentah. Aku laksanakan tanpa berbelah bagi…

Pengalaman aku sendiri pernah pergi periksa projek di Kuala Kedah bawa sekali dengan Pengerusi JKKK untuk tengok apa yang aku nak buat bersama juruteknik. Kalau ikut lojiknya Pengerusi JKKK akan sokong apa yang kita buat sebab nak bagi elok kerja kontraktor yang buat kat kampongnya tapi alih-alih dia dok marah dan perli pula aku dan juruteknik sebab terlalu ketat sangat pemeriksaan projek. Rupanya dia nak cari makan tak boleh… nak cari makan lagu mana fikiaq sendiri.. faham-fahamlah.. Inilah isu dan masalahnya yang sukar nak diterangkan kecuali kita mengalami sendiri akan pengalaman ini.



Kalau selalu buat pemeriksaan macam ini, susahlah nak cari makan. Baru kontraktor buat kerja betul-betul..Kena turun padang sendiri tengok apa mereka buat. Kadang-kadang sedih melihat kurang keikhlasan sebahagian kecil kontraktor melayu dalam melaksanakan kerja mereka. Dimana ada ruang boleh untung lebih depa pagut tanpa kira haram halalnya..


Pernah berlaku semasa aku kat Kubang Pasu, kontraktor marah kat aku fasal dok kerap sangat lawat projeknya seolah-olah tak percaya padanya.Kontraktor ini pula salah seorang kuat di bahagian parti politik berkenaan. Depa ni pula nanti dok pi cerita pula akan keburukan pegawai-pegawai sedangkan pegawai nak buat kerja betul..Bayangkanlah kontraktor sendiri yang dok cari makan dengan jabatan kerajaan pun punya berani bertindak macam tu….Lepas itu depa dok cerita kata kita tak sokong kontraktor melayu, nak pelingkup orang melayu dan sebagainya.

Dekat Sungai Petani, nama aku ni kira tera jugalah, dalam mesyuarat Parti Politik bahagian SP dok bincang fasal nak tukar aku. kerap sangatlah naik nama aku ni, fasal buat penguatkuasaan undang-undang semasa di bandaran dulu. Awat salah sangatkah kalau kita buat penguatkuasaan ikut undang-undang… Masalahnya orang lain buat tak boleh tapi kalau kena batang hidong sendiri pandai melatah pulak.. tak taulah apa nak jadi kalau macam ni jadinya.

Pejabat Daerah dan lama buat projek kecil luarbandar. Sepatutnya peranan ini dapat dipertingkatkan lagi kerana pelaksanaan projek yang dibuat oleh Pegawai Daerah ada kaitan dengan rakyat diperingkat bawahan. Mereka tahu isu sebenar yang berlaku. Malangnya institusi ini cuba dikikis sedikit demi sedikit disebabkabn oleh perubahan dasar yang dibuat oleh kementerian yang sentiasa bertukar menteri-menterinya. Contoh yang mudah ialah dulu pelaksanaan projek jalan kampong dilaksanakan oleh Pegawai Daerah sendiri, dan program ini berjalan lancar tanpa ada apa-apa masalahpun cuma sedikit-sedikit yang timbul tu biasalah seperti isu penyelenggaraan jalan tersebut. Alih-alih lepas tu diubah buat kepada sistem payong, sistem pakai perunding dan apa-apa sistem lagi untuk laksanakana projek jalan kampong.

Ini bukannya ada apa sekadar nak bagi kerja kat perunding, kontraktor besar yang mungkin ada kepentingan dengan tempat-tempat tertentu yang membuat dasar pelaksanaan projek tersebut… Namun lihatlah apa dah jadi dengan sistem-sistem yang langsung tak ada apa-apa perubahanpun malahan merugikan duit kerajaan lagi ada kerana terpaksa bayar kos perunding, dan sebagainya. Syarikat-syarikat besar yang dapat projek tu dah tak tau pi kemana. Nak cari depa balik untuk mai perbaiki jalan yang mereka buat rosak pun jenuh cari. tapi rasanya tak ada satupun yang depa mai balik buat penyelenggaraaan…Perkara ini pegawai-pegawai dan jenuh dok bercakap diforum dan mesyuarat-mesyuarat peringkat atasan, tapi pegawai tertinggi tak mau nak dengar keluhan, luahan, dan pandangan pegawai-pegawai daerah.

Rakyat melihat, mendengar, mengkaji perkara ini. Merekapun ada kesimpulan tersendiri, ini semua nak bagi projek kat anak-anak buah kaum kerabat yang rapat dengan pembuat dasar. Depapun marah. Depa ni tak boleh nak kata apa..mai pembangkang pula dok eksplotasi isu ini dimerata kampong, lama-lama menjadi kepercayaan dan dendam kesumat mula melata dalam hati dan akhirnya diluahkan melalui pilihanraya. Projek tu mai macam tu jugak. Kes tak mau dengar cakap pegawai-pegawai bawahan ini berterusan dari masa ke semasa.

Begitu jugalah dengan kes pembinaan rumah-rumah PPRT atau rumah-rumah orang miskin/dhaif, dulupun Pejabat Daerah yang laksana. Tak ada apa-apa masalah pun dan lebih praktikal dan lebih mendekati rakyat. Hargapun ok juga. Oleh kerana bagipun RM3,000.00 sahaja, maka Pegawai Daerah pun buatlah seadanya tapi masih praktikal. Alih-alih ada institusi lain yang buat dengan alasan rumah yang Pegawai Daerah buat tu kecil dan tak lengkap.

Yalah memang tak lengkap tapi kira ok jugalah dengan peruntukan RM3,000.00. Lepas bagi institusi lain pula buat tapi bagi peruntukan yang berlipat kali ganda. Kalau macam tu sapapun boleh buat..Oleh kerana pembinaan melibatkan kos yang tinggi, berapa buah sangat boleh dibuat, sedangkan banyak lagi rakyat yang memerlukan rumah asas ini….

Orang-orang miskin ini perlu dijaga hati dan perasaan mereka. Mereka inilah yang banyak ada di kampong. Selagi kemiskinan banyak ada dikampong selagi itu rakyat akan menuding jari kepada pemerentah bahawa pemerentah gagal dalam menangani masalah rakyat walaupun pada masa yang sama kerajaan berbelanja untuk projek-projek besar sampai berbilion ringgit malaysia.. Benda-benda seperti ini bagi Pegawai Daerah buat , kenapa perlu ditarik balik projek yang ada kaitan dengan rakyat bawahan. Tetapi oleh kerana pelaksanaan projek ada kepentingan peribadi diperingkat atasan maka terpaksalah pegawai diperingkat akar umbi terima sahaja. Merancang projek dengan mengambil kira kepada siapa nak bagi projek tersebut untuk dilaksanakan yang ada kaitan kepentingan peribadi.

iii. WAKIL RAKYAT DAN ORANG POLITIK BANYAK TAK BUAT KERJA YANG SEPATUTNYA

Isu ni kalau bercakap, pasti ramai akan marah. Takpalah nak marahpun marahlah. Kerajaan pun kata semua kena muhasabah diri kepada perkara sebegini. Tapi itulah hakikatnya yang berlaku dalam masyarakat sebenarnya. Kalau depa buat kerja tak jadi macam ni. Masing-masing terlalu terlebih keyakinan dengan kekuatan parti pemerentah. Tak buat apapun rakyat akan sokong pemerentah…nah apa dah jadi. Kebanyakan buat tak kisah aje apa isu dan masalah yang berlaku dalam masyarakat sekitarnya.

Orang politik sebenarnya kena buat kerja bersungguh-sungguh bagi memastikan ketuanan bangsa tu kekal tegoh dan berkuasa. Bukan berpolitik untuk dapatkan habuan wang ringgit dan harta serta pangkat kebesaran. Kita berpolitik ialah untuk menjaga kepentingan bangsa kita agar tidak diperlekehkan dan dipersendakan oleh bangsa lain, kaum lain, negara lain dan agama lain. Itu yang sepatutnya. Tetapi oleh kerana terlalu lama memerentah, kita mudah lupa akan asas orang berpolitik atau asas ujudnya badan politik itu sendiri. Sapa jadi ketua bahagian atau apa-apa ketualah dalam badan politik , kita pasti nampak akan kemewahannya, kehebatannya, malahan kadang-kadang keangkuhannya. Itu tak jadi wakil rakyat lagi. Semua orang nampak akan kelebihan itu. Tak taulah aku mai lagu mana kemewahan itu, hanya yang terlibat sahaja tau. Itu yang beria-ia sangat orang berebut nak jadi pemimpin politik. Maka hasilnya segala perlakuan dan tingkahlaku kadang-kadang melangkaui asas-asas agama dan moral. Tak kiralah apa cara sekalipun, secara haram ka, halal ka dan sebagainya, yang pentingnya apa yang dihajati itu tercapai.. Pertimbangan kepada kepentingan Melayu letak ketepi. Ini yang aku sedih sangat tengok akan perlakuan setengah-setengah bangsaku yang lupa diri.

Apa kerja sebenar YB setelah dapat jawatan itu. Ini yang setengah-setengah YB lupa. Depa dok asyik dengan keseronokan jadi YB dan penghormatan yang tinggi diberikan kepada mereka dalam protokol daerah dan negeri. Nama mereka disanjung tinggi. Pandangan dan nasihat mereka seolah-olah kata keramat yang perlu diikuti apatah lagi oleh orang-orang kampong. Tetapi setakat mana sangat orang nak sanjung, kalau bersyarah sahaja lebih tetapi kurang ada dikawasan. Lama-lama orang meluat. Lebih baik dapat seorang YB yang tak mengaji tinggi tapi sentiasa dekat dengan rakyat, sentiasa dekat dihati rakyat walaupun YB tu tak ada duit ringgit yang banyak.

Orang kampong sebenarnya bukannya mau sangat duit ringgit dari YB, yang penting bagi mereka sentiasa keluhan dan masalah mereka sentiasa diambil berat oleh YB dan dibawa keatas untuk diselesaikan. Semua isu dan masalah dalam kawasannya ada dalam perhatian dan pengetahuannya. Hubungannya kena rapat dengan semua orang walaupun musuh politiknya. Tak boleh dok berkelahi dan bermasam muka dengan sesiapa sahaja. Sifat memaafkan kena ada sentiasa dalam diri seorang YB. Setiap orang adalah penting pada seorang YB kerana satu undi itu penting. Jangan cari musuh, tapi cari kawan sebanyak mungkin. Kerja ni bukan senang tapi itulah caranya kalau nak pertahankan kawasan.

Apa yang pernah aku tengok ada YB tu dia suka cari fasal dengan ahli-ahli dalam kawasannya. Kalau menentang atau berpandangan yang tidak sealiran dengannya pasti akan dipulaunya walaupun dalam parti yang sama. Duit projek YB yang dia dapat tidak disalurkan kepada cawangan yang menentangnya. Macam buat ugutan pula seolah-olah dengan peruntukan itu dia boleh minta orang sokong dia. Maaf cakaplah, orang sekarang tidak hairan sangat dengan peruntukan YB, tak bagipun depa tak hairan sangat. Kalau banyak sangat dok berkelahi dengan orang-orang yang satu parti dengannya tapi tidak sealiran dari segi pandangan dan pendapat bayangkan apa akan jadi bila mai pilihanraya…Aku sendiri kalau secara peribadi pemimpin tu kalau asyik dok pulau kita sahaja, sampai tak boleh tegor langsung, kata lebih kurang sahaja lama-lama nanti naik meluat juga. Cara mana nak ajar, kalau dia jadi calon YB nanti tok sah dok undi dia atau undi orang lain. Itu baru sorang fikir macam tu, kalau banyak sangat dok fikir macam tu , terjunamlah calon YB itu. Kawasan-kawasan yang kelabu patutnya kita kena masuk.

Ini kalau pegawai kerajaan masuk buat aktiviti dan projek disitu, YB cap pula kata kita ni orang sebelah pembangkang. Situ pula jadinya, sedangkan kita nak cari kawan sebanyak mungkin, manalah tau dengan program yang kita buat disitu mereka akan kembali suka kepada pemerentah, tidaklah difikirkan mereka asyik tersisih dari arus pembangunan dan jarang diberi apa-apa bantuan dan projek pembangunan. Itu tujuan sebenarnya. Pemikiran cetek setengah-setengah YB memang ada. Tak boleh nak berfikiran rasional. Sudah dalam lingkongan puak sendiri pun dok berkelahi, tang mana lagi nak cari pengundi.

Itu tak kira lagi YB ambil komisen dari setiap kontraktor yang buat projek yang dilaksanakan dalam kawasannya. Apatah lagi pada satu ketika dulu nama-nama kontraktor sendiri akan diberi oleh YB kawasan. Jadi kontraktor seolah bergantung kepada belas ikhsan dari YB. Ada setengahnya ada syarikat sendiri pula yang dok cari makan dalam kawasan pilihanraya. Walaupun tidak ada nama dalam syarikat tapi pakai nama orang-orang kanan depa pula.. Hebatlah tu… orang kampong tau dan nampak dan dengar cerita-cerita macam ni. Makanya makin bertambah meluatlah jadinya mereka itu.

YB Kalau boleh 7 hari seminggu kena ada dalam kawasan dan lebih baik kalau tinggal dalam kawasannya sebagai kediaman tetap. Bukan mai seminggu sekali, yang lain tu pakai jumpa kerani dia atau wakil dia sahaja. Wakil-wakil ni bukan pakai sangat nanti lebih sudu dari kuah. Banyak sangat dah aku dok tengok salah satu faktor orang kampong meluat kepada YB ialah kerana ada wakil-wakil seperti inilah. Depa ni kadang-kadang ‘over action’ Kalau setakat jadi YB biasa tu toksahlah dok pakai wakil-wakil. Kita kena jadi YB sepenuh masa, jangan asyik dok kira busines kita saja sampai tinggal kawasan dan dekat-dekat pilihanraya barulah kalut nak mai tunjuk muka kat orang kampong.. Hai naik geli geleman aku tengok orang macam ni.. Itupun jangan lobi nak jadi lagi YB bagai nak rak. Arak rata pemberita ikut sekali suruh cerita apa yang dia buat kat kawasan… lagi kerap muka ada dalam paper atau tv lagi bagus. Baru nampak kata kita buat kerja.. Tapi orang kampong la bukan macam orang kampong dulu, depa dah berpelajaran, berfikiran terbuka, dan banyak maklumat mereka boleh perolehi…. Orang-orang seperti inilah yang pemimpin atasan nak kena tengok. Jangan pakai tengok kulit sahaja. Pandai bodek pandai ampu, pandai sambut kat airport dan sebagainya kadang-kadang tu bukan boleh percaya sangat. Kena tengok sama. Orang hormat dan sambut kat kita bukan kerana kewibawaan kita tetapi kerana kekuasaan kita. Kalau kuasa tidak ada tak guna langsung orang itu pada sebahagian orang politik. Orang sanggup cium lulur tangan sedangkan sebelum ni, tengok pun sebelah mata sahaja. Bila jadi YAB dan sebagainya dan dan berubah, cium tak sangka. Kalau cium tangan tok guru tu tak apa juga sebab dia bagi kita ilmu dan berkat ataupun cium tangan ibu bapa kita tak apa juga. Fasal apa sanggup buat macam tu..fikir-fikirlah sendiri.

Ingatlah tu wahai pemimpin-pemimpin ku. Itulah sandiwara yang dok berlaku depan mata kita . Itu sebab kebanyakan orang tidak mahu meletak jawatan dalam politik, takut hilang kuasa. Kaya orang tidak hairan, tapi kuasa yang orang hairan.

Setiap YB baik MP atau ADUN BN selalunya mereka mendapat peruntukan khas, kalau MP akan dapat peruntukan dari kerajaan persekutuan, dan kalau YB ADUN akan dapat peruntukan Negeri. Masalahnya disini dalam pengagihan duit projek ni aku rasa tak begitu licin sesama YB dalam parti yang sama. Banyak yang tak boleh nak bekerja sama sesama mereka sedangkan pengundi/rakyat adalah orang sama juga, bukannya orang lain. Ada ketika tu YB Ahli Parlimen biasa diperuntukkan RM2.00 juta setahun dan selalunya RM500,000.00 ke RM1,000,000.00 setahun. Malangnya bagi ADUN hanya dapat RM100,000.00 sahaja setahun. Kalau jadi EXCO dapatlah RM200,000.00 tapi itu untuk jaga seluruh Kedah. Sepatutnya bagilah seimbang. Kerajaan Persekutuan bagilah juga peruntukan pada YB ADUN ni sama, nak harapkan peruntukan kerajaan negeri Kedah ni bukannya banyak sangat.. Bukan Federal tak tahu, tapi sahaja buat-buat tak tahu.

YB Ahli Parlimen yang aku dok nampak dikebanyakan tempat dah, genggam rapat peruntukan yang dia dapat, kut nak bedak sama kat-kat ADUN dalam kawasannya juga jauh sekali. Pengundi dan penerima adalah orang sama. Patut pakatlah sama-sama, apa salahnya. Ini tidak. macamlah musuh bila bincang bab-bab projek. Rupanya duit projek yang diberi inipun boleh jadi sumber penting untuk meningkatkan pengaruh dikalangan ahli. Begitu rupanya. Sebab itu YB Ahli Parlimen tak mahu lepas sikit duit ni kat ADUNnya lebih-lebih nampak ADUN tu aktif sikit,pengaruh kui makin meningkat, takut-takut nanti makan tuan pula. Ini yang menjadi kerisauannya. Kalau dalam satu parti yang sama pun tidak boleh nak bekerjasama, asyik curiga dan prasangka buruk sesama mereka, macammanalah nak satukan masyarakat yang dibawah kepimpinan mereka…Benda-benda ni lama-lama menjadi barah yang merebak sikit demi sedikit dalam masyarakat. Masing-masing ada pengikut masing-masing.

Kita semakin mengecil-ngecilkan pengaruh parti secara keseluruhannya. Ini merbahaya kepada masa depan sesebuah organisasi. La ni dengar kata federal nak bagi juga duit projek pada ADUN BN yang menang di Kedah. Boleh pulak? Kalau bagi awal-awal lagi kan ke senang. Tak lah gaduh ADUN-ADUN dok cari duit rata nak buat projek untuk rakyat.

Jadi aku harap sangatlah wakil rakyat yang dok ada la ni tidak kiralah PAS atau UMNO ka, buatlah kerja sungguh-sungguh. Jangan dok tunggu dekat-dekat pilihanraya nak mai ni baru nak mula buat kerja. Buat kerjapun bukan takat tolong buat surat sokongan penduduk kampong dan salinkan kepada anak buah kata kita telah ambil tindakan. Itu macam tak buat kerja. Buat kerja yang sebenar kena turun kepadang, selami sedalam-dalamnya masalah anak buah dan pi sendiri kejabatan-jabatan yang berkenaan. Kalau jabatan tidak ada peruntukan, guna pengaruh kita sebagai YB pi sampai ke Putrajaya untuk dapatkan peruntukan, jumpa pegawai-pegawai kanan disana, malahan kalau hebat lagi pi jumpa menteri sendiri, baru hebat namanya. Buat perancangan dan permudahkan jabatan-jabatan dalam membuat keputusan bukan menyemakkan lagi disebabkan ada kepentingan peribadi. Kalau takat cakap kot kampong sahaja, tak sampai kemana. Alih-alih nak salah jabatan kerajaan peringkat daerah sahaja, bila tidak berjaya. macamlah jabatan-jabatan kerajaan daerah ni tidak buat kerja..

iv. JENTERA UTAMA KERAJAAN KURANG MEMAINKAN PERANAN..

Perkara inipun rasanya nak kena sentuh juga. Oleh kerana terlalu lama berada dalam situasi yang sentiasa memihak kepada kerajaan yang memerintah, memang tidak dijangka sesuatu perkara yang luarbiasa akan berlaku dalam pilihanraya. Kerana itulah maka kebanyakan pegawai-pegawai kanan dan atasan peringkat tertinggi alpa dengan kedudukan ini dan gagal mengambil tindakan yang sewajarnya dalam bidang tugas dan kawalan masing-masing. Cerita fasal jabatan ini, ianya sedikit sebanyak akan terkena akan batang hidong sendiri juga akhirnya… tapi tidak mengapa demi kebaikan semua pihak.

Bahagian Keselamatan Negara sepatutnya perlu lebih peka dan proaktif dalam hal ini. Kempen gerak saraf yang dilaksanakan kena perlu lebih agresif. Masalahnya dalam kes pilihanraya yang baru lepas aku dapat aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan diperingkat akar umbi agak lemah. Tak taulah kalau ada aktiviti yang dibuat diperingkat rakyat ini tanpa pengetahuan aku. Tetapi kebiasaannya Pegawai Daerah akan memainkan peranan penting dalam kempen geraksaraf masuk kekampong menjalankan aktiviti. Malangnya di Kedah ini pegawai khusus yang dulu-dulunya ada disetiap daerah telah ditiadakan...Oklah..banyak juga yang aku ketok punat-punat huruf komputer ni.. dah naik letih pula rasanya. Biarlah aku berhenti disini dulu. Tak bagus juga kalau dalam letih-letih dan mata pun naik berbinau pula.. nanti lain yang dimaksud lain pula yang ditaip ..nanya nanti.. la ni bukan boleh dok tulis tak ketahuan, sikit-sikit nak saman…..


00.00.00..Selamat sejahtera dan selamat pagi.. pagi ni pagi Jumaat. Lepas balik dari masjid tadi terasa pula idea mai untuk sambung tulis dalam tajuk blog ini yang tak habis-habis lagi ni. Aku nak sambung fasal kejatuhan pengaruh BN dalam pilihanraya yang lalu. Salah satu lagi sebabnya yang aku terperasan ialah seperti dibawah tajuk ni....

v. PERWATAKAN DAN KEPERIBADIAN CALON WAKIL RAKYAT..

Kadang-kadang tu walaupun kita rasa perkara tu kecil sahaja tetapi pada sesetengah orang ianya amat memberi kesan kepada mereka. Ada beberapa contoh yang mudah tapi patutnya diberi perhatian yang besar oleh pemimpin-pemimpin politik. Ini memberi kesan kepada sokongan rakyat. Dimana yang boleh kita mendapat pengaruh dan sokongan janganlah diabaikan walaupun kecil nampaknya...Dalam hal ini kenalah berkorban sikit supaya ianya tidak menjadi bahan bualan dan sindiran rakyat. Dan tak rugi rasanya kalau kita buatpun malahan pasti akan mendapat sanjungan dari rakyat terutama yang berugama Islam.

Semua orang tahu penekanan kepada unsur keIslaman dan penekanan kepada Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh pemimpin tertinggi kerajaan. Pelancaran dibuat dimerata negeri dan belanjapun besar-besar juga. Semuanya untuk memberitahu rakyat akan kebaikan Islam Hadhari yang diperkenalkan itu. ..Apa yang kita buat kenalah berpaksikan kepada Allah SWT. Sebagai orang Islam kita tidak boleh dari itu. kalau ini kita pegang selamatlah kita dunia dan akhirat...

Apa yang aku nak cakap ini ialah tentang kaum wanita yang menjadi calun wakil rakyat dan juga isteri-isteri wakil rakyat tak kiralah walaupun peringkat paling tinggi dalam kerajaan, hinggalah kepada wakil rakyat biasa… elok sangatlah bertudung kepala sepertimana seorang muslimah yang sebenarnya sepertimana yang ditetapkan dalam ajaran Islam. Perkara ini dah jelas dan tidak perlu dipertikaikan dan dipersoalkan lagi. Isunya sekarang ialah bila perkara ini dibangkitkan dan pernah dibangkitkan oleh ahli-ahli parti politik, jawapan yang diberikan ialah kita nak menilai keimanan seseorang itu jangan menilai dari faktor luaran. Tak pakai tudung kepala bukan isu besar kepada pemimpin kita …….. tetapi mereka tidak sedar bahawa dulu tahun-tahun 70 an dan 80 an perkara tak pakai tudung itu memanglah perkara biasa sahaja. Tidak ada ganjilnya dan malahan kita masih dapat melihat diserata cerok kampong pakai mini skit, baju kebaya ketat dan sebagainya jadi perkara biasa sahaja. Tapi zaman dah berubah. Kita kenalah ikut peredaran zaman. Jangan tunjukkan sangat yang kita ni tak heran kat siapa atas alasan itu hak peribadi seseorang , hak asasi seseorang nak pakai apapun, apa dok gaduh. Yalah kalau kita orang biasa dan tak terlibat dengan sokongan rakyat tak apalah. masalahnya kita adalah wakil rakyat dan pemimpin politik yang memerentah negara.

kita bercakap perlulah serupa bikin. Pemimpin bercakap mengenai kembali kepada Islam, ikut cara Islam, ikut sunnah Rasullullah dan sebagainya tetapi perbuatannya tidak menjurus kearah itu walaupun yang lain dah banyak dibuat bagi menunjukkan keislaman kita tapi yang satu ni (pakai tudung) payah sungguh nak ikut. Tak tau fasal apa…..Orang kampong sangat seronok kalau tengok YB wanita atau isteri YB yang bertudung ayu dan nampak manis pula, silap-silap mereka pula boleh menjadi ikutan dan contoh terbaik kepada masyarakatnya. Ini sedikit sebanyak memberi pengaruh yang kuat kepada sokongan rakyat. Cubalah tengok wakil-wakil rakyat pembangkang dan isteri-isteri wakil rakyat pembangkang, kebanyakan mereka semuanya bertudung kepala, nampak pada zahirnya baguslah pada pandangan rakyat. Tapi batinnya tak tau lagilah. Itu sebab mereka mudah mendapat sokongan rakyat untuk mengundi mereka.

Alangkah bagusnya dan indahnya isteri YAB Perdana Menteri kita dan isteri YAB Timbalan Perdana Menteri kita memakai tudung kepada yang sepatutnya seperti seorang muslim sejati… Itulah yang aku doakan sangat-sangat agar mereka dapat hidayah mengenai perkara itu.. Tentu kalangan pengundi-pengundi wanita dikampong-kampong yang amat ramai itu akan menyokong mereka dan menyokong kerjaya suami mereka pada keseluruhannya. Mereka adalah wanita pertama dan wanita kedua dalam negara yang menjadi ikon pada wanita diMalaysia ini. Begitu juga kalau semua wakil-wakil rakyat wanita, menteri kabinet wanita, isteri-isteri menteri , isteri-isteri Menteri Besar dan sebagainya yang ada memakai tudung muslimah, aku amat yakin pasti rakyat tidak akan menyindir lagi akan program-program keislaman yang dianjurkan oleh kerajaan. Kerana kita cakap serupa bikin… susah sangatkah nak pakai tudung kepala..tak rugi apa pun, kalau nak rugipun tukang solek rambut kut yang nak rugi kerana depa tak boleh reka fesyen-fesyen rambut kat tokoh-tokoh wanita dan isteri pemimpin tertinggi dalam politikdan kerajaan.

Terlalu banyak sangat aku dengar sindiran-sindiran berkaitan ini dalam cakap-cakap di kampong-kampong…sukar juga aku nak berbahas dengan mereka ini kerana bila fikir-fikir balik betul juga…Jangan cakap fasal Islam Hadhari atau kembali kepada Islam jika jika diri dan keluarga sendiri pun belum menghayati sepenuhnya konsep itu walaupun perkara tersebut bukannya susah sangat nak buat. Bukan nak kena pinda undang-undang seperti di negara Turki. Pakai sajalah apa yang susah sangat.

Oklah aku dah naik letih dan malas pula. Kalau aku dok taip lagi nanti jadi melalut pula celoteh aku ni. Jadi biarlah aku berehat dulu, nanti bila mai syehnya aku akan pukul lagi keyboard ni biar relai…..Nak kena pi bersiap-siap pi sembahyang Jumaat kat masjid yang sangat dekat dengan rumah aku ni….

Sekarang dah lebih setahun berada dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS. Aku dapat banyak idea nak cerita pengalaman dan kisah-kisah menarik yang boleh dijadikan tauladan dan panduan ..sesiapa saja patut ambil ini jadi panduan dn iktibar agar kesilapan yang dibuat ini akan menghancurkan kerjaya politik dan masa depan orang melayu sendiri.. kalau ok la...tunggulah ulasan dan sembang-sembang aku nanti.

teratak kasih
alor setar